30 April 2015

Ekspresi : Buat Baik di Balas Baik - Alhamdulillah

Buat baik, insyaAllah Allah akan balas baik, manusia belum tentu lagi akan membalasnya dengan baik. Kadang-kadang ada manusia layaknya seperti binatang, dibuat baik..dibalas pula dengan kejahatan. Sebab itulah, setiap perkara yang kita rasa kita dah buat baik kepada manusia, hatta binatang sekalipun, serahkan balasan tersebut kepada Allah SWT. Pergantungan sepenuhnya kepada Allah SWT lah yang perlu kita tingkatkan untuk mengelakkan kita berasa kecewa dengan manusia.

Cerita pagi semalam bukanlah untuk menunjuk-nunjuk bahawa saya ini baik. I am too far from good. But i try hard to be good to others:

Pagi yang indah...
Dalam perjalanan hendak ke seminar, di kawasan perumahan mewah berbukit bukau, kelihatan seorang aunty berdiri di tepian jalan, melambai2.
"Aunty ni nak tahan teksi kat belakang ke???" Tapi tengok dari cermin, takde pulak teksi. Saya pun berhentikan kereta bertanyakan destinasi dia.
Perlahan-lahan dia menuju ke kereta sambil berkata, "boleh tumpang ka, sampai esso. Susah mau dapat teksi ooo..."
Kesian pulak tengok, sambil menyahkunci kereta dan membenarkannya masuk.
Me - "Aunty mau pegi mana ni?"
"Saya mau ke esso...susah mau dpt teksi sini. Dah lama berdiri tunggu teksi"
Me - errr...mana ade Esso dah dekat bawah tu. Petron ade la. saya tgk aunty ni dah nampak tua sangat...dalam hati saya berkata-kata, mana anak2 dia tak hantar dia. "Biasa kalau aunty keluar anak2 tak.hantar ke?"
"Mereka kerja lo..awal2 pagi sudah pergi kerja"
Me - "ooo....tengok aunty sihat lagi ho,masih boleh jalan-jalan sorang-sorang"
"Saya sudah umur 80 lebih. Sudah tua lorr"
Me - hahhh...80 lebih tahun masih boleh turun naik teksi, naik bas nih...kagummm : )) "Nanti saya turunkan aunty dekat Cheras Sentral ya. Banyak sikit teksi atau bas. Aunty mau pegi mana sebenarnya ni?" Takut jugak saya kalau-kalau aunty ni lari dari rumah :))
"Saya mau jumpa kawan-kawan...ok, turun sini ya." Sambil dia menunjukkan tempat menunggu bas dan teksi di hadapan Cheras Sentral.
Me - "ok aunty. Sudah sampai. Hati-hati tau."
"Tq tq aaaa". Sambil dia keluar dari kereta dan berjalan perlahan serta membuka payung yang ada di tangannya.
Me - "haiii laaa...mana la aunty ni nak pegi". Hati saya masih digaru-garu lagi sampai sekarang. Semoga dia selamat sampai ke destinasi yang dituju. smile emoticon
"Life is mostly froth and bubble,
Two things stand like stone,
Kindness in another's trouble,
Courage in your own."~Adam Lindsay Gordon

Setiba di tempat seminar agak lewat sedikit memandangkan laluan yang ditempuhi sememangnya sesak sepanjang masa tidak kira waktu pejabat atau waktu luar pejabat. Daftar untuk seminar dan bermulalah sesi mendengar dan menganalisa teknologi yang disampaikan. Terasa lambat masa berlalu. Seminar sehingga ke petang menyebabkan otak saya menjadi hyper aktif. Dalam masa yang sama, terus melakukan tugasan pejabat dari luar. Otak terus bekerja di luar kawasan...penat tapi dah biasa. Tidak terfikir untuk berhenti bekerja lagi buat masa ini :))

Sesi tengahari ditangguhkan dengan cabutan bertuah. 3 nama dari Kad panggilan yang berada di dalam balang kaca dipanggil satu persatu. Hmmm...memang tiada harapan la dapat lucky draw ni, dan selalunya saya memang tidak bertuah bila ada sesi lucky draw nie. :))

Sesi petang, dimulakan dengan lebih teknikal. Ada juga yang mengambil kesempatan untuk balik dan tidak berada semula di dalam dewan. Di akhir sesi, satu lagi cabutan bertuah diadakan. 3 cabutan bertuah berupa iPhone, iPad dan Macbook diberikan untuk sesi petang ini. hmmm...yang ni lagi la tak dapat :))

Sedang saya ralit membuat kerja pejabat, tiba-tiba seperti nama saya dipanggil. errrr....betul ke nie? :)) Yup...nama saya dipanggil untuk menerima iPad Air. ahaaaa...terkejut betul saya. Alhamdulillah. Sampai jugak rezeki saya. Saya panjatkan dalam Dhuha untuk mendapatkan apa yang saya belum ada lagi setelah sekian lama ternyata maqbul buat kali ini, Alhamdulillah 'ala kulli haal. Mudah-mudahan Allah SWT perkenankan jua doa-doa saya yang lain :)
Malamnya, tidur dengan hati yang banyak bunga. Walaupun secara fizikalnya dan nyatanya, saya bukanlah peminat Apple, namun sesuatu yang baru mungkin perlu juga dipelajari dan dijelajahi dan ianya boleh digunakan untuk menambahkan pengetahuan di dalam dan membantu pengguna-pengguna yang menggunakan produk Apple untuk "troubleshooting".

Alhamdulillah di atas rezeki yang tidak disangka-sangka.
Mudah-mudahan rezeki ini tidak menjadi Istidraj buat saya. 

اَللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُبِكَ مِنْ كُلِّ عَمَلٍ يُخْزِينِي. وَأَعُوذُبِكَ مِنْ كُلِّ صَاحِبٍ يُؤْدِينِي. وَأَعُوذُبِكَ مِنْ كُلِّ أَمَلٍ يُلْهِينِي. وَأَعُوذُبِكَ مِنْ كُلِّ فَقْرِيُنْسِينِي. وَأَعُوذُبِكَ مِنْ كُلِّ غِنًى يُطْغِينِي.

Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan Engkau dari tiap-tiap perbuatan yang menjatuhkan nama baiknya. Dan aku berlindung dengan Engkau dari tiap-tiap teman yang menganggapnya begitu. Dan aku berlindung dengan Engkau dari tiap-tiap cita-cita yang menjadikan lupa daratan. Dan aku berlindung dengan Engkau dan tiap-tiap kekurangan yang menggelapkan mata dan aku berlindung dengan Engkau dari tiap-tiap kemewahan yang lupa pada keadilan.

Treat everyone with politeness, even those who are rude to you — not because they are nice, but because you are. ~Author Unknown

28 April 2015

Travellingbie : 5 Tempat Menarik yang boleh dilawati di Taiping

“Traveling is a brutality. It forces you to trust strangers and to lose sight of all that familiar comfort of home and friends. You are constantly off balance. Nothing is yours except the essential things – air, sleep, dreams, the sea, the sky – all things tending towards the eternal or what we imagine of it.”

"And the end of all our exploring,
Will be to arrive where we started
And know the place for the first time."
- T.S. Eliot 

Taiping... From Taiping With LOVE :)

Urusan kerja di Taiping pada bulan Mac yang lepas memberikan saya peluang untuk menjelajah keindahan Taiping. Hmmmm...apa yang ada di Taiping? Rasanya bila di sebut Taiping, saya sendiri tidak pasti apa yang boleh dilakukan di Taiping. Tidak seperti Ipoh, Taiping dikenali sebagai Bandar Warisan. Menarik...mesti banyak tempat-tempat bersejarah di Taiping :)

Perkara pertama terlintas di kepala saya adalah = Taman Tasik Taiping dan Bukit Maxwell :)) Moh..saya bawakan anda 5 tempat yang boleh anda lawat dan jelajah sekiranya anda berada di Taiping :)

Taman Tasik Taiping - Taman Tasik Taiping merupakan kawasan rekreasi bekas lombong bijih timah yang tertua di Malaysia. Taman tasik ini dibuka pada tahun 1880. Zoo Taiping terletak di taman tasik ini. Keluasan taman tasik di bandar Taiping ini, mencapai hingga 62 hektar. (sumber :: Wikipedia). Selesai kerja jam 5 petang di Taiping, saya bergegas ke hotel dan turun semula untuk menjelajah Tasik Taiping. Perasaannya....seperti berada di zaman yang lampau. Suasananya amat berbeza dengan taman tasik Perdana atau Titiwangsa atau di Bandar Permaisuri. Pokok yang merimbun dan ada yang melebihi 100 tahun menyerlahkan suasana misteri serta nyaman. Pemandangan yang luar biasa cantek nya, pada pemandangan saya. Sepanjang larian di sekeliling tasik, kelihatan ramai yang turut serta beriadah di sini. Zoo Taiping juga berdekatan dengan tasik ini. Saya tidak berpeluang untuk mengikuti Night Safari di Zoo Taiping memandangkan kekangan waktu dan ini membolehkan dan memberi saya peluang untuk datang semula ke Taiping, InsyaAllah :) Saya belanja gambar sekitar Taman Tasik Taiping yang menggegarkan jiwa ini :))
Bukit Larut - Bukit Larut atau Bukit Maxwell di Taiping, Perak adalah pusat peranginan tanah tinggi tertua di Malaysia. Nama bukit itu sempena residen British, George Maxwell yang bertugas di kawasan itu pada 1880. Kawasan ini adalah lokasi paling lembap di Malaysia. (sumber :: My Metro). Memandangkan masa yang agak padat dan saya perlu bergegas kembali ke KL, saya mengambil keputusan untuk menjelajah Bukit Larut. Seawal pagi selepas sarapan, saya terus menuju ke Bukit Larut yang tidak berapa jauh dari Taman Tasik Taiping. Ingatkan bolehla nak mendaki. Namun, selepas mendapatkan maklumat mengenai mengenai dakian ke Bukit Larut yang bakal mengambil masa lebih kurang 4 jam dan lebih kurang 2 jam menuruni semula bukit tersebut, saya mengambil keputusan menaiki Land Rover yang disediakan. Nasib saya baik kerana terdapat 1 kekosongan tempat pada jam 9 pagi. Dengan bayaran tiket RM6 bagi perjalanan 2 hala, ianya sangat murah dan seluruh keluarga yang ingin ke puncak Bukit Larut mampu untuk ke sana. Walaubagaimanapun, sekiranya anda mengunjungi Bukit Larut pada hujung minggu, pastikan anda tiba lebih awal, seawal 730 pagi di Bukit Larut untuk membeli tiket tersebut. :)
Saya hanya berkesempatan untuk menjelajah 2 tempat di atas. Antara 3 tempat menarik yang anda boleh lawati di Taiping adalah: 

Hutan Eko Pendidikan Paya Larut Matang - Yang ini saya belum ada kesempatan untuk sampai ke sini. Hutan Eko ini juga menarik perhatian saya dan apa sahaja yang berbentuk alam semulajadi, bakal menarik perhatian saya. Hutan Eko ini diwartakan sebagai Hutan Simpan Kekal pada tahun 1906, Hutan Paya Bakau Matang ini berkeluasan kira-kira 40,000 hektar. Ia adalah rizab hutan paya bakau terbesar di Semenanjung Malaysia. Matang kaya dengan pelbagai hidupan liar dan habitat yang tinggal di kawasan paya bakau dan dataran lumpur. Pengunjung juga boleh menaiki bot menyusuri sungai pada waktu malam untuk melihat kelip-kelip atau kunang-kunang. Antara aktiviti menarik lain yang boleh dilakukan di situ ialah melihat kehijauan pokok bakau dan memerhati burung yang pelbagai spesies.Yang ini memang kene lawati bila ada kesempatan nanti. Sekiranya anda ingin menginap di sini, jangan risua kerana ada juga disediakan tempat penginapan :) 

Kuala Sepetang - khabarnya Kuala Sepetang terkenal dengan kelazatan Mee Udang. hmmm...memang kene datang lagi ke Taiping nie :)). Antara perkara lain yang ada boleh lakukan di Kuala Sepetang selain dari menikmati makanan yang sedap adalah - Menaiki bot dan melakukan aktiviti nelayan memancing,menangkul kerang,melihat burung, Menjelahi sungai(river cruise) sekitar Kg nelayan, Melihat kelip-kelip jam 0800 mlm ke atas, Lawatan ke Kilang Arang dan Lawatan ke Pusat Pendidikan Hutang Paya Laut Matang; 
Makan...adalah perkara yang paling menarik sekiranya saya melawati tempat lain. Antara makanan yang perlu dicuba di Taiping selain dari Mee Udang adalah: 
  1. Doli Kuey Teow Goreng 
  2. Medan Selera Belakang Bomba 
  3. Yong Tau Fu & ABC... 
  4. Cendul 
  5. Bismillah dan Ansari dekat Sekolah St George 
  6. Restoran Yut Sun Jalan Pasar 
  7. Pasar Larut Matang 
  8. Pohpiah Ella, Pohpiah Omar 
  9. Kadir Pasembor 
  10. Mi Combat, ais kacang istimewa 
  11. Restoran Koboi Simpang 
  12. Selera Malam Kamunting 
  13. Restoran Asam Pedas Kamunting 
  14. Sebelah Petronas Kamunting 
  15. Bihun sup dan sate 
  16. Restoran JS Muara 
  17. ketam lembut dan ikan semilang 
  18. Mi Udang 
  19. Mak Jah, Mak Teh Kuala Sepetang 
  20. Salleh Stall Port Weld 
  21. Pak Su Changkat Jering 
Ini baru 5 tempat dan perkara yang boleh dilakukan di Taiping. Sebenarnya banyak lagi dan sekiranya anda menyukai sejarah, anda pasti akan menyukai Taiping :)

"The Road goes ever on and on
Down from the door where it began.
Now far ahead the Road has gone,
And I must follow, if I can,
Pursuing it with eager feet,
Until it joins some larger way
Where many paths and errands meet.
And wither then? I cannot say."
- J.R.R. Tolkien, 'The Lord of the Rings'

27 April 2015

EPF Withdrawal: What do you do with the money?

“If money management isn't something you enjoy, consider my perspective. I look at managing my money as if it were a part-time job. The time you spend monitoring your finances will pay off. You can make real money by cutting expenses and earning more interest on savings and investments. I'd challenge you to find a part-time job where you could potentially earn as much money for just an hour or two of your time.” ~ Laura D. Adams, Money Girl's Smart Moves to Deal with Your Debt

EPF has been confirmed that the withdrawal age for EPF Withdrawal will not be changed and remain at the age of 55 years.

Many has expressed their relief of that announcement. EPF is a scheme for working adults in Malaysia to automatically set aside funds for retirement. Members are allowed to withdraw money from their account for certain reasons such as withdrawal for purchasing a house and others in Account 1 or Account 2.

Once you reached the age of 55 years old, you can withdraw your EPF fund wholly. What do you do with that bulk of money? Most of pensioners spend the money unwisely and within 2-3 years the money is gone. You tend to spend it for your travelling expenses, your debts, your children and grandchildren, and others without realizing that you might have many years to live and your medical expenses are increasing from year to year. Can EPF Fund covers it all? I doubt about it...

What can you do? Your money, your EPF fund should outlive you and not the other way round. If you are not careful with the spending, you will be left nothing at the end of time.

There are a few suggestions to do with your EPF Fund once you withdraw it all:
  1. Invest - You need your money to keep growing after you retire. So, invest it in the investment portfolios that you are comfortable with such as ASB, Tabung Haji, Unit Trust Funds, Savings Bonds;
  2. Buy Property - property can be a condominium at a prime location with demanded rental, a low cost apartment, and others. Such property should generate passive income for your retirement and make sure that the property you buy is profitable;
  3. Skills - if you have skills that you have gained during your working years, you can generate income from that skills. You might have knowledge in financial or IT or teaching. You can give tuitions or home tuitions to students, you can help company to set-up or manage their financial, you can advice new company on operational and others that suite your knowledge and skills;
  4. Lifestyles - keep a healthy lifestyles. You will not want to spend all your retirement fund for your medical expenses. Diet and exercise may help you save some medical bills;
  5. Learn - Learn something that you are passion with. Take a professional certifications or others to make sure your brain is continuously working effectively. At the same time, you gain more knowledge and more skills that others required and might increase your chance to earn more money. :)
  6. Spend wisely - spend wisely and plan your monthly expenses. Your EPF Fund does not grow if you spend it all. You end up having more debts if you don't spend it and invest it wisely.
Before you make any purchase, ask yourself if you really need it. In most cases your life won't be any less full or rich without it, and every dollar you save will reduce your ecological footprint.~Kim McKay and Jenny Bonin, True Green

23 April 2015

Muhasabah Diri : Latihan Jiwa, Mendidik Akhlak dan Cara Merawat Penyakit Hati

Bab 18 dari Kitab Mukhtasar Munhajul Qaasidin membincangkan mengenai Latihan Jiwa kepada Hati.

