15 July 2013

Refleksi Ramadhan 1434H – Hari 6 (15 Julai 2013)

Refleksi Ramadhan hari ini dan seterusnya, saya ingin bawa pembaca mengimbau insiden-insiden yang telah berlaku sepanjang 6 bulan yang lepas. Insiden-insiden yang menguji minda dan fizikal saya, menguji juga kesabaran dan ketabahan saya di dalam menangani permasalah kehidupan yang sangat kecil ini. Bagaimana saya melihat masalah kecil ini dengan mata kasar saya dan mata hati saya dan bagaimana saya menghadapi insiden-insiden ini dengan jiwa kecil saya ini. Jika jiwa kecil ini tiada iman, saya mungkin akan kecundang bersama insiden-insiden tersebut. Kepada Allah SWT jua saya memohon pertolongan dan bantuan. Kadang-kadang Allah SWT hantar bantuan-bantuan di kalangan hamba-hambaNya dan kadang-kadang Dia membiarkan saya sendirian untuk menyelesaikan masalah-masalah tersebut. Tetapi saya yaqin dan percaya bahawa Allah SWT tidak akan membiarkan hambaNya sendirian kerana Dia sentiasa ada di sisi hambaNya. Hanya kepada Dia-lah saya memohon pertolongan dan tiada daya kuasa saya melainkan dengan izin-Nya. AllahuAkbar!

Mengimbas kembali tarikh keramat di alam pekerjaan ~ 26 Disember 2012, merupakan permulaan langkah baru di alam pekerjaan. Jawatannya masih sama, cumanya persekitaran yang berbeza dan pengalaman bekerja juga mungkin akan berbeza. Hari pertama melapor diri masih belum Nampak bayang-bayang dan angin panas di tempat baru. Suasana di tempat baru lebih sesak dari persekitaran di tempat lama yang lebih luas dan selesa. Pun begitu…Alhamdulillah! 

Status saya pada beberapa hari bekerja di persekitaran yang baru - 
“Things I got today.There is no luxury here. It's all very simple. The cubicle is not as big as the previous office. It's not spacious either. There is no safety drawer to store my valuable things. But there is a beautiful lake view behind my cubicle. I try to focus on the positive side of everything. That is when I realize that, the knowledge and experiences during 11 weeks course helps me a lot during this transition period. I thank Allah for everything He has given me and I seek forgiveness for all wrong doing in life. Live is great when we always feel gratitude and thankful for what we have and not have. Have a great year ahead.”

Cabaran demi cabaran sebenarnya telah lama menunggu saya di dalam persekitaran baru ini. Adakalanya saya rasa lelah, kejang dan penat di dalam menyelesaikan masalah-masalah yang telah lama menggunung. Pun begitu, ada sebabnya Allah SWT meletakkan saya di tempat di mana saya berada sekarang ini. Kadang-kadang perasaan saya berasa ingin menangis dan berhenti, kadang-kadang juga saya berasa ingin lari dari semua masalah yang dihadapi. Walaupun begitu, saya bersyukur kerana dengan cabaran dan dugaan yang saya telah alami sepanjang 6 bulan berada di tempat ini telah membuka banyak peluang untuk saya dan yang berada di bawah tanggungjawab saya menyerlahkan potensi diri sekaligus membantu yang berada di bawah tanggungjawab saya untuk berasa lebih yakin di dalam menghadapi cabaran pekerjaan.

Firman Allah SWT di dalam Surah Al-Anbiyaa’:35
“Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan.”

Ibn Katsir dalam memberikan penerangan terhadap ayat ini menyatakan bahawa Allah menguji hambaNya dengan musibah pada satu waktu, dan kemudian dengan nikmat pada waktu yang lain, untuk melihat siapa yang bersyukur dan siapa yang kufur, siapa pula yang sabar dan siapa yang putus harap.

Ibn Katsir ada menukilkan kata-kata Ibnu ‘Abbas dalam menafsirkan ayat ini, bahawa Allah menguji hambaNya dengan kecelakaan dan kesenangan, dengan kesihatan dan kesakitan, dengan kemewahan serta kemiskinan, dengan perkara yang halal dan apa yang haram, dengan ketaatan dan kemaksiatan, serta hidayah dan kesesatan. [Tafsir al-Quran al=’Adzim, Ibn Katsir, Abu al-Fida’]

Setiap orang diuji berbeza tahap ujian yang dikenakan di atasnya.
Firman Allah SWT di dalam Surah Al-Baqarah: 286
“Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya.”

Kadang-kadang kita bertanya mengapa kita selalu diuji? Kadang-kadang kita rasa putus asa da nada juga yang berasa bahawa Allah SWT tidak sayangkan mereka. Sebenarnya, ujian demi ujian yang Allah SWT berikan pada kita adalah tanda Allah SWT saying dan inginkan perhatian. Bagaimana kita melihat ujian tersebut samada sebagai satu Rahmat, peringatan, bala atau ujian itulah yang akan menentukan tindakan kita, samada kita sabar atau kufur.

Ujian yang diberikan Allah SWT tersebut adalah untuk mengukur tahap keimanan seorang hamba, seperti firman Allah SWT di dalam Surah al-‘Ankabut:2-3 bermaksud:
“Patutkan manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta”

Alhamdulillahi ‘ala kulli hal…
Allahu Ta’ala A’lam

No comments: