24 June 2017

Ramadhan 1438H - Day 29

Esok, InsyaAllah kita akan menyambut 1 Syawal, Hari Raya 'Aidilfitri 1438H. Sedih dan gembira bercampur baur semuanya.

Anas bin Malik meriwayatkan: Setibanya Rasulullah S.A.W ke kota Madinah, mereka - iaitu penduduk Madinah - mempunyai kebiasaan meraikan dua jenis hari dalam setahun. Baginda S.A.W bertanya: "Apakah dua hari ini? Mereka menjawab: " Kami selalu bersuka ria padanya sejak zaman jahiliah lagi". Rasulullah S.A.W bersabda: "Sesungguhhya Allah S.W.T telah menggantikan buat kamu dengan dua hari yang lebih mulia daripada kedua-dua hari tersebut iaitu hari al-Adha dan hari al-Fitr". 
[Hadis riwayat Abu Daud di dalam Sunannya, Kitab Solat, Bab Solat Dua Hari Raya, jil:1, m/s:295, no:1134].

Minal aidin wal faaiziin. Taqabbalallahu minna wa minkum wa siyaamana wa siyaamakum. Mohon maaf zahir dan batin kalau ada salah dan silap. Semoga Allah SWT ampunkan dosa2 kita
Indahnya lafaz takbir Hari Raya.
Puji-pujian yang selayaknya hanya untuk Allah SWT sahaja.


Di sebalik perayaan ' Aidilfitri itu ada hikmah-hikmah terbesar. 

Antaranya adalah bertambahnya rasa kecintaan dan ketaqwaan kepada Allah SWT - 'Ubudiyyah
  • meningkatkan perasaan hamba - itulah tujuan asal mengapa kita diciptakan dan berada di atas muka bumi ini >> Allah S.W.T berfirman:

    "Dan tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan supaya mereka menghambakan diri kepadaKu..."
    [ Az-Zariyat, ayat 56 ]
  • peningkatan 'Ubudiyyah itu membawakan seorang itu bebas dan merdeka dari cengkaman perhambaan sesama manusia sehingga menjadikan seseorang itu tinggi dan mulia.
Yang ke-2 nya adalah perasaan kegembiraan dan kesyukuran.
  • selama hampir sebulan kita mengekang serta melawan hawa nafsu dari melakukan perkara terlarang, 'Eid merupakan hari kemenangan bagi kita yang berpuasa.
  • maka sewajarnya lah kita menyambut perayaan ini dengan perasaan bersyukur dan gembira di atas usaha-usaha kita melawan hawa nafsu selama hampir sebulan. Allah S.W.T berfirman:

    "Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah makanan yang baik, yang telah Kami kurniakan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah sekiranya kamu benar-benar menyembah-Nya".
    [al-Baqarah, ayat 172]
  • Salah satu cara kita menunjukkan rasa syukur adalah dengan bertakbir. Banyakkan bertakbir di malam hari raya dan di sepanjang hari raya.
Yang ke-3 : Mengeratkan persaudaraan sesama Islam dan juga kawan-kawan kita yang bukan Islam
  • Allah S.W.T berfirman: "Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara. Oleh itu, perdamaikanlah antara dua saudara kamu. Bertakwalah kepada Allah S.W.T, mudah-mudahan kamu dirahmati". [al-Hujurat, ayat 10]
  • Semasa hari rayalah kita dapat mengeratkan hubungan sesama kita dengan ziarah. Kadang-kadang setahun sekali itulah sahaja masa untuk kita berjumpa. Hari-hari lainnya seolah-olah masa kita tidak mencukupi untuk mengeratkan silaturrahim sesama kita.
  • Keluarga dan kawan-kawan datang berziarah di hari raya, kita juga menziarahi mereka untuk mengeratkan perhubungan. Hakikatnya, 'Eid menyemai di dalam diri kita rasa cintakan saudara berteraskan aqidah keimanan kepada Allah SWT. Jika ada kawan-kawan kita yang berlainan agama dan bangsa, jemputlah berhari raya di rumah sebagai wasilah untuk kita saling mengenali antara satu sama lain dan menguatkan keharmonian hidup bersama.
Banyak lagi hikmah 'Eidulfitri yang kita sambut ini. Semoga perayaan ini dapat meningkatkan keimanan dan ketaqwaan serta rasa hamba kita kepada Allah SWT, disampiang dalam mengeratkan silaturrahim sesama manusia.

Allahu Akbar
Allahu Akbar
Allahu Akbar
Walillahilhamd

Selamat Menyambut Har Raya 'Eidulfitri
Semoga kita kembali kepada fitrah dan diampunkan segala dosa-dosa kita. Aameen.

23 June 2017

Ramadhan 1438H - Day 28

Ramadhan semakin pergi, kemeriahan Syawal semakin terasa, dan kesedihan meninggalkan Ramadhan juga semakin terasa rasa.

Puasa sangat bagus bagi yang tidak mampu bernikah kerna puasa dapat mengekang nafsu syahwatnya. Bagi yang mampu bernikah, cepat-cepatlah bernikah kerna ianya tuntutan agama. Bagi yang mampu tetapi belum diketemukan pasangan hidupnya, bersabarlah kerna ganjaran yang besar Allah berikan kepada hamba-Nya yang bersabar. 

Mari saya ceritakan mengenai seorang suami yang mengadu perihal isterinya. Dan sekiranya kamu mengatakan bahawa perkahwinan itu indah-indah belaka, kamu jangan lupa bahawa perkahwinan itu juga satu ujian untuk keduanya (suami dan isteri). Cerita dipetik dari sumber Internet.

"Seorang suami mengadukan apa yang dia rasakan kepada seorang Syeikh. Dia berkata:

Ketika aku mengagumi calon isteriku seolah-olah dalam pandanganku Allah tidak menciptakan perempuan yang lebih cantik darinya di dunia ini.

Ketika aku sudah meminangnya, aku melihat banyak pula perempuan seperti dia.

Ketika aku sudah menikahinya aku lihat banyak sekali perempuan yang jauh lebih cantik dari dirinya.

Ketika sudah berlalu beberapa tahun pernikahan kami, aku melihat seluruh perempuan lebih manis daripada isteriku.

Syeikh berkata: "Apakah kamu mahu aku beritahu yang lebih dahsyat daripada itu dan lebih pahit?"

Laki-laki itu terus berkata: Iya, mahu.

Syeikh: Sekalipun kamu mengahwini seluruh perempuan yang ada di dunia ini pasti anjing yang berkeliaran di jalanan itu lebih cantik dalam pandanganmu daripada mereka semua.

Laki-laki itu tersenyum masam, lalu ia bertanya: "Kenapa tuan Syeikh berkata demikian?"

Syeikh: Kerana masalahnya terletak bukan pada isterimu. Tapi masalahnya adalah bila manusia diberi hati yang tamak, pandangan yang menyeleweng dan kosong dari rasa malu kepada Allah; tidak akan ada yang bisa memenuhi pandangan matanya kecuali tanah kuburan.

Rasulullah bersabda: "لَوْ أَنَّ لِابْنِ آدَمَ وَادِيًا مِنْ ذَهَبٍ أَحَبَّ أَنْ يَكُونَ لَهُ ثَانِيًا، وَلَنْ يَمْلأَ فَاهُ إِلا التُّرَابُ، وَيَتُوبُ اللَّهُ عَلَى مَنْ تَابَ "

"Andaikan anak Adam itu memiliki lembah penuh berisi emas pasti ia akan menginginkan lembah kedua, dan tidak akan ada yang boleh memenuhi mulutnya kecuali tanah. Dan Allah akan menerima taubat siapa yang mahu bertaubat".

Jadi, masalah yang kamu hadapi sebenarnya adalah kamu tidak menundukkan pandanganmu dari apa yang diharamkan Allah.

Sekarang, apakah kamu menginginkan sesuatu yang akan mengembalikan kecantikan isterimu seperti pertama kali kamu mengenalnya? Ketika ia menjadi wanita tercantik di dunia ini?

Laki-laki itu: Iya, mau sekali.

Syeikh: Tundukkan pandanganmu!!!"

22 June 2017

Ramadhan 1438H - Day 27

Ramadhan hari ke-27 Alhamdulillah
Tanda semakin dekat kita meninggalkan Ramadhan. Aduhaii....sedih rasa di hati bila saat meninggalkan bulan penuh barakah ini.

Di bulan inilah kita seakan-akan berlumba-lumba untuk melakukan kebaikan. Perangai pun baik je kan...:)

Muhasabah diri pada hari ke-27 Ramadhan. Semoga bermanfaat InsyaAllah.

