31 March 2016

Bedah Buku: Bab 4 Lembaga Budi karya Buya Hamka ~ Sambungan

Hidup adalah untuk diuji

"Tujuan hidupmu hendaklah mencari keridhaan Allah atas dirimu...
Jangan meringankan dosa.
Tidak ada satu dosa pun yang ringan.
Jangan mendekat kepada orang pendengki, jangan sayang kepada orang yang durjana.
Jangan berhubungan dengan orang yang ingkar akan kebenaran.
Jangan membenarkan pembawa fitnah.
Jangan dijadikan orang fasik sebagai teman.
Jangan dipuji orang yang beramal kerana mencari pujian manusia.
Jangan menghinakan manusia.
Jangan dikatakan halal barang yang haram.
Jangan menunjukkan senang kepada orang yang suka bermain-main.
Jangan suka janji.
Jangan membanggakan diri.
Jangan perlihatkan kemarahan di wajahmu.
Jangan menyebut perkara yang masih diharap.
Jangan berjalan di atas muka bumi Allah dengan angkuh.
Jangan dibela orang yang salah.
Jangan berlebih lebihan menuntut akhirat.
Banyaklah memberi maaf.
Banyaklah bersedeqah. 
Tidak ada suatu bahaya yang akan menimpa rakyat dan negeri melebihi dari penyakit bakhil"

Berat pesanan ini. Bab 4 - Budi orang yang memegang pemerintahan. #Buku #LembagaBudi karya #Hamka

#muhasabahdiri #peringatanbuatdiri #selfreflection #selfreminder #Readings #LembagaBudi #KaryaHamka #Hamka

30 March 2016

Bedah Buku: Bab 4 Lembaga Budi karya Buya Hamka ~ Sambungan

Muhasabah diri di dalam Lembaga Budi karya Hamka

Bukan sahaja kepada pemimpin negara, kepada kita sendiri amatlah relevan di dalam menguruskan harta yang ada. Kepada suami / ayah / isteri yang menguruskan harta keluarga. Kepada ketua yang menguruskan harta syarikat dan pekerja di bawah jagaannya dan lain lain lagi
m/s 64 - #Nasihat kepada #wali / #pemimpin / pemegang amanah di dalam menguruskan #harta#negara. Sambungan dari pesanan seorang pemegang pemerintahan, Taher bin Husain kepada anaknya Abdullah.

Ketahuilah olehmu bahawasanya harta benda, apabila disimpan di dalam peti, berapa pun banyaknya, tidaklah akan bertambah. 

Tetapi kalau dipergunakan untuk memperbaiki nasib #rakyat, menghindarkan #sengsara yang akan menimpa dirinya, harta itu akan berkembangbiak, orang banyak akan bertambah#baik, #wilayah menjadi teratur, #hidup menjadi#sentosa, tercapai segala #kemakmuran dan#kemanfaatan

Oleh sebab itu menyimpan harta benda hendaklah dengan membagi-baginya untuk keperluan #umumatau untuk memperbesarkan #syiar #Islam dan pemeluknya.

Besarkan #hak dan hendaklah #insaf bahawa harta yang lebih kekal ialah yang dinafkahkan pada jalan#Allah dan jalan kepatutan harta itu sendiri. 

Hendaklah engkau perhatikan orang-orang yang patut disyukuri dan diberi ganjaran atas jasa-jasa yang diperbuatnya.

#Bersyukurlah atas #nikmat yang diberikan-Nya, sebab #syukur pada yang telah ada membawa datangnya tambahan yang berlipat ganda.

Salinan surat yang lengkap boleh dibaca pada Bab 4, buku Lembaga Budi karya Hamka.

Ekspresi: KISAH IMAM AHMAD, PENJUAL ROTI DAN ISTIGHFAR.

KISAH IMAM AHMAD, PENJUAL ROTI DAN ISTIGHFAR.

Suatu ketika Imam Ahmad bin Hanbal pergi bermusafir lalu apabila malam menjelma beliau singgah disebuah masjid dalam satu perkampungan bertujuan merehatkan badannya.

Namun penjaga masjid itu tidak mengenali Imam Ahmad. Penjaga masjid itu tidak membenarkan beliau berehat di masjid itu walaupun beberapa kali diminta dan dirayu oleh Imam Ahmad.

Imam Ahmad akur lalu beliau beredar dari masjid tersebut. Sampai di luar masjid Imam Ahmad bertembung dengan seorang penjual roti yg sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya.

Si penjual roti menegur Imam Ahmad dan mereka berbual seketika. Setelah mengetahui kisah Imam Ahmad tidak dibenarkan berehat di masjid, penjual roti itu lantas mengajak dan mempelawa Imam Ahmad untuk bermalam di rumahnya.

Sampai sahaja di rumah si penjual roti melayan Imam Ahmad selayaknya sebagai seorang tetamu. Dihidangnya makan dan minum dan berbual seketika tanpa dia mengetahui bahawa tetamunya itu seorang imam yg hebat iaitu Imam Ahmad bin Hanbal. Selepas itu si penjual roti menunjukkan tempat tidur utk Imam Ahmad berehat dan dia pun meminta diri kerana perlu menyiapkan rotinya yg akan dijual keesokan hari.

Imam Ahmad memerhatikan sahaja si penjual roti yg berhati mulia itu melaksanakan pekerjaannya dari awal hingga dia siap membakar rotinya. Suatu perkara yang menarik perhatian Imam Ahmad, sepanjang melakukan pekerjaan membuat roti itu si penjual roti tidak putus melafazkan istighfar di bibirnya. Sementara tangan si penjual roti ligat membuat kerja, bibirnya pula dibasahkan dengan istighfar tanpa henti dan tanpa jemu.

Lantas Imam Ahmad bertanya kepada si penjual roti:
"Aku melihat engkau melaksanakan pekerjaanmu sambil melafazkan istighfar tanpa henti. Apakah sudah lama engkau mengamalkan yang sedemikian? Apakah pula hasilnya yg engkau dapat?"

Jawab si penjual roti:
"Itulah amalanku (istighfar) telah sekian lama aku lakukan tanpa henti dan tanpa jemu."

"Dan faedah yg aku dapati daripada amalanku itu, tiada satu pun doa yg aku pohon kepada Allah melainkan akan diperkenankan oleh-NYA. Melainkan satu sahaja hajat dan doaku yg masih belum Allah berikan."

"Apakah hajatmu yg belum diperkenankan Allah itu?" tanya Imam Ahmad lagi.

Jawab si penjual roti:
"Aku sangat berhajat utk bertemu dengan imam yg hebat di zaman ini iaitu Imam Ahmad bin Hanbal."

Terkejut dan terkedu Imam Ahmad mendengar jawapan si penjual roti. Lantas beliau berkata: 
"Rupanya ini semua perancangan Allah yg sgt hebat. Saya tidak dibenarkan berehat di masjid kerana untuk datang ke sini demi memenuhi doa dan permintaanmu."

"Apakah maksudmu wahai tetamu aku muliakan?" tanya si penjual roti dgn penuh kehairanan.

"Akulah Imam Ahmad bin Hanbal yg kau doa dan pohon pada Allah utk bertemu." jawab Imam Ahmad dengan linangan air mata.

Subhanallah...

Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud:

"Barangsiapa memperbanyak istighfar (mohon ampun kepada Allah), nescaya Allah menjadikan baginya pada setiap kesedihannya jalan keluar dan pada setiap kesempitan ada kelapangan dan Allah akan memberinya rezeki (yang halal) dari arah yang tiada disangka-sangka.” 

(HR. Ahmad, Abu Dawud, dan Ibnu Majah)

Bedah Buku: Bab 4 Budi Orang Yang Memegang Pemerintahan karya Buya Hamka - saranan menyempurnakan Solat bagi Pemimpin

#LembagaBudi sambungan Bab 4 - Budi Orang Yang Memegang Pemerintahan 

Yang utama sekali dan yang mula2 engkau perhatikan hendaknya, atau yang menjadi pusat hubungan dari segala pekerjaan yang akan engkau kerjakan ialah mendekati Allah.

Kerjakan Solat lima waktu dan hidupkan berjama'ah, supaya rakyatmu mengikuti di belakangmu dengan patuh. Bukan Solat itu sahaja, malahan segala sunah2nya dan tertibnya harus engkau perhatikan. Jadilah imam, baca al-Quran dengan fasih, sempurnakan rukuk, sujudmu dan tasyahudmu. Hadapkan kepada Allah segala niat dan penglihatanmu. Engkau ketika itu, laksana membawa jamaahmu menghadap hadhirat Allah, dan engkau sendiri mengepalai angkatan itu.

Solat itulah yang diutamakan lebih dahulu di dalam memegang pemerintahan. 

Kalau engkau menghadapi perkara amat sulit, mohonlah pertolongan kepada Allah dan beristikharahlah.

Hormatilah orang yang alim dalam agama, muliakanlah kitab Allah dan amalkan isinya. Sesungguhnya, perhiasan yang paling utama bagi Si pemegang kekuasaan ialah paham akan agama, menuntut rahasianya dan mengajak orang lain pula mengetahuinya, setelah itu mendekatkan diri kepada Allah. Itulah dia umat dari kebaikan

Ahhh...beratnya bebanan ditanggung seorang pemimpin, namun ramainya yang berebut-rebut mahu memegang kuasa yang amat sedikit itu jika dibandingkan dengan kekuasaan Allah swt. Pemimpin, jagalah Solat. Peringatan buat diri jua, Jagalah Solat...InsyaAllah Allah swt akan menjaga kita.

Allahu ta'ala a'lam

Bedah Buku: Bab 4 Budi Orang Yang Memegang Pemerintahan karya Buya Hamka

Budi Orang Yang Memegang Pemerintahan - semakin membacanya, semakin takut untuk memegang sesuatu kuasa atau pangkat. Setiap bait pesanan pada setiap perenggan menggerunkan dan menggetarkan perasaan.

Bacalah intipati bab 4 ini - salinan surat seorang pemegang Pemerintahan iaitu Taher bin Husain, pahlawan perang dan pemerintahan yang amat masyhur di zaman Khalifah al-Makmun, kepada anaknya Abdullah supaya dia menjadi wali negeri di Riqqah dan Mesir.

Surat tersebut bersifat peribadi dari seorang ayah kepada anaknya tentang memerintah, namun kita dapat juga mengambil faedah daripadanya baik raja, menteri, orang tertinggi, rakyat biasa, kaya raya atau miskin.

Seruan pertama kepada anaknya yang bakal menjadi wali atau ketua, adalah "Hendaklah engkau taqwa kepada Allah yang Maha Esa dan Maha Kuasa, tiada syarikat bagi-Nya. Hendaklah engkau takut kepada-Nya anakku dan hendaklah engkau muraqabah kepada-Nya dan singkirkan segala yang menyebabkan murka-Nya. Peliharakan olehmu rakyatmu siang dan malam...."

Itulah pesanan pertama seorang ayah kepada anaknya - taqwa kepada Allah dan seterusnya memelihara rakyat yang akan berada di bawah jagaannya...kerana kelak dia akan kembali kepada Allah, akan berdiri di hadapan-Nya dan akan ditanyakan segala tingkah laku yang dikerjakan...

Tanggungjawab seorang yang bernama pemimpin itu berat, seumpama menanggung bongkah gunung paling tinggi di dunia. Itupun belum tentu lagi dapat ditanggung.

Namun, lucunya manusia kerna berebut-rebut dengan jawatan, pangkat yang tinggi sehinggakan tanpa malu bertanya2 Bila lagi mahu dinaikkan pangkat, ada juga yang sanggup menjatuhkan orang lain. Selepas mendapat jawatan yang diidamkan, berbangga bangga pula dengan jawatan tersebut seolah olah mendapatnya dengan usahanya sendiri, sedangkan semua perencanaan itu tidak akan berlaku jika tidak dengan keizinan Allah swt. Manusia tidak akan mempunyai nilai apa apa jika bukan dengan kehendak-Nya. 

Lucu juga bila seorang lelaki dengan bangganya mencapai status suami, walhal Tanggungjawab seorang pemimpin bernama suami itu sangatlah berat, bukan hanya hebat memberi nafkah batin kepada isterinya, tetapi juga hebat di dalam menyantuni isteri dan anak2nya, memberi nafkah fizikal memenuhi keperluan keluarga, menjadi imam di dalam setiap Solat bersama keluarga, berlemah lembut di dalam pergaulan, berhemah di dalam menegur kesalahan isterinya, menutup aib dan menjaga maruah keluarganya. Namun, sayangnya tujuan hidup berkeluarga mengikut sunnah sering diabaikan. Jadilah keluarga tersebut mempunyai pemimpin yang cacat dan rosak jiwanya sekaligus mencacatkan perkembangan jiwa dan iman keluarganya.

