28 July 2015

Travellingbie : Tips Semasa Membeli Tiket Promosi AirAsia

Ramai mengatakan kepada saya, "Susahnya nak dapat tiket murah. Asyik tak dapat je". Ada juga yang hairan dengan saya, kenapa saya selalu mendapat tiket murah sedangkan bila mereka semak di laman web, tiket murah hampir tiada. :)) Adakah ianya bergantung kepada nasib??? Mungkin juga Ya dan mungkin juga Tidak.

Anda hanya perlu tahu tips dan cara-caranya dan peka kepada promosi itu sendiri. 

Promosi Tiket Free dari AirAsia sentiasa ada dari semasa ke semasa. Perkara pertama yang anda perlu ambil perhatian adalah:
1
  1. Buat kajian mengenai tiket yang anda hendak beli. Tarikh dan hari penerbangan sebelum anda membuat tempahan.
  2. Buat tempahan tiket pada hari pertengahan minggu atau tengah malam, atau seawal pagi. Selalunya saya berjaya mendapat tiket pada harga yang paling murah pada masa tersebut.
  3. Buat tempahan pada mula jam promosi. Contohnya, jam promosi bermula 12 tengahmalam. Sebelum 12 tengahmalam anda sudah bersedia di hadapan komputer untuk membuat tempahan mengikut tarikh-tarikh yang anda kehendaki. Saya pernah melakukan perkara tersebut dan berjaya mendapat hampir 10 tiket penerbangan pergi balik KL-Kuching dengan harga paling murah sekali :))
  4. Tarikh promosi di adakan. Contoh : Dari 25-30 July 2015;
  5. Tarikh "Travel". Contoh : Dari 1 Januari 2016 - 30 Jun 2016. Kalau perasan, tarikh penerbangan adalah 6 bulan ke atas sehingga 1 tahun. Makanya, rancanglah percutian dan penerbangan anda.
  6. Nota promosi disertakan bersama dengan peringatan : "Advanced booking required & Fares are not available during embargo period";
  7. Berhati-hati dengan "Default setting" semasa anda membuat tempahan secara "online". Sila pastikan semasa membuat tempahan - Add-ons >> Checked Bagage di setkan kepada "No Checked Bagage" bagi kedua-dua penerbangan pergi dan balik melainkan anda memang berniat untuk menyimpan beg anda di dalam kargo kapal terbang;
  8. Travel Insurance sebanyak RM30.00 juga telah ditandakan sebagai Default Setting. Sekiranya anda tidak mahu menggunakan insuran AirAsia, anda boleh memilih untuk teruskan tempahan tanpa "AirAsia Travel Protection".
  9. Teruskan proses tempahan anda. Jangan sekali-kali berpatah balik kerna anda akan bermula dari "0" semula;
  10. Selepas selesai memastikan tarikh tiket yang anda tempat, anda akan dibawa kepada page terakhir sebelum pembayaran. Pastikan anda "tick" pada kotak = " I have read and agree.....".
  11. Anda juga boleh memasukkan informasi mengenai Orang untuk dihubungi ketika kecemasan (Emergency Contact Information). Seboleh-bolehnya, masukkan contact number tersebut. Sekiranya terjadi apa-apa kepada anda semasa pemerbangan, syarikat penerbangan akan mudah dan cepat menghubungi orang terdekat anda.
  12. Sekiranya anda perasan, semasa membuat pembayaran menggunakan "Online Banking" atau Direct Debit - Processing Fee telah meningkat dari RM4.00 kepada RM4.24 sen. Bagi yang menggunakan Kad Kredit pula, kos Processing Fee juga meningkat dari RM16.00 kepada RM16.24 sen;
  13. Airport tax pula dimasukkan bersama-sama dengan harga tiket. Sebab itu, apabila anda terbang mengembara atau melancong ke mana-mana destinasi dengan AirAsia, anda tidak lagi perlu menyediakan kos "Airport Tax" semasa di lapangan terbang.
Kalau dulu, saya pernah mendapat tiket penerbangan pergi dan balik KL-Kuching serendah RM15.20. Sekarang ini, nak bayar Tax pun tak lepas. Untuk promosi FREE SEAT AirAsia yang paling murah pernah saya tempah tahun ini adalah lebih kurang RM60.00. Tiada lagi tiket murah luar biasa seperti tahun-tahun sebelumnya.

