29 March 2012

Berpegang Teguh itu penting di dalam menabung

saya masih ingat lagi motto sekolah saya dahulu, "Fastaqim kama umirta". Ayat 'Fastaqim kama umirta' (11:112). Istiqamah...istiqamah...istiqamah!

Istiqamah adalah sesuatu yang amat berat dilakukan.

Ya! Berpegang teguh itu penting dalam usaha kita untuk menabung. Saya sendiri pun tidak pasti adakah saya dapat berpegang teguh untuk menabung dan menambahkan tabung simpanan kita. Moga-moga kita sama-sama kuat dan berusaha keras untuk berpegang teguh di dalam menabung…Istiqamah!

Antara cara-cara yang saya dapati berkesan untuk istiqamah di dalam menabung adalah:
  1. Membuat tolakan dari gaji secara automatik. Sekiranya anda ingin menabung untuk tabung haji, buat tolakan gaji secara bulanan ke akaun tabung haji anda. 
  2. Sekiranya anda ingin menambahkan pelaburan di dalam akaun Mutual Fund anda, pastikan anda membuat tolakan dari gaji secara automatic atau berjadual, samada terus melalui akaun gaji anda ataupun akaun bank anda menerima gaji. Mulakan dengan sedikit dan anda akan berasa gaji anda seperti tidak mencukupi untuk bulan pertama anda membuat tindakan bijak ini. Lama kelamaan, anda akan biasa dan boleh mengatasi kekurangan jumlah gaji tersebut dan dalam masa yang sama, anda sebenarnya secara tidak langsung belajar untuk ‘adapt’ dengan baki gaji yang diterima setiap bulan setelah ditolak dengan simpanan atau pelaburan anda. Sentiasa ingat formula ini :-
Gaji – simpanan = belanja J

Allahu Ta'ala A'lam

Kewangan : Kesilapan biasa yang kita lakukan dalam menguruskan $$$ - sambungan

Saya sambung untuk point yang seterusnya: 
  1. Kegagalan di dalam merancang 
  2. Tidak istiqamah atau tetap atau konsisten di dalam menabung atau melabur 
  3. Berbelanja melebihi kemampuan 
  4. Berbelanja menggunakan kad kredit secara luar kemampuan 
  5. Tidak menabung untuk jangka masa panjang atau untuk persediaan hari tua 
  6. Mengambil sikap lewa untuk menabung 
  7. Melabur di dalam pelaburan yang tidak bersesuaian - satu lagi kesilapan yang biasa kita lakukan adalah, melabur di dalam pelaburan yang tidak bersesuaian. Kebanyakan dari kita ingin cepat kaya dengan usaha yang sedikit. Ada yang mengambil jalan singkat untuk kaya tetapi akhirnya rugi besar. Ramai yang terlibat di dalam MLM dan hanya sedikit sahaja yang berjaya termasuk saya. Perlu diingatkan bahawa MLM anda akan berjaya sekiranya anda berjaya membawa ramai orang untuk memasuki skim tersebut. Sebab itulah dinamakan Multi Level Marketing...asset anda adalah manusia, sekiranya orang bawahan atau kaki-kaki anda tidak ramai jangan berharap untuk menjadi kaya raya dengan MLM.-Ini pandangan dan berdasarkan pengalaman saya sahaja. Sekiranya anda tidak bersetuju, terpulang :-). Ada yang melaburkan wang mereka di dalam pelaburan hartanah, saham, fund dan sebagainya. Bagaimana cara anda membuat pelaburan itu, terpulang kepada diri anda sendiri. Anda perlu tahu, peka, ada sedikit sebanyak kemahiran, ada ilmu di dalam pelaburan tersebut agar anda tidak mengalami kerugian. Sudahlah itu sahaja duit tabungan yang anda ada, dan dilaburkan pula di dalam pelaburan yang tidak bersesuaian, anda menjadi semakin rugi dan semakin miskin disebabkan pelaburan yang tidak bersesuaian itu. 
  8. Tidak mengkaji atau 'study' pelaburan yang hendak diceburi - yang ini kesilapan yang agak kerap juga kita lakukan. Tidak mengkaji, tidak study dan tidak meneliti serta membuat perbandingan pelaburan yang ingin anda ceburi serta tidak peka dengan keadaan pasaran semasa. Letakkan dan luangkan sedikit masa untuk mengkaji, kerna dengan sedikit masa itu, anda mungkin akan berupaya menggandakan tabungan anda dengan pelaburan yang menguntungkan. 
Fikir, Lihat, Kaji, Peka, Buat keputusan dan Bertindak :-)

Allahu Ta'ala A'lam

28 March 2012

Kewangan : Kesilapan biasa yang kita lakukan dalam menguruskan $$$ - sambungan

Saya sambung untuk point yang seterusnya:
  1. Kegagalan di dalam merancang
  2. Tidak istiqamah atau tetap atau konsisten di dalam menabung atau melabur 
  3. Berbelanja melebihi kemampuan 
  4. Berbelanja menggunakan kad kredit secara luar kemampuan
  5. Tidak menabung untuk jangka masa panjang atau untuk persediaan hari tua - kesilapan kebanyakan dari kita adalah tidak menabung untuk persediaan hari tua. Kebanyakannya dari kita mengambil jalan mudah dengan berkata, "dah tua nanti duit pencen cukup untuk menyara hidup aku @ takper, anak-anak ada @ entah-entah tak sempat tua lagi Allah dah cabut nyawa". Adakah kita antara orang-orang yang berfikiran seperti itu. Mari kita cuba berfikir dengan cara yang lain pula. Ketika muda belia beginilah, walaupun saya dah tak berapa nak muda dah sekarang ini, tabungan hari tua itu penting dan sangatlah penting. Walaupun kita tidak mengetahui bila kita akan mati, persediaan awal perlulah dilakukan agar kematian kita kelak tidak menyusahkan orang-orang disekeliling kita terutamanya keluarga, anak-anak dan sahabat-sahabat kita. Berfikirlah dengan cara yang menguntungkan - bila kita mati kelak dan kita mempunyai harta atau tabungan yang banyak, bukankah akan menguntungkan kita bila tabungan dan harta tersebut diinfaqkan dan di waqafkan untuk tujuan ibadah Lillahi Ta'ala. Sekiranya anda mempunyai harta tanah, dan anda telah mewasiatkan tanah tersebut untuk diwaqafkan bagi membina masjid, bukankah pahala amalan tersebut akan berterusan selagi mana tanah tersebut digunakan untuk tujuan amal. Sekiranya anda mempunyai tabungan yang banyak, dan selepas kematian anda, tabungan tersebut disedekahkan bagi membina masjid. Selagi mana masjid tersebut digunakan dan tidak dirobohkan, selagi itulah pahala akan berterusan sampai kepada kita walaupun kita telah tiada di dunya. Beruntunglah bagi mereka yang pahalanya berterusan sehingga hari kiamat walaupun mereka telah meninggal dunya. Maka, menabunglah untuk persediaan di hari tua. Kos bagi perubatan telah meningkat dan tabungan tersebut mungkin akan amat anda perlukan ketika hari tua anda.
  6. Mengambil sikap lewa untuk menabung - sikap "nantilah dulu" atau "kemudianlah, sekarang nak guna banyak duit" atau "bila ada  duit lebih nanti, barulah saya boleh menabung". Ini adalah kesilapan dan alasan biasa yang pernah dan selalu kita dengar, malahan kita sendiri pun kadang-kadang bersikap sedemikian. Pun begitu, untuk menjayakan rancangan anda di dalam menabung dan membuat pelaburan, anda perlu Istiqamah seperti yang telah saya sebut-sebutkan di dalam topik sebelumnya. Istiqamah di dalam menabung. Sekiranya tidak mampu menabung sebanyak RM100 sebulan, mulakan dengan jumlah yang kecil seperti RM10 sebulan. Bagi yang bekerja, amatlah mengecewakan sekiranya anda hanya mampu menabung RM10 sebulan. Makan sehari anda pun kadang-kadang lebih dari RM10. Jangan ambil sikap mudah untuk menabung. Seriuslah di dalam menabung kerna ianya akan menguntung diri anda sendiri. Ingatlah formula ini: Pendapatan - simpanan = belanja. Jangan sesekali menggunakan formula songsang ini: Pendapatan - belanja = simpanan.
  7. Melabur di dalam pelaburan yang tidak bersesuaian
  8. Tidak mengkaji atau 'study' pelaburan yang hendak diceburi
Selagi mana kita tidak mempunyai mesin pencetak duit, atau angsa yang bertelur emas, atau harta menggunung seperti di dalam Pirate of The Carribean, atau seorang anak raja yang memiliki seluruh kekayaan di dunia, anda sendiri lah yang perlu menjadi mesin pencetak duit tersebut atau angsa bertelur emas. Usaha anda sendirilah nanti yang akan menjadikan anda samada kaya atau miskin. Berapa pun pendapatan yang anda terima, ianya tidak menentukan anda seorang yang kaya atau tidak. Anda mungkin banyak wang, tetapi anda juga banyak membelanjakan wang tersebut. Bukan wang pendapatan yang anda terima itu menyelamatkan anda, tetapi wang yang disisihkan atau wang simpanan yang akan menyelamatkan anda ketika anda di dalam kesusahan kelak. Selebihnya, berserah kepada Allah Ta'ala.
Saya sambung point-point yang seterusnya pada masa akan datang.
Allahu Ta'ala A'lam

Kewangan : Kesilapan biasa yang kita lakukan dalam menguruskan $$$ - sambungan


Point 1 & 2 telah dibincangkan di dalam topik sebelumnya. Saya sambung untuk point yang seterusnya:

  1. Kegagalan di dalam merancang
  2. Tidak istiqamah atau tetap atau konsisten di dalam menabung atau melabur 
  3. Berbelanja melebihi kemampuan - Inilah yang selalu saya ingatkan kepada diri saya, "Jangan berbelanja melebihi kemampuan". Sekiranya gaji anda Rm2000, berbelanjalah dengan kadar kemampuan RM2000 dan janganlah mengikut-ngikut orang lain yang gajinya lebih besar dari anda. Anda lihat kawan anda beli beg baru, kasut baru dan segalanya baru setiap kali terima gaji. Anda masih lagi memakai beg kerja yang lama, kasut lama. Anda tidak rugi sebenarnya, malahan anda lebih untung kerana anda bijak menguruskan perbelanjaan anda dari mereka yang bergaji lebih besar dari anda. Sekiranya gaji anda RM10,000, tidak ada salahnya sekiranya anda berbelanja dengan kadar gaji RM2000, tetapi akan ada suara-suara yang tidak sedap didengar mengatakan anda kedekut, kikir dan sebagainya. Pedulikan suara-suara itu kerana akhirnya, mereka yang rugi dan anda yang untung. Penabungan dan pelaburan anda lebih besar dan bayangkan anda boleh membuat bermacam-macam dengan pelaburan tersebut. Sekiranya anda ingin menggandakan pelaburan tersebut dengan berganda-ganda, melaburlah ke jalan Allah dengan ikhlas dan terbuka hati. Bantulah anak-anak yatim, faqir miskin, keluarga dan sahabat-sahabat anda yang benar-benar memerlukan bantuan.InsyaAllah, akan dituliskan di dalam buku sebelah kanan anda pahala yang melimpah ruah sehingga mengalir keluar dari buku kanan anda itu...InsyaAllah :-)
  4. Berbelanja menggunakan kad kredit secara luar kemampuan - sepuluh tahun lepas, persepsi saya terhadap kad kredit amatlah tinggi. hebat kalau ada kad kredit nie. kad plastik yang boleh dibawa ke mana-mana di dalam wallet saya dan saya tidak perlu mengeluarkan wang atau tunai untuk berbelanja. Swipe sahaja...di akhir bulannya, saya pening kepala bila bil kad kredit sampai dan masa itu saya hanya mampu membayar jumlah minima pembayaran sahaja. Dari bulan ke bulan hutang tersebut semakin bertambah, bertambah dan bertambah. Cuba anda bayangkan bagaimana orang yang hutangnya sentiasa bertambah, adakah mereka akan tidur dengan nyenyak di katil yang empuk? TIDAK SAMA SEKALI. Sekalipun tilam itu sangatlah empuk dan selesa, anda tidak akan dapat tidur nyenyak memikirkan hutang-hutang yang perlu dibayar setiap bulan bertahun tahun. Maka dengan itu, janganlah berbelanja menggunakan kad kredit secara diluar kemampuan. Anda sebenarnya menyediakan tali gantung untuk diri anda sendiri secara tidak sedar. Sekarang ini, Alhamdulillah, saya telah berjaya untuk bebas dari hutang kad kredit dan semoga ianya berterusan InsyaAllah. Anda juga sebenarnya boleh untung dengan menggunakan kad kredit. Apa yang saya lakukan adalah, berbelanja dengan kad kredit hari ini dan keesokan harinya atau hari yang sama atau sebelum tarikh dikenakan interest tersebut, saya akan membuat pembayaran secara penuh. Dalam masa yang sama, saya dapat point, tiada hutang di dalam akaun kad kredit saya dan point tersebut boleh di'redeem' dengan voucher-voucher dari hypermarket dan lain-lain.
  5. Tidak menabung untuk waktu-waktu kecemasan
  6. Tidak menabung untuk jangka masa panjang atau untuk persediaan hari tua
  7. Mengambil sikap lewa untuk menabung
  8. Melabur di dalam pelaburan yang tidak bersesuaian
  9. Tidak mengkaji atau 'study' pelaburan yang hendak diceburi
Wealth after all is a relative thing since he that has little and wants less is richer than he that has much and wants more.~ Charles Caleb Colton

Saya sambung point-point yang seterusnya pada masa akan datang.
Allahu Ta'ala A'lam

Kewangan : Kesilapan biasa yang kita lakukan dalam menguruskan $$$

Sebelum anda bertindak lebih jauh untuk membuat pelaburan dan menambahkan tabungan anda, ada perkara-perkara yang perlu anda ketahui dan 'alert' serta ambil peduli. Anda perlu ambil peduli kesilapan yang lazim dilakukan oleh kebanyakan kita begitu juga saya di dalam menambahkan pelaburan atau tabungan kita:

  1. Kegagalan di dalam merancang - rancang dan rancang! yang penting anda ada perancangan. Dengan perancangan tersebut, ianya tidak akan berjaya sekiranya tidak ada keinginan yang kuat untuk menjayakan rancangan tersebut. Contoh: Anda merancang untuk menambahkan tabungan anda dari RM100 kepada RM150 sebulan. Anda merancang untuk membuka akaun Mutual Fund yang lebih tinggi pulangannya berbanding akaun simpanan biasa. Anda merancang tetapi belum laksanakannya kerana initial pelaburan yang minima bagi Mutual Fund (mengikut pengetahuan saya) adalah RM1000.00 dan anda belum masih mempunyai duit sebanyak itu. Apa yang perlu anda lakukan adalah 'action' = bertindak menjayakan rancangan tersebut. Buat rancangan untuk mencukupkan tabungan RM1000 selama 3 bulan. Ini bermakna, anda perlu mengurangkan perbelanjaan yang lain. Kurangkan belanja pada entertainment, pada makanan selain dari makanan asas sahaja. Maksud saya, makan pagi,tengahari dan malam. Junk Food is a NO untuk 3 bulan tersebut. Saya percaya, anda, kita akan berjaya mengumpulkan RM1000 atau lebih di dalam masa 3 bulan. Setelah rancangan untuk mengumpulkan Rm1000 tersebut di dalam masa 3 bulan berjaya, mulalah bertindak. Cari wakil yang boleh dipercayai. Saya percaya, kawan-kawan anda ada yang menjadi wakil pelaburan dan boleh memberi khidmat nasihat di dalam pelaburan tersebut. Selepas itu, terus bertindak dan jangan toleh ke belakang. Cuba bayangkan, sekiranya anda mampu untuk mengumpulkan tabungan RM1000 atau lebih selama 3 bulan, bayangkan anda sebenarnya mampu untuk terus memberi komitment RM100 setiap bulan bagi menambah tabungan anda itu. Bukan sahaja pelaburan di dalam Mutual Fund, malah pelaburan-pelaburan lain yang anda selesa juga anda boleh laksanakan dan jayakan. Saya percaya anda boleh dan saya juga boleh :-) Motivasi ini juga untuk diri saya dan rakan-rakan yang lain;
  2. Tidak istiqamah atau tetap atau konsisten di dalam menabung atau melabur - istiqamah! Istiqamah bukannya benda yang senang. Senang diucapkan tetapi sukarnya untuk istiqamah. Saya sendiri pun kadang-kadang tergelincir dari beristiqamah, santai-santai dan leka dalam kehidupan. Bukan sahaja di dalam kehidupan kita perlu istiqamah, tetap di Jalan Allah, di dalam menguruskan kewangan juga kita perlu istiqamah. Istiqamah di dalam menabung, istiqamah di dalam membelanjakan wang yang kita perolehi dengan berhikmah. Ayat 'Fastaqim kama umirta' (11:112) inilah yang membuatkan rambut Rasulullah s.a.w beruban dan tua! betapa Rasulullah faham yang sememangnya untuk istiqamah adalah satu perkara yang amat-amat berat...Sekiranya Rasulullah s.a.w mengetahui istiqamah adalah satu perkara yang amat-amat berat, kita sebagai umatnya perlulah lebih faham, walaupun untuk istiqamah adalah sesuatu yang amat berat, kita perlu lakukan kerana kita adalah ummat Nabi Muhammad s.a.w;
  3. Berbelanja melebihi kemampuan
  4. Berbelanja menggunakan kad kredit secara luar kemampuan
  5. Tidak menabung untuk waktu-waktu kecemasan
  6. Tidak menabung untuk jangka masa panjang atau untuk persediaan hari tua
  7. Mengambil sikap lewa untuk menabung
  8. Melabur di dalam pelaburan yang tidak bersesuaian
  9. Tidak mengkaji atau 'study' pelaburan yang hendak diceburi
Saya sambung point-point yang seterusnya pada masa akan datang. Topik yang panjang boleh menjadikan pembaca bosan...betul tak? :-)

Allahu Ta'ala A'lam

Menabung...

Pernah terfikir untuk menabung?
Saya percaya, setiap dari kita mempunyai keazaman untuk menabung a.k.a menyimpan. Banyak atau sedikit itu terpulang kepada keazaman kita untuk menabung dan juga bergantung kepada kemampuan kita untuk menabung :-)

Menabung...kalau saya dulu-dulu saya fikirkan sebuah tabung untuk menyimpan duit syiling lebihan belanja dari sekolah. Duit lebihan tersebut saya masukkan di dalam tabung. :-)

Bila kita bercakap mengenai menabung, ramai yang beranggapan bahawa menabung adalah salah satu cara untuk menambahkan simpanan kita dan duit dalam tabungan tersebut selalunya kita gunakan untuk masa-masa kecemasan, masa-masa kritikal dan sebelum hujung bulan. Ada yang mempunyai perlbagai bentuk tabung di rumah dan saya mempunyai tabung seperti ini...:-)
Tabung ini saya gantung di dinding dan kebanyakan syiling-syiling saya akan masukkan di dalam tabung ini. Tabung seperti ini amat susah sekali untuk mengeluarkan syiling yang ada di dalamnya selain dari kita perlu memotong ruang atas tabung tersebut untuk mengeluarkan syiling dengan jumlah yang banyak.

Tetapi sekarang ini, menabung secara primitif ini bukanlah satu cara yang efektif untuk kita menyimpan. tabungan primitif ini hanya sesuai untuk anak-anak kita yang baru sahaja untuk belajar dan kenal erti menabung, menyimpan sebahagian duit belanja mereka.

Bagi yang sudah bekerja, sekiranya anda menabung menggunakan cara primitif ini, anda hanya akan dapat jumlah tabungan tersebut dan tabungan anda itu tidak akan bertambah melainkan anda sendiri yang menambahkan jumlah tabungan tersebut.

Sekiranya anda menyimpannya di dalam simpanan di bank, cara tersebut juga masih ketinggalan kerana profit sharing yang diberikan oleh pihak bank amat rendah.

Cuba untuk menyimpan duit tabungan anda tersebut di dalam Islamic Mutual Fund, Mutual2 fund yang lain, saham yang dibenarkan syariah seperti saham bank Rakyat dan sebagainya. Cara tersebut lebih efektif untuk menjana simpanan anda menjadi lebih banyak. Sekiranya anda tidak mengetahui cara pelaburan yang terbaik untuk diri anda, tanyalah pada pakar2 pelaburan. Jangan tanya saya kerana saya pun masih dalam proses pembelajaran :-)

Teringat kata-kata Chef Li, "Anda tidak akan kaya jika anda tidak menyimpan". Betul sangat kata-kata Chef Li itu. :-)

Kata-kata saya pula, "Anda akan kerugian besar sekiranya anda menyimpan dan menabung di tempat yang salah. Maka itu, berhati-hatilah dan buat kajian dahulu sebelum membuat pelaburan dari simpanan anda". :-)

Allahu Ta'ala A'lam

Hartawan yang tertipu

Berikut merupakan petikan Motivasi Mutiara Dr Danial pada 15 Februari 2005, jam 7.30 pagi di Radio Malaysia Pulau Pinang. ( RMPP ).

HARTAWAN YANG TERTIPU

Assalamulaikum wbt. Dengan nama Allah yang maha pengasih dan lagi maha penyayang. Tuan-tuan dan puan-puan, para peminat RMPP yang dimuliakan. Pada 3 sesi yang lepas saya telah bicarakan perkataan Imam Al-Ghazali berhubung dengan golongan yang tertipu. Saya telah bicarakan tentang ahli ilmu yang tertipu, ahli Ibadah yang tertipu dan ahli sufi yang tertipu. Pada pagi ini Dr Danial akan berbicara tentang golongan yang ke- 4 yang juga tertipu. Mengikut pandangan Imam Al-Ghazali rahimatullah huta'ala. Siapakah mereka. Mereka itu ialah golongan hartawan yang tertipu.

Mereka kaya raya. Mereka golongan korporat. Gaji mereka besar, tetapi mereka terpedaya. Berkata Imam Al-Ghazali, sebahagian daripada hartawan ini berbangga kerana dapat membangunkan masjid-masjid, madrasah, jambatan dan seumpamanya sambil mengukir nama-nama mereka pada banggunan-banggunan itu. Mereka menjangka dengan melakukan demikian mereka berhak mendapat keampunan daripada Allah. Sedangkan sebahagian dari harta-harta yang mereka gunakan itu diperolehi dari sumber yang haram. Sebagai contohnya daripada bisnes yang melibatkan riba, rasuah. Tiba-tiba mereka merasakan wang rasuah, riba itu akan jadi bersih jika sebahagian daripadanya digunakan untuk membuat madrasah. Mereka tertipu sebab mereka sebenarnya masih belum selamat walaupun itu mereka lakukan.

Seterusnya berkata Al-Ghazali. Mereka tertipu sebab yang diwajibkan keatas mereka bukan membina banggunan itu. Yang diwajibkan secara dasarnya ialah menjauhi harta yang haram. Itu yang Allah mahu. Jauhi harta yang haram dan bukan membuat banggunan tetapi mereka mengambil yang haram untuk membuat banggunan dan mengharapkan ia akan melepaskan mereka dari azab ilahi. Mereka silap faham tentang Quran dan Sunnah.

Seterusnya Al-Ghazali berkata, perbuatan mereka seperti itu sebenarnya maksiat. Sebahagian daripada mereka pula berbangga kerana berjaya mencantikkan masjid-masjid dengan perbagai hiasan. Sedangkan wang yang dilaburkan itu sepatutnya digunakan untuk membantu fakir miskin yang terdapat dikawasan itu. SubhanAllah tuan-tuan dan puan-puan. Ini suatu permikiran yang cantik. Permikiran yang sebenarnya boleh menginsafkan kita bersama sebab kadangkala ada hartawan ini dia hendak menghiaskan masjid sedangkan yang utamanya bukan itu. Ada hartawan yang sanggup melaburkan wang untuk masukkan air-con di surau, masjid tertentu dan dia merasakan dengan pelaburan itu insyaallah dia akan mendapat pahala yang tidak putus-putus. Kata Al-Ghazali, perbuatan kamu sia-sia sebab kamu hanya menghiaskan masjid, memasukkan air-con dan seumpamanya sedangkan ia tidak diwajibkan, ia tidak dipandang penting oleh agama. Yang perlu diutamakan ialah fakir miskin di kampung itu diberikan wang untuk memampukan mereka untuk hidup. Itu lebih penting. Tetapi tidak, kita buat yang kurang penting.

Lainlah tuan-tuan dan puan-puan, jika yang penting sudah beres kemudian kita rasakan nak hiaskan sedikit lagi masjid dan surau, silakan. Tetapi andaikata ada perkara yang lebih penting yang perlu kita bereskan tetapi kita tidak melakukannya dan kita buat yang kurang penting kemudian kita mengatakan kita baik, kita tertipu. Itu yang dimaksudkan oleh Al-Ghazali. Kata beliau lagi sebahagian daripada hartawan ini sanggup menghabiskan wang untuk melaksanakan ibadah haji dan umrah hampir setiap tahun. Tahun ini pergi umrah, tahun hadapan umrah lagi. SubhanAllah sebab apa. Duit banyak. Keluarkan wang pula untuk orang lain menunaikan umrah. Kata Al-Ghazali ini semuanya perbuatan orang yang tertipu. Setiap tahun mereka melakukan ibadah haji dan umrah sedangkan wang itu sepatutnya digunakan pada perkara yang lebih utama seperti membantu mereka yang memerlukan sebagai contoh untuk program-program pendidikkan anak-anak remaja yang ramai terbabas pada hari ini, itu yang lebih utama. Tetapi tidak mereka menghabiskan 4 - 5 ribu setiap tahun untuk menunaikan umrah sedangkan umrah itu sunat dan hanya untuk diri sendiri, tetapi melaburkan wang untuk aktiviti pendidikkan remaja, membuka kelas-kelas agama di kampung untuk remaja khasnya, itu yang wajib.

Lantas tuan-tuan dan puan-puan yang dimuliakan. Memang cantik sekali peringatan Al-Ghazali ini. Terutamanya bagi yang kaya raya. Kita bersyukur kepada Allah kerana menjadikan kita hartawan dan jutawan. Saya mendoakan kepada mereka yang jutawan dan hartawan ini agar wang yang diperolehi ini diberkati oleh Allah dan semoga Allah tambahkan rezeki kepada anda dari masa kesemasa, ini doa Dr Danial. Tetapi ingat jangan jadi jutawan, hartawan yang tertipu yang hanya mementingkan perhiasan luaran dan tidak memberi tumpuan kepada keutamaan. Akhirnya masjid ada air-con tetapi disekeliling masjid ujudlah fakir-fakir miskin yang tidak ada makanan dan minuman setiap hari. Jangan jadi seperti itu. Semoga insyaallah wang kita, kita salurkan kepada ibadah yang betul dan semoga insyaallah wang kita itu disalurkan kepada keutamaan, bukan kepada perhiasan yang sebenarnya tidak penting.

27 March 2012

Kewangan : Tips mudah menjimatkan belanja


Kadang-kadang kita hilang arah bila perbelanjaan bulanan kita melebihi pendapatan. Kadang-kadang kita tidak mampu tidur nyenyak memikirkan hutang yang kita ada...dan pernah tak kita rasa marah pada diri sendiri kerana membiarkan hidup kita penuh dengan hutang? Setiap bulan, gaji yang kita terima itu, tidak pernah kita rasai nikmatnya kerana terus dipindahkan ke dalam akaun-akaun bank bagi rumah, kereta, pinjaman, kad kredit, bil-bil utiliti dan sebagainya.

Saya kongsikan serba sedikit tips bagaimana kita boleh mengurangkan beban hutang kita dan menambahkan sedikit demi sedikit simpanan bulanan atau tahunan kita. Mudah-mudahan berkesan :-)

  • Kurangkan makan di luar -  bawa bekalan makanan dari rumah. Luangkan sedikit masa anda untuk memasak dan sekaligus akan mengurangkan belanja makan di luar. Makanan yang dimasak di luar kebanyakannya banyak menggunakan MSG dan secara tidak sedar anda makan makanan yang tidak sihat. Memasak sendiri, secara tidak langsung anda akan pastikan makanan anda itu halalan toyyiban dan sihat. Disamping itu juga, anda dapat menambahkan skill memasak anda. Bukankah secara tidak langsung, bila isteri pandai memasak, suami akan lebih sayang? :-) - bagi yang bujang, jangan risau, anda juga boleh memperbaiki skill memasak anda dan beruntunglah bakal suami anda nanti kerana mempunyai seorang bakal isteri yang pandai memasak :-) 

  • Pendapatan - Simpanan = Belanja. Yang ini saya telah bincangkan dan memberi pendapat peribadi saya di dalam topik yang lepas. Boleh semak semula pada Labels Kewangan :-)
  • Elakkan menggunakan Kad Kredit semasa berbelanja sekiranya anda seorang yang tidak berdisiplin di dalam membayar balik hutang kad kredit anda, jangan sekali-kali menggunakan kad kredit. Kad Kredit adalah hutang yang tidak baik bagi yang tidak berdisiplin dan boleh menyebabkan seseorang itu muflis. Bagi yang mempunyai kad kredit, disiplin untuk menlangsaikan hutang tersebut perlulah dan saya boleh katakan, wajiblah tinggi. Setiap kali anda menggunakan kad kredit tersebut, pastikan anda membayar penuh dan bukannya separuh jumlah sahaja dibayar dan separuhnya lagi anda biarkan untuk dibayar pada bulan hadapannya. Secara tidak langsung, anda telah menenggelamkan diri sendiri di dalam hutang dan dari bulan ke bulan, hutang anda itu akan semakin bertambah. Sentiasa beringat bahawa kad kredit bukanlah alat untuk memuaskan nafsu berbelanja. Sekiranya anda bijak di dalam menggunakan kad kredit, anda sebenarnya akan lebih beruntung kerana bank-bank akan menawarkan pelbagai promosi seperti Cash Rebate, 5x points dan sebagainya bagi perbelanjaan tersebut.


  • Sentiasa catat duit yang keluar dan masuk - yang ini memang memerlukan usaha sedikit. Bagi yang malas, memang tidak akan berjaya untuk mencatat aliran tunai yang keluar. Contoh: berapa kos minum pagi, makan tengahari dan makan malam setiap hari? Kalau yang rajin memang akan mencatat setiap hari. Bagi yang malas, akan tidak ambil peduli. Bagi yang bijak, mereka akan membuat forecasting bagi perbelanjaan makan minum untuk seminggu, atau sebulan dengan mengambil kira secara purata jumlah perbelanjaan makan minum bagi sehari seperti minum pagi RM4, makan tengahari RM6 dan makan malam RM5 seorang. Jumlah bagi sehari = RM15.00. Kemudian, dikirakan jumlah untuk seminggu atau sebulan. Ini baru perbelanjaan makan minum. Belum lagi belanja-belanja harian yang lain.


  • Beli barangan yang anda akan gunakan sahaja. - Banyak juga kesilapan yang telah saya lakukan ketika berbelanja dan saya percaya ramai juga dikalangan yang lain membuat kesilapan ketika berbelanja. Antaranya: Membeli baju yang nampak menarik di mata tetapi akhirnya tidak digunakan dan dipakai sehingga akhirnya dimasukkan di dalam kotak menunggu untuk disedekahkan. Membeli beg yang jarang-jarang digunakan disebabkan diskaun 80-90% pada masa tersebut. Membeli langsir setiap tahun sedangkan langsir sedia ada masih boleh dipakai dan masih cantik. dan banyak lagi.
  • Elakkan hutang - hutang di sini bermaksud Bad Debt. Hutang di dalam kehidupan kita memang tidak dapat kita elakkan. Kita membeli rumah dengan berhutang. Kita membeli kereta dengan berhutang. Dan ada juga yang berkahwin dengan berhutang. Sekiranya anda mempunyai pinjaman peribadi atau pinjaman-pinjaman yang lain, sekarang adalah masa yang baik untuk membuat pinjaman semula kerana kadarnya lebih rendah dari tahun-tahun yang sebelumnya. Untuk kadar lebih lanjut, anda boleh menghubungi bank pinjaman anda tersebut dan anda mungkin akan dapat menjimatkan beberapa ribu dengan pinjaman baru anda itu dan mengurangkan tempoh pembayaran balik. :-)
Allahu Ta'ala A'lam

Kewangan : Membeli mengikut keperluan bukan mengikut nafsu semasa

Sebelum ini saya pernah menyatakan bahawa kita lebih mudah menyimpan sekiranya kita mengamalkan ::
Pendapatan - Simpanan = Belanja

Sesetengah orang akan menilai kita melalui tabiat perbelanjaan kita. Apa yang kita belanja dan bagaimana   tabiat kita terhadap cara menguruskan kewangan kita. Bagaimana orang boleh mengatakan kita boros dan kadang-kadang kita marah bila orang mengatakan kita boros - ini mungkin terjadi apabila mereka melihat cara kita berbelanja, apa yang kita belanjakan dan bagaimana persepsi kita terhadap $$$. Kita juga boleh dikatakan kedekut, bijak, bodoh dan sebagainya dengan cara yang sama.