Allah SWT berfirman di dalam Surah Ar-Rum ayat 21 yang bermaksud: "Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir."

Ayat ini merangkumi pengertian cinta. Percintaan yang membawa kepada ikatan yang terkuat iaitu pernikahan. Pernikahan dalam ertikata menjalin kecintaan dan kerjasama, mendahulukan kepentingan orang lain dan pengorbanan, perasaan tenteram sakinah dan mawaddah, hubungan rohani yang mulia, perikatan jasad yang disyari'atkan, perjalanan mencari redha Allah dan menuju syurga Allah bersama orang yang dicintai.

Bagi kaum lelaki, diciptakan bagi mereka kaum wanita dari jenis yang sama iaitu manusia. Jika kiranya pasangan tersebut merupakan jin atau haiwan, maka pastilah tidak akan terjadi kerukunan dan kecenderungan di antara mereka dan tidak akan pula terjadi perkahwinan. Sebaliknya, ia akan bertentangan dan saling berpaling. 

Pasangan yang sama jenis iaitu manusia juga merupakan antara rahmat Allah yang sempurna kepada hamba-Nya. Dia menjadikan pasangan dari jenis manusia sendiri dan menjadikan kedekatan hati di antara keduanya rasa kasih (mawaddah) yakni cinta dan rasa sayang (rahmah) belas kasihan.

Dia jadikan di antara keduanya perasaan sakinah, agar perasaan nyaman, tenteram dan tenang kepada yang dicintai.

Dia jadikan di antara keduanya mawaddah - perasaan yang ingin bersatu atau bersama dengan suatu perjanjian yang terkuat iaitu  pernikahan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Tidak ada yang bisa dilihat (lebih indah/lebih baik oleh) orang-orang yang saling mencintai seperti halnya pernikahan."

Allah SWT jadikan di antara keduanya rahmah - kasih sayang dan kelembutan yang timbul terutamanya kerna ada ikatan. Sepertinya cinta antara yang bertalian darah, cinta orang tua kepada anaknya @ sebaliknya.

Dan perasaan cinta itu adalah sebahagian dari ayat-ayat Allah bagi kaum yang berfikir.

Berbuat baiklah dan berbelas kasihanlah kepada pasangan anda. Jangan jadi seperti fatihah dan Airil di dalam Andainya Takdir (walaupun hanya melihat tidak sampai 1 episode, kerna terasa bodohnya diri seorang perempuan apabila melihat watak seorang isteri di dalam drama tersebut diperlakukan kejam oleh suaminya) walau dengan apa sebab sekalipun.

Allahu Ta'ala A'lam

#TafsirIbnuKatsirOnline
#Tafsir

21 June 2017

Ramadhan 1438H - Day 26

Ternyata, puasa itu luar biasa
Kerna Allah menyandarkan puasa pada diri-Nya

Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
“Allah ‘azza wa jalla berfirman: setiap amalan manusia itu bagi dirinya, kecuali puasa. Karena puasa itu untuk-Ku dan Aku yang akan membalas pahalanya” (HR. Bukhari no. 1904 , Muslim no. 1151).

Di dalam puasa itu, jika kita teliti ada 3 kesabaran:
  1. Kesabaran di dalam melakukan ketaatan
  2. Kesabaran di dalam menghadapi ujian menjauhi larangan Allah SWT
  3. Kesabaran di dalam menerima taqdir Allah SWT
Tahukah anda, ibadah puasa akan memberikan syafaat di Hari Akhirat (dengan izin Allah SWT)?
“Puasa dan Al-Qur’an, keduanya akan memberi syafa'at kelak di hari akhirat. Puasa berkata: ‘Ya Rabb, aku menahannya makan dan menyalurkan syahwatnya, maka izinkanlah aku memberi syafaat padanya’. Al Qur’an berkata: ‘Ya Rabb, aku menahannya dari tidur di malam hari, maka izinkanlah aku memberi syafaat padanya’. Allah berfirman: ‘jika demikian berilah ia syafa’at’'".(HR. Ahmad 10/118. Ahmad Syakir dalam Ta’liq-nya terhadap Musnad Ahmad menyatakan bahwa sanadnya shahih).

Orang yang berpuasa, bau mulut pun wangi di sisi Allah SWT dan mereka mendapat 2 kebahagiaan.
Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
“Demi Dzat yang jiwaku berada di tangan-Nya. Sungguh bau mulut orang yang berpuasa di sisi Allah itu lebih wangi daripada misik. Bagi orang yang berpuasa ada dua kebahagiaan. Kebahagiaan ketika ia berbuka dan kebahagiaan ketika ia bertemu Rabb-Nya” (HR. Bukhari no. 1904, Muslim no. 1151).

Banyak lagi kelebihan puasa bagi orang yang berpuasa dan saya hairan bin ajaib, kenapa ada yang terang-terangan tidak berpuasa di kala umat Islam sedang berpuasa secara berjemaah dan beramai-ramai. Lain hal pula sekiranya kita berpuasa sendiri-sendiri di bumi asing yang rata-rata masyarakatnya tidak berpuasa.

Dan...ternyata juga sedekah itu luar biasa.
Anda beri 1, Allah beri 700 kali ganda

Allah Ta’ala berfirman yang bermaksud: “Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki . Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui” . (Al Baqarah (2) : 261)

*Diceritakan oleh Ibnu Abbas r.a : "Rasulullah s.a.w. adalah orang yang paling dermawan. Dan beliau lebih dermawan lagi di bulan Ramadhan saat beliau bertemu Jibril. Jibril menemuinya setiap malam untuk mengajarkan al-Qur’an. Dan kedermawanan Rasulullah s.a.w. melebihi angin yang berhembus."[Riwayat Bukhari]*

Keajaiban sedekah memang tidak dinafikan lagi. Ramai yang telah merasai kenikmatan dan ganjaran hasil dari sadaqah. Bagaimana sadaqah mampu menenangkan jiwa, meluaskan pintu rezeki dan menghapuskan kesakitan yang dialami.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, pasti akan ditunjuki kepada mereka jalan keluar. Dan diberi rezeki kepada mereka daripada jalan yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, maka Allah akan mencukupi baginya”. (At-Talaq:2-3)

Kekayaan tidak akan bererti apa-apa tanpa sadaqah. Begitu juga dengan rezeki kita sama ada banyak atau sedikit, ianya tidak akan bererti apa-apa tanpa sadaqah. Sekalipun pendapatan anda sedikit, namun sadaqah mampu menjadikan anda seorang yang cukup rezekinya. Rezeki yang sedikit, mencukupi, rezeki yang banyak juga mencukupi. Kerna ada sesetengah orang, rezekinya, gajinya, pendapatannya amat banyak, namun dirasakan masih tidak mencukupi untuk menampung keinginan dunianya. Ada sahaja yang tidak cukup. Namun bagi yang diberi keberkatan atas rezekinya, sedikit atau banyak, ianya sentiasa berlebihan dan kadang-kadang dikurniakan rezeki melimpah ruah dari sumber yang tidak disangka-sangka.

Tips nak tenang = sedekah, tips nak senang = sedekah :)
Justru itu, bersedekahlah sama ada di kala kita senang atau susah, secara terang atau sembunyi.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Kamu tidak akan memperoleh kebajikan (yang sempurna) sehingga kamu menafkahkan (hartamu) pada jalan Allah. Maka di antara kamu ada yang kikir dan siapa yang kikir sesungguhnya dia hanyalah kikir terhadap diri sendiri. Dan Allah lah yang Maha Kaya sedangkan kamu orang-orang yang memerlukan-Nya."(QS.Muhammad :38)

2 perkara ini yang kita lakukan di bulan Ramadhan, MasyaAllah....hebat ganjarannya. Dan tambahan kepada 1 perkara lagi iaitu solat malam. Sungguh, anda akan merasakan keajaiban aura Ramadhan sekiranya ketiga-tiga perkara ini dapat dilakukan secara istiqamah. Dan ketiga-tiga amal ini, diharapkan akan berterusan dilakukan walaupun Ramadhan telah berlalu.

Ramadhan sudah hampir sampai ke penghujungnya. Kita tidak tahu apakah kita akan bertemu semula dengan Ramadhan. Sama-samalah kita panjatkan doa agar Allah SWT beri ruang waktu untuk kita bertemu dengan Ramadhan dan kehidupan kita dipenuhi dengan manfaat dan barakah sehingga akhir waktu kita bertemu dengan-Nya.