Tiada yang mustahil bagi AirAsia. Kos semuanya diserahkan kepada pengguna. Walaubagaimanapun, kebanyakan masanya, Airasia memang menawarkan tiket tambang termurah berbanding dengan syarikat penerbangan yang lain.

Selamat menempah tiket penerbangan anda, dan selamat mengembara :D

27 July 2015

Syawal Hari 10

Salam Syawal
Hari ini masuk hari ke-10 Syawal. Semalam masih ramai yang beraya dan menziarahi kaum keluarga, sahabat handai dan rakan taulan.

Perut pun masih lagi tegang, penuh dengan makanan.
Hari ni, setelah sekian lama bercuti lebih kurang 3 minggu, saya mula bekerja. Bekerja dengan hati yang kacau sebab dah rasa seronok tidak melalui tekanan kerja yang mendesak. Itu pun masa cuti, diganggu juga dengan rakan sepejabat yang memerlukan perhatian.

Hari pertama bekerja, terasa lemau-lemau lagi. Hari ni juga saya mula mengisi borang permohonan cuti untuk penghujung bulan hadapan... :)) Dari semalam lagi saya terpaksa set minda bahawa esok adalah hari bekerja. Dan bekerja untuk kelansungan hidup serta tambahan ibadah kepada ibadah-ibadah sedia ada.

Kene set kan minda sebegitu rupa. Kalau tidak, hari pertama bekerja, kita akan habiskan masa dengan sia-sia. 

Allah swt berfirman yang bermaksud: "“Demi masa! Sungguh manusia benar-benar dalam kerugian, kecuali yang beriman, mengerjakan kebaikan, dan selalu saling menasihati dalam kebenaran dan kesabaran!” QS. 103:1-3.

Nabi Muhammad saw. juga sering mengingatkan akan pentingnya mengisi waktu sebaik-baiknya, seperti dalam hadits:

اِغْتَنِمْ خَمْسًا قَبْلَ خَمْسٍ : شَبَابَكَ قَبْلَ هَرَمِكَ وَ صِحَّتَكَ قَبْلَ سَقَمِكَ وَ غِنَاكَ قَبْلَ فَقْرِكَ وَ فَرَاغَكَ قَبْلَ شَغْلِكَ وَ حَيَاتَكَ قَبْلَ مَوْتِكَ

“Manfaatkan lima perkara sebelum lima perkara: [1] Waktu mudamu sebelum datang waktu tuamu, [2] Waktu sehatmu sebelum datang waktu sakitmu, [3] Masa kayamu sebelum datang masa kefakiranmu, [4] Masa luangmu sebelum datang masa sibukmu, [5] Hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Al Hakim)

Walaupun rasa lemau-lemau pada hari pertama kerja, kene ada iltizam untuk bekerja dengan bersungguh-sungguh kerna itulah punca rezeki yang Allah swt beri kepada kita kerna kerja juga satu ibadah. Seawal pagi dah habiskan 1 botol kopi o kaww untuk naikkan semangat kerja :))

“Berpagi-pagilah (subuh) dalam mencari rezeki, sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah berkat dan kejayaan”

Allahul Musta'aan

24 July 2015

Syawal Hari 8

Hari ni hari akhir berada di kampung. Malam ni dah nak balik keyhel (KL) dah. Duit raya untuk tahun hadapan pun dah settle masuk sampul. Alhamdulillah. Tahun hadapan dah tak perlu nak pening-pening kepala sediakan duit raya, berkejar tukar di bank. :))
Syawal tahun ni, anak-anak sedara semua beraya di kampung. Bila pergi berziarah, masing-masing dapat duit raya. Lumayan pulak tu. Rasa macam nak kembali ke zaman kanak-kanak. Tapi apakan daya, umur dah semakin senja. :))
Bila tengok anak-anak sedara dapat duit raya, timbul 1 idea. Instead of diorang dapat duit raya seringgit seringgit dan lima ringgit. Apa kata mak uda dia ni tukarkan duit-duit yang diorang dapat tu dengan duit nota besar rm50. Duit kecik kecik tu mak uda kumpul jadikan duit raya untuk tahun hadapan. :))
Dari 2 anak sedara, dah dapat kumpul hampir rm300 duit 1 ringgit dan 5 ringgit. Lumayan betul duit raya diorang nie.hehehehehe. boleh buat tambang pegi balik kl-kuching dua tiga kali. :))
Hasil dari pengumpulan tersebut, dapatla kumpul berpuluh puluh sampul raya untuk tahun hadapan. Jangan lupa ziarah ke rumah Syawal tahun hadapan ye :))
Salam Syawal hari ke-8 :)
#inikanraya #Syawal1436H #Syawal #duitraya

Syawal Hari 7

Iltizam saya tahun ini, ingin khatam Quran kalau tak pun di bulan Ramadhan, khatam Quran di bulan Syawal. Memandangkan nisak macam saya ni tak dapat nak puasa penuh sebab Allah swt bagi cuti istimewa pada kaum kami, tertinggal lah beberapa juzu' di dalam bulan Ramadhan. Namun saya tetapkan azam untuk tadabbur dengan Al-Quran, sambil tadarrus sambil membaca maknanya sekali. Kadang-kadang selama ini, baca Al-Quran tak baca maknanya, jadi tak berapa tahu apa isi kandungan yang dibaca. Bila baca maknanya, kisah Nabi Musa a.s yang paling banyak di dalam Al-Quran. Beberapa ayat Al-Quran mengenai hinanya dunya dan seisinya di sisi Allah swt, pun begitu ramai manusia yang terpedaya dengan tipu daya dunia, harta, anak-anak. Alhamdulillah, Allah swt perkenankan hajat di hati saya. Mudah-mudahan ada peluang untuk saya tadabbur Al-Quran lebih mendalam dengan Tafsirnya pula. InsyaAllah.
Doa Khatam Quran...Alhamdulillah :)
Ya Allah, jadikanlah Al-Quran sebagai pimpinan kehidupan kami,  cahaya, petunjuk dan rahmat untuk kami. Ya Allah, hiaskanlah diri kami dengan keindahan Al-Quran, serikan kami dengan ketinggian martabat Al-Quran, pakaikan kami dengan pakaian permata Al-Quran, masukkan kami ke dalam syurga dengan syafa'at-Mu, selamatkan kami daripada segala bencana dunya dan azab hari akhirat dengan berkat kehormatan Al-Quran. Jadikanlah Al-Quran untuk kami sebagai panduan dan ikutan kepada segala kebaikan, dengan limpah kurniaMu, kemurahan dan kemuliaanMu, Tuhan Yang Maha Pemurah. Aameen Ya Allah, Aameen Ya Rahmaan, Aameen Ya Rahiim.

16 July 2015

Menjelang Syawal 1436H

'Eid Mubarak to all. Forgive and forget. May Allah swt shower us with barakah mawaddah and maghfirah. InsyaAllah.😊

15 July 2015

Ramadhan Journey Day 28

Sedar tak sedar, kita sudah sampai ke penghujung Ramadhan.

Mari kita semak amal Ramadhan kita. Mari kita semak hati kita. Mari kita semak iman kita.

Allah swt berfirman di dalam Surah Al-Ankaboot, ayat 41-43 yang bermaksud -
Surah Al-Ankaboot, Verse 41:

مَثَلُ الَّذِينَ اتَّخَذُوا مِن دُونِ اللَّهِ أَوْلِيَاءَ كَمَثَلِ الْعَنكَبُوتِ اتَّخَذَتْ بَيْتًا وَإِنَّ أَوْهَنَ الْبُيُوتِ لَبَيْتُ الْعَنكَبُوتِ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُون
َThe parable of those who take guardians besides Allah is as the parable of the spider that makes for itself a house; and most surely the frailest of the houses is the spider's house did they but know.

Perumpamaan orang-orang yang mengambil pelindung selain Allah adalah seperti labah-labah yang membuat rumah. Dan sesungguhnya rumah yang paling lemah adalah rumah labah-labah, sekiranya mereka mengetahui.

Surah Al-Ankaboot, Verse 42:
إِنَّ اللَّهَ يَعْلَمُ مَا يَدْعُونَ مِن دُونِهِ مِن شَيْءٍ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

Surely Allah knows whatever thing they call upon besides Him; and He is the Mighty, the Wise.

Sungguh Allah mengetahui apa sahaja yang mereka sembah selain Dia. Dan Dia Maha Perkasa, Maha bijaksana.

Surah Al-Ankaboot, Verse 43:
وَتِلْكَ الْأَمْثَالُ نَضْرِبُهَا لِلنَّاسِ وَمَا يَعْقِلُهَا إِلَّا الْعَالِمُونَ

And (as for) these examples, We set them forth for men, and none understand them but the learned.

Dan perumpamaan-perumpamaan ini Kami buat untuk manusia, dan tidak ada yang memahaminya kecuali mereka yang berilmu

Surah Al-Ankaboot, Verse 44:
خَلَقَ اللَّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ بِالْحَقِّ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَةً لِّلْمُؤْمِنِينَ

Allah created the heavens and the earth with truth; most surely there is a sign in this for the believers.

Allah menciptakan langit dan bumi dengan haq. Sungguh, pada yang demikian itu pasti terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi orang-orang yang beriman.

Semoga Allah swt sentiasa ilhamkan kita untuk melakukan kebaikan. Semoga kita sentiasa menjadikan Allah swt sebagai pelindung kita. Semoga Allah swt menerima ibadah kita. Semoga Allah swt redha kita sebagai hamba-Nya

Allahu Ta'ala A'lam

12 July 2015

Ramadhan Journey Day 25

Happiness comes when we stop complaining on what we don't have. "I don't have this, i don't have that, I don't have what others have." Instead of complaining, we find ways to achieve it. If it fails, we are really sure and yaqin that Allah swt has a better plan for us. Strive for what we want to achieve, tawakkal and do'a. Allah swt has never been cruel to His servants. Everything happens for a reason.

May Allah swt increase our sabr and taqwa. May Allah swt forgive us. May Allah swt reward us with Jannah in the Hereafter. InsyaAllah.

Allahu Ta'aala a'lam

10 July 2015

Ramadhan Journey Day 24

Juzu' 18 - Surah Al-Mu'minūn

Allah swt berfirman yang bermaksud :
1. Sungguh beruntung orang-orang yang beriman
2. Iaitu orang yang khusyuk di dalam solatnya
3. Dan orang yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang tidak berguna
4. Dan orang yang menunaikan zakat
5. Dan orang yang memelihara kemaluannya
6. Kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki, maka sesungguhnya mereka tidak tercela
7. Tetapi barang siapa mencari di balik itu, (zina dan sebagainya), maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas
8. Dan sungguh beruntung orang yang memelihara amanat-amanat dan janjinya
9. Mereka itulah yang akan mewarisi
10. Yakni yang akan mewarisi syurga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya.

Setiap dari kita yang beriman, pasti menginginkan syurga Firdaus, tingkatan syurga yang paling tinggi sekali. Bagaimana untuk kita mencapainya dengan izin Allah swt jua? Berusahalah kita untuk menjadi hamba yang mukminīn dan mukmināt yang mencapai kemenangan, kebahagiaan dan beroleh keuntungan. Dan bagaimana caranya untuk mencapai hamba yang mukminīn dan mukmināt? Allah swt bagi jawapannya sekali seperti di dalam surah di atas.

Yang pertama-tamanya di sebut adalah :
“Orang-orang yang khusyu’ dalam solatnya.” - sangat beruntunglah orang-orang yang khusyu' di dalam solatnya

‘Ali bin Abi Thalhah menceritakan dari Ibnu ‘Abbas: khaasyi’uuna (“Orang-orang yang khusyu’”) yaitu orang-orang yang takut lagi penuh ketenangan.” Dari ‘Ali bin Abi Thalib ra: “Yang dimaksud dengan khusyu’ di sini adalah kekhusyukan hati.” Sedangkan al-Hasan al-Bashri mengungkapkan: “Kekhusyukan mereka itu berada di dalam hati mereka, sehingga kerananya mereka menundukkan pandangan serta merendahkan diri mereka.”
Khusyu’ dalam solat hanya dapat dilakukan oleh orang yang berupaya  mengkonsentrasikan hati padanya serta melupakan berbagai aktiviti selain solat, serta mengutamakan solat atas perkara-perkara yang lain. Pada saat itulah akan terwujud ketenangan dan kebahagiaan baginya. Sebagaimana yang disabdakan Rasulullah saw. dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan an-Nasa-i, dari Anas, dari Rasulullah saw., beliau bersabda: “Diberikan kepadaku kecintaan terhadap wanita dan wangi-wangian, dan solat dijadikan untukku sebagai amalan yang paling menyenangkan.” (HR Ahmad dan an-Nasa-i). ~
https://alquranmulia.wordpress.com/2013/10/31/tafsir-ibnu-katsir-surah-al-muminuun-1/