Pertama sekali yang perlu kita ambil tahu dan ambil peduli adalah = kemampuan kita untuk berbelanja.
Contoh:
Gaji kita hanya RM5,000.00 sebulan
Setelah ditolak dengan simpanan dan komitment bulanan, kita hanya mampu berbelanja sebanyak RM1000.00 sebulan. Ini bermakna, kita hanya mampu berbelanja sebanyak RM250.00 seminggu atau RM200 seminggu sekiranya bulan tersebut mempunyai 5 minggu.

Dalam masa yang sama, kita berkeinginan untuk memiliki sebuah beg berjenama contohnya Coach. Beg Coach memang terkenal dikalangan rakyat kita. Ada yang sanggup berhabisan beribu-ribu untuk membeli beg tersebut. Ada yang sanggup menambahkan hutang (bad debt) untuk memiliki sebuah beg Coach. Dan ada yang mengatakan kepada saya "Alahh...kalah membeli menang memakai. Bukannya selalu pun beli beg branded macam nie". :-) Ya, terpulang kepada kepentingan dan tujuan masing-masing...saya tidak menghalang apatah lagi menahan dari memakai jenama terkenal. Tetapi, dalam masa yang sama juga, saya mendengar keluhan-keluhan kecil seperti, "Lepas nie kene ikat perut la. Aduh...nak kene bayar hutang kredit kad pulak. Baru je habis, dah bertambah lagi hutang kredit kad. Dan sebagainya."

Sekarang ini, saya sentiasa berpesan kepada diri saya sendiri sebelum membeli sesuatu barang. "Adakah disebabkan keperluan atau sesaja untuk menyedapkan mata atau hati, orang lain mampu untuk membeli barangan berjenama tersebut, kenapa tidak aku?" - Ohhh...sebab kedua di dalam membeli sesuatu barang itu adalah sangat bahaya. Kita membeli bukan disebabkan keperluan, tetapi kerana orang lain membeli dan memakainya cantik di badan, kita pun ingin juga cantik dan berjenama seperti mereka...Ahaaaa, pernyataan saya ini seperti agak tragik dan mungkin juga keterlaluan.

Saya sentiasa mengingatkan diri saya sendiri untuk membeli mengikut keperluan. Contoh: kenapa saya perlu membeli beg? Adakah beg kerja saya sudah usang dan sudah sampai tempoh tamat penggunaan ataupun kerana terdapat design baru di pasaran? Sekiranya disebabkan sebab yang pertama, maka saya masih lagi ditahap selamat. Beg baru perlu dibeli kerana beg sedia ada sekarang sudah usang dan buruk serta tamat tempoh penggunaan. Buktinya :- beg tersebut sudah koyak, sudah lusuh, sudah berbau hapak walaupun setiap hari digunakan dan sebagainya.

Terdapat beberapa keperluan yang kita gunakan mengambil masa yang lama untuk kita membeli yang baru atau menggantikan yang baru. Contoh:
  1. Beg Tangan
  2. Beg Kerja
  3. Kasut
  4. Jam
Ini antara contoh-contoh keperluan semasa kita yang digunakan di dalam tempoh yang lama.

Saya pernah membeli jam yang baru sedangkan jam yang sedia ada di tangan masih boleh digunakan. Disebabkan designnya yang cantik dan keinginan untuk memakai jam berjenama, saya membeli jam ke-2. Tetapi sehingga sekarang ini, saya masih memakai jam yang sedia ada kerana masih elok digunakan dan tidak rosak. Kesian kan jam yang ke-2 tersebut hanya tersimpan di dalam kotak dan hanya sekali sekala sahaja digunakan. Sekarang ini, walaupun terdapat banyak jam yang menarik perhatian saya samada secara online ataupun di kedai jam, walau sebesar manapun keinginan saya itu, saya akan tanya diri saya sendiri adakah saya benar-benar memerlukan jam tersebut. Dan pada ketika itu, saya akan memandang jam tangan yang saya pakai..."Ohhh, masih elok dan berkilat lagi. Buat apa nak beli yang baru?"

"Perubahan tabiat sedia ada kepada tabiat yang lebih baik memang sukar. Tetapi usaha tersebut sekiranya dilakukan secara berterusan akan menguntungkan diri sendiri"~uark

Banyak lagi contoh di dalam kehidupan seharian kita yang boleh dijadikan pedoman. Walaupun kita tidak boleh menjadi Millionaire atau Billionaire segera dengan beringat-ingat di dalam berbelanja, tetapi sekurang-kurangnya kita akan ada simpanan dari lebihan perbelanjaan tersebut yang mana akan membuka ruang untuk kita menyimpan atau melabur dengan lebih bijak. Itu juga sudah membuka jalan untuk kita menjadi Millionaire atau Billionaire satu masa nanti...InsyaAllah :-)

Allahu Ta'ala A'lam.

26 March 2012

'e Proposal

It was an interesting day...Alhamdulillah and praise to Allah The Al-Mighty, Creator of the Universe
having a birthday on the Gregorian calendar and at the same time, feeling a bit older than before was something that everyone will have to face in real life. I am no longer young although some says that I'm still at my 20's...hahaha..owh how i wish!

Well the real birthdate is 13 Rabi'ul Awwal 1395H and as what i can remember, it is a day after the born of Rasululllah S.A.W (Peace be upon him). Alhamdulillah...praise to Allah for giving me such a great life full of obstacles, full of hardships, tears and laughters to make me stronger than before.

There are lots of wishes and du'a from friends and families wishing me good health, good life, here in the world and Hereafter...Thanks a trillion for the Du'a and I pray to Allah S.W.T to grant all your Du'a...Aaamin

And then...there's a proposal from someone, someone who wish to grant one of my Du'a and hope that this is the right day to propose. Unfortunately, as much as i want my Du'a is granted by Allah, it is not appropriate and not right at all to take what other's own. It is not right at all, especially without the other party's permission. It is not right to hurt other's heart and it is not right to own other's property. Well, let's just assume it's a very lame joke from a friend who is naif, narrow minded and who does not know how to appreciate someone that he already have and that someone really loves him...i'm wondering, where are those people who are still searching...are they not searching enough including me or are we just feel very content with what we have become today. I don't have the answer even to my own questions ???

I pray to Allah to Protect me from sin directly and indirectly, from fitnah, from someone's bad intentions -"dan dari segala kejahatan dunya samada dari makhluk atau jin, dan dari syaitan yang direjam". And May Allah protects us all.

Saya tidak mahu menjadi seperti apa yang dikatakan oleh Saidina Umar Al-Khattab r.a ini:
"Barangsiapa menempatkan dirinya di tempat yg menimbulkan persangkaan maka janganlah menyesal kalau orang menyangka buruk padanya"

I leave it all to Allah. He is the Most Gracious and The Most Understanding. He knows Best and I always believe it.

Allahu Ta'ala A'lam.

Review: Odisi Bulan Biru

Judul: Odisi Bulan Biru
Penulis: John Norafizan
ISBN: 978-967-5118-15-9
Harga: RM20.00
Sinopsis Belakang Buku:
JOHN NORAFIZAN kembali membawa anda mengembara bersamanya meneroka keindahan bumi Jepun dan Turki.

Kata ibu, zaman dulu hanya perawan-perawan sahaja yang dibenarkan memetik bunga-bunga saf. Sekiranya jari mereka terluka, darah merah sang perawan akan menyerap masuk ke kelopak bunga kuning itu. Kononnya, darah inilah yang membuatkan kelopak-kelopak bunga saf bertukar merah apabila dijemur dan dikeringkan nanti! Kini ibu tiada lagi untuk bercerita.

Ibu dan adiknya yang cacat mati lemas di Sungai Sorachi. Sedih dan sesal membalutinya sepanjang waktu. Mujurlah pertemuan dengan seorang darwis yang bijaksana mengubah seluruh hidupnya. Pertemuan yang memulakan sebuah pengembaraan mencari ayah yang bersedih, sekali gus dirinya sendiri. Dapatkah dia menemui apa yang dicarinya itu? 

Sebuah roman pengembaraan dalam bentur keras hakikat kehidupan disulami iri dan dendam: antara ‘sang pencari’ dan ‘yang mencari’.

Inilah kisah pencarian... 
Pencarian diri seorang Akira Muhammad (Akira) di dalam mengertikan sebuah kehidupan, memilih jalan lurus yang perlu ditempuhi, mencapai sesuatu yang manis dengan penuh ranjau...

Jika tidak kerana Qistina, aku tidak tahu apakah maksud kehidupan ini. Jika tidak kerana Qistina, mungkin aku masih dalam sangsi. Qistina yang misteri. Qistina yang penuh dengan seribu teka-teki.

