31 May 2013

This is why I love travelling. The view and the feeling of being able to see other things beyond our imagination reminds me how great and merciful Allah to His servant. Alhamdulillah!

29 May 2013

10 May 2013

Self reflection: Strive to be wise

"As we struggle to live in this temporary worldly life, work hard to be wise. Taqwa is the key to success in this world and hereafter. The more years we live the more wiser and humble we need to be."~uark

05 May 2013

Sekitar PRU13 ~ selesai mengundi

Boarding. Tugas sebagai rakyat telah dilunaskan. Kepada yang menang, kene sentiasa ingat bahawa kemenangan itu dtg bersama tanggungjawab yg amat berat. Beruntunglah bagi pemimpin yg berlaku adil dan sentiasa bertaqwa kepada Allah s.w.t. Bagi pemimpin yg sebaliknya, tunggulah balasan dan seksaan yang maha pedih dari Allah s.w.t.

Sekitar PRU13 ~ Marilah mari, pergi mengundi...

Kami sudah mengundi.
Suasana di tempat mengundi seumpama kenduri kawin cumanya tiada kompang yang dipalu. Semuanya berjalan dengan suasana harmoni, aman dan damai. Tiada kedengaran kata cerca nista atau provokasi dari mana-mana pihak. Petugas pula menyambut kami dengan senyuman. Alhamdulillah!

Dakwat kekal sebagaimana yang dinyatakan oleh SPR seperti dakwat pen yang biasa-biasa sahaja, berwarna biru dicalitkan di atas kuku jari kiri yang kedua. Tidak kira anda kidal ataupun tidak, dakwat tersebut akan dicalitkan di atas jari kedua tangan kiri. Bagi yang kidal seperti saya, perlu berhati-hati menandakan undi untuk mengelakkan kertas undi rosak. Selepas habis mengundi, dakwat di jari masih belum kering dan ini mungkin perlu diberi perhatian oleh SPR bagi PRU akan datang sekiranya mereka masih ingin menggunakan dakwat kekal seperti ini. Takrifan "kekal" ini berbeza mengikut pandangan masing-masing. Selepas mengundi ada yang mengeluarkan status keraguan dakwat kekal memandangkan dakwat tersebut boleh dihilangkan semerta dengan klorox atau pencuci pinggan mangkuk atau pencuci sabun biasa. Yang ini SPR perlu ambil perhatian memandangkan perkara-perkara sebegini akan menimbulkan kekecohan dikalangan pengundi.
Bagi saya pula, kesan dakwat kekal masih lagi ada di celah-celah jari walaupun telah dibasuh berkali-kali. Apa-apapun, tanggungjawab sebagai rakyat telah dilunaskan.

Bagi yang menang, jangan angkuh. Kemenangan tersebut datang bersama tanggungjawab dan amanah yang berat. Bersyukur dengan kemenangan dan mudah-mudahan ianya bukan istidraj dari Allah s.w.t.
Bagi yang kalah, jangan mengalah. Mungkin ini adalah kemenangan yang tertunda. Perancangan Allah lebih sempurna. Teruskan perjuangan membela agama, bangsa dan negarra. Muhasabah diri dan perbaiki segala kelemahan dan kekurangan diri. Mungkin selama ini perjuangan lebih bersifat individualistik, mengkayakan diri sendiri dan kroni-kroni, atau mungkin sekali jawatan yang diamanahkan itu digunakan untuk jalan yang salah dan tidak diredhai Allah s.wt.

Sekitar PRU13 ~ balik mengundi

Seawal pagi jam 4am dah bangun untuk melunaskan tanggungjawab sebagai rakyat. Penerbangan menerusi Malindo Air jam 640am menyebabkan saya terpaksa bangun lebih awal untuk ke KLIA. Sesampainya di KLIA, rupa-rupanya ramai yang telah tiba untuk check-in penerbangan. Semangat inilah yang diperlukan. Rakyat penentu kerajaan yang bakal dibina hari ini. Tanpa rakyat, pemimpin tidak punya apa-apa untuk dibanggakan!
Malindo Air - fasilitinya bagus, kapal terbangnya baru dan tempat duduknya luas. Puas hati!