17 July 2018

Travellingbie: Medan Day 4

“One of the great things about travel is that you find out how many good, kind people there are. People whom you find comfort to travel with, friends whom you can go along with in travelling and appreciate the moment of adventures together and understand each other in good time and hard time. The journey cannot be counted by how much you pay for travelling, but in how many uncounted memories you have with them."

Checkpoint 17 - Jeti Prapat dan Danau Toba
Hari terakhir kami di Medan dipenuhi dengan aktiviti ziarah ke Pulau Samosir di tengah-tengah Danau Toba.

Minum pagi di hotel disajikan dengan pelbagai menu. Tidak lupa juga mencuba minuman jahe dan serai. Air kunyit pun ada. Air-air tersebut bagus untuk mengembalikan kecergasan badan-badan yang keletihan.
Jam 730am, kami sudah daftar keluar dan bergerak ke jeti untuk ke Pulau Samosir. Cuaca agak mendung dan nyaman.
Seawal pagi jam 8am, bot mula bergerak ke Pulau Samosir dan pemandangan Danau Toba dari atas bot sangat mengujakan.
Danau Toba terbentuk dari kejadian letusan gunung berapi beberapa ribu tahun dahulu. Hasil dari letusan tersebut maka terbentuklah Pulau Samosir di tengah-tengah danau Toba. Danau ini memiliki panjang 100km, lebar lebih 30km dengan kedalaman lebih 505 meter menjadikannya antara tasik paling dalam di dunia.

Checkpoint 18 - Pulau Samosir
Perjalanan ke pulau Samosir mengambil masa lebih kurang 40 minit. Setibanya di pulau, kedai-kedai baru sahaja dibuka. Kami terus ke perkuburan Raja Sidabutar Samosir yang terletak di tengah-tengah kawasan pelancongan tersebut.

Kami diperdengarkan cerita Raja Sidabutar yang terkenal dengan kesaktiannya. Kami memasuki kawasan perkuburan dengan mengenakan "ulos", sejenis selendang sulaman tangan Batak Kota. Selesai semuanya, selendang tersebut dipulangkan kepada penjaga kawasan dan wang titipan dimasukkan di dalam tabung untuk memelihara kawasan sekitar.
Keluar dari kawasan perkuburan tersebut untuk ke jeti, kami melalui kawasan kedai-kedai. Sekiranya masa masih banyak lagi, banyaklah yang akan kami borong. Pelbagai barang dijual di sini dan antara yang menarik adalah cenderamata2, beg hasil tangan, kain sulaman beserta selendang, kain batek, batek lepas serta kain pelikat. Boleh berpinar mata dibuatnya.

psst:: Duit RM boleh diterima di sini :D
Jam 1030am, kami menaiki bot dan tiba di Jeti Prapat jam 11am.

Checkpoint 19 - Bandara Kuala Namu

Seterusnya kami ke destinasi akhir iaitu Bandara Kuala Namu untuk penerbangan balik ke Malaysia. Perjalanan ke Bandara mengambil masa lebih 3 jam dengan jalan yang bengkang bengkok, macet dan macam-macam lagi. Berhenti makan di salah sebuah kedai makan sebelum tiba di Bandara.
Kami tiba agak lewat di Bandara sekitar 330pm dan terus check in. 
Semasa berada di tempat menunggu, singgah sebentar di Mart, tak ingat Indomart atau Alfamart. Rezeki kami berjumpa juga akhirnya dengan kuaci Rebo. Apalagi, memborong la di situ walaupun harganya agak mahal. Akhirnya tercapai juga hajat kiriman orang di sana.
Kuaci Rebo - jumpa di Bidadari Hill. Minta izin pada tuan empunya untuk merasa, sedapppp...lemak berkrim dan berperisa green tea.
Penerbangan balik ke Kuala Lumpur mengambil masa lebih kurang 1 jam. Kami sampai di KLIA2 sekitar 730pm. Alhamdulillah.

