- Conduct market research;
- Certain investment, it is good to buy when market price falls;
- Read a lot - newspapers, journal, and other reading material;
- Know the trend, but you don't have to follow it. Monitor it closely;
- Don't rush.
30 January 2015
Financial: Is 2015 a good year to invest?
23 January 2015
Readings : Mengurus Harta Pusaka oleh Wan Abdul Halim Wan Harun
- Ilmu pewarisan;
- Ilmu berkaitan harta peninggalan si mati.
- Ilmu Nasab - ilmu keturunan yang berkaitan dengan keturunan si mati yang hakiki merangkumi ibu, bapa, datuk, nenek, anak lelaki, anak perempuan, saudara seibu sebapa, saudara sebapa, saudara seibu, bapa saudara dan sebagainya;
- Ilmu Fatwa - ilmu membuat keputusan mengenai waris-waris yang berhak sama ada secara fardhu atau Asabah dan lain-lain;
- Ilmu Matematik - ilmu yang berkaitan dengan pengiraan bahagian bagi setiap waris. Yang ini memerlukan pengiraan matematik yang terperinci.
20 January 2015
Kewangan : Hutang Kereta
18 January 2015
Financial management : Loans
- to expand your business;
- investing in properties - mortgage loan
- Never ever apply loan to cover-up or settle other loans. It's like eliminating your hole by digging another hole. You will end-up having more holes.
- Never apply for ASB Loan
- Never apply credit card Loan
- Never accept any offer from banks on personal loans when you have sufficient income or money to spend for your families
17 January 2015
Financial Management : Living on a budget
A good financial manager for life will always live on a budget. But most people like to live their life beyond thileir capabilities. They tend to buy big house, big cars, big jeweleries, big and branded bags and others without realizing that they are living over their budget.
Key word = budgeting.
Spend few minutes in your life to do budgeting. A budget is a positive undertaking that lays out the path for achieving your financial goals each year or even each month.
With good budgeting, it will help you to identify your expenses, how much capital you can accumulate and how fast you can achieve your financial goal.
They are things that we spend money on what we dont need or that we could get for less. And we all certainly have a certain amount of slippage in our personal expenses. Eliminating that slippage is one of the keys in budgeting.
If you are a good spender, make sure you are also a good or better financial manager in your life or your family. Always remember to live on your budget! Life isn't easy, so thus budgeting. But, if you want to have better life, you need to learn how to do budgeting and love budgeting.
16 January 2015
Dugaan : Niat Berkahwin
Niat penting dalam melakukan segala urusan terutama ibadah kepada Allah berdasarkan hadis: “Sesungguhnya setiap amalan ada niatnya, setiap seorang dinilai mengikut niatnya...” (Riwayat Bukhari dan Muslim) Hadis masyhur ini bukan hanya khusus untuk amal ibadah sahaja, tetapi turut melibatkan amalan atau pekerjaan yang melibatkan orang Islam.
Dipetik dari :
http://baei.blogspot.com/2012/04/niat-berkahwin-boleh-mengikat-kasih.html?m=1
Pernah kah anda berniat untuk berkahwin dan tiba-tiba peluang untuk berkahwin, Allah swt datangkan di depan mata? Tetapi....kadang-kadang yang datang melamar bukanlah orang yang kita idam-idamkan atau lelaki/perempuan pujaan kita? Kadang-kadang, bila kita sudah mula pasang niat, banyaknya calon yang didatangkan di depan mata kita dan banyak juga calon-calon yang tidak sesuai. Begitu banyak dugaan untuk menuju gerbang perkahwinan tersebut...dan...akhirnya kadang-kadang kita akur bahawa ketentuan Allah swt jualah yang terbaik. Kita mungkin tidak mendapat lelaki/perempuan pujaan kita, tetapi orang yang kita nikahi itulah yang terbaik buat kita. Dan kadang-kadang kita langsung tidak mendapat calon yang sesuai daripada senarai calon tersebut. Makanya, sabar dan redha sahaja dengan apa jua yang telah berlaku kepada kita selepas kita berusaha.
Let me tell you a story of a friend of mine:
Tahun 2015, beliau berazam untuk menamatkan zaman bujang...berkahwin dengan izin Allah swt. Sejak menanam niat dari tahun lepas, beberapa insiden dan dugaan terjadi. Ada kawan yang kenalkan beberapa orang calon tetapi suami orang. Kenal-kenal dulu katanya. Nak kenal macamana tu? Itu mencari nahas namanya bila berkenalan dengan suami orang. Calon-calon yang menawarkan diri kebanyakannya masing2 telah beristeri. Suami orang tersebut dikhabarkan sangat baik, tapi....haaaa, ada tapinya. Mushkil kawan ni, kalau baik kenapa nak kenalkan. Ada baiknya definisi baik itu, tidaklah perlu dicemarkan. Kalau suami itu baik, dia perlulah baik dengan isteri dan anak2nya. Tidak perlu mencari yang lain. Ada juga yang merisik2 bertanya secara terang-terangan untuk diri sendiri, tapi empunya diri sudah berpunya. Kesimpulannya, dugaan risikan semuanya datang dari suami orang. Sehinggakan beliau bertanya, tiadakah calon yang masih bujang di dalam dunia ini? Hampir tergelak saya bila diajukan soalan2 seperti itu. Soalan yang saya juga akan tanya kerana perkara tersebut pernah terjadi pada saya. Sekiranya pun jodoh telah ditetapkan dengan suami orang, biarlah permulaannya baik dan pengakhiran juga baik. Mana ada isteri yang sanggup bermadu...kalau ada dan redha, memang luar biasa. Suami-suami orang ini, perlulah tahu bahawa tidak akan pernah berlaku adil bagi suami yang mempunyai 2 atau 3 atau 4 isteri. Walaupun berlaku adil di dalam menyediakan keperluan fizikal, hati isteri 1, 2, atau 3 atau 4 hanya Allah swt sahaja yang tahu. Pengalaman saya, ada juga suami orang yang melamar saya, saya bagitau, biarlah isteri dia yang melamar saya dan saya pasti memang tidak akan terjadi perkara luar biasa ini. Manakala, yang masih bujang pula terlebih muda dan tidak komitted...atau saya dah terlebih matang dan terlebih umur untuk berkahwin :))
Pendapat seposen saya, jodoh adalah ketentuan Allah swt. Tetapi kita sebagai hambaNya, perlulah berusaha untuk mencari jodoh kita, jodoh yang terbaik buat kita yang boleh membimbing kita ke syurga. Selalunya mata cinta kita akan buta, bila orang yang kita cinta itu tidak mencintai kita. Mata cinta dan hati kita yang telah buta memaksa diri kita untuk terus mencintai seseorang walaupun dia telah berpunya ataupun dia tidak mencintai kita. Selalu orang kata "mencintai tidak semestinya memiliki". Ya...kerna sifat memiliki itu adalah kepunyaan Allah swt sahaja. Apa yang ada pada kita hanyalah pinjaman sahaja hatta perasaan kita. Kita sendiri sebenarnya perlu sentiasa berdoa agar hati kita tidak dibolak balikkan dan tetap teguh dalam Iman dan Islam dan berdoa juga agar mendapat pasangan yang dapat membimbing kita ke syurga dan redha Allah swt. Sekiranya orang yang kita cinta tidak mencintai kita semula, anggaplah dia bukanlah yang terbaik buat kita dan Allah swt telah pun selamatkan kita dari bencana hati. Teruskan kehidupan dengan hati yang tenang dan redha serta teruskan berdoa. Sekiranya memang jodoh telah ditakdirkan dengan suami orang, awal lagi saya katakan, biarlah permulaan pertengahan dan pengakhirannya baik baik belaka. Dugaan dan ujian dari Allah swt datang dalam pelbagai bentuk dan rupa. Dugaan orang yang masih bujang lain dengan yang sudah berkahwin. Dugaan-dugaan tersebut, dan macam2 dugaan lagi menunjukkan tandanya Allah swt masih sudi memandang kita dan menegur kita. Apakah kita masih tidak mahu melihat dan mengerti dengan mata hati bahawa setiap apa yang berlaku adalah ketentuan dari Allah swt dan natijah di atas perbuatan kita sendiri? Maka pilihlah jalan yang benar dan lurus. Jika terpesong,cepat-cepat kembali ke pangkal jalan. Redha adalah kata kuncinya. Sekiranya sudah ditakdirkan menjadi isteri ke-2, ke-3 atau ke-4, setelah menempis segala dugaan tersebut, redha sahaja kerna Allah swt Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya. Tetapi perlu diingatkan, jangan mencari nahas atau menempah maut sendiri mencari2 calon di kalangan suami orang. Itu barulah dikatakan "perampas" dan saya sendiri pun tidak mahu menempah jalan penuh liku dan berduri sepanjang hidup dilabelkan sebagai "perampas suami orang".
"Life is a series of choices. Choose wisely."~uark
15 January 2015
Travellingbie : Tips Tempahan tiket
Travellingbie : Musafir Bajet ke Krabi
- 1st Stop Bamboo Island. Wonderful desert island with superb beach and excellent coral reef to explore by snorkelling
- 2nd Stop Hin Klang, Phi Phi’s No. 1 snorkelling reef in the open sea, where the most coral fish are to be found
- 3rd Stop Monkey Beach. Well-sheltered bay on Phi Phi home to all kinds of marine life and even some beach monkeys !
- 4th Stop Tonsai Bay. Delicious Thai buffet lunch at beachside restaurant - Sempat menyembang dengan pekerja restauran. Kebanyakan dari pekerja datang dari Pattani dan Golok dan memang pandai kecek kelate. Kita pun rancak je menyembang dengan pekerja di restauran tersebut berkenaan banjir di Kelantan, ada yang terkesan dengan banjir tersebut memandangkan ada yang tinggal di sekitar sungai Golok.
- 5th Stop Viking Cave. Brief tour of the cave with ancient wall paintings, where birds nests are collected for soup.
- 6th Stop Phi Phi Leh Bay. Hidden sea lagoon of outstanding beauty with high limestone cliffs on all sides
- 7th Stop Loh Samah Bay. Colourful snorkelling in clear, calm and shallow waters just off a small, quiet beach
- 8th Stop Maya Bay. Relax and admire the remarkable scenery from 'The Beach' movie.
10 January 2015
Kewangan : 15 tips melangsaikan hutang anda dalam masa terdekat
- Pinjaman PTPTN
- Pinjaman Perumahan
- Pinjaman Peribadi
- Pinjaman Kereta
- Kad Kredit
- Pinjaman ASB
- Pinjaman Ah Long
- Pinjaman Mak Ayah Adik Beradik Kawan2 dan sebagainya
06 January 2015
Kewangan : Antara Kemampuan dan Kelayakan
Bagaimana inflasi memberi kesan kepada Kemampuan anda di dalam membayar Pinjaman:
Berapa peratus yang diperlukan untuk Simpanan dan Perbelanjaan?
- Simpanan minima = 10% dari gaji anda. Sekiranya anda boleh menyimpan sebanyak 30% setiap bulan, itu lebih baik.Sama ada anda menyimpan di dalam ASB, Tabung Haji, Mutual Fund, Equiti dan sebagainya, terpulang kepada anda. (Your financial goals)
- Simpan dahulu, barulah berbelanja. - Anda perlu disiplin di dalam perkara ini. Selepas mendapat gaji, simpan dahulu 10% dari gaji anda. Selepas itu, baharulah anda mengatur perbelanjaan anda.
