23 September 2012

Temporarily Disconnected...

Hari akhir di Malaysia...hmmm,macam nak pegi jauh jer, padahal ke negara jiran je. Tapi, disebabkan jangka masanya yang boleh dikatakan tidak sekejap, banyak juga bende-benda dan hal-hal yang perlu diselesaikan:-
  • 3 months in advanced for everything bill, mortgage, and others
  • selesaikan mana yang boleh untuk kerja-kerja di pejabat agar tidak menyusahkan yang menanggung nanti. But, some things can never be settled earlier.
  • packing - rasanyer macam nak bawa satu rumah. the bags are all fully loaded with all necessary things and might be un-necessary things. tapi rasanyer semua nya perlu bawa...hmmm, mana tak nyer overloaded. Baggage hanya dibenarkan 20kg, tapi barang2 rasanye lebih 20kg. Nasib baik ke negara yang makanannya tidak sukar untuk mencari yang halal. Makanya, makanan tidak perlu dibawa. Di sana boleh mendapatkan makanan yang halal. Harap-harapnya tidak lebih muatan.
  • Setelah selesai berkemas, dan berusaha untuk tidak lebih muatan, selebihnya tawakkal dan doa agar tidak dikenakan denda. InsyaALLAH.
Kembara kali ini banyak juga cabarannya. Beberapa perkara perlu dilepaskan, dibiarkan kerugian memandangkan rancangannya telah dirancang lebih awal. Keputusan yang dibuat sedikit sebanyak melibatkan emosional, jiwa dan minda. Cabaran sebelum berlepas ini diharapkan dapat menjadi benchmark untuk semua cabaran-cabaran semasa kursus nanti.

“Don't forget to pack your courage for your journey to greatness.”~David Weinbaum

“To finish the moment, to find the journey's end in every step of the road, to live the greatest number of good hours, is wisdom”~Ralph Waldo Emerson

Wallahu Ta'ala A'lam

03 September 2012

Adab-adab Mimpi


Adab-adab mimpi: Apa yang perlu kita buat bila sedar dari mimpi baik atau buruk :-

1) Mimpi yang menakutkan:
a) ludah ke sebelah kiri 3 kal(ludah yang tidak keluar air liur)i;
b) minta perlindungan dari Allah SWT daripada syaitan dan dari
pada perkara2 buruk yang dimimpikan itu sebanyak 3 kali;
c) jangan menceritakan mimpinya kepada seorang pun - sebab apa tak buleh cerita? kalau cerita, mimpi itu akan menjadi betul-betul;
d) menukarkan posisi tidur atau tempat tidur.

2) Mimpi yang baik:
a) Jangan cerita kepada semua orang. Jangan pula sebarkan di dalam FB dan Twitter. Bukan semua orang boleh kita cerita mengenai mimpi tersebut kerna dikhuatiri akan berlaku hasad. Ceritakan kepada yang thiqah dan yang pandai menafsirkan mimpi;
b) bangun melakukan solat.

Semoga bermanfaat. Wallahu Ta'ala A'lam

02 September 2012

Penjajahan yang perlu dimerdekakan dan janji wajib ditepati


Kuliyyah yang amat bermanfaat buat kita di dalam menghayati erti kemerdekaan. Saya kupas sedikit sebanyak isi dari khutbah tersebut:
  1. Syukur = nikmat dari ALLAH SWT akan datang mencurah-curah;
  2. Jika kufur = sesungguhnya siksaan ALLAH SWT amatlah keras;
  3. Penjajah British telah meninggalkan negara kita - ALHAMDULILLAH;
  4. Tetapi, penjajah British telah meninggalkan penjajahan minda kepada kita. Kita merdeka fizikal, tetapi masih lagi dijajah minda dan pemikiran. Undang-undang kita masih menggunakan undang2 British sedangkan negara kita adalah negara Islam, sistem pendidikan kita masih dijajah oleh British;
  5. Lihat sahaja pada malam merdeka - dipenuhi dengan tari menari, bunga api dan segala jenis macam hiburan yang melekakan. Inilah penjajahan pemikiran hasil dari apa yang telah ditinggalkan oleh orang British;
  6. Orang kita sungguh bersemangat untuk mengikuti budaya penjajah;
  7. Jiwa tidak merdeka selagi kita tidak bangga menjadi Islam, mengikut cara hidup Islam;
  8. Sambutan kemerdekaan di negara kita tidak menunjukkan keindahan sebuah negara merdeka, apabila hari merdeka dirayakan, kita menkufuri nikmat ALLAH dengan melanggar perintahNya;
  9. Undang-undang negara masih lagi undang-undang penjajah, malahan merupakan undang-undang yang tertinggi di dalam negara;
  10. Sambutan malam kemerdekaan, sambutan tahun baru, sambutan perayaan di negara kita, cuba kita lihat dan teliti, yang ianya tidak mengikuti syariat Islam dan tidak Islamic Compliance. Dan lebih dibimbangi, apabila pembesar-pembesar negara juga melakukan yang sedemikian;
  11. Soalan mungkin akan disuarakan - kenapa negara2 barat semakin maju dan kaya walaupun mereka melanggar perintah ALLAH??? - nikmat melimpah ruah, kaya raya dan menakluki ekonomi dunia? - Jawapannya mudah sahaja: Itulah "Istidraj", bukannya nikmat. ALLAH akan turun bala di mana tiada siapa yang akan dapat menolaknya.
Kemuliaan manusia, kehebatan manusia = apabila manusia itu berpegang kepada ajaran ALLAH SWT

Golongan-golongan manusia berbagai2 peringkat: 
  1. Golongan yang langsung tidak ambil hirau dengan agama - Liberal;
  2. Orang yang sudah nak beragama - fenomena yang baik. Golongan yang ada kesedaran untuk beragama. Sedar sahaja tidak cukup. Manusia itu perlu berilmu. Kalau ilmu cetek, perlu cari ilmu. Yang punya kesedaran, perlulah belajar. Jangan jadi manusia yang sedar mengenai agama, tapi tidak mahu belajar. Tempat-tempat mengaji tidak mahu didekati dan dihadiri, seolah-olah diri terlebih ilmu;
  3. Orang yang telah beramal dengan ilmunya dan golongan inilah yang banyak diperlukan untuk menjadikan negara kita benar-benar merdeka.
"Aku orang Islam" - apakah maksudnya? = tunduk patuh kepada ajaran
Kalau setakat nama Islam, Kad Pengenalan menunjukkan kita Islam tetapi tidak mengamalkan cara hidup Islam, kita doakan agar diberi hidayah dan taufiq sebelum saat kematian tiba.

"Jadilah majlis kita itu majlis yang syukur dan bukannya majlis yang kufur"
"Harimau mati meninggalkan belang, orang putih lari tinggal perasaan dan undang-undang"
"Berusahalah kita untuk merdeka yang haqiqi = merdeka dari api neraka"
"Janji ditepati adalah sifat orang Mukmin, Janji yang tidak ditepati adalah sifat orang Munaafiqin"

Wallahu Ta'ala A'lam

Muhasabah Diri: Positif atau Negatif Minda?

Mufti Ismail Menk @muftimenk
"No matter how good a message is, a negative mind will only draw negative conclusions from it, failing to see anything positive."
Saya mengambil kata-kata Mufti Ismail Menk untuk saya relfek kepada diri dan muhasabah diri sendiri. Kata-kata tersebut adakalanya mengenai diri saya sendiri. Bagaimana sebuah mesej yang baik, bila saya mempunyai pandangan negatif terhadap seseorang itu, makanya mesej yang baik itu secara tidak langsung menjadi mesej yang negatif.

"Saya percaya kita boleh buat kerja dengan lebih baik lagi dan mengikut jadual"
Kalau kita tidak menyukai orang yang berkata, dalam hati kita mungkin akan berkata-kata:
"Macam la bagus sangat cakap macam tu. Dia sendiri pun selalu buat keje lambat sampai kene kejar"
Kalau kita mengambil positif mesej tersebut, lain pula respon kita:
"Ya betul tu, kene kerja lebih bijak untuk menyelesaikan tugas tersebut.Hujung tahun nanti KPI cantek la coz semua kerja siap 100%"

Makanya, segalanya bergantung kepada kita sendiri. Bila kita negatif, walaupun kata-kata tersebut amat positif, ianya akan dilihat negatif dan disalah pandang. Namun, bila kita positif atau berusaha untuk positif, walaupun kata-kata terebut amat negatif, ianya akan kita cuba pandang positif dan kita ambil pengajaran dari kata-kata tersebut.

"Being positive or negative are habits of thoughts that have a very strong influence on life.
Positive and negative are directions. Which direction do you choose?"


Wallahu Ta'ala A'lam