Mereka yang khusyuk dalam solat merasa gementar ketika berdiri mengadap Allah swt. Hati mereka tenang dan khusyu' hingga menjalar ke seluruh tubuh badan, wajah dan gerak geri mereka. Jiwa mereka diselubungi dengan kebesaran Allah. Segala ingatan yang lain hilang dari fikiran mereka.

Mereka tidak teringat kepada yang lain dari Allah swt dan seluruh perasaan mereka tertumpu kepada-Nya dan berbicara denganNya. Apabila berdepan dengan Allah swt yang Maha Suci maka lenyaplah segala yang ada disekeliling mereka dan sesuatu yang lain yang ada di dalam hati mereka. Hati mereka bersih dari segala kekotoran. Mereka tidak menyimpan dalam hati mereka sedikitpun dari kekotoran ini bersama dengan kebesaran Allah. Pada ketika itu manusia itu berhubung dengan penciptanya dan rohnya bertemu jalannya dan hati yang sepi menemui tempatnya dan pada ketika itu juga kecillah segala nilai-nilai, segala benda dan sekelian alam kecuali sesuatu yang mempunyai hubungan dengan Allah swt.

Susah atau senang untuk khusyu' di dalam solat? Tanya diri kita masing-masing bagaimana solat kita seharian. Kadang-kadang masa solat itula kita akan teringat barang2 yang kita lupa letaknya di mana, teringat lampu tak ditutup lagi, air di dapur tengah dijerang, assignment tak habis buat lagi, kerja ada sikit lagi nak kene siapkan, baju tak sidai lagi dan macam-macam lagi hal dunya yang kita ingat semasa solat. Susahnya hendak khusyu' dan begitu jugalah sukarnya untuk menggapai Jannatul Firdausi. Namun tidak mustahil, sebagai seorang Muslim, apa lagi yang kita perlukan selain redha Allah swt? Harta yang melimpah ruah, anak-anak yang ramai, pangkat yang meninggi, kuasa dunia yang diluar batasan tidak akan berguna di sana nanti sekiranya kita bukan tergolong di kalangan orang-orang yang beriman dan dicintai Allah swt dan Rasulullah saw.

Berusahalah kita untuk mencapai kemenangan, kebahagiaan dan keberuntungan yang hakiki dan kekal.

Semoga Allah swt redha kita sebagai hamba-Nya dan semoga Allah swt berbelas kasihan menempatkan kita, keluarga dan saudara-saudara kita di syurga yang kekal abadi. Aameen.

Allahul musta'aan.

Ramadhan Journey Day 23

Ramadhan day 23 - Selalunya, kesamarataan itu amat dipentingkan oleh manusia. Mendapat hak dan layanan yang sama rata di tempat kerja, mendapat hak dan layanan yang sama antara lelaki dan perempuan walaupun hakikatnya berbeza. Allah swt menjadikan ketidaksamarataan itu sebagai satu "complement" antara satu sama lain. Ada perkara yang wanita boleh lakukan, berupaya melakukannya tetapi lelaki tidak. Begitu juga sebaliknya. Allah swt kan Maha Adil lagi Maha Bijaksana. Sekiranya kita mempersoalkan mengenai apa yang Allah swt telah ciptakan dengan tujuan masing-masing, apakah kita lebih bijaksana dari Allah swt. Coba dulu membuat satu ayat yang sama tarafnya dengan Quran atau mencipta sesuatu dari yang baru yang bahan2nya sama sekali bukan yang Allah swt ciptakan. Baharulah kita boleh mengatakan kita lebih bijaksana dan mengatasi ciptaan Allah swt.

