28 October 2016

Kewangan : Bajet 2017

Bajet 2017 telah pun dibentangkan. Namun...masih lagi terdengar sayup sayup guruh berdentum. Tema Bajet 2017 kali ini: 'Merancakkan Pertumbuhan, Memastikan Pengurusan Fiskal Berhemat, Meningkatkan Kesejahteraan Rakyat'

Sekitar hari pembentangan, wall di FB dipenuhi dengan komen komen + dan - dari rakyat.

Wakil wakil rakyat yang hadir semasa pembentangan ada yang tidak berpuashati dan melakukan kebisingan dan kekecohan di dalam dewan.

Belum diambil kira lagi lawak yang tidak perlu dari pembentang. Makin femes - nasi lemak anak dara (betul ke ni gelaran dia)?

Saya mengambil sedikit cebisan dari intipati Bajet 2017 untuk di "highlight"kan. Antaranya:

Seperti biasa, tiada bonus 2017 untuk kakitangan awam sebaliknya digantikan dengan "bantuan khas". Bayaran sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam dan bayaran khas sebanyak RM250 untuk pesara kerajaan dan dibayar pada bulan Januari 2017.
GST kekal 6% - barangkali dengan duit hasil GST dapat meningkatkan ekonomi negara dan mempertingkatkan kemudahan infrastruktur untuk kemudahan rakyat...saya kata barangkali, dan tidak semestinya. Dari koleksi GST tersebut, yang kita amat prihatin adalah bagaimana pengagihan hasil tersebut memberi benefit/faedah kepada rakyat secara keseluruhannya ( implicit or explicit benefit). Setakat 19 Oktober 2016, GST dikutip hampir 30billion.
Kemudahan pinjaman kepada kakitangan awam semakin mudah dan ditambah pula kategori kemudahan pinjaman tersebut. Contoh - kemudahan pinjaman pembelian smartphone sebamyak RM5000 diperkenalkan. Cumanya nak tahula kan, smartphone paling mahal yang ditemui berjumlah lebih kurang RM3000. Ada lagi ke smartphone yang lebih mahal dari RM3000? Bila terdapat kemudahan pinjaman, bermakna kebarangkalian beban hutang akan bertambah juga. Contoh lagi - Menaikkan had kelayakan pinjaman perumahan penjawat awam kepada RM200,000 hingga RM750,000. Berapa ramai kakitangan kerajaan yang layak mendapatkan pinjaman sehingga RM750 ribu??? Kakitangan kerajaan bakal menjadi penanggung hutang paling ramai nanti dan berkemungkinan yang akan muflis juga ramai apabila percentage jumlah hutang lebih 60% dari gaji bulanan. Macamana la nak bayar perbelanjaan bulanan sekiranya duit gaji dihabiskan untuk membayar hutang jahat. Pandangan saya - perkara yang boleh sangat sangat dielakkan adalah berhutang ke atas perkara yang kita sebenarnya tidak perlukan. Sebelum meminjam, kene tanya diri kita sendiri, "perlukah berhutang untuk membeli smartphone canggih uptodate? sedangkan teknologi smartphone evolve dengan pantas dari hari ke hari. Hari ini anda berbangga dengan smartphone baru anda, esok lusa, anda dapati smartphone anda pula sudah "obselete".
Pinjaman beli motosikal juga dinaikkan dari RM5 ribu kepada RM10 ribu. Motosikal apa yang sampai RM10K? Sekiranya gaji anda RM3K sebulan, adakah anda layak membeli motosikal berharga RM10k. 
Ketika hendak membeli sesuatu atau ingin mendapatkan apa yang anda inginkan dengan berhutang, jenguk jenguklah wallet dan simpanan anda dahulu.
Jangan amalkan "biar papa asalkan bergaya", sebaliknya...amalkan "biar tak nampak bergaya, asalkan duit sentiasa ada."
Cukai peribadi seperti buku/bahan bacaan, internet broadband, peralatan sukan, smartphone, keahlian gymnasium dan pembelian komputer digabungkan perbelanjaan kepada RM2500. Secara peribadi, saya berpandangan adalah lebih bagus lagi sekiranya pelepasan cukai bagi 5 perkara yang digabungkan ini dinaikkan jumlahnya kepada RM5000. - Pembelian buku sangat senang untuk kita capai perbelanjaan sebanyak RM1000. Keahlian gymnasium sekiranya RM100 sebulan, setahun jumlahnya RM1200. Belum lagi pembelian telefon bimbit (smartphone), komputer dan peralatan sukan.
Jumlah BR1M ditingkatkan - BR1M hanya memberi manfaat sementara kepada sebilangan rakyat sahaja dan bukannya semua. Dan golongan ini biasanya masih belum layak dikenakan cukai tahunan. Ada yang menggunakan kemudahan yang diberikan ini untuk membeli smartphone dan dan barang-barang yang tidak mampu mereka miliki atau menyalahgunakan duit tersebut. Bagi saya, ianya satu kerugian, apatah lagi BR1M dinaikkan jumlahnya. Adalah baik sekiranya duit tersebut digunakan untuk maslahat umum dan untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat yang semakin meningkat disamping mengurangkan beban kebergantungan rakyat kepada duit BR1M yang bersifat sementara.
Rumah - berita baik untuk pembeli muda dan pembeli pertama. Bagi yang sudah mempunyai rumah lebih dari 1 walaupun rumamh flat sahaja, mungkin tidak dapat menikmati kemudahan yang disediakan untuk pembeli pertama. - RM200 juta untuk bina 5,000 unit MyBeautiful New Home menerusi NBOS bagi B40 pada harga RM40,000 sehingga RM50,000 seunit, dengan kerajaan membiayai RM20,000. - Membina 10,000 unit rumah di bandar untuk disewa oleh golongan muda pada kadar lebih rendah dari kadar pasaran. - Kerajaan sediakan tanah di lokasi strategik kepada GLC dan PR1MA untuk membina lebih 30,000 unit rumah berharga antara RM150,000 hingga RM300,000. - Membina 10,000 unit rumah di bandar untuk disewa oleh golongan muda pada kadar lebih rendah dari kadar pasaran. - Skim pembayaran akhir khas jenis "step-up" untuk program PR1MA, bagi pembiayaan lebih mudah, dengan jum1ah pinjaman mencecah 90 hingga 100 peratus.

