26 January 2018

Travellingbie: Salju di Jeju - Kos Perbelanjaan 7h6m

Traveling tends to magnify all human emotions.” - Peter Hoeg

“Travel means more than just holidaying. Travel is an integral part of a deeper personal development process. It contributes to enriching life spiritually, emotionally, physically and mentally. Moreover, it gives the chance to learn more about our-self and others differences and alike. From there, we learn to respect others differences in preferences, tastes and habits. We learn more about their thoughts, their feelings and their experiences. We tend to learn more than we thought and eventually we tend to be humble all the way in life because along the path of life, we have much more to learn from others”~uark

Kos Perbelanjaan

Ada yang bertanyakan saya, bagaimana kos perbelanjaan di Jeju.

Ada juga yang mengatakan, hanya orang yang “kaya” je, yang “have have” je boleh pergi bercuti pada musim sejuk memandangkan musim sejuk, hari siangnya pendek dan malamnya panjang. Kedai pun tutup awal di musim sejuk.

Bagi saya, sekiranya kita mempunyai perancangan, pandai “grab” peluang apabila ada tawaran tiket termurah dan bijak di dalam mengatur itinerary dan mencari penginapan yang mengikut bajet kita, ianya bukanlah percutian untuk yang kaya raya atau yang mampu sahaja.

Setiap trip yang saya kendalikan adalah trip bajet, trip tidak untung buat saya tetapi sangat menguntungkan kawan-kawan saya yang mengikuti trip tersebut. Ianya jauh lebih murah dari apa yang ditawarkan oleh mana-mana agensi travel. Memandangkan trip yang disusun atur oleh saya, ianya tidaklah terbuka kepada umum. Hanya terbuka kepada mereka yang memahami bagaimana saya bekerja dan mengatur trip dan saya senang dengan mereka sahaja. 

Walaubagaimanapun, bagi yang ingin mendapat khidmat nasihat saya dari mana-mana trip yang saya telah aturkan, dipersilakanlah. You know how to reach and contact me :D

Orait, berbalik kepada kos perbelanjaan secara keseluruhan, saya sertakan kos perbelanjaan kasar. Kos yuran kemasukan ke tempat-tempat yang dilawati, boleh rujuk individual itinerary berdasarkan hari.

RUMUSAN KESELURUHAN PERBELANJAAN TERMASUK 10% CAJ PERKHIDMATAN UNTUK 7H6M
FLIGHT KUCHING-KL-JEJU (RETURN + LUGGAGE KUCHING-KL-JEJU RETURN (25kg / 20kg) + INFLIGHT MEAL
 $1,412.00
 FLIGHT KL-JEJU (RETURN + LUGGAGE KL-JEJU RETURN (25kg) + INFLIGHT MEAL)
 $   745.00
 $   745.00
HOTEL (share 4 orang)
 $   290.00
HOTEL
 $   345.00 (share 2 orang)
 $   290.00 (share 4 orang)
KERETA SEWA
 $   383.00
KERETA SEWA
 $   383.00
 $   383.00
TRAVEL INSURANCE
 $     39.00
TRAVEL INSURANCE
 $     39.00
 $     39.00
KOS INTERNATIONAL LICENSE (SHARE 5 ORANG)
 $     30.00
KOS INTERNATIONAL LICENSE (SHARE 5 ORANG)
 $     30.00
 $     30.00
PETROL (SHARE 6 ORANG)
 $     41.00
PETROL (SHARE 6 ORANG)
 $     41.00
 $     41.00
JUMLAH KESELURUHAN
 $2,195.00
 $1,583.00
 $1,528.00
10% CAJ
 $2,414.50
 $1,741.30
 $1,680.80
“I have found out that there ain’t no surer way to find out whether you like people or hate them than to travel with them.” — Mark Twain

Travellingbie: Salju di Jeju Hari 7

"Whenever you are feeling down, just remember cloudy days do not last forever."
Hari terakhir kami di Jeju...sehingga kita jumpa lagi Jeju. Ada hajat yang masih belum dapat ditunaikan.
"Don't cry because it's over, SMILE because it happened."

