27 January 2016

Kenyataan Tabung Haji Mengenai Deposit dan Dividen Penyimpan

Hadits Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu, yang menjelaskan salah satu tanda hari Kiamat adalah apabila amanah telah disia-siakan, ia berkata:

بَيْنَمَا النَّـبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي مَجْلِسٍ يُحَدِّثُ القَوْمَ، جَاءَهُ أَعْرَابِيٌّ، فَقَالَ: مَتَى السَّاعَةُ؟ فَمَضَى رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُحَدِّثُ، فَقَالَ بَعْضُ القَوْمِ: سَمِعَ مَا قَالَ فَكَرِهَ مَا قَالَ، وَقَالَ بَعْضُهُمْ: بَلْ لَمْ يَسْمَعْ، حَتَّى إِذَا قَضَى حَدِيْـثَهُ، قَالَ: أَيْنَ -أُرَاهُ- السَّائِلُ عَنِ السَّاعَةِ؟ ، قَالَ: هَا أَنَا يَا رَسُوْلَ اللهِ، قَالَ: فَإِذَا ضُـيِّعَتِ الأَمَانَـةُ، فَانْـتَظِرِ السَّاعَةَ ، قَالَ: كَيْفَ إِضَاعَتُهَا؟ قَالَ: إِذَا وُسِّدَ الأَمْرُ إِلَى غَيْرِ أَهْلِهِ، فَانْـتَظِرِ السَّاعَةَ .

"Tatkala Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam berada dalam sebuah majlis (dan) berbicara dengan sekelompok orang, datanglah kepadanya seorang sahabat (dari sebuah perkampungan) dan berkata, “Bilakah hari kiamat?”. Namun Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam tetap melanjutkan pembicaraannya, maka sebagian orang ada yang berkata, “Ia (Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam ) mendengar ucapannya, namun ia tidak menyukainya”. Dan sebagian yang lain berkata: “Bahkan beliau tidak mendengarnya,” hingga akhirnya Rasulullah selesai dari pembicaraannya, dan beliau pun bersabda, “Mana orang yang (tadi) bertanya?” Orang itu berkata,"Inilah saya, wahai Rasulullah.” Rasulullah bersabda,"Apabila amanah telah disia-siakan, maka tunggulah hari kiamat!” Orang itu kembali bertanya,"Bagaimanakah menyia-nyiakan amanah itu?" Rasulullah bersabda,"Apabila suatu perkara diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah hari kiamat!"


SIMPANAN DI TABUNG HAJI SELAMAT 

KUALA LUMPUR, 26 Januari 2016 – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini memberi jaminan kepada para pendepositnya bahawa simpanan mereka di TH adalah selamat. 

TH telah menjadi sasaran pelbagai spekulasi di dalam laman-laman sosial dan blog sejak beberapa hari ini mengenai tarikh pembayaran Bonus Pendeposit TH 2015 dan surat Bank Negara Malaysia (BNM) . 

Seperti yang telah dinyatakan oleh TH, tarikh pengumuman dan pembayaran Bonus TH adalah kebiasaannya pada suku pertama setiap tahun (Jan – Mac). TH ingin memberi jaminan bahawa tidak terdapat sebarang kelewatan dalam mengumumkan bonus kepada para pendeposit. Sebelum pengumuman dibuat, TH perlu mengambil kira keadaan ekonomi semasa, memastikan semua proses auditan dilalui dan kelulusan dalaman diperolehi sebagai sebahagian daripada proses urus tadbir yang baik. 

Tahun 2015 adalah mencabar dan hasil daripada Strategi Alokasi Aset dan Pengurusan Risikonya, ia telah dapat menjana pulangan pendapatan yang baik. Walaubagaimanapun, TH juga perlu membuat persediaan yang rapi untuk menghadapi cabaran ekonomi 2016 dan masa hadapan agar ia lebih berdaya saing untuk menghadapi situasi tersebut. Oleh yang demikian dalam menetapkan kadar bonus TH mesti mengambil kira keadaan ekonomi semasa 2 termasuk pasaran saham, harga minyak dan kadar pertukaran matawang yang akan memberi kesan kepada ekonomi negara. 

Prestasi kewangan TH berada dalam keadaan baik disokong oleh aset-asetnya yang kukuh termasuk peratusan mudah tunai yang tinggi. Contohnya, aset tunai sahaja pada 31 Disember 2015 adalah sebanyak RM10.7 bilion. Di samping itu, pendeposit tidak perlu risau kerana simpanan mereka di TH dijamin oleh Kerajaan, sebagaimana yang termaktub dalam Akta Tabung Haji. TH juga tidak pernah lari dari tujuan asal penubuhannya dalam membantu umat Islam di Malaysia menunaikan Rukun Islam ke-5. 

Merujuk kepada surat BNM yang menyatakan nilai aset TH lebih rendah dari liabiliti, lebih-lebih lagi dalam situasi ekonomi yang mencabar dan kelembapan pasaran saham. Untuk mengukuhkan kedudukan TH, BNM memberi cadangan agar mengkaji semula polisi rizab TH. Sebagai sebuah institusi kewangan Islam berkaitan kerajaan, TH sentiasa bekerjasama dengan semua pihak bagi memastikan langkah dan keperluan risiko dipatuhi. TH mengambil maklum saranan BNM untuk mengkaji semula polisi rizabnya sebagai langkah penambahbaikan dan pengukuhan yang berterusan. 

