29 November 2013

Travelllingbie : Nami Island >> Seoul Part 2

Hari ke-2 kami (15 November 2013), destinasinya adalah Nami Island. ~ "falling leaves, hide the path, so quietly"~John Bailey

Memandangkan tuan rumah telah siap sedia memasang heater pada lantai bilik, walaupun cuaca di luar sejuk, kami terasa bahang kepanasan dan terpaksa membuka tingkap bilik agar sedikit berangin dan dingin. Jam 3 pagi terjaga dari tidur apabila tempias hujan sedikit membasahi kaki saya. Grrrr...sejuknya di luar sana! Jam 535am - kedengaran azan subuh dari corong telefon. Seorang demi seorang dari kami bangun memandangkan hanya terdapat 1 tandas sahaja untuk dikongsi seramai 9 orang. Saya harapkan ada salji turun memandangkan semalam hujan lebat dan hujannya seperti batu batu kecil yang turun ke bumi. :) Dapur mula berbunyi dan masing-masing menyiapkan sarapan pagi dengan bekalan yang dibawa. Jam 8.30pagi, masing-masing sudah bersedia dan bersarapan sebelum meneruskan kembara hari ke-2 ini.


Pulau Nami ~ Menurut Lagenda, dahulunya ada seorang Jeneral Nami yang sangat setia dan baik hati di Seoul. Kerana kesetiannya kepada Kaisar, dia disayangi oleh kaisar. Tetapi layanan istimewa yang diberikan oleh Kaisar kepadanya membuatkan Jeneral tersebut dimusuhi rakan-rakannya sendiri. Mereka menghasut Kaisar dengan mengatakan bahawa Jeneral akan mengadakan pemberontakan melawan Kaisar. Tanpa soal selidik dan menunggu maklumat dari perisik, Kaisar mengirimkan pasukan untuk membunuh Jeneral Nami dan nyata berita tersebut tidak benar. Jeneral Nami hanya mempunyai seorang isteri dan orang tuan yang hidup sederhana di rumah yang seadanya. Malahan tidak pernah melakukan korupsi dan pemberontakan menentang Kaisar. Atas rasa bersalah, Kaisar memberikan Pulau Nami kepada keluarga Jeneral Nami. Tak pasti sehingga sekarang ini adakah keturunan Jeneral Nami masih lagi menetap di Pulau tersebut ataupun tidak. Sekian ceritera pengenalan saya. :)



Jam 830am kami bertolak dari Guesthouse ke Nami Island. Perjalanan mengambil masa lebih kurang hampir 2 jam. Ini pun untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas jalan di Seoul. Dengan cuaca 3'C dan sejuk berangin diharapkan tidak menjejaskan pemandangan indah di Pulau Nami. Perjalanan sepanjang jalan diiringi dengan lagu-lagu dari artis rock kapak Malaysia. Pemandu kami, Sham memang peminat rock kapak...:)). Jangan marah Sham, nanti kene jual :)). Dan yang pentingnya sepanjang perjalanan ada Wifi Internet :)

Sepanjang perjalanan cuaca nya kelihatan nyaman, daun-daun berguguran dengan warna keemasan. Dan saya mulai merindui suasana dan pemandangan sebegitu.


"Autumn is a second spring when every leaf is a flower."~Albert Camus

Sebelum sampai ke Nami Island, kembara kami ke Nami Island melalui Bukhang river gaepyong yang merupakan sebuah empangan. Suasana pagi penuh berkabus dan sejuk berangin membuatkan kami beku setiap kali keluar dari kereta. Significant view...MasyaAllah. Praise only be to Allah alone. 

Kami singgah sebentar di Petite France yang merupakan kawasan perkampungan bereka bentuk France. Konsep Petite France ini merupakan rangkuman cerita "Bunga, Bintang dan Pangeran Kecil". Kisah selanjutnya, carilah dalam internet ya. :) Memandangkan masing-masing tidak sabar untuk ke Nami Island, kami hanya bergambar di luar Petite France sahaja.


Sekitar jam 10am kami tiba di kawasan feri yang akan membawa kami ke Nami Island. Ada 2 cara untuk ke Nami Island:

Feri - 8000 won 
Fire Wire + Feri balik - 38,000 won 

Bagi yang ingin merasai kelajuan dan kedinginan musim autumn di Pulau Nami, bolehlah menggunakan cara ke-2 yang lebih cepat dan mencabar. Bagi yang ingin santai-santai, bolehlah menaiki feri yang hanya mengambil masa kurang dari 10 minit dan me  nikmati pemandangan persekitaran sebelum tiba di Naminara Republic. 

Setibanya di Pulau Nami, kami disambut dengan deretan bendera Malaysia dan Korea.

Dan nikmatilah keindahan Pulau Nami di musim autumn. MasyaAllahu Ta'ala kerna menciptakan beberapa musim di negara-negara di dunia ini agar hambaNya dapat mengembara dan menjelajah serta mengambil iktibar di atas ciptaan tersebut. Dengan daun-daun berguguran yang berwarna keemasan, keletihan dan kepenatan kami sepanjang perjalanan terus terubat dan hilang dari perasaan.



 
Masa tidak terasa apabila berada di sini. Sehingga jam 4 petang barulah kami beransur-ansur kembali ke bot untuk bergerak ke Seoul semula. Pulau Nami, kiranya jodoh kita masih ada, akan ku singgah di hatimu lagi bila tiba musim sejuk. InsyaAllah :)
Kos hari ini:
  1. Tiket ke Pulau Nami ~ 8000 won
  2. Pau Nami ~ 1000 won
  3. Makan ~ 5000 won
  4. Air Mocha ~ 1300 won
  5. Souvenir ~ 2000 won
Delicious autumn!
My very soul is wedded to it,
and if I were a bird I would fly about the earth
seeking the successive autumns.~George Eliot

No comments: