24 August 2017

Inapan : D' Desa Resources Sungai Haji Dorani, Sungai Besar

Sabtu yang lepas, grup Alumni Trip Amal Aceh, Padang-Bukit Tinggi, Bandung-Bogor-Jakarta (BaBoJak) menghadiri kenduri kahwin adik kami di Bagan Datoh. 
Dari Cheras ke Bagan Datoh mengambil masa sekitar 3 jam lebih. Kami sampai di rumah pengantin lebih kurang jam 1pm. Meriah kendurinya, pasangan pengantin sangat sepadan dan makanannya pun sedap dengan selera kampung.

Selesai kenduri, kami melawat Menara Condong Teluk Intan sebelum menuju ke destinasi seterusnya di Sungai Besar. Dari Bagan Datoh ke Teluk Intan, perjalanan mengambil masa sekitar 30minit. Selesai riadah petang yang panas di Menara Condong, kami teruskan perjalanan ke rumah inapan. Perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam.
Inapan kami untuk malam nanti di D' Desa Resources, Sungai Haji Dorani, Sungai Besar. Kami tiba di inapan / homestay sekitar jam 6 petang. Ada yang sudah tiba dan berjumpa dengan tuan tanah serta mengambil kunci untuk semua chalet.
Alamat Inapan:
D' Desa Resources, Lot 9176A, Jalan Besar, Sungai Haji Dorani, 45300 Sungai Besar,Selangor. 

Tel : 019-3139389/012-3599936 
(Puan Azizah Bt. Waris)
Emel : ddesa9176@yahoo.com

D' Desa Homestay ini menawarkan 9 rumah chalet / housestay pelbagai jenis untuk pilihan pengunjung.

Kami menempah 4 rumah untuk 2 orang dan 2 rumah famili + dapur.

Ketika menjejakkan kaki masuk ke halaman D' Desa, saya teruja melihat keunikan rumah yang ditawarkan. Gaya dan rekabentuk rumah kayu tersebut amat tradisional dan aura kampung terus menerjah minda saya. Bagi rumah famili pula, diasingkan ruang bilik tidur dan tempat makan, bilik air dan dapur. Di luar rumah pula, terdapat wakaf sebagai tempat minum petang atau minum malam sambil bersembang-sembang.

Setiap rumah dilengkapi dengan perkakasan asas seperti bilik mandi, katil sama ada katil kelamin atau bujang, tuala, sabun, cerek air, tv dan lain-lain. Rumah pula dipasangkan dengan kipas dan penghawa dingin. 

Walaupun agak dekat dengan jalan utama Sungai Besar dan sedikit bising, suasana desa masih lagi dirasai. Di kawasan belakang rumah tamu, pemandangan kami disajikan dengan sawah yang saujana luas mata memandang.

Makan malam kami kali ini sudah semestinya dimasak oleh chef yang diimport dari Manjung. Makan malam bertemakan makanan laut, memang sesuai dengan suasana desa. Malam ni, semua orang makan sampai kenyang dengan kos hanya RM10 seorang dikongsi bersama. Alhamdulillah.
Seawal pagi selepas subuh, kami meluangkan masa berjalan-jalan di kawasan sawah padi. Dah lama tidak menikmati pemandangan sebegini tenang dan indah. Alhamdulillah
Sarapan pagi kami, nasi goreng dan nasi lemak disediakan oleh puan chef dari Manjung dan nasi lemak kampung dari gerai di sekitar.
Selesai sarapan pagi, kami melawat Pustaka dan Rumah Tamu Hamka di Sungai Besar yang diusahakan oleh YB Budiman Mohd Zohdi. Pustakanya kecil sahaja, sebesar kontena tetapi sangat menarik dan berwarna warni penuh dengan poster kata-kata hikmah dari Buya Hamka. Manakala rumah tamunya juga menarik. Kami terlambat tahu mengenai homestay di sebelah rumah tamu dan Pustaka Hamka ini. Kalau tak, memang dah menginap di sini je. Memandangkan buku-buku di dalam Pustaka Hamka tidak boleh dibawa keluar, kecuali buku yang dibeli, makanya di sebelah pustaka tersebut, disediakan sebuah rumah tamu untuk pengunjung yang ingin menghabiskan masa membaca buku-buku Hamka sambil berehat dengan kadar RM100 semalam.
Lebih kurang jam 11 pagi, kami check out dari homestay dan menuju ke destinasi seterusnya iaitu Pantai Redang Sekinchan. Di tengah hari yang panas, ke pantai pulak kami. :))

Tak sangka pulak Pantai Redang Sekinchan ini terkenal. Ianya terkenal dengan Wishing Tree yang ada di pantai tersebut. Pemandangan di pantai ini agak menarik walaupun di tengah hari panas terik. Cumanya, agak sedikit kotor. Di sebelah kiri pantai, terdapat perkampungan nelayan dan kawasan laluan kapal nelayan. Di hadapannya pula, saujana mata memandang laut yang luas terbentang. Selepas menjamu air kelapa pandan di pantai dengan harga RM3, kami meneruskan perjalanan balik ke rumah masing-masing.
Weekend spent well Alhamdulillah, dapat menjalinkan dan merapatkan ukhuwah sesama kami dan yang penting, makanan sepanjang 2 hari tersebut semuanya sedap-sedap. InsyaAllah ketemu lagi di lain waktu dan kesempatan.

