30 March 2020

Bedah Buku : Imam Syafie ~ Pejuang Kebenaran

Sebelum kelahiran Imam Syafie, ibunya telah bermimpi melihat sebutir bintang keluar dari perutnya lalu naik ke langit. Kemudian bintang itu pecah lalu bertaburan jatuh ke bumi. Cahaya daripada bintang itu menjadikan muka bumi ini terang benderang. Bapanya juga bermimpi perkara yang sama, menurut bapanya Idris, beliau bermimpi melihat sebutir bintang yang putih berkilauan keluar dari perut isterinya lalu naik ke angkasa. Kemudian bintang itu jatuh lalu cahayanya menerangi muka bumi ini.

Nama sebenar Imam Syafie ialah Muhammad Bin Idris Bin Abbas Bin Uthman bin Syafie Bin Said Bin Abdul Yazid Bin Hasyim Bin Abdul Mutalib Bin Abdul Manaf.

Imam Syafie adalah berasal dari keturunan arab Quraisy. Nasabnya berkait dengan Nabi Muhammad saw.

Beliau dilahirkan di Kota Gaza Palestin pada bulan Rejab 150 Hijrah. Ada yang mengatakan pada malam beliau dilahirkan itu Imam Abu Hanifah (Imam Hanafi) meninggal dunia akibat diracun oleh Khalifah Abu Jaafar al-Mansur dari Bani Abbasiyah sewaktu Imam Hanafi berada dalam penjara. Beliau dipenjara , diseksa dan dirotan kerana tidak mahu memberikan kerjasama kepada Khalifah Bani Abbasiyah yang zalim itu dengan menolak tawaran untuk menjadi Hakim kerajaannya.

Imam Syafie telah menghafal Quran ketika berumur 9 tahun. Beliau berguru dengan Imam Ismail Kustantani yang terkenal sebagai ahli  dalam bidang Al-Quran.

Imam Syafie juga amat meminati syair dan puisi, beliau pernah berguru dengan Mas’ab bin Zubair seorang penyair terkenal dan mampu menghafal 10,000 rangkap syair kaum Bani Huzail.

Imam Syafie berguru dengan Imam Sufian Ainiah dalam ilmu hadis sehingga menjadi pakar dalam bidang hadis dan diberi kepercayaan oleh gurunya untuk mengajar menggantikannya sewaktu ketiadaannya.

Beliau juga mempelajari ilmu Fiqah dari Imam Muslim al-Zanji dan diberi kepercayaan untuk mengeluarkan fatwa. Memandangkan dia tidak mampu membeli alat tulis dan kertas, Imam Syafie menulis catatannya pada kulit kayu, pelepah, tamar dan kertas terbuang yang dibuang orang. Di dalam masa yang sama beliau mula membaca dan menghafal Kitab Muwatta’ yang dikarang oleh Imam Malik bin Anas kerana masih merasakan kurang ilmunya.

Imam Syafie juga pernah belajar ilmu peperangan dan bermain senjata dengan gurunya iaitu Amiruddin, seorang bekas tentera. Imam Syafie juga terkenal sebagai seorang pemanah yang handal.
Imam Syafie juga seorang yang zuhud dan mencintai ilmu.

Imam Syafie pernah mengembara ke Madinah yang mengambil masa selama 8 hari dengan menaiki unta sambil sempat mengkhatamkan Al-Quran sebanyak 16 kali untuk menemui dan berguru dengan Imam Malik yang ketika itu menjawat jawatan Mufti Kota Madinah. Imam Syafie belajar dari Imam Malik selama 8 bulan.

Selepas itu Imam Syafie merantau pula ke Iraq untuk belajar dengan anak murid Imam Hanafi iaitu Imam Muhamad al-Hassan dan Imam Abu Yusof. Beliau telah menghafal Kitab al-Awsat karangan Imam Hanafi dalam masa 3 hari saja telah mengejutkan kedua orang gurunya itu kerana biasanya murid-murid mereka yang lain mengambil masa paling kurang 1 tahun untuk menghafalnya.

Imam Syafie juga belajar ilmu firasat dengan Maulana Arif di Yaman. Di Yaman beliau berkahwin dengan wanita bernama Hamidah dari keturunan Khalifah Uthman Bin Affan. Mereka dikurniakan 3 orang anak.

Kerana kecintaannya terhadap ilmu, Imam Syafie telah merantau ke Madinah, Iraq, Yaman, dan Mesir di dalam menambahkan ilmunya.

Ketika seorang lelaki meminta beliau memberikan nasihat kepada mereka, Imam Syafie lantas naik ke atas mimbar dan berkata, "Wahai kaum muslimin, sesungguhnya tidak ada harta yang lebih mulia dan berguna selain daripada ilmu. Tidak ada yang lebih menguntungkan selain daripada adab sopan. Tidak ada yang lebih berguna selain daripada akal. Tidak ada yang lebih buruk selain daripada bersifat kedekut."

Oleh kerana kecintaan beliau yang begitu mendalam terhadap ilmu, jadi tidak hairanlah jika Imam Syafie telah menulis 142 buah kitab semasa hayatnya.

