31 December 2014

Salam Terakhir buat 2014, Ahlan 2015

2014

Tahun penuh cabaran dan dugaan bagi negaraku Malaysia amnya dan secara peribadinya, genap 2 tahun saya berkhidmat di tempat yang mencabar diri saya.

Permulaan bulan Mac 2014 diuji dengan kemarau sehingga membuatkan empangan air susut mendadak. 

Berikutan kemarau, jerebu yang teruk disebabkan kebakaran hutan sehingga menyebabkan Index Pencemaran Udara terlampau tinggi. Siang harinya seumpama suasana yang diselaputi dengan kabus tebal sehingga menjejaskan pandangan kita yang memandu.

Mac juga menyaksikan pesawat MH370 MAS hilang dari radar. Pesawat MH370 yang berlepas dari KLIA ke Beijing hilang dan gagal dikesan.Takziah kepada seluruh warga kerja MH370 dan penumpang. Malaysia diselubungi duka yang semakin mendalam.

Julai - Belum selesai lagi kes MH370, negara dikejutkan dengan tragedi MH17 yang ditembak dari jarak jauh di Ukraine. Semua anak kapal dan penumpang meninggal dunia. Takziah kepada seluruh warga kerja MH17 dan penumpang. Malaysia diselubungi duka sekali lagi.


Disember pula kita didatangkan dengan 2 musibah - musibah bah besar yang melanda negara terutamanya di Pantai Timur dan kehilangan pesawat Airasia QZ8501 penerbangan dari Surabaya ke Singapura.

"Bah" yang dikatakan terburuk bagi Malaysia masih lagi berlaku saat ini. Sumbangan demi sumbangan kami terima dari sekecil RM20 sehinggalah RM1000 untuk mengurangkan kesusahan mangsa banjir. Barangan keperluan dibeli dan dikumpulkan untuk pasukan logistik menghantar ke tempat bantuan. Satu hal yang saya puji rakyat Malaysia ini, apabila sebuah negeri atau kawasan atau banyak negeri / kawasan yang ditimpan bencana terutamanya bencana alam, ramai yang prihatin dan ramai yang membantu. Bantuan tersebut mungkin tidak akan sampai kepada semua mangsa memandangkan kerosakan infrastruktur yang teruk dan terdapat juga kawasan-kawasan yang tidak dapat dimasuki oleh pasukan-pasukan logistik biasa dan memerlukan bantuan dari askar dan sebagainya untuk menyampaikan bantuan. Saya berharap semua mangsa mendapat bantuan terutamanya makanan dan keperluan asas. Hanya doa yang mampu dipanjatkan dan pertolongan yang semampu kami kepada mangsa-mangsa banjir.

Hero-hero kami akan ke sana malam ini. Doakan keselamatan mereka. Semoga Allah swt sentiasa melindungi perjalanan mereka dan perjalanan ramai lagi "unsung heroes" yang lain. Doa kami bersama kalian.
Kita bantu selagi mana kita terdaya.

Allahul Musta'aan

Bagi kita yang hanya ditimpa dugaan sakit sekali sekala, bersyukurlah kerana kita masih belum diuji dengan ujian sehebat mereka yang diuji Allah dengan ujian-ujian di atas. Bersyukurlah kita kerna Allah swt masih lagi memberi peluang kepada kita untuk melihat ujian dan dugaan yang diturunkan kepada orang lain. Syukur...Syukur dan Syukur. Dalam syukur kita itu, luangkanlah masa kita yang ada untuk membantu mereka. Dalam membantu, muhasabahlah diri kita bahawa Allah SWT itulah Maha Perkasa dan Maha Berkuasa. Setiap apa yang menimpa manusia di dunia ini bukanlah secara kebetulan sahaja. Allah SWT jualah tempat kita memohon pertolongan di kala tiada siapa yang dapat menolong kita. Kepada Allah SWT sahajalah tempat kita bergantung harapan, tempat kita meminta dan kadang-kadang bantuan dari Allah SWT itu tanpa kita sedar, datang dari hamba-Nya sendiri.

Allah berfirman di dalam surah al-Qasas ayat 77 maksudnya:
“Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat dan janganlah kamu melupakan kebahagiaanmu daripada(kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) seperti Allah berbuat baik kepadamu.
“Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berbuat kerosakan.”

Allah berfirman dalam surah ar-Rum, ayat 41 yang bermaksud: “Telah nampak kerosakan di darat dan laut disebabkan perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian daripada (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).” 

