29 July 2013

Refleksi Ramadhan 1434H – Hari 20 (29 Julai 2013)

Refleksi diri Ramadhan hari 20 ~ sedapnya bau masakan jiran sebelah. Bau masakan menusuk kalbu setibanya saya di rumah. Sungkei saya ini tidaklah sesedap bau tersebut. Langkah lemah longlai menaiki tangga yang setinggi 3 tingkat sambil berusaha membuka mata. Hari ini terasa penat dan lelah masih berbaki. Memandu kereta dengan mata hampir terpejam, nyaris lagi melanggar kereta di hadapan dan kereta belakang pula membunyikan hon. Saya cubit pipi kiri dan kanan, saya geleng kepala kiri kanan atas dan bawah. Hanya usaha dan doa sahaja yang mengiringi perjalanan saya. Petang ini terasa mata seperti di gam2. Perjalanan balik terasa panjang. Dengan deretan kereta di tengah kesesakan dan cuaca yang panas menambahkan lagi kelelahan. Setibanya di kawasan parkir, terasa seperti mahu melunjurkan kaki dan tidur di dalam kereta. Saya merenung tangga rumah yang setinggi 3 tingkat. Uhhhhhh...rehat sekejap...

Ramadhan, Allah swt uji kita dengan kepelbagaian. Ujian dengan persekitaran, ujian dgn makhluk, ujian dgn kesibukan, ujian dgn kesempitan. 

Saya sudah mula mendengar keluhan2...baru je dapat gaji, sudah kesempitan. Terkadang saya pun mengeluh, bukan kerana kehabisan uwang, tetapi kadang2 yang meminta bukan yang benar2 memerlukan, tetapi sebagai menampung kelompongan2 yang tidak sewajarnya lompong dan berlubang. Kadang2 perbelanjaan sendiri juga tidak wajar. Yang sudah cukup ada mahu ditambah-tambah. Akhirnya dari 1 menjadi 2, 3, 4, 5 dan seterusnya. Ujian dengan kesibukan-entah apa yamg disibukkan sehingga masa terluang untuk tadabbur al-Quran hanya tinggal sedikit. Sibuk di pejabat, sibuk diluar. Akhirnya masa rehat sebenar hanya beberapa minit dari 24jam tersebut. 

Malam ini malam 21 Ramadhan - antara malam ganjil yang disebut2 sebagai salah satu malam Lailatul Qadr. 

Muhasabah diri jua ~ Marilah kita sibukkan diri kita sebentar untuk penuhi malam ini dgn amalan kebaikan. Kerja kita sepanjang hari pun akan dikira ibadah sekiranya niat kita bekerja itu adalah semata2 mengharap redha Allah SWT. Aktiviti2 kita seharian dan semalaman pun akan dikira ibadah sekiranya niat kita dan perlakuan kita berada di atas landasanNya. Maka berlumba2 lah kita di dalam meraih cinta dan redha Allah SWT.

Semoga Allah SWT terima puasa kita dan juga terima ibadah kita. Dan semoga Allah SWT redha kita sebagai hambaNya.

Mari menjadi hambaNya. Dan selamat berbuka.
Allahu ta'ala a'lam.

28 July 2013

Refleksi Ramadhan 1434H – Hari 19 (28 Julai 2013)

Ramadhan hari 19 - Sambil menunggu beduk berbunyi...teringat masa di masjid putrajaya petang tadi. Seusai solat...baru terasa letih. Baring sekejap dan terlelap. Nyaris tidak terlajak sampai maghrib. Kembara sememangnya memenatkan, pun begitu dalam masa yang sama sedikit sebanyak saya belajar menyelami diri dan kenali manusia2 yg pelbagai watak. Ada yang boleh dijadikan teladan dan ada juga yang dpt dijadikan pengajaran. Walau di mana kita berada, dalam kembara apa sekalipun, dekat atau jauh...sentiasa muhasabah diri.

Dari 'Aisyah r.a., katanya: Saya pernah bertanya dengan berkata: "Ya Rasulullah, Bagaimana kiranya saya mengetahui akan malam Lailatulqadar itu dengan tepat, apa yang saya akan doakan pada saat itu?" "Baginda menjawab: "Berdoalah dengan doa yang berikut: (1)
(( اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ، تُحِبُّ الْعَفْوَ، فَاعْفُ عَنِّى ))
(Hadith Sahih - Riwayat Tirmizi)
Maksud doa yang tersebut: "Ya Allah, ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau sentiasa memaafkan (salah silap hamba-hamba-Mu), lagi suka memaafkan, oleh itu maafkanlah salah silapku"
~Muhasabah diri~ Kadang2 kita sesali sesuatu yg telah terjadi, tapi kadang2 jarang juga kita ambil pengajaran dan berusaha untuk perbaiki diri kerana kita selalu rasa pandangan dan apa yang kita fikir sahaja yang betul, rasa kita yang betul, dan selera orang lain ada sahaja yang tidak kena. Belajar kenali diri, belajar untuk rendah hati, belajar dari kembara kita. InsyaAllah kita akan lebih tekun menjadi hambaNya. 

Mari menjadi hamba. InsyaAllah dan selamat berbuka

26 July 2013

Refleksi Ramadhan 1434H – Hari 17 (26 Julai 2013)

Ramadhan day 18 ~ hari nie sibuk dengan tugasan di dapur. Majlis iftar perdana di rumah bagi meraikan pelajar-pelajar kakak yang datang berbuka dijangka akan meriah dan lebih meriah dari hari-hari biasa kami berbuka.

Selepas bersungkei bersama-sama dengan lebih 30 pelajar2 kakak ada 2nd session pulak - moreh with old schoolmates after terawih. Pekena kopi o kaw vietnam, shepperd pie, spaghetti cheese bakar, keropok ikan dgn acar timun, dan kuih muih. Menyembang bapak2 ibu2 la pulak masa nie. Yang bujang menyampuk aje la nampaknya. Makanan habis, Alhamdulillah, kawan2 balik dengan hasil tapauan sekali. 
Alhamdulillah!
Daripada Zaid bin Khalid al-Juhhani r.a,. daripada Nabi SAW sabdanya, Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun.(Riwayat at-Tirmizi, Ibn Majah dan Ibn Hibban menilainya sahih).

Ramadhan reflections night 17

Thursday, 25 July 2013 at 22:35

Ramadhan relfections night 17 - malam ini merupakan malam 17 Ramadhan bersamaan dengan Nuzul Al-Quran. Nuzul al-Quran merupakan peristiwa bersejarah di mana Al-Quran diturunkan secara berperingkat2 dan seterusnya menjadi pelengkap bagi kita umat Islam.

Al-Quran merupakan mukjizat terbesar nabi Muhammad SAW dan memberi makna yang amat besar kepada umat Islam. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW.

Perkataan ‘Nuzul’ berasal dari 'nazala' dan 'nuzul' bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Malam ini juga malam Jumaat, 17 Ramadan. Sama-samalah kita merebut malam yg sangat istimewa ini.

‘Al-Quran’ di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Tidak ada satu perkara pun yang tertinggal di dalam al-Quran.

Sepertimana Allah nyatakan di dalam Surah al-An'am ayat 38. Firman Allah: "Dan tidak ada seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan)."

Surah al'Alaq menjadi ayat pertama yang diturunkan dengan perantaraan Malaikat Jibril. ”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘Alaq:1-5)

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan panduan hidup manusia. Segala isi kandungan Al-Quran adalah benar dan terpelihara sejak 1434 tahun yang lalu.

