04 May 2016

Travellingbie: Ada Apa Dengan Pekanbaru

Sebelum ni, ada yang bertanyakan pada saya apa yang ada di Pekanbaru. Saya pun tak tahu sebenarnya :))

Destinasi kali ini, tiketnya murah sahaja. Dibeli semasa promosi, tiket pergi dan baliknya RM180.

Sebelum berangkat ke Pekanbaru, saya buat sedikit kajian seperti biasa yang saya lakukan sebelum musafir, mengenai Pekanbaru. Tidak banyak info mengenai destinasi ini. Info yang paling terkini saya baca dari blogger lain adalah entri tahun 2014. Selain dari Masjid An Nur, Pasar Bawah, Mall Pekanbaru, Ramayana, Taman taman kecil dan beberapa destinasi lain, tiada pantai atau gunung atau tempat tempat wisata yang menarik yang boleh dilawati. 

Day 1 - 29 April 2016 
Dari rumah ke ERL jam 815am, dah bajet bagus untuk masa, ada trafik jem pulak. Terus, saya detour ikut jalan Cheras Kajang. Tol RM1.80.
Tiba di ERL Putrajaya, tempat letak kereta pula penuh. Terpaksalah parking di tempat terbuka. Tawakkaltu 'alallah :)

Tiket ERL RM.9.50
Tiba di KLIA2 jam 940am, sahkan dokumen dan boarding. Penerbangan dari KL pada jam 1040am dan mengambil masa selama lebih kurang 55minit. Tiba di Bandara jam 1040 pagi. Masa di Pekanbaru lewat sejam dari Malaysia.

Setibanya di Bandara, selesai urusan imigresen, kami makan dahulu. Kos makan untuk 2 orang RP104K. Sekiranya anda ke Indonesia, jangan lepaskan peluang mencoba Jus Alpokat. Sedap banget! :))



Teksi ke Hotel Amaris = RP60K

Kos penginapan 2 malam di Hotel Amaris lebih kurang RP584,200 ribu. Namun sekiranya anda Ingin lebih jimat, boleh sahaja walkin hotel yang berhampiran yang banyak di kawasan Mall Pekanbaru dan Ramayana. Cumanya di dalam Trivago, hanya beberapa hotel sahaja yang tertera dengan harga yang agak berpatutan. Hotel hotel sekitarnya Mungkin juga tidak berdaftar secara online. Jika anda mahu lebih jimat, hotel hotel sekitarnya menawarkan harga yang lebih kompetitif dari RP150k semalam. Lebih murah kan.

Check in hotel dahulu, dan Solat zohor sebelum memulakan aktiviti kami. Di luar bilik, cuaca mulai mendung dan tidak lama selepas itu, hujan yang sangat lebat turun selama hampir 2 jam. Hmmm..rosak program. Kami menunggu hampir 1 jam untuk teksi datang ke hotel. Rancangan kami Ingin menonton AADC2 di Plaza Ciputra, harap harapnya tercapai. 

Lebih kurang sejam menunggu hujan teduh dan teksi, akhirnya teksi kami sampai. Jarak ke Plaza Ciputra tidak sampai 2km dari hotel, tetapi memandangkan selepas hujan yang lebat luar biasa, banjir kilat di mana mana. Daripada melalui jalan besar ke jalan tikus kami lalui. Dari kawasan perumahan, ruko = rumah kedai sehinggalah ke kawasan kampung kampung hampir semua jalannya banjir. Akhirnya selepas hampir 1 jam teksi mencari cari jalan untuk ke Plaza, kami mengambil keputusan untuk ke bioskop yang lain,yang kurang macetnya. Ahaaaa. Ada hikmahnya tu, dapat jugak melihat kehidupan lokal ketikamana banjir. Total damage bagi kadar teksi = RP100 ribu.


Akhirnya kami ke Plaza Citra. Nasib baik ada AADC2. Kos tiket RP30 ribu seorang. Di Plaza Citra ada la jugak kalau nak shopping di gedung Matahari. Baju blouse, kemeja dan baju budak-budak memang murah di situ, apatah lagi ada diskon sehingga 70%.

Selesai menonton AADC2, kami kembali ke hotel menaiki teksi = Rp30k

Makan malam di Pitek Lanang, restoran berdekatan dengan hotel memandangkan sudah lewat malam dan dihidangkan juga dengan nyanyian dari band lokal dan kareoke dari pengunjung.