Packing akhir, kali ni agak kagum jugak dengan keberatan beg. Pergi 15kg, balik pun 15kg.

1. Semua bekalan makanan, Alhamdulillah habis, tiada yang berlebih-lebihan.

2. It's time to say goodbye to the housekeeper of Woorim Hotel. Kami rakamkan foto kenangan bersama dengan tuan hotel. I gave her the sarawak shawl for memories. Seronok ahjumma dapat hadiah.
3. Time to move on – setibanya di lapangan terbang Jeju, kami turunkan semua beg, ada yang membawa beg terus ke kaunter. Kemudiannya kami menghantar kereta ke tempat sewa kereta, dari pejabat kereta sewa. Kereta sewa akan diperiksa oleh inspektor kereta semasa kami pulangkan kereta. Pastikan kereta berada di dalam keadaan yang sama seperti kita mengambilnya pada hari pertama. Level petrol perlu sama dengan semasa kami mengambil nya juga. Nasib baik semasa kereta dipulangkan, kami tidak perlu menambah minyak kereta. Selepas pemeriksaan selesai dibuat, kami naik coaster yang disediakan oleh pihak syarikat ke lapangan terbang. Di lapangan terbang, proses check in berjalan dengan lancar. Adela sedikit insiden keluarkan barang-barang sebab terlebih muatan (bukan saya)...hehehehe. Alhamdulillah tiada masalah.
4. Check in selesai. Boarding selesai...hanya menunggu kapal tiba. Sementara menunggu kapal tiba, sempat lagi shopping di Galleria Duty Free (kecik je pun).
Balai berlepas betul-betul bersebelahan dengan tempat check in. Yang bagusnya ada musolla untuk solat. Alhamdulillah.
5. Jam 7 malam, Alhamdulillah kami tiba di KLIA2 tanpa sebarang tragedi. Inflight meal kali ini = Chicken lasagna.
sedap jugak chicken lasagna nie
Bila trip selesai, selesai sudah tugas saya membawa kawan-kawan melancong dengan kos yang berpatutan dan mengikut bajet masing-masing. Walaupun agak sedih sedikit kerna tidak dapat mengikuti 100% itinerari yang saya sediakan dan rancang, namun masing-masing gembira dan berpuashati dengan trip ini. Impian bermain salji, berenang di dalam salji, berhujan di dalam salji, berjalan-jalan di dalam salji dan dikelilingi salji menjadi kenyataan. Alhamdulillah.

They are happy, saya lagi-lagilah happy.
"Happiness is seeing and making others happy."~uark

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah. InsyaAllah jumpa lagi pada trip yang akan datang, InsyaAllah.

Kos hari ke-7 = rasanya tiada kos perbelanjaan kecuali bagi yang shopping sakan di Galleria dan bagi yang menghabiskan duit Won mereka.

Iboh jerak (bak kata urang serawak).
Kos keseluruhan trip?....tunggguuuu

"What is adventure? If a lone wolf lifts his plaintive call into the moonlight near your campsite, you might call that adventure. While you’re sweating like a horse on a climb over a 12,000 foot pass, that could be adventure. When howling head winds press your lips against your teeth, you face a mighty struggle. When your pack grows heavy on your shoulders as your climb a 14,000 foot peak, you feel the adventure. When you suffer freezing temperatures and 20 inches of fresh powder on a hut to hut trip in the Rockies, that could be called adventure. But that’s not what makes an adventure. It’s your willingness to conquer it, and to present yourself at the doorstep of nature. That creates the experience. No more greater joy can come from life than to live inside a moment of adventure. It is the uncommon wilderness experience that gives your life expectation.”- Frosty Wooldridge, Golden, Colorado

25 January 2018

Travellingbie: Salju di Jeju Hari 6

“I’ve learned that people will forget what you said, people will forget what you did, but people will never forget how you made them feel.” —Maya Angelou

Hari ini selama 2 hari berturut-turut, cuaca sangat cantik dan panas. Alhamdulillah. 
Kali ini, kepala saya ligat merancang bilamana, rakan-rakan bertanya “hari ni nak pegi mana?”
Kalau dilihat keadaan cuaca yang sangat bagus, saya sarankan kami menuju ke bawah bahagian pulau iaitu di Seogwipo. Seogwipo mempunyai banyak kawasan yang menarik dan banyak tempat pelancongan. Bagi yang ini ke Pulau Jeju dan tidak menyewa kereta, anda boleh menginap di kawasan Seogwipo. Ada tempat-tempat menarik yang boleh dilawat dengan berjalan kaki sahaja dan ada juga yang berdekatan antara satu dengan yang lain.
Destinasi 1 - Yeomiji Botanical Garden - Entrance fee 10 ribu won. 
Terasa rugi pula bila masa yang singkat ini kami habiskan dengan melawat taman-taman di dalam Yeomiji ini, sedangkan terdapat banyak lagi lokasi lain yang mempunyai yuran masuk yang berpatutan. 
Kami hanya berfoto di luar pintu masuk sahaja. Itu pun dah cantik dah dan mengambil masa hamper sejam jugak untuk berfoto 

Destinasi 2 – Air terjun Cheongjeyeon and air terjun ke-2
Kos masuk 2 ribu won. Kawasan air terjun ini dipercayai tempat bersiram 7 pari-pari dari kayangan. Macam cerita Jula Juli Bintang 7. 
Memasuki kawasan sekitarnya sangat cantik dan agak sedikit suram. Suasana agak redup di sekitar kawasan air terjun. Air terjun pertama hanya dapat dilihat bila hujan lebat dan air jatuh ke dalam kolamnya. 
Air terjun ke-2 sangatlah cantik. 
Namun, pelawat tidak boleh mandi di air terjun ini. Kawasan sekitarnya sangat bersih dan disediakan juga pili air untuk pelawat membasahkan tekak. 
Dalam suasana sejuk ni, siapalah yang nak minum kan? Leka di dalam menikmati keindahan alam dan disekelilingnya yang diliputi salji, saya mengambil masa agak lama jugak di sini lebih kurang sejam. 
Kami habiskan masa di sini hampir 2 jam. Kelihatan juga rakyat Malaysia yang datang melawat air terjun Cheongjeyeon ini. Kami menyapa mereka, seronok bila melihat rakan senegara melawat di tempat yang sama. Solat zohor di sini dan seterusnya makan tengahari dengan bekalan yang dibawa.
Permulaan perancangan nya adalah untuk ke Teddy Bear Museum, Chocolate Land, Ripley's Believe it or not Museum, namun disebabkan separuh hari telah dihabiskan di 2 tempat, kami ambil keputusan untuk ke Yongmeori Beach. Lagipun entrance fee berpatutan dan parking percuma.

Destinasi 3 - Singgah di kebun limau di tepi jalan untuk berfoto. Limau jeju ini sangatlah sedap dan manis. Akan tetapi sedikit mahal. :))
Destinasi 4 - Yongmeori Coast - Entrance fee 2 ribu won. 
Bagi yang berhajat untuk mendaki Sangbansan, tiket bagi kedua-dua lokasi adalah 2400 won. 
Pemandangan sekitar Yongmeori coast, MasyaAllah sangatlah cantik. Kelihatan ada yang memancing dan ahjumma yang menjual makanan laut mentah seperti sotong dan siput sedut.
Yong bermaksud naga dan Meori pula bermaksud kepala. Keseluruhan maksudnya adalah Pantai Kepala Naga. Tang mana naganya, tak Nampak pulak.:D
Berjalan menyelusuri Yongmeori sangat-sangat menyegarkan dan sangat cantik dengan pemandangan di sepanjang sebelah kirinya adalah formasi batu-batu ribuan tahun yang sangat rare dan di sebelah kanan pula adalah laut yang terbentang luas. 
Agak lama juga kami di sini lebih kurang 2 jam perjalanan menyelusuri kostal tersebut. Laluan Yongmeori ini bersambung dengan trek Gunung Sanbang. 
Cuma kami tidak sempat untuk ke Sanbangsan memandangkan hari semakin gelap.
Keluar dari Yongmeori Coast, kami solat maghrib dahulu sebelum meneruskan perjalanan balik ke hotel.

Destinasi 4 - Balik dari Yongmeori beach, kami singgah di Daiso sekejap. Sekejap pun…berlama jugak di Daiso. Ada je benda yang nak dibeli. :D

Destinasi 5 – Destinasi akhir kami hari ini adalah makan malam Shrimp Burger di Lotteria. Kos 7000 won.
Berakhirlah hari ke-6 kami. Tidaklah terasa terkilan sangat kerna kami dapat ke Seogwipo dan melawat beberapa tempat di sekitarnya. Alhamdulillah. Sanbangsan dan Songaksan, InsyaAllah ada rezeki, akan ku daki jua.

If you look at what you have in life, you’ll always have more. If you look at what you don’t have in life, you’ll never have enough. —Oprah Winfrey

Kembali ke hotel dan mengemas beg, kerna esok kami akan terbang pulang ke Malaysia. Alhamdulillah, tiada insiden yang tidak diingini, walaupun hampir-hampir jua menjadi tragedi. Alhamdulillah thumma Alhamdulillah @ Yongmeori Coast

Travellingbie: Salju di Jeju Hari 5

"Just because my path is different, doesn't mean I'm lost."~uark @ 성산일출봉 城山日出峰 Seongsan Ilchulbong

Hari ini, berdebar-debar melihat keadaan cuaca. Laporan cuaca melaporkan bahawa salji akan berhenti dan matahari memancar sepanjang hari.

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah.

Cuaca sangat cantik hari ini. Matahari tersenyum menampakkan diri.

Kepala saya ligat mengatur semula jadual perjalanan untuk hari ke-5 memandangkan telah banyak lokasi yang tidak dapat dilawati dek kerana hujan salji dan salji tebal memenuhi jalan raya.

Hari ini, kami jelajah kawasan sekitar persisir pantai di area sebelah kanan pulau.

Destinasi 1 - Yongduam Rock (064-7111022)
Yongduam Rock terletak di sebelah utara pulau Jeju dipercayai terbina dari angin dan ombak yang kuat selama beribu tahun. 
Di Yongduam Rock ini, terdapat ahjumma yang menjual sotong dan makanan laut mentah. Kami ingatkan sotong tersebut dibakar atau dimasak, rupa-rupanya disediakan mentah dengan sos yang tertentu. Sesungut sotong tersebut masih lagi bergerak-gerak walaupun telah dipotong. :)) Harga sepinggan dalam Won 20 ribu. Hmmm..macam tak berbaloi nak makan lebih-lebih lagi mentah. :))
Cerita mengenai Yongduam Rock:
“One legend has it that a dragon stealing precious jade from Mt. Halla was shot down by an arrow from the mountain deity. When he fell down on Yongduam, his body immediately sank into the ocean and his head rapidly froze looking at the sky. Another legend has it that a white horse, who dreamed of being a dragon and ascending to the sky, came to be caught by a soldier and froze into the rock.”
Kos Parking 1400won
Kos Sotong bakar 3500won - yang nie boleh makan, isinya sedikit liat memandangkan sotong tersebut memang dari sotong yang besar :))
Keluar dari Yongduam Rock pun dah hampir jam 1230 tengahari

Destinasi 2 - Seongsan Ilchulbong (064-7602911) – dari Yongduam Rock ke Ilchulbong mengambil masa lebih kurang sejam. 
Pemandangan sepanjang jalan sangat indah. Sekali sekala salji turun di beberapa kawasan. Salji di jalanraya pun sudah cair, cumanya di kiri kanan jalan masih lagi dipenuhi salji.
Seongsan Ilchuldong dikenali sebagai Puncak Matahari Terbit terletak di sebelah timur landasan pantai Pulau Jeju. Ianya dahulu merupakan kawah gunung berapi dengan bentuk curvy yang menyembul dari permukaan laut, seumpama kawah gunung berapi. 
Tempat ini terbentuk kerana proses letusan gunung api yang sangat dahsyat yang menyemburkan magma dalam jumlah yang besar sehingga meninggalkan bekas berupa kawah yang lebar. 
Tingginya hanya 182 meter dan membentuk kawah yang menyerupai cawan. Diameter kawah tersebut sekitar 600 meter dengan 99 batu karang tajam yang mengelilingi kawah yang menyerupai mahkota raksasa. 
Penampilan Seongsan Ilchulbong ini dianggap geologis sebagai luar biasa istimewa. Telitinya Korea di dalam mempromosikan tempat-tempat pelancongan mereka. 
Di puncak Seongsan pun diletakkan kamera CCTV untuk memastikan keselamatan pendaki dan pelawat. 
Sepanjang menaiki Seongsan, saya dapati terdapat beberapa kamera CCTV di pasang. 