Untuk makluman pendeposit, nilai aset TH mestilah mengambil kira keseluruhan nilai saksama potfolio pelaburan TH. Ini adalah kerana nilai aset yang dinyatakan tidak mengambil kira potfolio pelaburan seperti saham anak-anak syarikat atau syarikat bersekutu, serta aset perladangan dan hartanah yang diduduki TH. 3 Sepanjang tahun kewangan 2014 dan 2015, nilai keseluruhan aset TH adalah lebih tinggi daripada nilai liabiliti TH, dimana ia mengambil kira kesemua nilai saksama potfolio pelaburan TH. 

Ingin saya sarankan agar para pendeposit lebih berhati-hati dalam menilai sesuatu berita yang disebarkan melalui media sosial. Oleh yang demikian, saya ingin menegaskan bahawa TH tidak menghadapi masalah kewangan. TH juga tidak pernah lupa objektif penubuhannya dalam membantu rakyat Malaysia untuk menunaikan haji. 

Prestasi cemerlang TH serta pemberian subsidi haji dan bonus kepada pendeposit saban tahun membuktikan kedudukan kewangan TH adalah kukuh. Insyallah, TH akan mengumumkan bonus pada awal bulan Februari 2016 setelah melalui proses-proses dalaman dan auditan interim seperti lazimnya setiap tahun. 

Tan Sri Ismee Ismail 
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji
==============================================================
Mungkin kita boleh fikir sejenak sebelum mempercayai apa sahaja rumors atau khabar angin atau apa sahaja yang kita dengar, lihat dan yang telah disampaikan kepada kita. Situasi sebenarnya, hanya orang-orang yang terlibat sahaja yang mengetahuinya. Dan kita yang kebanyakannya mendepositkan wang untuk kita menunaikan Haji dan Umrah di dalam Tabung Haji seboleh-bolehnya mempercayai Institusi ini walaupun ada segelintir yang berperangai tidak seislamik namanya.

Kepada Allah SWT jualah kita berserah dan bersandarkan harapan.

Sekiranya manusia-manusia yang diamanahkan untuk menguruskan dana tersebut, menyeleweng dari jalan yang sebenarnya, hanya Allah SWT sahaja yang berkuasa membalas kekejaman dan salah laku mereka. Bagi yang menguruskan amanah ini, tanggungjawab anda sangat besar. Di dunia mungkin boleh terlepas, tapi di tempat pengadilan yang sebenar-benarnya, di mana anda hendak lari?

"Akan datang kepada manusia, tahun-tahun yang penuh tipu daya, di mana pendusta di percaya dan orang jujur didustakan, pengkhianat diberi amanah dan orang yang amanah dikhianati." HR. Al-Hakim

21 January 2016

IT Dilema

Bila orang tidak boleh nak bezakan antara keperluan dan kepentingan ICT, masalah ICT dan bukan ICT, jadilah seperti senario-senario lucu seperti di bawah:
  1. Seminar Teknologi yang memberi pendedahan teknologi terkini dan memberi pertambahan ilmu kepada kakitangan tidak diluluskan walaupun tiada kos bagi makan minum peserta.
  2. Teknologi termasuklah membetulkan microphone di bilik mesyuarat yang tidak berfungsi disebabkan punca kuasanya tidak di "switch on".
  3. Teknologi juga bermaksud memanggil orang IT bila komputer bermasalah tidak berfungsi dan didapati, cable longgar.
  4. Teknologi bererti sentiasa memastikan Internet berfungsi 24 jam supaya pengguna datang kerja pagi-pagi boleh menonton drama K-Pop, Bollywood di Youtube atau mana-mana media streaming.
  5. Teknologi juga diartikan bahawa pengguna mendapat komputer terbaru dan pencetak seorang satu di meja masing-masing walaupun sebenarnya komputer boleh dipakai sehingga rosak dan pencetak boleh dikongsi bagi menjimatkan kos operasi. Bila tak dapat pencetak seorang 1 unit dan terpaksa berkongsi dengan yang lain, hampir setiap hari "harrass" orang IT, padahal peruntukan kewangan di bawah kuasa orang lain. Akhirnya bagi statement kejam, "nak mintak printer baru, mintak la duit dekat kewangan. No money no talk. Sekarang ni, kene survive dengan sumber yang ada dan kongsi pencetak dengan yang lain".
  6. Orang IT kene sentiasa ada kelihatan di pejabat. Bila pencetak dan peralatan ICT ada masalah, senangla nak minta tolong. Senang la yang selalu buat kerja last minit untuk memastikan kerja-kerja yang memerlukan sentuhan magik seperti cetak laporan 5 minit sebelum mesyuarat bermula dapat dicetak dengan jayanya. Bukannya orang IT yang dapat kredit pun, yang cetak last minit tu la dapat pujian dari boss.
  7. IT IS ONLY A TOOL - memang benar-benar diaplikasikan. IT bukanlah satu keperluan penting di dalam kerja seharian. Tapi yang lucunya, dalam kehidupan seharian, telefon bimbit itulah umpama nyawa kedua. 
Nowadays, IT is a business. It's not only a tool. People are shopping online, buying movie tickets online, meeting online via video conferencing and others.

"The number one benefit of information technology is that it empowers people to do what they want to do. It lets people be creative. It lets people be productive. It lets people learn things they didn't think they could learn before, and so in a sense it is all about potential."~Steve Ballmer

15 January 2016

Travellingbie : KL - PADANG -BUKITTINGGI - MANINJAU - LUBANG JEPANG - PASAR ATAS - JAM GADANG - BANDARA

"Jangan takut jatuh karena yang tidak pernah memanjatlah yang tidak pernah jatuh,
Jangan takut gagal, karena yang tidak pernah gagallah yang tidak pernah melangkah,
Jangan takut salah, karna dengan kesalahan yang pertama kita dapat menambah pengetahuan baru dan cari Jalan yang benar pada langkah yang kedua"
~Hamka

Kali ini pula saya membawa kawan-kawan bersama ke Padang. Asal trip Padang Bukittinggi nie 2 orang sahaja. Bila diwar-warkan pada, ada juga yang berminat hendak turut serta dan akhirnya trip kali ini berjumlah 9 orang.

Tiket Promosi di beli pertengahan tahun lepas dengan kos RM160 pegi dan balik.
Kos Pakej Ground untuk 3h2m pula RM390 termasuk hotel, tour dan makan (D1 - LD, D2 - BLD dan D3 - B sahaja)

9 Januari 2016
Seawal jam 450 pagi saya keluar rumah untuk ke Putrajaya Sentral. Parking kereta di situ je sebab senang. Di tempat letak kereta bertemu 4 rakan yang lain. 4 rakan travel lagi telah menaiki tren yang sebelumnya.

540am kami menaiki tren yang ke-3 awal. Tiket ERL Putrajaya ke KLIA2 dah meningkat kosnya kepada RM8.50
6.10am tiba di KLIA2, kami terus ke kaunter Document Check untuk memastikan dokumen sah dan tiket kapal terbang yang betul.
630am kami masuk dan solat subuh dahulu dan seterusnya ke kaunter pemeriksaan serta berjalan sehinggalah le kaunter boarding.
750am - terbang ke Padang
8am tiba di Bandar waktu Padang. Di sini, masanya lambat sejam. Selepas pemeriksaan, kami keluar dan agen sudah menunggu di situ.

Agen sudah menunggu - Octa Viany. Panggil Vi
Foto shooting di hadapan airport Padang sebelum meneruskan perjalanan ke Bukit Tinggi.
On the way, aircond van rosak. Berhenti di Pertamina utk rehat sekejap, minum2 dan solat dhuha sekejap. Dalam hampir sejam, menunggu, van sampai selepas aircond dibaiki. Total damage = RP20k

Sepanjang perjalanan, tour guide kami menceritakan sejarah Minang 

Minangkabau - asal nama "kemenangan kerbau"
Padang ada 96 suku. Kawin tak boleh sama suku. Dikira sama keturunan dan moyang

Belajar sedikit bahasa Minang: tak tau la betul ke tidak atau tourguide kami bergurau sahaja.

Kelapa - karambia
Kelapa sudah jatuh - karambil

Kami melalui daerah Kiambang - dan terdapat kawasan 1000 pokok kelapa. Daerah tersebut dikenali sebagai Daerah 1000 pokok kelapa.

