09 March 2013

Travellingbie : Shortest trip from KL-Jakarta-KL-Kuching

Perjalanan ke Jakarta kali ini amat singkat sekali, semata-mata untuk melihat suasana dan merasai pengalaman Pesta Buku Islamik di sana. Bersama-sama dengan kawan-kawan yang baru sahaja dikenali di lapangan terbang, Alhamdulillah, semuanya baik-baik belaka. Kami ditemani oleh agen tiket murah yang menawarkan pakej yang amat-amat berpatutan bagi 2H 1M ke Jakarta beserta dengan tiket penerbangan pergi dan balik+penginapan+pengangkutan dengan kos sebanyak RM350.00.
ERL Putrajaya menuju ke Salak Tinggi dan seterusnya menaiki bas ke LCCT.
Boarding..."kencangkan sabuk pengaman selama anda duduk". Kencang banget :)
Safely landed. Alhamdulillah :) — at Sukarno Hatta International Airport Jakarta.
Cafe avocado j.co for lunch :)
Hasil tangkapan hari pertama...beg dah penuh dah. Bali ke hotel, rupanya ada SMS dari adik mengatakan ibu masuk hospital. Fikiran sudah mula tidak tenang. Berat hati mahu balik keesokan paginya sedangkan penerbangan balik ke KL petang esok.
Keesokan pagi nya seawal pagi, maklumkan pada agen untuk menghantar ke airport. Hanya dengan berbekalkan duit USD dann sedikit wang rupiah, akhirnya dapat juga tiket balik ke KL dengan penerbangan MAS dengan kps sebanyak USD260.00
Alhamdulillah. Manage to get e flight at 535pm. Let's hope it's not delay. Ketentuan Allah itu sangat ajaib dan penuh hikmah. Semalam di Jakarta, hari ini bergegas balik ke Kuching dengan menggunakan sumber yg ada. Sebelum ke Islamic Book Fair Jakarta, doa saya agar rupiah yg dibawa mencukupi. Alhamdulillah cukup hanya utk belian buku2 di pesta buku. Tidak lebih dari itu. Rupa2nya Allah punya perancangan lain utk rezeki yg saya simpan. Amat berguna utk waktu dan saat ini. Tidak lebih dan tidak kurang. Sungguh Allah sebaik2 perencana. Dugaan berkejar ke airport di jakarta saya anggap cabaran. Berlari2 dr satu kaunter ke kaunter lain dgn beg yg sarat dgn buku2 utk membeli tiket kembali ke KL pagi tadi akan dikenang sampai bila2. Bergegas naik erl ke lcct juga seumpama amazing race sambil saya panjatkan doa agar segalanya dipermudahkan Allah. Buat masa ini, saat menunggu kapal tiba, baru terasa sakit2 dan lenguh2 fizikal. Allah! Permudahkanlah segala urusan hambaMu ini. Kembalikanlah kesihatan bunda hambaMu. Kepada Engkaulah tempat segala pergantungan. Aameen

No comments: