30 May 2012

20hours journey back to hometown Part 3

1130am – saya mula bergerak dari Paya Lebar ke Changi Airport...lebih baik saya ke airport lebih awal dan berehat di sana. Jam lebih kurang 12 tengahari, sampai di Changi Airport dan saya mula mencari-cari terminal manakah kapal terbang saya berlepas. Changi Airport nie ada 3 terminal dan 1 terminal budget. Pastikan anda berada di terminal yang betul memandangkan jarak antara terminal amatlah jauh dan anda perlu menaiki inter-train dari satu terminal ke terminal yang lain. 
Selepas melepasi pengesahan dokumen lebih kurang jam 1pm, saya mula bergerak ke departure area dan melepasi kastam di sana. Alhamdulillah, tiada kejadian yang tidak diingini berlaku dan segalanya berjalan dengan lancar. Cumanya saya kekurangan kudrat untuk membawa beg berat tersebut dan berjalan. Alangkah baiknya kiranya ada katil dan bantal untuk baring walau sejenak...:-) 
Selepas melepasi imigresen....rehat-rehat dulu, jalan2 sekitarnya dan zzzz sementara menunggu flight ke kuching pada jam 535pm. Changi Airport...no wonder dinobatkan antara lapangan terbang terbaik samada di dunia atau di asia tenggara. Kemudahannya tip-top. Dengan jajaran deretan kedai-kedai bagi memudahkan bakal2 penumpang membeli belah sebelum ke destinasi masing-masing, kedai2 makan juga banyak dan menyediakan pelbagai juadah. Tempat-tempat rehat bagi penumpang samada transit atau yang menunggu penerbangan masing-masing juga banyak dan tidak perlu berebut atau beratur untuk berehat atau duduk. Samada anda ingin mengecas hp atau computer riba, anda tidak perlu risau kerana tempat mengecas hp yang berbentuk kotak2 deposit box tersedia ada. Saya hanya perlu meletakkan hp yang hendak dicas dan mengunci kotak tersebut, seterusnya melakukan kerja2 lain sementara hp tersebut dicas. Saya tidak perlu risau akan kehilangan hp tersebut kerana kuncinya berada pada saya, cumanya saya perlu berhati2 agar tidak lupa akan hp yang dicas itu...menjadi kes airport pulak sekiranya terlupa untuk mengambil hp yang sedang dicas tersebut. 
Jam menunjukkan pukul 2pm...hmmmm, lama lagi nak sampai jam 535pm. Berehat sebentar di sofa yang empuk memang menyedapkan proses tidur-tidur ayam. Khuatir dengan kesedapan tersebut, saya mengunci jam pada 420pm. Memberi ruang selama sejam lagi untuk saya sampai di pintu penerbangan dan melakukan pemeriksaan.
Jam 445pm, saya teruskan perjalanan menuju gate C24, jauh jugak pintu tersebut dari ruang rehat. Sesampainya di pintu C24, sekali lagi pemeriksaan dijalankan. Akhirnya dengan kepayahan, saya bakal kembali ke kampung. Seluruh badan terasa seperti dicucuk jarum...bersabar sehingga masuk ke dalam perut kapal terbang dan saya berdoa agar kapal yang membawa saya mendarat dengan selamat.

“When you’re traveling, you are what you are right there and then. People don’t have your past to hold against you. No yesterdays on the road.” – William Least Heat Moon

Travellingbie : 20hours journey back to hometown Part 2

Jam 4am, bas tiba di kaunter imigresen Malaysia dan sekitar jam 430am, tiba di imigresen Singapura menandakan bahawa bas telah tiba di kepulauan singa ini. Lebih kurang jam 5am, destinasi bas terakhir di Beach Road. 
Hari masih gelap lagi, walau bagaimanapun, teksi banyak yang menanti untuk mengambil peluang mendapatkan penumpang seawal pagi itu. Saya mengambil keputusan untuk tidak menaiki teksi dan menunggu sehingga siang mula menampakkan diri. Bersama saya menaiki bas juga terdapat sepasang suami isteri yang datang ke singapura untuk berjalan2 dan akan balik pada petangnya. Mereka juga seperti saya...Blurrr. 

Walaubagaimanapun, penantian siang itu terasanya lama. Saya menuju ke perhentian bas yang berdekatan untuk meninjau-ninjau mengenai laluan bas tersebut. Ternyata, bugis street tidak jauh dari situ dan ini bermakna Masjid Sultan juga tidak jauh. Berjalan berseorangan di Negara orang mungkin agak menyeramkan dan menakutkan. Alhamdulillah, kelihatannya tiada apa yang luar biasa. Mencari-cari di mana Masjid Sultan berseorangan agak sukar sedikit. Saya masuk ke kedai 7-eleven berdekatan dan bertanyakan arah. Mengikut arahan yang diberikan dan berjalan berseorangan, saya bernasib baik kerana terserempak dengan pasangan tersebut yang sama-sama mencari masjid tersebut. Lebih kurang jam 6pagi kami sampai di masjid sultan. Masjid masih gah seperti biasa tetapi keadaan sekeliling nya sedang dibaikpulih dan dinaiktaraf...Luarannya nanti saya kira akan bertambah canteq dengan pintu gerbang menuju ke masjid. 
Seusai menyelesaikan segala urusan...saya masih lagi berfikir2 untuk ke mana memandangkan hari masih lagi agak gelap, kedai belum lagi dibuka...kedai makan di hadapan masjid pun belum lagi dibuka. Perut mula memainkan muzika klasiknya. Laparrr...dan lapar nasi sebenarnya. Hari mula mencerah dan saya mula merayau2 tanpa tujuan...dengan mengantuknya dan lapar, saya menumpang dahulu di lobi hotel landmark sambil menghabiskan brownies yang telah dibekalkan oleh bff dan membaca buku yang dibawa. Lama kelamaan saya kalah dengan keadaan mengantuk yang saya sedang hadapi sehinggakan hamper tertidur di sofa yang disediakan di lobi hotel tersebut... 
Jam 8am, saya pergi semula ke masjid sebelum meneruskan perjalanan mencari MRT dan melawat beberapa kawasan. Saya terfikirkan Kampung Melayu sahaja pada masa itu. Itulah tempat yang saya selesa kerana ramai orang melayu di sana. Dari MRT Bugis saya ke MRT Paya Lebar untuk ke Malay Village. Seawal pagi itu, cuaca masih lagi nyaman dan segar. Walaupun tidak dapat mandi dengan sempurna sekurang-kurangnya dapat melegakan. Tetapi dengan aktiviti berjalan kaki ini, peluh mula mengeringat dan saya mula berasa tidak selesa. Sesampainya di Paya Lebar, saya meneruskan perjalanan ke Malay Village. Perut mula menggelodak lagi...hmmm, kene makan dulu nie. Dah biasa makan pagi, bila tak makan pagi, perut mulalah mendendangkan lagu sedihnya. 

Semasa makan pagi, saya memerhati keadaan sekeliling, kebanyakan penduduk melayu yang berurus niaga di situ. Saya melihat tempat makan yang kosong yang hendak disewa tersebut...sila hubungi xxxx, yang xxxx nya itu bukanlah bangsa saya, dan gerai2 di situ walaupun telah dikategorikan sebagai halal, saya lihat terdapat gerai2 yang pekerjanya bukan bangsa saya dengan rambut diwarnakan emas seperti hero2 filem mereka. Hmmmm...owner kawasan nie melayu atau xxxx?saya mula tertanya2. Di pasar basahnya ramai peniaga melayu begitu juga di pasar keringnya. Cumanya mungkin pemunya kawasan tersebut adakah bangsa lain, saya tidak pasti. Saya suka berkunjung ke kawasan ini kerana  ramai orang melayu di sana dan makanannya InsyaAllah halal, dengan pembangunan yang semakin pesat di kawasan tersebut...berkemungkinan penempatan melayu dipindahkan ke tempat lain, saya tidak pasti. Untuk mengetahuinya, saya perlu belajar sejarahnya dahulu. Sebab itulah pentingnya sejarah. Dengan sejarah kita boleh ambil iktibar mengenai perkara yang telah berlalu dan tidak mengulangi kesilapan orang2 terdahulu. Tetapi di dalam sistem pendidikan pun, sejarah dipinggirkan dan hanya menjadi mata pelajaran tidak popular bagi pelajar2 yang tidak Berjaya di aliran sains. Lama saya berfikir mengenangkan nasib melayu di pulau temasek ini... 
Selepas makan saya meneruskan bacaan saya, dan lepak sebentar di Geylang Serai. Orang ramai mula memenuhi pasar tersebut, memandangkan terdapat pasar basah dan pasar kering di tempat yang sama. Kedai2 menjual baju2 dan tudung2 mengabui mata saya. :--)). Berjalan melewati kedai-kedai pakaian tersebut, hampir2 lagi saya berbelanja. Tetapi mengenangkan beg sandang yang dibawa agak berat dengan komputer riba, saya hanya mampu memegang baju2 tersebut walaupun harganya hanya SGD10 – SGD20. Tudung2 pula hanya berharga sekitar SGD5, lebih kurang RM12. Kedai Hajah Mainumah dan Nora Apparel saya jenguk. Di butik Nora Apparel saya meninjau2 barangkali ada yang berkenan di hati...hmmm,nasib baik yang berkenan di hati tiada stok :-). Teringat kembara ke singapura tahun 2009 bersama kakak dan anak saudara. Keadaan di Joo Chiat Road tidak banyak berubah, cumanya prasarana dimajukan dan jalan diperbaiki.


Don’t be a tourist. Plan less. Go slowly. I traveled in the most inefficient way possible and it took me exactly where I wanted to go. — National Geographic’s Andrew Evans, on his 40 day, 40 bus journey from Washington D.C. to Antarctica.

Travellingbie : 20hours journey back to hometown

This is one of the journeys that i’ll never forget in life. It takes nearly 20 hours to complete this amazing race, walaupun sebenarnya hanya mengambil masa 2 jam sekiranya mengambil direct flight KL ke Kuching. 



Seawal jam 10 malam saya mulakan perjalanan, ke pejabat dahulu meninggalkan kereta saya di sana. Dan di pejabat, sahabat saya menghantar ke terminal bas Bandar tasik selatan. Bagi yang ingin meninggalkan keretanya di kawasan letak kereta terminal bas, kadar letak kereta adalah RM3 per entry/day. Saya tidak pasti sekiranya anda meninggalkan kereta lebih dari 1 hari, ianya akan dicajkan lebih dari RM3. Yang itu, kene tanya yang bertugas di sana. 
Terminal Bas Bandar Tasik Selatan dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan awam seperti tempat makan, ruang solat, kedai runcit dan sebagainya. Malahan ada motel transit bagi memudahkan orang ramai berehat sebentar samada ingin tidur sebentar, mandi atau reflexology. Saya berpandangan, LCCT dan KLIA juga perlu mewujudkan hotel transit ini, dan saya pasti ianya akan mendapat sambutan yang menggalakkan lebih-lebih lagi di LCCT, di mana penerbangan seringkali lewat dari jadual. 
Tepat jam 1159pm di Gate 6, Terminal Bandar Tasik Selatan, bas bergerak menuju ke destinasi -Singapura. 
Kalau anda ingin ke mana-mana dengan bas, untuk keselesaan, pastikan anda memilih bas yang mempunyai 2+1 seater, penumpang tidak ramai dan seat pun besar, malahan ada yang seatnya adalah massage seat seperti bas yang saya naiki ke Pulau Temasik. Saya tidak menyedari fungsi kerusi tersebut sebagai kerusi urut sehinggalah tiba di sempadan singapura-malaysia. Bas yang saya naiki berkadar RM45 sehala. Sekiranya anda ingin lebih selesa, bolehlah memilih coach bus seperti NICE dengan kos RM88.50 sehala.
Pertama kali saya menaiki bas ke singapura pada waktu malam. Perasaan takut itu tetap ada memandangkan saya tidak pasti apakah bas yang saya naiki ini selamat dan pemandunya akan memandu dengan berhemah ataupun tidak. Saya hanya menyerahkan segalanya kepada Allah. Sepanjang perjalanan ini, mata dipejamkan dan saya cuba tidur di dalam keadaan kenderaan bergerak. Dan sememang sukar untuk tidur dalam keadaan kenderaan bergerak.

“Though we travel the world over to find the beautiful, we must carry it with us or we find it not.” — Ralph Waldo Emerson

15 May 2012

Adakah nasib seseorang ditentukan oleh kiraan tertentu dari nujum-nujum moden zaman ini?

Bismillahirrahmanirrahiim,

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci bersih), maka ibu bapalah yang bertanggungjawab sama ada menjadikannya Yahudi, Majusi atau Nasrani,” (Riwayat Muslim).

Saya mulakan dengan hadis ini, agar setiap kita mengetahui, sedar dan peduli bahawa setiap diri kita dilahirkan fitrah, suci bersih dari segala dosa. Mudah-mudahan jua bila kita kembali kepada al-Khaliq Yang Maha Mencipta kita dari setitis air mani, kita kembali di dalam keadaan fitrah jua.

Masih ada lagi yg percaya benda-benda macam nie - penentu berjaya atau tidak, kaya atau tidak, nasib baik atau tidak seseorang itu bukan terletak pada lokasi tahi lalat di badan atau di muka, bukan terletak kepada tarikh lahir seseorang itu, bukan juga terletak pada hari seseorang itu dilahirkan, dan macam-macam lagi perihal nujum pak belalang.

Saya percaya, keperibadian seseorang itu, bagaimana seseorang itu "behave" dan berperangai samada baik atau buruk, terpuji atau keji, nasib kaya atau miskin dan banyak lagi, sebahagiannya bergantung kepada sikap dan perangai seseorang. Persekitaran bagaimana dibesarkan, disekolahkan, persekitaran tempat tinggal sehinggalah persekitaran tempat bekerja. Pengaruh dari kawan-kawan, keluarga, dan media juga memainkan peranan penting, begitu juga cara didikan dari ibubapa, guru-guru, keluarga dan kawan-kawan.

Apakah perasaan anda, sekiranya anda punya anak yang mana setiap ibu bapa inginkan anak-anak mereka berjaya dunya mahupun akhirat nanti. Tiba-tiba, datanglah nujum-nujum moden ini membuat pengiraan tarikh lahir anak anda dengan pelbagai cara dan menterjemahkannya dengan mengatakan bahawa anak anda ini sebegitu dan sebegini perangainya. Dan tiba-tiba juga, didikan anda menjadi tidak bermakna kerna anak anda itu telah diterjemahkan perangai dan kelakuannya sebegitu rupa.
Kebanyakan dari kita mengatakan hanya suka-suka..."saje je", tetapi saya percaya, kadang-kadang dari tilikan tersebut kita percaya juga walaupun sedikit. Oleh itu, hati-hati ya kawan-kawan. Peringatan untuk diri saya jua.

Adakah kita mahu nasib kehidupan kita ditentukan oleh kiraan matematik dari nujum-nujum moden ini??? Hati-hati dengan Syirik Khafi!

Semoga Allah S.W.T melindungi kita semua dari melakukan syirik secara terang-terangan dan juga secara sembunyi, samada kita sedar ataupun tidak. Aaamin.

Dalam suatu riwayat hadith daripada Siti Aisyah radhiya Allahu anha, beliau berkata: Rasulullah pernah ditanya oleh orang ramai tentang golongan al-kihan ( tok nujum). Maka Baginda Rasul menjawab; “ Golongan ini bukannya hebat” . Lantas mereka berkata “ Wahai Rasulullah ! Sesungguhnya golongan ini memberitahu kami sesuatu perkara dan ia adakalanya menjadi kenyataan (berlaku)” Lalu Rasulullah menjawab “ Kalimah (berita) yang dinyatakan itu merupakan satu kebenaran yang disampaikan oleh jin ke telinga al-Kihan (tok nujum) dan kemudiannya mereka mencampur adukan kalimah (berita) tersebut dengan seratus bentuk penipuan” ( Hadith Muttafaqun alahi).

Nabi SAW bersabda (daripada sebahagian isteri-isteri Nabi SAW):
“Sesiapa yang mendatangi nujum (tukang tilik) dan bertanya kepadanya, tidak akan diterima solatnya selama 40 malam.”
(Hadis Sahih Riwayat Muslim No. Hadis: 4137)

Nabi SAW bersabda lagi (daripada Abu Hurairah R.A):
“Sesiapa‫‬‫‬ yg mendatangi tukang tilik/ahli nujum dan mempercayainya, maka sesungguhnya dia‫‬‫‬ telah mengingkari apa yang telah diturunkan kpd‫‬‫‬ Muhammad”
(Sahih At-Targhib wa At-Tarhib, No Hadis 3047, Sahih Al-Jami’, No Hadis 5939)

Dulu masa masih jahil, horoskop Aries saya baca dan kadang-kadang percaya dengan tilikan tersebut. Rupa-rupanya membaca itu sahaja sudah tidak diterima solat selama 40malam, apatah lagi percaya. Bila kita rasa doa kita tidak dimaqbulkan Allah, cepat-cepatlah muhasabah diri kita sendiri, takut-takut solat kita tidak diterima, doa kita tidak didengar. Semoga Allah SWT menerima taubat saya dan taubat kita semua yang telah percaya kepada tilikan.

Allahu Ta'ala A'lam.

07 May 2012

Meletak diri di dalam kasut orang lain

Saya tertarik dengan status Mufti Ismail Menk pagi ini di dalam FB nya:

"Putting ourselves in the shoes of others momentarily in order to try to understand them better before commenting or acting against them is very important. 

Many people condemn others without trying to see where they are coming from or why they have acted in a specific way or said something. 

If we are sincere, we will understand one another better & possibly reduce much unwanted scepticism, hatred and enmity."

Letakkan diri kita di dalam kasut orang lain untuk memahami mereka, kenapa mereka bertindak begitu dan berperangai begitu.

Tetapi, meletakkan diri kita di dalam kasut orang lain bukanlah bermakna orang-orang tersebut mempunyai alasan untuk tidak berubah ke arah yang lebih baik dan menyenangkan semua orang di persekitarannya. 

Ayat "Nak buat macamana, dah perangai dia macam tu" itulah yang biasa kedengaran di mulut-mulut kita yang tidak berupaya untuk merubah seseorang yang berperangai jengkel di mata kebanyakan manusia di sekelilingnya. Maka jadilah dia dengan perangainya dan kita dengan perangai kita, dan boleh saya katakan kita terlebih understanding dengan orang-orang macam nie. Saya berusaha dan cuba untuk menyenangkan semua orang disekeliling saya, dan saya cuba tidak menurunkan value sehingga menjadi orang lain semata-mata kerana orang lain. Kefahaman antara manusia itu penting. Faham dan sefahaman. Sekiranya kita tidak sefahaman, mungkin jalan terbaik bagi kita untuk mengelakkan kebencian, umpat mengumpat dan sebagainya adalah dengan mengundurkan diri setelah usaha-usaha untuk sefahaman itu menemui kebuntuan...:-)

Saya juga selalu mengingatkan diri saya, tidak semua manusia yang berada di sekeliling kita suka dengan perangai dan kelakuan kita. Orang mungkin akan melihat saya sebagai keras, strict dan straight to the point. Ada juga mengatakan saya jujur secara spontan, tak reti nak putar belit jawapan atau menjadi si putar alam di dalam menjaga hati manusia-manusia di sekeliling, sentiasa sahaja jujur di dalam memberi pandangan tanpa mengira adakah manusia-manusia berkenaan berasa hati dengan pandangan atau teguran saya itu atau mereka inginkan pandangan atau jawapan yang sedap di dengar oleh telinga mereka. Ada sahabat saya mengatakan saya seorang yang blunt. Saya mulanya tak tahu apa maknanya blunt itu. Bila saya meerujuk kepada dictionary, rupa-rupanya...ianya bermaksud "slow to understand or perceive; dull ataupun lacking in feeling; insensitive" "Owhhh...ok, saya nie insensitive rupernya menurut kacamata orang lain."


Ayuh, mari kita wangikan kasut kita dengan sentiasa berusaha ke arah yang lebih baik, agar orang yang ingin meletakkan diri mereka di dalam kasut kita akan terpaut dengan harumnya kasut dan kaki kita itu sehingga mereka ingin menjadikan kasut mereka seperti kasut kita :-)

Wallahu Ta'ala A'lam

05 May 2012

PESTA BUKU ANTARABANGSA KL @PWTC - dari sudut pandangan peribadi seorang pengunjung

Pesta Buku Antarabangsa KL di PWTC tahun ini memecah rekod peribadi saya apabila berulang ke sana sebanyak 2 kali. Esok rasanya nak pegi meninjau lagi memandangkan tidak semua booth buku-buku tersebut sempat di tinjau. Namun, terpulang kepada keadaan kerna esok ada agenda yang lain jua.

Seawal jam 9 pagi saya bergerak dari rumah dengan sahabat saya dan seterusnya mengambil rakan sepejabat di LRT Tasik Selatan untuk bergerak menuju ke PWTC. Berpagi-pagi di jalan KL pada hari cuti memang menyenangkan kecuali semasa rally Bersih 3.0 tempoh hari :-)

Sampai di kawasan letak kereta Hentian Putra, kelihatan penuh dengan kereta dan hanya tempat letak kereta di atas bumbung sahaja yang masih banyak kosongnya. Pun begitu ianya masih selesa kerana hanya dengan menyeberang jalan sahaja sudah tiba di perkarangan PWTC.  Jam 930 pagi, kelihatan banyak gerai-gerai buku yang telah dibuka dan telah ramai pengunjung menunggu dan bersedia untuk menyerbu gerai-gerai yang menjadi tumpuan mereka. Kami juga tidak terkecuali. Kali ini, kami mulakan dengan Aras 1, dan awal-awal lagi dah bersesakan dengan ramai orang. Tinjauan demi tinjauan di ruang pameran aras 1 pun dah banyak yang dibelanjakan, belum lagi di aras bawah yang kebanyakannya memang menarik perhatian pengunjung dari ruang pameran Telaga Biru, Kumpulan Karangkraf, Galeri Ilmu, Jemari Seni, Pixi, Dakwah Bookstore, Pustaka Salam, Ana Muslim, dan banyak lagi. Memang rambang mata!

Jam 10am, sahabat saya memaklumkan bahawa Sunan Musafir Hardcover Limited Edition akan dijual di Karangkraf. Bergegas kami ke kaunter jualan yang telah dikhaskan untuk pembelian Limited Edition tersebut. Di kaunter tersebut sudah ramai yang beratur untuk mendapat buku yang ditunggu-tunggu oleh peminat Ramlee Awang Murshid. Buku terakhir siri kembara Laksamana Sunan telah berada di pasaran. :-)

Semasa beratur, kami berjumpa dengan sahabat lama semasa belajar dulu dan ianya salah satu rezeki yang memang jarang-jarang dapat diperolehi. Alhamdulillah! sahabat tersebut sedang berbadan dua dan bersemangat untuk mendapatkan buku tersebut, sanggup beratur seperti orang lain jua. Memang semangat :-). Terima kasih banyak-banyak juga kepada beliau kerna sudi menumpangkan pembelian sebuah buku lagi untuk kami yang telah mendapat pesanan extra dari kawan-kawan yang tidak dapat hadir ke Pesta Buku. Pembelian bagi seorang hanya dihadkan kepada 2 unit buku Limited Edition tersebut.
Q selama lebih kurang sejam untuk mendapatkan buku tersebut memperlihatkan saya tentang  pelbagai ragam manusia. Bagaimana ada sesetengah dari mereka dengan muka selambanya dan tidak malunya memotong Q orang lain yang telah berdiri lama di situ. Kelakuan sesetengah orang kita yang biasa dilakukan dan ianya amat memalukan kerna telah menjadi satu norms bagi manusia-manusia desperado ini. Kalau diikutkan logiknya, bila berada di Q yang agak ke depan dan saya telah mencongak kiraan sehingga barisan yang berapa akan pasti mendapat buku tersebut, manusia-manusia tersebut akan jua mendapat buku Limited Edition tersebut. Dek kerana kesabaran yang menipis, sanggup memasang tembok besi di hadapan muka untuk memotong Q orang lain. Itulah orang kita, tidak sabar dan mementingkan diri. Semasa beratur itu juga, ramai yang menolak-nolak. Saya berasakan amatlah pelik dan jengkel kerana bila sudah berada di dalam barisan yang pasti akan dapat buku tersebut, tidak perlulah tolak menolak. Bersabar dan biarkan barisan tersebut mempunyai ruang-ruang bagi manusia-manusia bernafs. Buku tersebut tidak lari ke mana pun.

"Melihat gelagat manusia di Pesta Buku,kelihatannya budi bahasa rakyat Malaysia ini semakin menipis..."
"There r non-civilised people who r selfish here...overtaking queue in order 2 get Sunan Musafir LE...@pabkl2012 ishk ishk ishk"

Akhirnya, dapat jua buku tersebut setelah sabar menunggu :-) Alhamdulillah.
Selepas itu, beratur pula selama lebih kurang 1/2 jam untuk mendapatkan TT penulis. Keupayaan untuk melayan peminat perlu lah tinggi. Dengan muka bersahaja dan manis serta ramah penulis melayan kerenah pembacanya. Sambil menandatangani buku yang sudah ke berapa ribu itu, beliau memberitahu pen yang digunakannya adalah pen yang ke-4. Bayangkan berapa banyak buku yang beliau telah tandatangani :-). Tandatangan sudah diperolehi untuk semua buku-buku Sunan Musafir yang kami beli. Bergambar pun sudah. Kami keluar dari barisan yang panjang itu dengan muka yang puas dan ceria. 
Selepas itu, kami mencari pula buku-buku ilimiah dan selainnya yang dipesan dan juga untuk diri sendiri. Nasib kami baik. Buku yang dicari berjaya dijumpai :-) dan saya pula berjaya mendapatkan buku yang telah kehabisan stok sebelum ini. Alhamdulillah.

Sepanjang berada di Pesta Buku Antarabangsa, saya melihat fenomena membaca semakin meningkat dikalangan rakyat Malaysia. Tetapi, buku-buku yang bagaimana yang kita baca? Buku Ilmiah? Buku Fiksyen? Buku Non-Fiksyen???. Bagi kaunter-kaunter yang menjual buku ilmiah tidak terlalu sesak dengan pengunjung berbanding dengan kaunter-kaunter yang lain. Kaunter-kaunter tersebut akan lebih sesak sekiranya penulis-penulis atau selebriti-selebriti datang berkunjung di pameran tersebut. Selain mendapatkan buku, pengunjung juga mengambil peluang ini untuk bertemu eye-to-eye dengan penulis kegemaran mereka. Bila lagi kan?

Diakhir kunjungan kami ke Pesta Buku, ekspresi muka masing-masing - puashati :-). Duit terbang melayang ke tempat yang sepatutnya. Alhamdulillah. Masing-masing dah terlupa betapa laparnya perut kami. Masing-masing telah kekenyangan dengan buku-buku yang dibeli.

Selepas itu, kami meredah kesesakan trafik menuju ke Kampung Baru untuk menikmati juadah tengahari kami - budu.

Poket kosong tapi hati penuh berbunga-bunga dengan semangat membaca...:-)

Emas : Pengetahuan asas mengenai pelaburan emas

Pernah anda terfikir untuk melabur dalam pelaburan emas? Saya sendiri pun tidak pernah terfikir untuk membeli emas, apatah lagi memakainya. Mungkin ada yang menganggap ganjil bagaimana seorang wanita tidak berminat kepada emas sedangkan emas adalah halal untuk dipakai sebagai perhiasan. Pandangan masing-masing kan berbeza. :-)

Sejak kebelakangan ini, emas semakin menjadi perhatian ramai pihak. 
Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan)." Hadis dari Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal

Emas/dinar dan dirham semakin menjadi perhatian ramai pihak. Di Kelantan, urus niaga menggunakan emas telah lama diamalkan. Di tempat lain, kebelakangan ini, urus niaga telah ada yang menggunakan dinar dan ada juga urus niaga menggunakan dinar dan dirham secara atas talian bagi pembelian barang-barang.

Kejatuhan nilai Fiat Money adalah sesuatu yang ditakuti oleh semua pihak termasuk ahli-ahli ekonomi, perniagaandan juga rakyat marhain. Inflasi semakin melambung secara tidak kita sedari. Gaji kita ada yang semakin bertambah tetapi perbelanjaan bagi keperluan rumah tidak begitu mengesankan kerana harga barang-barang semakin meningkat dari semasa ke semasa. Tatkala diumumkan kenaikan gaji bagi kakitangan awam, peniaga-peniaga mula menaikkan harga barangan walaupun  gaji baru tersebut baru sahaja diumumkan dan belum lagi diterima oleh kakitangan kerajaan. Bagi kakitangan swasta, ada yang mendapat bonus berbelas bulan dan ada juga yang minimanya bonus sebulan serta kenaikan gaji tahunan. Walaupun begitu keupayaan untuk menyimpan tidak seimbang dengan kenaikan gaji tersebut kerana kos keperluan harian juga semakin meningkat.

Lantas....apa alternatif kita untuk meningkat keupayaan menyimpan dan menambahkan pelaburan kita. Lazimnya kita akan menambah simpanan tabung haji atau asb dan lain-lain. Walaupun begitu, simpanan tersebut amat mudah kita keluarkan. Makanya, simpanan seperti banjaran titiwangsa, sekejap turun sekejap menaik dan ada juga yang semakin menurun sehingga ke kaki banjaran...merundum terus disebabkan keperluan atau untuk menampung perbelanjaan yang lain.

Bagi yang baru sahaja kenal emas dan perak sebagai simpanan dan pelaburan, mesti akan tertanya-tanya mengenai keuntungan dari pelaburan emas dan perak. Kebanyakan mengatakan bahawa peratus kenaikan harga emas adalah sekitar 20% - 30% setahun. Yang ini saya kene kaji lebih dalam lagi mengenai kenaikan harga emas nie, atau mungkin anda boleh tanya yang pakar. :-)

Saya memberi pandangan dari sudut peribadi saya yang mungkin boleh dijadikan panduan bagi sahabat-sahabat semua. Tidak semua pandangan tersebut boleh dipakai untuk semua pihak. Ianya bergantung kepada keperluan dan matlamat masing-masing yang hendak dicapai:
  1. TAHU - kalau tidak tahu, kene tahu dulu. Tanya kawan-kawan yang sedang menceburkan diri mereka di dalam pelaburan dinar dan dirham, tanya dan tanya :-)
  2. SEDAR - sebaik sahaja mengetahui mengenai pelaburan emas, perlu ada SEDAR. Sekiranya tidak ada, tahu hanya menjadi tahu dan saya mengambil masa yang agak lama untuk sedar selepas tahu. Jangan jadi macam saya ye :-)
  3. KAJI - bila dah sedar, kene la buat kajian. Bab yang nie pun saya buat kajian agak lama jugak. Tanya pakcik google mengenai maklumat tentang dinar dan dirham, Tengok pasaran turun naik, tengok perkembangan kawan-kawan yang berkecimpung di dalam pelaburan ini...kaji dan kaji, tapi tiada tindakan lagi, ZERO impak lah kesannya :-)
  4. Lihat laman web syarikat yang menjalankan perniagaan jual beli emas dan hubungi syarikat untuk pertanyaan. AWAS dengan perniagaan yang berunsurkan penipuan, beli tetapi emasnya kita tidak miliki sepenuhnya dan tiada di dalam tangan kita. Sekarang nie macam-macam cara kreatif untuk menipu. Jangan sampai tertipu ya.
  5. Jenama - pentingkah jenama bagi anda. Dinar Kelantan vs Dinar Kijang vs Dinar Rabbani vs Dinar Hana vs Dinar Public Gold dan lain-lain lagi. Walaupun tidak penting, anda mungkin akan mengambil kira faktor jenama. Beli mengikut preference anda ya.
  6. Ketulenan dan berat - yang ini pun penting samada anda lebih suka emas 999 atau 916 atau 917, Gold bar atau syiling dinar dan sebagainya.
  7. HARGA JUAL vs HARGA BELI - ilmu mengenai ini pun penting. Bila masanya kita perlu beli emas dan bila masanya yang sesuai untuk jual emas. Beli masa harga merudum, jual bila harga naik. Eh...betul ke? Kene tanya yang pakar ni :-)
  8. ACTION - ya...yang inilah yang paling penting. Bagaimana anda bermula, bila mahu bertindak, sumber kewangan untuk membuat pelaburan ini adakah mencukupi. Nasihat saya, jangan tamak...beli sedikit-sedikit semasa harga turun menjunam. Walaubagaimanapun, lihat kemampuan kewangan anda, jangan bebankan diri sendiri dan yang paling penting bagi saya, jangan menambahkan hutang dan jangan melibatkan diri dengan riba! :-)
Yang perlu diingatkan, pelaburan emas ini bukan sekadar untuk untung sahaja. Ianya berperanan penting sebagai matawang, bukan untuk dijadikan bahan jual beli dan lebih-lebih spekulasi!.
Allahu Ta'ala A'lam.

04 May 2012

Bermulanya sebuah pelaburan...

"Assalamu'alaikum cik"
"Wa'alaikumussalam, siapa ni?"
"Saya kawan kepada kawan cik. Saya dimaklumkan yang cik berminat dengan pelaburan xxx. minggu nie cik free tak?"
"errrmm...hmmm, saya ada mesyuarat dekat Penang sekarang nie"
"kalau macam tu dalam minggu depan saya call semula untuk set kan appointment.."
"errmmm...ok, boleh InsyaAllah"
hmmm, saya tidak menyangka hasrat hati saya untuk meninjau-ninjau lebih lanjut ruang pelaburan yang telah lama saya tinjau ini direalisasikan. Terkejut jugak saya kerana saya hanya menyatakan hasrat hati itu secara tidak serius, hanya dalam perbualan biasa-biasa sahaja. Dan ramai juga rakan-rakan saya yang menjadi Financial Planner di dalam Mutual Fund ini, cumanya saya rasa ada beberapa orang yang telah approach tetapi mungkin tidak terus konsisten untuk approach serta masa dan kewangan saya yang tidak berapa sesuai untuk membuat pelaburan.

Minggu hadapannya En. xxx telefon lagi untuk menetapkan appointment. Kali ini saya tidak ada alasan untuk menolak dan agak berat untuk menyatakan persetujuan. Namun, saya bersetuju agar dibuat pertemuan pada hari yang tengah di dalam minggu tersebut. Saya juga minta En. xxx membuat projection mengenai pelaburan tersebut bagi saya mencongak kesan pelaburan tersebut dan natijahnya diakhir pelaburan.

Tengahari yang dijanjikan, saya bertemu dengan En. xxx. En. xxx merupakan biras kepada kawan sepejabat saya ini dan beliau tidaklah terlalu lama di dalam industri MF. Namun begitu, saya berpandangan sudah sampai masanya saya melangkah selangkah ke hadapan di dalam pelaburan. Walaupun tujuan sebenarnya bukan untuk menjadi kaya raya, sekurang-kurangya impian saya untuk menyumbangkan seberapa banyak kepada yang memerlukan dan menjelajah dunia melangkah setapak lagi. Mudah-mudahan Allah maqbulkan doa saya ini dengan usaha yang sedikit demi sedikit yang dilakukan ini.

Sebelum saya bertemu dengan seseorang yang tidak dikenali, saya membuat analisa dahulu melalui percakap di dalam telefon. "through conversation, sometimes we know how people behave". Tapi tidak semuanya  betul, sebab itu kita harus berjumpa sendiri eye-to-eye untuk melihat dan kenal lebih lanjut bagaimana perwatakan seseorang itu.


Rabu - seperti yang dijanjikan, saya bertemu eye-to-eye dengan En. xxx. Beliau memberi penerangan berdasarkan pelaburan sebanyak RM40k...saya hanya senyum sahaja, dalam hati "erkkkk, mana la ada duit sebanyak itu". Saya biarkan beliau dengan penerangannya. Tiada unsur paksaan, hanya penerangan yang tidak men-stresskan :-). Penerangan yang tiada unsur paksaan dan saya rasa jelas...dan boleh diperjelaskan lagi pada masa akan datang memberi gambaran lebih jelas bagaimana fund tersebut akan bekerja untuk kita memberi ruang fikiran saya untuk meneruskan pelaburan dunia jangka panjang ini. Walaupun projection yang dipaparkan dengan jumlah pelaburan yang besar, saya merasakan bahawa saya perlu melabur mengikut kemampuan diri sendiri tanpa membuat sebarang pinjaman di mana-mana. Saya juga perlu melihat dan mencongak apakah saya mampu untuk memberi komitmen bulanan. Sekiranya tidak mampu untuk memberi komitment bulanan yang maksima, saya perlu membuat komitment bulanan yang paling minima dan sudah tentulah pulangannya nanti sedikit sebanyak akan terjejas.


Di dalam membuat pelaburan, kita perlu realistik dan berupaya membuat congakan bulanan mengikut kemampuan kita. Selepas itu, janganlah mengharap bahawa pelaburan tersebut berganda-ganda sekiranya komitmen bulanan kita hanyalah yang minima.
Pertemuan tersebut saya akhiri dengan pengisian borang, penyerahan initial investment dan yang lainnya akan diuruskan oleh En. xxx. Komitment bulanan juga akan dimasukkan di dalam akaun En. xx atas dasar percaya bahawa semua orang adalah baik dan jujur.  Saya percaya ini rezeki buat En. xxx. Allah bukakan hati saya akhirnya. Walaubagaimanapun, saya tegaskan kepada En. xx dengan kata-kata lebih kurang seperti berikut -  "saya senang percaya kepada orang dan saya percaya semua orang adalah baik. Tetapi, sekali orang tersebut mengkhianati kepercayaan tersebut, tidak akan ada peluang kepercayaan bagi orang yang mengkhianati amanah yang orang lain berikan"

‘It takes 20 years to build a reputation and five minutes to ruin it. If you think about that, you’ll do things differently.’
‘Money to some extent sometimes let you be in more interesting environments. But it can’t change how many people love you or how healthy you are.’
~Warren Buffet

02 May 2012

Cantik: perhambaan moden yang menyeronokkan

Di Hamparan Shamrock Kuseru Nama-Mu oleh Ustaz Hasrizal Abdul Jamil 
Banyak episod di dalam buku ini yang menyentuh perasaan saya, betapa kita hamba ini belum lah benar-benar beriman selagi belum diuji oleh Allah SWT tatkala susah dan juga senang. Kali ini, saya ingin menarik perhatian pembaca mengenai episod:

Cantik, perhambaan moden yang menyeronokkan 

Bab ini seakan mengetuk hati seorang wanita saya agar jangan menjadi seperti merak yang hidupnya hanya memikirkan kecantikan diri. Cantiknya lebih, manfaatnya tidak setara. Terbangnya rendah tidak setinggi mana tetapi lagaknya mendabik dada. Merak hanya ada kecantikan yang dimodal untuk dibanggakan...jika harga diri merak adalah pada cantiknya semata, apakah kita wanita, insane yang lebih mulia harga dirinya lebih rendah dari merak kerana menggantungkan diri pada kecantikan paras rupa??? 

Tradisi memperhambakan wanita sepatutnya sudah lenyap. Wanita bukan hamba. Mereka adalah khalifah Allah di bumi ini yang nilai diri mereka terletak pada sejauh mana mereka dapat melaksanakan tujuan Allah menciptakan mereka, bersama lelaki yang turut dinilai dari sudut yang sama. Lelaki dan wanita ada peranan masing-masing bersesuaian dengan acuan Allah di dalam penciptaan setiap mereka. Subhanallah! 

Maha Suci Allah yang menjadikan manusia sebaik-baik kejadian! 

Dunia hari ini kembali menjadikan wanita hamba. Wanita menjadi hamba kepada kerakusan dunia yang inginkan wanita sentiasa cantik...dan untuk apa sebenarnya kecantikan itu??? Untuk dipaparkan dan dibanggakan serta dijilati kecantikan tersebut oleh mata-mata yang memandang??? 

Wanita hari ini, mereka sendiri yang merampas kemuliaan kewanitaan tersebut. Wanita sendiri yang mahu dirinya dinilai pada rupa paras yang diperagakan. Wanita sendiri yang mahu dinilai pada mulus dan gebunya kulit, kelentikan bulu mata, gaya rambut, kaki yang gebu dan montok, leher yang jinjang, bibir yang mulus atau jenama pakaian, beg, kasut yang semua itu bukan dirinya yang sebenar. Akhirnya wanita terpaksa berbelanja besar dan bekerja keras untuk dilihat tinggi secara duniawi dan mahu dilihat cantik di mata manusia yang memandangnya. Kasihannya wanita seperti ini! 

Wahai wanita yang berjiwa tinggi, tinggikan kemuliaan kita dengan diri yang sebenar. Diri kita adalah akhlak kita, hikmah kita,kebijaksanaan kita, hati budi kita, yang pastinya terhasil daripada keimanan kita. Keluarlah dari perhambaan. Jangan hambakan diri kepada manusia yang juga hamba seperti kita. Namun, ianya bukan kerja mudah, semudah mengucapkannya. 

“Be yourself, but be the best of yourself” – pesan Ustaz Hasrizal di dalam bukunya ini. 

Kewangan : It's not too late to start...