Pitstop seterusnya: 
  1. Air terjun Lembah Anai dan di situ kami foto shooting sekejap di sebelah air terjun. Hujan mula turun renyai-renyai.
  2. Kota Padang Panjang dikenali sebagai Kota Serambi Mekah
  3. Rumah Gadang  - dibina pada 8.8.1988 dibina oleh Datuk Temenggung. Rumah gadang dibina berbilik yang dihuni oleh 1 keluarga. Kalau ada 9 bilik, 8 bilik dihuni oleh 8 keluarga. Rumah gadang dibina untuk sukunya. Condong nan indak membawa rabak - "rumah gadang bercondong2 dan berpasak2 dan kuat. Tidak pernah roboh." Di rumah penerangan Minangkabau - kami memakai pakaian Minang rm10, gambar rp20k. Spend masa sejam atau lebih untuk foto shooting
  4. Selepas itu, makan di Rumah Pak Datuak - makanan Padang dan solat. Sedap jugak makanan di sini. Jus pokat hanya rp15k
  5. Selepas selesai semuanya, kami teruskan perjalanan ke Bukit Tinggi dan nantinya akan menyinggah2 ke kedai2 kain sulam. Singgah di kedai kain Putri Minang. Spend 3 batek,1 blouse terbeli dan 1 pelikat. Total damage belanja sendiri = RM150
  6. Singgah di kedai Linduang Bulan - beli telekong siti khadijah 1 pasang. Beli batek lemang untuk makcik 3 helai.
  7. Teruskan perjalanan ke hotel. Hotel kami di Hotel Benteng
  8. Check in dan rehat dulu sehingga maghrib sebelum keluar semula untuk makan malam di Restoran Gon Raya Lamo.  Menu nasi padang lagi. 2 kali laaa makan nasik hari nie :--))
10 Januari 2016 - Ahad
  1. Breakfast jam 7am. Nasi goreng, mee goreng dan telur. Roti bakar dan kopi. Suasana di cafe hotel, dingin dan nyaman.
  2. 8am - bergerak keluar utk aktiviti hari ini. Singgah dulu di kedai sulaman Annisa utk melihat2 kain2. Total damage = $0.00.
  3. Selepas itu singgah lagi di Linduang Bulan lagi untuk membeli-belah lagi telekong Siti Khadijah kiriman kawan-kawan. Total damage sendiri = RP0.00. Tapi habisla duit RP dan RM nya memandangkan yang mengirim belum lagi memasukkan uwang nya :--)). Hampir sejam jugak di dalam kedai tersebut. Telekung di Butik walaupun agak sedikit mahal, tetapi kualitinya tip top. Puas hati dengan kualiti, sebab itulah berani nak ambil order. Nasib baik luggage telah dibeli sebanyak 20kg.
  4. Selepas itu, kami ke Maninjau, kawasan berbukit bukau tempat ziarah pelancong untuk menikmati pemandangan. Perjalanan sepanjang ke tasik maninjau dan perkampungan hamka di lereng lereng bukit yang penuh dengan sawah padi menghijau. Melalui kelok-kelok sebanyak lebih 44 kelok. Kelok2 berbahaya inilah satu-satunya jalan untuk ke sana. Dan kami akan berpatah balik juga melalui jalan berkelok2 yang sama. Sediakan sahaja ubat pening sekiranya anda menghadapi kepeningan sepanjang perjalanan berikut. Perjalanannya agak panjang memandangkan kami mahu ke Muzium Kelahiran Buya Hamka di desa Maninjau. Akhirnya setelah mengelokkan diri selama lebih 2 jam, kami sampai di Rumah Kelahiran Buya Hamka. Di sana, kami bertemu dengan Pak Hmu hanif, anak buah Buya Hamka. Selama lebih 1 jam beliau bercerita mengenai kehidupan Buya Hamka yang sangat menarik. Usaha Buya Hamka meninggikan Syiar Islam, menentang Komunis dan berkelana untuk mencari Ilmu dan sebagainya amat mengesankan. Teringat saya dengan zaman anak-anak sekarang ini, ilmu di hadapan mata tetapi malas untuk mendapatkannnya. Begitu juga kita di zaman penuh ilmu ini, zamannya sahaja "Information Overload" tapi kita malas membaca dan malas belajar. Di Muzium ini - saya berjaya menangkap 4 buku. Total damage untuk buku = RM150.00
  5. Selepas mengucapkan "sehingga berjumpa lagi" InsyaAllah, kami berfoto shooting dahulu di hadapan muzium dan meneruskan perjalanan seterusnya. Memandangkan sudah tengahari, tourguide kami bermurah hati membelikan kami goreng pisang yang sangat besar dan sedap berharga RP1500 satu. Sama ada, kami yang lapar ataupun pisang goreng tersebut memang sedap sangat, habis semuanya dimakan oleh kami yang 9 orang ini :--))
  6. Seterunya perjalanan kami ke tempat makan. Perjalanan balik mengambil masa lebih kurang 2 jam. Lunch kami di Restoran Ayam Penyet memandangkan masing-masing sudah jemu makan nasi Padang. Ada yang sudah pening kepala memandangkan waktu makan tengahari yang agak lambat. :--))
  7. Selepas makan tengahari lebih kurang jam 3pm, kami meneruskan perjalanan ke Lubang jepun. Lubang Jepun ini ada ceritanya. Bayaran masuk sebenarnya FREE, tapi bayaran sebanyak RM5 dikenakan kepada guide yang membawa rombongan kami di dalam Lubang Jepun tersebut sambil bercerita mengenai sejarahnya. Total damage = RM5. Masa di habiskan hanya setengah jam sahaja memandangkan kami semua perlu ke Pasar Atas.
  8. Di Pasar Atas - kami meneruskan "shopping" masing-masing. Ada yang memborong kain sulam, ada yang membeli telekong dan sebagainya. Saya hanya membeli T-shirt sebagai cenderahati dan telekong kiriman. Total damage untuk sendiri dan souvenir = RM50. Jam 7 malam, kami sudah sedia di luar Jam Gadang menunggu van.
  9. Malam ni, makan malam kami Bakso di gerai sempoi. Masing-masing dah tak nak makan nasi. Makan bakso semangkok seorang. Masing-masing muka lega dapat makan yang panas-panas.
  10. Destinasi seterusnya - Elna cake and bakery - beli Bolen rp32500, Pia Bread rp1500 satu x 4 keping = rp40k
  11. Selepas itu, tourguide kami membelikan satay utk lewat makan malam. Nampaknya dinner kami malam ini = Bakso dan Satay sahaja memandangkan masing-masing dah tak mahu makan Nasi Padang
  12. Balik hotel sekitar jam 9 malam. Packing barang2. Solat n tidur.
11 Januari 2016
  1. Subuh di sini jam 430am - 530am
  2. Jam 7 pagi kami breakfast.
  3. 730am check out dan bertolak ke Bandara Padang.
  4. Jam 10am sampai di persimpangan Bandara...decide utk tidak ke Padang sebab ambik masa sejam pegi dan sejam balik. Takut tak sempat nak check in.
  5. Kami hanya singgah  ke Rumah Makan Lamun Ombak untuk minum jus pokat. Tapi tak ada. Ganti minum Jus Sirsak. Total damage = RP15k
  6. Di Bandara Minangkabau, checkin tiada masalah. Alhamdulillah. Masa nak masuk sebelum boarding, kami perlu membayar donasi sebanyak RP5k kepada Pemeritah Kab. Padang Pariaman. Tax dah tak ade, sekarang ni kene bayar donasi. Nasib baik RP5k sahaja memandangkan ade yang berbaki hanya RP2k. Mana2 yg tak cukup, nasib baik ade yang berbaik hati tolong bayarkan.
Perjalanan trip kali ini amat santai. Tiada rushing-rushing dan bukanlah secara backpacking walaupun trip kali ini trip bajet. Padang Bukittinggi Checked. List to visit - Rumah Kelahiran Buya Hamka = accomplished. Alhamdulillah :)

Kehidupan itu laksana lautan: ” Orang yang tiada berhati-hati dalam mengayuh perahu, memegang kemudi dan menjaga layar, maka karamlah ia digulung oleh ombak dan gelombang. Hilang di tengah samudera yang luas. Tiada akan tercapai olehnya tanah tepi”~Hamka

12 January 2016

Review : Apa Ada Dengan Dilwale

Memandangkan ramai yang telah memecah panggung melihat Dilwale dan memuji-muji filem tersebut dan saya tidak pasti sama ada pujian-pujian tersebut adalah kerana jalan ceritanya bagus, atau disebabkan comeback kajol dan shah rukh khan, atau scenery di dalam filemnya teramat canteq dan memegunkan atau disebabkan oleh 2 sebab yang terakhir...makanya saya luangkan masa saya yang terbatas untuk menonton filem ini dilayar.

Dilwale...
Siapa yang tidak terpegun dan jatuh cinta dengan kecantikan kajol, kecantikan wanita india sejati, dengan alis yang tebal, mata yang bulat dan tajam, bibir yang mungil...ditambah pula dengan lakonan yang bersahaja tetapi mengagumkan semua. Bagi perempuan, ramai yang berangan dan mengimpikan diri mereka seperti kajol...terletak cantik serba serbi semuanya, dengan muka yang semakin runcing, dengan badan yang semakin "slender", lebih cantik sekarang dari zaman beliau berlakon di dalam Dilwale Dulhania Le Jayenge. Percayalah, banyak yang perlu dilepaskan untuk mendapatkan canteq seperti itu.

Bagi yang lelaki pula, mulalah berangan mempunyai otot tangan dan tubuh yang tegap seperti shah rukh khan. Shah rukh khan dengan gayanya mendepa tangan seperti filem-filemnya yang lain, lakonannya sentiasa berkesan dan saya percaya ramai yang ingin menjadi seperti beliau.

Dan siapa pula yang tidak terpesona dengan lokasi penggambaran yang sangat-sangat awesome - penggambaran yang diadakan di Goa, Bulgaria dan Iceland sehingga menjadi lokasi-lokasi yang panas buat tahun 2016.

Namun, disebalik ke semua "selling point" tersebut bagi menarik penonton ke panggung, tiada apa yang luar biasa menarik dari cerita tersebut. Jalan cerita yang biasa-biasa sahaja dan cliche, di selang seli dengan jenaka lawak dari veteran lawak terkenal Bollywood, menjadikan filem itu seperti tiada peningkatan selain dari lokasi-lokasi yang menarik dan pelakon-pelakon yang hebat dengan gaya mereka.

Bagi fanatik kajol dan SRK, itulah filem yang ditunggu-tunggu.

Selepas muncul keluar dari cahaya matahari, tersasar jauh dari bayang
Tempat dimana kita bertemu, masa terhenti disana
Langit cair menjadi kaca
Bila membeku, membawa pergi bentuk di wajahmu

Selepas melupai dunia, aku terjumpa kamu
Inilah doa yang datang dari hatiku
warnakan aku dalam warna-warnamu

Inilah harapan kekasihmu dari hati
warnakan aku dalam warna-warnamu
Inilah harapan kekasihmu dari hati
warnakan aku dalam warna-warnamu

Ia bermula dengan kamu, dan berakhir dengan kamu
Kisah ini memang penuh mistik

Akulah karavan, dan kamu destinasi
Setiap jalan menghala kepadamu
hatiku bersatu dengan hatimu
Dan sekarang kabus-kabus kesakitan telah menghilang