Saya berharap Bajet 2017 kali ini menampakkan sesuatu kepada pembaca. Selamat membaca dan "digest" intipati tersebut. Semoga bermanfaat.

Waste your money and you're only out of money, but waste your time and you've lost a part of your life. ~Michael Leboeuf

25 October 2016

Kewangan : Info Grafik Bajet 2017

Sekiranya anda tiada punya masa untuk membaca teks ucapan Pembentangan Bajet 2017 atau tidak sempat menonton TV mellihat pembentangan tersebut....naaaaa, saya permudahkan anda dengan info grafik Bajet 2017 tersebut. :) Ulasan saya....mungkin kemudian lah

“Wealth File
1. Rich people believe "I create my life." Poor people believe "Life happens to me."
2. Rich people play the money game to win. Poor people play the money game to not lose.
3. Rich people are committed to being rich. Poor people want to be rich.
4. Rich people think big. Poor people think small.
5. Rich people focus on opportunities. Poor people focus on obstacles.
6. Rich people admire other rich and successful people. Poor people resent rich and successful people.
7. Rich people associate with positive, successful people. Poor people associate with negative or unsuccessful people.
8. Rich people are willing to promote themselves and their value. Poor people think negatively about selling and promotion.
9. Rich people are bigger than their problems. Poor people are smaller than their problems.
10. Rich people are excellent receivers. Poor people are poor receivers.
11. Rich people choose to get paid based on results. Poor people choose to get paid based on time.
12. Rich people think "both". Poor people think "either/or".
13. Rich people focus on their net worth. Poor people focus on their working income.
14. Rich people manage their money well. Poor people mismanage their money well.
15. Rich people have their money work hard for them. Poor people work hard for their money.
16. Rich people act in spite of fear. Poor people let fear stop them.
17. Rich people constantly learn and grow. Poor people think they already know.” 
― T. Harv Eker, Secrets of the Millionaire Mind: Mastering the Inner Game of Wealth
Sumber dari : https://bajet2017.najibrazak.com/infographic

24 October 2016

Movie Review : Deepwater Horizon

Movie review ~ Sekiranya anda ingin memahami tugas kerja seorang yang bekerja di pelantar minyak, tontonilah Deepwater Horizon, filem yang diadaptasikan dari kisah benar yang berlaku pada tahun 2010. Mengisahkan tragedi pelantar minyak Deepwater Horizon yang terletak di Teluk Mexico yang mengalami kebakaran dan ledakan api yang berpunca dari minyak mentah yang tersembur keluar dari perut bumi

Ianya juga mengisahkan perjuangan pekerja pekerja di pelantar minyak Deepwater Horizon dalam usaha menyelamatkan diri mereka dan rakan rakan yang lain

Cinematografi nya ternyata nampak real / nyata dan latar bunyi yang memberi kesan efek yang mana seolah olah kita berada di atas pelantar tersebut. The closeup mengenai keadaan pelantar memahamkan kita serbasedikit bagaimana pelantar bekerja dan berfungsi. Melalui filem ini, kita bakal menyaksikan serba sedikit tugas pekerja di pelantar minyak.


Bukan senang uiii....
Dari mula mula menaiki helikopter sehinggalah bertugas di pelantar, risiko kematian yang dihadapi adalah tinggi.

Penyelenggaraan dan pemeriksaan yang rapi dan teliti terhadap peralatan dan mesin mesin yang digunakan sangat penting di dalam memastikan semuanya berfungsi dengan baik. Aspek keselamatan amatlah penting bagi mengelakkan kejadian kejadian yang tidak diingini berlaku. Kesilapan yang dianggap kecil atau dipandang ringan mungkin boleh mengakibatkan kerugian yang besar. Begitulah nasib yang menimpa Deepwater Horizon.

Terima kasih kepada semua pekerja2 yang bekerja di pelantar minyak di mana sahaja anda berada.

Film yang dibintangi oleh Mark Wahlberg, Dylan O’brien, Kurt Russell, Kate Hudson, John Malkovich, telah ditayangkan di Malaysia pada penghujung bulan September. Filem ini sesuai ditonton oleh pelbagai lapisan umur.

{Maaf di atas kecelaruan bahasa yang digunakan}

11 October 2016

Travellingbie : Part 1 Hari 2 di Palembang - Ringkasan Aktiviti Hari ke-2

Penatnya menulis...untuk hari ke-2 ini, saya buat ringkasan sahaja ye :)

1st pitstop
Breakfast di tepian jalan. Mee indomie dan cappucino
Seronok dengar bapak bercerita mengenai palembang, bahasa palembang, museum museum di sini, tempat tempat menarik, makanan, orang di sini dan kawasan kawasan sekitarnya
Kos berdua = Rp35k /2 = Rp17.5k seorang

1st and half pitstop
Bila breakfast macam tak cukup makan, ade la alasan untuk membeli Goreng gorengan. Orang di sini kreatif, ada jenis kuih seperti karipap tetapi intinya pisang :)), cekodok bawang pun ada dan tempe goreng memang sedap.
Kos = Rp12.5k /2 = Rp6.25k seorang

2nd pitstop = Pasar 16 Ilir
Peminat songket...bolehlah ke sini
Songket tenun tangan bersekali dengan selendang sekitar RM400++ sahaja, tapi saya tak belipun sebabnya kurang minat dengan songket.
Kos shopping:
- kain batek 1 Rp45k
- Avocado 1KG Rp20k

Kos berdua = parkir Rp10k / 2 = Rp5k seorang

3rd pitstop
Menyelusuri Sungai Musi. Cuaca panas bak ang dan canteq, Alhamdulillah
Kos naik sampan bot = Rp125k / 2 = Rp62.5k seorang. Kalau ramai maksima 4 atau 5 orang, lagilah jimat.

