27 December 2017

Travellingbie : Siguniang Day 8

Day 8: Chengdu to Kuala Lumpur
"Of all the books in the world, the best stories are found between the pages of a passport."

Hari akhir kami di Chengdu dan seterusnya menutup tirai pengembaraan yang sangat menarik ini, seawal pagi masing-masing sibuk packing. Saya antara yang paling lambat sekali siap. Packing macam kura-kura. :)) Sekitar jam 10 pagi, van telah sedia di hadapan hostel untuk menghantar kami ke lapangan terbang antarabangsa Chengdu. 2 orang dari kami akan balik ke Malaysia 2 hari kemudiannya. 4 orang akan menaiki penerbangan terus ke Kuala Lumpur, 1 orang akan transit ke Singapore dan 3 orang lagi akan transit ke Bangkok dan menginap di sana semalam.

Selamat tinggal Chengdu, sehingga berjumpa lagi InsyaAllah.


Selamat tiba di Malaysia. Alhamdulillah. Keseluruhannya, pengalaman mendaki sangat priceless, ahli teammates sangat sporting dan supportive. Pengalaman berharga yang tidak akan dapat dibeli dengan wang ringgit. Apa yang terjadi sepanjang perjalanan, tidak mungkin akan dapat dizahirkan dan diceritakan sepenuhnya di dalam bentuk penulisan.

Sekiranya anda ingin mengalami pengalaman mendaki Siguniang, bersedia lebih awal secara fizikal dan mental. Gunung ini bukan gunung biasa-biasa yang anda rasa anda mampu mendakinya seperti gunung-gunung di Malaysia. 

Terima kasih teammates atas pengalaman luar biasa ini, dengan pemandangan yang luar biasa indah sehingga mengatasi segala kesakitan yang dialami. 

“You’ll miss the best things if you keep your eyes shut.” – Dr. Seuss

Total damage = 8 days package Rm2300.00
Return flight ticket with meal and luggage 20kg = < RM1000

Travellingbie : Siguniang Day 7

Day 7: Chengdu Tour dan nasi Arab Kambing

Hari ni semua orang bersemangat nak jalan-jalan sekitar Chengdu. Seawal pagi kami sarapan pagi dahulu di kedai Muslim. Sarapan pagi kami hari ini ditaja oleh salah seorang ahli grup. Alhamdulillah. :) Kami menaiki MRT yang berada berhampiran dengan hostel dan lokasi pertama kami pagi ini adalah Decathlon Chengdu, macamla dekat Malaysia takde Decathlon :)). nak tengok jugak apa perbezaan membeli belah di sini berbanding di Malaysia kan. :)) Lebih kurang sejam jugak kami berada di sana. 



Destinasi seterusnya adalah di sekitar kawasan Masjid Chengdu. Makanan halal...Alhamdulillah. Setibanya di sana, masing-masing dah kelaparan dan kami makan apa sahaja yang dihidangkan. Nasi Arab kambing memang sedap, satay kebab kambing lagi la sedap dan sup kambing pun sedap. Semua nya sedap-sedap belaka. Harga makanan di sini, masih boleh dianggap berpatutan. Gerai-gerai makanan ini kesemuanya berada di hadapan Masjid dan akan ditutup sekitar petang sebelum maghrib. Pastikan anda tiba di sini sebelum maghrib untuk menikmati makanan yang halal.

Roti ni makan dengan sup kambing...fuhhh sedap



Selepas semuanya berpuashati dan kekenyangan, kami meneruskan tour hari ini dengan mencari souvenir. Lokasi - lupa nama. Yang pastinya, tempat ini menjadi tumpuan pelancong dan sewaktu kami tiba di sini, pelancong lokal dan luar berpusu-pusu untuk memasuki kawasan ini.






Cenderahati agak mahal di sini. Barang-barang lain pun agak mahal, atau mata wang kita yang turun menjunam?

Seterusnya kami ke kawasan menjual peralatan outdoor. Harga agak berpatutan. Haversack Osprey lebih murah berbanding di Malaysia, namun agak mahal jika dibandingkan dengan Jepun.





