26 April 2012

What type of Investors are you?

While searching for information on 2 of the well-known wealth management fund in the internet, i found this survey on what type of investors are you and this is the result:




 
Conservative Approach

You want good returns, but you don't want to take any chances with your investment and you can't handle watching the market drop.

You are a conservative investor who may be approaching retirement or simply preferring to take less risk. You should place high priority on investment security. For this added security, you are willing to accept a lower potential return on your investments, especially if temporary losses in your account balance upset you.

Hmmm...i don't know if that's true...:-)

Do you have a long-term financial goals of 10 years or longer or a short term financial goals of 1 to 3 years?
Are you willing to handle a short-term losses in investment?
Which is more important for you, risks or growth of capital?
Are you willing to accept additional risk when this risk increases the probability of reaching your financial goals?
Are you willing to put a side you income to save and invest? - yang nie penting untuk mengetahui tahap komitment kita di dalam membuat pelaburan...:-)

fikir-fikirkan dan selamat melabur :-)

13 April 2012

Resepi Marinate

Yang ini adalah daging kambing yang baru sahaja saya marinate/perapkan dengan resepi saya sendiri. Suka saya untuk berkongsi resepi ini dengan anda semua kerana saya percaya bahawa ianya adalah sesuatu yang menguntungkan dan ganjarannya berpanjangan insyaAllah :-)

Resepi tidak perlu dirahsiakan - ramai yang suka mengatakan "it's my secret recipes or it's our secret recipes", "kalau bagitau keseluruhan resepi dan rahsia-rahsianya, takde bisness la saya nanti". Hmmmm...saya sebenarnya tidak percaya untuk merahsiakan resepi-resepi ini kerana saya percaya setiap kita mempunyai sentuhan yang berbeza di dalam memasak. Kadang-kadang resepi sama tetapi rasanya tidak sama. Mungkin kerana sukatannya berbeza atau cara masakannya berbeza, guna tangan kiri atau kanan, baca doa atau tidak, baca selawat sepanjang memasak atau menyanyi semasa memasak dan lain-lain faktor lagi... :-)

Bahan-bahannya:

  1. Sos BBQ
  2. Sos Lada Hitam
  3. Sos Cili
  4. Sos Cili Pedas (letakkan sedikit atau tidak perlu langsung sekiranya anda tidak suka pedas)
  5. Sos Tiram
  6. Madu
  7. Herba-herba seperti - rosemary, thyme, mixed herbs, parsli, oregano, dan italian herbs
  8. Lada putih
  9. Lada hitam sedikit memandangkan kita telah menggunakan sos lada hitam
  10. Sedikit minyak zaiton untuk melembutkan daging tersebut.
  11. Kalau nak tambah bawang putih yang dicincang halus pun boleh juga :-)
Mudah-mudahan perkongsian ini memberi manfaat dan semoga anda semua dapat menyediakan makanan yang lazat dan sedap kepada keluarga atau sesiapa sahaja :-)

6:118 Makanlah daripada apa yang padanya diingatkan (disebut) nama Allah, jika kamu mukmin pada ayat-ayat-Nya. ~ Makan dimulai dengan Bismillah, memasak juga begitu. Mulakanlah dengan Nama Allah, senangkan hati dan penuhkan dengan senyuman dan kasih sayang. InsyaAllah, makanan yang kita masak itu juga akan manis dan sedap...:-)

“Cookery is not chemistry. It is an art. It requires instinct and taste rather than exact measurements.”~ Marcel Boulestin

Allahu Ta'ala A'lam

12 April 2012

Miscommunication - whose fault???

Pernah berlaku miscommunication pada anda dan pasangan anda, kawan-kawan anda, sahabat-sahabat anda, keluarga anda dan sesiapa sahaja yang berkomunikasi dengan anda??? Saya percaya setiap dari kita pernah menghadapi situasi seperti ini - miscommunication atau salah faham.
Perkataan, sms atau apa jua komunikasi yang kita gunakan mungkin akan menyebabkan salah faham pengertian kepada penerima. Kita rasa kita dah berikan maksud dengan jelas dan boleh difahami tetapi masih lagi disalah ertikan maknanya. Salah siapa? salah kita atau salah si penerima. Pernah tak kadang-kadang kita rasa marah bila orang tak faham maksud yang kita sampaikan, lebih-lebih lagi maksudnya kita rasa jelas dan nyata contohnya: "saya tunggu awak di Bandar Tasik Selatan ya?", tapi kawan tu pulak tunggu di Bandar Tasik Selatan juga tetapi di stesen ERL dan bukannya LRT STar. Itu nasib baik lokasinya sama. Kalau ditelliti, pernyataan kita itu tidak jelas. Ianya perlu lebih spesifik - di ERL? di STAR LRT, Stesen Komuter dan sebagainya.

"Small things and details matter"~uark'

Sekiranya terjadi salah faham / miscommunication ini, biasanya apa yang kita akan lakukan? Kebiasaannya kita akan salahkan penerima mesej tersebut kerana tidak faham mesej yang ingin kita sampaikan. Tetapi kita perlu sedar dan mengerti serta ketahui, apa yang kita sampaikan itu akan diinterpretasi dan dimengertikan mungkin dengan maksud yang berlainan, kerana setiap dari kita tidak sama persepsi dan pengertiannya. Syukur Alhamdulillah jika sekiranya mesej tersebut dapat disampaikan dengan terang dan jelas, tetapi sekiranya mesej tersebut kita interpretasikan dengan maksud yang berlainan, bagaimana kita mahu bertindak dan menghadapi situasi salah faham tersebut???
  1. Belajar mengakui kesalahan ~ kebanyakannya dari kita termasuk saya sendiri jua akan berasa sukar untuk mengakui kesalahan diri sendiri kerana kita selalu menganggap apa yang kita buat selalunya betul. Kita akan salahkan penerima mesej berkenaan yang dianggap tidak faham dengan mesej yang ingin kita sampaikan. Sukar sekali bagi kita untuk menyalahkan diri kita sendiri ~ "Owhh, aku yang salah sebenarnya. tidak sampaikan mesej yang jelas dan terang" ~ sepatutnya begitulah, rendahkan sedikit ego kita untuk memelihara keharmonian. Tidak rugi sebenarnya, malahan kita lebih untung kerana kita mampu mendidik jiwa kita untuk menerima kesalahan sendiri dan mengakuinya. Mengaku salah bukan bermakna anda kalah - kene ingat tu :-) ;
  2. Jangan biarkan emosi menguasai diri kita ~ bila ada salah faham nie, mesti ada rasa marah kan? bila kita marah, emosi kita jadi tidak stabil dan dalam masa yang sama ego kita akan melonjak tinggi. Kita sahaja yang betul, orang lain yang salah...betul tak? Bila kita berada di dalam keadaan yang marah, geram dsb, salah faham akan menjadi lebih salah. "owhh, kau la yang salah", mulalah kita mencari evidence nak buktikan kawan kita tu salah. disebabkan kita nak menang, bersusah payah kita mencari bukit...masa tu kan tengah geram dan marah. Bila dah jumpa bukti, maka ditunjukkanlah pada kawan kita itu, "haaaa, kan betul aku cakap.Engkau la yang salah.". Yang nie kalau dapat kawan yang memang tak boleh kalah, akan menyebabkan pergaduhan yang besar dan boleh menyebabkan terputusnya silaturrahim. Cuba kira berapa banyak dosa dah kita buat disebabkan kegagalan mengawal emosi dan ego kita itu??? Yang pertama (a) dosa marah, yang kedua (b) dosa memutuskan silaturrahim, yang ketiga (c) dosa berkata-kata yang tidak baik,...mungkin banyak lagi dosa-dosa yang kita lakukan tanpa sedar bila masa kita tidak dapat mengawal emosi kita itu;
  3. Cepat-cepat minta maaf walaupun anda tidak bersalah, kerana tidak semestinya anda kalah. Toleransi di dalam komunikasi itu sangatlah penting, lebih-lebih lagi bila anda menghadapi situasi sukar dengan keluarga, teman-teman rapat anda kerana mereka lebih sensitif daripada kawan-kawan anda yang lain. Selalunya yang rapat dengan anda akan cepat terasa. Tak percaya??? Kalau nak mencuba boleh sahaja tetapi risiko jangka pendek atau jangka panjangnya itu anda perlu tanggung sendiri :-)
  4. Tolak Ansur - yup, yang ini elemen yang penting. Tolak ansur.  Anda dah tahu perangai sahabat/kawan/keluarga anda yang panas baran, yang memang nak sentiasa menang dan sentiasa betul, anda perlu berundur sedikit untuk melegakan dan meregangkan keadaan. Dalam keadaan ini, sabar memainkan peranan yang penting untuk mengekalkan keharmonian. Walaupun kadang-kadang kita geram nak menjawab, kene sentiasa ingat, bahawa kegeraman dan kemarahan kita itu tidak membawa natijah yang lebih baik, malahan secara tidak sedar, natijahnya akan menjadi lebih buruk lagi.
Peringatan ini untuk diri jua - selalu kene peringat diri sendiri bila berhadapan dengan situasi di mana orang yang berada di hadapan kita ingin sentiasa menang walaupun sebenarnya mereka salah atau kurang betul.  Semoga Allah S.W.T akan sentiasa meningkatkan kesabaran saya dan juga anda semua. Aaamin.


“To effectively communicate, we must realize that we are all different in the way we perceive the world and use this understanding as a guide to our communication with others.” ~ Anthony Robbins
Allahu Ta'ala A'lam.

Jualan Gudang

Sekiranya ada kelapangan saya akan pergi ke Jualan Gudang memandangkan ianya jauh lebih murah dari jualan biasa dan ini akan dapat mengurangkan belanja anda di dalam perbelanjaan seharian. 

Tetapi harus diingati, yang mementingkan fesyen semasa dan terkini bagi saya, ianya tidak sesuai untuk anda. Walaupun harganya lebih murah dari biasa, anda tidak akan dapat menemui fesyen terkini kerana kebiasaannya jualan gudang akan mempamerkan barangan yang hampir tamat tempoh dalam setahun lagi contohnya, fesyen-fesyen yang lama dan barang-barang yang dipulangkan semula oleh pasaraya seperti JJ, Sogo, Parkson dan sebagainya. Bagi saya, asalkan sedap dipakai dan kebetulan pula murah, kenapa saya perlu bazirkan simpanan saya untuk membeli yang mahal sedangkan ada yang jauh lebih murah dan kualitinya juga bagus. Saya jarang membeli kerana fesyen, kerana fesyen begitu cepat expired. Hari ini kita membeli fesyen terkini dan berbangga dengannya, keesokan harinya fesyen tersebut sudah dikira lama atau outdated. Cumanya anda perlu berhati-hati dan memeriksa dengan teliti barangan yang ingin anda beli samada telah tamat tempoh atau bajunya ada sedikit koyak atau kecacatan yang lain. Kebiasaannya, Jualan Gudang ini akan menghabiskan stok produk dan barangan mereka kerana mereka tidak akan menyimpan stok-stok tersebut terutamanya barangan kosmetik yang hampir tamat tempoh, dan ada juga produk-produk yang fesyennya agak outdated dan ianya perlu dihabis bagi mengosongkan gudang mereka dan memenuhkan dengan produk-produk dan barangan yang baru.

Sebelum itu, ketahui juga hak-hak anda sebagai seorang pembeli ya. Jangan mudah tertipu dengan blink blink Jualan Gudang atau Jualan Hebat dari mana-mana pasaraya.

"Life is like riding a bicycle. To keep your balance, you must keep moving."~Albert Einstein
Allahu Ta'ala A'lam

09 April 2012

Kewangan : Anda Melabur di dalam Fixed Deposits? - Bank Rakyat Fixed Deposit

Bank Rakyat menawarkan pelaburan berlandaskan syariah. Berdasarkan maklumat dari pegawai Bank Rakyat, pelaburan Qiradh ini lebih menguntungkan dari simpanan biasa. Yang ini saya memang sedia maklum.

Beliau mencadangkan agar saya membuat pelaburan sebanyak RM50 ribu untuk mendapatkan keuntungan dari pelaburan tersebut sekurang-kurangnya RM450 bagi 3 bulan dan boleh mengambil keuntungan tersebut untuk dibelanjakan atau menambahkan di dalam pelaburan tersebut. Beliau juga mencadangkan agar saya membuat pinjaman peribadi untuk pelaburan....hmmm, saya kurang setuju dengan cara ini. Menambah hutang untuk menambahkan pelaburan. Bagi saya ianya kurang bijak. Bayangkan saya terpaksa membayar hutang sebanyak RM50k + keuntungan bank selama beberapa tahun untuk membuat pelaburan. Sekiranya keuntungan pelaburan saya hanyalah 10% atau kurang, dan kadar keuntungan bank yang perlu saya bayar adalah 4.5%, bukankah keuntungan pelaburan saya sebenarnya hanyalah kurang dari 5%? Secara tidak sedar, bank telah mengambil keuntungan pelaburan saya secara sah.


dan saya hanya tersenyum sahaja mendengar penjelasan panjang lebar dari pegawai bank tersebut...mana la saya ada duit sebanyak itu dan saya tidak sanggup untuk menambah hutang dan komitmen bulanan saya semata-mata pelaburan yang tidak seberapa.

Mungkin cara saya agak kolot berbanding dengan pelabur agressif yang sanggup mendapatkan keuntungan yang cepat. Tetapi saya tidak mahu tidur malam saya terganggu dek disebabkan oleh hutang. :-)

Sekiranya anda mampu, buatlah pelaburan dengan jumlah yang besar kerana keuntungan nya juga besar. Sekiranya anda kurang mampu, anda perlu ukur baju di badan sendiri. Jangan bebankan diri dengan hutang semata-mata ingin membuat pelaburan. :-) dan yang paling penting, pelaburan tersebut wajiblah berlandaskan syariah. Apa guna untung berjuta-juta tetapi duit tersebut tidak diberkati Allah s.w.t. Hidup kaya tetapi hati dan jiwa tidak bahagia. :-)

Saya sertakan bersama maklumat pelaburan dari Bank Rakyat.

AKAUN PELABURAN AM-i QIRADH

Akaun Pelaburan Am-i Qiradh merupakan akaun pelaburan yang mana pelanggan menyediakan modal untuk Bank melabur bagi tempoh tertentu. Bila matang, keuntungan yang diperolehi akan dikongsi di antara Bank dan pelanggan berdasarkan nisbah yang telah dipersetujui bersama.

Konsep
Al-Mudharabah

Kelayakan

  • Individu berumur 18 tahun ke atas
  • Persatuan, Kelab, Koperasi dan Syarikat
Jumlah Pelaburan
  • Minimum RM500 untuk 2 bulan dan ke atas
  • Minimum RM5,000 untuk 1 bulan
Jenis Akaun
  • Akaun Individu
  • Akaun Bersama
  • Akaun Amanah
  • Akaun Persatuan, Kelab, Koperasi dan Syarikat
Keistimewaan
  • Pelabur boleh mengambil keuntungan pada setiap bulan bagi tempoh pelaburan 6 bulan dan berjumlah RM20,000.00 ke atas
  • Auto Renewal - pembaharuan sijil secara automatik
  • Sijil pelaburan boleh digunakan sebagai cagaran pembiayaan seperti Bercagar Sijil Pelaburan-i Al-Mudharabah, Pembiayaan Pendidikan-i Al-Falah dan Pembiayaan Kontrak-i Tijari
Period of Investment (month)Rates (%)
CorporateIndividual
12.903.26
33.053.65
63.103.75
93.203.85
123.254.01
153.254.05
183.304.10
243.454.20
363.504.25
483.604.30
603.704.50
> 603.704.60

QIRADH GENERAL INVESTMENT ACCOUNT-i (MUBEEN)
Qiradh General Investment Account-i (Mubeen) is an investment scheme where profits will be given upfront to the depositors on a monthly basis as declared by the Bank beforehand.

Concept
Bai Al-Inah

Eligibility

  • Individuals aged 18 years and above
  • Associations, Clubs, Co-operatives and Corporations
Investment Amount
  • Minimum RM20,000 for 1 month and above
Investment Period
  • Investments period of up to 60 months and above
Type of Account
  • Individual Account
  • Joint Account
  • Trustee Account
  • Associations, Clubs, Corporations and Co-operatives Account


Period of Investment (month)Rates (%)
CorporateIndividual
12.903.26
33.053.65
63.103.75
93.203.85
123.254.01
153.254.05
183.304.10
243.454.20
363.504.25
483.604.30
603.704.50
> 603.704.60

QIRADH GENERAL INVESTMENT ACCOUNT-i (SENIOR CITIZEN)
Qiradh General Investment Account-i (Senior Citizen) is an investment account especially for senior citizens.

Concept
Al-Mudharabah

Eligibility

  • Individuals aged 45 years and above
Investment Amount/Period
  • Minimum RM10,000 for 3 month and above
Benefit
  • Complimentary Takaful Personal Accident Coverage for investments of 12 months and above

Period of Investment (month)Rates (%)
10.00
33.65
63.75
93.85
124.01
154.05
184.10
244.20
364.25
484.30
604.50
> 604.60

AKAUN PELABURAN AM-i QIRADH (TAQDIM)

Akaun Pelaburan Am-i Qiradh (Taqdim) adalah sejenis pelaburan di mana keuntungan atas pelaburan akan ditentukan terlebih dahulu dan dibayar semasa pembukaan akaun.

Konsep
Bai Al-Inah

Kelayakan

  • Individu berumur 15 tahun ke atas
  • Persatuan, Kelab, Koperasi dan Syarikat
Jumlah Pelaburan
  • Minimum RM5,000 dan dalam gandaan RM1,000 untuk setiap deposit tambahan seterusnya
  • Tempoh minimum pelaburan ialah 1 bulan dan maksimum 6 bulan

Anda Melabur di dalam Fixed Deposits? - Maybank Fixed Deposit

Perbandingan Fixed Deposit yang pelbagai dari Maybank. 