Cara mudah mengetahui perbezaan harga hypermarket

Pernahkah anda melalui situasi begini:
Anda telah membeli belah di sebuah hypermarket A yang biasa anda kunjungi kerana berdekatan dengan rumah anda. Keesokan harinya anda berkesempatan untuk berkunjung pula di sebuah hypermarket B dan mendapati ada sesetengah barang-barang keperluan yang anda beli semalam lebih mahal berbanding hypermarket B. Perbezaan harga pula sangat jauh memandangkan hypermarket B menawarkan harga promosi sedangkan hypermarket A hanya menawarkan harga biasa.

nahhh...bukankah anda secara tidak langsung rugi walaupun tidak banyak. Cuba bayangkan sekiranya perbezaan harga pada 1 unit barang keperluan tersebut adalah RM0.50, bayangkan anda telah membeli 1/2 dozen, dan ini bermaksud anda kerugian sebanyan RM3. Itupun baru 1 barang keperluan sahaja. Cuba bayangkan sekiranya terdapat 5-6 barang2 keperluan yang anda beli di hypermarket A lebih mahal dari hypermarket B. Tetapi terdapat beberapa barang keperluan lain di hypermarket A lebih murah berbanding hypermarket B. Macamana tu?

Bagi yang tiada masalah di dalam perbelanjaan mungkin akan membiarkan sahaja perbezaan tersebut. Tetapi bagi yang prihatin terhadap perbelanjaan, setelah membuat perbandingan tersebut akan sentiasa merasakan kerugian kerana telah membeli barang2 keperluan dengan harga sedikit mahal. 

Salah satu cara anda untuk mengelakkan anda kerugian adalah dengan mengambil tahu promosi-promosi yang ditawarkan di sesuatu hypermarket tersebut.
Contoh: 
Laman Web Tesco di www.tesco.com.my. Di laman web Tesco terdapat ruangan promosi dan ianya akan memaparkan promosi-promosi mingguan bagi memudahkan pengguna menyenaraikan barang-barang keperluan yang hendak dibeli sebelum ke hypermarket tersebut. Tesco online juga menyediakan Tesco Weekly Catalogue kepada pengguna siber.
 
Begitu juga laman web http://carrefour.com.my/ dan http://www.giant.com.my yang turut memaparkan harga-harga promosi mingguan bagi kemudahan pengguna. Mereka juga menyediakan katalog promosi bagi pengguna-pengguna membuat perbandingan harga dengan hypermarket-hypermarket yang lain.

Sekiranya anda ingin memaksimakan perbelanjaan anda dengan perbelanjaan berhemah, rajin-rajinlah membandingkan harga barangan di hypermarket-hypermarket dan anda akan dapati jika terdapat harga murah di hypermarket A, barang tersebut mungkin sedikit mahal di hypermarket B atau C. Begitu juga sebalikya.


Setelah perbandingan tersebut dibuat, senaraikan barang2 yang lebih murah di Hypermarket A, B dan C. Beli dalam kuantiti yang lebih dari 1 unit atau untuk kegunaan sebulan atau sekurang-kurangnya 3 bulan. Kemudiannya, luangkan 1 hari untuk pergi ke hypermarket2 tersebut dan anda mungkin akan lebih beruntung sekiranya hypermarket2 tersebut berdekatan antara satu sama lain sekaligus mengurangkan kos petrol anda :-)

Sekiranya anda mengamalkan membeli barang2 keperluan rumah dan sebagainya secara bulanan, sudah tentu barang yang anda akan beli adalah di dalam kuantiti yang banyak. Banyak bermaksud lebih dari 1 :-). Tidak rugi bagi anda sekiranya anda sematkan perasaan sedikit rajin untuk membuat perbandingan harga tersebut secara atas talian. Mungkin anda akan dapat membuat penjimatan yang banyak sekiranya anda mengeluarkan sedikit usaha untuk membuat kajian pasaran...:-)

"Money is better than poverty, if only for financial reasons." - Woody Allen


Selamat berbelanja dengan berhemah...:-) 
Allahu Ta'ala A'lam

25 March 2012

Sistem sampul

Saya ingin berkongsi pengalaman menggunakan Sistem Sampul di dalam menguruskan perbelanjaan seharian.

Sistem sampul ini, saya dapati amat berkesan bagi yang kurang berdisiplin di dalam berbelanja. 
 
Setiap minggu akan ada sampul yang tersendiri. Contohnya, sekiranya ada 4 minggu, sediakan 4 sampul. Di dalam sampul tersebut, masukkan duit perbelanjaan mingguan yang telah dibajetkan bagi perbelanjaan seminggu termasuk sabtu dan ahad. Walaupun agak leceh kerana perlu menyediakan sampul mingguan tersebut, InsyaAllah saya percaya perbelanjaan mingguan anda akan dapat dikawal dengan syarat anda hanya menggunakan peruntukan bagi minggu tersebut sahaja dan perlu diingatkan sekiranya ada baki belanja bagi minggu tersebut, baki tersebut perlulah dimasukkan di dalam tabung simpanan. :-)

Contoh:
Gaji bersih anda = RM3000.00
Tolak (-)
Loan Rumah = RM600
Loan Kereta = RM500
dan semua komitmen tetap bulanan anda = RM400
Simpanan = RM400
Zakat = RM100

Baki Gaji = RM1000
Baki gaji tersebut bahagikan berapa minggu di dalam bulan tersebut contohnya 4 minggu
Maknanya RM1000 / 4 minggu = RM250.00 seminggu
Ini bermakna, seminggu anda hanya perlu berbelanja sebanyak RM250.00 sahaja. Lebih baik bagi anda sekiranya perbelanjaan anda kurang dari RM250. Ini juga bermakna, simpanan anda akan bertambah kerana baki perbelanjaan tersebut akan dimasukkan ke dalam tabung simpanan anda dan bukannya dibawa ke minggu seterusnya :-)

Sekiranya anda mempunyai keinginan untuk membeli sesuatu, berazamlah untuk mengurangkan perbelanjaan mingguan anda. Pelbagai cara boleh dilakukan samada dengan membawa bekal ke tempat kerja, berpuasa sambil menambahkan pahala sunat anda (perlu diingatkan niat berpuasa bukanlah kerana hendak berjimat atau hendak berdiet, tetapi adalah kerana Allah Ta'ala semata-mata) dan lebih baik sekiranya bagi yang Muslim, kita mengamalkan puasa sunat setiap Isnin dan Khamis :-)

Samada gaji anda banyak atau sedikit, anda akan bermasalah besar sekiranya perbelanjaan anda melebihi pendapatan. Fikir-fikirkan dan selamat menabung :-)

He is rich or poor according to what he is, not according to what he has. ~Henry Ward Beecher

Allahu Ta'ala A'lam

24 March 2012

Kewangan

Yang mana satu amalan kewangan kita?
  - 
Pendapatan - Simpanan = Belanja
Bila dapat gaji, kita simpan dahulu. Lepas tu baharulah kita gunakan baki gaji tersebut untuk belanjakan pada semua komitmen kita. Sekiranya masih ada berbaki...bermakna, perbelanjaan kita ditahap selamat. Baki tersebut boleh dimasukkan di dalam tabung simpanan.

atau
Pendapatan - Belanja = Simpanan
Bila dapat gaji, kita belanja dan gunakan untuk membayar semua komitmen bulanan kita. Setelah ada yang berbaki, baharulah kita masukkan di dalam tabung simpanan. Persoalannya, adakah masih ada baki bagi gaji bulanan kita? Sekiranya tiada atau perbelanjaan lebih dari gaji, maka kita harus sedar yang kita berada di tahap yang bahaya.

Sekiranya setiap bulan, simpanan kita semakin berkurangan kerana digunakan untuk menampung komitmen kita, maka...kita perlu muhasabah diri dan muhasabah perbelanjaan bulanan kita. Mana-mana perbelanjaan yang tidak relevan, wajiblah disingkirkan. Kurangkan perbelanjaan untuk leisure atau bersuka-suka, kurangkan perbelanjaan yang tidak tetap seperti makan minum dengan membawa bekal dari rumah seboleh-bolehnya pada setiap hari bekerja, mengurangkan perbelanjaan dipanggung wayang dan pusat membeli belah dengan mengelakkan untuk selalu berkunjung di tempat tersebut, mengelakkan diri dari terlalu obses kepada perkataan SALE dan sebagainya. Permulaannya memang sakit...tapi kita perlulah sedar selama ini kita telah lama bersenang lenang di dalam hutang. Apa salahnya kita berkorban untuk berpisah dengan hutang dan sekaligus mengurangkan beban bulanan kita dan mempositifkan tabung simpanan kita...:-)

Semakin tinggi dan besar pendapatan seseorang itu, seharusnya dan logiknya...semakin banyak duit yang boleh dimasukkan di dalam tabung. Tetapi selalunya, bila pendapatan kita semakin tinggi, kita semakin ghairah untuk menambahkan bad debt kita (dari kereta kecil kepada kereta besar, dari pakaian biasa kepada pakaian branded dan sebagainya) dan tabung simpanan kita masih juga berada di tahap yang sama. 

Satu lagi yang perlu dilakukan sekiranya pendapatan kita semakin meningkat adalah dengan menambahkan asset kita samada rumah, tanah, emas, perak dan sebagainya. Ini di dalam perkara-perkara duniawi. Dalam perkara ukhrawi sebenarnya kita perlu meningkatkan saham kita dengan sedeqah, wakaf, dan sebagainya. Sudah tentu nanti saham akhirat lebih tinggi nilainya dari saham dunia yang kita ada.

Fikir-fikirkan dan selamat menyimpan :-)
It's good to have money and the things that money can buy, but it's good, too, to check up once in a while and make sure that you haven't lost the things that money can't buy.  ~George Horace Lorimer 
Allahu Ta'ala A'lam

19 March 2012

Swiss Residences KL

Swiss Garden Residences KL

117, Jalan Pudu, 55100 Kuala Lumpur, Malaysia. 
Tel : 603 - 2141 3333   Fax : 603 - 2141 5555

1 Bedroom Deluxe#1 Bedroom Deluxe#
Open to Booking for 2012 & 2012 (January & February 2013) - subject to availability
Please check the availability of the room below. The red color is not available. Only the BLUE color dates:
Rate per night (without breakfast) = RM200.00
Normal Rate = from RM319.00 (Room Only)
Email or PM only for booking and further information - bieeyah@gmail.com

Travellingbie : Medan. Indonesia

Kali pertama melawat Medan menggunakan pakej kerana khuatir akan bermasalah dengan transport, penginapan dan kes-kes penipuan yang lain. Harga pakej = IDR1,100,000.00 seorang untuk 3H2M bagi 2 orang tanpa makan tengahari dan malam. Sekiranya ramai, kadar tersebut akan lebih murah lagi. Semalam di Prapat, melawat Danau Toba, Samosir Island dan semalam lagi di Bandar Medan.

Perjalanan dari Bandar Medan ke Danau Toba melalui Brastagi dan Prapat mengambil masa lebih kurang 8 jam dengan beberapa perhentian. Antaranya, berhenti sebentar untuk makan durian, Pasar Buah, makan tengahari, Air Terjun Si Piso-piso, Perkuburan Batak dan akhirnya sampai di Prapat untuk tidur semalam di sana.

Keesokan paginya, sarapan dan meneruskan perjalanan ke Pulau Samosir dan menikmati pemandangan keindahan tasik toba.

Di tengaharinya, meneruskan perjalanan semula ke Bandar Medan melalui Tebing Tinggi dan bermalam di bandar. Tak sempat nak ke Pasar Ikan, Istana Maimun dan Masjid Raya memandangkan hari telah mula gelap apabila kami sampai di Bandar Medan.

Hotel di Prapat OK, tapi hotel di Medan memang tidak memuaskan. Syarikat tersebut tidak prihatin dengan keperluan pelancong Muslim dan memberikan penginapan di sekitar kawasan China Town.

Minggu lepas, sambil melayari internet mencari-cari juga penginapan di Bandar Medan, mungkin suatu hari nanti berkesempatan untuk melawat Bandar Medan sahaja dan  terjumpa 1 hotel yang berdekatan dengan Pasar Ikan, Masjid Raya dan Istana Maimun

Hotel Kesawan - belum pernah lagi menginap di hotel ini. Saya hantar emel kepada hotel untuk bertanyakan kadar penginapan dan jawapannya amatlah cepat sekali.
Reply dari Hotel Kesawan:

Dear guest,

We still have room on xx to xx xxxxx 2012, here are our rates:
Standard IDR 199.000,-/night
Superior IDR 239.000,-/night
Deluxe IDR 279.000,-/night
Additional IDR 20.000 for a breakfast for 2 persons.

We have pick up & drop off service from/to airport, additional charges IDR 30.000 for 1 pick up/drop off. 
( please note us in advance for this service, for it only available by request ).

We located in the center of the city, Pasar Ikan are just at the back of our hotel. Maimon Palace and Mesjid Raya are about 10-15 minutes from our place.
Feel free to drop us email for other inquiries.
Thanks
Best regards


Kalau ingin ke Bandar Medan dan ingin melancong secara bajet, bolehlah menghubungi hotel ini. Walaupun hotelnya mungkin agak tua, bagi pelancong bajet,mungkin boleh mengambil kira kadar hotel tersebut yang lebih ekonomikal dari hotel-hotel lain di sekitarnya. Hotel di sekitarnya pun saya percaya banyak juga yang menawarkan kadar yang menarik. Kalau nak lebih adventurous, datang ke Bandar Medan dan sampai di sana bolehlah mencari hotel untuk penginapan. :-)

Ini lokasi Hotel Kesawan:
Address:
Jl.A.Yani / Kesawan No.97 / 99
Medan, Sumatera Utara, Indonesia
Email: hotelkesawan@yahoo.co.id
Telephone: +62 61 451 6382 - +62 61453 6655

15 March 2012

Sabar...

Tidak ada keberanian yang sempurna tanpa kesabaran. Sebab kesabaran adalah nafas yang menentukan lama atau tidakan sesebuah keberanian bertahan dalam diri seseorang itu. 
Firman Allah:
"Wahai Nabi, peransangkanlah orang-orang yang beriman itu untuk berperang. Jika ada di antara kamu dua puluh yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskan dua ratus orang (dari pihak musuh yang kafir itu); dan jika ada di antara kamu seratus orang, nescaya mereka dapat menewaskan seribu orang dari golongan yang kafir, disebabkan mereka (yang kafir itu) orang-orang yang tidak mengerti."(Al-Anfaal 8:65)

Kesabaran memerlukan keberanian. Berani untuk bertahan dan meneruskan cabaran serta dugaan. Keberanian juga memerlukan kesabaran. Berapa ramai orang yang matinya sia-sia kerana kurang sabar terutamanya kesabaran di dalam ber'ibadah, kesabaran di dalam berdakwah, kesabaran di dalam urusan dunia.
Ibnul Qayyim dlm kitab beliau Madarijus Salikin berkata: 
“Sabar ada tiga macam yaitu sabar dlm ketaatan kepada Allah sabar dlm menahan diri dari bermaksiat kepada Allah dan sabar dlm menghadapi ujian.”

“Sabar dlm keimanan bagaikan kepala pada jasad; dan tdk ada keimanan tanpa sabar sebagaimana jasad tdk akan berfungsi tanpa kepala.”


Al-Junaid berkata: “Berjalan meninggalkan dunia menuju akhirat adalah mudah; meninggalkan makhluk agar selalu dekat dengan Allah adalah berat; berjalan meninggalkan nafsu menuju Allah sangat sulit; dan bersabar bersama Allah adalah yang paling sulit.” Dikatakan juga “Sabar ialah tidak mengeluh.”

Al-Junaid bin Muhammad pernah ditanya tentang sabar. Dia menjawab: “Perumpamaan orang sabar adalah seperti orang yang meneguk minuman pahit, akan tetapi dia tidak mengerutkan mukanya dan tidak mengeluh bahwa itu pahit.”

Allahu Ta'ala A'lam

11 March 2012

Sambungan Bab 1: Ilmu dan Kelebihannya serta yang berkaitan dengannya.

Penyakit-penyakit ilmu serta penjelasan berkenaan ulama' jahat dan ulama' akhirat

Ulama' Jahat = mereka yang menggunakan ilmunya dengan tujuan untuk mendapatkan kenikmatan dunia dan kedudukan di kalangan manusia.


Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W bersabda:”Sesiapa yang menuntut ilmu yang sepatutnya dia mencarinya semata-maa kerana keredhaan Allah, tetapi dia menuntutnya kerana mahu mendapatkan habuan dunia, dia tidak akan dapat mencuim bau syurga pada hari kiamat” - Rwayat Abu Daud(2657),Ibnu Majah(252), Ahmad(2/337), Ibnu Hibban(89-Mawaridh) dan al-Khatib dalam kitab Iqtidha' al-'ilmi wa al-'Amal(102) - Hadis Hassan


Sebahagian ulamak salaf berkata:”Manusia yang paling menyesal ketika hampir matinya ialah orang alim yang cuai”. 
Ulama' Akhirat sifat-sifatnya:
  1. mereka meyakini bahawa dunia adalah hina dan akhirat adalah mulia. Mereka akan melebihkan akhirat;
  2. perbuatan mereka tidak bercanggah dengan kata-kata mereka sendiri;
  3. mereka cenderung kepada ilmu yang bermanfaat untuk hari akhirat dan menjauhkan diri dari ilmu yang kurang bermanfaat;
  4. berjauhan dengan pemerintah dan berwaspada dari bergaul dengan mereka;
  5. berhati-hati ketika mengeluarkan fatwa;
  6. banyak membahaskan mengenai perkara-perkara yang merosakkan amalan, mengotori hati, dan menimbulkan was-was;
  7. sentiasa mencari rahsia amalan yang disyari'atkan dan memerhati hikmah di sebaliknya;
  8. menjadikan para sahabat dan para tabi'in yang terpilih sebagai ikutan mereka dan menjauhi diri mereka dari perkara-perkara bid'ah.
Daripada Syaqiq al-Bakhi r.h.m yang telah bertanya kepada Hatim: kamu telah bersamaku selama beberapa tempoh, apakah yang telah kamu pelajari? Hatim berkata:"Aku telah pelajari 8 perkara:
  1. apabila aku perhatikan manusia, aku dapati setiap seorang daripada mereka ada kekasih tetapi kekasihnya itu akan meninggalkan mereka apabila dia dibawa ke kubur.Justeru aku jadikan kekasihku hanyalah amal kebaikanku agar ia kekal bersamaku ketika di dalam kubur;
  2. apabila aku merenung firman Allah:"dan dia menahan dirinya daripada mengikut hawa nafsu"-(An-Nazi'aat:40) - lalu aku bermujahadah melawan kehendak nafsu sehingga ia akur untuk taat kepada Allah;
  3. aku dapati setiap orang yang mempunyai barang bernilai, dia akan menjaganya denga baik. Kemudian aku perhatikan firman Allah:"Apa yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal"-(An-Nahl:96) - Justeru,setiap kali aku memiliki barang bernilai, aku belanjakannya pada jalan Allah agar ia kekal menjadi milikku di sisi Allah Ta'ala;
  4. aku dapati manusia meletakkan kemuliaan diri kepada harta, kemegahan dan kemuliaan sedangkan ia tidak ada apa-apa nilaipun. Lalu aku membaca firman Allah Ta'ala:"Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu,(bukan yang lebih keturunan atau bangsanya)-(Al-Hujurat:13) - Oleh itu, aku beramal ke arah ketaqwaan agar aku menjadi orang yang mulia;
  5. aku melihat manusia saling berhasad dengki. Kemudian aku perhatikan firman Allah Ta'ala:"Kami membahagi-bahagikan antara mereka segala keperluan hidup aar mereka dalam kehidupan dunia ini,(setengahnya Kami jadikan kaya raya dan setengahnya miskin menderita)"-(Az-Zukhruf:32). Lalu aku tinggalkan hasad dengki;
  6. Aku lihat manusia saling bermusuhan. Kemudian aku perhatikan firman Allah Ta'ala:"Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi kamu,maka jadkanlah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya)"-(Fatir:6). Lalu aku tinggalkan sifat permusuhan dengan mereka dan aku jadikan syaitan itu satu-satunya musuh aku;
  7. aku dapati manusia sanggup menghina diri kerana mencari rezeki, lalu aku melihat firman Allah Ta'ala:"Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya"-(Hud-6). Lalu aku menumpukan separuh perhatianku untuk melaksanakan tanggungjawabku kepada Allah dan aku tinggalkan apa yang menjadi hak aku di sisiNya;
  8. aku melihat manusia lebih bergantung kepada perniagaan, perusahaan dan kesihatan tubuh badan mereka. Lalu aku bergantung dan bertawakkal hanya kepada Allah.
Alhamdulillah, Bab 1 sudah selesai.InsyaAllah Bab 2: Rahsia bersuci dan solat serta yang berkaitan dengannya akan dimulakan nanti.
Allahu  Ta'ala A'lam

10 March 2012

IKEA

IKEA is on SALE from 8 - 25 Mac 2012 :-)
While driving to TTDI...along the road there're a lot of banner from IKEA. They are promoting the SALE extensively. I accidently went there because the classess have been cancelled, and since it's already quite near from the kuliyyah...well, why not, "cuci-cuci mata" only. Minding myself that i don't have any needs to buy something from there...hopefully i can survive from the lust of having seen the "SALE's" things...

Hmmmm...Dunya ini sungguh indah godaannya
Allahu Ta'ala A'lam

08 March 2012

La Taghdhab...

Marah...
Kadang-kadang kemarahan kita ada sebabnya
kadang-kadang kemarahan kita juga disebabkan orang lain
kadang-kadang juga kemarahan kita juga disebabkan kita kecewa dengan keadaan persekitaran kita, kita kecewa dengan orang, kita kecewa dengan diri sendiri
selalunya kemarahan kita disebabkan kita gagal mengawal nafsu marah kita ke atas orang lain, kita marah sebab orang lain betul,kita marah sebab kita tidak dapat mengakui kesalahan kita, kita marah sebab kita tidak mampu mengawal keadaan mengikut acuan kita, kita marah sebab orang lain tidak mengikut acuan dan telunjuk kita, kita marah sebab keadaan tidak memihak kita, kita marah sebab taqdir tidak memihak kita...
Bersabarlah wahai hati...
kita kene didik hati kita agar memperbanyakkan sabar
walaupun kita betul,tak semestinya kita perlu marah kepada orang yang salah...
cuba lihat muka kita ketika marah...hodoh kan :-)
maka sentiasalah bersenyum-senyum selalu agar muka kita sentiasa manis dan awet muda
orang senang melihat kita dan hati kita juga InsyaAllah akan dipenuhi dengan senyuman

Kita perlu marah bertempat...marahlah pada orang yang mempersendakan Aqidah dan Islam, apabila melibatkan maruah agama Islam kita yang suci...marahlah di atas sebab kerana mempertahankan agama dan aqidah.

Dikisahkan bahawa pada suatu ketika ada seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah S.A.W
, ‘Amalan apakah yang disukai Allah, walaupun sedikit tetapi mampu menghantarkan pelakunya ke syurga’ Lalu Rasulullah mengatakan, ‘La taghdab (jangan marah).’ 

Demikian juga dalam al-Quran, Allah menegaskan: ‘Orang yang menahan kemarahannya dan orang yang memaafkan kesalahan orang. (Ingatlah), Allah mengasihi orang yang berbuat perkara yang baik.’ (Maksud Surah Ali Imran ayat 134).

Sabda Rasulullah S.A.W ini: ‘Bukanlah orang yang kuat itu hebat berkelahi. Tetapi orang yang kuat adalah orang yang mampu menahan dirinya pada saat dia marah.’ (Hadis Muttafaqun ‘Alaihi ). 

Diriwayatkan bahawa pada suatu ketika ada seorang berjumpa Nabi dan bertanya, “Wahai Rasulullah, berilah wasiat kepadaku?’ Lalu Nabi berkata: ‘Janganlah marah.’ (Hadis dicatat oleh Bukhari ). Pesan Nabi lagi, ‘Sesungguhnya marah berasal daripada syaitan dan syaitan diciptakan daripada api. Hanya air yang mampu memadamkan api. Maka apabila ada antara kamu yang marah, hendaklah dia berwuduk.’ (Hadis riwayat Abu Daud ).

Peringatan untuk diri sendiri jua...:-)
Allahu Ta'ala A'lam

07 March 2012

Moving Out Sales by Kose

Kose is having a moving out Sale. Those Kose's user, feel free to go there :-)

8-10 March 2012 ~ Kose Moving Out Sale
Brands Offered
Cosme Decorte
Fasio
Beaute de Kose
Kose
Nature & Co.


Time
10am – 6 pm


Location 
(603 7880 6808)
No. 9 & 11 (Block 1)
Jalan PJU 1/37
Dataran Prima
47301 Petaling Jaya
Selangor
*see map attached for directions
enquiries@kose.com.my