Marilah kita islahkan diri. Marilah kita tadabbur al-Quran. Marilah kita menjadi hambaNya.
Allahu ta'ala a'lam.
Shared with Memoires

23 July 2013

Refleksi Ramadhan 1434H – Hari 14 (23 Julai 2013)

Tuesday, 23 July 2013 at 18:48
Ramadhan reflections day 14 - sedar tak sedar, pejam celik pejam celik dah nak masuk fasa pertengahan Ramadhan. Tahun ini belum pernah lagi berbuka secara besar-besaran dan bazirkan wang untuk iftar yang hampir menelan belanja ratusan ringgit di hotel2 atau di luar. Alhamdulillah.

Kadang-kadang ber-sungkei kayaknya seperti tiada punya apa-apa, seakan2 nikmat makan itu ditarik gayanya.

Kadang2 bila teringinkan sesuatu, masa dan ketika itu yang diingini tiada. Akhirnya cuma berbuka dengan kurma.

Dari sehari ke sehari puasa seperti banyak dihabiskan untuk mengisi keinginan dunia. Masa seakan begitu cepat berlalu sedangkan juzu' yang dibaca masih belum mencapai kpi-Nya. Sibuk benar dengan urusan dunia yang tak pernah berkesudahan. Natijahnya ditakuti, puasa dan tak puasa sama ja akhlaknya. Alangkah ruginya saya!

Ditakuti jua...Ramadhan yang hanya tinggal 15 hari ini akan berlalu begitu sahaja. Kepada Allah jualah saya serahkan diri, agar saya dan anda semua sentiasa diberi kelapangan untuk islahkan diri, sentiasa ada masa untuk tadarrus dan tadabbur al-Quran, sentiasa ada masa untuk memenuhi hajat manusia lain yang memerlukan hajat dan sentiasa siap siaga untuk bertemu denganNya di setiap solat dan setiap saat. Ramadhan... bulan di mana kita berpeluang untuk memperindahkan diri bukan sahaja fizikal, mental, jiwa, ruhani, hati, iman dan bekalan akhirat kita.

Allahu ta'ala a'lam 
Shared with Memoires

22 July 2013

Refleksi Ramadhan 1434H – Hari 13 (22 Julai 2013)

Ramadhan reflections day 13 ~ be content, for Allah knows what is best for His servants. Usaha doa dan tawakkal. If things are not smoothly happens as what we want, always believe that Allah knows better. If we believe that Allah is the Best Planner and Executor  we can actually remove our frustration for not having what we want. Muhasabah untuk diri jua - apa yang diingini bukanlah apa yang terbaik buat diri kita. Berlapang dada lah! :)

Praise be to Allah.
When things do not go exactly the way we wanted, when we do not achieve what we have tried so hard to or when we feel so let down by others then always know that for as long as we have faith & trust in the Almighty, He definitely has something better in store for us, has saved us from a calamity or disaster that would have been in our path or has elevated our status through surrendering to His Decree. We are not considered believers until we are pleased with the Decisions of the Almighty. This will save us from much anxiety & depression. Try your best & leave the rest to Him.

21 July 2013

Refleksi Ramadhan 1434H – Hari 12 (21 Julai 2013)

From Mufti Menk Ismail
"Wealth is never depleted by a charity." Hadith 
Be charitable & see your wealth grow.

Be charitable. Harta adalah perhiasan dunia. Harta juga merupakan fitnah dunia. 
Dari Anas ra berkata : Rasulullah saw bersabda :
"Kalau anak Adam (manusia) telah mempunyai harta sepenuh dua lembah nescaya dia masih mencari lembah yang ketiga.Tiada yang memenuhi perut anak adam selain tanah.
Allah menerima taubat sesiapa yang bertaubat"
Hadis sahih riwayat Muslim

Dari Abu Hurairah r.a. berkata :
Rasulullah s.a.w. bersabda : Seseorang manusia mengatakan :"Hartaku, hartaku!. Yang menjadi kepunyaannya daripada harta itu hanya tiga. Apa yang dimakannya, telah dihabiskannya dan apa yang dipakainya, telah menjadi usang atau dinafkahkan (untuk kebaikan), telah disimpannya (untuk hari kemudian).Selain dari itu akan lenyap dan tinggal untuk orang lain."
Hadis sahih riwayat Muslim

Allahu Ta’ala A’lam

20 July 2013

Refleksi Ramadhan 1434H – Hari 11 (20 Julai 2013)

Ramadhan reflections day 11 - By Mufti Ismail Menk

Praise be to Allah.
Trust is like glass. Once shattered, no matter how well it is repaired, the cracks do not completely disappear. Always be trustworthy

~Firman Allah swt.: “Sesungguhnya Allah memerintahkan kalian untuk menunaikan amanah-amanah kepada pemiliknya; dan apabila kalian menetapkan hukum di antara manusia hendaklah kalian menetapkan hukum dengan adil.” (An-Nisa: 58)~

Isn't it amazing how the Prophet Joseph/Yusuf pbuh held absolutely no bitterness against his brothers after everything they did and forgave them completely without a second thought, embracing them four decades later? 
A true inspiration!

~Let us forgive and forget. Ujian yang kita terima tidak sehebat ujian yg Allah beri untuk Nabi Yusuf. Apakah layak bagi kita untuk tidak memaafkan orang lain yang berbuat salah pada kita. Walau sebesar mana punkesilapan orang tersebut, tidak lah sehebat apa yang dilakukan oleh saudara2 Nabi Yusuf kepada Nabi Yusuf. Mari islahkan diri dan besarkan hati serta iman kita untuk memberi maaf, dan juga meminta maaf.~

Allahu ta'ala a'lam. :)

19 July 2013

Refleksi Ramadhan 1434H – Hari 10 (19 Julai 2013)

Friday, 19 July 2013 at 19:24 A few hours back, while waiting for the plane to take off and to break fast....my mind mingling around.

It's already the 10th of Ramadhan. Time flies very fast and I'm going back hometown for the 2nd time. Alhamdulillah.

Everything seems to be in a slow pace during Ramadhan. Work has been revised and slowed down. But all works have to be settled according to the schedule. Though the workload is still heavy, the staffs performance are improving and we are getting positive responds from the higher management. Work is still tough but Alhamdulillah, we are still survive at the level where we are.

The House has been very silent nowadays after the spiritual general cleaning before Ramadhan. I'm living peacefully finally. No more nightmares, bad dreams, weird sounds that has been haunting for quite some time. Everything has been different slightly. Though after the general cleaning, there are a few incidents happened in life, I'll take it as a lesson learn and a test from Allah. Allah has given me countless ni'mah. Why should I count all the trials He gave me? Alhamdulillah. Praise only be to Allah alone.

However, there is one thing I'm really sure that hardly to change. The feeling of missing someone I know is growing continuously. Allah knows and He knows what is the best for His servant. I pray to Allah for a strong heart, and I pray to Allah that even we are not meant to be together, saya doakan kami sama-sama mendapat maghfirah dan redha Allah dan bertemu semula di sana, kehidupan yang kekal abadi.

The first 10 days of Ramadhan has passed, I pray to Allah that our Ramadhan is not wasted. And that we have achieved the sweetness of imaan, peaceful and harmony spiritually, mentally and physically.

Alhamdulillahi 'ala kulli haal 
Allahu ta'ala a'lam 
Shared with Memoires for Android

18 July 2013

Refleksi Ramadhan 1434H – Hari 9 (18 Julai 2013)

6 bulan pertama saya pada tahun ini memang sarat dengan aktiviti. Aktiviti memenuhi tuntutan institut dan juga aktiviti kegemaran saya ~ musafir. Musafir memenuhi tuntutan kerja dan musafir membesarkan mata, minda dan jiwa saya.

Bulan Mac yang lepas, saya sempat mengikuti rombongan kecil trip singkat ke Jakarta, semata-mata untuk berkunjung di Islamic Book Fair Jakarta. All in pakej hanya Rm350.00 termasuk pengangkutan, penginapan dan tiket 2 hala. Makan sendirian tetapi tiada masalah kerana saya sudah biasa dengan makan yang sedikit bermula pada awal tahun lagi.

Di Islamic Book Fair Jakarta – inilah hasil tangkapan hari pertama. Beg sandang telah penuh dengan buku. Dan agenda ke Tanah Abang keesokan harinya, nampaknya perlu dilupakan kerana kedua-dua beg telah sarat dengan buku-buku. Penginapan di House of Arsonia, walaupun biliknya kecil dan agak sempit untuk 2 orang, tetapi tempat tidurnya cukup selesa untuk tidur.
Balik dari book fair, dan kembali ke hotel, talian telefon mula dihujani dengan mesej memandangkan saya tidak melanggan perkhidmatan roaming. Berita dari kampong memaklumkan bahawa ibu masuk hospital. Hati mula tidak berasa senang. Tidur pun tak lena. Sehinggalah awal pagi keesokan harinya saya menyampaikan hajat kepada tuan traveler untuk ke lapangan terbang dan kembali ke KL, seterusnya ke kampong.

Seawal pagi, pak supir datang untuk menghantar saya ke airport. Di temani juga oleh tuan traveler yang menguruskan permusafiran kami. Sepanjang-panjang perjalanan, hati saya berdoa agar dipermudahkan jalan dan agar kesihatan ibu semakin pulih.

Setibanya di airport, kaku sekejap dengan keramaian manusia membanjiri lapangan terbang. Setelah berlarian dari satu kaunter ke satu kaunter, akhirnya saya Berjaya mendapatkan tiket penerbangan ke KL dengan menaiki MAS dengan kadar bayaran tiket sebanyak USD260 sehala. Penerbangan jam 11 lebih pagi dari Jakarta ke KL juga telah dipermudahkan. Perancangan Allah itu sangat sempurna. Sebelum ke pesta buku, saya berdoa agar rupiah yang saya bawa mencukupi untuk memberli buku-buku yang dicari dan Alhamdulillah, rupiah tersebut cukup-cukup sahaja untuk buku-buku tersebut. Tidak lebih dari itu.

Rupa-rupanya Allah SWT punya perancangan yang lain untuk rezeki yang saya simpan. Amat berguna untuk waktu dan saat itu. Tidak lebih dan tidak kurang. Sungguh Allah SWT sebaik-baik perencana. 
Dugaan berkejar ke airport di Jakarta saya anggap cabaran. Berlari-lari dari satu kaunter ke kaunter lain dgn beg yg sarat dgn buku-buku utk membeli tiket kembali ke KL pada masa itu akan dikenang sampai bila-bila. Bergegas naik erl ke lcct juga seumpama amazing race sambil saya panjatkan doa agar segalanya dipermudahkan Allah. Alhamdulillah, di LCCT juga urusan saya dipermudahkan. Hanya perlu menghulurkan duit yang ada di dalam wallet saya, saya Berjaya mendapatkan tiket kembali ke Kuching pada jam 535pm. Pada saat menunggu ketibaan kapal untuk terbang ke Kuching, barulah terasa sakit-sakit dan lenguh-lenguh fizikal. Allah! Permudahkanlah segala urusan hambaMu ini. Kembalikanlah kesihatan bunda hambaMu. Kepada Engkaulah tempat segala pergantungan. Aameen

Bila saya mengimbas kembali momen-momen tersebut, betapa hebatnya Allah SWT. Saat gembira dan teruja semasa di pesta buku kerna dapat memiliki buku-buku yang dicari ditarik balik nikmatnya dengan sekelip mata melalui insiden-insiden seterusnya itu. Saya melihat semua ujian ini sebagai satu teguran dari Allah SWT. Halusnya teguran tersebut, ujian sekecil ini sahaja yang diberikan kepada saya. Ujian kesakitan, ujian kesempitan, ujian kewangan, ujian masa, ujian yang pelbagai ini sesungguhnya salah satu cara Allah SWT untuk mendapatkan perhatian dari hambaNya. Nyata sekali saya masih belum benar-benar berusaha untuk menjadi hambaNya. Ampunilah saya Ya Allah!

Benarlah Firman Allah SWT di dalam Surah Yaasin: 82

Sesungguhnya urusannya-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya, “Jadilah!” Maka jadilah ia,” 


Surah At-Taubah: 51

Katakanlah (wahai Muhammad): “Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah Pelindung kami, dan hanya kepada Allah orang-orang yang beriman harus bertawakal.”


Surah Yunus: 107

“Jika Allah menimpakan sesuatu kemudharatan kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia. Dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu, maka tak ada yang dapat menolak kurnia-Nya. Dia melimpahkan kebaikan itu kepada siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.”


Daripada Anas RA katanya, telah bersabda Rasulullah SAW, “Jika Allah menghendaki kebaikan bagi seseorang hambanya, disegerakan bagi hamba itu balasan sewaktu di dunia. Sebaliknya jika Allah menghendaki dengan hambanya keburukan ditangguh pembalasan itu supaya disempurnakannya di hari kiamat. Nabi SAW bersabda, “Sesungguhnya besarnya pahala itu bergantung pada besarnya ujian, sesungguhnya Allah itu apabila dia mengasihi sesuatu kaum dia menguji mereka dengan kesusahan. Sesiapa yang reda dengan kesusahan itu akan mendapat keredhaan Allah dan siapa yang tidak redha maka dia akan menerima kemurkaan Allah.”

Alhamdulillahi ‘ala kulli hal…
Allahu Ta’ala A’lam

17 July 2013

Refleksi Ramadhan 1434H – Hari 8 (17 Julai 2013)

Refleksi Ramadhan hari ini – mengimbas kembali tahun baru 2013 saya, dengan tahap stress yang semakin meningkat di pejabat, saya mengambil keputusan untuk mendatangi pusat senaman berhampiran dengan rumah. Mengenang-ngenang masa kursus 3 bulan di negara jiran, saya diserang hipertensi yang hampir kepada darah tinggi disebabkan kondisi kesihatan saya yang kurang sihat. Makan pun makanan yang kurang sihat sehingga menyebabkan saya berada di dalam kalangan manusia-manusia yang obese.



Rasulullah SAW juga sakit:
Dari Abdullah dia berkata; saya pernah menjenguk Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam ketika beliau sedang menderita sakit, lalu aku berkata; "Wahai Rasulullah, sepertinya anda sedang merasakan sakit yang amat berat" beliau bersabda: "Benar, rasa sakit yang menimpaku ini sama seperti rasa sakit yang menimpa dua orang dari kalian." Kataku selanjutnya; "Sebab itu anda mendapatkan pahala dua kali lipat." Beliau menjawab: "Benar, seperti itulah, dan tidaklah seorang Muslim yang tertimpa suatu musibah (penyakit) atau yang lain, melainkan Allah akan menghapuskan kesalahan-kesalahannya sebagaimana pohon menggugurkan dedaunannya." (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, ad-Darimi dan Ahmad)

Manusia akan lebih beringat apabila diserang penyakit sekurang-kurangnya sekali.
Dari Abu Hurairah dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam beliau bersabda: "Tidaklah seorang Muslim tertimpa suatu penyakit dan keletihan, kekhuatiran dan kesedihan, dan tidak juga gangguan dan kesusahan bahkan duri yang melukainya melainkan Allah akan menghapus kesalahan-kesalahannya." (Hadis Sahih Bukhari, manakala riwayat Tirmidzi dan Ahmad dari Abu Sa'id Al Khudri)
Nyata sekali saya, hambaNya yang banyak dosa. Ternyata Allah SWT beri ujian dalam pelbagai bentuk untuk saya ambil iktibar dan berubah kepada yang lebih baik.

Rasulullah SAW juga menganjurkan kita untuk berubat:
Seorang Arab Badwi datang dari arah ini dan ini, mereka lalu berkata, "Wahai Rasulullah, apakah boleh kami berubat?" Beliau menjawab: "Berubatlah, sesungguhnya Allah 'azza wajalla tidak menciptakan penyakit melainkan menciptakan juga ubatnya, kecuali satu penyakit, iaitu al-haromu (penyakit tua)." (Abu Daud, Tirmizi, Ibnu Majah dan Ahmad)

Makanya dengan azam untuk tidak mahu diserang hipertensi lagi dan diserang darah tinggi, saya mengambil keputusan untuk mendatangi pusat senaman dengan bayaran yang agak lumayan. Pada awalnya saya tidak memberitahu sesiapa kerana adakalanya tindakan saya dipandang remeh dan ada yang berpandangan saya hanya hangat-hangat tahi ayam sahaja.

Kadang-kadang saya ruqyah diri sendiri sepertimana sabda Rasulullah SAW:
Dari 'Utsman bin Abu Al 'Ash Ats Tsaqafi bahawa dia mengadukan kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam suatu penyakit yang dideritanya sejak ia masuk Islam. Maka Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda kepadanya: "Letakkan tanganmu di tubuhmu yang terasa sakit, kemudian ucapkan Bismillah tiga kali, sesudah itu baca tujuh kali: A'udzu billahi wa qudratihi min syarri ma ajidu wa uhadziru." (Aku berlindung kepada Allah dan kekuasaanNya dari penyakit yang aku derita dan aku cemaskan). (Hadis Riwayat Muslim, Abu Daud, Tirmizi, Ibnu Majah, Ahmad dan Imam Malik)

Kali ini…saya nekad untuk menurunkan keberatan saya sekurang-kurangnya di tahap yang saya selesa. Hanya Allah SWT sahaja yang tahu, permulaan bagi tindakan tersebut…betapa saya merana semata-mata untuk sihat. “No pain no gain”.

Saya kuatkan semangat untuk terus turunkan keberatan saya walaupun kadang-kadang saya perlu korbankan masa, wang dan tenaga untuk mencapai tahap-tahap tertentu. Sahabat saya juga hampir berkecil hati dengan saya kerana masa saya lebih banyak dihabiskan di pusat senaman. Selepas habis kerja, saya ke sana sejam dua, dan selepas itu terus kembali ke rumah di dalam keadaan kepenatan. Aktiviti-aktiviti ini berlarutan beberapa bulan. Saya membiarkan diri saya didera jasmaninya dan memaksa diri untuk terus kuat kerana memikirkan nikmat kesihatan itu mahal dan nikmat sakit itu lebih mahal, saya teruskan jua. Dek kerana terlalu focus di dalam mengembalikan kesihatan di tahap yang lebih baik, ada dikalangan sahabat saya yang berkecil hati. Itulah harga yang perlu saya bayar untuk sebuah kesihatan. Hanya Allah SWT sahaja yang tahu keperitan rasa dan jiwa saya sepanjang proses tersebut. Ditambah lagi dengan fokus saya kepada kerja sehingga membuatkan saya mengabaikan perkara-perkara yang lain.

Makanan yang saya sukai juga perlu dilupakan. Aktiviti santai di rumah sudah hampir tiada. TV sudah mula dilupakan. Balik ke rumah hanyalah untuk tidur sahaja. Sekiranya ada ajakan kawan-kawan untuk aktiviti rehlah, saya penuhi juga sekiranya saya tidak mempunyai komitment yang lain atau komitmen dengan keluarga. Hari-hari penuh sahaja dengan aktiviti-aktiviti sehinggakan saya terlupa bahawa ada manusia-manusia yang memerlukan perhatian saya. Ya! Saya akui itu memang kelemahan dan kesilapan saya.

Kesilapan ini mengajar saya agar merendah diri belajar meminta maaf. Kalaupun bukan silap saya secara langsung, mungkin ada kesilapan saya secara tidak langsung atau yang tidak saya sedari. Kadang-kadang saya sedih kerana disalah ertikan, rupa-rupanya tiada manusia yang benar-benar memahami saya. Dan mungkin juga saya yang tidak cukup lagi belajar untuk memahami manusia-manusia yang lain.

Kesakitan yang saya tanggung jasmani dan ruhani tidaklah sebesar mana sepertimana kesakitan yang telah Rasulullah SAW tanggung semasa hidupnya. Jika kita rasa sakit, ingatlah kesakitan itu merupakan kaffarah, tidak kiralah sakit jasmani ataupun sakit ruhani. Makanya, wajiblah bagi kita mengubati kesakitan-kesakitan yang ada pada diri kita sendiri kerana Allah SWT telah beri pinjam kepada kita seluruh tubuh badan kita di dalam keadaan yang sihat. Makanya, kita perlu pulang kepada Allah SWT di dalam keadaan yang sihat jua. InsyaAllah.

Alhamdulillahi ‘ala kulli hal…
Allahu Ta’ala A’lam

16 July 2013

Refleksi Ramadhan 1434H – Hari 7 (16 Julai 2013)

Refleksi Ramadhan hari ini ~ bagaimana menangani tahap stress di pejabat?

Siapa yang tidak pernah stress? Sila angkat tangan :)

Saya percaya semua orang pernah stress. Tahap stress tersebut mungkin berbeza di antara satu sama lain dan juga bergantung kepada situasi kerja, tempat dan masa. Juga bergantung kepada tahap kondisi mental dan fizikal kita. Tempat kerja baru saya memang stress! Itu cabaran dan dugaan yang perlu saya hadapi semasa hari pertama melapor diri sehinggalah sekarang.

Jadual kerja bagi cawangan kami sentiasa penuh dan sentiasa terkehadapan. Belum lagi pertengahan bulan, aktiviti bulan hadapannya hampir penuh dengan aktiviti-aktiviti yang dirancang. Saya sendiri berasa stress dengan kalendar kerja kami yang sentiasa penuh dan dengan masalah yang menunggu untuk diselesaikan. Walaubagaimanapun, saya bersyukur kerana mempunyai rakan-rakan kerja yang sentiasa membantu di dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi. Kerja dibahagi-bahagikan mengikut kepakaran masing-masing dan masing-masing disarankan agar menyusun kerja masing-masing agar lebih teratur. Mana-mana perkara yang memerlukan bantuan atau konsultansi, saya sedia membantu biarpun kerja sendiri menimbun dan menggunung.

Akan tetapi disebalik kerja-kerja yang menimbun dan menggunung, saya bersyukur kerana saya mempunyai pilihan untuk membuat keputusan walaupun saya bukanlah sebenarnya layak untuk membuat keputusan yang besar. Saya hanya membuat keputusan yang melibatkan unit saya sahaja. Saya mahu anak-anak buah saya kerja dalam kondisi yang teratur, berfikir menyelesaikan masalah, dan bukan hanya menurut perintah sahaja. Saya mahu mereka berfikir dan memberi cadangan serta membuat tindakan berdasarkan cadangan yang diputuskan bersama.

Bagaimana menghadapi keadaan yang stress. Stress sebenarnya boleh diibaratkan musuh dalam selimut. Tidak nampak, tetapi kesannya akan membuatkan seseorang merana dan derita dalam masa yang panjang. Sebab itulah di dalam Islam, kita diwajibkan solat 5 kali sehari. Solat boleh mengubati stress yang dihadapi kerana pada masa kita solat, fikiran kita akan menumpukan sepenuh perhatian kepada Allah SWT sebagai tempat kita mengadu dan memohon pertolongan.

Firman Allah SWT di dalam Surah Al-Fatihah:5-6
"Kepadamulah semata kami beribadah dan kepadamulah sahaja tempat kami memohon pertolongan. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus"

Surah Al-Fatihah itu sendiri merupakan do’a, munajat kita kepada Allah SWT di dalam memohon pertolongan dan ditunjukkan jalan yang lurus.

Rugilah kita apabila kita membaca surah ini, kita tidak dapat merasakan bahawa pertolongan Allah SWT itu akan datang dan benar.

Antara salah satu lagi cara untuk mengatasi stress adalah dengan zikir. Rasulullah SAW, apabila baginda di dalam keadaan sedih, baginda akan melakukan solat, zikir, istighfar atau membaca Al-Quran.

Semua orang ingin kehidupan yang tenang, Cuma persoalannya…bagaimana cara kita mencapai ketenangan hidup tersebut dan apa kesungguhan tindakan kita di dalam mencapainya berbeza di antara kita.

Allah SWT telah jelaskan dengan nyata di dalam ayat-ayatnya:
“Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah, niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya.” (QS.At-Taghaabun: 11)

“Dan apabila dibacakan Al-Quran, maka dengarkanlah baik-baik, dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat. Dan sebutlah (nama) Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak mengeraskan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai” (QS.Al-A’raf: 204-205)

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
“Sesungguhnya besarnya balasan tergantung besarnya ujian, dan sesungguhnya Allah Ta’ala apabila mencintai suatu kaum maka Allah akan menguji mereka (dengan suatu musibah), maka barangsiapa yang ridha maka baginya keridhaan (dari Allah) dan barangsiapa yang marah maka baginya kemarahan (Allah).” (HR. At-Tirmidzi dari Anas bin Malik)

Alhamdulillahi ‘ala kulli hal…
Allahu Ta’ala A’lam

15 July 2013

Refleksi Ramadhan 1434H – Hari 6 (15 Julai 2013)

Refleksi Ramadhan hari ini dan seterusnya, saya ingin bawa pembaca mengimbau insiden-insiden yang telah berlaku sepanjang 6 bulan yang lepas. Insiden-insiden yang menguji minda dan fizikal saya, menguji juga kesabaran dan ketabahan saya di dalam menangani permasalah kehidupan yang sangat kecil ini. Bagaimana saya melihat masalah kecil ini dengan mata kasar saya dan mata hati saya dan bagaimana saya menghadapi insiden-insiden ini dengan jiwa kecil saya ini. Jika jiwa kecil ini tiada iman, saya mungkin akan kecundang bersama insiden-insiden tersebut. Kepada Allah SWT jua saya memohon pertolongan dan bantuan. Kadang-kadang Allah SWT hantar bantuan-bantuan di kalangan hamba-hambaNya dan kadang-kadang Dia membiarkan saya sendirian untuk menyelesaikan masalah-masalah tersebut. Tetapi saya yaqin dan percaya bahawa Allah SWT tidak akan membiarkan hambaNya sendirian kerana Dia sentiasa ada di sisi hambaNya. Hanya kepada Dia-lah saya memohon pertolongan dan tiada daya kuasa saya melainkan dengan izin-Nya. AllahuAkbar!

Mengimbas kembali tarikh keramat di alam pekerjaan ~ 26 Disember 2012, merupakan permulaan langkah baru di alam pekerjaan. Jawatannya masih sama, cumanya persekitaran yang berbeza dan pengalaman bekerja juga mungkin akan berbeza. Hari pertama melapor diri masih belum Nampak bayang-bayang dan angin panas di tempat baru. Suasana di tempat baru lebih sesak dari persekitaran di tempat lama yang lebih luas dan selesa. Pun begitu…Alhamdulillah! 

Status saya pada beberapa hari bekerja di persekitaran yang baru - 
“Things I got today.There is no luxury here. It's all very simple. The cubicle is not as big as the previous office. It's not spacious either. There is no safety drawer to store my valuable things. But there is a beautiful lake view behind my cubicle. I try to focus on the positive side of everything. That is when I realize that, the knowledge and experiences during 11 weeks course helps me a lot during this transition period. I thank Allah for everything He has given me and I seek forgiveness for all wrong doing in life. Live is great when we always feel gratitude and thankful for what we have and not have. Have a great year ahead.”

Cabaran demi cabaran sebenarnya telah lama menunggu saya di dalam persekitaran baru ini. Adakalanya saya rasa lelah, kejang dan penat di dalam menyelesaikan masalah-masalah yang telah lama menggunung. Pun begitu, ada sebabnya Allah SWT meletakkan saya di tempat di mana saya berada sekarang ini. Kadang-kadang perasaan saya berasa ingin menangis dan berhenti, kadang-kadang juga saya berasa ingin lari dari semua masalah yang dihadapi. Walaupun begitu, saya bersyukur kerana dengan cabaran dan dugaan yang saya telah alami sepanjang 6 bulan berada di tempat ini telah membuka banyak peluang untuk saya dan yang berada di bawah tanggungjawab saya menyerlahkan potensi diri sekaligus membantu yang berada di bawah tanggungjawab saya untuk berasa lebih yakin di dalam menghadapi cabaran pekerjaan.

Firman Allah SWT di dalam Surah Al-Anbiyaa’:35
“Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan.”

Ibn Katsir dalam memberikan penerangan terhadap ayat ini menyatakan bahawa Allah menguji hambaNya dengan musibah pada satu waktu, dan kemudian dengan nikmat pada waktu yang lain, untuk melihat siapa yang bersyukur dan siapa yang kufur, siapa pula yang sabar dan siapa yang putus harap.

Ibn Katsir ada menukilkan kata-kata Ibnu ‘Abbas dalam menafsirkan ayat ini, bahawa Allah menguji hambaNya dengan kecelakaan dan kesenangan, dengan kesihatan dan kesakitan, dengan kemewahan serta kemiskinan, dengan perkara yang halal dan apa yang haram, dengan ketaatan dan kemaksiatan, serta hidayah dan kesesatan. [Tafsir al-Quran al=’Adzim, Ibn Katsir, Abu al-Fida’]

Setiap orang diuji berbeza tahap ujian yang dikenakan di atasnya.
Firman Allah SWT di dalam Surah Al-Baqarah: 286
“Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya.”

Kadang-kadang kita bertanya mengapa kita selalu diuji? Kadang-kadang kita rasa putus asa da nada juga yang berasa bahawa Allah SWT tidak sayangkan mereka. Sebenarnya, ujian demi ujian yang Allah SWT berikan pada kita adalah tanda Allah SWT saying dan inginkan perhatian. Bagaimana kita melihat ujian tersebut samada sebagai satu Rahmat, peringatan, bala atau ujian itulah yang akan menentukan tindakan kita, samada kita sabar atau kufur.

Ujian yang diberikan Allah SWT tersebut adalah untuk mengukur tahap keimanan seorang hamba, seperti firman Allah SWT di dalam Surah al-‘Ankabut:2-3 bermaksud:
“Patutkan manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta”

Alhamdulillahi ‘ala kulli hal…
Allahu Ta’ala A’lam

14 July 2013

Refleksi Ramadhan 1434H – Hari 5 - 14 Julai 2013

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.



Firman Allah SWT maksudnya : "Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa.(Iaitu) orang-orang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan."(Surah Ali-Imran ayat 133-134)

Ciri-ciri orang bertaqwa – yang ke-4:
4.: Orang-orang yang berbuat kebaikan.

Banyak cara dan jalan untuk kita berbuat kebaikan.
Bulan Ramadhan ini, terlalu banyak jalan yang dibuka untuk kita membuat kebaikan. Salah satunya memberi makan anak-anak yatim. Membantu kaum keluarga yang di dalam kesempitan. Membantu sahabat-sahabat yang berada di dalam kesempitan samada dari segi kewangan, mental dan masalah-masalah lain. Dan sejuta satu cara yang ada untuk kita berlumba-lumba membuat kebaikan. Pilih sahaja cara yang kita mampu dan yang boleh kita lakukan.

Daripada Ibnu Abbas RA, daripada Rasulullah SAW mengikut apa yang di riwayat daripada Tuhannya Tabaraka wa Ta’ala: “Sesungguhnya Allah telah menulis segala perkara kebaikan dan keburukan, kemudian Dia menerangkan perkara tersebut. Barangsiapa yang bercita-cita (berazam) untuk melakukan kebaikan, (tetapi) dia tidak membuatnya, Allah akan menulis di sisinya satu kebaikan yang sempurna. Sekiranya dia bercita-cita dan melakukan perkara kebaikan tersebut, Allah Azza wa Jalla akan menulis di sisinya 10 kebaikan hingga 700 kali ganda bahkan berganda-ganda lagi. Dan sekiranya dia bercita-cita untuk melakukan keburukan sedangkan, (tetapi) dia tidak membuatnya, Allah akan menulis di sisinya satu kebaikan yang sempurna. Dan sekiranya dia bercita-cita untuk melakukan kejahatan serta melakukan perkara kejahatan tersebut, Allah akan menulis di sisinya satu keburukan sahaja.”[Muttafaqun ‘alayh]


Rahmat Allah amat dekat kepada hamba-hambaNya yang berbuat kebaikan. 
Firman Allah di dalam Surah Al-A'raaf ayat 56:
Dan janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi, sesudah (Allah) memperbaikinya dan berdoalah kepada-Nya dengan rasa takut (tidak akan diterima) dan harapan (akan dikabulkan). Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik. [Q.S. al-A'raaf: 56]

Berdo'a juga antara salah satu cara untuk berbuat kebaikan. Do'a untuk diri sendiri, untuk kedua ibu bapa, untuk kaum keluarga, untuk sahabat-sahabat, untuk seluruh muslimin dan muslimat dan untuk agama serta negara kita juga merupakan salah satu dari tindakan-tindakan kebaikan yang boleh kita lakukan.

Jadilah kita di antara orang-orang yang berbuat kebaikan kerna dengan berbuat baik itu juga merupakan sedekah kepada diri kita sendiri.

Dari Abu Hurairah radhiallahuanhu dia berkata : Rasulullah shollallohu ‘alaihi wa sallam bersabda : Setiap anggota tubuh manusia wajib disedekahi, setiap hari dimana matahari terbit lalu engkau berlaku adil terhadap dua orang (yang bertikai) adalah sedekah, engkau menolong seseorang yang berkendaraan lalu engkau bantu dia untuk naik kendaraanya atau mengangkatkan barangnya adalah sedekah, ucapan yang baik adalah sedekah, setiap langkah ketika engkau berjalan menuju shalat adalah sedekah dan menghilangkan gangguan dari jalan adalah sedekah.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)


Marilah kita sama-sama islahkan diri, marilah kita sama-sama perbaiki diri sendiri, marilah kita sama-sama berjalan seiring menuju jalan Allah. Bila mana kita hendak memperbaiki diri kita, cubaan dan dugaan akan lebih tinggi kerna jalan menuju syurga itu banyak ranjau dan durinya. Namun, kita perlu istiqamah di dalam menangani semua cubaan dan dugaan tersebut kerna akhirannya akan sangat manis, lebih manis dan sedap dari apa sahaja yang manis dan sedap di dunia fana' ini.


Allahu Ta’ala A’lam.

13 July 2013

Refleksi Ramadhan 1434H – Hari 4 - 13 Julai 2013

Praise only be to Allah the Most Merciful and Most Knowledgeable. Keep on doing good things publicly and secretly. Allah knows and He knows our intentions. Seek forgiveness from Allah for our sins. May Allah always give us taufiq and hidayah. Aameeen

12 July 2013

Refleksi Ramadhan 1434H – Hari 3 - 12 Julai 2013

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Firman Allah SWT maksudnya : "Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa.(Iaitu) orang-orang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan."(Surah Ali-Imran ayat 133-134)

Ciri-ciri orang bertaqwa – yang ke-3:
3.: Orang yang memaafkan kesalahan orang lain.

Orang yang berjiwa besar akan memberi maaf kesalahan orang lain. Memberi maaf adalah satu sifat yang baik yang harus dimiliki oleh semua manusia. Perkataan “saya maafkan awak” tidak sesenang dengan tindakan mengungkapkan perkataan “saya maafkan awak” kerna manusia mempunyai ego yang bertingkat-tingkat. Ada yang tinggi egonya sehingga tidak mahu memaafkan kesalahan orang lain. Ada yang senang memafkan orang lain sehinggakan orang lain pula yang berkata, “engkau ni baik sangat…”

Saya akui, perkara yang paling berat yang hendak kita lakukan adalah meminta maaf, kerana sifat kita selalu nya akan berasa sentiasa betul di atas tindakan-tindakan yang kita lakukan, atau perkataan yang keluar dari mulut kita. 

Kerna itulah muhasabah diri amatlah perlu dan penting di dalam kehidupan kita. Sedar diri bahawa kita bukan sentiasa betul adalah penting. Tidak kira apa pangkat dan jawatan kita sekalipun, sekiranya kita salah, adalah perlu bagi kita untuk meminta maaf dan sekiranya orang lain yang salah dan meminta maaf, maka perlulah kita untuk memberi maaf. Meminta maaf dan memberi maaf itu adalah suatu seni yang halus. Hanya manusia-manusia yang rendah hatinya sahaja yang mampu untuk meminta maaf dan memberi maaf.

Sebenar-benarnya, memaafkan kesalahan diri sendiri dan orang lain serta meminta maaf adalah sesuatu yang hebat dan membahagiakan. Orang yang hebat akan sentiasa melihat diri, sentiasa muhasabah diri dan tidak akan segan silu untuk meminta maaf sekiranya mereka bersalah atau orang lain fikir atau beritahu bahawa mereka bersalah! Tidak mahukah kita menjadi orang yang hebat???

Perkara yang kadang-kadang paling sukar untuk kita memberi maaf adalah kepada kawan yang telah mengkhianati dan melukai hati kita, isteri sukar memberi maaf kepada suami yang curang, suami pula sukar memberi maaf kepada isteri yang curang, keluarga sendiri pula sukar untuk memberi maaf sekiranya ahli keluarga khianat kepada yang lain dan sebagainya.

“Lebih senang memaafkan seorang musuh, dari memaafkan seorang kawan” -William Blake- } Bagi pandangan saya, memang betul apa yang dikatakan oleh William Blake, tetapi di dalam Islam…walau siapa pun orang yang berbuat salah kepada kita, perlulah kita memberi maaf seandainya mereka meminta maaf walau besar manapun kesalahan mereka. Apa hak kita untuk menahan pemberian maaf tersebut sedangkan Allah SWT yang telah menciptakan kita akan memaafkan hamba-hambaNya walau sebesar mana pun dosa mereka. Apakah kita lebih hebat dan lebih tinggi darjatnya dari Allah SWT yang telah menciptakan kita dari setitis air mani yang hina???

“Orang yang paling sabar di antara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya.” (Hadis Riwayat Ibnu Abiduyya dan Baihaqi)

“Tidaklah sedekah itu mengurangi harta, dan tidaklah Allah menambah bagi seorang hamba dengan sifat memaafkan kecuali kemuliaan, serta tidaklah seorang hamba merendahkan diri kerana Allah melainkan Allah meninggikan darjatnya. “ (Hadis Riwayat Muslim)

Sedangkan Allah SWT mengampuni hamba-hambaNya yang berbuat salah dan yang berdosa. Apa pula hak kita untuk menahan diri dari memaafkan orang lain dan meminta maaf?? Makanya, dzalimlah kita pada diri sendiri kerna membiarkan diri kita untuk terus ego dan berdendam, tidak memberi maaf dan tidak pula meminta maaf!

"Berilah maaf dan mintalah maaf sekiranya kita bersalah. Perbuatan ini tidak akan mengurangkan nilai yang ada padda kita, malahan kita akan nampak hebat di mata manusia dan juga di sisi Allah SWT. Tidak kah kita mahu sentiasa nampak hebat di sisi Allah SWT Sang Pencipta kita?"~uark :)

Allahu Ta’ala A’lam.

11 July 2013

Refleksi Ramadhan 1434H – Hari 2 - 11 Julai 2013

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.


Firman Allah SWT maksudnya : "Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa.(Iaitu) orang-orang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan."(Surah Ali-Imran ayat 133-134)

Ciri-ciri orang bertaqwa – yang ke-2:
2.: Orang-orang yang menahan amarahnya.

Biasa tak kita melihat orang yang menahan kemarahannya. Biasa tak kita melihat aksi orang yang marah dan natijah dari kemarahan tersebut. 

Orang yang marah biasa nya tidak dapat mengawal akal fikirannya dan dia akan melakukan perkara-perkara yang diluar batas kemanusiaan, tindakan-tindakan yang kejam dan jahat seperti memukul, sehinggalah membunuh.

Apabila telah reda kemarahannya, dia pasti akan menyesali tindakan yang telah dilakukannya dan menyedari bahawa itu adalah tindakan yang melampaui batas.

Oleh sebab itulah, apabila kita marah, kita telah dianjurkan untuk menahan kemarahan kita itu terlebih dahulu. Sekiranya kita marah di dalam keadaan berdiri, maka duduklah kita. Sekiranya kita marah di dalam keadaan duduk, maka, baringlah kita dan sekiranya kemarahan kita itu masih memuncak, ambil wudhu’, istighfar dan lakukan solat sunat taubat.

Latih diri kita untuk menahan marah. Marah itu api dan syaitan suka kepada orang yang marah.
Orang yang taqwa akan berusaha untuk menahan diri dari marah.

Cuba kita lihat diri kita apabila marah. Muka yang manis dan cantik dan hensem akan menjadi amat buruk apabila marah. Begitu jugalah hati kita, apabila kita marah sedikit sebanyak akan menipiskan iman di dada dan tatkala waktu itulah syaitan lebih mudah mempengaruhi kita dan membuat keputusan untuk kita. Berapa ramai manusia yang kita pernah jumpa menyesal di atas perbuatan mereka ketika mana mereka marah. Ada anak yang lari dari rumah kerana dipukul dan didera oleh seorang ayah yang marah. Ada saudara terbunuh kerana pergaduhan di antara saudara. Ada persahabatan yang putus disebabkan pengaruh perasaan marah dan sebagainya.

Sabda Nabi SAW. yang bermaksud : "Orang yang terkuat di kalangan kamu semua ialah orang yang dapat mengalahkan hawa nafsunya di ketika dia marah dan orang yang tersabar ialah orang yang suka memberikan pengampunan di saat dia berkuasa memberikan balasan (kejahatan orang yang menyakitinya)" (Hadis Riwayat Baihaqi) 

Hal itu dinyatakan Rasulullah SAW kepada seorang lelaki bertanya baginda: “Wahai Rasulullah! Apakah sesuatu yang lebih berat? Dijawab Rasulullah SAW : "Kemurkaan Allah!" Lelaki itu bertanya lagi: "Apakah sesuatu yang dapat menjauhkan aku daripada kemurkaan Allah? Rasulullah SAW menjawab: "Jangan marah."
(Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Amr)

Allah SWT berfirman yang bermaksud : "Dan apabila mereka marah segera memberi maaf."
(Surah as- Syura ayat 37) 

Allahu Ta’ala A’lam.

10 July 2013

Refleksi Ramadhan 1434H - Hari 1 - 10 Julai 2013

Dalam masa tadarrus siang tadi, saya melewati ayat-ayat di dalam Surah Al-Imran 133-134 dan seterusnya. Sesungguhnya memang satu peringatan kepada saya. Sungguh, begitu halus cara Allah menegur saya melalui ayat-ayatNya. MasyaAllah.

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Firman Allah SWT maksudnya : "Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa.(Iaitu) orang-orang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan."(Surah Ali-Imran ayat 133-134)

Sepertimana yang difahami saya secara kasarnya:

“ Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa…”

Dalam ayat 133 surah Ali-Imran di atas Allah SWT menyuruh kita bersegera meminta ampun kepada-Nya apabila telah terjatuh ke jurang dosa dan maksiat, kerana kita tidak akan pernah luput dari dosa. Terkadang begitu kuatnya iman kita yang kita rasakan, semakin kuatnya godaan dan tipu daya syaitan, terjerumus juga kita dalam jurang maksiat. Dan kita sedar akan kesalahan kita dan menyesal di atas perbuatan tersebut lalu bertaubat dan memohon keampunan dari Allah SWT. 

Rugilah kita apabila kita berbuat dosa dan kesalahan serta terjerumus di dalam kawah maksiat, kita berasa bangga dan tidak berasa apa-apa perasaan bersalah di dalam melakukan maksiat tersebut, bahkan kita berkata-kata dan bercerita mengenai maksiat-maksiat tersebut…Rugilah kita dan kita sebenarnya mendzalimi diri kita sendiri.

Bersegeralah kita di dala memohon keampunan dari Allah SWT, sebesar mana pun dosa-dosa kita kepada Allah SWT, selagi kita bersujud dan merendah diri serta ikhlas di dalam memohon keampunan di atas segala dosa-dosa kita, Allah SWT lebih berhak untuk mengampuni kita. Dia adalah Maha Penerima Taubat, Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Beruntung lah bagi manusia yang bertaqwa. Syurga yang seluas langit dan bumi disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa. Ayat seterusnya langsung menjelaskan sifat-sifat orang yang bertaqwa iaitu:

“(Iaitu) orang-orang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan."

