Thursday, November 26, 2015

Mana milik kita

Semalam ramai yang senyum lebar sampai telinga, hari ni mungkin ada yang murung monyok muka...

Semalam jenguk-jenguk dalam akaun bank ada banyak 0000, hari ni jenguk-jenguk akaun bank ada 00 ja yang tinggal...

0000 or 00000 yang kita ada semalam, bukanlah kepunyaan kita. Ianya kepunyaan bank yang kita pinjam duit dari mereka sama ada untuk rumah, kereta, peribadi dan macam-macam lagi. Ianya juga kepunyaan TNB, MPKJ atau Majlis Perbandaran yang lain, maintenance or security company yang jaga kawasan rumah kita. Ianya juga kepunyaan Jusco, Tesco, AEON Big, Econsave, Pasar malam, pasar tani, pusat tuisyen anak-anak kita, syarikat insuran yang kita membayar bulanan atau tahunan atau lain untuk perlindungan kita dan keluarga, syarikat Celcom Digi Umobile Maxis Redtone Altel dan sebagainya. Dan pelbagai lagi komitment yang kita mungkin ada.

Itu belum masuk lagi untuk kepuasan diri, nak cantik nak baju baru, kasut baru, handbag baru, tudung baru dan lain lain yang kita berikan mereka $$$ kita untuk memuaskan nafsu kita.

Makanya, apa lagi yang tinggal untuk kita miliki. Sebenarnya tidak ada apa-apa melainkan sedekah yang kita hulurkan dikala orang lain nampak ternampak atau yang kita sembunyikan itulah lebih baik. Sedekah derma sumbangan dan yang seumpamanya kerana Allah ta'ala itulah milik kita dan buat membantu kita di sana nanti.

Al-Baqarah, Ayat 271:
“Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu; dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan.”

Mana milik kita
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya...

Al-Baqarah, Ayat 245:
“Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.”

Allahu ta'ala a'lam. Semoga Allah swt redha.

Post a Comment