Tetapi sekarang ini saya berpandangan Fixed Deposit bukanlah satu pelaburan yang begitu menguntungkan kerana nominal rate yang rendah berbanding Fund Investment yang lain. Begitu juga dengan fixed deposit dari kebanyakan bank-bank di Malaysia. Walaubagaimanapun, sekiranya anda ingin kebebasan di dalam pengeluaran dan penyimpanan wang, ianya lebih baik dari menyimpannya di dalam Savings Account :-)

Premier Club Account
Minimum deposit:
RM5,000

Membership fee:
RM100 per annum

* Eligible for protection by PIDM

Overview
A high interest savings account with a checking facility and special rates on selected loans

Benefits
  1. Enjoy a 1-month fixed deposit rate with a minimum daily balance of RM100,000 or more, maintained throughout the month. The amount in excess of the RM100,000 deposit will be entitled to the 1-month FD rate subject to having an aggregated financing (term loan and/or overdraft) of equivalent ratio to the excess balance
  2. Enjoy 1% of bonus unitswhen you purchase any selected Equity or Balanced funds and build your investment portfolio with us
  3. 5% discount for the first year on our endowment, term life and whole life insurance premiums
  4. Free Personal Accident (PA) insurance coverage of up to RM50,000
  5. Free medical expenses(accident-related) of up to RM3,000
  6. 25% discount on commission for Traveller's Cheques worth above RM2,000
  7. 3-year annual fee waiveron credit cards
  8. Convenient ATM accessat over 2,700 MEPS ATMs nationwide and via PLUS networks worldwide
  9. Stamp duty fee waiver of RM0.15 per cheque, and waiver on RM0.50 ATM fee on the 5th withdrawal onwards made in a month
  10. Special rates on selected loans for professionals: the Professionals Business Credit Line (PBCL) provides a working capital for your business or firm (minimum RM10,000 to maximum RM50,000 loan), Professionals Personal Financing helps with your general needs and Professionals Home Financing helps you secure your dream home

Who can apply
Individual customers only (personal and joint accounts applicable for residents and non-residents


Maybank2u.Premier
Nominal rate:
0.30 - 2.05% p.a.

Effective rate:
0.30 - 2.06% p.a.

Minimum deposit:
RM500

* Eligible for protection by PIDM

Overview
An interest-bearing current account with online features

Benefits
  1. Higher multi-tiered interest that is calculated daily and credited monthly
  2. 5% bonus interest on interest on monthly average balance of RM5,000 and above
  3. Checking facility
  4. Online access to your account from anywhere in the world, or make balance enquiries via ATM or Kawanku Phone Banking
  5. No introducer required
  6. Convenient access to branches, over 600 ATMs throughout Malaysia and Singapore and over 2,500 MEPS ATMs nationwide

Who can apply
  1. Individuals aged 18 years and above
  2. Malaysian citizens / permanent residents
  3. Non-residents of Malaysia (with working permits)
  4. Joint account — maximum of 4 persons

Premier 1 Account
Effective rate:
0.60 - 2.11%

* Eligible for protection by PIDM

Overview
A high interest-bearing savings account with the flexibility of a personal checking account

Benefits
  1. Multi-tiered interest - from the minimum balance of RM5,000, interest is calculated daily and credited monthly to your account
  2. Free Personal Accident (PA) insurance coverage of up to RM50,000
  3. Free medical expenses(accident-related) of up to RM3,000
  4. Convenient ATM accessat over 2,700 MEPS ATMs nationwide and via PLUS networks worldwide
  5. Payment convenience via Autodebit, Kawanku Phone Banking, Kawanku e-Pos, MASET (MAS Electronic Ticketing) and Maybank2u.com
  6. 25% discount on commission for Traveller's Cheques worth above RM2,000
  7. Academic Excellence cash awards for Premier 1 Trust Account holders
  8. Minimum opening deposit of only RM1,000
  9. No introducer required if you apply for a Maybank Premier 1 Account online via Maybank2u.com
  10. Privilege to apply for anunsecured standby overdraft of a minimum of RM10,000, without any security required and subject to existing credit processing procedure. Terms: Interest rate - BLR + 2.5% p.a., minimum monthly salary of RM2,000, loan reviewed on a yearly basis. Not available for customers with any other clean facility, account held in trust and clubs, societies and associations

Who can apply
  1. Malaysian residents
  2. Foreigners with a valid working permit
  3. Individuals, clubs, societies and associations (excluding co-operatives)
  4. Joint account - maximum of 4 persons

06 April 2012

Kewangan : Inflasi...

Saya percaya saya hidup di tahun inflasi. Sebelum ini saya mampu untuk minum pagi dengan lauk yang sama dengan kadar RM3.50, semalam lauk yang sama telah naik kepada RM4.00.

Hari ini, lauk minum pagi saya sedikit ringan, dan sebelum ini harganya RM2.50, tetapi hari ini harganya RM3.50.

Itu belum lagi makan tengahari dan makan malam.

Saya bukan kedekut, saya hanya suka mengira dan mencongak. Ianya menjadikan saya peka dengan perubahan turun naik kos kehidupan kita dan sekaligus membolehkan kita membuat perancangan lebih awal di dalam menguruskan kewangan kita sendiri. Saya selalu berhadapan dengan situasi di mana bila sampai hujung bulan, selalu kedengaran keluhan-keluhan tidak cukup duit, bila la gaji nak masuk, takde duit nak makan, takde duit utk bayar itu ini...nahhh, selama ini, gaji bulanan pergi ke mana??? Adakah terlalu banyak hutang atau terlalu berlebih-lebihan di dalam berbelanja atau terlalu banyak komitment atau tidak pandai menguruskan kewangan? 