1.: Orang yang selalu menafkahkan hartanya baik dalam keadaan berkecukupan maupun dalam keadaan kesempitan (miskin).

Hamba yang sebegini akan sentiasa menginfaqkan harta yang ada pada dirinya sesuai dengan kemampuannya. Sekiranya dia mempunyai kecukupan di dalam kehidupannya, apa yang selebihnya dia infaqkan. Sekiranya dia kesempitan, apa yang ada di infaqkan sekadar kemampuannya. Infaq tidak semestinya di dalam jumlah tertentu atau di dalam kadar tertentu. Bahkan Rasulullah SAW sendiri pernah bersabda bahawa Senyum itu juga adalah sadaqah. Bersedeqah itu boleh sahaja di dalam bentuk wang ringgit, harta yang kita ada, di dalam bentuk masa dan tenaga dan apa jua cara yang boleh kita infaqkan. Kesanggupan memberi sumbangan tersebut InsyaAllah akan tetap memperoleh pahala dari Allah SWT.

Tanya iman kita dan lihat diri kita bilamana kita kesempitan, tiba-tiba ada sahabat atau kenalan kita yang memerlukan sumbangan dan bantuan dari kita. Bagaimana kita menghadapi situasi tersebut dan bagaimana kita “react” di atas permintaan tersebut sudah cukup untuk kita sendiri muhasabah diri di mana letaknya iman kita.

Diriwayatkan oleh Aisyah Ummul mukminin bahawa dia pernah bersedekah dengan sebiji anggur, dan di antara sahabat-sahabat Nabi SAW ada yang bersedekah dengan sebiji bawang.

Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Peliharalah dirimu dari api neraka meskipun dengan menyedekahkan sepotong kurma, dan perkenankanlah permintaan seorang peminta walaupun dengan memberikan sepotong kuku hewan yang dibakar"
(Hadis Riwayat Ahmad dalam musnadnya)

Allah SWT berfirman maksudnya : "Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya. Dan orang yang disempitkan rezekinya hendaklah memberi nafkah dari harta yang diberikan Allah kepadanya; Allah tidak memikulkan beban kepada seseorang melainkan (sekadar) apa yang Allah berikan kepadanya. Allah kelak akan memberikan kelapangan sesudah kesempitan"
(Surah at-Talaq ayat 7)

Di dalam diri kita ada sifat kikir (kedekut). Sifat ini sedikit sebanyak memusnahkan jiwa dan iman kita. Kenapa kita boleh beli handbeg, jam dan barangan berjenama beribu-ribu ringgit tetapi untuk bersedekah kita mula mencongak-congak berapa RM perlu disedeqahkan kepada yang memerlukan. Lihat diri kita dan muhasabah diri agar sifat kikir tersebut dapat dihapuskan di dalam diri kita. 

Oleh sebab itu Allah SWT memerintahkan orang beriman supaya menginfakkan hartanya dan menjelaskan bahawa harta yang ditunaikan zakatnya dan disedekahkan sebagiannya tidak akan berkurang bahkan akan bertambah.

Firman Allah SWT maksudnya : "Allah memusnahkan riba dan menyuburkan sedekah"
(Surah al-Baqarah ayat 276)

Imam al-Gazali menjelaskan seperti berikut : "Memerangi suatu sifat yang buruk haruslah dengan membiasakan diri melakukan lawan sifat itu. Jadi kalau seseorang hendak menghapuskan sifat kikir dalam dirinya hendaklah dia membiasakan bersedekah dan memberi pertolongan kepada orang lain. Dengan membiasakan diri itu akan hilanglah sifat kikirnya itu dengan beransur-ansur".

Nota ini adalah peringatan untuk diri saya sendiri. Saya sentiasa mengingatkan diri saya bahawa berkira-kira itu adalah antara sifat kikir. Banyak mana pun kita rasa kita telah menyumbang, perlu diingatkan bahawa Allah SWT lebih banyak memberi kepada kita dari kita memberi kepada Allah SWT dan orang lain. Maka layakkah bagi kita untuk berasa cukup dan bangga di atas sumbangan-sumbagan dan sadaqah-sadaqah kita itu? Kalau kita berasa bangga dengan sadaqah RM1000.00, pernah terfikirkan kita bahawa Allah SWT telah berikan nyawa kepada kita untuk kita hidup sehingga hari ini. Sekiranya kita perlu membeli setiap hembusan nafas kita itu, tidak akan termampu bagi kita untuk membeli hatta manusia yang paling kaya sekalipun yang ada di dunia ini tidak akan mampu membeli 1 hembusan nafas tersebut sekiranya Allah SWT kikir pada kita.

Maka, nikmat Tuhan manakah yang kita telah dustakan???
Allahu Ta’ala A’lam.

Nota kali ini sangat panjang, makanya saya segmenkan mengikut hari-hari di dalam Ramadhan. Bagi ulasan Surah Al-Imran: Ayat 133 dan 134 ini sudah memenuhi beberapa muka surat.
"...dan manusia adalah makhluk yang paling banyak membantah"~Allahu Allah...Ampunilah kami Ya Allah.
#quran#islam#muhasabah#selfreminder

09 July 2013

Ahlan wa sahlan Ya Ramadhan

Allah berkata; 'Puasa itu untukKu, maka Aku sendiri yang akan menentukan pahalanya. Ia (yakni orang yang berpuasa itu) meninggalkan syahwatnya dan makanannya dengan sebabKu'. Bagi orang yang berpuasa dua kegembiraan; kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan ketika bertemu Tuhannya nanti. Sesungguhnya bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah dari bau kasturi". (Riwayat Muslim)

Selamat menunaikan ibadah di bulan Ramadhan yang penuh barakah ini. Semoga ibadah puasa kita diterima Allah swt dan menjadi pelindung serta penyejuk kita di Padang Mahsyar nanti. 

Maka bergembiralah kita bila tibanya Ramadhan, kerna setiap kebaikan yang kita kerjakan akan berlipat ganda pahalanya. Setiap perbuatan kita itu, dikira ibadah samada kita tidur, berjalan, makan apatah lagi bersilaturrahim. Kegembiraan kita berganda-ganda kerna kegembiraan kita ketika berbuka dan kegembiraan kita ketika bertemu Allah di dalam setiap solat kita. Makanya, berlumba-lumbalah kita untuk mengaut sebanyak mungkin keuntungan pada Ramadhan kali ini. Andai kita tahu, ini merupakan Ramadhan yang terakhir, semestinya kita akan melakukan yang terbaik sekali untuk dibawa ke sana dan dipersembahkan kepadaNya.

Ahlan wa Sahlan Ya Ramadhan yang senantiasa kami rindui
Kedatangan mu kami sambut dengan tangan yang mendepa-depa
Kehadiran mu kami nantikan dengan penuh debar dan gembira
Rindu kami pada mu Ya Ramadhan umpama arjuna yang bercinta
Ahlan wa Sahlan ya Ramadhan, Ahlan wa Sahlan :)

02 July 2013

AMBITIOUS PERSON CHOOSE TO BE A YES-MAN!

In fact, there are many yes-man. It is around us whether politicians, colleagues, friends and subordinates. I don't want to be one of that kind. Too ambitious in this worldly life is not good either. We have to be a yes-man when it comes to Allah's commands. The questions arise... are we yes-man enough in terms of Allah's command??? ~Muhasabahdiri #muhasabahdiri #muhasabah #selfreminder #selfreflections #reading #books