Kepada semua geng travel, terima kasih kerana memilih adventura bersama #travellingbie😘

Keseluruhan kos kasar trip Medan

  1. Tiket penerbangan 2 hala KL-Medan + Bagasi untuk seorang lebih kurang RM200.00
  2. Ground tour = RM600.00
  3. Tidak termasuk shopping
“Travel is very subjective. What one person loves, another loathes.” – Robin Leach

16 July 2018

Travellingbie: Medan Day 3

“The purpose of life is to live it, to taste it, to experience to the utmost, to reach out eagerly and without fear for newer and richer experience.” – Eleanor Roosevelt

Pengalaman bermalam di dalam khemah sangat mengujakan. Dah lama tak camping.

Jam 5pagi, kami bangun...solat subuh dan seterusnya mendaki puncak bidadari untuk menikmati matahari terbit. Cuaca agak suram dan berkabus, matahari seolah-olah malu menampakkan diri.

Checkpoint 11 - Puncak Bidadari


Gajah bobok = Gajah tidur. Penampakan seperti gajah sedang tidur

kawasan perkhemahan

breakfast kami dengan Pop Mie

Selesai sarapan pagi, kami bersiap untuk turun ke tempat meletak kereta. Cuaca sangat nyaman dan sejuk. Perjalanan turun mengambil masa lebih kurang 15 minit. Terasa panjang pula trek turun pada pagi ini. Pagi ini baharulah kami tahu keadaan trek...lebih kurang seperti mendaki Bukit Broga. :D

Checkpoint 12 - Bukit Gundaling lagi
Setibanya di van, kami teruskan perjalanan ke Bukit Gundaling untuk mandi di salah sebuah kedai di sana. Kedai yang menyediakan makanan Muslim juga mempunyai kemudahan bilik mandi dan tandas. Walaupun tidaklah sesempurna bilik mandi di hotel, terpaksa juga mandi untuk membersihkan diri. Selesai mandi, masing-masing jalan-jalan menikmati keindahan pemandangan Bukit Gundaling. Bukit Gundaling kini menjadi tempat tarikan pelancong dan pelbagai kemudahan disediakan di sini.



Checkpoint 13 - Sipiso Piso dan makan tengahari
Ambilkan dulu “piso” di dapur, beginilah singkat kata dari kata “pisau” yang orang  gunakan untuk memotong. Dikhabarkan dari sinilah nama air terjun sipiso piso tercipta, dimana kita ketahui air terjun sipiso piso termasuk salah satu air terjun tertinggi yang mengalir jatuh dari ketinggian 120 meter bagaikan pisau yang tajam. Air terjun sipiso piso terletak di Desa Tongging, Kecamatan Merek, Kelurahan Karo, Provinsi Sumatera Utara ini mempunyai keunikan sendiri. Air terjun ini juga dikenali sebagai Niagara Falls Asia.

Air terjun Sipiso Piso dipercayai mempunyai lebih dari 700 anak tangga. Kami hanya sampai separuh sahaja dari air terjun tersebut memandangkan telah 2 hari berturut mendaki gunung dan bukit. Masing-masing kepenatan. Ditambah pula dengan turun naik tangga untuk ke air terjun Sipiso piso.


Berhenti rehat dan lepak-lepak di cafe ini - separuh perjalanan lagi untuk sampai ke kolam air terjun.
Sampai sahaja di cafe ini, kami duduk dan menikmati keindahan sekitarnya. Lebih kurang hampir sejam berada di situ sambil melihat pengunjung yang berusaha untuk kembali semula ke atas. Struggle jugak nak naik beratus anak tangga sehingga ke atas semula.

Dari cafe, kami bergerak naik ke bukit Gundaling. Yang ini pun dah penat dan mengah, apatah lagi yang naik semula dari kolam air terjun. :))

Setibanya di gerai makan muslim, kami terus makan tengahari dengan lauk pauk tempatan, masakan muslim batak. Tomato di sini sangat segar dan rangup. Setiap kali makan, keropok tidak ketinggalan dimasukkan dalam menu makan kami sama ada pagi, tengahari atau malam. Makan tengahari kami ringkas tetapi sedap. Alhamdulillah.

Selesai makan tengahari, kami bergerak ke destinasi seterusnya iaitu Bukit Indah. Dari Bukit Gundaling ke Bukit Indah mengambil masa lebih kurang 2 jam. Semua destinasi kami ini jauh-jauh belaka. :))

Checkpoint 14 - Bukit Indah
Bukit Indah Simarjarunjung seindah namanya menjadi tempat wisata yang hangat dengan berlatar belakangkan Danau Toba. Yessszzz...kami semakin menghampiri Danau Toba yang akan kami ziarah keesokan harinya.

Kelihatannya serupa dengan Wisata alam Kalibiru di Jogja, Bukit Indah menyajikan pemandangan indah hijau hutannya dan birunya dari Danau Toba. Di sini juga dipenuhi dengan konsep rumah pohon dan menjadi tempat ber-foto meriah beramai-ramai atau romantis berdua atau berseorangan. Setiap lokasi tempat bergambar dikenakan bayaran sebanyak RP5 ribu untuk seorang sekitar 10-15 minit.

Ketika kami tiba di sini, cuacanya agak panas terik. Berpeluh-peluh jugak la turun naik bukit untuk bergambar di lokasi-lokasi pilihan. Kebetulan hari tersebut merupakan hari ahad, hari liburan. Makanya memang ramai pengunjung di sini. Kami habiskan masa di sini lebih kurang dalam 1 jam setengah. Walaupun tidak semua tempat dapat di lawat, namun...puas hati jugakla dengan tempat-tempat pilihan kami untuk merakamkan momen-momen bersama.



Basikal ni, masing-masing tak berani nak naik. hahahaaa

Kreatif





Jam 330pm, kami mula bergerak ke hotel untuk check in dan rehat. Perjalanan dari Bukit Indah ke Hotel Prapat Comfort mengambil masa lebih kurang 1 jam. Dengan jalan bengkang bengkok, masing-masing kepeningan setibanya di hotel.

Checkpoint 15 - Hotel Prapat Comfort
Setibanya di hotel, kami diberi waktu rehat sehingga maghrib. Daftar masuk bilik, ternyata bilik selesa untuk 2 orang.

Unpacking barang dulu dan bersihkan diri serta solat. Lebih kurang jam 6pm, kami keluar bersiar di perkarangan hotel. Suasana agak sejuk dengan pemandangan indah dari Danau Toba.


Pemandangan di belakang hotel berlatar belakangkan Danau Toba.
Checkpoint 16 - makan malam di Prapat.
Seusai maghrib, lebih kurang jam 730pm, kami keluar makan di Prapat.

Aduh, sedap juga makanan malam nya. Daripada banyak-banyak lauk tersebut untuk 6 orang, hampir semuanya habis. Alhamdulillah.

Selesai makan malam, kami diberi masa selama 1 jam untuk membeli belah di kawasan sekitar. Tak ada banyak pilihan di sini sebenarnya. Misi mencari kuaci Rebo diteruskan selepas itu, namun kebanyak Alfamart dan Indomart kehabisan stok kuaci berkenaan. 

Jam 1030pm, kami kembali semula ke hotel. Packing siap-siap kerna seawal pagi jam 730am selepas sarapan kami terpaksa daftar keluar dan meneruskan ziarah pendek ke Pulau Samosir.

Berakhir lah sudah, hari ke-3 kami di Medan. Pengalaman mandi di kedai makan, perjalanan yang panjang ber-jam jam, makan makanan lokal - semuanya memberi pengalaman hidup yang mahal. Melancong bukan sekadar melancong. Kita juga seharusnya bisa melihat kehidupan penduduk tempatan dengan lebih mendalam, menghargai keindahan alam yang ada dan yang lebih penting, menghargai nikmat dan peluang hidup mengembara yang mungkin tidak dinikmati oleh orang lain. Ianya mengajar kita lebih bersyukur dan menikmati apa yang kita ada.