Bedah Buku : Perihal Istiqamah di dalam Lembaga Budi karya Buya Hamka


"Istiqamah", jalan lurus dan tetap, tidak membengkok, menyimpang ke kiri dan ke kanan, adalah satu perjalanan yang sulit. 
Oleh kerana jalan tengah sangat sulit ditempuh, niscaya orang yang mendapat jalan lurus dan tengah (Shiraathal Mustaqim) itu di dunia, wajiblah berusaha berjalan di atas jalan lurus itu. Namun, jarang yang terlepas dari ujian angin badai itu. Sedikit saja hati tercondong, payahlah melepaskan diri.

Meskipun demikian, seorang insan wajib selalu berusaha, sekurang-kurangnya mendekati Istiqamah.

Sentiasa ingat akan tujuan hidup manusia yang sebenar. Allah swt berfirman: "Tidaklah Aku jadikan Jin dan manusia, melainkan untuk mengabdi kepada-Ku." (Qs Adz-Dzaariyaat 51:56)

Bedah Buku : Perihal Sombong di dalam Lembaga Budi karya Buya Hamka

Ketahuilah oleh mu bahwa melatih seorang manusia adalah lebih sukar dari melatih singa. Singa apabila telah masuk ke dalam kandang, lepaslah kita dari bahaya. Tetapi manusia, walaupun dipenjarakan, tidak juga hilang bahayanya.

Kesombongan adalah dahan dari ujub, takabbur, megah, bangga dan mengangkat diri lebih dari ukuran sebenar. Kerapkali kesombongan itu lekas terbayang kepada sikap orangnya.

Orang yang merasa sombong kerna ilmunya, membesar besarkan diri dihadapan orang lain. Orang yang sombong lantaran kerjanya, mengangkat angkat diri dan pongah. Orang yang sombong di atas kebijaksanaannya, memandang orang lain tidak secerdas fikirannya. Orang yg sombong dengan dirinya sendiri, menjadi suka membangga diri. Orang yg sombong kerna pangkat dan kedudukan, menjadi takabbur dan mengangkat diri, tidak mau peduli kepada orang kecil.

Bedah Buku: Pengenalan dan sehingga Bab 3 - Lembaga Budi Karya Buya Hamka

Sneak peak - Lembaga Budi karya Buya Hamka

Diribut runduklah padi
Dicupak Datuk Temenggung
Hidup kalau tidak berbudi
Datuk Tegak ke mari canggung

Tegak rumah karena sandi
Runtuh budi rumah binasa
Sendi bangsa ialah budi
Runtuh budi runtuhlah bangsa

Budi Al-Quran itulah yang telah menimbulkan suatu umat yang besar, yang telah berkumandang suaranya di bawah kolong langit ini, ke Timur, ke Barat, ke Utara dan ke Selatan, menegakkan suatu negara dan suatu peradaban yang diakui sebagai rantai emas yang gilang gemilang di dalam tarikh peri kemanusiaan.

Buku ini dimulai dengan chapter "Budi yang Mulia" - Manusia itu bilamana bergerak, maka gerak dan geriknya itu timbul dari dalam, bukan datang dari luar....
Setiap perenggan setiap muka surat sangat benar dan mendalam untuk dihadamkan. Malunya Bila terkena pada diri sendiri. Hidup diingatkan Jangan menongkat dagu mengangkat diri...

M/s 34
Kalau engkau berasa bangga lantaran telah banyak melakukan pahala, hendaklah dipikirkan pula bahwa engkau pun banyak berbuat dosa, engkau banyak lalai dan kekurangan. Bertambah engkau pikirkan itu, maka kelak kebajikan yang diperbuat belumlah seimbang dengan kesalahan dan dosa yang dilakukan. Entah-entah dosa lebih banyak dari pahala. Allahu Allahu Allahu 😢

Bagaimana mengenal kekurangan diri?
  1. Carilah seorang guru, pendidik yang berpandangan luas tentang ilmu jiwa dan mengerti cacat yang tersembunyi
  2. Carilah seorang sahabat karib yang jujur dan berpandangan luas, lagi beragama. Mintalah teman itu menunjuki kita, mana perangai atau perbuatan dan kelakuan kita yang buruk, baik lahir atau batin.
  3. Ketika Saiyidina Umar bin Khattab menjadi khalifah, beliau tidak segan-segan bertanya kepada orang yang dipercayainya apakah nampak kesalahan-kesalahannya.
  4. Orang yang lebih tinggi martabat akalnya, lebih rendahlah hatinya dan lebih banyak dia mengakui kekurangannya. Mereka lebih suka mendekati teman yang setia dan jujur, yang dapat menegur jika dia bersalah.
  5. Ambil faedah dari mulut musuh-musuh. Kerana apabila orang telah benci, dia lekas benar dapat melihat cacat orang yamg dibencinya.
  6. Bergaul dengan sesama manusia. Pergaulan adalah pendidikan sopan santun yang baik sekali.
Ditanyai orang Nabi Isa AlMasih as, "Siapakah yang mendidik tuan?"
Beliau menjawab, "Tidak ada guru yang mendidikku. Cuma aku lihat kebodohan orang yang bodoh menambah cacat dirinya, lalu aku jauhilah kejahilan itu."

