Tuesday, November 30, 2010

Teater Natrah 2...Cinta, Perjuangan dan Air Mata

26hb November 2010 - berkesempatan untuk menonton Natrah bersama kawan-kawan sepejabat...yang nie kali ke-2 saya tengok teater dan nampaknya saya semakin menyukai teater :-)
Kisahnya Natrah yang lahir di Jawa, diserahkan oleh ibunya kepada Cik Aminah yang khuatirkan mengenai keselamatannya ketika Jepun menyerang Indonesia yang ketika itu merupakan jajahan Belanda. Natrah diserahkan kepada Cik Aminah...dan kemudiannya di bawa ke Kemaman, Terengganu. Bermulalah kisah Bertha Hertogh kepada Natrah di Kemaman, Terengganu dan dibesarkan dengan ajaran Islam oleh ibu angkatnya Cik Aminah...untuk sinopsis cerita rasanyer ramai yang dah tahu, saya petik saja sinopsisnya dari - http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Natrah2selitelemenBollywood/Article/index_html
Teater ini berkisar kepada Maria Hertogh, gadis Belanda yang diserahkan ibunya, Adeline kepada ibu angkat, Che Aminah untuk dipelihara tanpa pengetahuan ayahnya, Sarjan Adrianus Petrus Hertogh kerana ditawan tentera Jepun. Maria Hertogh kemudian diberi nama Natrah dan menganut Islam. Apabila Sarjan Hertogh dibebaskan selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom Amerika Syarikat, lelaki itu balik ke Bandung, Jawa dan mencari anaknya. Natrah ditemui Arthur Locke, Penasihat British di Terengganu sewaktu pertunjukan senaman di padang Sekolah Perempuan Melayu Chukai. Che Aminah membawa Natrah ke Singapura atas perancangan dan muslihat Sarjan Hertogh. Seterusnya berlaku perebutan hak penjagaan antara Che Aminah dan ibu bapa kandung Natrah. Che Aminah diwakili peguam bela Ahmad Ibrahim, menang kes rayuannya itu. Bimbang Natrah diambil keluarganya, Natrah dikahwinkan dengan Cikgu Mansor Adabi secara nikah gantung di rumah bapa angkat Mansor Adabi, M.A. Majid di Seranggoon Road, Singapura. Ketika ini Natrah berusia 13 tahun dan Mansor Adabi pula 22 tahun. Dalam Undang-Undang Syariah Islam, perempuan umur 13 tahun dibenarkan kahwin tetapi mengikut undang-undang Belanda, anak berusia 16 tahun ke bawah, bapanya masih berhak menentukan kehidupannya. Konflik agama dan isu penjagaan akhirnya tercetus dan menjadi rusuhan di Singapura. 
Komen dan pandangan saya:
  1. Natrah kali ini diselitkan dengan elemen Bollywood, walaupun saya kira tidak begitu sesuai dengan keseluruhan jalan ceritanya...tapi, aksi Remy Ishak dan Maya Karin begitu menghiburkan, terbayang-bayang Shah Rukh Khan dan Kajol di atas pentas;
  2. Remy dan Maya penyeri teater Natrah 2, walaupun Remy sebagai Mansor Adabi muncul agak lewat..namun babak-babak bersama Maya amat menerujakan dan menghiburkan. Bagi seorang yang baru berjinak-jinak dengan lakonan teater, Remy berjaya memainkan watak sebagai Mansor Adabi;
  3. Umie Aida sebagai Cik Aminah memberikan kesan mendalam - watak ibu angkat kepada Natrah yang dibelanya dari kecil sehinggalah dipisahkan darinya saya kira amat mengesankan;
  4. Sofia Jane - sebagai Natrah ketika berumur 70tahun - lakonan yang mantap, monolog yang mengesankan. Monolog kalau tidak dilakukan dengan kreatif akan mendatangkan kebosanan kepada penonton, tetapi tidak pada Sofia Jane. Beliau mampu mendatangkan rasa kepada penonton...rasa marah, kecewa, dan pelbagai rasa;
  5. Susan Lancaster sebagai ibu Bertha Hertogh a.k.a Natrah - kemunculannya di dalam Natrah 2 menyokong dan menguatkan lagi teater Natrah 2;
  6. Ziela Jalil sebagai Mak Wok - walaupun bukanlah yang begitu utama, Ziela sebagai Mak Wok dan ibu kepada Mansor Adabi memberi satu keserasian apabila digandingkan dengan Umie Aida sebagai Cik Aminah;
  7. Aaron Aziz sebagai Burhanuddin Helmi, Fizz Fairuz, Lyana Jasmay, Nabila Huda, Sharifah Sofea antara watak-watak penyeri di dalam Natrah 2 dan ramai lagi;
  8. Monolog perebutan antara Natrah, Ibu Aminah dan Adelaine juga menarik - saya lebih bersimpati kepada Natrah...perjuangan kedua ibunya adalah untuk mempertahankan maruah bangsa dan agama...bagi Natrah, mereka seolah-olah tidak memperdulikan perasaannya sebagai manusia (yang nie malas nak komen panjang-panjang...)
  9. Satu lagi babak di mana Natrah tengah keliru dan struggle di dalam memilih di antara Islam dan Kristian, memang agak kontroversi babak ini dan juga babak di mana sister-sister mengerumuni Natrah berlatarbelakangkan Jesus Christ, dan penukaran baju kuruang kepada gown...realiti sememangnya kontroversi dan kita yang harus membuka mata dan hati dengan seluas-luasnya bahawa penjajah telah berjaya mempengaruhi kita untuk menjauhi agama syumul kita, Islam dari jiwa dan hati kita. Lihat sahaja kisah-kisah murtad yang lain yang berlaku di Malaysia dari dulu sehinggalah sekarang ini yang tidak diperbesarkan-besarkan kerana mengambil kira sensitiviti rakyat...apakah lebih penting lagi sensitiviti rakyat berbanding sensitiviti agama yang melibatkan aqidah? Saya kira, kita dan pihak-pihak yang terlibat dan bertanggungjawab kene ambil perhatian dan tindakan terhadap perkara ini;
  10. Keseluruhan - bagi pandangan saya...kalau diamati berkali-kali, unsur hiburan, cinta, perjuangan dan air mata menjadi jalan cerita...tapi, perjuangan terhadap agama adalah nadi utama di dalam penceritaan dan sindiran sinis terhadap ketidakupayaan kita mempertahankan agama, perundangan kita yang lebih kebaratan dan tidak menyokong perundangan Islam itu sendiri, dan perundangan Islam yang tidak dipraktikkan dan dilaksanakan dengan sebetulnya dan sebaiknya, cara Barat mempengaruhi kita hingga kita menjauhi agama kita sendiri dan menjadikan amalan agama kita satu keanehan dan tahap sensitiviti kita terhadap penghinaan kepada agama kita, Islam yang Agung itulah kunci yang dapat saya simpulkan...
Wallahua'lam
Post a Comment