Wallahua'lam...kita sendirilah yang perlu muhasabah diri kita. Tidak perlu marahkan orang lain, atau  menyalahkan orang lain di atas pengeluaran duit gaji kita itu disebabkan nak kene bayar itu ini situ sini dan sinun.

Saya bukanlah orang kaya atau bijak pandai yang boleh memberi nasihat di dalam pengurusan kewangan. Saya hanya berkongsi berdasarkan pengalaman dan pemerhatian. Kadang-kadang saya sendiri pun tergelincir di dalam berbelanja, nak itu, nak ini sedangkan benda atau barang tersebut tidak benar-benar diperlukan dan kadang-kadangpun hanya untuk memuaskan hati sendiri. Ada yang berkata, "Apa salahnya puaskan hati sendiri. Penat-penat kerja, kenela reward diri sendiri...". Ya...saya tidak nafikan, tetapi selepas itu, kita kene fikir, adakah dengan memuaskan hati sendiri dengan mengosongkan poket dan tabungan, kita akan dapat tidur lena? Saya pasti anda atau saya tidak akan dapat tidur lena dan berfikir-fikir bagaimana untuk membayar hutang-hutang yang semakin bertambah dan masa yang sama tabungan tidak bertambah-tambah.

Peringatan ini juga untuk diri saya, buat perancangan dan sentiasa berhati-hati. Syaitan akan sentiasa berusaha untuk menggagalkan usaha kita untuk membuat kebaikan dan menabung dan membuat pelaburan itu adalah salah satu kebaikan untuk diri kita sendiri..:-)

"Law of inflation: whatever goes up will go up some more."~Unknown Author
Definitely it's true. Whatever goes up will go up some more. Gaji naik barang-barang keperluan asas naik harga. Tetapi bukan semua orang naik gaji. Ada yang tidak pernah naik gaji atau jarang naik gaji dan mereka menghadapi kesukaran di dalam berbelanja kerana harga barang-barang keperluan asas telah naik.

Bersyukurlah bagi mereka yang bergaji besar dan mendapat kenaikan gaji. Syukur, Syukur, Syukur. Janganlah kita menjadi orang yang dzalim terhadap diri kita sendiri. Itu jugalah peringatan yang selalu saya ingatkan untuk diri saya sendiri.

Bagi yang kurang bernasib baik, Sabar,Sabar,Sabar dan teruskan berusaha...itulah yang sebaik-baiknya. Ganjarannya sangat besar bagi orang yang bersabar dan tawakkal setelah berusaha.

Wallahu Ta'ala A'lam.

04 April 2012

Ekspresi : SECUPAK SEGANTANG SETAHUN SEGUNUNG INTAN

PERHIMPUNAN BULANAN –SECUPAK SEGANTANG SETAHUN SEGUNUNG INTAN 

Tidak sia-sia hadir di dalam Perhimpunan Bulanan jabatan pagi tadi. Memang tema dan konsep yang betul-betul mengena untuk bulan ini. Di saat penjawat awam sedang ghairah, gembira dan mengira-ngira kenaikan gaji sendiri dan tunggakan yang akan diterima, bank-bank, agen-agen kewangan juga gembira dan tersenyum lebar kerana semakin ramailah yang akan membuat pelaburan mahupun pinjaman.
Di dalam ucapan pengarah bahagian tersebut, beliau telah mengutarakan tajuk yang sangat sesuai untuk peringatan penjawat-penjawat awam yang hadir di perhimpunan bulanan tersebut. Antaranya:

Gaya hidup kita masa sekarang bakal menentukan corak dan tahap kehidupan kita akan datang. 

"Samada anda menabung atau belanja, masa akan sentiasa mengejar anda. jangan biarkan masa terus kehadapan dan meninggalkan anda yang leka berbelanja dan alpa di dalam menabung."~uark