Yakinlah bahawa percaturan Allah SWT itu Maha Adil dan Maha Saksama.
Muhasabah diri kita, muhasabahlah diri mengingatkan apa yang telah kita lakukan sepanjang tahun ini. Dalam muhasabah, InsyaAllah kita temukan jawapan kepada persoalan kita. Kembalilah kita ke jalan yang benar, jalan yang diredhai Allah SWT. 

Selamat Tinggal 2014, Tahun ujian dan teguran dari Allah SWT.
Selamat Datang 2015. Semoga kita berjaya mendidik hati kita dengan mengambil pengajaran dari ujian dan dugaan 2014. Semoga Allah SWT redha kita sebagai hambaNya.

Allahul Musta'aan

29 December 2014

How you can help the flood victims?

Allah SWT berfirman di dalam Surah Al- Baqarah: Ayat 245
"Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan."

Salurkan bantuan kepada nama-nama tertera di bawah. RM1 anda adalah bernilai untuk mereka. Bantulah mana yang termampu oleh kita. Semoga Allah SWT melindungi mereka dan semoga Allah SWT mengampuni dosa-dosa kita.

24 December 2014

Holiday Greeting

until this time...
it was a tense moment since yesterday...and actually since few months back. i realize that people will never satisfy with our effort for them. i realize that i have to be firm and stand still when the storms come and swipe all things around my surroundings. i realize that people tends to blame others and hide their faults, i realize that some people tend to play around with other's feeling, i realize that there are people who doesn't have feelings, i realize that some people seems too hard outside but very soft inside, i realize that loneliness will become my best friend, i realize that i grow older day by day and i realize that i start to appreciate life more often..

and i always realize that, the more i give, the more i get from Allah swt.

i know that i can never satisfy all
all i need to do is to do my best in doing things
there were moments when i scold others
there were moments when i have to be strict and straight to others without compromise
there were moments when i have to comfort others or ask to comfort others
there were moments when i have to consult and suggest solutions for their problems unconditionally
there were moments when i laugh at my staff's fault and it became jokes
there were moments when they laugh at me because of my silly mistakes or misplace things
there were moments when i feel down and there's nobody to comfort me
there were moments where love is needed and demanded
all the above and many things happened within this years have been a  mixed feelings of colorful year.

i hope i will be stronger and stand still as a fighter
i pray to Allah swt to stay still at the right path
i pray to Allah swt to give me strong spirit and iman to face challenges in this temporary world
i pray to Allah swt to give all my loved ones a good heart, good life, good health and happy moments through out all the years
i pray to Allah swt to give me soft heart to love and care about others
and i pray to Allah swt to always forgive all my wrong doings and all my sins
May Allah swt forgive me and may Allah swt hears my du'a

Happy Holidays all


19 December 2014

Travellingbie : Rezeki Tak Tersangka

“Owning our story can be hard but not nearly as difficult as spending our lives running from it. Embracing our vulnerabilities is risky but not nearly as dangerous as giving up on love and belonging and joy—the experiences that make us the most vulnerable. Only when we are brave enough to explore the darkness will we discover the infinite power of our light.” | BrenĂ© Brown

Kadang-kadang rezeki yang datang kepada kita bukanlah dalam bentuk fizikal atau nilai wang semata. Rezeki datang pelbagai dan kadang-kadang tidak kita terjangka. Rezeki senang, rezeki tidak kesempitan, rezeki peluang, rezeki jodoh, rezeki yang macam-macam lagi. Alhamdulillah di atas rezeki yang telah Allah swt berikan.

Hari ini saya diberi rezeki peluang kemudahan. Dari bilik deluxe tingkat 16 kepada club floor tingkat 29. Sebab nya hanyalah kebocoran paip di bilik sebelumnya.  Natijahnya, merasa la duduk di bilik paling atas sekali :)
Bilik Deluxe
Club Floor :)
Alhamdulillah 'ala kulli haal

18 December 2014

Travellingbie : Hidden Treasure - Taman Bukit Putrajaya

Slow down and enjoy life. It's not only the scenery you miss by going to fast - you also miss the sense of where you are going and why.~Eddie Cantor

Memandangkan dah lama tidak lari, ditambah lagi dengan kadar tekanan yang melampau-lampau, balik kerja lewat dan tidak sempat hendak ke tempat senaman. Lagi pula setiap hari saya melalui dan melepasi bukit tersebut, melihat dari jauh...dan dalam hati berkata-kata, "bagus juga dapat berlari menaiki dan menuruni bukit nie...". Semalam menyempatkan diri juga untuk "explore" kawasan tersebut.

Surprisingly...sangat nyaman dan selesa berlari di kawasan tersebut. Pemandangan sangat cantik dan saujana mata memandang. Hmmmm..."i should explore earlier...".
Apa-apapun...memang best tempat berlari ni. Perasaan semput pun ade, udara segar dan sangat nyaman, berbukit bukau dan yang lain-lain tu kene explore sendiri. :)

14 December 2014

Istidraj

Professor Dr.Qahtan Ad-Duri(salah seorang pensyarah di Universiti Al al-Bayt, Jordan) telah berkata di dalam bukunya Usuluddin Al-Islami:

Al-Istidraj :-
Iaitu perkara luar biasa yang berlaku ke atas orang Fasik atau Kafir sebagai tipu daya buat mereka. Ia akan menambahkan lagi kejahilan dan kebodohan mereka sehinggalah balasan Allah s.w.t menimpa mereka di dalam keadaan mereka lupa.
Allah s.w.t telah berfirman di dalam ayat 44 - 45 surah Al-An'am yang bermaksud: (sila rujuk untuk kepastian)
"Tatkala mereka lupa akan apa yg diperingatkan kepada mereka, Kami bukakan bagi mereka beberapa pintu tiap-tiap sesuatu (nikmat dan kesenangan), sehinggalah apabila mereka telah bersuka ria dengan (kesenangan)yang mereka perdapat itu, lalu dengan se-konyong-konyong Kami siksa mereka, sehingga mereka berputus asa." -44- "Maka dihapuskanlah akhirnya kaum yang aniaya; dan pujian-pujian bagi Allah Tuhan Semesta Alam" -45-
Rasulallah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
"Apabila kamu melihat Allah memberikan kepada seorang hambaNya di dunia ini apa yang hamba itu suka atau berhajat, sedangkan hambaNya itu tetap dalam kemaksiatannya maka itulah ISTIDRAJ". Selepas itu Rasulallah s.a.w pun membaca ayat tadi 44- 45 (surah Al-An'am) yang bermaksud... (sila rujuk makna ayat 44 dan 45 pada perenggan yg tersebut tadi).

Nikmat dan kemewahan itu adalah salah satu ujian Allah swt pada hamba-Nya. Semoga kita tidak berada di dalam golongan orang yang istidraj bila diberi nikmat kesenangan dan kekayaan serta kemewahan.

Allahu ta'ala a'lam

Seminar Azizi Ali dan Sesi Makan

Seminar Azizi Ali berlangsung di Wisma MCA hari ini. Saya jangkakan crowd yang penuh dan membanjiri dewan, namun...penyertaan amat selesa untuk menjadikan seminar tersebut seperti one to one coaching. Tidak crowded sangat dan ini memberikan peluang untuk berjumpa dengan beliau secara up close and personal.

Sejak dari buku pertama yang saya baca, iaitu Millionaires dari Planet Jupiter sehinggalah Maharaja Wang dan sekarang ini Seminar berbayar yang tidak sampai RM100 ini, ada 1 perkara common yang selalu ditekankan oleh Tuan Azizi Ali..."knowledge and action".

Untuk berjaya bukanlah perkara yang senang. Anda perlu melakukan perkara yang susah terlebih dahulu malahan ada yang mengalami kesengsaraan sebelum berjaya. Banyak perkara yang terpaksa dilupakan sepanjang jalan meuju kejayaan dan kejayaan bukanlah sesuatu yang dijamin walaupun anda telah melakukan banya usaha untuk mencapai kejayaan. Anda boleh berusaha lebih 100 kali, tetapi anda masih belum berjaya, anda juga telah membaca beratus-ratus buku, tetapi anda masih belum berjaya. Tetapi dengan ilmu dan pengalaman, anda berupaya mengurangkan risiko kegagalan di dalam kehidupan, malahan jua di dalam pelaburan anda. Kejayaan bukanlah sesuatu yang akan menjadi milik anda, tetapi dengan usaha, doa dan tawakkal, InsyaAllah anda akan berjaya!