Imam Syafie meninggal dunia selepas waktu isyak, malam jumaat 28 Rejab tahun 204 Hijrah (tahun 820 M) di rumah Abdullah bin Hakam sewaktu berumur 54 tahun di bumi Mesir. Jenazahnya dikebumikan di tanah perkuburan Bani Zaharah. Jenazah beliau pernah diarahkan untuk dipindahkan ke Baghdad oleh Abu Ali al-Hasan yang menjadi Perdana Menteri Iraq. 

Setelah digali mereka menemui batu bata yang tersusun membentengi liang lahad Imam Syafie. Selepas mereka memecahkan batu-bata itu, mereka amat terkejut kerana tercium bau yang sangat harum dari dalam liang lahad itu malah ada beberapa orang dari mereka yang pengsan.

Bila perkara ini diketahui oleh perdana menteri Iraq itu, maka beliau berasa terkejut dan kesal lalu membatalkan terus usaha memindahkan kubur itu. Pada 7 Rabiul Awal 608 Hijrah, al-Malik al-Kamil al-Muzaffar al-Mansur mengarahkan supaya membina sebuah kubah yang cantik di makam tersebut. Tidak lama kemudian sebuah masjid didirikan disitu dengan nama Masjid Imam Syafie. Makam Ulama hebat ini terus dikunjungi orang ramai hingga kini.

Semoga Allah merahmati Imam Syafie dan semua pejuang-pejuang kebenaran dan semoga Allah SWT merahmati kita dan sentiasa membuka ruang bagi kita untuk mencari ilmu. Allahu Ta'ala 'Alam.


05 March 2020

WHAT DO YOU NEED TO KNOW ABOUT - AIRASIA UNLIMITED PASS OFFERED


MENARIK bukan.....😎😎😎
Tawaran dari AirAsia yang semua orang excited nak membelinya.
.
Tapi......
Sebelum anda membeli AirAsia Unlimited Pass anda perlu tahu beberapa perkara dan PERLU & WAJIB baca Terms and Conditions
.
Kene baca Disclaimer:
Disclaimer
NOTICE: Please ensure your BIG Member account is registered with your full given name as stated in your valid travel documents and that you are at least 12 years of age on the date of departure.
Upon first redemption, name changes will no longer be allowed.
Modify your BIG Member account here: https://air.asia/hnUXo
.
Kene baca Terms & Cons:
Unlimited flights, tetapi....ada tapinya. Tengok di bawah ini
Only for AirAsia X (XJ and D7) flights. Restrictions and T&C apply.
.
Tarikh Booking juga perlu diambil perhatian bagi yang mahu mendapatkannya:
Book from 29 Feb 2020 - 16 Feb 2021
.
Kene tahu time period untuk travel menggunakan Unlimited Pass ini iaitu SEBELUM 02 Mac 2021
.
Kene juga tahu - UNLIMITED PASS boleh redeem, tetapi perlu membayar airport taxes and fees yang berkenaan. Bukan semua FREE ya!
.
Di mana hendak buat REDEMPTION? - www.airasia.com
.
Anda juga perlu tahu cara bagaimana untuk menggunakan Unlimited Pass ini:
How to Use
  1. Visit www.airasia.com/deals or the AirAsia App and click on the 'Deals' tab
  2. Must log in with your BIG Member account
  3. Click on 'My Purchases' and the AirAsia Unlimited Pass
  4. Click on 'APPLY NOW' to apply your unique promo code, and then land on the flight search widget on airasia.com
  5. Search for flights
  6. Choose flights marked 'AirAsia Unlimited Pass' which is applicable under this pass
  7. Make payment to complete your booking
  8. Enjoy your deal! - sekiranya tidak berjaya, jangan tanya saya yeπŸ˜….
BACA Terms & Cons - WAJIB. Bagi promosi sebegini, anda perlu dan wajib membaca TnC dengan teliti dan berhati-hati. Kebiasaan marketing akan menekankan "excitement pelanggan" di dalam menawarkan tawaran seperti ini sehinggakan pelanggan lupa ada terma dan syarat yang perlu dipatuhi.

Sebahagian dari TnC Unlimited Pass adalah seperti berikut:
  1. Promo code is only applicable on direct long haul flights with carrier code D7 & XJ and excludes flights to Bali, Singapore, Jeddah and all Fly-thru routes Embargo period applies.
  2. Flight redemption is limited and subject to availability
  3. Flight redemption must be made at least 14 days before flight departure date
  4. No changes of flights are allowed after bookings are made
  5. Flight redemptions using the AirAsia Unlimited Pass are only valid for the base fare and do not include optional add-ons, airport charges, taxes and regulatory fees, or other charges, if any, which shall be payable by the passenger at the time of booking
  6. AirAsia Unlimited Pass is tied to one (1) BIG Member account.
  7. The passenger who has made a booking and is travelling using the promo code under AirAsia Unlimited Pass must be a BIG Member and must be the same person that owns the account.
  8. Multiple passenger bookings are not allowed
  9. BIG Member’s surname & given name are not allowed to be change after first redemption. If any changes need to be made to the name, it must be done before making first redemption
  10. The passenger must be 12 years and above on the day of departure to travel
  11. AirAsia Unlimited Pass is non-transferable and non-refundable
Read full Terms & Conditions (https://www.airasia.com/deals/terms-and-conditions) and full FAQ (https://www.airasia.com/deals/faq)
.
If all TnC and FAQ satisfy your needs, then go ahead and enjoy the OFFER😁.

Happy Travelling✈️✈️✈️✈️✈️