Allahu ta'ala a'lam
Semoga bermanfaat

20 June 2017

Ramadhan 1438H - Day 25


Ramadhan hari ke 25
Seawal pagi tadi hujan lebat. Mudah-mudahan ada Lailatul Qadr untuk kita. Alhamdulillah, sejuk bumi Allah.

Bangun pagi-pagi, kita mulakan dengan do'a, kerna do'a itukan senjata orang Mukmin. Do'a yang baik-baik untuk diri kita, kedua ibu bapa kita, keluarga kita, sahabat-sahabat kita, guru-guru kita, kaum muslimin dan muslimat agar semuanya masuk ke syurga Allah dari mana-mana pintu syurga. Doakan juga untuk orang-orang yang memusuhi kita, yang berbuat jahat kepada kita, yang dengkikan kita, semoga kesemuanya diberi hidayah dan taufiq.

Yang masih belum berpunya, doalah semoga Allah bukakan hati seseorang untuk menerima anda. Yang sudah berpunya, doalah agar cepat dihalalkan perhubungan tersebut. Yang sudah bernikah, doalah agar hubungan kekal sehingga syurga. Yang sudah bernikah dan belum mempunyai cahayahati, doalah agar Allah perkenankan doa2 orang yang berharap. Yang punya anak-anak, doalah yang baik-baik untuk cahayahati anda. 

Bagi yang punya kawan-kawan, keluarga yang masih belum berpasangan mahupun masih belum punya keturunan, doalah yang baik-baik untuk mereka. 

Soalan-soalan seperti, "Engkau ni bila nak kawin, tak takut ke jadi anak dara tua / bujang terlajak?", "Ni sorang lagi tak kawin, muka lawa/hensem tapi tak kawin lagi.", "Kawin dah 5 tahun, tapi belum ada anak lagi. Dah cuba berubat ke?", "Bila nak ada baby ni?" dan soalan-soalan yang bisa membuatkan hati-hati manusia yang kita tanya itu terguris atau terluka, cuba-cubalah elakkan keluar dari mulut atau jari-jemari chomel kita. Hati-hati orang yang kita lukai ini, bila mereka berdoa, mudah sahaja Allah makbulkan nanti. 

Maka, doalah yang baik-baik sahaja. Mana tahu, Allah maqbulkan doa-doa kita tanpa hijab di bulan Ramadhan ini. 

Doa ini sangat cantik untuk dibaca, bagi yang sudah berumahtangga mahupun yang belum berkahwin. 

"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa." - Surah Al-Furqan, ayat 74

Semoga kita dikurniakan pasangan dan keturunan yang mampu menyejukkan mata, menenangkan hati, meningkatkan iman kita, yang mampu berjalan seiring membawa kita dan keluarga ke syurga. Bukankah itu tujuan hidup kita?

Bagi yang tidak jumpa pasangan di dunia, jangan risau resah dan gelisah, terus-terusan menjadi baik dan berbuat amal kebaikan, kerna bidadara / bidadari di syurga sedang menunggu kita, InsyaAllah...Aameen😊

#doadariAlQuran
#ngobathati

19 June 2017

Ramadhan 1438H - Day 24

Ramadhan hari 24 InsyaAllah

Tinggal 6 hari lagi Ramadhan bersama-sama kita. Belek-belek hati kita, apa yang telah kita capai sepanjang Ramadhan ini. Tanya hati kita, tanya imaan kita, bertambah atau berkurang atau sama sahaja tingkatan iman nya?

Allah SWT berfirman yang bermaksud, "Iaitu orang-orang yang apabila disebut nama Allah, gerun gementarlah hati mereka, dan orang-orang yang sabar (cekal hati) terhadap kesusahan yang menimpa mereka, dan orang-orang yang mendirikan sembahyang, serta orang-orang yang mendermakan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepadanya." - Surah Al-Hajj:35


Di dalam ayat ini disebutkan tanda-tanda orang yang taat dan patuh kepada Allah, iaitu:
  1. Apabila disebutkan nama Allah di hadapan mereka, gementarlah hati mereka kerana merasakan kebesaran dan kekuasaan-Nya. Mendengar nama Allah, timbul perasaan harap dan takut dalam hati mereka. Mereka mengharapkan keredhaan Allah, sebagaimana mereka pula mengharapkan keampunan dan balasan yang disediakan-Nya bagi orang yang bertaqwa.
  2. Mereka sabar menghadapai segala cabaran daripada Allah. Ketika mendapat rezeki dan kurniaan yang banyak daripada Allah, mereka ingat bahawa dalam harta mereka itu ada hak orang faqir dan miskin. Ketika menjadi miskin, mereka sedar bahawa itu menjadi ujian terhadap iman mereka sehingga kemiskinan tidak menggoyahkan iman mereka sedikit pun. Mereka yakin bahawa cabaran daripada Allah itu bermacam bentuk dan ragamnya.
  3. Mereka sentiasa mendirikan solat yang diwajibkan kepada mereka pada waktu-waktu yang telah ditentukan.
  4. Mereka menafkahkan sebahagian rezeki yang telah dianugerahkan Allah kepada mereka. Tindakan menginfaqkan harta itu mereka lakukan semata-mata untuk mencari keredhaan Allah SWT.
(Department Agama RI, Al-Quranulkarim wa Tafsiruhu, Jilid 5, 2009:406)

Mari kita belek-belek hati dan iman kita. Apakah kita sudah mencapai kesemua tanda-tanda tersebut, atau baru sahaja mencapai 1 atau 2 tanda, ataupun tiada langsung. 
Muhasabah hati kita, tanya diri kita...

Ramadhan is the best month to reflex and to fix our iman and ourself.

Semoga bermanfaat
Allahu ta'ala a'lam

18 June 2017

Ramadhan 1438H - Day 23

Ramadhan day 23
Semoga kita mendapat nikmat Lailatul Qadr, InsyaAllah

Hati...
kecik je saiz nya
tapi itulah benda yang ada pada kita yang paling susah kita nak jaga

Hati...
Selalu berbolak balik
Tidak tetap pendiriannya
Kadang ke kanan
Kadang ke kiri
Kadang di tengah-tengah

Hati...
Kalau tidak dijaga
Penuh sifat mazmumah
Penuh hasad dengki
Penuh dengan riak ujub dan takabbur
Susahnya menjaga hati

Hati kita...
kadang nak selalu buat kebaikan, tapi selalu jugak hati tersebut mintak perhatian. Kebaikan yang dibuat mahu diberi perhatian dan dihargai. Kiranya tidak mendapat penghargaan, hati berasa kecewa kerana menganggap hasil usaha kebaikan tersebut tidak dihargai. Hati juga terkadang kecewa, kerana perkara yang kita anggap baik, bukan semua melihatnya baik, terkadang perancangan yang kita rancangkan tidak seperti yang dijangka, ada sahaja halangannya. Masa inilah hati dan iman kita diuji dan diberi goncangan dan dibolak balikkan hati itu.

Aduhai hati...bukankah Allah itu ada bersama
Firman Allah SWT bermaksud: "Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mendirikan solat serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah agama yang benar" (Al-Bayyinah: 5)

Aduhai hati...susahnya hati kita hendak ikhlas.
Ikhlas adalah umpama semut yang hitam di atas batu hitam di malam yang gelap
- SAIDINA ALI R.A.-

Kalau kita rasa hati kita telah ikhlas di dalam berbuat kebaikan, cuba kita semak adalah tanda-tanda ini ada pada hati kita. Ulama' telah menggariskan TANDA-TANDA IKHLAS itu kepada beberapa perkara sebagai berikut:
  1. Takutkan kemasyhuran dan sanjungan yang boleh membawa kepada fitnah sama ada kepada dirinya mahupun agamanya, terutama sekiranya dia seorang yang berkebolehan. Kerana dia yakin bahawa Allah menerima sesuatu amalan itu berdasarkan batin, dan bukanlah zahirnya semata-mata.
  2. Orang yang ikhlas sentiasa menganggap dirinya cuai terhadap Allah, lalai dalam melaksanakan ibadat, tidak dapat mengawal hati daripada dimasuki sifat bangga diri, sombong dan kagum dengan diri sendiri.
  3. Lebih suka melakukan amalan atau kerja secara sembunyi daripada diiklankan dan mencari populariti. Dalam konteks sebuah organisasi, dia lebih suka menjadi tunjang pokok walaupun tiada yang nampak kerana berada dalam perut bumi, namun dia adalah asas bagi pokok itu hidup, tegak dan kuat.
  4. Baginya sama sahaja berkerja sebagai pemimpin atau pengikut, selagi kedua-duanya adalah berkhidmat untuk agama. Hatinya tidak dapat dipengaruhi perasaan cinta untuk muncul ke depan atau berada di barisan hadapan.
  5. Tidak menghiraukan kepuasan hati manusia sekiranya ia membawa kepada kemurkaan Allah SWT.
  6. Suka atau bencinya, memberi atau menolaknya, rela atau marahnya, semuanya adalah kerana Allah SWT dan agamanya.
  7. Dia tidak bersifat malas, tidak lemah disebabkan perjalanan yang jauh, tidak lambat memetik hasil dan tidak juga lambat mencapai kejayaan.
  8. Gembira dengan kemunculan orang yang berkelayakan dalam barisan perjuangan bersamanya.
Selalulah kita memohon kepada Allah SWT agar hati-hati kita sentiasa ikhlas dan istiqamah di dalam berbuat kebaikan, istiqamah dalam agama, sentiasa di dalam imaan dan Islam.