“If you are not willing to risk the unusual, you will have to settle for the ordinary.” – Jim Rohn

13 July 2018

Travellingbie: Medan Day 2

Henry Miller said, "One's destination is never a place, but always a new way of seeing things."

Hari ke-2 kami merupakan hari yang sangat panjang dan mempunyai aktiviti yang sangat padat.

Seawal 4 pagi kami dikejutkan oleh resepsionis untuk bangun dan bersedia untuk mendaki. Jam 430am, kami bergerak menaiki van ke tempat parkir bagi Gunung Sibayak. Perjalanan dari hotel ke kaki gunung Sibayak mengambil masa lebih kurang 1/2 jam. Setibanya di tempat memarkir van, kami diberi taklimat ringkas terlebih dahulu sebelum mendaki.

Checkpoint 3 - Gunung Sibayak.
Pendakian menaik sudah bermula dari tempat parkir ke base-camp. Pendakian memakan masa lebih kurang 20minit. Dengan suasana yang agak gelap dan agak mencanak, semput jugak dibuatnya. Tiba di base camp lebih kurang jam 520am, kami solat subuh terlebih dahulu sebelum meneruskan perjalanan.
Jam 6 pagi, cuaca sudah semakin terang. Saya bertanyakan pada mas guide, sekitar jam berapa akan sampai ke puncak. Katanya, "dalam 20 ke 30 minit, insyaAllah sampai puncak." Saya tengok dia betul betul dan tanya semula soalan yang sama. Macam tak percaya je boleh sampai puncak 30 minit...ishkkkk :))
Starting point dah menaik dah...macamana la pulak nak sampai ke puncak dalam 20minit. :)) Trek gunung Sibayak tidak lah sesukar trek gunung berapi yang lain kecuali ada beberapa tempat trek nya berbatu-batu terutamanya di kawasan kawah gunung dan berdekatan dengan muntahan asap sulfur.
Sesekali trek menaik dan menurun. Kebanyakannya akan menaik sahaja. Ada dikalangan kami yang cepat sampainya lebih kurang 1 jam dan saya merupakan antara hikers yang paling lambat. Masa diambil untuk ke puncak adalah 1 jam 15 minit. 
Melihat sinaran matahari terpancar dengan jelas dan cuaca yang jelas, sekali sekala awan menyapa sangat mengujakan. Walaupun sepanjang perjalanan udara dipenuhi bau sulfur yang agak kuat dan menyukarkan pendakian, namun, akhirnya berbaloi kerna dapat juga akhirnya sampai ke puncak.
Pemandangan - MasyaAllah, tidak dapat digambarkan dengan perkataan. Setibanya di puncak, saya mengambil masa untuk merenung keindahan alam sekitarnya sebelum kembali ke alam nyata. Sesi foto di puncak merupakan acara wajib, selain dari sesi ucapan Selamat Hari Raya 'Aidilfitri dan Hari Raya 'Aidil Adha.
Image may contain: 6 people, including Wan Satirah, Zai Hussain and Putheree Amy, people smiling, mountain, outdoor and nature
Alhamdulillah, 'ala kullli haal di atas nikmat yang telah diberikan, kesempatan dan kudrat untuk mendaki gunung ini dan menikmati kebesaran Allah SWT. Alhamdulillah, thumma Alhamdulillah.
Jam 8pagi, kami sudah mula turun, memandangkan ada lagi aktiviti yang lain menunggu dan  tempat semuanya jauh-jauh belaka. Perjalanan turun agak santai, dengan cuaca yang tidak panas, kami mengambil masa lebih kurang 1 jam untuk turun ke tempat parkir.