Ada 3 perkara penting yang perlu kita ambil perhatian dan ambil peduli:
  1. Perbelanjaan - perbelanjaan di dalam kehidupan kita tidak dapat kita elakkan, bagai aur dengan tebing. Maka dengan itu, rancanglah perbelanjaan anda
  2. Kenaikan Gaji - Apabila berlaku kenaikan gaji, terdapat satu kepelikan di trend kewangan di mana jumlah pinjaman meningkat. Institusi-institusi kewangan akan tersenyum lebar dengan trend tersebut di mana semakin ramai peminjam meminjam wang, semakin besar keuntungan yang mereka perolehi. Walaubagaimanapun, Bank Negara telah mengetatkan syarat-syarat peminjaman seisi rumah disebabkan household debt telah meningkat ke satu tahap yang membimbangkan terutamanya di dalam pinjaman kereta. (hmmm...patutlah trafik jamm makin teruk sekarang nie...
  3. Gandakan duit yang ada - peluang untuk menggandakan duit kita itu sama besarnya dengan peluang untuk menghabiskan duit tersebut. Ianya terpulang kepada diri kita sendiri samada untuk sentiasa tidak cukup duit walaupun gaji semakin bertambah setiap tahun atau menggandakan simpanan dan pelaburan kita dengan duit kenaikan gaji tersebut. Semuanya terpulang kepada kita sendiri. Tepuk kepala tanyalah poket dan aqal kita. Jangan tanya nafsu, kerana nafsu akan sentiasa memperlihatkan kepada kita keindahan dunya
  4. Gaji Sifar - jangan sekali-kali membiarkan diri kita bergaji sifar atau negatif. Bagaimana untuk hidup sekiranya setiap bulan, gaji yang diterima habis untuk membayar hutang piutang dan awal bulan lagi dah tak ada duit belanja.
Terdapat 5 tiang perancangan persaraan (5 pillar pension plan). Ini adalah langkah-langkah untuk kita menyediakan kehidupan kita semasa dan selepas persaraan. Itupun jika Allah masih mahu kita hidup di dunya ini dan masih mahu memberi peluang untuk kita sentiasa melakukan taubat:
  1. Bantuan kebajikan untuk mengatasi kemiskinan
  2. Caruman wajib oleh majikan - yang ini, kebanyakannya penjawat awam tidak memilih KWSP dan akan beralih arah kepada Skim Pencen
  3. Caruman wajib oleh pekerja
  4. Tabung sukarela oleh pekerja - yang ini saya percaya kebanyakan dari kita masih ada yang tiada ataupun tabungan masih tidak mencukupi untuk melalui dan menjalani hari-hari persaraan nanti
  5. Faedah bukan kewangan (seperti kemudahan kesihatan dan perumahan)
Rancang perbelanjaan dan pelaburan anda dengan mengambil kira:
  1. Gaji dan imbuhan tetap; 
  2. Kenaikan gaji tahunan ;
  3. Pinjaman perumahan dan kereta – kurangkan liability kereta-janganlah bercita-cita untuk membeli kereta baru  dan tambahkan asset hartanah anda;
  4. Kemudahan perubatan –lumrah bila kita semakin tua dan menginjak usia, tabung perubatan akan memerlukan lebih dana dari masa kita muda (anda akan memerlukan kos yang tinggi selepas persaraan nanti – ibu bapa dan keluarga tanggungan kita). 
Kitaran kehidupan kita di dalam pengurusan kewangan: 
  1. Peringkat 1 = tumpuan untuk mengumpul kekayaan. Sekiranya anda gagal di peringkat pertama, anda akan gagal jua di peringkat ke-2 dan ke-3. Sehingga anda berjaya mengharungi peringkat pertama, baharulah anda akan dapat mencapai peringkat ke-2 dan ke-3. Oleh itu, di awal usia kita dari zaman persekolahan, universiti dan bekerja, sekiranya anda mampu untuk menabung dan menyimpan serta membuat pelaburan, bertindaklah dengan lebih awal dan konsisten di dalam usaha anda menabung.
  2. Peringkat 2 = tumpuan beralih kepada proses memelihara dan meningkatkan kekayaan telah terkumpul dan terus mengumpul. 
  3. Peringkat 3 = proses hidup atas apa yang kita kumpul. 
Tahukah anda bahawa dengan mendana/menabung serta membuat pelaburan lebih awal akan lebih menguntungkan daripada yang sedar lewat kemudian menabung dan membuat pelaburan. 

Walaupun ada di antara kita sedar lambat amalan penabungan, pendanaan dan pelaburan yang berterusan akan lebih menguntungkan dan menyelamatkan gaya hidup semasa dan selepas pencen nanti. Pilih pelaburan dengan bijak kerna pelaburan yang tidak bijak akan merugikan kita.

Akhir kata perutusan, pengarah mengatakan bahawa, "Dalam dunia ini dan persekitaran kita samada kawan, keluarga atau musuh...ramai yang dengki kepada kita dan melambai-lambai kita untuk membelanjakan duit tabungan kita." 

Yang nie saya pulak tambah, "Di kala kita telah kehabisan tabungan dan duit kita kerana tertipu dengan helah orang yang dengki kepada kita, ramai yang meninggalkan kita dan membiarkan diri kita keseorangan. Oleh itu, tolonglah diri kita sendiri dahulu dengan menabung dan biarkan kedengkian orang lain terhadap kita kerna kedengkian itu tidak akan dapat membantu kita di masa akan datang"

Allahu Ta'ala A'lam.