Allahumma ya muqollibal quluub
Tsabbit quluubana 'ala diinik wa 'ala taa'atik
Ya muqollibal quluub
Tsabbit quluubana bil islam wal iimaan

Allahumma Aameen
Semoga Allah SWT jadikan kita di kalangan Al-Mukhlisin dan kita terus istiqamah dalam mengejar syurga yang Allah SWT janjikan. Aameen

17 June 2017

Ramadhan 1438H - Day 22

Perihal Bahagia

Tidak semua orang mendapat pilihan pertama
Namun yang penting...kamu bahagia!

Definisi bahagia bagi semua orang berlainan. Ada yang kebetulannya sama, ada juga yang melihat bahagia dari sudut yang berlainan.

Bermimpilah setinggi langit. Orang yang berjaya punya cita-cita. Orang yang bahagia, punya cita-cita setinggi langit dan berusaha mencapainya. Akan adanya halangan di dalam mencapai impian. Namun, orang yang bahagia akan terus berjuang dan berusaha mengatasi segala rintangan.

Orang yang bahagia, tiada di dalam kamus hidupnya perkataan "putus asa", kerna Allah murka pada hamba-Nya yang berputus asa. Orang yang berputus asa untuk hidup adalah orang yang lupa diri. Lupa diri ketika mana Allah tiupkan ruh kepadanya dan memberinya kehidupan.

Allah SWT berfirman di dalam surah AL-A’raf ayat 172, yang bermaksud:
”Dan (Ingatlah) ketika Tuhanmu mengeluarkan turunan anak Adam dari tulang punggungnya dan Tuhan mengambil kesaksian dari mereka sendiri, firmanNya: ”Bukankah Aku ini Tuhanmu?” Mereka (roh manusia menjawab: ”Benar! Kami telah menyaksikan”. Nanti di hari Qiamat agar kamu tidak mengatakan: bahwa, ”kami lalai terhadap hal ini. (QS. Al-A’raf 172).

Kita hidup ini, sudah terbukti, itu buktinya bahagia. Kelahiran kita di dunia ini tanda kedua ibu bapa kita bahagia. 

Bahagia bukanlah apa yang kita rasakan ketika kita punya harta yang banyak atau secukupnya, punya anak-anak yang ramai, punya orang yang kita cintai, punya pekerjaan yang mantap dengan gaji yang lumayan.

Bahagia itu, kadang-kadang bila sendiri. Punya ruang dan waktu untuk muhasabah diri, lantas memperbaiki diri untuk diri dan juga untuk orang lain. 

Bahagia itu juga, bila punya waktu untuk belajar, belajar tentang kehidupan, bahwa hidup ini bukanlah untuk diri kita semata. Kebanyakan dari hidup ini adalah untuk berbakti kepada orang lain - hidup untuk memberi, kerna kehidupan itu sifatnya sementara. Ianya umpama jambatan untuk kita menuju ke dunia yang kekal abadi. Justru itu, bekal apakah yang akan kita bawa nanti selain dari amal bakti yang kita kumpul dari alam dunia? 

Bahagia itu sederhana. Saat mensyukuri apa yang ada dan apa yang dimiliki tanpa perlu cemburu dengan apa yang orang lain miliki. Bukankah bahagia bila kita mampu untuk gembira melihat orang lain bahagia bersama walau kuantitinya berbeda?

Kita tidak akan bisa memutar waktu. Waktu bukanlah seperti CD atau kaset yang kita boleh putar berkali-kali. Kita akan rasa derita bila kita coba untuk kembali pada waktu-waktu yang kita kesali dan berharap akan dapat membuat pembetulan ke atas kesilapan-kesilapan lalu yang pernah kita lakukan. Yang berlalu biarkan berlalu dan jadikan pengajaran. Jangan biarkan kehidupan kita yang bersisa dibazirkan dengan mengenangkan kisah-kisah silam, apa lagi kisah sedih dan derita.

Mari kita singkap sejarah - Seorang Muslim itu tidak akan jatuh ke lubang yang sama berkali-kali
Perang Hamraaul Asad merupakan sebagai obat bagi kesedihan kaum muslimin, serta merupakan ujian keteguhan dan kesabaran kaum muslimin, di antara kisah yang banyak mengandung pelajaran adalah ketika Rasulullah SAW hendak ke Madinah, Rasulullah kembali menangkap Abu Azzah Al-Jumahi, ia merupakan di antara tawanan perang Badr yang Rasulullah SAW bebaskan secara percuma karena kefaqirannya dan banyaknya anak perempuannya, dengan syarat tidak membantu siapapun meemusuhi Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam akan tetapi dia malah melanggar dan berkhianat, ia mengajak/menghasut orang dengan sya’irnya untuk memerangi Nabi dan kaum muslimin juga turut serta dalam perang Uhud untuk memerangi kaum muslimin.

Tatkala Rasulullah menangkapnya dia berkata: “Wahai Muhammad lepaskanlah aku, bebaskan aku dan biarkan aku mengurusi anak-anak perempuanku, aku berjanji untuk tidak mengulanginya lagi. Maka Rasulullah SAW menjawabnya: “Kau tidak akan mengusap kedua pipimu lagi di Mekkah setelah ini, kau telah menipu Muhammad dua kali. Dan seorang mukmin tidak akan terjatuh dalam lubang yang sama dua kali”. Kemudian beliau memerintahkan Zubair atau ‘Ashim untuk memenggal kepalanya.

Kesilapan kita yang lalu, jangan kita ulangi berkali kali. Jangan biarkan kita menjadi Muslim yang jatuh ke dalam lubang yang sama berkali-kali.

Berusahalah kita menjadi manusia yang bahagia. Jika kita tidak mampu membahagiakan diri kita sendiri, bagaimana mungkin orang lain dapat membahagiakan kita. Bahagia itu dari hati. jika kita tidak bahagia, belek-belek dan muhasabahlah hati kita itu. InsyaAllah, kita akan temui jawapannya kiranya kita mencari dengan mata hati.

Allahu Taála A'lam

16 June 2017

Ramadhan 1438H - Day 21

Ramadhan day 21

Perihal sakit.
Sakit itu ujian, cara bagaimana kita dapat meningkatkan tahap kesabaran kita di atas ujian sakit yang Allah berikan.

Sakit, memberikan ruang untuk kita merehatkan diri dari segala hiruk pikuk dunya. Barangkali sahaja Allah mahu kita lupakan seketika urusan dunya dengan merehatkan diri.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,”Tidaklah menimpa seorang mukmin rasa sakit yang terus menerus, kepayahan, penyakit, dan juga kesedihan, bahkan sampai kesusahan yang menyusahkannya, melainkan akan dihapuskan dengannya dosa-dosanya. (HR. Muslim)

Sakit itu penghapus dosa-dosa dengan syarat kita bersabar dan redha. Berusaha untuk menyembuhkan diri dari penyakit tersebut merupakan salah satu tanda bahawa kita bukanlah hamba yang berputus asa.

Sakit itu juga mengingatkan hamba akan kelalaiannya.

Allah ta’ala berfirman yang artinya, “Dan sesungguhnya Kami telah mengutus (para rasul) kepada umat-umat sebelummu, kemudian Kami siksa mereka dengan (menimpakan) kesengsaraan dan kemelaratan, supaya mereka memohon (kepada Allah) dengan tunduk merendahkan diri. (QS. al-An’am: 42)

Bila sakit, kita berasa lemah dan tidak mampu. Sekuat mana pun kita, segagah perkasa mana pun kita, tidak akan mampu untuk melawan keperkasaan Allah SWT. 

Sakit itu peringatan buat kita hamba-hamba yang sentiasa lalai.

Cobaan dan penyakit merupakan tanda kecintaan Allah kepada hamba-Nya. 

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sesungguhnya Allah ta’ala jika mencintai suatu kaum, maka Dia akan memberi mereka cobaan.” (HR. Tirmidzi, shohih). Ya Allah, anugerahkanlah kepada kami keyakinan dan kesabaran yang akan meringankan segala musibah dunia ini. Amin.
Sumber: https://muslim.or.id/547-rahasia-sakit.html

Semoga Allah SWT perkenankan doa doa kita untuk bertemu malam lailatul qadr. Aameeen.

Allahu ta'ala a'lam
#ngobathati 
#muhasabahdiri 
#muhasabahcinta 
#sakitituindah 

15 June 2017

Ramadhan 1438H - Day 20


Ramadhan day 20

Sadaqah / infaq / zakat, atau apa sahaja yang kita maksudkan yang seumpamanya, mampu membuatkan hati jadi ringan, tenang dan damai.

"Ketika kita susah, sedekahlah
Ketika kita sedih, sedekahlah
Ketika kita buntu, sedekahlah
Ketika kita sakit, sedekahlah
Ketika jiwa sedang kacau, sedekahlah
Tika iman kita derita, sedekahlah
Tika cinta kita patah, sedekahlah
Tika hati kita merana, sedekahlah
Tika ketandusan idea, sedekahlah
Tika hidup terasa susah, sedekahlah
Tika kita senang, sedekahlah
Tika kita bahagia, sedekahlah

Kerna sedekah itu...mampu
Membersih jiwa
Mendidik hati
Meningkat iman
Menunduk sombong
Merendah takabbur
Meringan sesak

Dan kerna dengan sedekah itu...
Kita sedar diri
Bahwa kita hamba Allah
Yang tidak punya apa-apa
Kecuali dengan izin-Nya
Kecuali dengan belas ehsan-Nya."
~uark~

Semoga 10 malam terakhir ini digunakan sebaiknya. Banyakkan berdoa agar Allah pertemukan kita dengan Lailatul Qadr, diampunkan dosa-dosa, dibersihkan dari dosa-dosa, dibersihkan jiwa-jiwa kita sehingga fitrah, ditingkatkan keimanan kita agar kita jadi lebih hamba, dan disediakan istana indah yang tidak terjangkau dek akal dan fikiran kita.

Allahumma Aameeem
Jom sama-sama infaq. Semoga Allah SWT redha.

#ngobathati
#ramadhan
#iftar
#friends
#infaq
#sadaqah

14 June 2017

Ramadhan 1438H - Day 19

Ramadhan hari ke-19 Alhamdulillah.
Allah swt berfirman dalam Surah Al Hujarat Ayat 12 bermaksud:
[49.12] Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.

Sabda Rasulullah Sallallahu ’alaihi wasallam yang bermaksud:
“Wahai golongan yang beriman dengan lisannya, tetapi tidak beriman dengan hatinya. Janganlah kamu mengumpat kaum Muslimin dan janganlah mengintip keaiban mereka, maka barang siapa yang mengintip keaiban saudaranya, nescaya Allah akan mengintip keaibannya dan siapa yang diintip Allah akan keaibannya maka Allah akan membuka keaibannya walaupun dirahsiakan di lubang kenderaannya.”
(Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Pernah tak kita merasa, kadang-kadang atau selalu, bahawa kita hidup di dunia ini, kita rasa kita lebih mulia dari orang lain, kita lebih pandai dari orang lain, kita lebih tinggi darjatnya dari orang lain, sehinggakan kita melihat orang lain itu lebih rendah di sisi kita atau tidak layak untuk berada di sisi kita.

Kadang-kadang, kerna satu kesalahan sahaja kita mencanang-canangkan kesalahan tersebut kepada umum, menyebarkan keburukannya sehingga mengaibkan orang tersebut.

Muhasabah untuk diri jua, ketahuilah bahawasanya, itu merupakan ujian bagi kita dan mereka. Ujian bagi kita yang melihat keaiban tersebut dan ujian bagi mereka yang telah tanpa sengaja atau tidak sengaja membuka aib masing-masing.

Peliharalah aib mereka
Allah akan pelihara aib kita di dunia dan akhirat.

Peliharalah aib kita sendiri
Jangan pula kita yang sibuk-sibuk membuka aib kita sendiri dengan menyebarkannya di laman sosial atau di mana-mana sahaja.

Banyak saranan mengenai menutup keaiban orang lain di dalam Al-Quran dan juga Hadith Rasulullah SAW.

"Seorang Muslim itu saudara bagi Muslim yang lain. Dia tidak menganiayanya dan tidak pula membiarkan dia teraniaya. Siapa yang menolong keperluan saudaranya maka Allah akan menolong keperluannya pula. Siapa yang menghilangkan kesusahan seorang Muslim, Allah akan menghilangkan kesusahannya di hari kiamat. Dan siapa yang menutup keaiban seorang Muslim, maka Allah SWT akan menutup keaibannya di hari akhirat." (HR Bukhari)

Sebagaimana disebutkan dalam hadits Abu Barzah Al-Aslamiz dari Rasulullah SAW:
“Wahai sekalian orang yang beriman dengan lisannya dan iman itu belum masuk ke dalam hatinya. Janganlah kalian meng-ghibah kaum muslimin dan jangan mencari-cari mengintai aurat mereka, kerana orang yang suka mencari-cari aurat kaum muslimin, Allah akan mencari-cari auratnya. Dan siapa yang dicari-cari auratnya oleh Allah, niscaya Allah akan membongkarnya di dalam rumahnya (walaupun ia tersembunyi dari manusia).” (HR. Ahmad 4/420, 421,424 dan Abu Dawud no. 4880. Kata Asy-Syaikh Al-Albani t dalam Shahih Abi Dawud: “Hasan shahih.”)

"Semua umat ku selamat kecuali orang yang terang-terangan melakukan dosa. Dan termasuk terang-terangan itu adalah seorang yang melakukan dosa di waktu malam gelap mendadak pagi-pagi diceritakan kepada orang lain. Padahal semalam Allah telah menutupi dosanya itu tetapi setelah paginya dia membuka apa yang Allah tutup itu." (HR Bukhari dan Muslim)

Ketika asyik membicarakan keaiban orang lain, tanpa sedar kita sebenarnya memperlihatkan keaiban kita sendiri. Ibarat kata pepatah, “Kuman di seberang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tiada tampak.”

Marilah kita memohon kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala, semoga Allah sentiasa menutup aib-aib kita dan anak keturunan kita dan kita tidak membuka aib kita sendiri. Semoga Allah SWT jua mengampuni seluruh aib, dosa dan kesalahan kita dan anak keturunan kita, serta menjadikan kita orang yang suka menutup aib orang lain dan menjaga aib sendiri.

Semoga Allah SWT juga menjadikan kita hamba yang mampu menjaga lisan, lidah dan tangan (tulisan) dari membicarakan hal-hal yang aib dan tidak mendatangkan faedah kepada kita dan juga orang lain, menggantikan bicara-bicara kita dengan yang baik-baik sahaja.

Rasulullah SAW bersabda:
“Siapa yang melepaskan dari seorang mukmin satu kesusahan yang sangat dari kesusahan dunia niscaya Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan dari kesusahan di hari kiamat. Siapa yang memudahkan orang yang sedang kesulitan niscaya Allah akan memudahkannya di dunia dan nanti di akhirat. Siapa yang menutup aib seorang muslim niscaya Allah akan menutup aibnya di dunia dan kelak di akhirat. Dan Allah senantiasa menolong hamba-Nya selama hamba-Nya itu menolong saudaranya….” (HR. Muslim no. 2699)
Allahu Ta'ala A'lam
Semoga bermanfaat

13 June 2017

Ramadhan 1438H - Day 18

Ramadhan Malam ke-18

لِلَّذِينَ أَحْسَنُوا الْحُسْنَىٰ وَزِيَادَةٌ ۖ وَلَا يَرْهَقُ وُجُوهَهُمْ قَتَرٌ وَلَا ذِلَّةٌ ۚ أُولَٰئِكَ أَصْحَابُ الْجَنَّةِ ۖ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

"Bagi orang-orang yang berbuat baik, ada pahala yang terbaik (surga) dan tambahannya. Dan muka mereka tidak ditutupi debu hitam dan tidak (pula) kehinaan. Mereka itulah penghuni surga, mereka kekal di dalamnya."[Yûnus/10:26]

Ramadhan hari ke-17 merupakan hari terakhir kami di bumi Garuda.

Sahur kami di sini jam 3.30am kerna subuhnya sekitar jam 4.35am. Lauk sahur kami Alhamdulillah disajikan dengan nasi goreng, telur dadar, roti + kaya dan air.