Day 2 - 30 April 2016
Breakfast di Hotel dengan minum paginya agak pelbagai, selepas itu kami melawat Masjid An-Nur yang berada di belakang hotel. Hanya lebih kurang 100meter dari hotel.
Memandangkan hari sabtu merupakan hari cuti bagi yang bekerja di kantor kerajaan, ramai juga yang beriadah di sekitar perkarangan masjid. Diluar masjid pula terdapat car boot sale yang mana barangannya lebih murah berbanding di mall. Kalau dah namanya perempuan tu, di mana-mana, ade je yang dibeli. Saya pula membeli dan mencuba rempeyek lokal. 2 bungkus hanya Rp25k sahaja :)



Jam 930am kami menaiki teksi ke Martha Thilaar untuk mencoba nasib kerna kebiasaannya hari hujung minggu SPA biasanya penuh. Kami bernasib baik, tiba di sana seawal jam 10 pagi dan masih ada kekosongan. "A day SPA at Martha Tilaar" hampir sepanjang hari.

Rasanya berbaloi-baloi kami ke sana. Pakej Day Spa disediakan sekali dengan makan tengahari. Di sebelah petangnya selepas selesai, kami ke Zoya di bangunan bersebelahan dan seterusnya menaiki teksi ke Mall Pekanbaru. Kadar teksi = Rp10k. Ramayana sudah tutup sekitar jam 6 petang. Tak sempat la nak cuci mata di sana. Di Mall Pekanbaru, tiada apa-apa yang menarik selain dari Mall biasa sahaja. Menjelang malam, kami berjalan kaki ke hotel. Dari Mall Pekanbaru ke hotel hanya sekitar tidak sampai 1km.

Malam ini tema nya "Street Food". Kami mencoba makan di jalanan. Kemudiannya, singgah dahulu di Kedai Bakery Van Hollano untuk membeli buah tangan untuk di bawa ke Malaysia, singgah makan di warung tepian jalan. Roti bakar dan jahe menjadi santapan malam kami. Roti bakar Rp15k, Jahe Rp11k. Jalan lagi ke hadapan, kami berjumpa dengan sebuah lagi kedai yang dipenuhi dengan pelanggan. "hmmm..ini mesti sedap ni...". Kami mencoba martabak dengan kos Rp17k. Jalan-jalan santai kami pada hari ini berakhir sedikit awal. 




Day 3 - 1 Mei 2016
Selamat Hari Pekerja
Selepas sarapan di hotel, kami jalan jalan sekitar Masjid An-Nur. Ada jualan jualan di luar masjid. Di perkarangan masjid ramai yang beriadah tua dan muda, seorang beramai atau berkeluarga.


Kami mencuci cuci mata dan ada juga hasilnya di sini dari belian di car boot sale tersebut. Makanan pun lumayan sedap dan murah. Satay tahu bakar 1 cucuk = Rp1 ribu. Makan lontong dan gado gado sekitar Rp19k.

Sekitar jam 930 pagi waktu tempatan, kami menaiki teksi ke Bandara = Rp45k

Selesai jelajah yang tak seberapa di sini. Alhamdulillah.

Kalau nak merasa suasana yang tidak serabut, datanglah ke sini. Rilek Rilek, layback, tempat wisata ada tetapi kecil kecilan, kebanyakannya ke Padang, Bukittinggi dan tempat tempat lain. Tempat menghabiskan duit pun tidak banyak. Jarang nampak peminta sedekah. Orang nya di sini boleh dikatakan hidup senang, keretanya besar besar, makanan nya sedap dan di Indonesia, makanannya sentiasa sedap, tak tau la kenapa, jalannya kurang macet kecuali hari hujan. Tiada pantai di sini, sungai je yang ada. Hutan besar besar pun tiada. Yang ada hanya ladang kelapa sawit dan getah. Fesyen di sini, sedikit ketinggalan dari Jakarta atau Bandung. 

Mode of transport adalah teksi. Angkutan kota dan bas memang ada tetapi tidak banyak. Dari 1 tempat ke satu tempat, kami menaiki teksi dan juga berjalan kaki. Kami tak sempat ke Pasar Bawah dan tak sempat juga shopping nya . Memang tujuannya bukan untuk sopping. Tujuan tujuan utamanya sudah tercapai, melihat gaya kehidupan lokal, menempuh suasana banjir kilat di sana 1jam dalam teksi melalui jalan tikus jalan kampung jalan perumahan dll lagi, makan cara lokal, nonton AADC2 di bioskop dan day Spa di Martha Thilaar.

Kalau ada yang berhajat nak ke Pekanbaru untuk shopping, anda mungkin akan sedikit kecewa. Sekiranya anda Ingin melihat suasana kehidupan lokal di sini, anda akan mendapatkannya, belajar dan ambil pengajaran. Sekiranya anda Ingin mendapatkan Spa, Martha Thilaar menyediakan spa terbaik untuk anda dengan servis yang bagus, layanan tip top dari atas kepala sehinggalah ke hujung jari kaki

Jelajah menontoni kehidupan lokal InsyaAllah akan diteruskan ke destinasi yang lain pula. InsyaAllah Biiznillahw