Tuesday, July 1, 2014

Refleksi Ramadhan : Malam 4

Tadabbur juzu' 3:

Allah swt berfirman di dalam Surah al-Baqarah ayat 264, 265 dan 267

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُبْطِلُوا صَدَقَاتِكُمْ بِالْمَنِّ وَالْأَذَى كَالَّذِي يُنْفِقُ مَالَهُ رِئَاءَ النَّاسِ وَلَا يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَمَثَلُهُ كَمَثَلِ صَفْوَانٍ عَلَيْهِ تُرَابٌ فَأَصَابَهُ وَابِلٌ فَتَرَكَهُ صَلْدًا لَا يَقْدِرُونَ عَلَى شَيْءٍ مِمَّا كَسَبُوا وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْكَافِرِينَ

(264) Hai orang-orang beriman, janganlah kamu menghilangkan [pahala] sedekahmu dengan mengungkit-ungkitnya dan menyakiti [perasaan si penerima], seperti orang yang menafkahkan hartanya kerana mahu menunjuk-nunjuk kepada manusia dan dia tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian. Maka perumpamaan orang itu seperti batu licin yang di atasnya ada tanah, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu menjadilah dia bersih [tidak bertanah]. Mereka tidak menguasai sesuatupun daripada apa yang mereka usahakan; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir (264) 

Semoga kita dijauhkan dari menjadi penderma yang disebut di dalam ayat di atas...dan Semoga kita termasuk dikalangan penderma yang disebut di dalam ayat seterusnya Hati sememangnya sangat sukar untuk kita jaga agar menjadi ikhlas. Hanya Allah swt sahaja yang Maha Mengetahui hati hambaNya. Allahul musta'aan 

Dipetik dari coretan nota Dr Abu Anas Madani

[Tadabbur juzuk 3: Sedekahlah dengan ikhlas] 

Surah al-Baqarah ayat 264, 265 dan 267

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُبْطِلُوا صَدَقَاتِكُمْ بِالْمَنِّ وَالْأَذَى كَالَّذِي يُنْفِقُ مَالَهُ رِئَاءَ النَّاسِ وَلَا يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَمَثَلُهُ كَمَثَلِ صَفْوَانٍ عَلَيْهِ تُرَابٌ فَأَصَابَهُ وَابِلٌ فَتَرَكَهُ صَلْدًا لَا يَقْدِرُونَ عَلَى شَيْءٍ مِمَّا كَسَبُوا وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْكَافِرِين

(264) Hai orang-orang beriman, janganlah kamu menghilangkan [pahala] sedekahmu dengan mengungkit-ungkitnya dan menyakiti [perasaan si penerima], seperti orang yang menafkahkan hartanya kerana mahu menunjuk-nunjuk kepada manusia dan dia tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian. Maka perumpamaan orang itu seperti batu licin yang di atasnya ada tanah, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu menjadilah dia bersih [tidak bertanah]. Mereka tidak menguasai sesuatupun daripada apa yang mereka usahakan; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir (264) 

Ayat 264 berkaitan manusia yang bersedekah, tetapi dia: - riak - menyakiti hati si penerima dengan mengungkit-ungkit Akibatnya; sedekah dia sia-sia dan akan hilang begitu sahaja. Tiada sedikitpun pahala.

وَمَثَلُ الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمُ ابْتِغَاءَ مَرْضَاتِ اللَّهِ وَتَثْبِيتًا مِنْ أَنْفُسِهِمْ كَمَثَلِ جَنَّةٍ بِرَبْوَةٍ أَصَابَهَا وَابِلٌ فَآتَتْ أُكُلَهَا ضِعْفَيْنِ فَإِنْ لَمْ يُصِبْهَا وَابِلٌ فَطَلٌّ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ 

(265) Dan perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredhaan Allah dan untuk keteguhan jiwa mereka, seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disirami oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buahnya dua kali ganda. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka hujan gerimis [pun memadai]. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu perbuat. (265) 

Ayat 265 berkaitan manusia yang bersedekah semata-mata mencari keredhaan Allah. Dia ini umpama kebun yang subur kerana disirami hujan. Kebun itu akan menghasilkan buah yang banyak. Begitu jugalah, mereka yang ikhlas bersedekah akan mendapat pahala yang berganda-ganda.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَنْفِقُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا كَسَبْتُمْ وَمِمَّا أَخْرَجْنَا لَكُمْ مِنَ الْأَرْضِ وَلَا تَيَمَّمُوا الْخَبِيثَ مِنْهُ تُنْفِقُونَ وَلَسْتُمْ بِآخِذِيهِ إِلَّا أَنْ تُغْمِضُوا فِيهِ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ حَمِيدٌ 

(267) Hai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah [di jalan Allah] sebahagian daripada hasil usahamu yang baik-baik dan sebagian daripada apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu memilih yang buruk-buruk lalu kamu nafkahkan daripadanya, padahal kamu sendiri tidak mau mengambilnya melainkan dengan menutupkan mata terhadapnya. Dan ketahuilah, bahawa Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji(267) 

Ayat 267 menyebutkan tentang ciri-ciri barang yang kita hendak sedekahkan. Hendaklah kita memilih barang-barang yang baik, dan bukannya barang-barang yang buruk dan tidak elok yang kita sendiri tidak mahukan lagi. Siapakah kita? Penginfaq yang bagaimanakah kita ini? Mahukah kita biarkan sedekah kita sia-sia? 

| www.alkahfi.com.my | www.facebook.com/AlkahfiServices |
Post a Comment