03 April 2012

Kepelbagaian dalam pelaburan dan simpanan

Kepelbagaian( diversification) adalah satu teknik yang dapat mengurangkan risiko dengan memperuntukkan pelaburan di dalam pelbagai portfolio dan kategori.

Bagaimana cara yang mudah untuk mengurangkan risiko dan dalam masa yang sama memaksimakan keuntungan pelaburan anda. Bagi saya, ianya bergantung kepada anda sendiri, perspektif dan keberanian anda mengambil risiko. Di dalam kewangan, semakin berisiko pelaburan anda, semakin tinggi peluang untuk anda mendapatkan untung maksima. Walaubagaimanapun, perlu diingatkan bahawa pelaburan anda itu wajiblah mengikut syari'ah dan halal. Hidup dengan wang haram, tidak akan sekali-kali senang, malahan jiwa jadi kacau dan tidak tenang. Kene ingat tu :-)

Kenapa perlu untuk mempelbagaikan portfolio pelaburan?
  1. untuk mengurangkan risiko kerugian
  2. walaupun tidak dapat memaksimakan keuntungan, tetapi anda masih akan untung
  3. bagi mencapai matlamat jangka pendek dan yang paling pentingnya, matlamat jangka panjang
Penting - anda perlu tahu, anda adalah pelabur yang bagaimana? Adakah anda seorang risk-taker atau sebaliknya. Adakah anda seorang Active investor atau sebaliknya. Yang ini anda lah yang boleh memberi jawapannya. Adakah anda seorang pelabur yang rajin atau sebaliknya.

Setelah anda mampu mengenal diri anda sendiri, barulah anda mampu untuk membuat pelaburan yang bijak. Tidak semua orang berjaya dengan pelaburan yang berisiko tinggi dan tidak pula semua orang akan berjaya dengan pelaburan yang aktif. Mungkin caranya sama tetapi methodnya berbeza, begitu juga dengan keberanian anda untuk membuat pelaburan.

Bagi passive investor - simpanan adalah cara yang paling tidak merugikan, tetapi anda akan dapati penambahan di dalam simpanan anda itu seperti kura-kura lambatnya. :-)

Bagi active investor pula - banyak cara untuk mencapai keuntungan yang maksima di dalam pelaburan. Antaranya:
  1. melabur di dalam Dinar dan Dirham
  2. melabur di dalam hartanah (real estates, housing)
  3. melabur di dalam Mutual Fund - bergantung kepada portfolio
  4. melabur di dalam saham, stocks dan bonds
  5. dan lain-lain
Pulangan tersebut akan pelbagai samada anda mendapatnya semerta atau dalam jangka masa panjang. Ianya terpulang kepada kebijaksanaan anda. Sekiranya anda tidak mempunyai ilmu atau cetek ilmu di dalam pelaburan, belajarlah dan carilah ilmu tersebut. Sekiranya anda ingin menceburi pelaburan hartanah, carilah dan hadirilah seminar-seminar mengenai hartanah dan bagaimana anda membuat keuntungan dari pelaburan tersebut. Begitu juga dengan pelaburan-pelaburan yang lain.

Di dalam keghairahan untuk mencari peluang pelaburan dan memaksimakan keuntungan, tabungan anda juga perlu diambil perhatian. Anda perlu ada tabungan untuk kecemasan, jangka pendek dan jangka panjang, sekiranya anda mampu berbuat demikian.

Contoh: Tabung kecemasan tersebut boleh digunakan disaat-saat kecemasan. Tabung jangka pendek adalah seperti tabung pelancongan dan tabung jangka panjang anda itu boleh dibahagi-bahagikan mengikut portfolio keutamaan anda seperti yang dicadangkan di atas.

Contoh pengiraan:
Gaji anda = RM5000
Tabung Kecemasan = RM100 sebulan
Tabung Pelancongan = RM100 sebulan
Tabung Jangka Pendek = RM100 sebulan
Tabung Jangka Masa Panjang = RM700 sebulan

Jumlah tabungan anda sebulan adalah = RM1000.
Tabung jangka pendek itu mungkin boleh dimasukkan di dalam pelaburan Mutual Fund dan yang seumpamanya, begitu juga dengan tabung jangka panjang anda. Dengan pelaburan jangka pendek tersebut, akan memberi peluang kepada anda untuk membuat pelaburan jangka panjang.

"Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit"
"Mulakanlah dengan langkah yang perlahan, tetapi anda perlu teruskan berjalan. Selepas itu, anda akan berasa selesa untuk memulakan langkah anda dengan lebih besar dan cepat dan akhirnya anda berjaya menuju destinasi anda."~uark

Allahu Ta'ala A'lam