4th pitstop 
Memandangkan kami menaiki bot sampan, kami mengambil masa lebih kurang 30 minit ke 40 minit untuk sampai ke Pulau Kemaro. Pulau Kemaro ini merupakan pulau semulajadi di tengah sungai dan memiliki keluasan lebih kurang 24 hektar. Ajaib kan...bukan pulau jadian tau. Bagi yang ingin menaiki speedboat, harganya lebih mahal iaitu sekitar Rp400k sebelum tawar menawar.

Untuk mengetahui lagenda Pulau Kemaro, anda boleh lawat entri beberapa blogger di Internet : 
1) http://ceritarakyatnusantara.com/id/folklore/171-legenda-pulo-kemaro#
2) http://www.indonesiakaya.com/jelajah-indonesia/detail/kisah-tan-bun-an-yang-melegenda-di-pulau-kemaro
3) http://regional.liputan6.com/read/2494878/kisah-heroik-di-balik-keindahan-pulau-kemaro
4) https://go-stage.com/2015/07/27/pulau-kemaro-legenda-pulau-cinta-di-tengah-sungai-musi-palembang/
5) http://www.dongeng.web.id/cerita-rakyat-dari-sumatera-selatan-asal-muasal-pulau-kemaro.html

Selepas melawat sekitar pulau, kami berhenti rehat minum air kelapa sebelum meneruskan perjalanan balik ke tanah besar Palembang.
Kos air kelapa = Rp15k seorang
Parkir mobil = Rp5k /2 = Rp2.5k seorang

5th pitstop
Masjid Agung Palembang
Kos parkir = Rp4k / 2 = Rp2k seorang

6th pitstop
Pasar Cinde Palembang - antara pasar tertua di Palembang.
Kami lalu je
Kos = Gratis

7th pitstop tempat makan...baru teringat nak makan tengahari.
Makan tengahari - pelbagai menu pindang dan jus sirsak (jus durian belanda)
Sedap terutamanya sambal. Berselera makan sambal dengan ulam ulaman atau lalap. Selepas makan kekenyangan, terasa berat pulak nak jalan. Nasib baik lepas tu jalan jalan di museum. Bolehlah nak menurunkan makanan dalam perut.
Kos makan = Rp191k / 2 = Rp95.5k seorang (tak de murahnya makan di sini :)) )

8th pitstop
Museum kedua, tak berapa nak ingat nama
Di muzium ini terdapat replika rumah palembang yang dicetak pada wang Indonesia Rp10 ribu. Masa kami tiba di museum ini, sudah ditutup untuk awam memandangkan ada keraian / kenduri kawin. Makanya kami hanya meninjau ninjau di luar museum dan di kawasan sekitar museum yang terdapat replika rumah Linas dan contoh rumah yang terdapat pada matawang rupiah 10ribu.
Kos parkir = Rp5k / 2 = Rp2.5k

9th pitstop
Tapau frozen pempek (actually bukan frozen pun sebab baunya semerbak ja. Balik Malaysia kene masuk terus dalam freezer)
Ole ole untuk orang kampung. Ini je yang termampu di cari memandangkan musafirnya bukan shopping sakan. Tak tau la sempat ke idak tahannya sampai ke Disember. Semerbak je bau keluar dari kotak :))
Kos pempek sekotak ada 50 biji pempek = Rp100k
Parkir = Rp2k / 1 = Rp1k

10th pitstop - Masjid Cheng Ho
Alhamdulillah, kami sempat jemaah maghrib di sini. Masjid ni jauh jugak dari Kota Palembang dan disekitarnya terdiri dari rumah rumah yang besar. 
Tak besar manapun masjid Cheng Ho, tetapi senibinanya sangat mengagumkan. Sekiranya ke Palembang, jangan lupa ke sini.
Kos parkir = Rp2k / 2 = Rp1k seorang