Selepas melupai dunia, aku terjumpa kamu
Inilah doa yang datang dari hatiku
warnakan aku dalam warna-warnamu

Inilah harapan kekasihmu dari hati
warnakan aku dalam warna-warnamu
Inilah harapan kekasihmu dari hati
warnakan aku dalam warna-warnamu

Dunia hatiku telah dibiarkan
Semenjak kamu memasukinya
Semenjak jasad satu dan menjadi satu jiwa (kita berdua bersama)

Aku telah mencapai status ini
Semua hubungan didunia ini pucat
Aku telah mencipta satu hubungan yang bermakna dengamu

Selepas melupai dunia, aku terjumpa kamu
Inilah doa yang datang dari hatiku
warnakan aku dalam warna-warnamu

nilah harapan kekasihmu dari hati
warnakan aku dalam warna-warnamu
Inilah harapan kekasihmu dari hati
warnakan aku dalam warna-warnamu
~lirik lagu Gerua~

07 January 2016

Demi Masa

Bila masa sudah lagi tidak berharga
Aturcara perhimpunan tidak dipatuhi, lebih-lebih lagi masa. Warga datang sebelum masa. Majlis bermula selepas masa, membiarkan warga menunggu-nunggu kedatangan VVVIP.

Nak tahu seorang pemimpin atau ketua itu bagus dan boleh dipercayai, lihatlah cara mereka di dalam menepati masa.

Masih kagum dengan Tun Mahathir yang sentiasa mematuhi masa dan datang sebelum/pada waktunya di dalam menghadiri sesuatu acara.

Benarlah firman Allah swt di dalam Surah Al-'Asr yang bermaksud : “Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.” (Al-Asr : 1 – 3).

#luahanhatiwargakecewa
Jam 905am ini sepatutnya bacaan doa telah selesai. VVVIPs' baru sampai. Lewat 15 minit. Maknanya mesyuarat selepas perhimpunan juga akan lewat 15 minit.

06 January 2016

Kewangan : Muhasabah Kewangan 2015

Hari ni telah 6 hari kita melangkah ke Tahun 2016. 2016 dipercayai tahun yang sakit buat semua - sektor awam, sektor swasta, orang perseorangan, keluarga dan rakyat keseluruhannya. Namun begitu, di sebalik kegawatan ekonomi, ada juga yang mengambil peluang untuk mengaut keuntungan. Bagi yang bercadang untuk berjimat cermat di Tahun 2016 ini, imbas kembali perbelanjaan harian, bulanan dan tahunan anda pada tahun 2015.

Di dalam merancang penjimatan, beberapa perkara yang perlu anda kaji dan analisa serta lihat kembali:
  1. Perbelanjaan manakah yang dianggap membazir yang anda membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk mendapatkannya?
  2. Perbelanjaan manakah yang memang menjadi keperluan anda dan keluarga?
  3. Perbelanjaan manakah yang perlu tetapi tidak perlu komitmen dari anda?