Jaket untuk musim sejuk ni memang murah di sana. 

Selepas itu, kami berpatah balik ke Masjid Chengdu untuk menunaikan solat di sana. Alhamdulillah, sempat solat berjemaah bersama-sama dengan saudara Muslim di sekitarnya.

Selepas selesai solat, misi utama kami...apalagi, makan lagi. Kali ini, kami makan di salah satu kedai Muslim yang menyediakan makanan segera dan mee sup.

"Your diet is a bank account. Good food choices are good investments" - Bethenny Frankel
Kami tiba di hostel agak lewat, sekitar jam 10 malam, puas berjalan hari ini dengan langkah lebih kurang 24ribu langkah dair pagi sehinggalah ke malam.

Puas....

21 December 2017

Travellingbie : Siguniang Day 6

Day 6 - Rilong to Chengdu
“If you don’t climb the mountain, you will never be able to enjoy the views.” – Pablo Neruda

Hari ke-6, sudah tiba masanya kami meninggalkan pekan Rilong. Cuaca di Rilong se awal pagi sangat sejuk dan kami pasti akan merindui suasana yang segar dan sangat nyaman ini.

Setelah selesai packing dan memunggah beg di dalam kereta, kami mengucapkan selamat tinggal kepada empunya hostel yang sangat baik dan mesra. InsyaAllah akan berjumpa lagi di lain masa dan ketika.




Perjalanan pagi dari Rilong ke Chengdu mengambil masa lebih kurang 4 jam dengan penurunan altitude yang mendadak dari 3000+mdpl kepada 500mdpl.

Sepanjang perjalanan menurun ke Chengdu, baharulah kami dapat melihat pemandangan yang sangat cantik sepanjang perjalanan di tepi gunung-ganang tersebut. MasyaAllah Subhanallah…cantic sangat

Kami singgah di salah satu Pusat Pemuliharaan Panda yang terletak lebih kurang sejam dari bandar Chengdu.

Tiket masuk adalah RMB90 tanpa pengangkutan dan kami dengan konfidennya membeli tiket tanpa shuttle van ke tempat pemuliharaan Panda dan kami dimaklumkan, ianya akan mengambil masa sekitar ½ jam berjalan kaki ke pintu masuk. Sekiranya menaiki shuttle van, ianya hanya mengambil masa lebih kurang 10minit sahaja. Tanpa kami mengetahui bahawa trek ke pintu masuk menaik di dalam 45 darjah. Dahla penat turun dari Siguniang belum hilang lagi, dah kene pulak menapak menaik ke pintu masuk tempat melihat Panda. Dengan cuaca yang sejuk, kaki yang masih sakit, masing-masing menapak ke pintu masuk. Aduhhhh…. :--))

Setiba di tempat pemuliharaan Panda, waktu hampir tengahari dan ianya bukanlah masa terbaik untuk melihat Panda. Panda aktif di waktu pagi dan akan menjadi agak malas di waktu tengahari. Kebanyakan panda yang kami temui hamper kesemuanya tidur dan tidak aktif. Nasib baik ada seekor dua panda yang agak aktif bila melihat ramai pengunjung mengunjungi dan mula mempamerkan aksi-aksi aktif dan lucu.

Hampir 2 jam kami meluangkan masa di sana, dan tiba masanya untuk kami meneruskan perjalanan ke Chengdu. Perut sudah mula berbunyi dan pemandu sudah pastinya tidak berhenti di mana-mana untuk makan tengahari. Nasib baik masih ada lagi bekalan makanan berupa coklat dan sebagainya di dalam beg untuk dijadikan alas perut sehinggalah kami tiba di Chengdu.






Di Chengdu, kami menginap di Youth International Hostel Chengdu.

Hello Chengdu International Youth Hostel
No.211, North Section Four, First Ring Road, Jinniu District, Chengdu 610081, China
00 86 28 8335 5322

Hostel selesa untuk 2 orang walaupun agak sempit, tapi bukannya sepanjang hari duduk di dalam bilik pun. Cukupla untuk bersihakan diri, dan berehat.