11th Pitstop - Matahari Department Store
Apalagi, shopping la kan...tapi tak banyak pun sebabnya tak jumpa barang dihajati. Kawan saya pula memborong kosmetik Wardah. Terkenal jugak Wardah di Malaysia nie, barangnya berkualiti dan di sini memang murah, lebih murah dari jenama Silky Girl. :))

Last pit stop
Diner malam ni. Sebab dah lambat sangat nak pi makan kat kedai. Kami borong Roti Sari tetapi tak banyak ada di Alfamart atau di Indomart. Makanya, kami minta supir berhenti di kedua tempat untuk memborong roti tersebut sekiranya ada stok.
Aiskerim Magnum Tiramisu ni macam takde kat Malaysia

Palembang terkenal dengan pempek. Sekiranya ke Palembang, mesti cuba pempek. Ada lagi makanan yang lain. Setakat 2 hari penuh di sini, kami telah mencuba makan:

1. Pempek dan alpokat
2. Sate dan soto jalanan - sedap dan tak sakit perut pun. 
3. Nasi uduk, mee indomie dan cappucino di gerai tepi jalan untuk minum pagi pada hari kedua
4. Air kelapa Pulau Kemaro
5. Nasi pindang dan pelbagai lauk serta air jus sirsak. Yang ni mewah la sedikit sebab dah lapar dan mengidam pindang. Banyaknya makan tengahari tadi sampai kenyang sehingga ke malam
6. Roti sari...berebut masing masing memborong roti sari. Tapi tiap kali masuk Alfamart atau Indomart, tinggal sikit ja
7. Aiskerim Magnum Tiramisu
8. Buah limau tempatan

Martabak Har tak dapat nak makan sebab tak larat nak makan supper. Avocado kami beli juga untuk di bawa balik. Sikit ja pun sebab tak beli luggage. 

Kos bagi keseluruhan musafir di Palembang, kiralah sendiri dari entri Part 1 sehinggalah hari ke-2 :)
Bagi yang berminat untuk ke Palembang, jangan teragak agak. Anda mungkin akan menemukan sesuatu yang baru dan berguna untuk dipelajari atau diteladani.

"Clear blue sky - I left my heart up there." - uark

Bagi penerbangan ke Palembang, hanya ada 1 penerbangan sahaja dari Airasia. KL - Palembang penerbangan pagi. Palembang - KL juga penerbangan pagi dengan menaiki pesawat yang sama dari KL.

Kalau dikira jumlah keseluruhan kos di Palembang selama 3h2m, kurang dari RM500. Semakin ramai anda dalam kumpulan, anda boleh jimatkan kos transportasi, parkir, bot ke Pulau Kemaro dan mungkin juga makan.

Kos asas adalah ::
1) Tiket penerbangan 2 hala bagi seorang = RM180;
2) Kos hotel untuk 2 malam. Kami menginap di Red Planet Palembang dengan kos RM172 untuk 2 orang bagi 2 malam;
3) Kos transportasi + supir + petrol (tidak termasuk parkir) untuk 3h2m = Rp1 juta;
4) Kos parkir terpulang berapa banyak anda berhenti ke sesuatu tempat;
5) Kos makan juga terpulang, berapa kali anda makan dan di mana? Kos makan pula lebih kurang sama dengan Malaysia;
6) Kos membeli belah juga terpulang kepada anda. Bagi peminat songket, memang banyakla belanja nanti. Sekiranya anda mencari Mukena / Telekung sama ada mukena travel atau sebalilknya, anda akan kecewa seperti saya....hahahaaa. Telekung agak mahal di sini dan saya tidak jumpa telekung dijahit di Palembang. Fesyen fesyen baju sedikit outdated kecuali di gedung Matahari.

Sekiranya ada kesempatan lagi untuk ke Palembang, boleh terus ke Lahat. Bagi yang meminati alam semulajadi, Lahat merupakan tempat yang sesuai kerna terdapat beberapa kawasan air terjun, tasik yang cantik dan juga Gunung Dempo.