We define our own success, not others. But others see our material as our success factors. Kata-kata seperti - "Wow, kereta dia...mahal nih, mesti jutawan dan orang kaya." So, don't let others define your success. Tidak semestinya anda tidak memakai kereta bentley yang berjuta ringgit anda bukan jutawan. Tetapi kereta tersebut akan menyebabkan anda seorang jutawan. Bagi tuan Azizi Ali pula, kereta bukanlah sesuatu yang boleh membuatkan dia terpesona kerana dia memandu sesuatu yang lebih laju dan lebih mahal dari segala kereta mahal di dunia kerana beliau memandu kapal terbang! :))

Sesi seharian tanpa makan, dengan kos promosi seorang sebanyak RM60 memang berbaloi. Saya telah mendaftar lebih awal bagi 5 orang peserta dan masing-masing mendapat 2 buah buku secara percuma lebih dari nilai yang dibayar. Memang berbaloi-baloi. Selepas seminar nanti, peserta akan diberikan ebook percuma dan akses kepada video Azizi Ali dan 1 lagi bahan yang akan dihantar melalui emel...dengan perkara2 percuma tersebut, sebenarnya kita tidak membayar sedikit pun untuk seminar ini.

Seminar bermula jam 9 pagi tanpa rehat. Jam lebih kurang 1245pm baharulah kami rehat makan tengahari. Memandangkan dah lama tidak ke Ampang Park, saya dan bestie terus menuju ke sana dan mencuba makanan di salah sebuah cafe di Ampang Park.

Menu tengahari:
Laksa Penang
Nasi Lemak Kari Ikan
Kopi ais kawwww
dan satu lagi tak ingat nama. gambar ada kat bawah ni. Kalau ada sesiapa yang tengah lapar dan menjadi semakin lapar bolehlah mencuba cafe Laksa Penang di Ampang Park.

Jam 2 petang, sesi disambung semula sehinggalah jam 5 petang.
Hujung minggu yang bagi saya tidak sia-sia. Sepenuh masa dipenuhkan dengan sesi mengaut ilmu dari Millionaires dari planet Jupiter ini. Walaupun saya belum lah menjadi jutawan, ilmu yang dikaut sedikit sebanyak mengubah cara melihat dan mencapai kekayaan. 

Setiap orang melihat kejayaan diri dengan pelbagai cara. Setiap orang mencuba pelbagai cara untuk berjaya. Bagi saya, untuk berjaya, kita perlu tahu cara bagaimana kita menguruskan kewangan, tabiat kewangan  kita merupakan salah satu faktor kejayaan, kreativiti kita pula boleh menjana kewangan sampingan yang mungkin lebih lumayan lagi dari gaji bulanan kita, kepakaran kita juga boleh menjadi sumber pendapatan dan pelbagai lagi.

Kita perlu tahu bagaimana menguruskan kewangan dan mengetahui limit dan kekangan kita. Yang penting, tabiat menyimpan sekurang-kurangnya 10% dari gaji atau pendapatan bulanan kita itu perlu berpanjangan dan berkekalan. Sekiranya anda dapat menyimpan lebih dari 10% sehingga 50% dari pendapatan anda, peluang anda untuk menjana simpanan itu kepada pelaburan yang menguntungkan dan mempercepatkan peluang anda menjadi jutawan adalah sangat besar.

Anda boleh mengetahui lebih lanjut mengenai perkara tersebut di dalam buku Maharaja Wang dan buku2 Azizi Ali yang lain. Saya juga pernah mengupas rumusan bacaan buku-buku Azizi Ali di dalam entri sebelumnya secara lebih lanjut...

11 December 2014

Penilaian

Musim menilai prestasi sedang rancak berjalan. Saya lebih suka dinilai dari menilai. Menilai prestasi yang lain adalah jauh lebih susah dari dinilai. Bila saya dinilai, kebiasaannya saya akan redha dengan apa sahaja keputusan dan markah oleh sang penilai, kerana itulah markah yang saya layak terima hasil usaha kerja selama setahun. Apabila kita menjadi penilai, susahnya hendak menilai berdasarkan prestasi kerja anak-anak kita selama setahun, yang kadang-kadang mungkin ada sahaja benda-benda kecil yang kita terlepas pandang. Penilaian yang kita berikan juga mungkin sahaja diterima baik atau tidak oleh yang dinilai. Penilaian kita juga mungkin dilihat berat sebelah dan mungkin juga akan membuatkan yang dinilai marah, mengamuk dan menjadi hijau.

Apa-apapun, bagi saya...semasa membuat penilaian tersebut, kosongkan fikiran, lapangkan dada dan nilailah dari sudut prestasi kerja dan bukannya emosi. Walaupun ada anak-anak kita yang berperangai pelik dan menjelekkan kita, pasti ada sebabnya. Yang penting kerja-kerja yang ditugaskan diselesaikan mengikut jadual dan mengikut perancangan, itu sudah cukup penting untuk kita memberikan markah yang memberansangkan dari segi kerja. Penilaian lain pula, nilailah dengan mata hati dan akal agar natijah penilaian kita itu tidak memberikan kesan yang buruk kepada yang dinilai, kecuali jika seseorang tersebut benar-benar tidak dapat dibantu dalam menangani masalah kendirinya dan atitudnya sendiri. Hanya individu tersebut sahaja yang dapat menolong diri sendiri sekiranya mereka mempunyai masalah "attitude".

Selamat membuat penilaian bagi para penilai. Bagi saya, setiap markah yang hendak diberikan merupakan keputusan yang sukar!

“Your strength will be found when you stop struggling with yourself, instead of thinking everyone is a struggle worth overcoming. Every obstacle in life is a lesson that teaches us, not others.” 
― Shannon L. Alder

Sneak Preview: Oasis 1, Mutiara Heights, Kajang

“What is home? My favorite definition is "a safe place," a place where one is free from attack, a place where one experiences secure relationships and affirmation. It's a place where people share and understand each other. Its relationships are nurturing. The people in it do not need to be perfect; instead, they need to be honest, loving, supportive, recognizing a common humanity that makes all of us vulnerable.” ― Gladys Hunt, Honey for a Child's Heart: The Imaginative Use of Books in Family Life

Kondominium terbaru dari TLS Group, rekomendasi dari sahabat. Rumah contoh terletak di Sungai Long, di pejabat TLS. Yang menariknya, masuk ja rumah, tak nampak dapur, terus nampak ruang tamu dan beranda. Semua bilik agak tersembunyi dan berjubin besar. Bilik mandi berjubin hingga ke dinding paling atas. Bagi yang layak mendapat pinjaman sebanyak 90% dan ingin membeli rumah pertama anda, bolehlah menjenguk rumah contoh ini. Kalau anda tidak membeli rumah anda sendiri sekarang...bila lagi? :)

Lokasi lebih kurang 3km dari MRT
Berhampiran Tesco dan Giant
Freehold
Residential
Near to MRT Station and 5min drive to MRT
Built-up From 959sf, 1010sf, 1250sf, 1382sf, 1402sf, 1525sf, 1659sf
Booking fee only RM1000
1% Downpayment
Price range now - RM499k and i think after discount
More info: http://tlsgroup.my/project/new

Easy access from highways
a) SILK
b) Besraya
c) SKVE
d) Grand Saga
e) LEKAS
f) PLUS






“I live in my own little world. But its ok, they know me here.” 
― Lauren Myracle

10 December 2014

Nilai

Nilai...
Berapa #nilai RM10 bagi kita sekarang? RM10 kadang-kadang tidak cukup untuk membeli nasi beriyani kambing, cukup-cukup untuk membasuh kereta kecil, dan bolehla kalau nak beli roti sebantal...
Nilai RM10 sekarang ini sudah kecil. Teringat saya masa darjah 1 dulu, seingat saya, mak bekalkan 10sen untuk ke sekolah. Paginya saya dan geng makan ketupat nasi kuah kacang semangkuk dengan harga 5sen, 5 sen lagi dibelanjakan lepas habis sekolah...bahagianya hidup pada masa kecil, orang kecil tidak risau memikirkan adanya duit atau tidak. Tapi kami orang kecil pada masa itu sentiasa ingat bahawa susahnya mak ayah kami mencari rezeki...

Sekarang ini, 10sen sudah tiada nilai. Kalau ada pun,hanya sebiji gula2 sahaja. Masuk ke tandas awam yang berbayar pun paling kurang 20sen. Kalau kerajaan mengatakan #inflasi negara tidak tinggi, saya pula mengatakan sebaliknya. Melihatkan jurang #ekonomi yang semakin meluas, harga barang semakin meningkat, tidak.mustahil anak2 kita nanti akan hidup dalam berhutang seumur hidup. Mula belajar dari sekarang cara menguruskan #kewangan, kalau tidak kita mungkin akan menyesal seumur hidup.

Sasarkan 1 anak 1 rumah. Sekiranya anda mempunyai 3 anak, anda dan suami sekurang-kurangnya mempunyai 4 buah rumah. 3 buah rumah untuk pelaburan anak-anak dan sebuah rumah lagi yang anda duduki sekarang. Walaupun rumah merupakan aset yang tidak senang untuk dicairkan, tetapi dalam jangka masa yang panjang, nilai rumah tersebut akan meningkat dari semasa ke semasa. Anda mungkin akan perlu mencairkan aset tersebut apabila tiba masanya, contohnya menjual rumah tersebut untuk anak2 menyambung pelajaran mereka ke peringkat lebih tinggi. Ini akan mengurangkan kebergantungan anda kepada pinjaman MAUT yang membebankan anda nanti dan juga anak anda akan menanggung hutang tersebut sehingga mereka menghabiskan pembayaran pinjaman maut tersebut.

Tabiat dan sikap berbelanja anda hari ini bakal menentukan kehidupan dan taraf kewangan anda pada masa depan. Anda pastinya tidak mahu tergolong di dalam kalangan mereka yang miskin disebabkan oleh tabiat berbelanja tidak berhati-hati dan kurang disiplin di dalam menyimpan. Akhir kalam..."Life live to the fullest, but prepare for the future".

“You don't have to be like most people around you, because most people never become truly rich and wealthy.” ― Manoj Arora, From the Rat Race to Financial Freedom

09 December 2014

Sneak Preview : De Centrum Unipark Condominium

"Many a man who pays rent all his life owns his own home; and many a family has successfully saved for a home only to find itself at last with nothing but a house." Bruce Barton

Lawatan saya seterusnya, meninjau-ninjau rumah contoh De Centrum Unipark Condominium.
Poin-poin yang penting yang perlu anda ketahui:

  1. Freehold;
  2. 4 bilik, 4 bilik air;
  3. Keluasan dari 1302sft;
  4. MRT Uniten - dibina berhampiran dengan kondominium tersebut dan akan melonjakkan lagi nilai hartanah tersebut;
  5. Pemaju - Protasco Berhad;
  6. Easy access to KL City Centre, Putrajaya, Puchong, Kajang, Cyberjaya and others; and
  7. Lawati laman web - http://www.decentrum.com/ untuk mengetahui lebih lanjut.
Sorry for my rojak language....
Here's the pictures preview that i've taken during the visit to show house. It was spacious and WOW! (bagi saya la....) Selesa dan besar dan setiap bilik mempunyai bilik air sendiri, membolehkan setiap penyewa mempunyai privasi sekiranya anda berhajat membuat pembelian rumah ini untuk pelaburan.








And this is the interesting part.....The Selling Price.......
The selling price after discount is from RM640,000.00
If you entitle for a 90% loan, then you only have to pay a deposit of RM64,000.00 with the assumption that there is no other rebate from the developer.

Sneak Preview: Bandar Sri Putra Bangi

Sneak Preview 1:

Dalam 3 minggu yang lepas, saya memanjangkan kaki untuk melihat rumah contoh Putra 1 di Bandar Sri Putra Bangi. Senang ja nak cari Sales Gallery UMLand. Tepi highway nak ke Nilai berdekatan dengan KUIS kalau tak silap saya. Memang betul-betul tepi highway. Sekiranya anda dari UPM Serdang hendak ke Nilai atau sebelah selatan, anda akan nampak progress pembangunan kawasan tersebut betul-betul sebelum Tol Putra Mahkota.

Berkonsepkan ala-ala Resort, dan Low density, saya menyukai persekitarannya yang tidak padat kerana hanya ada lebih 500 unit rumah sahaja bagi kawasan tersebut. Freehold, Full facilities. Fasiliti dan kemudahan di sediakan : taman permainan kanak-kanak, kolam renang, sauna, gym, dewan, taman permainan, bola keranjang dan badminton court dan lain-lain lagi.
Blok 1 dan Blok 2 masih ada beberapa unit sahaja lagi. Blok 1 walaupun tidak tinggi, 3 @ 4 tingkat, tetapi mempunyai lift dan sekarang ini dijual dengan harga dari RM479k selepas diskaun. Price available from RM479k ke atas. Blok 1 Low density, hanya 4 tingkat tapi ada lift, 2 car park, from 1100 sqft.

Manakala Blok 2, 3 tingkat dan tidak mempunyai lift. Blok 2 dari rm345k 863 sqft 3bilik2bilikair, takde lift, tapi 3 tingkat ja. Layout plan, semua bilik tersembunyi. 