Akhlak mulia merupakan sifat para nabi dan golongan as-siddiqiin. Manakala akhlak yang buruk adalah racun yang membunuh yang menyebabkan tuan punya hati tersebut menjadi rakan kongsi di jalan syaitan.

Di sini, dipaparkan beberapa jenis penyakit dan cara merawatnya secara ringkas, kerna ianya dirasakan sudah cukup menjelaskan hakikatnya, InsyaAllah.

Fasal 1: Kelebihan Akhlak Baik dan Kehinaan Akhlak Buruk:
Perkara ini telah disebutkan sedikit di dalam Bab 11. Sesetengah manusia yang dikuasai dengan sifat malas berusaha menganggap bahawa latihan pembersihan jiwa adalah satu kerja yang berat dan mendakwa bahawa akhlak tidak mungkin dapat diubaj seperti juga bentuk fizikal yang tidak boleh diubah. Jawapan kepada mereka yang bersifat malas itu - Jika akhlak tidak dapat diubah, bermakna segala nasihat dan pesanan tidak memberi apa-apa makna, erti dan faedah. Bagaimana seseorang boleh mendakwa bahawa akhlak tidak boleh diubah sedangkan kita menyaksikan bagaimana haiwan liar dapat dijinakkan, anjing boleh diajar, kuda boleh dilatih dan sebagainya. Apa yang berlaku adalah sebahagian tabiat dan perangai mudah dibaiki dan sebahagian yang lain amat sukar.


Firman Allah pada Al-Furqan ayat 67:
Dan orang-orang yang apabila membelanjakan (harta), mereka tidak berlebih-lebihan, dan tidak (pula) kikir, dan adalah (pembelanjaan itu) di tengah-tengah antara yang demikian. (Q.S. Al-Furqan: 67)

Antara bukti yang menunjukkan bahawa yang dikehendaki dengan usaha pembersihan jiwa adalah pada tahap bersederhana ialah sifat pemurah. Sifat ini mengimbangi sifat kedekut dan boros. Sifat kesederhanaan ini kadang-kadang lahir secara fitrah yang berupa anugerah daripada Pencipta.

Barangsiapa yang ingin menjadi pemurah, hendaklah berusaha menjadi pemurah dengan sentiasa memberi (sama ada dalam bentuk sedekah, hibah atau hadiah) agar perkara tersebut lama-kelamaan menjadi tabiatnya.

Kadang-kadang akhlak yang baik juga boleh diperolehi melalui pergaulan dengan orang yang baik. Tabiat atau sikap manusia adalah seumpama pencuri. Ia akan mencuri apa sahaja sama ada baik atau buruk.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, "Seseorang itu berada di atas agama temannya maka hendaklah seseorang dari kamu melihat dengan siapa dia bersahabat."~Hadis riwayat Abu Daud (4833) dan at-Tirmizi(2379) daripada Abu Hurairah r.a dengan sanad yang hasan.

Allahu Ta'ala A'lam

22 April 2015

Travellingbie : Backpacking ke Penang

Traveling – it leaves you speechless then turns you into a storyteller – Ibn Battuta

I always wonder why birds stay in the same place when they can fly anywhere on the earth. Then I ask myself the same question – Harun Yahya

Tourists don’t know where they've been, Travelers don’t know where they are going – Paul Theroux

Musafir kali ini, saya berkesempatan untuk melihat Penang secara ground. Mode of Transportation semuanya menggunakan bas. :) Diharap tips perjalanan kali ini dapat memberi manfaat kepada pembaca yang menyukai pelancongan secara bajet ini. Tiket kapal terbang kami hanyalah RM60 bagi penerbangan 2 hala. Kebetulan ada tiket murah AirAsia, tanpa fikir panjang lagi, kami membeli dan permohonan cuti pula dilakukan selepas membeli tiket tersebut. Cuti 1 hari sahaja :)

Hari Pertama musafir, saya terpaksa menaiki ERL dari BTS ke KLIA. Kereta terpaksa dikuarantin di worksyop kerana menghadapi masalah overheating :))
ERL BTS - KLIA2 = RM26.50
Setibanya di KLIA 2, kami terus ke balai pelepasan. Nasib baik sempat :)) Alhamdulillah. Tempoh penerbangan mengambil masa lebih kurang 1 jam. Setibanya di Lapangan Terbang Bayan Lepas, perasaan terpinga-pinga pulak sebab suasananya sangat jauh berbeza dengan kali terakhir saya ke Penang menggunakan laluan udara banyak tahun yang lepas.
Di lapangan terbang, kami terus menuju kaunter pertanyaan Tourism Malaysia. Setelah mendapat maklumat yang agak banyak dari pegawai bertugas, kami terus ke tempat menunggu bas untuk ke Lebuh Chulia. Kadar Tambang bas = RM2.70. Dari lapangan terbang ke Lebuh Chulia boleh menggunakan Bas 401E yang akan berhenti di Komtar. Dah lama sangat tak naik bas :)) Perjalanan dari Lapangan Terbang ke Lebuh Chulia mengambil masa selama hampir 2 jam, memandangkan masa kami tiba sudah hampir jam 4 petang dan warga Penang pula dalam perjalanan balik dari kerja.
Pemandu bas menurunkan kami di Lebuh Chulia. Dari Masjid Keling, kami berjalan menuju tempat penginapan lebih kurang 700 meter. Sepanjang perjalanan ada jugaklah menemui mural Chulia Street. :)
Sempat juga membeli sebotol besar air mineral untuk bekalan. Air Mineral = RM2.00. Hujan panas renyai-renyai turun menyambut kedatangan kami di Penang. Setibanya di Malabar Inn, hujan lebat turun dengan tiba-tiba. Tak boleh nak keluar mana-mana dah. Kami rehat dulu di bilik sementara menanti hujan teduh. Dalam masa yang sama, perut sudah bernyanyi minta diisi. :))
Selepas maghrib, kami memutuskan untuk memulakan misi pertama kami - Nasi Kandar :)) Misi nasi kandar kami hampir gagal memandangkan jalan yang kami lalui becak dan jauh. Rupa-rupanya, Restauran Hameediyah ini selang beberapa blok sahaja dari Malabar Inn dan kami berjalan sejauh sehingga Komtar mencari restauran ini :)). Sampai sahaja di Hameediyah, dan perut semakin berkeroncong, apa lagi...penuh sepinggan dengan lauk pauk nasi kandar. Harga = RM12.00 Air = RM1.00 Popadam RM1.00
Walaupun cuaca hujan dan malam, Restoran ini dipenuhi dengan pengunjung sehinggakan kami terpaksa keluar dari restoran selepas selesai makan. Diluar masih hujan...hmmm, redah sahaja dengan perasaan yang puas hati dan kenyang :)) Alhamdulillah. 
MISI 1 # Nasi Kandaq - CHEKCED :))

Keesokan harinya, seawal pagi, kami meneruskan misi 2 kami = Roti Canai Banjir :))
Roti Canai Banjir lauk Daging = RM4.00, Teh Tarik = RM1.25
MISI 2 # Roti Canai Banjir - CHEKCED :))
Ingatkan boleh tambah satu lagi makanan = Roti Bakar, tapi keadaan tidak mengizinkan. Kenyang makan roti canai banjir nie :)). Selepas minum pagi, kami menuju ke Komtar pulak untuk ke Penang Hill atau lebih dikenali dengan nama Bukit Bendera. Bas dari Komtar ke Bukit Bendera  RM2.00 seorang dan perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam. Peringatan bagi anda yang ingin menaiki Bas Rapid Penang, sediakan duit yang secukupnya kerana pemandu bas tidak akan memberi tukaran wang kecil kepada anda!

Tiket masuk ke Bukit Bendera bagi pemegang MyKad adalah RM10 untuk perjalanan 2 hala. Sekarang nie dah takde dah perjalanan 1 hala. :)) Pemandangan....MasyaAllah, memang canteq, sejuk mata memandang dan suasana di atas sana masih sejuk umpama berada di luar negara :)) Owhh...dan di Bukit Bendera juga, anda bolehlah berangan-angan seperti berada di Korea, Lovelock juga ada di Bukit Bendera :))
Lovelock di Bukit Bendera
MISI 3 # Bukit Bendera - CHEKCED :))

Seterusnya, setelah selesai menjelajah Bukit Bendera, kami menaiki bas semula kembali ke Komtar. Tambang Bas RM2.00. Nak pecah kecilkan duit tambang, saya terpaksa membeli apa-apa sahaja yang dijual di gerai sekitar tempat masuk Bukit Bendera. Buah RM2.00.

Dari Komtar, kami meneruskan misi mencari chendol dan laksa penang :)) Dengan perut kosong, sepatutnya diisi dulu dengan makanan berat. Bila jumpa chendol dan laksa, terlupa pula dengan nasi :))
Chendol RM2.50, Laksa Penang RM4.50 Alhamdulillah
MISI 4 # Chendol dan Laksa Penang - CHEKCED :))

Jalan-jalan di Komtar dan Perangin Mall barang sekejap sebelum balik ke billik. Selepas maghrib kami keluar lagi meneruskan misi seterusnya. Disebabkan kami makan chendul dan laksa dengan perut yang sangat lapar, terasa sebu sedikit perut, ditambah lagi dengan hujan di sebelah petang di Pulau Pinang.
Dari Chowrasta, kami menaiki Shuttle Bas Percuma yang disediakan sekitar Georgetown untuk ke Padang Kota Lama, mencari Mee Pata dan Coconut Shake :)) Rupa-rupanya Mee Pata ni Mee Goreng Sotong :)) tapi yang membezakannya adalah sambal sotongnya yang diletakkan di atas mee goreng tersebut. Sedapp...tapi disebabkan perut dah sebu, nikmat sedap tu kurang sedikit.
Coconut Shake = RM3.50 Mee Pata = RM5.00
MISI 5 # Mee Pata dan Coconut Shake - CHEKCED :))
Selesai makan, dan hujan masih lagi turun, makanya kami menaiki semula shuttle bas untuk kembali ke tempat penginapan. Rehat dulu sebelum hari terakhir tiba.

Hari akhir, seawal pagi, kami kembali ke tempat minum pagi hari sebelumnya. Kali nie, mengidam Roti Bakar pulak. Pagi hari minggu pun ramai yang makan di sini. Bersebelahan sahaja dengan Lebuh Clarke.
Kali ni, saya memilih minuman tanpa susu - Kopi O Kaw = RM1.00 dan Roti Bakar Telur separuh masak RM3.00 :)
MISI 6 # Roti Bakar  - CHEKCED :))

Akhir sekali, Misi kami mencari 3D Trick Art Museum. Mulanya ingin mencari mural-mural yang sedia ada banyak di Penang, tetapi memandangkan masa kami agak suntuk, kami membuat keputusan untuk mengunjungi 3D Trick Art Museum. CAT Shuttle Bas percuma, memang menjimatkan. Tiket masuk ke museum tersebut bagi pemegang MyKad = RM15.00. Aksi kami...macam-macam ada :)) tak perlulah nak tunjukkan dekat sini...hehehehe
MISI 7 # 3D Trick Art Museum  - CHEKCED :))

Akhir sekali, kami ke Chowrasta membeli jeruk Pak Ali :) RM10.00 dan kembali semula ke Malabar Inn untuk checked out.

Selepas check out jam 12pm, kami makan tengahari dulu di Food Court Perangin Mall. Kali ini kami memilih untuk makan makanan Arab Syria :) - tak ingat apa nama menu nie, tapi harganya boleh tahan mahal jugak = RM14.00 dan RM16.00
 
Selepas makan dan solat, kami ke Komtar untuk menaiki bas ke Lapangan Terbang Bayan Lepas. Memandangkan hari tersebut adalah hari ahad, bas dipenuhi dengan pekerja-pekerja asing yang berliburan di hujung minggu. Lebih sejam berdiri di dalam bas sebelum tiba di lapangan terbang. Dalam hampir 2 jam menikmati pemandangan Penang di dalam bas sebelum tiba di Airport Bayan Lepas :)).

Jam 4 petang, tiba di airport dan airport juga dihujani dengan manusia....pening kepala kami :)). Check in dengan selamat dan seterusnya menunggu penerbangan balik ke Kuala Lumpur pada jam 5 petang.

Akhiran, jelajah kami di Penang dengan selamat. Walaupun terdapat beberapa tempat yang tidak sempat kami kunjungi, InsyaAllah ada rezeki, tiket murah dan ada kesempatan, Penang akan kami kunjungi lagi :)

Destinasi bajet kami kali ini sangat murah. Penginapan di Malabar Inn untuk 3 hari 2 malam bagi 2 orang hanyalah RM200 sahaja. Tiket penerbangan 2 hala RM60 seorang.

Belanja kami tidak sampai RM300 seorang :). Jimat kan? :)
The more I learn, the more I learn how little I know – Socrates

19 April 2015

Muhasabah Diri : Keajaiban Hati

Bismillahirrahmaanirrahiim
Bab 17 membicarakan mengenai keajaiban hati.

Hati merupakan anggota paling mulia yang berada dalam diri manusia. Siapa yang mengenali hatinya, dia akan mengenali Tuhannya. Kebanyakan manusia tidak mengenali hati dan dirinya sendiri. Walaubagaimanapun, manusia selalu perasan bahawa mereka mengenali dan memahami hati masing-masing walaupun sebenarnya sebaliknya.

Hati mengikut fitrah asalnya boleh menerima hidayah. Hati juga dibekalkan dengan hawa nafsu dan syahwat yang mana keduanya menyebabkan hati tersasar dan menyimpang dari hidayat tersebut.

Pernah tak kita terfikir untuk menderma sebanyak mungkin wang dan harta yang kita ada, tetapi terhalang untuk berbuat demikian? Hati terhalang untuk membuat kebaikan disebabkan hawa nafsu dan syahwat tersebut.

Pencerobohan tentera lawan terhadap hati hanya berlaku secara menyelinap atau mencuri masuk sepetimana yang difirmankan Allah Ta'ala yang bermaksud:
"Dari kejahatan pembisik, penghasut yang timbul tengelam" ~ Surah An-Nass:4
Ayat ini membawa maksud ~ Syaitan akan bersembunyi mengundurkan diri apabila seseorang itu mengingati Allah SWT tetapi ia amat senang hati apabila seseorang itu melupakan Allah. Kuncu-kuncu syaitan di dalam hati hanya dapat dihalau jika seseorang itu berzikir mengingati Allah SWT kerana mereka tidak akan menetap dengan tenang dalam keadaan tersebut.

Hati seumpama sebuah kubu. Laluan pintu masuk syaitan ke dalam jiwa adalah manusia itu sendiri. Antara laluan syaitan adalah:
  1. Hasad Dengki dan bersikap haloba;
  2. Perasaan marah, bernafsu dan bengis;
  3. Gemar berlebih-lebihan dalam menghiasi rumah, pakaian dan peralatan perabot;
  4. Terlalu kenyang kerana ianya akan menguatkan nafsu syahwat dan menjauhkan diri dari beribadat dan taat kepada Allah SWT;
  5. Perasaan tamak atau terlalu ingin agar diterima oleh orang lain;
  6. Terburu-buru dan tidak berhati-hati dalam segala segi;
  7. Sayangkan harta benda;
  8. Membawa orang awam kepada sikap fanatik dengan mazhab-mazhab tertentu;
  9. Membuat orang ramai terdorong untuk memikirkan zat Allah Ta'ala, sifat-sifatNya dan juga di dalam perkara yang tidak mampu difikirkan oleh manusia;
  10. Bersangka buruk terhadap saudara seagama; dan
  11. lain-lain sifat-sifat Mazmumah.
Senarai di atas merupakan hanya sebahagian daripada pintu masuk syaitan ke dalam hati manusia.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Hati itu umpama sehelai bulu ayam yang berpusing-pusing ditiup angin di tengah padang yang luas"~ Riwayat Ahmad(4/419, 408) dan Ibnu Abu Asim dalam Kitab as-Sunnah (227) daripada Abu Musa Asya'ari r.a dengan sanad yang sahih.

Keteguhan hati terhadap perkara baik atau buruk dan keadaannya yang terumbang ambing antara dua perkara tersebut terbahagi kepada 3 jenis:
  1. Hati yang dimakmurkan dengan taqwa, disucikan melalui proses latihan yang berterusan, dibersihkan dari akhlak yang buruk;
  2. Hati yang terabai atau terbiar yang sarat dengan hawa nafsu serta disaluti dan dicemari dengan segala jenis keburukan dan akhlak yang keji; dan
  3. Hati yang pada mulanya dipengaruhi oleh gelojak hawa nafsu yang mendorong ke arah keburukan, kemudian datang keimanan lalu mendorongnya ke arah kebaikan.
Surah Al-An'aam:125, Allah SWT berfirman yang bermaksud:
"Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman."

Allahu Ta'ala A'lam. Semoga bermanfaat untuk semua.
"Sampaikanlah pada ummat ku walaupun satu ayat"

01 April 2015

Kewangan : 5 cara untuk menghadapi tekanan GST di dalam kehidupan seharian

Cara untuk menghadapi tekanan GST di dalam perbelanjaan seharian

Umum tahu bahawa GST telah dilaksanakan pada hari ini, 1 April 2015 dan ianya bukan gurauan seperti yang digurau-guraukan.