Selepas check-in, kami rehat sebentar dan seterusnya keluar untuk mencari makanan. Masing-masing dah lapar. Kami dimaklumkan bahawa ada kedai makanan Muslim berhampiran. Apa lagi, semuanya menyerbu kedai yang sama untuk makan tengahari dan malam.







Selepas makan, kami menyelusuri jalan di sekitar hostel dan persekitarannya dengan berjalan kaki sambil merancang untuk program keesokan harinya.

Keesokan harinya, perjalanan kami akan lebih panjang dari pagi sehinggalah ke malam.

“Your time is limited. So don’t waste it living someone else’s life.” – Steve Jobs

Kewangan - How to Spend during Festive Season without getting into too much Debt?

Festive season is a season where most of people are waiting for. There are a lot of SALES, Clearance Sales, Year End Sales and much more. The time where we buy too many for ourself and others and hurting our wallet. And at the end of the day, we are hurting ourself more than our wallet. We have too much debt to pay for. Our bonus gone in a blink of our eyes, and not knowing that our saving for a year has been gone too. Early next year, we start our day paying all the debt that we spend too much during that festive season.

If you are having this situation every year and having your headache whenever it comes to the end of the year, the guideline below might be useful for you to follow. :)
Image result for financial quotes
"Beware of little expenses; a small leak will sink a great ship."

How to Spend during Festive Season without getting into too much Debt????
  1. Plan ahead - if you have something you wish to buy, plan ahead. Example: you wish to buy iPhone X that cost you around nearly RM4000. Plan ahead and save that money every month, so that by the end of the year, you will be able to buy it without burning your salary or saving too much.
  2. If you plan to have a family holiday at the end of the year, and it is not just holidays. It is more to shopping holidays, yet...you need to have a plan ahead especially on the budget. Save more for your Year End Holiday (YEH) or earn more. During holidays, you will need only 1 credit card and not more in order to control your budget during your holidays especially overseas holliday trip.
  3. If you are using a credit card that offers you a gift reward, used it to the maximum.
  4. If you have a Cashback reward program - click here to know more and earn cashback (https://www.shopback.my/booking-com?raf=loA8V2)  - used it to the maximum to get maximum reward, maximum discounts, and others. Cashback program is one of the best program that offers a cashback whenever you purchase online for you holiday trip package, hotels, bus ticket, flights, and others. Another one good Cashback program is MyKad Smart Shopper (MSS). You can shop and save using your MyKad and get a cashback.
  5. Always keep track of your spending. If possible the whole year of tracking, so that you will know when you have a surplus or shortage from your earning. My way of tracking my spending is by recording all expenses and surplus if any by monthly tracking. Where the money comes and where the money goes, it is all in one sheet. So, it becomes easy for me to target on certain thing, to minimize other unnecessary expenditure and increase my savings for the trip or festive season.
  6. In order for you to gain more, give more. We call it Sadaqah. You give more to needy people, Allah will give you more and surplus in your life. Do not hesitate to give even for RM1 to needy people, when you have in your pocket just RM5.
All you need to do is START and EFFORT and COMMITMENT. Don't just HOPE!
"Hope is not a Financial Plan."~Ric Edelman

Good luck in minimizing and eliminating your bad debt and planning for your brighter financial future. :)

20 December 2017

Travellingbie : Siguniang Day 5

Day 5 - Base Camp to Rilong

Seawal pagi jam 3am, teammates menyiapkan diri untuk ke puncak. Jam 4am, 9/10 bergerak secara berkumpulan ke puncak bersama dengan guide.

Yang sorang ni tinggal di Base Camp. Ingatkan sorang-sorang je tinggal di Base Camp, rupa-rupanya ada 3 members dari grup Malaysia yang lain juga tidak ke puncak disebabkan AMS dan oksigen level yang rendah.

Salah seorang dari ahli team tersebut mempunyai oximeter. Dari bacaan oximeter tersebut, oksigen level 40% sahaja, lebih rendah dari yang lain. The girl, Yesline told me that I've made a good decision not to attack summit. With that level of oxygen, I can easily get heart attack while climbing.

Morning at base camp is quiet and serene. Sambil memikirkan teammates yang lain dan berdoa agar semuanya selamat sampai ke puncak, saya menikmati pemandangan sedia ada dengan rasa syukur kerna masih diberi ruang dan oksigen untuk hidup.

"Climbing - going up is optional and the summit is always there, going down safely is crucial."~ uark
Pemandangan pagi di Base Camp
Enjoying the view while waiting for other teammates to go down.

At 10am - there are climbers already heading down. The earliest grup are 2 climbers from Malaysia. Edy from Malaysia, reached Base Camp with his client.

Sambil-sambil sembang, tanya jugak teammates ada dekat mana. He told me that everyone reached summit and heading back down. Alhamdulillah...semua yang naik sampai ke puncak.

When Yeslin told him that I have low oxygen level, he offered his oxygen tank to boost the oxygen level until it reached the safe level of more than 80%. He also gave me Diomax to reduce the dizziness. He told me that, I should evacuate immediately with that level of oxygen.

Nasib baik tak naik ke summit. Kalau tak, helikopter la yang bawak turun ke Rilong nanti.

Bila oxygen level dah naik lebih 80%, barulah rasa lega sikit. Kalau tak, tiap 1 langkah kene ambik nafas panjang, walaupun berjalan di atas tanah rata.

Reminder notes: Oximeter reading is important when climbing high altitude mountains. At least, we know our oxygen level and our heart rate. If not everyone bring the reader, at least the captain have one.
Going down - Beautiful view with high price and priceless experience.
"Perseverance is not a long race; it is many short races one after the other."~Walter Elliot
Perjalanan balik kami menggunakan jalan yang sama selama lebih kurang 5 jam 30 minit sehinggalah tiba di Ri Long. Singgah rehat sekejap di Tea House sebelum meneruskan perjalanan turun ke Rilong. Jam 630pm, semua telah tiba dengan selamat di Guesthouse, Alhamdulillah.

Travellingbie : Siguniang Day 4

Day 4 - Tea House to Base Camp

It's a beautiful day, MasyaAllah. The sun is rising and the snowflakes are melting, but it was still cold as ice.

Setelah berlalunya malam, maka datanglah siang bagi manusia memulakan penghidupan.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:
"Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui;"(QS. Ya-Sin 36: Ayat 38)

Cuaca masih lagi sejuk walaupun matahari memancar bersinar. Kuda-kuda sudah setia menunggu untuk memberi khidmat. Kalau ikutkan hati, nak je naik kuda sehingga base camp. Tapi kata-kata semangat dari setiap ahli kumpulan dikumpulkan masuk dalam uncang semangat untuk teruskan perjalanan mendaki sehingga base camp yang ketinggiannya melebihi puncak Gunung Kinabalu.

Menurut guide kami, kalau ikut pace team yang paling perlahan, kami akan sampai di Base Camp lebih kurang dalam masa 4 - 5 jam. Selepas sarapan pagi, kami teruskan perjalanan hari ke-4 ke Base Camp dengan doa. 

"Life does not have to be perfect to be beautiful."~uark

Perjalanan hari ini adalah perjalanan yang menaik sehingga 4300++ mdpl. Kami dinasihatkan untuk tidak tergesa-gesa sampai ke Base Camp dikhuatiri akan mudah mengalami AMS.
Kuda-kuda membawa ration makanan, peralatan dan barang-barang kami sepanjang perjalanan.
Allah Swt berfirman di dalam Surah Ghafir: 79-80 yang bermaksud: 
"Allah yang menjadikan binatang ternak bagi kamu; sebahagian di antaranya untuk kamu menunggangnya, dan sebahagian lagi untuk kamu makan. Dan kamu pula beroleh berbagai faedah pada binatang ternak itu, dan supaya kamu dapat memenuhi sesuatu hajat yang ada dalam hati kamu dengan menggunakan binatang itu; dan di atas binatang-binatang ternak itu, serta di atas kapal-kapal, kamu diangkut."

Di kiri dan kanan pemandangan gunung ganang. MasyaAllah.