Life is one big road with lots of signs. So when you riding through the ruts, don't complicate your mind. Flee from hate, mischief and jealousy. Don't bury your thoughts, put your vision to reality. Wake Up and Live! ~ Bob Marley



16 August 2017

Kewangan : Anda ada Kad Kredit? - Dapatkan 10 tips untuk Memaksima Faedah Kad Kredit anda

Anda mempunyai kad kredit? Sekiranya ada, Tahniah bagi anda yang bijak di dalam pengurusan kewangan dengan menggunakan semaksimanya kelebihan kad kredit yang anda ada. Bagi yang tidak pandai menguruskan penggunaan kad kredit anda dan acah-acah tunjuk kaya, malangnya hidup anda.

“When you get in debt you become a slave.” -Andrew Jackson
https://www.thebalance.com
Kad Kredit boleh menjadi satu alat untuk anda mendapatkan faedah-faedah yang ditawarkan seperti kelebihan mata ganjaran sehingga 7x apabila anda membeli tiket penerbangan, 5% atau 7% cashback bagi pembelian petrol atau barangan dapur di hypermarket dan sebagainya. Di dalam anda berbelanja, anda mendapat faedah maksima yang ditawarkan oleh pihak bank.

“A man in debt is so far a slave.” -Ralph Waldo Emerson

Walaubagaimanapun, anda perlu bijak di dalam memilih kad kredit untuk mendapat faedah yang maksima. Lihat dan kaji dulu trend perbelanjaan anda dan kecenderungan anda. Sekiranya anda seorang yang suka travel, mungkin kad kredit yang menawarkan kelebihan kepada travellers, yang menawarkan perlindungan insuran perjalanan, lebih mata ganjaran untuk pembelian tiket atau perbelanjaan di luar negara, mata ganjaran untuk penempahan tempat penginapan dan sebagainya sesuai untuk anda seorang travellers.

Anda boleh merujuk tips-tips di bawah bagi maksimakan kad kredit anda:
  1. Selaraskan keperluan dengan tawaran dari pihak bank - contohnya, sekiranya anda berbelanja lebih untuk "travelling" dan petrol, anda boleh memilih kad kredit yang menawarkan kelebihan utama kepada travellers seperti anda. Begitu juga yang lebih cenderung kepada perbelanjaan dapur, anda boleh dapatkan kad kredit yang sesuai dengan keutamaan anda. Rugi sekiranya anda mempunyai kad kredit yang tidak dapat memberi faedah maksima kepada anda sebagai pengguna;
  2. Antara Cashback dan Reward points, yang mana lebih menguntungkan? - bagi saya, Cashback lebih menguntungkan. Contoh: Perbelanjaan bulan Ogos adalah sebanyak RM1500 dengan kad kredit tersebut. Cashback anda adalah 5% atau 7% dari perbelanjaan anda. Paling rendah, kita ambil cashback sebanyak 5%. Dari perbelanjaan tersebut, anda akan mendapat cashback sebanyak RM75 dan biasanya akan ditolak dari outstanding bulanan anda. Secara amnya, anda hanya perlu membayar hutang kad anda sebanyak RM 1425 setelah ditolak cashback anda itu.
  3. Buat perbandingan - yang nie kena rajin sikit untuk buat perbandingan kad kredit yang ditawarkan oleh kebanyakan bank. Pilih kad kredit yang paling menguntungkan anda.
  4. Sekiranya anda mempunyai lebih dari 1 kad kredit, buat perbandingan dan batalkan kad kredit mana yang kurang menguntungkan.
  5. Sekiranya anda memilih kad kredit - "reward points", ketahui bila mata ganjaran kad kredit anda itu akan tamat. Rugi sekiranya terlepas untuk menebus balik mata ganjaran tersebut.
  6. Pilih kad kredit yang mengecualikan yuran tahunan. Sekiranya ada caj yuran tahunan, anda perlu rajin untuk mengemukakan permohonan pengecualian yuran tahunan dari bank. Sebelum dikenakan caj yuran tahunan, biasanya saya akan mengemukakan permohonan kepada bank untuk pengecualian tersebut dengan memberi alasan bahawa saya merupakan seorang "good paymaster" dan telah lama menggunakan perkhidmatan dari bank tersebut. Sekiranya permohonan saya itu tidak diluluskan, saya akan membatalkan perkhidmatan kad kredit tersebut dari bank. Dan bank, seboleh-bolehnya tidak mahu kehilangan seorang pelanggan yang baik seperti saya yang mempunyai rekod pembayaran yang bagus.
  7. Semak perbelanjaan anda setiap bulan dengan menyemak akaun statement anda secara atas talian ataupun hardcopy (billing statement) dan kenalpasti perbelanjaan yang perlu dan tidak perlu. Dengan itu, anda dapat mengawal perbelanjaan tidak perlu yang menggunakan kad kredit sekaligus melatih anda untuk berdisiplin di dalam perbelanjaan.
  8. Bayar penuh bill kad kredit anda setiap bulan. Apabila bank melihat rekod baik anda itu, pihak bank selalunya akan memberi kemudahan kredit kepada anda dengan lebih mudah kerana anda merupakan seorang pengguna yang sangat bagus. Setiap pelanggan bank akan dinilai mengikut mata kredit (credit rating). Jika anda mempunyai credit rating yang tinggi, anda akan mudah mendapatkan pinjaman lain yang lebih bermanfaat untuk anda dengan kadar faedah yang lebih rendah. Gunakan kelebihan tersebut untuk menjana pendapatan anda dan meningkatkan bisnes anda.
  9. Pastikan kad kredit anda menawarkan perlindungan kepada anda, sama ada perlindungan ketidakupayaan membayar balik kredit anda sekiranya anda menghadapi kemalangan atau kematian, atau perlindungan semasa travel.
“Debt is the worst poverty.” -Thomas Fuller

Kad Kredit bukanlah alat yang jahat seperti mana kebanyakan pengguna melihatnya. Yang tidak pandai menguruskannya adalah manusia yang memegang kad kredit tersebut. Kad kredit hanyalah alat untuk kita menguruskan kewangan kita. Sekiranya kita terjebak di dalam keberhutangan kad kredit yang serius, jangan salahkan kad atau pihak bank pula. Salahkan diri sendiri kerana tidak pandai mengawal perbelanjaan dan berbelanja di luar kemampuan. 

Semoga bermanfaat.

Kewangan : Tanya 2 soalan penting sebelum memohon Kad Kredit.

Every time you borrow money, you're robbing your future self. --Nathan W. Morris
Penggunaan kad kredit di dalam perbelanjaan harian masa kini semakin banyak digunakan oleh kita sebagai pengguna. Ada yang menggunakan kad kredit secara bijak. Tahniah untuk anda!. Namun, ramai yang terbabas dan mengalami kemalangan di dalam menggunakan kad kredit sehingga ada yang diisytiharkan muflis. Muda lagi dah ada title Muflis! Kesian....

Apabila seseorang / kita mahu menggunakan kad kredit untuk kemudahan perbelanjaan harian, ada beberapa perkara yang perlu diambil kira sebelum membuat permohonan kad kredit. Yang nie kene tanya diri sendiri dahulu, untuk mengelakkan anda mendapat title Muflis dikemudian hari:
  1. Adakah anda dapat membayar semua perbelanjaan yang menggunakan kad kredit tersebut. Contoh: Bulan Ogos, perbelanjaan RM1000, dan anda membayar RM1000 sebelum tarikh akhir pembayaran; dan
  2. Adakah anda dapat mengawal keinginan untuk berbelanja lebih dari pendapatan anda?
Sekiranya jawapan kepada 2 soalan tersebut adalah YA, silakanlah untuk membuat permohonan kad kredit kerana anda mungkin akan mendapat banyak faedah dengan penggunaan kad tersebut.

Never spend your money before you have it. --Thomas Jefferson

Sekiranya jawapannya adalah TIDAK, elakkan memohon kad kredit kerana ianya bakal memberi cetusan kepada masalah kewangan yang lain atau lebih dikenali sebagai "Snowball Effect".

Tanya lagi soalan - "Kenapa anda perlukan kad kredit?"
Sekiranya jawapan anda - "Kerana orang lain punyai kad kredit dan ianya nampak hebat dan cool.!" = Anda boleh jadi antara orang yang tidak COOL di dunia dan mungkin juga salah seorang yang tidak bijak walaupun anda punyai Degree atau Master atau PHD.

Dengan cabaran ekonomi masa kini yang tidak menentu, "Cash is King". Keperluan berhutang perlu dielakkan. Bukan sahaja hutang kredit kad, hutang ansuran seperti pembelian perabot, barangan elektrik, keperluan rumah yang lain, smartphone (ini pun nak berhutang ke?) amatlah sangat sangat dielakkan.

Kita perlu bijak di dalam membezakan hutang baik dan hutang jahat. Dan kad kredit adalah salah satu daripada hutang jahat yang perlu kita elakkan.
"Too many people spend money they earned..to buy things they don't want..to impress people that they don't like." --Will Rogers

14 August 2017

Kewangan : Anda bosan dengan kerja? Semak status kewangan anda sebelum berhenti kerja.

Bosan...Anda rasa bosan dengan kerja anda sekarang?
Tertekan...Anda sudah tidak boleh tahan dengan perangai bos atau rakan sepejabat anda?
Tiada motivasi untuk bekerja...Anda mahu berhenti kerja dan mengelakkan politik pejabat yang mengganggu ketenteraman anda?
Anda mahu berhenti KERJA!

"If you want things to be different, perhaps the answer is to become different yourself." ~Norman Vincent Peale
Sebelum mengambil keputusan untuk berhenti kerja disebabkan faktor luaran, anda perlu mengambil kira beberapa faktor yang boleh menjadi pemangkin untuk anda berhenti kerja semerta dengan notis 24 jam:

  1. Anda mempunyai pendapatan sampingan yang lebih besar atau sama jumlahnya dengan gaji tetap anda;
  2. Duit simpanan anda mencukupi untuk selama 6 bulan sekiranya anda menjadi penganggur atau tidak mendapat pekerjaan yang lain;
  3. Perbelanjaan tetap anda setiap bulan seperti bayaran ansuran kereta, rumah, hutang-hutang yang lain dapat dibayar seperti biasa setiap bulan selama lebih kurang 6 bulan;
  4. Anda mendapat tawaran kerja yang lebih menarik dan lumayan gajinya dari tempat anda bekerja sekarang -  majikan baru sanggup bayar lebih disebabkan kemahiran anda;
  5. Berhijrah bila ada peluang, bukannya berhenti kerja dan baru hendak mencari kerja baru.
Bagi yang berpeluang untuk berhenti kerja kerana mendapat peluang kerjaya di tempat lain, atau yang berhasrat untuk memulakan perniagaan, kira risiko dengan mengambil kira keperluan bulanan tetap anda dan keperluan-keperluan yang lain, sekurang-kurangnya anda boleh bertahan untuk menganggur selama 6 bulan atau anda boleh bertahan dengan permulaan bisnes baru anda itu selama 6 bulan atau sekurang-kurangnya 3 bulan.
Sebelum membuat keputusan untuk berhenti kerja, ambil kira faktor-faktor di atas. Anda mungkin akan gembira kerana telah berhenti kerja dan tidak lagi berhadapan dengan politik ofis atau boss yang teruk, tetapi anda mungkin akan mengalami tekanan kewangan sekaligus menambah jumlah hutang-hutang anda sekiranya anda tidak membuat persediaan untuk berhenti kerja dan mengubah cara kehidupan anda sesuai dengan keupayaan kewangan anda itu.

"Work is love made visible. And if you cannot work with love but only with distaste, it is better that you should leave your work..." 
~Kahlil Gibran

04 August 2017

Kesihatan : 20 Makanan Terbaik Untuk Sarapan Pagi

Sarapan atau minum pagi merupakan aktiviti penting bagi manusia. Sarapan pagi yang sihat membekalkan tenaga dan mampu menahan rasa lapar sehingga waktu makan tengahari.
https://s-media-cache-ak0.pinimg.com/736x/f7/aa/fb/f7aafb741bd7fd3526eede84dadbbdff--sport-top-nutritional-breakfast-healthy.jpg
Malangnya, ramai yang meninggalkan sarapan pagi dan ramai juga yang mengambil 'brunch' iaitu makan pagi + makan tengahari sehingga makan tengahari di dalam porsi yang banyak.

Sebenarnya, untuk sarapan adalah sangat senang dengan 20 makanan terbaik ini:

  1. Kiwi
  2. Banana / Pisang
  3. Oatmeal
  4. Greek Yogurt
  5. Wheat Germ
  6. Grapefruit
  7. Strawberries
  8. Egg
  9. Almond Butter
  10. Watermelon / Tembikai / Semangka
  11. Flaxseeds
  12. Blueberries
  13. Coffee
  14. Tea
  15. Cantaloupe @ Melon Fruits
  16. Orange juice
  17. Cranberry Juice
  18. Cereal
  19. Raspberries
  20. Whole Wheat Bread
Bacaan selanjutnya boleh didapati dari sumber: http://www.healthpedia.us/the-20-best-foods-to-eat-for-breakfast/

Lagi satu, kalau nak kurus, wajib ambil sarapan pagi :)