Secara peribadinya, saya berpandangan tidak terlewat untuk kita membuat pelaburan. Cuma yang bezanya adalah keuntungan yang kita perolehi banyak atau sedang-sedang atau sedikit tetapi masih lagi untung. Akan tetapi, hakikatnya, bukan semua orang yang membuat pelaburan itu mendapat keuntungan, bergantung kepada apa yang dilaburkan, di mana wang tersebut dilaburkan, berapa lama jangka masa pelaburan tersebut, dan sebagainya. Banyak faktor yang boleh mempengaruhi kondisi pelaburan tersebut samada untung atau rugi.

Saya baru sahaja berkenalan dengan Mutual Fund. Walaupun telah mendengarnya beberapa tahun yang lepas, keinginan untuk membuat pelaburan itu kuat tetapi tindakan nya tidak ada, lantas, natijah adalah ZERO :-) Saya tidak mendapat apa-apa sepanjang tempoh berfikir tersebut kerana tiada tindakan dilakukan.

Pelajaran Pertama = Bertindak setelah mengetahui dan membuat kajian. "No Action, No Result!"

Belajar tentang ilmu Mutual Fund, itupun dapat sikit jer tadi disebabkan kekangan masa:

General Recommendation
  1. Don't go for a lump sum investment. Go for a monthly commitment/investment. You will see a great difference in result;
  2. If the investment is for long term wealth creation don't go for Dividend option;
  3. Monitor and review your mutual fund once every 6 months;
  4. Do not have more than 5-6 mutual funds. But if you want to diversified your investment, you can opt to have more funds, again...not more than 5-6 mutual funds;
  5. Look at other sectoral mutual funds on banking and financial sector with long term view;
  6. Buying low and selling high.
Sebagai permulaan, bagi saya yang memang tidak mahir mengenai ilmu ini, saya serahkan kepada yang pakar untuk mencadangkan fund mana yang sesuai. Dan sebagai permulaan juga, saya mulakan pelaburan permulaan dengan jumlah yang sesuai dengan kemampuan saya, dan komitment bulanan juga sesuai dengan kemampuan kewangan saya.

Pelajaran Kedua = Bertindak mengikut kesesuaian dan kemampuan kewangan diri sendiri. Jangan kerana ingin untung yang tinggi dan cepat, anda membebankan diri sendiri dengan komtiment kewangan yang tinggi. Saya berpandangan secara peribadinya, menambah hutang iaitu dengan LOAN untuk membuat pelaburan adalah tidak praktikal bagi orang yang tidak berniaga/mendapat gaji bulanan.

Banyak lagi yang perlu saya pelajari mengenai Mutual Fund ini.
Yang penting sekali, walau setinggi mana pun keuntungan diperolehi dengan membuat pelaburan di dalam Non-Syariah Mutual Fund, untuk mendapatkan keuntungan yang optima berkatnya, melaburlah di dalam Syariah Mutual Fund yang bagi orang biasa seperti saya dapat jaminan bahawa pelaburan yang dilaburkan adalah mengikut syariat Islam dan mudah-mudahan keberkatan itu sentiasa dilimpahi Allah SWT.

Saya suka ingin menarik perhatian sahabat-sahabat semua mengenai kata-kata Warren Buffet:
On earning: "Never depend on single income. Make investment to create a second source"
On spending: "If you buy things you do not need, soon you will have to sell things you need"
On savings: "Do not save what is left after spending, but spend what is left after saving"
On taking risk: "Never test the depth of river with both the feet"
On investment: "Do not pull all eggs in one basket"
On expectations: "Honesty is very expensive gift. Do not expect it from cheap people"
~Warren Buffet

Ya, bagaimana saya boleh terjebak dengan pelaburan ini???....InsyaAllah saya akan ceritakan di ruangan yang akan datang sekiranya diberi kesempatan oleh Allah Azza Wajalla. InsyaAllah :-)

Allahu Ta'ala A'lam.

01 May 2012

One Step Ahead...

Saya berpandangan secara peribadinya kita tidak pernah terlewat di dalam melakukan sebarang bentuk kebaikan samada untuk diri sendiri atau orang lain atau untuk ummah. Selagi mata kita tidak terpejam dan hembusan nafas kita tidak berhenti, berusahalah untuk membuat kebaikan.

Hari ini, saya membuat keputusan untuk melangkah setapak ke hadapan di dalam menguruskan kewangan. Hakikatnya, saya memang agak lambat di dalam membuat keputusan yang melibatkan duit sendiri, berfikir lama dan membuat kajian demi kajian sehingga kadang-kadang terlepas peluang baik di dalam menambahkan pelaburan dan menjana kewangan. Saya bukanlah seoarang yang kaya raya...kerna itu saya melihat duit yang dikeluarkan untuk pelaburan walaupun hanya beratus ringgit atau hanya seribu, ianya cukup besar untuk dilepaskan walaupun saya mengetahui bahawa RM tersebut jika dilaburkan di tempat yang sepatutnya, akan menambahkan nilai RM tersebut sekaligus menambahkan peluang untuk meningkatkan amal.


Mudah-mudahan dengan keputusan ini, amal ma'ruf nahi munkar juga akan bertambah, saham akhirat juga semakin bertambah dan mudah-mudahan juga timbangan di padang mahsyar nanti lebih berat ke kanan...InsyaAllah.
Hari ini saya belajar melepaskan sesuatu yang berada kuat di dalam genggaman saya untuk sesuatu hasil yang lebih baik. Mudah-mudahan Allah berkati pelaburan ini dan mudah-mudahan jua, ianya disalurkan kepada sesuatu yang lebih bermanfaat untuk ummah. InsyaAllah :-)

The Prophet Muhammad (s) said, “Do not wish to be like anyone, except in two cases: (1) A man whom Allah has given wealth and he spends it righteously. (2) A man whom Allah has given wisdom (knowledge of the Qur’an and the Hadith) and he acts according to it and teaches it to others.”——— Narrated by Abdullah in Bukhari, vol: 9, hadith 255.


Wallahu Ta'ala A'lam