Mas supir kami sangat bagus dan sporting (2 thumbs up). Dia cadangkan makanan lokal kepada kami. Makan di gerai jalanan tetapi sedap dan pandai tawarin untuk destinasi yang memerlukan bayaran seperti bot ke pulau kemaro dan tawarin di Pasar 16 Ilir, Matahari Department Store tak boleh la nak tawar menawar. Yang berminat untuk menggunakan perkhidmatan supir Mas Ari, bolehlah PM saya ye :)

“To my mind, the greatest reward and luxury of travel is to be able to experience everyday things as if for the first time, to be in a position in which almost nothing is so familiar it is taken for granted.” – Bill Bryson

Travellingbie : Part 5 Hari 1 di Palembang - Sejarah Sungai Musi

"mbak bisa berenang?"
"bisa, tapi tenggelam." jawab saya
"hahaaa...kalau begitu, esoknya kita minta life jacket dari bapak ya."
"ok..."
Oooo...kalau tak dibagitau, naik sampan tak pakai lifejaket la biasanya😅
Mana ada orang lokal yang naik sampan pakai lifejaket😂

Nak meredah sungai Musi hari ini, melalui bawah Jambatan Ampera untuk ke Pulau Kemaro. Satu satunya jalan ke sana adalah menggunakan pengangkutan air - sampan atau bot. Bagi yang phobia sungai atau laut yang tak berapa nak dalam, bersedialah! 😁😁😁😅

Sungai Musi
- dengan panjang sungai sejauh 750km, sungai ini merupakan sungai terpanjang di Pulau Sumatera dan membahagikan Palembang menjadi 2 bahagian dan Jambatan Ampera menjadi ikon Kota Palembang itu menghubungkan kedua dua bahagian. 

Sejak zaman Kerajaan Sriwijaya sehinggalah sekarang, sungai ini terkenal sebagai metod pengangkutan utama bagi masyarakat di sini. Di tepi Sungai Musi ini terdapat Pelabuhan Boom baru dan Museum Sultan Mahmud Badaruddin II.
Menurut lagenda, pada zaman dahulu kala, hubungan lintas laut menjadi hubungan utama pedagang dan pada ketika itu perdagangan tidak memakai sistem jual beli, tetapi menggunakan sistem barter.
Menurut cerita, ada kelompok bajak laut berasal dari negeri China yang terdiri dari tiga perahu layar berlayar di Selat Bangka. Perompak itu dipimpin oleh seorang yang digelar Kapitan dan mereka tertarik ketika melalui muara Sungai Musi terutama sekali kerana kelebarannya. Kapitan mencari cari di dalam petan dan ternyata sungai itu belum ada namanya di peta.
Para perompak itu melihat banyak perahu besar dan tongkat datang dari hulu sarat dengan muatan hasil bumi dan mereka yakin di wilayah hulu merupakan daerah yang subur. Kumpulan Kapitan ini mulai membentuk kelompok-kelompok untuk menjelajak daerah daerah hulu.
Ada kelompok yang sampai di daerah dataran rendah Gunung Dempo dan mereka kagum melihat betapa suburnya tanah. Tanaman kopi, cengkih, kayu manis dan berbagai tanaman lagi.
Kelompok yang menjelajah Muara Enim (nama sekarang), juga kagum dengan hasil tanaman rempah-rempah dan batubara yang muncul di permukaan tanah.
Sementara itu, di daerah Ranai, kelompok yang menjelajah daerah tersebut kagum pula dengan hasil tembakau yang tumbuh di sana.

Macam macam saiz kapal ada di Sungai Musi ini :))
Kapitan pula tertarik dengan Wilayah Sumatera Selatan yang berpusat di Sungai Musi dan dia memutuskan untuk tinggal lama di Palembang. Dia memberi tanda melingkari daerah Sumatera Selatan di dalam peta dan berkata: "Kita sekarang berada di daerah ini. Ternyata daerah dan sungai ini belum ada namanya di peta. Sudah ku fikir fikirkan dan kita namakan daerah ini Mu Ci (dalam bahasa tua Cina Han, Mu Ci bermaksud Ayam Betina, dan Mu Ci adalah nama bagi Dewi Ayam Betina yang memberikan keuntungan kepada manusia).