Selesai sahur, kami menunaikan solat subuh berjemaah di ruang beranda hotel. Pagi ini cuaca agak dingin memandangkan semalamnya hujan. Selesai solat subuh, kebanyakan dari kami rehat sekejap dan mengemas barang-barang masing-masing untuk kembali ke Malaysia.

Sekitar jam 7.00am, kami dikejutkan dengan gegaran dan jelas dari dalam bilik bangunan hotel dan katil bergoyang. Saya ingatkan gegara tersebut di dalam mimpi memandangkan tengah berehat. Rupa-rupanya, bila diselidiki, memang berlaku gempa bumi di Leksula Indonesia dengan skala richter 4.8. Dengar khabarnya, pekerja hotel sudah bertempiaran lari ke luar hotel, manakala kami masih tertanya-tanya adakah benar gempa bumi berlaku dan masih berada di dalam bilik. Alhamdulillah, gegaran tersebut tidak berpanjangan. Bila dilihat di luar bilik, keadaan di luar dengan angin yang kuat dan hujan turun renyai renyai.

Alhamdulillah, Allah SWT pelihara dan lindungi kami semua.

Seawal jam 9 pagi kami keluar dari hotel.
Dari Bogor ke Jakarta ianya mengambil masa sekitar 2jam sekiranya tidak macet. Namun, apa yang berlaku pada hari ini, keadaan luar biasa macet mungkin disebabkan kemalangan.

Sekitar jam 12 tengahari, kami tiba di Masjid Istiqlal dan kebetulan hampir masuk waktu zohor. Di sini, kami meneruskan acara amal dengan memberi sumbangan kepada 2 rumah Panti Asuhan.

Perwakilan dari Rumah Panti Asuhan Tebet, Jakarta - Yayasan Remaja Masa Depan sudah sedia menunggu di hadapan pintu masuk Masjid Istiqlal. Sumbangan sebanyak Rp5 juta diserahkan kepada perwakilan untuk pembangunan panti asuhan tersebut. Alhamdulillah.

Kami seterusnya solat zohor dan jamak di masjid. Selesai solat, sesi penyerahan kepada rumah terakhir disampaikan di perkarangan masjid bersama dengan perwakilan. Kali ini sumbangan diberikan kepada Panti Asuhan Puti Bungsu di Padang untuk tujuan pembangunan. (Tahun trip kami ke Padang - Bukit Tinggi dan salah satu dari Panti Asuhan tersebut sangat dhaif)

Baki sumbangan yang seterusnya akan diserahkan kepada Laskar Sedekah melalui transfer wire Western Union memandangkan ada yang telah memberikan sumbangan pada hari kami bertolak ke Bandung dan tidak sempat untuk menukarkan duit sedekah / sumbangan tersebut kepada Rupiah. 

Selesai majlis penyerahan sumbangan yang terakhir di Masjid Istiqlal, kami teruskan perjalanan ke bandara.

Tidak ada satu sen pun dari sumbangan tersebut dihabiskan dengan sia-sia. Alhamdulillah. Terasa beban amanah yang ditanggung ini gugur segugurnya, hati dan dada terasa ringan apabila tugasan dan amanah ini selesai sepenuhnya.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua sahabat-sahabat penderma. Semoga Allah SWT memberikan ganjaran yang lebih besar lagi dan berganda-ganda dari jumlah yang didermakan dan disediakan sebuah istana indah di syurga. Allahuma Aameen.

Di dalam bas menuju ke Bandara, kami mengadakan post mortem dengan semua peserta. Pelbagai komen dan cadangan yang membina telah kami perolehi sebagai penganjur yang masih sangat baru ini, memandangkan saya dan seorang sahabat se-trip menjadi bidan terjun di dalam menguruskan trip kali ini. Memang akan ada banyak kekurangan dan kelemahan yang perlu diperbaiki dan ditambahbaik. 

Saya secara personal nya berasa sangat beruntung kerana dapat bersama dengan peserta-peserta yang sangat hebat dan saling bekerjasama di dalam menjayakan trip amal pada kali ini. Secara keseluruhannya, trip ini berjaya mencapai matlamat amalnya dengan penyampaian sumbangan kepada 3 lokasi rumah panti asuhan dan tambahan kepada 2 rumah panti asuhan lagi.

Namun begitu, jadual itineri yang agak padat tanpa mengira kekangan yang bakal berlaku seperti kesesakan jalan yang terlampau sehingga mengganggu masa dan perjalanan aktiviti, menyebabkan ada peserta yang kecewa kerna tidak dapat pergi ke tempat-tempat yang telah dimaklumkan di dalam itineri. Kelemahan dari segi perancangan perjalanan kali ini memberikan banyak pengalaman dan iktibar di dalam menjayakan sesuatu program. Bagi pihak penganjur, untuk diingatkan tidak terlalu idealistik di dalam merancang sesuatu program, dan bagi peserta-peserta pula, mungkin segala yang berlaku dan kegagalan untuk mencapai matlamat aktiviti-aktiviti sampingan tersebut mungkin boleh dijadikan sebagai salah satu ujian dan cobaan permusafiran sepanjang Ramadhan. Mudah-mudahan, ianya akan menjadikan hati-hati kita sabar dan redha dengan ketentuan yang telah Allah tetapkan.


وَلاَتَسْتَوِي الْحَسَنَةُ وَلاَالسَّيِّئَةُ ادْفَعْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ فَإِذَا الَّذِي بَيْنَكَ وَبَيْنَهُ عَدَاوَةٌ كَأَنَّهُ وَلِيٌّ حَمِيمٌ {34} وَمَايُلَقَّاهَآ إِلاَّ الَّذِينَ صَبَرُوا وَمَايُلَقَّاهَآ إِلاَّ ذُو حَظٍّ عَظِيمٍ {35} 


”Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia. Sifat-sifat yang baik itu tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang sabar dan tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang mempunyai keberuntungan yang besar.” (QS.Fushilat:34-35)


Kami meneruskan perjalanan ke destinasi terakhir kami iaitu ke Bandara. Perjalanan dari masjid ke bandara mengambil masa lebih kurang 1 jam. Penerbangan kami kali ini di Terminal 2. Ada yang menaiki MAS, kebanyakannya menaiki penerbangan KLM dan seorang peserta lagi akan menaiki penerbangan dengan Lion Air.

Alhamdulillah, semuanya di Terminal yang sama walaupun berlainan kapa terbang.

Bagi peserta yang menaiki MAS, tiada masalah di dalam check in bagasi. Namun bagi kebanyakan kami yang menaiki KLM, KLM menghadkan 1 bagasi sahaja bagi seorang penumpang dan hampir semua dari kami mempunyai lebih dari 1 bagasi. Ini juga merupakan salah satu cabaran bagi penganjur memandangkan peserta akan merujuk kepada kami sekiranya ada masalah sepanjang trip amal ini. Permasalahan bagasi kami berjaya selesaikan dengan sebaiknya dengan kerjasama dan pertolongan semua peserta, Alhamdulillah. Selepas ini, sekiranya anda menaiki pesawat KLM, pastikan anda membawa beg paling besar dengan had berat sebanyak 23kg.

Setelah masalah check in bagasi selesai dan semua peserta berjaya melepasi halangan 1 bagasi bagi 1 orang penumpang, baharulah saya boleh menarik nafas lega.

Jam 4.00pm kami memasuki ruang balai pelepasan dan melepasi imigresen. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.

Sambil menunggu penerbangan dan waktu berbuka puasa, di kalangan peserta, ada yg menghabiskan masa dengan membaca Al-Quran, bersembang sambil kenal satu sama lain, melihat-lihat kedai-kedai di dalam terminal dan sebagainya.

Juadah berbuka puasa kami kali ini sangat simpel iaitu Rotiboy dan air mineral, memandangkan di dalam pesawat nanti kami akan disajikan dengan makanan yang agak berat. Seusai solat maghrib dan berbuka puasa, kami terus menuju ke boarding gate untuk penerbangan seterusnya ke Kuala Lumpur pada jam 645pm.

Walaupun kepenatan dengan perjalanan yang jauh dan menempuhi kesesakan yang teruk, trip dan perjalanan program kali ini telah dipenuhi kesemuanya dengan tambahan pemberian sumbangan kepada 2 lokasi panti asuhan iaitu di Jakarta dan Padang. Kutipan sumbangan dari para sahabat dermawan telah kami sampaikan dengan sebaiknya.

