Tuesday, March 27, 2012

Tips mudah menjimatkan belanja


Kadang-kadang kita hilang arah bila perbelanjaan bulanan kita melebihi pendapatan. Kadang-kadang kita tidak mampu tidur nyenyak memikirkan hutang yang kita ada...dan pernah tak kita rasa marah pada diri sendiri kerana membiarkan hidup kita penuh dengan hutang? Setiap bulan, gaji yang kita terima itu, tidak pernah kita rasai nikmatnya kerana terus dipindahkan ke dalam akaun-akaun bank bagi rumah, kereta, pinjaman, kad kredit, bil-bil utiliti dan sebagainya.


Saya kongsikan serba sedikit tips bagaimana kita boleh mengurangkan beban hutang kita dan menambahkan sedikit demi sedikit simpanan bulanan atau tahunan kita. Mudah-mudahan berkesan :-)
  • Kurangkan makan di luar -  bawa bekalan makanan dari rumah. Luangkan sedikit masa anda untuk memasak dan sekaligus akan mengurangkan belanja makan di luar. Makanan yang dimasak di luar kebanyakannya banyak menggunakan MSG dan secara tidak sedar anda makan makanan yang tidak sihat. Memasak sendiri, secara tidak langsung anda akan pastikan makanan anda itu halalan toyyiban dan sihat. Disamping itu juga, anda dapat menambahkan skill memasak anda. Bukankah secara tidak langsung, bila isteri pandai memasak, suami akan lebih sayang? :-) - bagi yang bujang, jangan risau, anda juga boleh memperbaiki skill memasak anda dan beruntunglah bakal suami anda nanti kerana mempunyai seorang bakal isteri yang pandai memasak :-) 
  • Pendapatan - Simpanan = Belanja. Yang ini saya telah bincangkan dan memberi pendapat peribadi saya di dalam topik yang lepas. Boleh semak semula pada Labels Kewangan :-)
  • Elakkan menggunakan Kad Kredit semasa berbelanja sekiranya anda seorang yang tidak berdisiplin di dalam membayar balik hutang kad kredit anda, jangan sekali-kali menggunakan kad kredit. Kad Kredit adalah hutang yang tidak baik bagi yang tidak berdisiplin dan boleh menyebabkan seseorang itu muflis. Bagi yang mempunyai kad kredit, disiplin untuk menlangsaikan hutang tersebut perlulah dan saya boleh katakan, wajiblah tinggi. Setiap kali anda menggunakan kad kredit tersebut, pastikan anda membayar penuh dan bukannya separuh jumlah sahaja dibayar dan separuhnya lagi anda biarkan untuk dibayar pada bulan hadapannya. Secara tidak langsung, anda telah menenggelamkan diri sendiri di dalam hutang dan dari bulan ke bulan, hutang anda itu akan semakin bertambah. Sentiasa beringat bahawa kad kredit bukanlah alat untuk memuaskan nafsu berbelanja. Sekiranya anda bijak di dalam menggunakan kad kredit, anda sebenarnya akan lebih beruntung kerana bank-bank akan menawarkan pelbagai promosi seperti Cash Rebate, 5x points dan sebagainya bagi perbelanjaan tersebut.
  • Sentiasa catat duit yang keluar dan masuk - yang ini memang memerlukan usaha sedikit. Bagi yang malas, memang tidak akan berjaya untuk mencatat aliran tunai yang keluar. Contoh: berapa kos minum pagi, makan tengahari dan makan malam setiap hari? Kalau yang rajin memang akan mencatat setiap hari. Bagi yang malas, akan tidak ambil peduli. Bagi yang bijak, mereka akan membuat forecasting bagi perbelanjaan makan minum untuk seminggu, atau sebulan dengan mengambil kira secara purata jumlah perbelanjaan makan minum bagi sehari seperti minum pagi RM4, makan tengahari RM6 dan makan malam RM5 seorang. Jumlah bagi sehari = RM15.00. Kemudian, dikirakan jumlah untuk seminggu atau sebulan. Ini baru perbelanjaan makan minum. Belum lagi belanja-belanja harian yang lain.
  • Beli barangan yang anda akan gunakan sahaja. - Banyak juga kesilapan yang telah saya lakukan ketika berbelanja dan saya percaya ramai juga dikalangan yang lain membuat kesilapan ketika berbelanja. Antaranya: Membeli baju yang nampak menarik di mata tetapi akhirnya tidak digunakan dan dipakai sehingga akhirnya dimasukkan di dalam kotak menunggu untuk disedekahkan. Membeli beg yang jarang-jarang digunakan disebabkan diskaun 80-90% pada masa tersebut. Membeli langsir setiap tahun sedangkan langsir sedia ada masih boleh dipakai dan masih cantik. dan banyak lagi.
  • Elakkan hutang - hutang di sini bermaksud Bad Debt. Hutang di dalam kehidupan kita memang tidak dapat kita elakkan. Kita membeli rumah dengan berhutang. Kita membeli kereta dengan berhutang. Dan ada juga yang berkahwin dengan berhutang. Sekiranya anda mempunyai pinjaman peribadi atau pinjaman-pinjaman yang lain, sekarang adalah masa yang baik untuk membuat pinjaman semula kerana kadarnya lebih rendah dari tahun-tahun yang sebelumnya. Untuk kadar lebih lanjut, anda boleh menghubungi bank pinjaman anda tersebut dan anda mungkin akan dapat menjimatkan beberapa ribu dengan pinjaman baru anda itu dan mengurangkan tempoh pembayaran balik. :-)
Allahu Ta'ala A'lam
Post a Comment