Saturday, September 6, 2014

Ibrah hari ini

Ku temu ibrah menjelang tengahari...

Balik dari larian, singgah sebentar di sebuah hypermarket berdekatan, sebab terbayang2 buah semangka...haduiii. Nasib baik senang nak dapat kat malaysia ni. Owh Malaysiaku tercinta...memang best.

Jam 10 pagi tak sangka ramainya manusia sedang membeli barang2 keperluan. Dah jumpa buah semangka, tengok Q...panjangnyaaaa. Letak bakul di bawah, saya mula cari keperluan yang lain. Nasib baik uncle di depan bakul saya berbaik hati menarik bakul tersebut ke depan dan menengok2 kan barang saya. Masih ramai lagi rakyat Malaysia yang baik hati.

Alhamdulillah. Dari 1 item menjadi 5 item di dalam bakul. Dah beranak pinak rasa teringin tu...Q panjang lagi. Di belakang saya pun dah panjang Q lebih kurang dalam 20meter. Di belakang saya pula, saya lihat seorang pakcik ni..sorang2 ja dengan trolinya. Dalam troli pula ada 1 beg troli yang dia nak bayar. Barangkali mahu jalan2.

Saya senyum dan tegur pakcik. Dia kata nak pegi haji..."cukup la beg besar ni, sorang ja pun". Sambil sembang2 ringan mengenai benda2 yg dibeli, tanya duduk kat mana dsb nya sementara menunggu giliran untuk membayar. Sambil2 juga mendengar pakcik bercerita mengenai perangai anak2 muda sekarang ini yang nak keje senang tapi malas. Tetiba pakcik tanya..."anak mana?". Gulpp...saya telan air liur dan senyum, "bujang lagi pakcik."
"Kenapa tak kawen lagi?"
Soalan yang saya pun tak boleh nak jawab...huhuuu
"Tak de jodoh lagi kot pakcik. Or Calon tengah sembunyik".
"Manusia ni mana ade takde jodoh, Allah jadikan semua manusia berpasangan".
Hmmmm....nasib baik dah sampai giliran saya untuk buat bayaran. Langsung terus tiada sambungan ayat atau respon pada pakcik tersebut. Saya diam, senyum dan angguk sahaja...tanda mintak izin nak meneruskan perjalanan.

Pertanyaan pakcik tersebut, mengingatkan saya kepada beratus2 pertanyaaan yang sama. Ada yang sampai kata "memilih sangat", "garang sangat sampai orang takut", "pangkat tinggi sangat", padahal kuli je pun...dan macam2 lagi sangkaan orang.

Saya diam sahaja...dan senyum. Mereka bukan berada di tempat saya. Begitu juga saya tidak berada di tempat mereka. Ada yang kawin, tapi belum lagi dikurniakan anak, itupun orang mengumpat juga. Ada yang kawin dan beranak semua perempuan atau semua lelaki, itupun orang mengata juga. Ada yang kawin dan cerai dan kawin semula dan cerai dan kawin...itupun orang mengata juga. Bila masanya orang tidak mengata kita. Hidup seorang, ada yang kata macam2 juga, "selfish", "anti-social", "memilih", dan ada juga yang kata "ngko miskin x de punya ape2, anak2 takde, nanti dah tua macamana, takde orang nak jaga" "ngko senangla, tak perlu fikir orang lain, fikir diri sendiri ja"...macam2 tohmahan lagi. Orang mana tahu, sakit kita sorang2, duka nestapa dan dugaan2 yang Allah SWT turunkan ke atas kita. Senyum dan telan sahaja semuanya.

Pandangan manusia memang pelbagai rasa dan anggapan. Ada yang kasihan, ada yang mencemuh, dan pelbagai rencah rasa lagi. Masing2 manusia ini, ujian dan cubaan dilalui berbeza2 dan tidak sama. Yang di sana mungkin kita nampak senang dan bahagia, tapi cuba tanya dugaan dan ujian yang dihadapinya. Entah2 kita pun tidak mampu menanggungnya. Kawan2 yang nampak senang, berniaga dan kaya di mata kita, entah2 tengah pening kepala nak maintain cara hidup yang sama, nak bayar gaji pekerja dsb. Kawan2 dan keluarga yang berkeluarga dan nampak bahagia, entah2 tengah pening memikirkan masa depan anak2, pening memikirkan perangai anak2, belum lagi yang menghadapi penyakit2 disebabkan tekanan kerja dsb.

Makanya saya sentiasa teringat firman Allah S.W.T dalam surah Al-baqarah ayat 286 yang bermaksud:

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menganggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (mereka berdoa dengan berkata): " wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami bersalah. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-yang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum kafir"

Kehidupan kita masing2 tidak perlulah kita membanding2kannya dengan orang lain. Setiap orang ada bahagian masing2 dan rezeki masing2. Waktu kita berbangga2 dengan apa yang kita ada dan orang lain tiada, ingatlah bahawa Allah SWT boleh ambil bila2 masa. Akhirnya tiada apa kepunyaan kita di dunia ini...
Saya doakan semua yang masih bertemu jodoh, akan menjumpainya di dunia fanà ini. Semoga Allah SWT kurniakan kesabaran dan ketemu jalan bagi yang masih mencari2.
Allahul musta'aan.
Post a Comment