Pemandangan dari sepanjang trek ke puncak, masyaAllah…sangat indah dengan dilitupi salji, seolah-olah melihat hamparan permaidani berwarna putih. 
Ketinggian Seongsan hanyalah 180m. Trek pula bertangga-tangga dan tempatnya memang dijaga rapi serta cantik. Waktu terbaik untuk mendaki adalah ketika matahari naik (sunrise). 
Anda boleh menikmati matahari terbit di puncak Seongsan Ilchulbong. Perjalanan menaik dijangkakan 50minit, namun kami hanya mengambil masa selama ½ jam untuk tiba di puncak. 
Yang lamanya apabila leka melihat pemandangan bawah dari atas puncak, dengan angin yang sejuk dan cuaca yang nyaman, manakan tidak berlama-lama di atas merenung keindahan alam ciptaan Allah SWT ini. Trek turun pula disediakan mengikut jalan yang lain untuk memudahkan pelawat tidak menghadapi kesulitan bersesak-sesak ketika turun dan naik. – kesimpulannya, “very organize.”
Agak lama juga kami di atas, sekitar jam 330pm saya tiba di tempat letak kereta. Kami solat asar dulu di tempat letak kereta dan seterusnya menuju ke destinasi yang ke-3.

Parking free
Entrance fee 2000 won  (berbaloi membayar yuran masuk sebanyak ini. Pemandangan indahnya tak terucap)

Destinasi 3 - Hamdeok Seoubong Beach 064-7287882
Dari Seongsan Ilchulbong, kami bergerak menuju ke Pantai Hamdeok Seoubong. Ada yang bertanya, apa ada di pantai ini? Memandangkan kami tidak berjaya untuk mendekati kawasan gunung, itinerary dipinda dan melihat-lihat kawasan pantai. 
Di pantai ini, kami berhenti solat maghrib dan sesi fotografi di tepi pantai dan juga memenuhi impian yang ingin berenang-renang di atas salji :D
Pantai ini pada waktu senjanya memang cantik, lebih-lebih lagi terdapat café di tepi pantai tersebut. Apabila waktu senja, café tersebut disinari dengan lampu-lampu yang cantik. 
Pantainya pula di alas dengan hamparan seperti jaring, mungkin bagi mengelakkan pasir terbang dan memudahkan pengguna berjalan di atas pantai tersebut. Satu hal yang menariknya, ada juga yang terjun ke laut pada waktu kami di sana dan keadaan sangat sangatlah sejuk. Gila barangkali :D

Destinasi 4 - E mart Tapdong 064-7291234

Di sini kami mencari barang keperluan, makanan dan pesanan yang dikirimkan. Air pisang dan buah-buahan di sini agak murah berbanding di Dongmun market.

Kos Parking won 1400

Destinasi 5 – Kedai Record / CD shop untuk memenuhi hajat yang mencari CD album KPOP untuk anak-anak. Harga di sini sememangnya jauh lebih murah dari di Malaysia.

Selepas selesai mendapatkan apa yang dihajati, kami kembali semula ke hotel, makan dan rehat.

Alhamdulillah, walaupun tidak semua tempat dapat dilawati, sekurang-kurangnya ada juga senarai di dalam itinerari dapat dipenuhi.

Muka hari ke-5 ini ada sedikit senyum sebab dapat juga mendaki Seongsan Ilchulbong walaupun belum dapat lagi mendaki Hallasan.

"Dreams and dedication are a powerful combination."~William Longgood