Sebelum GST dilaksanakan lagi, ada juga kedai-kedai, restoran-restoran yang mengenakan caj GST. Tindakan kita sebagai pengguna, perlulah memaklumkan kepada pihak berwajib mengenai salah laku tersebut.

Selain mendengar keluhan-keluhan, membaca keluh kesah rakyat marhaen seperti kita ini di media social atau di mana-mana sahaja, kita secara individunya perlu menyelaras diri kita dan keperluan keluarga agar tidak dibebani dengan GST. Bagi saya, mana-mana cukai yang dikenakan kepada rakyat adalah bebanan. Walaubagaimanapun, manusia merupakan makhluk yang sangat pandai dan bijak serta genius di dalam menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran samada secara fizikal ataupun mental.

Apakah GST???

GST adalah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (Good and Service Tax). Di beberapa negara ia juga dikenali sebagai Value Added Tax (VAT) atau Cukai Nilai Tambah. Ia bukannya kerajaan telah menambah lagi cukai sedia ada atau mengenakan cukai ke atas cukai. 

Baru pagi tadi, saya membuat pindahan wang ke akaun selain dari akaun bank yang sama melalui Pindahan Giro dan saya mendapat, terdapat tambahan sebanyak RM0.01 sen daripada RM0.10 sen caj yang dikenakan. Selain daripada IBB Service Charge sebanyak RM0.10 sen, terdapat juga GST Debit charge sebanyak RM0.01. Nahh…ada tambahan kos di situ sebanyak RM0.01 sen. Walaupun tidak banyak, cuba bayangkan sekiranya 1 juta pelanggan yang membuat pindahan melalui Giro Transfer sehari??? Anda kiralah sendiri.

Uruskan kekerapan pengeluaran wang dari mesin ATM anda!

Sekiranya anda ingin mengeluarkan wang dari mana-mana mesin ATM, pastikan anda mengeluarkan wang tersebut dari bank kad ATM anda kerana selain daripada itu, anda akan dikenakan caj pengeluaran sebanyak RM1.00 dan caj GST sebanyak RM0.06 sen. Rugi lagi RM0.06 sen. Pengeluaran dari mesin ATM bank anda hendaklah tidak melebihi 4 kali pengeluaran kerana selepas itu anda akan dikenakan caj tambahan sebanyak RM1.00.

Aktifkan Sistem Sampul

Saya mendapati Sistem Sampul ini adalah salah satu sistem yang efektif di dalam menguruskan kewangan secara mingguan atau bulanan. Ideanya sangat senang, anda hanya perlu mencongak bajet perbelanjaan anda selama sebulan, bahagikan kepada 4 minggu dan masukkan di dalam 4 sampul mengikut mingguan. Contoh: Anda keluarkan wang dari Mesin ATM anda sebanyak RM2,000.00 dan masukkan di dalam 4 sampul tersebut. Setiap sampul akan mempunyai wang sebanyak RM500.00. Dan anda akan sedar dan berusaha untuk berbelanja mengikut peruntukan yang ada di dalam sampul tersebut, sekaligus dapat menguruskan kewangan mingguan atau bulanan anda secara lebih sistematik. Sekiranya terdapat lebihan di dalam sampul tersebut, berusahalan untuk tidak membelanjakannya atau masukkan baki wang tersebut di dalam sampul mingguan yang lain. Baki tersebut bolehlah anda gunakan sebagai “charity” atau sedekah amal jariah anda sekeluarga untuk bekalan di sana. Kalau tak banyak, sedikit sedikit pun tidak apa :)

Pilihlah Free-For-Life-Credit-Card

Kredit kad juga akan dikenakan caj GST bagi yuran tahunan. Sekiranya anda tidak boleh hidup dan menikmati kehidupan tanpa kad kredit, pilihlah Kad Kredit yang menawarkan Free-For-Life Credit Card. Sekiranya bank kegemaran anda tiada menawarkan pilihan tersebut, mintalah pengecualian dari bayaran tahunan setiap tahun. Bank biasanya akan meluluskan permintaan anda kerana mereka tidak mahu kehilangan pelanggan yang bagus seperti anda yang membayar hutang mengikut masa dan adakalanya membayar lebih dari yang dihutang. Ringankan mulut untuk meminta pengecualian. Anda tidak akan rugi apa-apa! Sekiranya bank kegemaran anda sukar untuk memberi pengecualian caj tahunan bagi kad kredit tersebut, inilah masanya untuk anda menukar kepada bank lain atau langsung terus tidak menggunakan kad kredit sepanjang hidup anda.

Uruskan Bil-bil bulanan anda

Saya percaya, semua kita mempunyai bil bulanan yang terdiri daripada bil utiliti, pinjaman perumahan, pinjaman kereta, pinjaman peribadi dan sebagainya yang perlu dibayar setiap bulan dan ianya kita rasakan merupakan bebanan kepada kita. Heyy…sekiranya tidak mahu bebanan, duduklah berkelana di dalam hutan…hehehehe (gurau sahaja).

Dahulukan pembayaran untuk bil-bil yang wajib, kemudian simpanan dan seterusnya baharulah berbelanja. Ingat tu…Simpan dahulu, baharulah belanja dan bukan sebaliknya. Sekiranya anda inginkan kehidupan yang tidak stress tanpa hutang, bayarlah hutang-hutang anda terlebih dahulu. Sekiranya anda mengetahui bahawa kemampuan anda terhad, hiduplah di bawah kemampuan. Beranganlah dahulu untuk memilik kereta seumpama Hummer, dan kereta mewah yang lain atau jenama barangan ternama. Berangan itukan PERCUMA. Sekiranya gaji anda RM5,000, berbelanjalah seperti orang yang mempunyai gaji RM4,000. RM1,000 tersebut anda simpan terlebih dahulu. Sekiranya gaji anda RM2,000, simpanlah dahulu RM400 atau paling minima RM200 sebelum anda membelanjakannya ke tempat lain. Ya! Yang penting, berbelanjalah di bawah kemampuan anda. InsyaAllah, hidup anda akan lebih tenang!