Pengalaman sebagai pengurus trip bidan terjun ini, sangat berharga dan berguna sekali bagi saya. Pengalaman menguruskan perjalanan trip dari sebelum, semasa dan selepasnya adalah pengalaman indah dan mahal yang tidak dapat diganti dengan wang ringgit.

Rasa syukur kerna dipertemukan dengan semua peserta dari pelbagai latar belakang. Ada peserta-peserta seumpama bonda dan ayahanda dan kemesraan serta keletah mereka sangat menghiburkan terutama sekali di waktu kepenatan dan kelelahan. Ada peserta yang seumpama adik-adik, kakak-kakak dan abang-abang saya. Nasihat dan tunjuk ajar mereka sama ada secara terus mahupun secara tersembunyi sangat berguna di dalam melayari kehidupan sebagai seorang hamba di dunia. Perkara utama yang saya belajar di dalam kembara musafir jiwa ini adalah, bagaimana sesuatu kembara itu dapat mendidik jiwa dan iman kita agar lebih sabar dan redha dengan ujian yang berlaku dan ketentuan-ketentuan yang telah Allah tetapkan sepanjang perjalanan. Mudah-mudahan hati dan iman saya, begitu juga dengan hati-hati dan iman-iman peserta semua dapat meningkat kepada tangga yang lebih tinggi di sisi Allah SWT.

Semoga Allah SWT terima amalan-amalan kami semua dan semoga sumbangan tersebut dapat membantu sedikit sebanyak di dalam pembangunan panti-panti asuhan tersebut dan mendatangkan manfaat kepada mereka. Aameeen.

"Happiness is...
Giving something that you have to others, to make them happy." ~ uark

Semoga bermanfaat buat pembaca.
Allahu Ta'ala A'lam

12 June 2017

Ramadhan 1438H - Day 17


Ramadhan day 17 

Allah SWT berfirman di dalam Surah Al-Baqarah yang bermaksud:

"Mengenai (urusan-urusan kamu) di dunia dan di akhirat dan mereka bertanya lagi kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (masalah) anak-anak yatim. Katakanlah: "Memperbaiki keadaan anak-anak yatim itu amatlah baiknya", dan jika kamu bercampur gaul dengan mereka (maka tidak ada salahnya) kerana mereka itu ialah saudara-saudara kamu (yang seugama); dan Allah mengetahui akan orang yang merosakkan (harta benda mereka) daripada orang yang hendak memperbaikinya. Dan jika Allah menghendaki tentulah Ia memberatkan kamu (dengan mengharamkan bercampur gaul dengan mereka). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."

Semalam merupakan hari ke 3 kami bermusafir dengan misi amal dan destinasi seterusnya adalah ke Bogor.

Seusai mendaftar keluar dari hotel Mutiara Bandung jam 830am, kami bergerak ke Bogor dan perjalanan mengambil masa selama 4 jam. Sepanjang perjalanan, peserta-peserta hampir kesemuanya tidur sehinggalah tiba di destinasi.

Setibanya di Bogor lebih kurang hampir jam 12 tengahari, kami singgah di Pusat Perkembangan Islam Bogor dan solat di Masjid Agung Bogor. 

Selepas itu, kami menuju ke hotel untuk mendaftar masuk dan berehat. Masing-masing nampak kepenatan disebabkan sudah 2 hari berturut-turut, acaranya dan programnya sangat padat. Sungguh, jika tidak cukup imannya, ada sahaja yang tidak berpuasa semasa musafir ini. Namun..Alhamdulillah semua nya masih tetap berpuasa dengan istiqamahnya.

Jam 3pm, kami menuju ke tempat program untuk menyantuni anak-anak yatim seramai 100. Program di Bogor dengan kerjasama Laskar Sedekah diadakan di Gedung Wanita, namun ianya bukanlah tempat membeli belah.

Setibanya kami di Gedung Wanita, kami disambut oleh perwakilan Laskar Sedekah, seterusnya dijemput ke dewan untuk menyaksikan program yang sedang berlangsung. Program dikendalikan oleh pihak Laskar Sedekah ini, merupakan program tahunan menyantuni anak-anak yatim, menyampaikan sumbangan kepada masjid-masjid, surau-surau, pesantren, pantin asuhan, rumah-rumah amal yang lain. Program juga diselang selikan dengan hiburan nasyid dan ceramah-ceramah.

Selepas solat maghrib berjemaah di dewan tersebut, kami makan malam bersama dan seterusnya menyampaikan sumbangan kepada Maahad Al-Ma'a Bogor.

Penyampaian sumbangan telah dijalankan dengan jayanya. Seramai 100 orang anak-anak yatim mendapat manfaat dari sumbangan dari sahabat-sahabat dermawan. Alhamdulillah

Allah SWT berfirman di dalam surah At-Tawbah ayat 60 bermaksud:

"Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana."

Semoga Allah SWT redha dan terima amal ibadah kita.
Allahu Ta'ala A'lam

11 June 2017

Ramadhan 1438H - Day 16

Ramadhan day 16 InsyaAllah

Allah berfirman, yang bermaksud, “Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebajikan, akan tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin,”
(QS. al-Baqarah 2:177)

Hari ke-2 - perjalanan semalam sangat penuh dengan aktiviti.

Destinasi pertama kami di Pasar Baru selama 2 jam (9am - 11am)
Destinasi kedua sepatutnya ke Rumah Kain. Namun, bas yang sepatutnya datang jam 11pagi, terlewat disebabkan macet berdekatan Pasar Baru. Kami membuat keputusan bersama untuk terus ke Lembang.

Perjalanan dari Bandung ke Lembang mengambil masa lebih kurang 1 jam. Jam 1230pm kami tiba di Farm House, wisata yang terkenal dengan rumah Hobbit di Lembang. Sejam kami menikmati suasana dingin dan berfoto-fotoan di sana. 

Seterusnya kami ke Masjid Lembang untuk menunaikan solat jamak. Setibanya di masjid, kami mendapati masjid ini sedang dalam pembinaan akhir. Kami bermesyuarah dan bersetuju untuk menyumbangkan dana kepada pembangunan Masjid Agung Lembang sebanyak Rp2juta. Setelah solat dan menyampai sumbangan kepala penjaga Masjid, kami meneruskan perjalanan ke Floating Market. Floating Market merupakan tempat wisata yang terkenal dengan floating market nya yang menyediakan juadah makanan yang pelbagai di atas sampan / perahu. Sejam berwisata di sana, kami teruskan perjalanan ke Panti Asuhan Anak Al-Kautsar yang berdekatan dengan tempat wisata.

Dari Sahl bin Sa’ad Radhiallahu ‘anhu dia berkata: Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : “Aku dan orang yang menanggung anak yatim (kedudukannya) di surga seperti ini”, kemudian beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam mengisyaratkan jari telunjuk dan jari tengah beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam, serta agak merenggangkan keduanya.[HR al-Bukhari no. 4998 dan 5659]

Menyantuni anak-anak di sini seramai 72 orang, kami disambut meriah oleh pengurus panti asuhan dan selawat dari anak-anak di sini.

Program bermula jam 4 petang dengan nasyid dari anak-anak. Seterusnya, disusuli dengan ucapan dari pengetua, ucapan perwakilan trip amal dan pemberian wang sumbangan bagi tujuan pembangunan panti asuhan, persembahan nasyid dari edcoustic dan pemberian duit raya anak-anak yatim ini selepas solat maghrib.

Kemudiannya, kami berbuka puasa dan solat jemaah maghrib di masjid hadapan panti asuhan. Seusai solat maghrib, kami kembali semula ke panti asuhan untuk acara seterusnya, makan malam dan seterusnya pemberian sumbangan kepada anak2 dan bagi tujuan pembangunan panti asuhan. Pemberian sumbangan untuk pembangunan juga di infaqkan kepada 2 rumah iaitu panti asuhan Darul Iman dan panti asuhan anak jalanan. Selesai pemberian infaq dan sadaqah, kami bergerak ke destinasi seterusnya.

Balik ke hotel, di dalam bas, kami disajikan tips tips berguna dari salah seorang peserta trip yang juga merupakan seorang doktor perubatan.

Beliau memberikan tips yang berguna yang kekal sihat sepanjang bulan puasa dan juga sepanjang masa.
Untuk kekal sihat, kita perlu mengamalkan 5 perkara ini iaitu:
S - Sahur atau minum pagi. Kajian menunjukkan orang yang bersarapan pagi, dapat mengurangkan kebarangkalian gemuk.
I - Inhalation. Kebanyakan kita, pernafasannya kurang betul. Permafasan yang betul dan dapat memberikan oksigen kepada sel-sel tubuh badan adalah - Tarik nafas dalam2 dan perlahan, bernafas dengan perut dan lepaskan perlahan2
H - Hindarkan makanan2 yang mempunyai kalori yang tinggi dan lemak2 yang tidak baik untuk badan. Elakkan karbohidrat yg berat. Hindarkan gula putih juga. Hindarkan 3P iaitu nasi putih, gula putih, tepung putih
A - Air. Cukup air. Minum air selalu
Dan tips sihat yang terakhir adalah T - Tidur yang cukup selama lebih kurang 4 sehingga 8 jam. Cerotonin dan melatonin dirembeskan semasa kita tidur dengan tidur yang berkualiti. Utk dapatkan tidur yang berkualiti - 1. tidur tanpa cahaya 2. Jauhkan benda2 bersifat wave/frequency yang dekat dengan kita terutamanya telefon bimbit. 3. Bangun pagi seawal yang mungkin 4. Ambil wuduk sebelum tidur. ~ semoga bermanfaat.😊 

Hari kedua permusafiran kami di sini, Alhamdulillah dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti bermanfaat. Semoga anak-anak yang disantuni mendapat manfaat, begitu juga dengan panti-panti asuhan tersebut. Semoga juga amalan-amalan kami diterima dan begitu juga amalan-amalan kalian semua.

Allahu ta'ala A'lam

10 June 2017

Ramadhan 1438H - Day 15


Ramadhan day 15, insyaAllah.

Hari pertama kembara trip amal kami di Bandung menaiki pesawat Malindo Air selamat tiba pada jam 120pm waktu Indonesia semalam.

Di hari musafir ini, saya masih lagi menerima sumbangan dari sahabat-sahabat dermawan. Alhamdulillah thumma Alhamdulillah.

Allah SWT berfirman di dalam Surah Al-Baqarah ayat 215 yang bermaksud, "Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: "Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: Kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan. Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuiNya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya).

Program pertama kami menyantuni anak-anak yatim dan faqir miskin di Al-Kasyaf Islamic Boarding School di Bandung, Alhamdulillah berlangsung dengan jayanya walaupun sepanjang perjalanan Allah SWT uji dengan kemacetan yang luar biasa sehingga kami terpaksa ber-iftar di dalam bas. Kita merancang, perancangan Allah SWT lah yang sebaik baiknya.

Allah SWT berfirman di dalam Surah Al-Ankabut ayat 2 yang bermaksud:
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?

Ujian dan cobaan yang datang pada hari pertama kami di sini benar-benar menguji iman dan sabar kami. Yang lebih baik adalah bersabar. Fasobrun jamiil...bukankah sabar itu indah? 😊😊😊 Alhamdulillah. Semoga dibalik ujian dan cobaan tersebut, ada habuan pahala yang besar bagi kami semua. InsyaAllah 

Kelelahan dan kepenatan sepanjang perjalanan dari seawal pagi sehinggalah tiba di destinasi pertama tersebut. Setibanya di Al-Kasyaf, kami disambut meriah oleh anak-anak di sana. Hilang sekejap penat lelah bermusafir di bulan Ramadhan.

Di rumah Al-Kasyaf, saya didekati adik Faeisal yang berusia 10tahun. Beliau bersalaman dan terus duduk di sebelah saya sambil bercerita dan bersembang mengenai Upin dan Ipin yang menjadi karakter kegemarannya, bercerita mengenai cita-citanya ingin ke Malaysia, berapa surah Al-Quran yang sudah dihafalnya dan macam2 lagi. Jelas dinampakkan di mukanya keseronokan dan kegembiraan seorang anak yatim piatu yang sudah kematian ayah dan ibunya. Yang paling indah sekali apabila faeisal mendoakan agar kami semua diberikan Allah SWT, istana-istana di dalam syurga. Allah....tiada yang lebih indah di dunia pada masa itu selain dari doa seorang anak yatim piatu dan doa-doa anak-anak yatim di sini. Semoga Allah SWT terima doa doa mereka tanpa hijab. Aameeen.

Saya panjangkan juga doa adik faeisal ini buat semua penderma yang dermawan, sahabat2, keluarga2, dan seluruh kaum muslimin dan muslimat. Semoga Allah SWT sudi dan berbelas kasihan menyediakan istana-istana di syurga buat kita semua. Aameen

Hari pertama kami di bumi Indonesia ini berakhir lewat malam dengan mendaftar masuk di hotel. Hotelnya mudah-mudahan selesa buat semua peserta.

Selepas itu, program diteruskan dengan acara akhir - pembahagian wang sumbangan kepada 3 lokasi yang telah ditentukan dan wang yang selebihnya disumbangkan kepada masjid-masjid, surau surau, panti asuhan yang memerlukan dana pembangunan, InsyaAllah.

Walaupun masing-masing dah penat dengan perjalanan jauh seharian, amanah perlu diselesaikan terlebih dahulu. Semoga Allah SWT redha dengan usaha kecil ini.

Allahu ta'ala A'lam

#tripamalramadhan
#tripramadhanbabojak2017
#travellerinlife
#travellingbie

09 June 2017

Ramadhan 1438H - Day 14


Ramadhan day 14 InsyaAllah

Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Tuhan mereka akan memimpin mereka dengan sebab iman mereka yang sempurna itu. (Mereka masuk ke taman yang) sungai-sungainya mengalir di bawah tempat kediaman mereka di dalam Syurga yang penuh nikmat."

Sadaqalluhul 'adzim.

Nikmat Allah SWT tidak sahaja berbentuk kebendaan, tetapi juga berbentuk keampunan seluruh keinginan secara berturut-turut. Tidak ada nikmat yang paling besar bagi lelaki dan wanita yang berpandangan jauh ke depan selain daripada keampunan Allah SWT. 

Gambaran nikmat yang kita harapkan iaitu sebagaimana riwayat Abu Sa'id Al-Khudry r.a Nabi SAW bersabda, "Allah SWT berseru kepada penghuni syurga, "Wahai penghuni syurga! Mereka menjawab, "Wahai Tuhan kami, kami penuhi seruan-Mu dan segala kebaikan ada di sisi-Mu." Allah bertanya, "Apakah kamu sudah berasa puas? Mereka menjawab, "Wahai Tuhan kami, kami puas, kerana Engkau telah memberikan sesuatu yang tidak Engkau berikan kepada seorang pun daripada makhluk-Mu." Allah SWT bertanya kembali, "Mahukah Aku berikan yang lebih baik daripada itu?. Mereka menjawab, "Wahai Tuhan kami, apakah yang lebih baik daripada itu? Allah menjawab, "Aku akan melimpahkan keredhaan-Ku sehingga selepas itu Aku tidak akan murka kepada kamu untuk selamanya." (Hadis Riwayat Muslim, Syarh Arba'in An-Nawawi, 2006:223). (Asy-Syaikh 'Ali Al-Jaad, Fadail A'mal Al-Yaumiah, 2006:39).

Tidakkah kita mahu nikmat yang paling besar ini? Menerima keampunan dari Allah SWT, dilimpahkan keredhaan-Nya dan Allah SWT tidak akan murka kepada kita selama-lamanya.
Kehidupan kita di dunia adalah antara nikmat yang Allah berikan. Kita diberi nikmat senang, sentiasalah bersyukur. Kita diberi nikmat susah, sentiasalah bersabar. Kita diberikan nikmat ujian dan cobaan, itu tandanya Allah sentiasa mahu kita hamba-Nya kembali dan mengadu serta memohon pertolongan kepada-Nya.

Life is always a test from Allah, be in good time or bad time. Motivisi kita sebagai hamba akan sentiasa tinggi sekiranya kita percaya janji-janji Allah SWT itu, semuanya benar-benar belaka. 

Allahu Ta'ala A'lam
Semoga bermanfaat.

08 June 2017

Ramadhan 1438H - Day 13

Ramadhan day 13 InsyaAllah

The magic of sadaqah is real.
You give 2 pack of sampul raya to your friends as sadaqah, in return you get RM50 from other friends for the needy.

Sadaqah with sadaqah is tremendously powerful. You'll never know how much you get in return. So...keep on giving sadaqah, no matter small or big or huge your sadaqah is. The reward from Allah is extremely huge, gigantic and enormous InsyaAllah😊

Tips for life : If you want a piece of mind and soul, give sadaqah. The effect is immediate, InsyaAllah😊

Regardless on how many you give, Allah swt will not evaluate how much amount you give. It is not based on the more amount of money or effortt you contribute the more rewards you will get. It's the heart that counts...so, give and give and give, publicly or secretly and sincerely.