13 December 2018

Saffron / Za'faran dan kelebihannya

Za'faran atau Saffron ini mempunyai banyak kelebihan

Saffron dari Iran ini dikatakan mempunyai pelbagai khasiat bagi tubuh badan. Berbeza dengan saffron biasa yang digunakan di dalam masakan, saffron berkualiti tinggi ini dapat meningkatkan imunisasi tubuh dan mengubat pelbagai penyakit.

Saffron atau Za'faran berasal dari perkataan Arab bermaksud kuning (yellow), sejenis tumbuhan herba daripada kumpulan eloridaccesi adalah antara khazanah alam termahal di dunia. herba yang digelar 'Emas Padang Pasir' (Gold of the Desert) juga dikenali sebagai 'Spice King', 'Spice Queen', 'Vegatable Gold', dan 'Flower of Love'.

Za’faran merupakan rempahan yang paling berharga dan termahal di dalam dunia. Harga Za’faran sekilo mencecah dari RM1,700.00 hingga RM23,000.00

Saidina Ali (R.A) pernah menyatakan :
' Barangsiapa yang memakan za'faran dan dimakan bersama madu sebanyak 2 sudu setiap hari , maka dikagumi ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir '
Image may contain: food
Yang ini 1 gram = 80 lira. Minimum kene beli 5gram = 400 lira. Lebih kurang dalam RM300+++ juga duit kita
KHASIAT ZA'FARAN
(Berdasarkan kitab-kitab perubatan Islam & maklumat internet)
  1. Mencerdaskan minda, penyakit radang paru-paru, sakit tekak dan tonsil
  2. Sebarang masalah kulit, menghindarkan batuk dan selsema
  3. Sakit kepala atau migrane dan asma" Muntah-muntah, penyakit buah pinggang
  4. Gila babi atau sawan, sukar tidur malam (insomnia)
  5. Demam. Masalah limpa, pembuka selera makan, penyakit kanser, lumpuh
  6. Bengkak hati atau hipatitis A dan B
  7. Memudahkan penghadaman, menghilangkan bau mulut
  8. Membuang angin dan asid yang berkumpul dalam perut
  9. Menambahkan tenaga zahir dan batin
  10. Masalah mati pucuk, sembelit
  11. Pertumbuhan akal dan fizikal bayi serta kanak-kanak
  12. Awet muda dengan kulit cerah dan bersih
  13. Bahan penenang bagi masalah kemurungan & runsing
  14. Mengurangkan kesakitan pada kanak-kanak ketika tumbuh gigi
  15. Melancarkan perjalanan haid yang tidak menentu
  16. Menguatkan ingatan dan menghilangkan keletihan
  17. Menyembuhkan sakit perut, pening, sakit gigi, sakit mata dan pelbagai penyakit lain, dengan izin Allah, insya' Allah