Firman Allah swt:
‘Wama khalaqtul jinna wal-insa illa li-ya’buduni.' [Maksud: Dan tidaklah Aku (Allah (a.w) jadikan jinn dan manusia kecuali untuk mengabdikan diri (yakni, beribadah) kepadaKu]
[Ayat 56, Surah az-Zariat]

Kita wujud di dunia kerana dengan izin Allah swt. Kita hidup sehingga hari ini jua kerna dengan belas kasihannya. Harta, anak-anak, kemewahan, kekuatan, kesihatan, kemahsyuran dan sebagainya yang kita ada juga milik Allah swt. Dengan apa yang kita ada itu, tujuannya untuk mengabdikan diri pada Allah swt, bukan pergi lebih jauh dari-Nya.

Allahul musta'aan
Semoga Allah swt mengampuni dosa-dosa kita dan semoga Allah swt redha kita sebagai hambaNya. Aameen.

[Photo - nak menunjukkan dalam konteks makanan, ianya perlu disamaratakan kerna yang membayarnya, membayar dengan harga yang sama :))]

09 July 2015

Ramadhan Journey Day 22

Surah Al-Isra' Ayat 78-82: Petunjuk-petunjuk Allah Subhaanahu wa Ta'aala dalam menjaga shalat dan menghadapkan diri kepada Allah dengan berdoa kepada-Nya, keutamaan Al Qur’an dan pertolongan Allah Subhaanahu wa Ta'aala kepada golongan yang berada di atas kebenaran.

أَقِمِ الصَّلاةَ لِدُلُوكِ الشَّمْسِ إِلَى غَسَقِ اللَّيْلِ وَقُرْآنَ الْفَجْرِ إِنَّ قُرْآنَ الْفَجْرِ كَانَ مَشْهُودًا (٧٨) وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَكَ عَسَى أَنْ يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَحْمُودًا (٧٩) وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا  نَصِيرًا  (٨٠) وَقُلْ جَاءَ الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقًا  (٨١) وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ وَلا يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إِلا خَسَارًا (٨٢

Allah swt berfirman di dalam Surah Al Isra Ayat 78-82 yang bermaksud:

78. Laksanakanlah solat sejak matahari tergelincir sampai gelapnya malam dan (laksanakan pula solat) Subuh. Sungguh, solat subuh itu disaksikan (oleh malaikat).

[Perintah Allah swt untuk melaksanakan solat fardhu 5 waktu. Aqimissolaah = dirikanlah solat merupakan ayat perintah.

Kepentingan solat subuh dalam kehidupan kita. Solat subuh merupakan solat yang pertama sekali di dalam solat 5 waktu. Waktu subuh sangat penting bagi seorang muslim menjalani kehidupan  seharian dengan optimum. Solat subuh disaksikan  oleh malaikat. Waktu solat subuh sebanyak 2 rakaat, seboleh-bolehnya panjangkan bacaan di dalam solat dan panjangkan bacaan wirid dan doa kita. Bangun waktu subuh atau sebelumnya merupakan waktu-waktu yang sangat baik untuk kesihatan kita, apatah lagi untuk keberkatan hidup kita seharian sebagai hamba Allah swt. Pendapat saya yang jahil ini, kesan dari bangun subuh dan solat subuh amat besar di dalam kehidupan kita seharian. Waktu ini, Allah swt bukakan pintu rezeki seluas-luasnya, waktu yang mustajab untuk kita memanjatkan doa-doa memohon kepada Allah swt. Mandi sebelum subuh atau sebelum matahari terbit juga bagus untuk kesihatan dan banyak lagi kebaikan bangun subuh yang kita akan rasai, insyaAllah.]

79. Dan pada sebagian malam, lakukanlah solat tahajud (sebagai suatu ibadah) tambahan bagimu; mudah-mudahan Tuhanmu mengangkatmu ke tempat yang terpuji.

80. Dan katakanlah (Muhammad), "Ya Tuhanku, masukkan aku ke tempat masuk yang benar dan keluarkan (pula) aku ke tempat keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang dapat menolong(ku).

81. Dan Katakanlah, "Kebenaran telah datang dan yang batil telah lenyap.” Sungguh, yang batil itu pasti lenyap.

82. Dan Kami turunkan dari Al Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al Quran itu) hanya akan menambah kerugian.

Boleh baca lebih lanjut di dalam Tafsir Ibnu Katsir :)
Allahu Ta'ala A'lam
Semoga Allah redhan kita sebagai hamba-Nya. Aameen.

