Wednesday, August 3, 2011

Spagetti Carbonara Goreng

Adakah anda peminat pasta? Mari cuba resepi di bawah ini samada untuk berbuka atau sahur atau bila-bila masa sahaja. Senang dan Sedap :-)

Spagetti Carbonara Goreng (untuk makan 4 orang) 
(gambar adalah hiasan semata-mata)
Bahan-Bahan : 
· 1 paket spaghetti 
· 2 ulas bawang putih (tumbuk), nak lebih pun boleh
· 1 ulas bawang merah (mayang) 
· 1/2 biji bawang besar (mayang) 
· 1 peket daging cincang/ ayam 
· 2 biji telur 
· Garam secukup rasa 
· lada sulah secukup rasa 
· lada hitam (jika hendak pedas) 
· Mixed herbs, oregano dan seumpamanya juga boleh ditambah 
· 2 sudu besar minyak/olive oil (untuk menumis) 
· 1 tin cendawan butang 
· keju parmesan (diparut) – sekiranya tidak ada,boleh gunakankan cheesedale atau yang seumpamanya 

Cara masakan : 
  1. Rebus spagetti dalam air yang mengandungi garam (dua sudu kecil) dan minyak masak (1 sudu besar). 
  2. Sediakan satu bekas besar, pukul telur dan campurkan lada sulah, cendawan butang dan garam. Masukkan lada hitam sekiranya inginkan rasa yang lebih pedas. Pukul sehingga sebati. 
  3. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih, merah dan daging/ayam. Masak dalam 15 minit atau daging/ayam betul-betul masak. 
  4. Apabila spagetti sudah masak, toskan dan terus masukkan ke dalam bekas telur yang telah dipukul tadi. Gaul sehingga sebati dan biarkan telur masak oleh panas spagetti. 
  5. Kemudian, masukkan spagetti bercampur telur tadi ke dalam daging yang telah digoreng. Goreng spaghetti bercampur telur tadi bersama daging yang telah digoreng sehingga sebati dan telur tersebut betul-betul masak. 
  6. Gaul dengan keju parut sebelum dihidangkan. 
Selamat Mencuba :-)
Post a Comment