Beli Barangan Keperluan Anda Secara Borong

Yup, tips ini telah saya maklumkan di dalam entri-entri Pengurusan Kewangan sebelum ini. Tidak perlulah saya menerangkan lebih lanjut kerana tajuknya pun telah jelas :)

Walaupun kita merasakan bahawa GST membebankan rakyat, sebagai rakyat marhaen, adakah kita boleh membuat demontrasi menolak pelaksanaan GST ini, berdemo secara besar-besaran, mewujudkan kucar kacir di dalam negara? Rasanya tidak perlulah saya jelaskan. Apa yang boleh kita lakukan adalah membuat penyelarasan perbelanjaan kita seharian atau secara mingguan atau bulanan. Prioritize! Utamakan yang utama! Sekiranya sebelum ini kita selalu makan di luar, cuba-cubalah membawa bekalan makanan ke pejabat yang mana lebih jimat. Sekiranya sering membawa keluarga untuk rehlah di pusat membeli belah, cuba bawa mereka ke tempat-tempat rekreasi yang Percuma dan event-event mingguan yang menyediakan makanan dan minuman percuma dan sebagainya. Saya percaya, ramai dari kita yang mempunyai kreativiti yang terpendam. Ketika kegawatan dan kesusahan ini, keluarkanlah kreativiti anda itu untuk menguruskan kewangan anda agar lebih teratur dan sistematik. Elakkan diri dari mempunyai bebanan hutang yang terlampau. Percayalah! Kehidupan anda akan tenang tanpa hutang yang jahat. :)

Selamat menjalani kehidupan di bawah aras kemampuan.
Allahu Ta'ala A'lam

Muhasabah Diri : When GST is unavoidable in our Life starting 1 April 2015

Depressing, but true: taxes are on everyone’s mind almost 24-7 since they influence our daily lives. 
“For a nation to try to tax itself into prosperity is like a man standing in a bucket and trying to lift himself up by the handle.”–Winston Churchill

Dikongsi dari Group Wassup...
Sedikit muhasabah diri untuk kita pada hari GST bermula. Semoga bermanfa'at InshaAllah

"Hakikatnya krisis kenaikan harga barang telah berlaku ke atas manusia sejak pada zaman Rasulullah SAW lagi, dan ia telah direkodkan dalam hadis sahih.

Dari Anas bin Malik ra. dia berkata, “Harga barang menjadi mahal pada zaman Nabi SAW, lalu mereka (para sahabat) berkata, ‘Wahai Rasulullah, harga telah menjadi mahal maka tetapkanlah harga untuk kami.’” (Riwayat Abu Dawud)

Peristiwa ini berlaku apabila harga barang di pasar di Madinah naik, maka para sahabat bertemu Rasulullah meminta supaya Baginda menetapkan harga supaya orang-orang miskin dapat membeli barang dengan harga yang mereka mampu.

Lalu apa jawab Rasulullah? Baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah, Dialah yang menetapkan harga itu, Dialah Allah yang melapangkan, Dialah Allah yang menyempitkan, serta Dialah Allah yang memberikan rezeki. Dan sesungguhnya aku berharap agar aku bertemu Allah SWT dalam keadaan tidak ada seorang pun dari kalian yang menuntutku di dalam kezaliman terhadap darah mahupun kezaliman terhadap harta.” (Sahih. Riwayat Abu Daud)

Kenaikan harga barang tidak mengubah rezeki seseorang. Nabi menyatakan bahawa Allah-lah yang melapangkan rezeki seseorang hamba dan Dia juga yang menyempitkan rezeki mana-mana hamba yang dikehendakiNya.

Ini selari dengan firman Allah SWT, “Allah meluaskan rezeki dan menyempitkannya bagi siapa yang Dia kehendaki.” (Al-Ra’d: 26)
“Jika Allah melapangkan rezeki kepada hamba-hambaNya tentulah mereka melampaui batas di muka bumi, tetapi Allah menurunkan apa yang dikehendakiNya dengan ukuran. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui hamba-hambaNya lagi Maha Melihat.” (As-Syura: 27)

Usah khuatir kerana rezeki setiap manusia pasti dicukupkan dan tidak dikurangkan sedikit pun. Kenaikan harga sama sekali tidak mempengaruhi rezeki yang ditetapkan.

Ini seperti mana sabda Nabi SAW, “Wahai manusia, sesungguhnya salah seorang kamu tidak akan mati sehingga dia mendapat seluruh rezekinya secara sempurna. Maka janganlah kamu tidak sabar dalam mendapatkan rezeki. Bertakwalah kepada Allah, wahai manusia! Carilah rezeki secara baik, ambillah yang halal dan tinggalkan yang haram.” (Sahih. Riwayat Al-Hakim)

“Ajaibnya urusan orang Mukmin, seluruh urusannya adalah kebaikan dan ini tidak terdapat kecuali pada seorang Mukmin. Jika mendapat kesenangan dia bersyukur dan ini baik baginya, jika ditimpa musibah dia bersabar dan ini juga baik baginya.” (Riwayat Muslim)"

Silalah share & like sekiranya bermanfa'at. Semoga Allah swt mempermudahkan jalan kesukaran dan kemudharatan yang kita tempuhi dalam hidup. Dan semoga Allah swt mempermudahkan jalan ke Syurga buat kita. Aameen