Bagi saya, antara perbelanjaan yang membazir dan tidak kritikal tetapi kebanyakan dari kita memang kadang-kadang tidak dapat hidup dengannya:
  1. Gajet - sekiranya tabiat anda suka bertukar gajet kepada gajet terkini setiap masa dan dalam masa yang sama, anda mengadu dan marah bila kadar tol naik, petrol naik, barang keperluan naik dan segalanya naik tetapi anda tidak berasa beban untuk menghabiskan duit anda beribu ringgit bagi gajet baru, saya rasa anda ada masalah ketagihan. Kita sedia maklum bahawa teknologi sentiasa berkembang dengan laju dan pantas. Hari ini anda mempunyai iPhone atau HP android yang baru, 3 bulan akan datang HP anda sudah ketinggalan disebabkan oleh keluaran yang baru yang lebih canggih dan tinggi spesifikasi. Berusaha untuk kekal kepada HP sedia ada. Bagi saya, asalkan berfungsi untuk segala keperluan saya, itu sudah mencukupi, melainkan fungsi HP sedia ada sudah tidak dapat menampung keperluan saya. HP sedia ada telah lebih dari 2 tahun digunakan dan belum bercadang lagi untuk bertukar kepada HP yang baru :--))
  2. Subscriptions - cuba bayangkan anda melanggan perkhidmatan program TV lebih dari RM100 sebulan dan dalam masa yang sama ada banyak FREE TV disediakan. Bagi saya, ianya satu pembaziran. Mulalah "unsubscribe" langganan anda itu dan anda akan menjimatkan lebih dari RM100 setahun. Penjimatan tersebut bolehlah anda gunakan untuk keperluan lain, atau setiap bulan, anda masukkan duit langganan tersebut di dalam tabung-tabung keperluan anda. Dengan RM1000+++ tersebut anda sudah boleh melancong ke luar negara. Rumah saya pula, tiada ASTRO apatah lagi TV. Sekiranya saya ingin mengetahui berita terkini, saya hanya mendengar radio. Itupun radio dari HP. 
  3. Eating Out - terutamanya yang selalu ke kedai Mamak dan restoran yang mahal. Bagi yang tidak rajin memasak, makan di luar akan lebih terasa mahalnya sekarang. Dengan kos GST dan kos bahan-bahan mentah yang semakin mahal, makanan yang dimasak di kedai akan menjadi bertambah mahal. Mungkin sudah tiba masanya anda menukar habit anda untuk menjadi rajin memasak. Makanan yang kita sendiri masak mungkin akan lebih terjaga kebersihannya dan dalam masa yang sama, meningkatkan jumlah tabungan anda. Contoh paling senang : Belanja sehari makan di luar = RM10.00. Sekiranya anda memasak sendiri untuk makan pagi dan tengahari, anda mungkin boleh berjimat semaksima RM5 sehari. Penjimatan RM5 x 20 hari bekerja = RM100.00 x 12 bulan = RM1200.00. Penjimatan kita itu, boleh kita gunakan untuk belanja keluarga dan lain-lain. Kos makan saya tidak banyak dan saya jarang makan di luar. Namun sekali sekala, bila teringin baharulah makan di luar. Bagi yang bekeluarga, galakkan semua membawa bekal sama ada di sekolah atau di pejabat. Hujung minggu sekali sekala, duit penjimatan tersebut bolehlah digunakan untuk Eating Out. Galakkan dan dedahkan pada anak-anak keperitan mencari secupak nasi agar mereka lebih menghargai usaha anda untuk membina keluarga yang stabil dari segi kewangan.
  4. Bagi yang mempunyai hobi yang mahal, anda bolehlah beralih arah kepada hobi yang lebih ekonomikal yang lebih kurang serupa. Ataupun anda bolehlah tangguh dahulu aktiviti hobi anda yang mahal mungkin untuk setahun bagi memberi ruang anda mengumpulkan dana untuk hobi anda. Sementara itu, cubalah hobi-hobi yang lebih kurang sama yang lebih murah :)
  5. Healthy living - ramai di antara kita telah mempunyai kesedaran untuk mengubah hidup ke arah yang lebih sihat. Ramai juga yang telah mendaftarkan diri di gym yang berdekatan. Untuk sihat, sebenarnya tidak memerlukan kos yang mahal. Sekiranya di rumah berdekatan anda ada taman yang cukup luas untuk anda beriadah, gunakan dengan sepenuhnya. Sekiranya ada kelas-kelas senaman yang ditawarkan percuma, jangan lepas kan peluang tersebut. 2 hari lepas, sembang-sembang dengan manager di gym tempat saya mendaftar, yuran bulanan telah naik sebanyak RM4 sebulan. Namun kadar bayaran bulanan saya masih lagi rendah berbanding dengan kadar yuran bulanan ahli baru. Untuk yuran akses bagi semua tempat lebih kurang RM200+++ sebulan dan untuk yuran akses bagi 1 branch sekitar RM150+++. Yuran saya pula, kurang dari RM100 sebulan untuk akses ke semua branch, dan bagi saya masih menjimatkan. :--))
Ini antara perbelanjaan-perbelanjaan yang dianggap membazir yang boleh saya fikirkan di dalam mengawal perbelanjaan kita sepanjang tahun 2016 ini.

Semoga bermanfaat :)

05 January 2016

Travellingbie : Destinasi Bajet 2106 - Kota Singa

Destinasi bajet 2016 sempena tahun berjimat cermat kali ini adalah Kota Singa. Perjalanan bertiga dari Kl-Johor-Singapura-Johor-Melaka-KL

Kos yang dikongsi ber-tiga:
  1. Petrol KL-JB-KL = RM75
  2. Tol = lebih kurang RM90 untuk pegi dan balik
  3. Hotel = RM353 untuk 2 malam untuk 3 orang. Sebenarnya kalau nak lagi murah, carilah hostel atau hotel bajet berhampiran dengan CIQ JB atau JB Sentral. Tak perlu bayar parking kereta. Hanya berjalan kaki sahaja ke JB Sentral untuk menaiki bas ke Kota Singa :)
  4. Parking kereta di JB Sentral = RM17