“Dan Dia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapkannya supaya ia tidak menghayun-hayunkan kamu, dan Dia mengadakan sungai-sungai serta jalan-jalan lalu-lalang, supaya kamu dapat sampai ke matlamat yang kamu tuju.” - Surah al-Nahl: 15

Sekitar waktu jam 12pm, kami berhenti rehat di tepi trek dengan pemandangan savannah. Rehat makan pack lunch dulu. Menu = nasi goreng + sambal ikan bilis halia pedas berasap. Dengan pemandangan sebegini, makan nasi kosong pun terasa paling sedap
"A simple food with great friends is much more better than the best and expensive food eating alone."~uark
Lepas makan tengahari, kami teruskan perjalanan. Jauh lagi sebenarnya destinasi kami nun di sebelah sana.

"It's ok to go slow, but do not give up."~ uark

Selepas 4 jam berhempas pulas mendaki pada hari ke-2 dari ketinggian 3500++mdpl sehinggalah kepada 4500++ mdpl, altitud menaik lebih kurang 1000mdpl, akhirnya kami sampai di Base Camp. Setibanya di Base Camp, nafas saya terasa pendek, setiap kaki melangkah terasa tersekat nafas tidak sampai ke jantung. Tanpa saya sedari, sebenarnya oksigen level di dalam badan menjunam jatuh teruk kurang dari 50%. Patutla kepada berpusing-pusing, badan terasa lemah dan nafas pendek. Saya ingatkan disebabkan suhu yang terlampau sejuk dan altitude yang tinggi, penyebab kepada kepancitan yang teramat dan sesak nafas serta pening-pening.

Bagi yang ingin mendaki gunung seperti ini, anda mesti bawa bersama Oximetre - alat bacaan oksigen agar anda mengetahui tahap oksigen di dalam badan anda dan seterusnya dapat mengambil langkah seterusnya untuk mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.
Pemandangan di luar dari dalam cabin house.
Rehat sekejap, bila baring terasa makin pening. Harap-harapnya tiada terjadi kecemasan di Base Camp. Sementara saya berehat, ahli pasukan yang lain meneruskan latihan altitud untuk persediaan ke puncak pada awal pagi esoknya.
Magnificient view at Base Camp. The bags were unloaded from horses.
Selepas latihan altitud lebih kurang 2 jam, makan malam disediakan oleh chef d' mission dan ahli, seterusnya kami berehat sebelum misi utama seterusnya. Jam 4 pagi, team akan bergerak naik ke puncak setinggi 5025mdpl.

13 December 2017

Travellingbie : Siguniang Day 3

Day 3 - The day : Ri Long to Tea House

Kami mulakan pendakian sebenar pada hari ke-3. Cuaca di Rilong luar biasa sejuk walaupun matahari memancar bersinar terik.

Di hostel, malim gunung sudah sedia menunggu, begitu juga dengan kuda-kuda yang membawa barang-barang dan peralatan serta ration. Kami hanya membawa barang-barang asas seperti jacket sejuk, baju hujan, headlamp, ubat-ubatan, makanan, air 2 liter, dll yang penting. Itupun dah berat dah beg.

Di kaunter pendaftaran Taman Negara Siguniang, kami dikehendaki mendaftar dan cop jari masing-masing. Yuran dan permit kebenaran mendaki adalah sebanyak 150yuan. Dekat Rilong dah sejuk, tak terbayang bila berada di Tea House dan Base Camp nanti.

Memahat memori di hadapan pejabat Taman Negara Siguniang
Sepanjang pendakian menaik, kami disajikan dengan pemandangan savannah padang ragut yang luas mata memandang. Yak dan kuda kelihatan di mana-mana, bebas bergerak, bebas makan dan bebas tanpa diikat di mana-mana.

4 sisters of Siguniang
From left, of course la yang paling tua sehinggalah yang paling bongsu.
Pose menahan sejuk sebenarnya.
Yang putih di belakang tu adalah puncak paling tinggi The Mountain of 4 Sisters. Sentiasa bersalji dan buat masa ini hanya 25 pendaki yang berjaya sampai di puncak gunung yang paling tinggi itu.