M/s 53-55

Muhasabah diri : Ajaibnya Sedeqah

Kucing ini mendatangi saya dengan gayanya yang macho ketika kami sedang makan lewat malam di Food Market Paskal Hyper Square Bandung. Saya bagi lebihan makanan dan satay yang gemok dibelikan sahabat saya yang tidak habis dimakan memandangkan masing-masing sudah kekenyangan dan tidak sabar untuk balik ke 🏩 yang sangat dekat dengan 🍲 market ini.
Sepanjang berkelana, setiap hari ada sahaja peluang sedeqah yang Allah beri. Tidak kesah sama ada sedekah sembunyi atau terang-terangan. InsyaAllah, ada bahagian nanti untuk kita. Kalau tidak pun, Allah permudahkan perjalanan kita sepanjang musafir. Ternyata...ajaibnya sedeqah kadang-kadang Allah dzahirkan segera dalam musafir tersebut.

Ajaibnya sedeqah!
Alhamdulillah, perjalanan balik dipermudahkan. Beg yang sudah beranak pinak dan memerlukan Kg Tambahan juga dipermudahkan walaupun, paymentnya sangkut. Tiba di kaunter, Tambahan Kg sebanyak 25kg hanya perlu dibayar rm90 memandangkan status "payment pending" pada tiket. Makanya, tidak perlulah kami membayar harga bagasi yg mahal di kaunter. Setibanya di KLIA2, semuanya kami tidak di tahan di kaunter imigrasi dan beg-beg pula tidak di-scan. Lepas begitu sahaja. Selamat lagi $ sahabat2 saya.

Kadang-kadang kita tidak merasakan kemudahan yang Allah beri, adalah hasil natijah dari "small good deeds" yang kita lakukan tanpa sedar. Kita rasa kita bernasib baik - "we are just lucky". Selalu aja kita melihat kesusahan2 yang kita lalui sebagai tanda Allah tidak sayang sama kita dan mengabaikan kita, sedangkan sebenar-benarnya, kitalah yang sering mengabaikan Dia, Yang Maha Mencipta kita.

Jangan abaikan sedeqah walaupun, hanya mensedeqahkan Tenaga. Sedeqah itulah sebenarnya harta kita. Yang ada di tangan kita, belum pasti milik kita. Yang kita rasa kepunyaan kita itu, sesungguhnya kepunyaan Allah swt. Dia boleh mengambilnya bila-bila masa, anak2 suami atau isteri, rumah, harta2 kita, kemahsyuran, kekayaan, kesihatan, emas permata, pangkat, dan sebagainya yang kita rasa milik kita. Itu semuanya pinjaman dariNya. Jangan pula berharap sedeqah atau good deeds kita itu akan sentiasa dibalas baik kerna yang selalu mengharap itulah yang akan selalu kecewa, kecewa dengan manusia. Leave it to Allah. You will be the happiest person in this temporary 🌍 😊

Bedah Buku : Angkatan Baru karya Buya Hamka

Interesting reading on Hamka's book - Angkatan Baru

Karya Buya Hamka ini, menegur sikap pemuda pemudi yang berpelajaran tinggi yang tidak pantas mengerjakan pekerjaan kasar seperti bertani, berladang, atau berdagang keliling. Hanya mahu bekerja senang dengan gaji yang tinggi kerna merasakan diri lebih pandai dari yang tidak berkesempatan untuk belajar tinggi.