Seorang perompak bertanya:
"Mengapakan tuan menamakan daerah ini Mu Ci?"

"Bukankah Mu Ci (Ayam Betina) adalah makhluk yang memberikan keuntungan buat manusia? Sekali bertelur belasan butir dann telur adalah sumber makanan dan rezeki. Daerah ini pun sangat subur. Luar biasa suburnya, ,hasil rempah ratus bermutu tinggi. Ada batubara, emas dan lain lain. Maka, daerah ini layak disebut Mu Ci kerana tanahnya demikian kaya raya memberi keuntungan bagi manusia."
"Kalian ingat, penduduk di daerah ini juga memiliki sifat yang baik yang dimiliki ayam. Kaum pria daerah ini ramah, mudah menerima orang asing, dapat bergaul dengan baik dan suka menolong. Akan tetapi jangan berbuat curang atau menipu mereka. Bukankah ada empat orang teman kita yang mati kerana ditusuk penduduk dengan pisau?"

Kapitan menyambung bicaranya:
"Ïtu salah teman kita sendiri, sudah saya perintahkan untuk berperangai baik di daerah ini dan seluruh penduduknya akan jadi sekutu kita dalam jangka panjang. Selain itu, wanita di daerah Mu Ci ini juga sangat baik, kulit mereka kuning seperti kita. Tetapi wajahnya tidak seperti orang Eropa dan tidak mirip kita. Kaum wanita daerah ini hebat dan mengagumkan. Mereka bekerja keras membantu suami. Tidak ubahnya seperti induk ayam betina. Bekerja keras mencari makanan untuk anak-anaknya. Mereka bisa lebih ganas dari helang sekalipun."
Setelah beratus tahun kemudian, Mu Ci berubah menjadi Musi

Allahu Taála A'lam
Sumber : dari pelbagai

Travellingbie : Part 4 Hari 1 di Palembang - Benteng Kuto Besak - Museum Sultan Mahmud Badaruddin II - Hotel Red Planet Palembang

“Once you have traveled, the voyage never ends… The mind can never break off from the journey.” – Pat Conroy

6th Pitstop = Benteng Kuto Besak
Benteng setinggi 7 kaki ini mengadap ke arah tenggara tepat di tepi Sungai Musi, lebih dikenal warga Palembang dengan sebutan BKB dan ianya merupakan pusat Kesultanan Palembang dan pusat kekuasaan tradisional. KUTO beramaksud kota, puri, benteng, kubu yang berasal dari kata sanskrit.

Benteng ini dahulunya, di bahagian dalam di tengah tengah disebut Dalem, khusus untuk tempat kediaman raja, lebih tinggi beberapa kaki dari bangunan biasa. Seluruhnya dikelilingi oleh dinding yang tinggi sehingga bagi melilndungi raja. Tidak seorang pun boleh mendekati tempat tinggal raja ini kecuali para keluarganya atau orang yang diperintahkannya. Bangunan batu yang lain dalam kraton/istana adalah tempat untuk menyimpan peluru dan senjata.

Kami tak masuk pun ke dalam benteng ini memandangkan kami ingin menuju ke destinasi seterusnya.
Kos = Gratis

7th pitstop = Muzium Sultan Mahmud Badaruddin II
Walaupun Muzium ini tidak besar, tetapi banyak sejarah di dalamnya. Tidak rugi membayar Rp20k seorang. Pakcik yang menerangkan sejarah palembang dan kerajaan Sriwijaya sangat berpengalaman dan berpengetahuan. Kami berada agak lama di sini sehingga Muzium ditutup. Berbaloi baloi :))



Bapak ni memang hebat dan tinggi ilmu mengenai sejarah Palembang. Jangan lupa ke museum ini untuk bertemu dan mendapatkan ilmu dari beliau. Semoga bapak sentiasa sihat :)





Songket Palembang merupakan antara songket terbaik di Asia selain songket Terengganu
Replika Jambatan Ampera

Gabus
Tempat bersanding masyarakat Palembang
Museum yang memiliki peninggalan sejarah mengenai Palembang serta memaparkan berbagai koleksi arkeologi, etnografi, biologi, seni, dan informasi tentang pengumpulan mata wang ini terletak di tepi sungai Musi.