What u see at show room lebih kurang sama, cuma interior design tu tak termasuk la dlm harga rumah. Bilik air berjubin penuh, bilik tidur berlantaikan kayu (x ingat nama), big tiles, beranda besar boleh berkebun kot...:)) show gallery dibuka setiap hari. Yang berminat nak tgk show gallery n unit available contact umland.com.my — at Bandar Sri Putra, Bangi atau boleh layari http://www.putrasatu.com.my/

Diskaun diberikan sebanyak 7% dan harga RM479k adalah selepas diskaun bagi Blok A. Manakala, Blok B pula RM345k selepas diskaun. Saya suka design dan furnishing rumah ini. Kemas dan nampak selesa. Jubin tandas sehingga ke atas, jubin lantai yang besar dan layout bilik semuanya tersembunyi bagi tujuan kekemasan

Jom cuci mata tengok hiasan dalaman rumah contoh ini:




Saya sertakan contoh kiraan komitment bulanan bagi harga rumah tersebut. Sebagai contoh:
Harga Rumah = RM479,000.00
Loan Entitlement = 90% = 431,100.00
Deposit = 10% ( yang ini saya tidak mengambil kira rebate atau diskaun yang diberikan oleh pemaju kepada bakal pembeli)
Tempoh pembayaran = 30 tahun
Dengan kadar interest dari 4.35%, komitment bulanan adalah sebanyak RM2,146.00.

Dan pastikan semua komitment bulanan anda tidak melebihi 65% dari gaji anda. Sekiranya lebih 65%, anda akan mengalami kesakitan berbelanja setiap bulan memandangkan anda perlu memberi komitmen yang tinggi terhadap hutang-hutang anda.

"Home is where we should feel secure and comfortable." Catherine Pulsifer 

06 December 2014

Throwback - Peperiksaan

Man has free will in the things he has knowledge about, but is pushed forward by other forces in the things he has no knowledge about. In other words, his freedom increases whenever his knowledge increases.~A Quote By Muhammad al-Ghazali

Memasuki dewan peperiksaan hari ini, mengingatkan saya kepada peperiksaan SPM lebih 20 tahun yang lepas. Pengawas peperiksaan yang "strict". Nasib baik masa tersebut, smartphone tidak ada lagi. Kali ini semua mesti ditinggalkan dan dimasukkan di dalam "storage room" kecuali kad pengenalan. Ketua pemeriksa yang tegas dan bersuara lantang. Masa peperiksaan yang seakan-akan tidak mencukupi untuk menjawab semua soalan dan tangan yang kebas dan lenguh setelah menjawab hampir semua soalan-soalan yang diberikan, merupakan momen momen yang membawa saya kembali ke zaman-zaman pembelajaran. Rindunya zaman tersebut...

Masa berlalu, semuanya tinggal kenangan yang indah untuk diabadikan. Jika saya punya peluang untuk belajar semula, saya akan teruskan insyaAllah. Apa-apapun, kehidupan adalah satu proses pembelajaran sepanjang hayat. Setiap hari sebenarnya, kita belajar, belajar sesuatu yang baru, belajar dari rutin sedia ada, belajar menghadapi masalah dan tekanan di tempat kerja...belajar dan terus belajar sehingga kita menutupkan mata. Kehidupan itu sendiri adalah satu proses pembelajaran. Belajar mengenal diri...maka, belajarlah di mana sahaja kita berada. Semakin kita mengambil pelajaran, semakin kita rasa bahawa banyak lagi yang perlu kita pelajari, semakin kita rasa diri kita tidak pandai. Ikitlah resam padi, makin berisi makin tunduk ke bumi..."humble but deadly"

Humans can increase their degree of freedom through knowledge. Abu Hamid al-Ghazali says: “Man has choice in what he knows and is choice-less and externally controlled in what he doesn’t know”, which means that whenever his knowledge expands, his freedom increases.~A Quote By Dr. Mustafa Mahmud



02 December 2014

Insuran: Perlindungan atau Beban?

Entri kali ini mungkin agak kontroversial sedikit...Saya mohon maaf terlebih dahulu terutamanya kepada yang terlibat di dalam bidang yang dinyatakan di bawah ini.

Ambil insuran sekadar yang diperlukan. Jangan terpedaya dengan kata-kata manis agen...selepas kita tandatangan polisi, dan agen mendapat komisen, mereka selalunya akan melupakan kita.