Ini Karya berapa puluhan tahun yang dulu dan ianya masih relevan di zaman sekarang. Pemuda pemudi zaman sekarang ada yang berperangai sebegitu, begitu mengagungkan sijil yamg didapat, kerja picisan tidak dimau, kerja buruh apatah lagi. Mahu kerja di pejabat yang dingin dengan beban kerja yang senang. Diberi kerja susah nya tidak begitu susah, sudah menarik muka masam dan mengatakan boss nya pembuli. Aduhaiiii...belajar susah itulah kehidupan, belajar utk bekerja yang tidak senang, akan menjadikan anda seorang yang tahu diuntung, tidak lupa daratan dan tahu erti merendah diri, bukan menongkat langit bangga dengan jawatan dan darjat yang tidak seberapa tinggi.

Bacalah buku ini. Nipis sahaja, namun sangat pedih bagi yang terkena.
"Heran benar perangai lelaki. Mereka tidak mau isterinya bodoh, tetapi terlalu pintar mereka tak mau pula. Mereka menyukai isteri yang sama-sama sudi mendaki bukit dan menuruni lembah, yang suaranya tak lebih tinggi dari suara suaminya. Tiap-tiap mereka mengakui bahwa Shamsiar bunga yang mekar, cantik jelita, indah rupawan. Namun, coba tanyakan kepada mereka, sukakah mereka menikah dengannya, mereka menjawab hendak berpikir dahulu"~Angkatan Baru, Buya Hamka

‪#‎booklovers‬ ‪#‎karyabuyahamka‬ ‪#‎hamka‬ ‪#‎weekendactivities‬ ‪#‎reading‬
‪#‎bedahbuku‬ ‪#‎angkatanbaru‬ ‪#‎karyabuyahamka‬ ‪#‎hamka‬ ‪#‎booklovers‬ #📖

06 March 2016

Review: Boboiboy The Movie



Boboiboy the movie - TERBAEK!
Penuh aksi, menghiburkan, mesej yang jelas, persahabatan yang pelbagai yang mewarnai kehidupan, semangat setiakawan, menggalakkan keharmonian, gaya penceritaan yang selamba & budak-budak senang nak faham, mesej disampaikan = yang baik akan sentiasa memang walaupun kejahatan semakin menguasai perlawanan. Banyak lagi mesej-mesej dan pengajaran yang boleh ditunjukkan di dalam movie ini.

Cerita kali ini mengisahkan mengenai boboiboy dan kawan-kawannya menentang pasukan alien jahat menamakan diri mereka "The Tengkotak" yang datang ke bumi mencari Kelamkabot untuk mencuri kekuasaan sebuah sfera kuasa (Bola Kekuatan). Mereka berusaha menghalang Tengkotak dari mendapatkan kuasa tersebut sehingga berlakulah pengorbanan yang besar yang terpaksa dilakukan demi sebuah persahabatan dan demi menyelamatkan galaksi.

Cerita ini penuh aksi, tak lekang dengan kelucuan terutama sekali skrip dan dialog oleh Mr Papa, ditambah pula dengan cinematografi yang sangat cantik dan teliti, walaupun hanya animasi.

Bawalah anak-anak anda, anak-anak saudara anda, dan anda sendiri menonton BoboiBoy The Movie ini. Berbaloi-baloi dan menghiburkan. Anda pasti tidak menyesal.

Saya beri ****** bintang untuk movie ini.
Tahniah Malaysia :)


BOBOIBOY: THE MOVIE
3D Animated Feature Film 90 Minutes
Target Release Date: 3 Mac 2016
Rating: U
Produced by: Animonsta Studios
Genre: Superhero, Action, Adventure, Sci-Fiction,
Time: 90 min / 1:30
Age: 7 – 12
Language: Bahasa Malaysia

Directed by: Nizam Razak Written by: Nizam Razak
Starring: Nur Fathiah bt Diaz Nur Sarah Alisya
Dzubir b Mohd Zakaria Yap Ee Jean
Mohd Fathi b Diaz Anas Abdul Aziz
Wong Wai Kay

01 March 2016

Travellingbie : Review Jaulah Singkat di Jakarta (2H1M)

Ingat lagi Poster ini? 

Poster inilah ajakan saya kepada kawan-kawan saya untuk ikut serta di dalam memeriahkan Pesta Buku Islamik Jakarta di Istora Senayan Bung Karno, Stadium Jakarta. Namun, tiada yang berminat pada awalnya. Ada juga yang berminat untuk turut serta, namun "clash" dengan program yang lain. Saya pun pada awalnya ikut serta dalam jaulah yang "Tiket Murah"anjurkan ini, namun tarikh mereka ke sana "clash" dengan tarikh saya balik ke kampung. Saya nekad untuk teruskan dengan tarikh yang saya boleh pergi dan melawat pesta buku tersebut dan saya hanya perlukan seorang sahaja, sekurang-kurangnya untuk bersama-sama saya. Belum yakin lagi untuk jaulah seorang diri di negara orang, lagipun ianya bukanlah saranan agama untuk jaulah dan musafir seorang bagi Muslimah :))

2 minggu lagi nak ke sana, tiada yang respon. Beberapa hari selepas itu, mybestbuddy tanya, ada tak yang nak pegi. Saya kata takde lagi dan mungkin tak berminat kot. Makanya, dia mengoffer diri untuk pergi bersama saya. Apalagi, tiket terus dicari dan kami bernasib baik kerana tiket penerbangan pergi balik tidak sampai RM300. Biasanya tiket penerbangan KL-Jakarta sedikit mahal, namun kami bernasib baik mendapat tiket yang berpatutan harganya. Mungkin juga Allah swt mendengar doa-doa saya. Alhamdulillah :))

Semua urusan saya uruskan memandangkan mybestbuddy sedang sibuk mendaftar menjadi pelajar :)). Dari urusan tiket, hotel dan sedikit kajian perjalanan selama 2 hari, semuanya dilakukan di dalam masa yang singkat. Hotel pula saya cari yang berdekatan dengan Thamrin City memandangkan akses lebih mudah terutama sekali kawasan tersebut merupakan kawasan yang sentiasa sibuk, kawasan shopping dan terdapat mall yang besar seperti Grand Indonesia dan Plaza Indonesia. Dan yang penting sekali, Magnum Cafe amat dekat sekali untuk kami ke sana. :))

Makanya, misi dan tujuan utama ke Jakarta kali ini adalah = mencari buku-buku dan menikmati menu di Magnum cafe dan membawa bestbuddy saya yang pertama kalinya datang ke Jakarta untuk merasai pengalaman kesesakan lalu lintas, keenakan menu di Magnum cafe, dan yang penting sekali, mencari buku-buku yang diperlukan bagi pembelajaran beliau.

Kos kami bermula dengan tiket penerbangan pergi dan balik + penginapan hotel 2h1m di Reddoorz Near Grand Indonesia + Bagasi 20kg dikongsi 2 orang (dengan harapan kami tidak shopping beriya dan tidak lupa daratan apabila berada di dewan pameran buku-buku tersebut) :))

 Kalau dibahagi 2 orang nie, jumlah untuk tiket dan penginapan hanya = RM357.74

Tengok pula kos pengangkutan kami di sana

Jumlah keseluruhan kos untuk Tiket Penerbangan Pergi dan Balik + Hotel + Bagasi 20kg + Pengangkutan di Jakarta bagi 1 orang = RM422.54

Kos buku-buku yang saya beli tidak sampai Rp1 juta. Kalau beli di Malaysia, mungkin juga lebih RM500.00. Sebelumnya saya ke Jakarta, ada juga meng-offerkan diri untuk menjadi personal shopper. Mungkin kawan-kawan yang lain tidak dapat imagine buku-buku yang akan dijual di Pesta Buku tersebut, ada juga yang terlepas pandang. Kalau yang memang booklover, InsyaAllah mereka akan tahu buku apa yang hendak dibeli. Sebab itulah saya ke Pesta Buku ini, kerna saya tahu, buku-buku terbitan baru biasanya akan dijual terlebih dahulu di sini berbanding di Malaysia. Memang berbaloi dan tidak akan menyesal, sekiranya anda ke sini. Yang tak ikut, ada yang menyesal pulal. Bila dah offer tak nak join pulak. hehehehe...InsyaAllah ada rezeki tahun depan, kita pegi sama-sama. Tapi perlu diingatkan, jaulah saya merupakan jaulah bajet. Tak boleh nak expect duduk hotel mewah atau selesa, mode of transport pun naik bas, bajai, ojek dan mana-mana pengangkutan awam melainkan anda sanggup membayar mahal untuk penginapan dan transport.


Kos makan minum terpulang kepada preference masing-masing. Kalau nak makan mewah, sediakan lebih banyak RP nya dan kalau nak shopping, sediakan lagi banyak RP nya.
Jaulah tak semestinya mahal, anda pandai mencari peluang, rajin mencari tiket murah, rajin buat kajian - Jaulah anda lebih menguntungkan dari mengambil pakej :)