- Utamakan perbelanjaan tetap (fixed spending) yang perlu anda bayar setiap bulan sebelum berkira-kira untuk berbelanja di Pusat membeli belah ataupun berbelanja untuk aktiviti riadah dan melancong. Kos tetap termasuklah = bil-bil utiliti termasuk bil letrik, bil air, bil telefon dan sebagainya, sewa rumah atau pinjaman rumah, bayaran kereta, pinjaman peribadi, dan komitmen bayaran bulanan yang lain.
- Perbelanjaan harian (flexible spending) ini termasuklah belanja harian anda di dalam makan minum, keperluan harian rumah, hiburan, dan lain-lain.
― Nathan W. Morris
01 January 2015
Kewangan - Menghadapi cabaran tahun 2015
- Senaraikan barang keperluan anda sekeluarga yang mana tarikh luputnya setahun atau lebih. Contoh barang2 keperluan tersebut - pencuci pinggan mangkuk, pencuci pakaian, pelembut pakaian, ubat gigi, deodorant, sabun mandi, shampu, makanan dan minuman kering seperti biskut kering, minuman 3in1, dll. Belilah stok barang2 keperluan tersebut secara borong. Anda mungkin akan berbelanja lebih pada permulaannya. Tetapi keperluan tersebut merupakan stok selama setahun bagi keluarga anda dan anda tidak perlu membelinya setiap bulan. Anda akan dapati bahawa anda telah menjimatkan perbelanjaan bulanan anda secara tidak langsung. Kos tersebut boleh anda simpan bagi bulan berikutnya dan secara tidak langsung, keupayaan anda untuk menyimpan semakin besar.
- Barang2 keperluan lain seperti makanan basah,anda boleh senaraikan dan beli apabila perlu sahaja. Pentingnya bagi anda untuk melihat stok makanan basah anda di dalam peti sekuk dan menyenaraikan apa yang diperlukan. Dan cara yang lebih baik lagi adalah bagi anda merancang menu masakan sebulan bg keluarga anda supaya anda dapat menentukan apa yang perlu dibeli. Ya...perancangan itu perlu. Anda perlu membuat sedikit kerja rumah di dalam merancang kewangan anda.
- Sekiranya anda suka membawa keluarga anda keluar bersiar2 samada makan2 di luar pada hujung minggu atau mengunjungi pusat membeli belah atau pusat2 hiburan keluarga di hujung minggu, saya pasti perbelanjaan anda melebihi RM100 setiap kali anda berlibur. Saya ingin mencadangkan cara yang lebih murah untuk berlibur dan mengisi masa berkualiti bersama keluarga. Kunjungilah taman-taman rekreasi yang banyak disediakan di negara kita ataupun di kawasan anda. Anda boleh membuat aktiviti2 kekeluargaan di sana. Bawa bekalan dan berpikniklah sambil mengeratkan hubungan kekeluargaan. Kenalkan anak2 anda kepada alam agar generasi mereka akan lebih menghargai alam yang semakin hilang ini. Saya tidak nafikan bukan semua suka kepada aktiviti2 yang melibatkan sentuhan kepada alam, anda juga boleh meluangkan masa sekeluarga dengan melakukan aktiviti2 lain - aktiviti2 amal yang dianjurkan, ke perpustakaan, muzium2, bersiar2 sekitar kota dengan pengangkutan awam, dan lain2. Tidak semua aktiviti2 kekeluargaan memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi. Anda cuma perlu lebih kreatif di dalam menjadikan aktiviti tersebut lebih seronok dilakukan bersama, lebih2 lagi bersama keluarga tercinta.
- Lihat semula bebanan hutang anda. Bagi pandangan saya, beban terbesar bagi sesebuah keluarga adalah hutang rumah dan kereta. Sekiranya anda mempunyai hutang peribadi yang mana ianya menjadi beban ( bad debt), anda perlu menyahkannya segera. Ada keluarga yang mempunyai 2 kereta kerana kedua pasangan bekerja. Cadangan saya, sekiranya anda risau dengan pembayaran bagi 2 kereta tersebut yang menghabiskan 1/4 dari gaji anda, anda perlu melakukan sesuatu. Sekiranya anda mempunyai anak yang ramai, dan anda mempunyai 2 kereta 7 seater, "letgo"1 kereta dan beli kereta yang lebih kecil. Bukannya anda akan membawa kedua2 kereta semasa aktiviti keluarga pun. Dan anda perlu ketahui bahawa kereta merupakan liabiliti bagi anda. Cukuplah sekadar keperluan sekeluarga dan anda sendiri, bukannya untuk menunjuk2 tahap kewangan anda dan dalam masa yang sama, anda sering mengadu, mengeluh kenaikan harga barangan dan kos kehidupan yang tinggi. Muhasabah tahap kemampuan kewangan anda dahulu sebelum mengeluh sana sini. Rumah pula merupakan aset anda. Walaubagaimanapun, rumah yang anda duduki sendiri kadang2 menjadi 1 bebanan kerana anda menghabiskan 1/3 gaji anda bagi membayar pinjaman rumah, kecualilah anda mempunyai pendapatan sampingan seperti rumah sewa dan pendapatan dari rumah sewa tersebut dapat mengurangkan beban pinjaman perumahan anda.
- Lihat semula perbelanjaan rumah anda - sekiranya anda melanggan Astro, adakah anda betul2 perlu??? Pengalaman saya, TV free yang disediakan pun tak sempat nak tengok semua. Kebanyakan kawan2 saya yang melanggan Astro hanya melanggan yang basic sahaja, itupun bil bulanan hampir juga mencecah seratus. Bil tersebut, sekiranya di darabkan dengan 12 bulan, boleh mencecah ribuan. Ribuan ringgit tersebut sebenarnya boleh digunakan untuk membeli keperluan lebih penting untuk keluarga anda, melainkan anda berasakan bahawa kehidupan anda sekeluarga tidak sempurna sekiranya tiada Astro, teruskan melanggan dan membayar bil Astro secara bulanan.
- Latih diri anda dan keluarga untuk berjimat - jimat elektrik, jimat air, dan tekankan pada anak2 bahawa penjimatan di dalam kehidupan seharian adalah menguntungkan. Penjimatan bukan sahaja kepada penggunaan letrik dan air. Penjimatan di dalam berbelanja juga perlu didedahkan pada anak2. Belajar berjimat duit belanja sekolah dengan membawa bekal. Jangan malu membawa bekal ke sekolah. Wang saku anak2 anda itu boleh disimpan atau digunakan untuk membeli keperluan yang mereka perlukan. "Early education" segalanya bermula dari rumah. Apabila sesuatu sentiasa dilakukan, secara tidak langsung ianya akan menjadi tabiat. Dedahkan tabiat pengurusan kewangan yang berkesan pada anak2 dari kecil lagi. Semoga berjaya :)
- Kreatif dan Cipta "multiple income". Sekiranya anda mempunyai kepakaran atau minat di dalam bidang memasak, menjahit, mengajar dan sebagainya...sebenarnya ia boleh memberi pendapatan sampingan kepada anda, sekaligus meningkatkan keupayaan anda untuk menyimpan dan berbelanja. Cara bagaimana untuk memasarkan minat anda itu, terpulang kepada kreativiti anda. Lihat peluang di sekeliling anda dan bukakan minda anda untuk belajar. Tidak ada manusia yang miskin kerana takdir. Setiap kita manusia mempunyai akal, fikiran dan tenaga untuk berusaha ke arah kehidupan yang lebih baik. Orang yang sedia kaya sekalipun, sekiranya mereka mempunyai pengurusan kewangan yang teruk, satu hari nanti akan jatuh papa kedana juga.
Pengurusan Kewangan - Menghadapi cabaran tahun 2015
Permulaan 2015, telah bermula jam 12 tengah malam tadi.