Mohon maaf kepada kawan-kawan agen insuran. Kenyataan yang pahit. Baru-baru ini, saya membayar tunggakan insuran yang agak lumayan kerana bayaran sebelumnya menggunakan kad kredit yang telah saya mansuhkan. Saya juga telah menghubungi agen insuran saya dan maklumkan mengenai perkara tersebut...malang bagi saya, sehingga beberapa bulan tidak mendapat respon. Saya mula mengemelkan perihal perkara tersebut kepada "Helpdesk" atau mereka panggil "Careline" yang saya lihat tidak berapa kesah dengan masalah pelanggan. Emel mengambil masa yang sangat lama untuk mereka respon. Alasannya, terdapat masalah teknikal yang berbulan-bulan untuk diselesaikan.

Akhirnya "careline" tersebut respon kepada emel saya dan menyatakan bayaran tertunggak sekian-sekian yang perlu dibayar...hmmm, banyaknya jumlah yang perlu saya bayar. Mungkin masalah berpunca dari saya juga yang tidak bertindak pantas untuk menyelesaikan tunggakan tersebut, berharap sepenuhnya kepada agen, tapi akhirnya...saya redha bahawa agen insuran hanya mengambil kesah mengenai kita semasa kita membuat pembayaran awal, atau semasa mereka ingin memperkenalkan produk baru kepada pelanggan sedia ada. Dan saya mengalaminya sendiri...Ada agen yang memunculkan diri apabila hendak mengenalkan produk baru kepada kita, ada agen yang langsung tidak bertanya khabar berita dan menghiraukan pelanggan-pelanggan sedia ada kerna sibuk mencari pelanggan baru. Kalendar awal tahun pun saya tidak dapat selepas beberapa tahun membayar polisi insuran tersebut, apatah lagi cenderamata yang lain. Saya bukanlah hendakkan cenderamata2 tersebut, tetapi yang penting adalah ingatan kepada kita sebagai salah seorang pelanggan insuran tersebut....kecewa memang kecewa, tapi....hidup perlu diteruskan!

Bagi saya ada beberapa insuran yang kita perlukan:

  1. Insuran Hayat - samada kita seorang/single atau berkeluarga. Seperti di dalam bacaan Buku Azizi Ali, beliau ada juga menerangkan mengenai insuran;
  2. Insuran Kereta;
  3. Insuran Rumah. Tetapi sekiranya anda telah mengambil insuran hayat yang agak tinggi dan boleh membayar semua baki hutang rumah anda, itu sudah cukup bagus bagi saya;
  4. Insuran kemalangan diri dan perubatan diri. - Sekiranya anda sakit atau ditimpa kemalangan, sekurang-kurangnya keluarga anda tidak terbeban dengan kos perubatan anda. Dengan adanya insuran ini, anda masih boleh menyara kehidupan keluarga anda sekiranya anda sudah tidak berupaya untuk kerja.
Insuran perlindungan + pelaburan, bagi saya merupakan idea yang tidak berapa bagus. Kadar pulangan pelaburan yang tidak tinggi dan tidak menguntungkan. Anda boleh membuat pelaburan dan mendapat keuntungan di dalam skim yang lain, asalkan bukan skim cepat kaya. Insuran+pelaburan ini memang tidak menguntungkan saya. Saya membayar premium yang tinggi untuk perllindungan + pelaburang tersebut dan di akhir tempoh matang, saya hanya mendapat sedikit keuntungan sahaja. Hmmmm...dan saya berkira-kira untuk menamatkan polisi tersebut daripada mengalami lebih banyak kerugian.

Bagi yang berkira-kira hendak mengambil insuran, itupun kerana disogokkan dan dimomokkan oleh agen insuran mengenai kebaikan-kebaikan insuran....terlebih dahulu anda perlu tanya diri anda sendiri..."insuran yang mana yang aku benar-benar perlukan?" - lihat keperluan dan lihat kemampuan, kerana terma pembayaran insuran tersebut seperti kita membayar ansuran rumah atau kereta, lama dan memerlukan komitmen yang panjang. Sekiranya kita mati, kita tidak mendapat pun wang pampasan tersebut kerna kita telah ditanam di dalam tanah! Apa yang penting, adalah kehidupan orang yang kita tinggalkan itu. Pilih insuran yang betul dan pilih mengikut keperluan anda kerna keperluan kita masing-masing berbeza. Jangan percaya sepenuhnya kata-kata agen insuran.