Wednesday, July 23, 2014

Muhasabah diri - Kun Fayakun

Makna Firman Allah “Kun Fayakun” (QS. Yaasiin:82)

Dalam al-Qur’an Allah berfirman: “Innama Amruhu Idza Arada Sya’ian An Yaqula Lahu Kun Fayakun”(QS. Yasin: 82)

Allah Maha Kuasa untuk menciptakan segala sesuatu yang tidak terhitung jumlahnya. Tsunami, deburan ombak di lautan, gunung ganang yang berpasak2, titis air hujanu yang menumbuhkan tunas-tunas daun, kelahiran bayi manusia, letusan gunung berapi, kehidupan manusia, kematiannya serta pelbagai peristiwa yang lain dan semuanya adalah dengan kehendak Allah swt.

Allah swt mengajarkan kita bahawa segala sesuatu itu terdapat proses dan tanda2nya. Tidak ada sesuatu yang terjadi itu tanpa tanda2. Kejadian Tsunami juga mempunyai tanda2 yang hanya orang2 yang berakal, yang mahu memikirkan dan berilmu sahaja mengetahuinya. Kejadian burung2 bertebaran terbang menuju ke arah gunung2 d tempat2 tinggi, begitu juga haiwan2 darat yang lain, ikan2 dengan tidak semena2 memenuhi daratan dan sebagainya merupakKan tanda2 yang Allah swt berikan. Kejadian manusia juga ada tanda2nya, dari proses persenyawaan sehinggalah proses kelahiran ditunjukkan agar kita sebagai hamba2Nya mengerti dan memahami hakikat kehidupan.

Ayat "Kun Fayakun" tersebut merupakan pemberitahuan Allah kepada kita hamba2Nya bahawa apa yang Dia kehendaki pasti akan terjadi, dan sesuatu yang pasti terjadi adalah dekat, walaupun waktunya menurut hitungkan kita adalah sangat lama. Demikianlah juga akan kejadian Kiamat yang bakal berlaku. Ianya sangat dekat dan pasti akan berlaku. 

wallahu a’lam

Post a Comment