“Hiking is a bit like life: The journey only requires you to put one foot in front of the other…again and again and again. And if you allow yourself the opportunity to be present throughout the entirety of the trek, you will witness beauty every step of the way, not just at the summit”

Checkpoint 4 - Kolam Air Panas
Jam 920am, kami bergerak semula ke hotel untuk sarapan pagi, dan seterusnya ke kolam air panas untuk merendamkan kaki dan mandi. Sarapan pagi di hotel sangat sedap, mungkin juga kami yang kelaparan selepas turun dari Sibayak. :))
Jam 12 tengahari, kami kembali ke hotel untuk mandi, packing dan seterusnya checkout jam 1 petang. Kepenatan sudah terasa rasa namun, perjalanan baru sahaja 2 hari. Ada 2 hari lagi di sini dengan aktiviti-aktiviti.

Checkpoint 5 - Makan tengahari kami di Resto Berastagi. Lama juga kami di sini menunggu makanan. Sambil-sambil itu, melepaskan lelah dan penat selepas aktiviti.

Checkpoint 6 - Bukit Gundaling
Kami meneruskan perjalanan ke Bukit Gundaling kawasan wisata; makan malam dan seterusnya ke Bidadari Hill untuk bermalam di sana. Perjalanan juga agak panjang dan memenatkan. Bukit Gundaling merupakan kawasan wisata dan di situ jugalah terletaknya Air Terjun SiPiso Piso. Ketika kami tiba di Bukit Gundaling, ramai pengunjung datang ke sini memandangkan hujung minggu dan cuaca agak muram serta berangin. Sejuk dan nyaman. Lebih kurang 20 minit di situ, hujan turun dan kami terus bergegas masuk ke dalam kereta.
Checkpoint 7 - Pasar Buah
Singgah dahulu di Pasar Buah memandangkan hari masih awal untuk kami meneruskan perjalanan. Di Pasar Buah, sempat juga makan jagung rebus dan jagung bakar.
Checkpoint 8 - Masjid
Sekitar jam 530pm, kami singgah di Masjid berdekatan sambil menunggu solat maghrib dan isyak.

Checkpoint 9 - Makan malam di gerai tepi jalan
Selesai solat, kami makan ala lokal di gerai di tepian jalan - menu ikan dan ayam bakar, nasi goreng dan mee goreng.

Aktiviti hari ini dipenuhi dengan makan-makan. Risau juga masing-masing kalau-kalau berhajat besar di atas bukit. Mana nak cari air untuk istinja' memandangkan air mencukupi untuk wudhu' subuh dan instinja' kecil sahaja :))

Checkpoint 10 - Bidadari Hill
Perjalanan diteruskan ke kaki bukit bidadari lebih kurang 1 jam perjalanan untuk aktiviti seterusnya dan bermalam di atas bukit berkenaan. Kami tiba di kaki bukit lebih kurang jam 1130malam. Pendakian mengambil masa lebih kurang 20minit menaik. Malam kami dipenuhi dengan bintang-bintang berkerlipan di langit.
Setibanya di kawasan perkhemahan, kami telah disediakan 1 khemah untuk 2 orang dan agak selesa. Cumanya sleeping bag tidak disediakan. Ada yang membawa sleeping bag. Selesa tidurnya. Bagi yang tidak membawa sleeping bag, tidur dengan baju sejuk dan stokin la nampaknya. :))

Baru je nak bersiap tidur, pak guide ajak sembang-sembang a.k.a ta'aruf. Masing-masing dah kepenatan, dan malas dah nak keluar dari khemah. Grup Malaysia satu lagi la nampaknya yang melayan pak guide berceloteh pada malam itu sehinggalah jam 3 pagi, masih lagi kedengaran suara manusia bersembang-sembang.

Berakhir sudah hari ke-2 kami di Medan dengan aktiviti yang padat dan memenatkan. Walaupun terdapat beberapa plan yang tidak dapat mengikut jadual, namun setakat hari ke-2 masing-masing berpuas hati dengan perjalanan trip.