21 February 2017

Kewangan :: Tanda-tanda Kewangan Anda Tengah Nazak

"Most people don't plan to fail, but they fail to plan."~John L.Beckley

Berikut merupakan antara tanda-tanda kewangan anda nazak. Sama ada anda tidak pandai merancang atau mengatur perbelanjaan harian anda atau anda boros serta memikirkan anda hanya hidup sekali sahaja di dunia ini.

"Too many people spend money they earned..to buy things they don't want..to impress people that they don't like." --Will Rogers
  1. Permohonan pinjaman peribadi / perumahan / kereta / motosikal anda ditolak;
  2. Permohonan kad kredit anda di tolak;
  3. Bergantung kepada gaji (paycheque to paycheque) semata-mata;
  4. Baru tengah bulan, anda terpaksa mengikat perut sehingga menerima gaji seterusnya kerana duit gaji anda telah habis dibelanjakan;
  5. Mengambil pinjaman untuk menampung perbelanjaan bulanan anda
  6. Tidak mempunyai dana/tabung kecemasan;
  7. Pembelian yang kecil atau yang sekecil kecilnya pun, anda menggunakan kad kredit;
  8. Duit gaji yang anda terima pada hari pertama, telah dibelanjakan lebih 80% untuk membayar hutang piutang anda.
Semak perbelanjaan anda, rancang kewangan anda dengan baik. Anda pasti tidak mahu generasi anda mewarisi keberhutangan yang serius yang anda hadapi itu.

"If you are born poor, it's not your mistake. But if die poor, it's your mistake."

08 February 2017

Travellingbie: Why do you need Travel Insurance?

"Travel - Go safe, Move safe, Stay safe, Leave safe, then back home safe." - ua

Why do we need travel insurance?
 I always question myself, why do we need travel insurance. We already have life insurance, personal accident insurance, hospitalization insurance and some people they have all types of insurance for them. 
Why?
Let me ask you few questions firsts. 
  1. If you happen to have accident in overseas trip, do your current insurance covers you until abroad?
  2. Do you want a peace of mind while travelling?
What is the reason to buy travel insurance?
  1. Your flight has been cancelled.
  2. Your bags are lost and your important things are in the bag. 
  3. Your passport and wallet are stolen, and you need emergency cash and a replacement passport. 
  4. You're involved in an accident
  5. You need to cancel your trip due to illness. 
  6. Your cruise line, airline or tour operator goes bankrupt. You need your non-refundable expenses covered and to get to your destination. 
  7. You have a medical emergency in a foreign country. 
  8. A terrorist incident occurs in the city where you’re planning to visit and you want to cancel your trip.
  9. A hurricane forces you to evacuate your resort, hotel or cruise.
Please read carefully and thoroughly your travel insurance documents. To know the details are important. You might not want to get dissapointed when any of the above happens to you and your travel insurance does not cover it enough to pay for the losses you encounter during travelling.
There are many travel insurance in Malaysia. I have tried few travel insurance such as AXA, and Takaful Malaysia. Before buying, you can make a comparison among the travel insurance providers which can offer more benefit and less cost.

Travel with peace in mind is vital. You might not want any bad incidents happen during your travelling. But to make it more safer, buy travel insurance. :)

“Stop worrying about the potholes in the road and celebrate the journey.” – Fitzhugh Mullan

07 February 2017

Review : Movie Dangal

Filem Dangal lakonan hebat Aamir Khan, mencatat jualan box-office pada hari pertama sahaja sebanyak Rs 29.78 crore, lebih kurang RM20 juta.
First they ignore you,
Then they laugh at you,
Then they fight you,
Then you win.

Dangal, bukan sekadar cerita biasa-biasa. Ianya merupakan kisah benar seorang bekas juara gusti negara India yang melatih 2 anaknya menjadi ahli gusti bertaraf dunia dan sekaligus memecahkan stereotaip rakyat India mengenai anak perempuan. Anak perempuan secara tradisinya di India, apabila cukup umur nya disuruh berkahwin dan menjaga keluarga. Belajar tinggi mana pun, apabila berkahwin, perlu menjaga keluarga dan maruah keluarga mentuanya.
Penggambaran diadakan di sebuah perkampungan atau kota kecil di Haryana di mana rata-rata 60%  penduduk wanita nya masih buta huruf, kota kecil yang mana 90% perempuan berusia di antara 14-15 tahun sudah mula berkahwin dan berkeluarga, namun keluarga Phoogat ini memecah tradisi yang telah sekian lama ditanam di dalam masyarakat kota kecil ini dan hampir di mana-mana kampung di India.
Mahavir Phogat merupakan seorang juara gusti nasional India yang terpaksa melupakan hasratnya untuk menyumbangkan emas buat negara di dalam acara gusti. Sejak berkahwin, beliau berhasrat untuk mempunyai anak lelaki yang boleh beliau latih menjadi ahli gusti negara sekaligus menyumbangkan emas untuk negara. Namun, keempat empat anaknya semuanya perempuan.

Antara babak menarik antara Mahavir dan isterinya: (lebih kurangla)

“Aku tidak mampu memberimu bayi laki-laki abang.”
“Itu bukan kesalahanmu Daya, dan juga jangan menyalahkan ku. Mereka berdua Geeta dan Babita sangat aku sayangi, tapi hanya anak lelakilah yang mampu mewujudkan impianku.”

Nak dijadikan cerita, Mahavir berpendapat sekiranya beliau tidak mempunyai anak lelaki untuk dilatih menjadi ahli gusti, darah penggusti terdapat di dalam anak-anak perempuannya dan ini terbukti apabila 2 anaknya Geeta dan Babita berjaya menewaskan budak lelaki yang telah membuli mereka. Sejak dari kejadian tersebut, bermula lah latihan untuk Geeta dan Babita di dalam arena gusti. Geeta dan Babita diharapkan menjadi penerus impian dan cita cita ayahnya. Awal latihan memang sukar dan sangat sukar sehinggakan keduanya seolah-olah membenci dan takut pada ayahnya. Namun, apabila keduanya mengetahui hasrat murni ayah mereka dan mendapat sokongan dari keluarga serta penduduk kampung hasil dari kemenangan pertama mereka, Geeta dan Babita meneruskan latihan dan berusaha keras untuk mencapai emas buat negara di Commonwealth.

Sepanjang perjalanan menjadi juara gusti wanita pertama India, pelbagai kesukaran, ranjau dan kesusahan yang keduanya tempuhi, begitu juga dengan ahli keluarga Phogat yang lain. Namun, kerja keras, semangat yang tidak patah dari seorang ayah untuk melatih anak-anak nya menjadi juara dapat dirasai di dalam filem ini.

Anda juga mungkin akan kagum dengan transformasi Aamir Khan di dalam movie ini. Dari seorang yang agak gemuk dan tidak bermaya di dalam kebanyakan babak, kepada seorang yang berotot, sihat dan tegap yang ditonjolkan pada awal babaknya ketika muda. Anda juga mungkin akan bersemangat untuk memiliki susuk tubuh sebegitu.

Dangal, filem lucu yang penuh kasih sayang dan semangat kekeluargaan, semangat keperwiraan, semangat kenegaraan dan pelbagai semangat positif lagi. Wajib ditontoni oleh wanita wanita yang lemah semangat dan merasakan bahawa dunia mereka bergantung sepenuhnya dengan seorang lelaki. Wajib juga ditontoni oleh lelaki yang merasakan mereka hebat, gagah perkasa sedangkan kehebatan seorang lelaki itu terletak limpahan kasih sayangnya pada seorang perempuan bergelar anak, isteri, adik, ibu dan keluarga.

02 February 2017

Travellingbie : Review on Traveloka

"Travel ~ No matter how far or long or expensive it will be, if you want it badly, you will find ways to make it happen. People with excuses will hardly achieve their dream. So, fight for it, and put many efforts to make it happen." ~ uark

Anda suka mengembara? Tetapi mempunyai kekangan kewangan dan terpaksa menghadkan kekerapan kembara dan jelajah anda ke tempat yang anda ingin lawati.

Anda mahukan tiket yang murah? Anda mahukan tiket keretapi yang murah ketika jelajah Indonesia?

Mahu lebih banyak diskaun untuk tiket tambang penerbangan dan juga penginapan?
Cubalah Traveloka

Sedikit maklumat mengenai Traveloka yang boleh didapati dari laman web:
Founded on early 2012 - by Ferry Unardi with Derianto Kusuma and Albert initiated to build Traveloka, aiming to make flight booking easier for people. The pilot team consists of only 8 members.

Traveloka is Indonesia’s leading travel booking app for domestic and international destinations. The Jakarta-based company was founded by several Indonesian technology information practitioners with years working experiences at tech companies in the United States of America. Traveloka is the first national company in Asia that receives a Series A funding from Global Founders Capital and East Ventures.

Traveloka can be accessed through desktop, mobile web, and mobile application (Android and iOS) anytime and anywhere. Currently, Traveloka mobile application has been downloaded for over 10 million times. Traveloka has established partnerships with more than 70 domestic and international airlines, serving more than 100,000 different routes throughout Asia Pacific and Europe. Traveloka has listed more than 100,000 of hotels worldwide. A secure payment system, various payment methods, an easy user experience, a 24 hours call center service, also the everyday low and transparent price without booking fees are the key services that Traveloka offers to customers, enabling a mobility lifestyle.

