Sunday, March 11, 2012

Sambungan Bab 1: Ilmu dan Kelebihannya serta yang berkaitan dengannya.

Penyakit-penyakit ilmu serta penjelasan berkenaan ulama' jahat dan ulama' akhirat

Ulama' Jahat = mereka yang menggunakan ilmunya dengan tujuan untuk mendapatkan kenikmatan dunia dan kedudukan di kalangan manusia.


Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W bersabda:”Sesiapa yang menuntut ilmu yang sepatutnya dia mencarinya semata-maa kerana keredhaan Allah, tetapi dia menuntutnya kerana mahu mendapatkan habuan dunia, dia tidak akan dapat mencuim bau syurga pada hari kiamat” - Rwayat Abu Daud(2657),Ibnu Majah(252), Ahmad(2/337), Ibnu Hibban(89-Mawaridh) dan al-Khatib dalam kitab Iqtidha' al-'ilmi wa al-'Amal(102) - Hadis Hassan


Sebahagian ulamak salaf berkata:”Manusia yang paling menyesal ketika hampir matinya ialah orang alim yang cuai”. 
Ulama' Akhirat sifat-sifatnya:
  1. mereka meyakini bahawa dunia adalah hina dan akhirat adalah mulia. Mereka akan melebihkan akhirat;
  2. perbuatan mereka tidak bercanggah dengan kata-kata mereka sendiri;
  3. mereka cenderung kepada ilmu yang bermanfaat untuk hari akhirat dan menjauhkan diri dari ilmu yang kurang bermanfaat;
  4. berjauhan dengan pemerintah dan berwaspada dari bergaul dengan mereka;
  5. berhati-hati ketika mengeluarkan fatwa;
  6. banyak membahaskan mengenai perkara-perkara yang merosakkan amalan, mengotori hati, dan menimbulkan was-was;
  7. sentiasa mencari rahsia amalan yang disyari'atkan dan memerhati hikmah di sebaliknya;
  8. menjadikan para sahabat dan para tabi'in yang terpilih sebagai ikutan mereka dan menjauhi diri mereka dari perkara-perkara bid'ah.
Daripada Syaqiq al-Bakhi r.h.m yang telah bertanya kepada Hatim: kamu telah bersamaku selama beberapa tempoh, apakah yang telah kamu pelajari? Hatim berkata:"Aku telah pelajari 8 perkara:
  1. apabila aku perhatikan manusia, aku dapati setiap seorang daripada mereka ada kekasih tetapi kekasihnya itu akan meninggalkan mereka apabila dia dibawa ke kubur.Justeru aku jadikan kekasihku hanyalah amal kebaikanku agar ia kekal bersamaku ketika di dalam kubur;
  2. apabila aku merenung firman Allah:"dan dia menahan dirinya daripada mengikut hawa nafsu"-(An-Nazi'aat:40) - lalu aku bermujahadah melawan kehendak nafsu sehingga ia akur untuk taat kepada Allah;
  3. aku dapati setiap orang yang mempunyai barang bernilai, dia akan menjaganya denga baik. Kemudian aku perhatikan firman Allah:"Apa yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal"-(An-Nahl:96) - Justeru,setiap kali aku memiliki barang bernilai, aku belanjakannya pada jalan Allah agar ia kekal menjadi milikku di sisi Allah Ta'ala;
  4. aku dapati manusia meletakkan kemuliaan diri kepada harta, kemegahan dan kemuliaan sedangkan ia tidak ada apa-apa nilaipun. Lalu aku membaca firman Allah Ta'ala:"Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu,(bukan yang lebih keturunan atau bangsanya)-(Al-Hujurat:13) - Oleh itu, aku beramal ke arah ketaqwaan agar aku menjadi orang yang mulia;
  5. aku melihat manusia saling berhasad dengki. Kemudian aku perhatikan firman Allah Ta'ala:"Kami membahagi-bahagikan antara mereka segala keperluan hidup aar mereka dalam kehidupan dunia ini,(setengahnya Kami jadikan kaya raya dan setengahnya miskin menderita)"-(Az-Zukhruf:32). Lalu aku tinggalkan hasad dengki;
  6. Aku lihat manusia saling bermusuhan. Kemudian aku perhatikan firman Allah Ta'ala:"Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi kamu,maka jadkanlah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya)"-(Fatir:6). Lalu aku tinggalkan sifat permusuhan dengan mereka dan aku jadikan syaitan itu satu-satunya musuh aku;
  7. aku dapati manusia sanggup menghina diri kerana mencari rezeki, lalu aku melihat firman Allah Ta'ala:"Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya"-(Hud-6). Lalu aku menumpukan separuh perhatianku untuk melaksanakan tanggungjawabku kepada Allah dan aku tinggalkan apa yang menjadi hak aku di sisiNya;
  8. aku melihat manusia lebih bergantung kepada perniagaan, perusahaan dan kesihatan tubuh badan mereka. Lalu aku bergantung dan bertawakkal hanya kepada Allah.
Alhamdulillah, Bab 1 sudah selesai.InsyaAllah Bab 2: Rahsia bersuci dan solat serta yang berkaitan dengannya akan dimulakan nanti.
Allahu  Ta'ala A'lam
Post a Comment