2015 dijangkakan menjadi tahun yang mencabar buat negara kita dari segi ekonomi, social dan lain-lain. Dengan permulaan 2015 yang menguji negara satu demi satu - bencana alam, tragedi kemalangan dalam aviator, mata wang RM yang lemah, penurunan harga petrol dunia dan sebagainya, merupakan antara indikator yang boleh kita jangkakan bahawa ekonomi negara pada tahun ini berada di tahap yang agak sukar. Pembangunan semula infrastruktur bagi negeri Kelantan yang dilanda bencana banjir teruk, dilaporkan sebanyak RM1 Bilion, belum lagi negeri2 lain yang dilanda banjir termasuk Terengganu, Pahang, Perak, Johor dan lain2.
Bagi diri kita secara individunya, perancangan kewangan kita sendiri perlu dilihat dan diurus dengan berkesan. Seandainya 2014 merupakan tahun sukar bagi anda di dalam pengurusan kewangan, tahun 2015 mungkin akan menjadi lebih sukar sekiranya anda tidak membuat penilaian semula atau boleh saya katakan muhasabah diri bagi pengurusan kewangan anda dan keluarga. Pengurusan perbelanjaan perlu diuruskan secara berhemah dan semak semula perbelanjaan yang tidak perlu untuk anda dan keluarga. Simpanan secara berkala juga perlu dilihat semula dan sekiranya anda telah mempraktiskan 10% dari simpanan pendapatan anda, teruskan lah dengan tabiat menyimpan tersebut. Andai anda dapat meningkatkan peratusan simpanan anda, itu lebih baik.
Terdapat beberapa cara bagi anda menguruskan perbelanjaan anda dengan lebih berkesan. Saya mendapat idea ini selepas beberapa kali memborong di pusat borong Mydin. Anda boleh mula mengunjungi pusat2 memborong selepas ini bagi memaksimakan penjimatan perbelanjaan anda:
1) Senaraikan barang keperluan anda sekeluarga yang mana tarikh luputnya setahun atau lebih. Contoh barang2 keperluan tersebut - pencuci pinggan mangkuk, pencuci pakaian, pelembut pakaian, ubat gigi, deodorant, sabun mandi, shampu, makanan dan minuman kering seperti biskut kering, minuman 3in1, dll. Belilah stok barang2 keperluan tersebut secara borong. Anda mungkin akan berbelanja lebih pada permulaannya. Tetapi keperluan tersebut merupakan stok selama setahun bagi keluarga anda dan anda tidak perlu membelinya setiap bulan. Anda akan dapati bahawa anda telah menjimatkan perbelanjaan bulanan anda secara tidak langsung. Kos tersebut boleh anda simpan bagi bulan berikutnya dan secara tidak langsung, keupayaan anda untuk menyimpan semakin besar.
2) Barang2 keperluan lain seperti makanan basah,anda boleh senaraikan dan beli apabila perlu sahaja. Pentingnya bagi anda untuk melihat stok makanan basah anda di dalam peti sekuk dan menyenaraikan apa yang diperlukan. Dan cara yang lebih baik lagi adalah bagi anda merancang menu masakan sebulan bg keluarga anda supaya anda dapat menentukan apa yang perlu dibeli. Ya...perancangan itu perlu. Anda perlu membuat sedikit kerja rumah di dalam merancang kewangan anda.
3) Sekiranya anda suka membawa keluarga anda keluar bersiar2 samada makan2 di luar pada hujung minggu atau mengunjungi pusat membeli belah atau pusat2 hiburan keluarga di hujung minggu, saya pasti perbelanjaan anda melebihi RM100 setiap kali anda berlibur. Saya ingin mencadangkan cara yang lebih murah untuk berlibur dan mengisi masa berkualiti bersama keluarga. Kunjungilah taman-taman rekreasi yang banyak disediakan di negara kita ataupun di kawasan anda. Anda boleh membuat aktiviti2 kekeluargaan di sana. Bawa bekalan dan berpikniklah sambil mengeratkan hubungan kekeluargaan. Kenalkan anak2 anda kepada alam agar generasi mereka akan lebih menghargai alam yang semakin hilang ini. Saya tidak nafikan bukan semua suka kepada aktiviti2 yang melibatkan sentuhan kepada alam, anda juga boleh meluangkan masa sekeluarga dengan melakukan aktiviti2 lain - aktiviti2 amal yang dianjurkan, ke perpustakaan, muzium2, bersiar2 sekitar kota dengan pengangkutan awam, dan lain2. Tidak semua aktiviti2 kekeluargaan memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi. Anda cuma perlu lebih kreatif di dalam menjadikan aktiviti tersebut lebih seronok dilakukan bersama, lebih2 lagi bersama keluarga tercinta.