For more information about flights and hotels booking, visit http://www.traveloka.com or follow us on Facebook, Twitter, Instagram, and Google+. Traveloka mobile app is available on Google Play Store and iTunes App Store.

Bagi pengguna yang akses laman Malaysia, anda boleh mendapat diskaun bagi penerbangan dan juga hotel dengan menggunakan Kod Kupon yang diberikan. Bagi pemegang kad kredit CIMB dan CITIBANK juga boleh menikmati diskaun istimewa apabila berlaku penawaran diskaun bagi pemegang kad berkenaan.

Bagi pengguna yang akses laman Indonesia, terdapat tambahan pada perkhidmatan yang disediakan. Selain dari diskaun tiket penerbangan dan hotel, pengguna juga boleh mendapatkan diskaun perjalanan keretapi menerusia aplikasi mobile Traveloka.

Selain daripada laman web versi Malaysia dan Indonesia, pengguna dari negara Singapura, Thailand, Filipina dan Vietnam juga boleh menikmati lebih diskaun untuk tiket penerbangan dan hotel. Sekiranya anda mahu mencuba, ketepatan dan kesahihan web tersebut, cubalah membuat tempahan hotel yang murah disekeliling anda. Saya telah mencuba dan berjaya. Anda bila lagi? :-)) - Promosi percuma pulak untuk Traveloka :-))

https://www.traveloka.com/en-my

01 February 2017

Ekspresi : Flawless

Tertanya juga macamana la diorang ni boleh dapat muka yang sangat flawless, selain dari makeup dan pembedahan plastik.


Sekarang nie seolah-olah penyakit bila ramai yang addicted kepada KDrama. Paling terbaru Goblin, Scarlet Heart Ryeo, Descendants of the sun, Hwarang, Legend of the blue sea dan lain lain lagi. 

Pelakon-pelakon mereka mempunyai muka yang sangat flawless sama ada pelakon lelaki atau wanita. Di samping kesan yang mungkin disebabkan oleh pembedahan plastik, kulit yang berseri dan flawless tidak boleh dimiliki dengan pembedahan. Penjagaan rutin harian yang sempurna menjadikan kulit seseorang nampak lebih sihat dan menampakkan lebih muda dari umurnya.

http://www.shape.com/lifestyle/beauty-style/korean-skin-care-habits
Menurut artikel ini, terdapat beberapa habit yang perlu dilakukan untuk mendapatkan kulit yang flawless:
  1. Bring Your Sheet Mask to the Gym >> Cotton sheet masks are the biggest Korean beauty craze of the moment 
  2. Treat Yourself to a (Face) Massage >> By using your knuckles or fingertips to massage the muscles and tissue under your skin, you'll increase blood circulation and get the oxygen flowing through your face, which in turn will keep your skin glowing and radiant. Massaging daily also helps to firm and tone your facial muscles to help fight wrinkles and prevent the skin from aging over time. 
  3. Never Wash Your Face Just Once >> "Double-cleansing," the first step is the notorious 10-step process 
  4. Slap Your Face—Hard >> Following the same logic as facial massage, women in Korea will slap their faces about 50 times after finishing their daily skincare regimen to get blood circulation going and firm up the face muscles.
  5. Make Your Rice Do Double Duty >> Women in Korea have a long history of making their own rice water to wash their face because of the long-established skin benefits. 
  6. Take Your Bath Towels to the Bedroom >> Winter months in Korea are notoriously cold, so humidifiers are commonly used to keep the skin hydrated when the air gets dry. 
  7. Wear Protective Accessories (Even When You Aren't at the Beach) >> Korean women take a preventative approach to aging at a very young age by using sunblock everytime they go out.
  8. Add Ginseng to Your Diet >> Ginseng is one ingredient that's been the hallmark of Korean beauty for a really long time, and really kicked off the Korean skin care market.
Tambahan untuk kita yang beragama Islam, serikan dan awet mudakan muka dengan air wudhu' dan mandi air sejuk sebelum subuh.

Selamat mencuba. Semoga mendapat muka dan hati yang flawless sentiasa. :)

Travellingbie : Lombok Day 3

Own only what you can always carry with you: know languages, know countries, know people. Let your memory be your travel bag. – Aleksandr Solzhenitsyn

Selepas makan malam yang sangat sedap, kami mula bergerak ke hotel untuk bermalam. Terima kasih kepada hos makan malam. Masing-masing puas hati dengan menu yang dihidangkan.