"Earth and sky, woods and fields, lakes and rivers, the mountain and the sea, are excellent schoolmasters, and teach some of us more than we can ever learn from books."~John Lubbock

Sepanjang perjalanan banyak tempat-tempat rehat yang semulajadi. Bila penat, boleh duduk di tepi gaung atau di tepian jalan sambil santai-santai, sembang-sembang, baring-baring melunjurkan kaki bila dah penat mendaki.

Team yang lain santai-santai sahaja. Ada seorang tu je yang struggle disebabkan cuaca sejuk. Guide pula tak bagi yang lain potong Q. Makanya, yang lain memang terpaksa jalan lenggang kangkung ikut step dan pace orang depan serta ambil masa menikmati dan merakamkan keindahan alam yang sangat indah.

Dengan pemandangan sebegini indah, tidak ada di antara kami yang tidak terpana, mengucapkan tahmid dan syukur di bibir masing-masing, kerna Allah SWT masih memberi kami peluang untuk menyaksikan dengan mata hati sendiri akan kejadian dan bukti wujudnya kebesaran dan kekuasaan Allah di dalam penciptaan alam semestanya.

Boleh guling-guling ala-ala dalam filem hindustan lagi. Cuma kene la berhati-hati dengan najis kuda dan yak.
"Sesungguhnya, dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang, terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal, (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri, duduk, atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), “Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia. Mahasuci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka.” (QS Ali Imran: 190-191)

The view - Yaks are everywhere
"Kehidupan itu seperti mendaki gunung. Sebelum mendaki, kamu harus tetapkan tujuanmu untuk sampai di mana. Jika kamu mahu terus ke puncak, walau seberapa penat, lelah dan sakitnya pendakian itu, kamu harus terus melangkah. Jika kamu sudah tiada upaya, rebahkan punggungmu di tanah, agar kamu bisa rehat buat seketika dan mengembalikan semangatmu. Tidak mengapa jika kamu melangkah lambat umpama kura-kura. Kura-kura yang lambat itu juga yang jadi pemenangnya. Jika kamu begitu mudah berputus asa, kehidupanmu juga akan terus berada di dalam keberputusasaan itu. Maka itu, jadikan diri kamu pendaki yang kental jiwa dan semangat dalam mendaki dan dalam berhidup, agar orang lain bisa terpegun kagum dengan semangat luar biasa kamu itu."~uark

Pemandangan yang biasa bagi malim gunung, namun yang luar biasa berganda-ganda bagi yang kami.

Perjalanan masih jauh lagi dan kami teruskan pendakian dengan jiwa yang kental.
"Kamu bisa sahaja mendaki sendirian, tetapi amat manis dan lebih bermakna bila mendaki bersama teman-teman." ~ uark
Akhirnya sampai ke Tea House selepas 5 jam perjalanan. Bagi pendaki tegar dan sangat fit, perjalananan dari Ri Long ke Tea House boleh sahaja mengambil masa selama 3 jam atau kurang.

Tea House ini mempunyai kemudahan yang asas. Makanan perlu dimasak sendiri. Air panas boleh didapati di bilik memasak (smoke house) Tea House. Di situ juga, kami memanaskan diri dan memasak.
Tandas pun sangat asas. Nasib baik ada air dan bersih. Tapi airnya sejuk seperti ais. :))

Semalam di sini rasanya cukup la kot.

Makan malam kami di Tea House
Kalau Latepackers tu, Latepackers jugak :)).

Tak pernah dalam trip dengan Latepackers yang tak masak. Sejuk gigil pun, chef d' mission akan masak beserta team. Menu malam itu - buah, sayur campur, lauk ayam dan daging beserta nasi. Alhamdulillah semua kenyang, walaupun ada yang mengalami AMS, pening-pening dan sakit kepala.

"Simple food becomes deliciously savouring when we share with good friends and families." ~uark

Day 4 - Sepagi di Tea House
Pagi di Tea House, snow flakes terdapat di merata-rata tempat. Cuaca pagi sangat-sangat sejuk gigil, tapi pemandangannya tidak akan anda jumpa di mana-mana tanah rendah atau tanah tinggi di Malaysia

Day 4 merupakan hari perjalanan yang paling panjang dan memenatkan. (bersambung...)