4) Lihat semula bebanan hutang anda. Bagi pandangan saya, beban terbesar bagi sesebuah keluarga adalah hutang rumah dan kereta. Sekiranya anda mempunyai hutang peribadi yang mana ianya menjadi beban ( bad debt), anda perlu menyahkannya segera. Ada keluarga yang mempunyai 2 kereta kerana kedua pasangan bekerja. Cadangan saya, sekiranya anda risau dengan pembayaran bagi 2 kereta tersebut yang menghabiskan 1/4 dari gaji anda, anda perlu melakukan sesuatu. Sekiranya anda mempunyai anak yang ramai, dan anda mempunyai 2 kereta 7 seater, "letgo"1 kereta dan beli kereta yang lebih kecil. Bukannya anda akan membawa kedua2 kereta semasa aktiviti keluarga pun. Dan anda perlu ketahui bahawa kereta merupakan liabiliti bagi anda. Cukuplah sekadar keperluan sekeluarga dan anda sendiri, bukannya untuk menunjuk2 tahap kewangan anda dan dalam masa yang sama, anda sering mengadu, mengeluh kenaikan harga barangan dan kos kehidupan yang tinggi. Muhasabah tahap kemampuan kewangan anda dahulu sebelum mengeluh sana sini. Rumah pula merupakan aset anda. Walaubagaimanapun, rumah yang anda duduki sendiri kadang2 menjadi 1 bebanan kerana anda menghabiskan 1/3 gaji anda bagi membayar pinjaman rumah, kecualilah anda mempunyai pendapatan sampingan seperti rumah sewa dan pendapatan dari rumah sewa tersebut dapat mengurangkan beban pinjaman perumahan anda.
5) Lihat semula perbelanjaan rumah anda - sekiranya anda melanggan Astro, adakah anda betul2 perlu??? Pengalaman saya, TV free yang disediakan pun tak sempat nak tengok semua. Kebanyakan kawan2 saya yang melanggan Astro hanya melanggan yang basic sahaja, itupun bil bulanan hampir juga mencecah seratus. Bil tersebut, sekiranya di darabkan dengan 12 bulan, boleh mencecah ribuan. Ribuan ringgit tersebut sebenarnya boleh digunakan untuk membeli keperluan lebih penting untuk keluarga anda, melainkan anda berasakan bahawa kehidupan anda sekeluarga tidak sempurna sekiranya tiada Astro, teruskan melanggan dan membayar bil Astro secara bulanan.
6) Latih diri anda dan keluarga untuk berjimat - jimat elektrik, jimat air, dan tekankan pada anak2 bahawa penjimatan di dalam kehidupan seharian adalah menguntungkan. Penjimatan bukan sahaja kepada penggunaan letrik dan air. Penjimatan di dalam berbelanja juga perlu didedahkan pada anak2. Belajar berjimat duit belanja sekolah dengan membawa bekal. Jangan malu membawa bekal ke sekolah. Wang saku anak2 anda itu boleh disimpan atau digunakan untuk membeli keperluan yang mereka perlukan. "Early education" segalanya bermula dari rumah. Apabila sesuatu sentiasa dilakukan, secara tidak langsung ianya akan menjadi tabiat. Dedahkan tabiat pengurusan kewangan yang berkesan pada anak2 dari kecil lagi. Semoga berjaya :)
7) Kreatif dan Cipta "multiple income". Sekiranya anda mempunyai kepakaran atau minat di dalam bidang memasak, menjahit, mengajar dan sebagainya...sebenarnya ia boleh memberi pendapatan sampingan kepada anda, sekaligus meningkatkan keupayaan anda untuk menyimpan dan berbelanja. Cara bagaimana untuk memasarkan minat anda itu, terpulang kepada kreativiti anda. Lihat peluang di sekeliling anda dan bukakan minda anda untuk belajar. Tidak ada manusia yang miskin kerana takdir. Setiap kita manusia mempunyai akal, fikiran dan tenaga untuk berusaha ke arah kehidupan yang lebih baik. Orang yang sedia kaya sekalipun, sekiranya mereka mempunyai pengurusan kewangan yang teruk, satu hari nanti akan jatuh papa kedana juga.
Itulah antara beberapa cara yang dapat saya fikirkan di dalam menguruskan kewangan kita dengan lebih berkesan. Tahun 2015 diharapkan akan menjadikan kita lebih bijak wang, lebih berhikmah di dalam berbelanja dan lebih kreatif di dalam mencipta pendapatan tambahan bagi keluarga.
Saya doakan, negara kita terus kuat bertahan dan tabah di dalam menghadapi ujian ini. Tahun mencabar bagi negara kita. Sudah sampai masanya pemimpin2 kita mengutamakan apa yang penting bagi pembangunan negara, mementingkan keperluan rakyat, mengurangkan kerenah2 protokol yang kadang2 menyaksikan RM dibazirkan dan mengurangkan sikap mementingkan diri sendiri.
Semoga Allah swt membantu negara kita. Semoga Allah swt membantu kita, membantu memulihkan jiwa mangsa2 bencana. Dan semoga Allah swt mengampuni dosa2 kita.
Allahul musta'aan.
Permulaan 2015
Permulaan 2015...
Demam urat, seluruh badan sakit2...Alhamdulillah. Baru beberapa kali ulang alik mengangkut kotak2 berat dari Mydin dah sakit2 macam ni. Belum lagi jadi pekerja di sana yang saban hari membuat kerja2 berat.
Syukur kerana diberi sakit. Peluang untuk muhasabah diri, rehat sekejap dan kumpul tenaga untuk sesi2 bantuan tenaga akan datang. Insafi diri, kerna masih ada tempat dan masa untuk rehat sebentar. Yang ditimpa bencana mungkin langsung tiada kesempatan rehat dan tiada tempat berehat, yang menghantar bantuan juga rehat2 ayam dan mungkin tidak sempat rehat dalam mengagihkan bantuan.
Permulaan 2015 yang sukar. Mungkin inilah masanya kita perlu lihat jauh ke dalam. Ada hikmah di sebalik musibah. Ada pengajaran di sebalik dugaan dan ujian. Hanya yang terbuka hati dan berlapang dada mengambil pengajaran. Yang sempit akal terus jauh dari Tuhan. Semoga Allah swt mengampuni dosa2 kita. Semoga Allah swt redha kita sebagai hambaNya.
Allahul musta'aan.
-
Adakah anda peminat pasta? Mari cuba resepi di bawah ini samada untuk berbuka atau sahur atau bila-bila masa sahaja. Senang dan Sedap :-) S...
-
“I guess sometimes the greatest memories are made in the most unlikely of places, further proof that spontaneity is more rewarding than a ...
-
Saya tertarik dengan status Mufti Ismail Menk pagi ini di dalam FB nya: "Putting ourselves in the shoes of others momentarily in or...
-
Senyum-senyum kambing apabila membaca status kawan-kawan di FB. Masing-masing berharap ada penderma yang sangat baik hati, kayanya melimpah ...
-
Sabtu yang lepas, grup Alumni Trip Amal Aceh, Padang-Bukit Tinggi, Bandung-Bogor-Jakarta (BaBoJak) menghadiri kenduri kahwin adik kami d...