Malam kami di Hotel Transit Inn bersebelahan dengan hotel keluarga pengantin. Bolehlah sekiranya hendak berehat semalam di sini.

Hotel Transit Inn, ok ok sahaja. Saya bagi 1 bintang sahaja disebabkan ada beberapa insiden kurang menyenangkan di hotel ini.

“Adventure is a path. Real adventure – self-determined, self-motivated, often risky – forces you to have firsthand encounters with the world. The world the way it is, not the way you imagine it. Your body will collide with the earth and you will bear witness. In this way you will be compelled to grapple with the limitless kindness and bottomless cruelty of humankind – and perhaps realize that you yourself are capable of both. This will change you. Nothing will ever again be black-and-white.” – Mark Jenkins

Hotel sebelah, nampak lebih selesa. Yang ini JoJe Hotel Beach and Bar

Hotel sebelah. Ok lagi hotel ni dari hotel yang kami bermalam semalam.

Kami bermalam di Transit Inn - 2 kali blackout, pressure air yang sangat perlahan. Selimut yang mempunyai bau yang kurang menyenangkan, mungkin tidak diganti, aircondition yang kurang berangin dan sejuk. Ahaaaa.. Serba serbi kurang mengena. Mungkin tidak berapa dicadangkan untuk duduk di Transit Inn.

Transit Inn
Kalau bercadang untuk duduk di Senggigi, bolehlah mencuba semalam di JoJe Hotel 🏩. Malamnya meriah dengan muzik di pantai. Ada beach bar di sini. Sekiranya anda inginkan ketenangan, carilah hotel yang lain.

JoJe Hotel Beach and Bar

Selepas subuh, kami ke pantai. Ekspresi saya - pantai yang cantik dengan view yang sangat cantik, tetapi hampa.
Berpagi pagian di pantai
Minum pagi kamek di Hotel JoJe. Sarapan yang sederhana, bolehlah untuk mengisi perut di pagi hari. Selepas sarapan, kami mengemas barang-barang dan check out. Dari Senggigi ke Bandar mengambil masa yang agak lama lebih kurang sejam. Bare in mind, lokasi di Lombok ini hampir semuanya jauh jauh dan anda perlu menyewa kenderaan untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat. 

Sebelum bergerak ke Bandar,  saya bersalam salaman dengan keluarga pengantin perempuan. Bersalaman dengan ibu pengantin, dia memeluk saya sambil berkata, "nanti jupe lagi deh. Kenduri pulak la lepas ni deh. InsyaAllah makcik sehat wal'aafiat buleh datang kenduri pulok."
Me - InsyaAllah makcik (sambil senyum...dalam hati menanges macam air terjun gamaknye...hahahaa)
Makcik makcik lain - lepas ni kamu pulak deh...
Me - aduh makcik, statement sensitip tu...hahahaaaan


Penerbangan balik ke Kuala Lumpur mengambil masa lebih 3jam 10minit. Sekiranya anda berhajat untuk ke Lombok, pastikan anda pergi dalam berkumpulan dan tempah tiket secara berkumpulan. Anda akan memahami maksud saya sekiranya anda pernah mengalami terbang ke Lombok seorang dan kapal dipenuhi dengan penumpang lelaki dari sana. Dan berhati-hati juga kerana mereka lebih berani jika sekiranya kita berseorangan. Don't do eye contact with them. Pengalaman yang boleh saya katakan ngeri bila memasuki kapal yang 95% nya adalah penumpang lelaki, duduk bersebelahan dengan mereka dan menghidu bau yang kurang menyenangkan serta ada yang cuba menjadi ramah mesra. Nasib baikla bawak perisai.

Selesai sudah tugas di Lombok. Balik kepada dunia sebenar...esok kerja. Harap harapnya dapat peluang lagi keluar dari dunia realiti bekerja. Bosss, mintak cuti satu bulan please. Nak jaulah mencari jiwa...
It's good to be ack home :)
"Hok aloh...nak cari jiwa senang je. Tenung lama lama Quran tu, baca dan faham dan amal...semadi nya merenung fb, instagram, wassap, gambar orang dan yang lain lain. Kalau satu bende tu ngko tak de rezeki, banyak lagi benda benda lain yang jadi jambatan ke syurga. Jangan sibuk kejar 1 benda yang jadi rahsia Allah, benda benda lain yang banyak tu ngko keciciran tak buat..." - faham ke tak faham atau buat buat tak faham? Arasso!

Dengan ini #travellingbie menutup bicara jelajah singkat di #Lombok kali ini.
Sehingga jumpa lagi, InsyaAllah.