07 July 2008

Ungu Karmila


Baru jer habis baca novel Ungu Karmila semalam...novel garapan Ramlee Awang Murshid...
entah kenapa novel-novel yang sebelumnya lebih menyengat dan memberi rasa...yang terbaru nie kurang sedikit sentuhan thrillernya...

tak sempat lagi nak review dek kekangan masa dan assignment yang kene disiapkan dalam masa singkat nie...

ambik masa jugak nak habiskan novel nie...semakin lama aku membaca semakin terasa nak cepat dihabiskan....tapi seringkali tewas dengan kemengantukan bila dah landing atas katil...

last-last....novel tu yang baca aku...nasib baik tak masuk dalam terbawa-bawa dalam mimpi....seperti yang dialami oleh watak-watak di dalam Ungu Karmila nie....

"Ia makan untuk hidup, tapi tidak pernah minum".....

04 July 2008

SEPI

orang kata filem SEPI lebih hebat dari filem CINTA....saya yang dah lama tak tengok cerita melayu kita rasa terpanggil untuk melihat filem SEPI apatah lagi melihat barisan pelakin-pelakonnya yang hebat-hebat seperti Afdlin Shauki, Nasha Aziz, Eja dan V....

orang kata lagi lebih syok kalau tengok sorang...lebih terkesan dan menyentuh perasaan seperti tajuk filemnya...SEPI...

SEPI The Movie

3 cerita yang berlainan tetapi saling berkaitan dan bertemu di satu insiden yang sama...
3 cerita - 3 situasi berbeza - 3 sentuhan rasa yang berbeza tetapi menyentuh satu rasa = penonton yang melihatnya...

3 watak - Adam, Sufi dan Imaan

Adam, (Afdlin shauki) seorang chef muda yang berjaya, montel dan cute, mempunyai sentuhan magik di dalam membuat kek perkahwinan...tetapi masih lagi mencari-cari cintanya...sentiasa berada di dalam keadaan tidak selesa untuk menghadiri jemputan majlis perkahwinan kawan-kawan kerana seringkali didudukkan bersama dengan "singles". - tagline yang aku suka dari Adam kepada Ilyana "Kenapa kita bertemu kalau akhirnya terpaksa berpisah?"

Sufi, yang setiap hari berlari berbatu-batu hanya untuk menghilangkan rasa bersalahnya di atas kematian isterinya dalam satu tragedi kemalangan jalanraya...berhenti dari berlari kerana bertemu dengan wanita yang dapat menggantikan tempat arwah isterinya....walaupun mengetahui wanita tersebut sudah berpunya....

Imaaan...seorang penulis yang mengekspresikan kehilangan cintanya di dalam penulisan skrip theatre...menolak jejaka yang cuba mendekatinya kerana merasakan dia masih punya Khalil yang sentiasa bersamanya walaupun tidak secara realitinya....

Bagi yang ingin merasai cinta, bagi yang sepi tanpa cinta, bagi yang kehilangan cinta...bagi yang masih mencari-cari cinta...tontonilah movie SEPI...

Menonton seorang diri, lebih merasai dan menyelami cerita ini...tontonilah bersendirian untuk merasai kesepian setiap watak-watak yang ada di dalam filem ini...dan anda akan terasa betapa SEPInya tanpa CINTA...SEPInya tanpa sesiapa dan lebih SEPI lagi bila kita merasakan diri kita sendirian menghadapi kehidupan di dunia...dan akan lebih SEPI lagi bila kita tidak merasakan bahwa TUHAN itu sentiasa bersama kita walaupun kita sendirian secara duniawinya...

SEPI...filem yang harus ditonton oleh setiap kita yang merasakan SEPI dalam kehidupan seharian....


SEPI - YUNI SHARA
sepi hati terjadi lagi
mungkin sampai mati aku sepi
biar senyum hadir di hariku
namun ini hanya ada di bibir
di bibir saja
aku ini yang bisa mengerti
walaupun yang lain mau mengerti
namun berat beban di hidupku
biarkan saja biar saja
hanya ku yang tahu sejarah cinta dan hidupku penuh duri dan banyak ranjau butuh kesabaran yang penuh untuk tetap kuberdiri
oh!
ada saatnya kubicara
bila hatiku t'lah bulat
sepanjang kubisa atasi semua
aku tetap diam
oh!
sejarah cinta dan hidupku penuh duri dan banyak ranjau butuh kesabaran yang penuh untuk tetap kuberdiri
oh!
ada saatnya kubicara
bila hatiku t'lah bulat
sepanjang kubisa atasi semua
aku tetap diam