Sultan Mahmud Badaruddin II adalah penguasa Palembang sejak 1803 sampai 1821. Museum ini pernah menjadi istana Kesultanan Palembang Darussalam. Awalnya disebut sebagai Keraton Kuto Kecik atau Keraton Kuto Lamo, bangunan ini bersama dengan Masjid Agung Palembang dibangunkan pada masa Sultan Mahmud Badaruddin Jayo Wikramo atau SMB I.

Sebagai bangunan yang terlibat dalam begitu banyak peristiwa sejarah dari zaman era Sriwijaya, Belanda sehinggalah Jepun, museum Sultan Mahmud Badaruddin II merupakan sebuah layar hidup yang menjelaskan berbagai era dalam sejarah.

Cuma sayangnya, keadaan nya kurang terjaga.
Kos Parkir + yuran masuk museum = Rp50k / 2 = Rp25k seorang

Selepas selesai di museum, kami ber foto dulu di tebing Sungai Musi berlatarbelakangkan Jambatan Ampera. Matahari mulai menyengat muka. Panas Palembang nie :))
Seterusnya kami singgah sebentar di Palembang Square Mall untuk membeli simkad data. Harga nya murah banget dong. 2Gb = Rp33k
Kos bersama untuk 2 orang = Parkir Rp5k /2 = Rp2.5k

Kalau nak tahu, di sini setiap kali berhentikan mobil di parkir atau masuk ke mall atau tempat wisata, semuanya di caj dan caj nya lumayan jugak. Berasa la bila setiap kali masuk ke mana-mana kene bayar parkir walaupun berhenti cuma di tepi jalan untuk parkir.

8th Pitstop - Hotel Red Planet Palembang
Dah lewat petang dan kami belum makan tengahari lagi memandangkan masih kekenyangan pempek. Lebih kurang jam 5petang, kami check in di Red Planet Palembang. Agak jauh dari bandar rupanya. Red Planet ini dahulunya Tune Hotel Palembang. Patutla warna warna nya merah seperti warna Airasia dan bila anda membuat tempahan hotel melalui Airasiago, ianya akan mencadangkan Red Planet Palembang dahulu sekiranya anda "filter" mengikut harga termurah. Next time around, bolehlah menginap di Barong Hotel berhadapan Palembang Square Mall. Buka je pintu hotel, nampak mall. :))
Bilik hotel selesa untuk 2 orang. Ada tuala dan peralatan mandi. Tiada kerusi atau meja memandangkan biliknya sedikit kecil. Nasib baik ada tingkat. Sekurang-kurangnya, kering la baju sekiranya dijemur seharian di tingkap. hehehehe...

Selesai check in, solat dan rehat sekejap, kami keluar hotel dan mencari tempat makan untuk makan malam di sekitarnya.

9th pitstop - Makan Malam Jalanan
Makan malam kami di gerai tepi jalan. Walaupun gerai di tepi jalan, sedap jugak. Menu - satay daging 5 cucuk, satay ayam 5 cucuk, soto 2 mangkuk, nasi putih 2 pinggan. Kos keseluruhan Rp67k, dibahagi 2 = RM33.5k seorang. 


Alpokat kedua untuk hari pertama di Palembang :))
Selepas itu, kami singgah pula di cafe Sup Buntut untuk minum Alpokat. Kos berdua Rp30k /2 = Rp15k seorang untuk Alpokat. Alhamdulillah...malam ni kekenyangan. :))

Perjalanan seterusnya akan disambung pada hari kedua. Hari pertama ini, kami berehat sedikit awal. Esoknya perjalanan akan bermula jam 8 pagi sehinggalah ke lewat malam.