08 July 2015

Ramadhan Journey Day 21

Ramadhan day 21 - Fasa 10 hari akhir Ramadhan

Kebanyakan kita seboleh-bolehnya berusaha untuk menyembunyikan sebarang kelemahan yang kita ada pada yang lain. Kita lebih cenderung menunjukkan kekuatan dan kelebihan yang ada pada kita dan untuk menyembunyikan kelemahan2 yang kita ada.

Dengan Allah swt, kita tidak perlu berasa malu. Kelemahan kita itu boleh menjadikan asbab kita untuk tunduk sujud meminta memohon keampunan dan kekuatan jiwa dari Allah swt.

Semoga Allah swt mengampuni dosa2 kita dan kelemahan2 yang kita ada. Semoga Allah swt redha kita sebagai hamba-Nya. Aameen
Allahu ta'ala a'lam

07 July 2015

Ramadhan Journey Day 20

Muhasabah diri : Apabila keburukan telah bermaharajalela

Lā ilā ha illallāh
Apabila keburukan bermaharajalela, sesebuah tempat/kawasan/negeri akan dibinasakan walaupun di dalamnya terdapat orang-orang yang soleh.


Berhati-hatilah kita dengan tipu daya dunya.

Daripada Amru bin Auf r.a, dia berkata, "Rasulullah S.A.W mengutus Abu Ubaidah bin Jarrah ke Bahrain untuk memungut Jizyah (ufti) kerana Rasulullah telah mengadakan perjanjian damai dengan penduduk Bahrain dan mengangkat Ala' bin Hadrami sebagai gabenornya. Kemudian, Abu Ubaidah kembali dengan membawa harta daripada Bahrain.

Orang-orang Ansar mendengar kedatangan Abu Ubaidah, lalu melaksanakan solat Subuh bersama Rasulullah. Setelah solat, baginda berganjak, lalu mereka menghalanginya. Ketika melihat mereka, baginda tersenyum dan bersabda, "Aku tahu kamu telah mendengar bahawa Abu Ubaidah telah tiba daripada Bahrain dengan membawa harta ufti."

Mereka berkata, "benar, wahai Rasulullah." Baginda bersabda, "Bergembiralah dan berharaplah agar mendapatkan sesuatu yang menggembirakan. Demi Allah, bukan kefakiran yang aku bimbangkan kepada kamu, tetapi yang aku bimbangkan iaitu jika kekayaan dunia dilimpahkan kepada kamu semua sebagaimana telah dilimpahkan kepada orang-orang sebelum kamu, kemudian kamu akan berlumba-lumba mendapatkannya sebagaimana mereka berlumba-lumba dan akhirnya dunia itu menghancurkan kamu sebagaimana ia telah menghancurkan mereka." - ( Hadis Riwayat Muslim)

Cinta dunia, berasa selesa di dalamnya dan melupakan akhirat iaitu salah satu penyebab seseorang masuk neraka. Mereka yang menghambakan dirinya dengan dunia tidak mempunyai tujuan lain kecuali melampiaskan nafsunya dengan pelbagai macam kelazatan dunia tanpa ada batas sedikit pun. Mereka diperhamba oleh wanita, minuman keras, mencari harta dengan jalan yang haram, ingin disanjung, dan semua yang mengandungi kesenangan.

Allah berfirman di dalam Surah Al-An'aan, 6:31 yang bermaksud ~ "Dan kehidupan dunia ini, hanyalah permainan dan gurau senda. Sedangkan akhirat itu, sesungguhnya lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Tidakkah kamu mengerti?"

Dunia hanyalah semata-mata "la'ibun" = permainan dan "lahwun" = gurau senda.

Apabila manusia mempunyai pemikiran yang sama tentang perkara ini, maka tidak ada lagi kebenaran, keadilan dan tidak mempunyai keinginan untuk beribadah atau beramal soleh. Allah swt telah menjelaskan hakikat dunia dan memerintahkan kepada semua hamba-Nya agar lebih mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia. - (Sa'id Hawwa, Al-Mustakhlas Fi Tazkiyatil Anfus, 1995:245)

Semoga Allah swt sentiasa mengiring kita ke jalan yang benar, jalan-jalan yang diredhai-Nya dan semoga Allah swt redha kita sebagai hamba-Nya.

Allahul musta'aan