Kos ke Kota Singa. 
  1. Bas no. 170 dari CIQ ke Botanical Garden = RM2.50. Kalau tak tahu, bertanyalah di mana tempat berhenti untuk ke Botanical Garden. Di Botanical Garden, kagum saya dengan landscape nya. Luas dan bersih dan terjaga. Ada pokok-pokok yang berusia lebih 100 tahun. Kos masuk adalah FREE. Taman Orkid sahaja yang dikenakan caj bagi dewasa sebanyak SGD5. Di kedai cenderamata, mata saya menangkap sesuatu yang menarik perhatian...bookmark yang sangat kiut. Kos bookmark SGD2.90 sahaja :)). Ade rezeki nak pi jogging dekat taman Botanical tu.hehehe...best jogging dekat situ.. :). Ketika kami hendak keluar dari taman tersebut lebih kurang jam 1 petang pun ada lagi yang ber-jogging.
  2. Botanical Garden nie ada 3 entri dan exit. Masa masuk ikut entri Bukit Timah, keluar ikut Tanglin Gate. Bagi yang hendak ke Taman Orkid terus, bolehlah masuk melalui Nasim Gate. Kami habiskan masa lebih dari sejam di dalam Botanical Garden, ditambah lagi dengan hujan renyai-renyai dan seterusnya menjadi lebat. Nasib baik bawak payung. Pakaian dah basah separuh badan. Bas dari Botanical Garden exit Tanglin Gate ke Plaza Orchard = SGD1.50. Makan tengahari kami di Lucky Plaza. Ada restauran ayam penyet yang sedap disitu. Kos makan lebih kurang SGD10. Tapi kami bernasib baik, rezeki kami...makan tengahari ade pulak yang berbaik hati nak belanja :)) Alhamdulillah
  3. Selepas makan tengahari, kami ke Masjid Al-Falah yang terletak di sekitar Orchade Road. Masjid tersebut sedang di naiktaraf kepada yang lebih baik untuk menyenangkan jemaah yang datang berkunjung untuk solat. Selepas solat, jalan-jalan sekitar Orchad Road. Kalau anda ke Kota Singa, tak perlu risau nak solat di mana :) Kebanyakan shopping complex di situ mempamerkan butik berjenama...coach, tumi, salvatore ferragamo, keith n charles...u name it! Barang-barang berjenama bukan menjadi kegilaan saya. Nanti saya betul-betul jadi gila membayar harganya...ahaaa. Saya pula terjebak dengan promosi baju heitech. 50% tuuu..dan harga lebih murah di Malaysia. Total damage SGD43. Nasib baik tak terbeli running shoes. 
  4. Makan tengahari - Iga Bakar. Sedap tapi nasinya macam sikit ja...heheheee
  5. Di sepanjang jalan Orchad, sambil mata anda disajikan dengan butik2 berjenama, anda pasti tidak akan terasa bahawa anda telah berjalan lebig dari yang biasa. Kemudian kami ke MRT Sommerset untuk Raffles Place, melawat kawan lama, Merlion si Singa. Tambang MRT = SGD1.50. Dari Raffles Place kami berjalan menyelusuri sekitar Merlion sehingga Esplanade dan City Hall, kosnya SGD0.00 unless ade benda yang anda mahu beli.
  6. Dari Merlion, kami berjalan sehinggalah ke Esplanade, sehinggalah ke City Hall. Tambang MRT City Hall ke Farer Park = SG1.50 
  7. Di City Hall singgah sekejap di Garrret = SGD 5 x 3 bungkus
  8. Farer Park ni tempat perhentian femes dengan lokasi Mustafa Centre. Mustafa Centre terkenal dengan pelbagai barang-barang keperluan pengguna dengan harga murah. Dari emas ke perfume ke correlle pyrex ke perencah nasi beriani ke jam tangan dan...u name it, semua ada disitu. Iman kene kuat sekiranya tidak mahu berbelanja . Total damage saya di Mustafa Centre = SGD21. Itupun disebabkan kesuntukan masa dan kami perlu ke Bugis Street pula. Di Bugis Street, terkenal dengan kain pasang yang berkualiti. Nasib baik kedai dah tutup. Kalau tak...memang banyak lagi la total damage. Konon-konon tak nak shopping, tapi....terjebak jugak la sedikit di Orchard street dan Mustafa Centre. :)) 
  9. Di Bugis Street, kami singgah makan di Restoran Zam Zam. Malam ni restoran tersebut sesak dengan pengunjung. Kaki dah penat berjalan hampir 30ribu langkah dan hampir 20km. Makan malam saya, Murtabak Daging Small size SGD5 dan air teh halia SGD1.20. Masa nak bayar, dah ade yang offer belanja...rezekiiii malam ni 
  10. Jam 915pm, kami teruskan ke destinasi terakhir, Arab Street untuk menunggu bas ke JB Sentral. Tambang bas SGD3.30. Di kawasan menunggu bas tersebut, ramai teksi menunggu dan menawarkan perkhidmatan penghantaran ke JB Sentral sebanyak SGD8 seorang. Lebih kurang RM25 seorang. Mahalll! Tapi kalau nak cepat, naiklah teksi :))
  11. Lama jugak menunggu bas...sehinggalah hampir sejam.
  12. Hampir jam 11 malam, akhirnya kami sampai ke Malaysia. Alhamdulillah....
  13. Destinasi bajet kami di Kota Singa berakhir di sini. Namun...JJCM di Johor belum selesai lagi. Dan anda kiralah sendiri berapa kos jelajah bajet ke negara jiran :).
Kembara akan jadi murah atau mahal, bergantung kepada anda sendiri. Nak jadi pelancong atau pengembara? Nak kenal orang dan negara tersebut, jadilah pengembara dan bukannya pelancong.

#tipsoftheday #shortbreakaway #traveloftheday #Merlion #BotanicalGarden #BugisStreet #Murtabak #NasiBeriyani #MustafaCentre #OrchadRoad #MasjidSultan #MasjidAlFalah #Singapore #KotaSinga #picturenoedit #Note3 jer

Let your memory be your travel bag.-Alexander Solzhenitsyn