29 July 2013

Refleksi Ramadhan 1434H – Hari 20 (29 Julai 2013)

Refleksi diri Ramadhan hari 20 ~ sedapnya bau masakan jiran sebelah. Bau masakan menusuk kalbu setibanya saya di rumah. Sungkei saya ini tidaklah sesedap bau tersebut. Langkah lemah longlai menaiki tangga yang setinggi 3 tingkat sambil berusaha membuka mata. Hari ini terasa penat dan lelah masih berbaki. Memandu kereta dengan mata hampir terpejam, nyaris lagi melanggar kereta di hadapan dan kereta belakang pula membunyikan hon. Saya cubit pipi kiri dan kanan, saya geleng kepala kiri kanan atas dan bawah. Hanya usaha dan doa sahaja yang mengiringi perjalanan saya. Petang ini terasa mata seperti di gam2. Perjalanan balik terasa panjang. Dengan deretan kereta di tengah kesesakan dan cuaca yang panas menambahkan lagi kelelahan. Setibanya di kawasan parkir, terasa seperti mahu melunjurkan kaki dan tidur di dalam kereta. Saya merenung tangga rumah yang setinggi 3 tingkat. Uhhhhhh...rehat sekejap...

Ramadhan, Allah swt uji kita dengan kepelbagaian. Ujian dengan persekitaran, ujian dgn makhluk, ujian dgn kesibukan, ujian dgn kesempitan. 

Saya sudah mula mendengar keluhan2...baru je dapat gaji, sudah kesempitan. Terkadang saya pun mengeluh, bukan kerana kehabisan uwang, tetapi kadang2 yang meminta bukan yang benar2 memerlukan, tetapi sebagai menampung kelompongan2 yang tidak sewajarnya lompong dan berlubang. Kadang2 perbelanjaan sendiri juga tidak wajar. Yang sudah cukup ada mahu ditambah-tambah. Akhirnya dari 1 menjadi 2, 3, 4, 5 dan seterusnya. Ujian dengan kesibukan-entah apa yamg disibukkan sehingga masa terluang untuk tadabbur al-Quran hanya tinggal sedikit. Sibuk di pejabat, sibuk diluar. Akhirnya masa rehat sebenar hanya beberapa minit dari 24jam tersebut. 

Malam ini malam 21 Ramadhan - antara malam ganjil yang disebut2 sebagai salah satu malam Lailatul Qadr. 

Muhasabah diri jua ~ Marilah kita sibukkan diri kita sebentar untuk penuhi malam ini dgn amalan kebaikan. Kerja kita sepanjang hari pun akan dikira ibadah sekiranya niat kita bekerja itu adalah semata2 mengharap redha Allah SWT. Aktiviti2 kita seharian dan semalaman pun akan dikira ibadah sekiranya niat kita dan perlakuan kita berada di atas landasanNya. Maka berlumba2 lah kita di dalam meraih cinta dan redha Allah SWT.

Semoga Allah SWT terima puasa kita dan juga terima ibadah kita. Dan semoga Allah SWT redha kita sebagai hambaNya.

Mari menjadi hambaNya. Dan selamat berbuka.
Allahu ta'ala a'lam.

No comments: