27 February 2012

Teh Botol

Teh Botol. Lama dah tak minum...sekarang nie dah mahal dah Rp18,000 sebotol. Rasanyer 3-4 tahun yang lepas dalam Rp10,000 je. Alhamdulillah...masih dapat nikmat merasa pun dah syukur :-)

Durian...

Pagi-pagi dah makan durian. Rp20,000 utk sebiji besar dan sebiji kecil...:-).Sekarang nie, musim durian di Medan. Duriannya adalah durian hutan dan bukan durian yang ditanam sendiri oleh penduduk di situ. Seawal jam 6 pagi, mereka akan masuk ke dalam hutan untuk mengutip durian-durian yang gugur di tanah. Ada juga kelihatan kanak-kanak sekolah yang pulang dari sekolah membawa durian yang ditemui dipinggir-pinggir hutan untuk di bawa pulang ke rumah. Duriannya manis pahit dan amat sedap sekali...nikmat gitu bila makan di pagi hari...Alhamdulillah :-)

Jus AlPokat

Minuman nie sedap, nak kene cari resepinya.lupa nak tanya pemilik kedai macamana nak buat jus alpukat nie :-)

19 February 2012

Sambungan Bab 1: Ilmu dan Kelebihannya serta yang berkaitan dengannya.

Masih lagi di dalam Bab 1 iaitu mengenai ilmu...
Adab-adab seorang Guru 

Seorang guru mempunyai tugas dan tanggungjawabnya yang tersendiri. Antaranya: 
  1. Mempunyai perasaan belas kasihan terhadap para pelajarnya; 
  2. Menganggap mereka seperti anaknya sendiri; 
  3. Tidak meminta upah kerana ilmu yang disampaikan; 
  4. Tidak bertujuan untuk mendapat balasan atau ucapan terima kasih daripada mereka; 
  5. Mengajar semata-mata kerana Allah Ta’ala; 
  6. Janganlah guru itu menganggap bahawa mereka telah terhutang budi padanya; 
  7. Sepatutnya melihat bahawa kelebihan adalah milik para penuntut ilmu kerana mereka sanggup menyediakan hati-hati mereka demi untuk menghampirkan diri kepada Allah dengan tanaman ilmu tersebut; 
  8. Tidak wajar bagi seorang guru meminta upah kecuali daripada Allah Ta’ala sahaja; 
  9. Seorang guru hendaklah tidak kedekut dalam member nasihat kepada muridnya; 
  10. Berusaha menegur kesilapan dan akhlak buruk pelajarnya secara kiasan atau sindiran, bukan dengan cara memburuk atau mencela. Ini kerana cara tersebut boleh menghilangkan kehebatan (haibah) diri guru tersebut di mata muridnya; 
  11. Hendaklah melihat tahap kefahaman dan kemampuan akal pelajarnya; 
  12. Sentiasa memberikan pelajaran mengikut kadar kemampuan akal para pelajarnya; 
  13. Tidak menyampaikan sesuatu yang sukar untuk difahami dan di luar kemampuan akal pelajar2nya 
  14. Beramal dengan ilmunya. Janganlah dia melakukan sesuatu yang bercanggahan dengan ajarannya. 
Firman Allah Ta’ala di dalam Surah Al-Baqarah:44 bermaksud: 
“Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri, padahal kamu semua membaca Kitab Allah”. 

Ali r.a. berkata: “Dua jenis manusia yang membebankan iaitu orang berilmu yang terdedah aibnya dan orang jahil yang beribadat.” 

Allahu Ta’ala A’lam

17 February 2012

Sambungan Bab 1: Ilmu dan Kelebihannya serta yang berkaitan dengannya.

Adab seorang penuntut dan guru 

Yang pertamanya kita perlu ketahui mengenai ~ Adab seorang penuntut: 
Ilmu adalah ibadah hati. 
  1. Seorang penuntut perlu mengutamakan penyucian jiwa daripada akhlak yang buruk dan sifat-sifat tercela; 
  2. Dia juga hendaklah memutuskan hubungan dari setiap perkara yang mengganggu. Contohnya: HP perlu di matikan atau diamkan; 
  3. Hendaklah menyerahkan dirinya kepada guru sebagaimana pesakit menyerah dirinya untuk diubati kepada doctor;
  4. Dia juga hendaklah merendah diri kepada gurunya dan bersungguh-sungguh berkhidmat kepadanya. Apabila penuntut ilmu sombong dan tidak mahu mengambil faedah dari sesuatu yang dianggap bukan satu kemajuan, dia sebenarnya adalah JAHIL. 
  5. Hendaklah dia meninggalkan pendapatnya kerana mendengar pendapat gurunya. Sekalipun gurunya silap, dia seharusnya menegur atau menjelaskan kesilapan gurunya dengan cara penuh hikmah dan baik. 

Ali r.a berkata: Antara hak orang alim yang mesti kamu tunaikan ialah (tugas dan tanggungjawab seorang penuntut) 
  1. Kamu hendaklah memberi salam kepada orang ramai secara am tetapi memberi salam kepadanya (guru) secara khusus; 
  2. Kamu hendaklah duduk di hadapannya dan jangan membelakangkannya;
  3. Jangan menggerak-gerakkan isyarat tangan ketika berada di sisinya;
  4. Jangan sesekali kamu mengenyitkan mata di hadapannya;
  5. Jangan terlalu banyak bertanya kepadanya; 
  6. Jangan cuba membantunya dalam memberikan sesuatu jawapan; 
  7. Jangan kamu mendesaknya ketika dia rasa malas; 
  8. Jangan berulang-ulang kali mengajaknya jika dia enggan; 
  9. Jangan memegang bajunya ketika dia bangkit berdiri; 
  10. Jangan mendedahkan sesuatu rahsia kepadanya; 
  11. Jangan mengumpat seseorang di hadapannya; 
  12. Sekiranya dia tersalah, hendaklah kamu menerima alasannya; 
  13. Jangan kamu bercerita mengenai seorang ulamak lain ketika bersamanya; 
  14. Jangan berpaling meninggalkannya kerana terlalu lama bersamanya; 
  15. Jangan menolak untuk berkhidmat kepadanya;
  16. Apabila dia berhajat kepada sesuatu, sepatutnya kamu hendaklah mendahului orang lain untuk menunaikannya
“Orang yang baru sahaja mempelajari ilmu perlu berwaspada daripada mendengar perkara-perkara yg boleh menjadi perselisihan pendapat dikalangan ulamak kerana ianya boleh mengelirukan akalnya dan melemahkan pemikirannya.”

Allahu Ta'ala A'lam

16 February 2012

Sambungan Bab 1: Ilmu dan Kelebihannya serta yang berkaitan dengannya.

Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin oleh Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi 

Ilmu-ilmu yang terpuji itu ada 2 bahagian: 
1) Ilmu yang terpuji secara mutlak 
a. Ilmu mengenal Allah Ta’ala, sifat-sifat, perbuatan dan mengetahui hikmahNya yang mengutamakan akhirat daripada dunia. 

“Ilmu itu ibarat lautan yang tidak mungkin dapat diselami sehingga ke dasarnya. Mereka yang mempelajarinya hanyalah berlegar di sekitar persisiran pantai dan tepiannya, itupun yang setakat termampu oleh mereka.” 

2) Ilmu yang terpuji dengan kadar tertentu sahaja 
a. Ilmu fardhu kifayah 
Oleh itu, jadilah kamu samada sibuk dengan urusan dirimu sendiri atau meluangkan masa untuk orang lain setelah urusan dirimu selesai. Berusahalah untuk membersihkan batin kamu daripada sifat-sifat tercela seperti haloba, hasad, riya’, berbangga diri sebelum memperelokkan rupa paras kamu. Janganlah kamu sibuk-sibuk dengan ilmu fardhu kifayah sebelum kamu selesai ilmu fardhu ‘ain terlebih dahulu. 
“Orang yang membinasakan dirinya kerana hendak memperbaiki orang lain adalah orang yang dungu.” 
Setelah selesai membaiki dan membersihkan hati sendiri, barulah kamu boleh meluangkan masa kepada ilmu-ilmu fardhu kifayah dengan mempelajarinya secara berperingkat-peringkat. 

Mulakanlah dengan mempelajari Kitab Allah, kemudiannya Sunnah Rasulullah s.a.w dan seterusnya ilmu-ilmu Al-Quran seperti tafsir, nasakh, mansukh, ayat-ayat muhkam, ayat-ayat mutashabihat dan lain-lain. Kemudian baharulah kamu mempelajari masalah-masalah furu’ dan ilmu feqah, dan seterusnya. 

“Ilmu itu terlalu banyak sedangkan umur adalah terlalu pendek.”
Allahu Ta'ala A'lam

15 February 2012

Sambungan Bab 1: Ilmu dan Kelebihannya serta yang berkaitan dengannya.

Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin oleh Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi

Ilmu Muamalah = ilmu yang berkaitan dengan hal ehwal hati seperti rasa takut, mengharap, redha, benar, ikhlas dan lain-lain. Ilmu inilah yang meninggikan martabat ulamak-ulamak besar terdahulu seperti Imam Syafi’e, Abu Hanifah, Malik dan Ahmad. 

Terdapat beberapa istilah yang telah dipesong dan disalah ertikan, berlawanan dengan makna asal sebagaimana yang dimaksudkan oleh ulamak salafussoleh: 

1) Fiqh 
a. Mereka telah memesongkan pengertiannya dengan menkhusukan hanya dengan mengetahui masalah-masalah cabang feqah beserta alas an-alasannya. Sedangkan ilmu feqah di zaman awal Islam merangkumi persoalan ilmu menuju akhirat, ilmu yg mendalam mengenai penyakit-penyakit hati, perkara-perkara yang merosakkan amal, kesedaran yang kuat tentang kehinaan dunia, bersungguh mencari nokmat akhirat dan perasaan takut (al-khauf) yang menyelubungi hati. 

2) Ilmu 
a. Asalnya perkataan ini digunakan untuk ilmu berkaitan dengan Allah Ta’ala dan tanda-tanda kekuasaanNya. Mereka kemudiannya mengkhususkan pengertian ilmu hanya kepada perbincangan mengenai masalah-masalah fekah sekalipun mereka itu jahil tentang ilmu tafsir dan hadith. 

3) Tauhid 
a. Merupakan ilmu yang mengarahkan manusia supaya melihat perkara datangnya daripada Allah dan terputus terusdari memandang kepada sebab-sebab luaran dan perantara. Sekarang, ianya membincangkan mengenai ungkapan-ungkapan atau istilah-istilah yang diadakan di dalam masalah usul agama (aqidah) 

4) Tazkirah 
a. Sepertimana di dalam Firman Allah Ta’ala di dalam Surah Az-Zariyat: 55, 
“Dan berilah peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu akan memberikan manfaat kepada orang yang beriman.” 

Mereka telah memesongkan pengungkapan perkataan Tazkirah kepada maksud majlis mendengan kisah-kisah dan penglipurlara yang pada hari ini banyak mengandungi cerita-cerita dakwaan yang melampau dan menyeleweng. Sebagaimana mereka meriwayatkakn kisah berkenaan dengan Nabi Yusuf a.s yang merungkaikan tali seluarnya (ketika digoda oleh Siti Zulaikha) dan nabi Yusuf melihat ayahnya Nabi Ya’kub menggigit jari, serta kisah nabi Daud yang telah menghantar panglinanya Aouria pergi berperang sehingga dia terbunuh. 

Dakwaan yang melampau dan menyeleweng ini akan member kemudharatan kepada orang ramai. 

5) Hikmah 
a. Ia bererti ilmu dan beramal dengannya. Orang yang berhikmah = meletakkan tempatnya pada tempat sebenarnya. Seseorang itu tidak dianggap bijaksana sehinggalah dia menghimpunkan antara ilmu dan amal. Namun begitu perkataan ini banyak digunakan untuk menggambarkan seorang doctor, peramal, dukun atau bomoh, atau yang mempunyai kekebalan.

Allahu Ta'ala A'lam

14 February 2012

Kitab Mukhtasar Minhajul Qaasidin

Muqaddimah 
Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin oleh Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi 
Bismillahirrahmaanirrahiim 

Segala puji dipanjatkan kepada Allah. Kami memujiNya, meminta pertolongan dariNya dan memohon keampunan dariNya. Kami berlindung denganNya daripada segala kejahatan diri dan perbuatan kami. Sesiapa yang diberikan hidayah oleh Allah, pasti tidak akan disesatkan dan sesiapa yang Dia sesatkan, tiada siapa yang dapat memberikan hidayah kepadanya lagi. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah; Dia Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya dan sesungguhnya Muhammad s.a.w itu adalah hamba dan utusan Allah.

Bab 1: Ilmu dan Kelebihannya serta yang berkaitan dengannya.

Permulaan bab 1 dimulai dengan Firman Allah Taala yang bermaksud:
"Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui?"
(Surah Az-Zumar:9)

dan banyak lagi Firman Allah Taala yang menerangkan mengenai kelebihan ilmu seperti:
  1. Surah Al-Mujadalah: 11
  2. Surah Al-Fatir: 28
Di dalam hadis juga banyak diriwayatkan mengenai kelebihan ilmu. Antaranya dalam kitab as-Sahihain meriwayatkan hadis daripada Mu'awiyah bin Abu Suffian r.a katanya: Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesiapa yang Allah menghendaki kebaikan kepadanya, Dia akan memberikan kefahaman yang mendalam kepadanya tentang agama." - Hadis Riwayat al-Bukhari (6/152) dan Muslim (1037)

Abu Musa r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Bandingan petunjuk dan ilmu yang diutuskan kepadaku ialah seperti hujan yang menimpa bumi. Maka sebahagian daripada bumi itu ada tanah yang subur menyerap air lalu menumbuhkan rumput dan tanaman lain yang banyak. Dan terdapat sebahagian daripadanya tanah yang keras yang tidak menyerap tetapi menakung air. Allah menjadikannya juga bermanfaat kepada manusia lalu mereka minum, memberi minum dan menyiram tanaman dengannya. Dan terdapat pula sebahagian daripadanya tanah yang keras dan rata yang tidak menakung air dan tidak menumbuhkan tanaman. Itulah bandingan orang yang memahami agama Allah dan mengambil manfaat daripada ajaran yang diutuskan kepadaku lalu dia belajar dan mengajar. Dan juga bandingan orang yang tidak menghiraukan langsung (ilmu yang aku sampaikan itu) serta tidak mahu pula menerima petunjuk yang aku diutuskan membawanya."~Hadis Riwayat al-Bukhari (1/185) dan Muslim (2282) dalam as-Sahihain.

Kewajipan menuntut ilmu:
Banyak pendapat ulama yang paling sahih mengenai kewajipan menuntut ilmu adalah ilmu mengenai hubungan seseorang hamba dengan Tuhannya. (iaitu ilmu feqah, ilmu tentang al-Quran dan as-Sunnah, Ilmu tentang ikhlas dan segala penyakit jiwa, Ilmu Tauhid).
Ilmu tersebut merangkumi 3 perkara iaitu:
  1. pegangan (i'tiqad)
  2. perbuatan (melakukan apa yang diperintahkan); dan 
  3. peninggalan (meninggalkan apa yang dilarang)
Apabila kanak-kanak mencapai umur baligh, kewajioan pertamanya ialah mempelajari dua kalimah syahadah dan memahami maknanya walaupun tanpa kajian atau dalil. Selepas itu barulah mereka dikehendaki meneliti dan mendapatkan dalil ~ pendapat ulamak mutakallimin

Apabila tiba waktu solat, wajiblah dia belajar mengenai bersuci dan solat.
Apabila dia hidup sehingga Ramadhan, wajiblah dia mempelajari mengenai ibadah puasa
Sekiranya dia mempunyai harta dan pemilikannya selama setahun, wajiblah dia mempelajari zakat
Apabila tiba waktu haji dan dia mampu menunaikannya, wajiblah dia mengetahui cara-cara menunaikan haji

Terdapat huraian yang lebih panjang lebar di dalam kitab tersebut. Berdasarkan huraian di atas dan di dalam kitab, jelaslah bahawa yang dimaksudkan dengan ilmu yang wajib dituntut itu ialah ilmu fardhu 'ain iaitu ilmu yang wajib ke atas setiap individu.

Manakala, fardhu kifayah pula ialah setiap ilmu yang diperlukan untuk  membina urusan dunia seperti ilmu kedoktoran, ilmu hisab, ilmu yang berkait dengan asas-asas industri seperti asas tani dan jahitan, ilmu membekam.

Kadang-kadang mempelajari sesetengah ilmu, hukumnya adalah harus, contohnya ilmu berkenaan dengan syair-syair yang bebas dari perkara yg tidak baik dan juga ilmu sejarah.

Sebahagian ilmu pula termasuk di dalam ilmu-ilmu yang tercela seperti ilmu sihir, tangkal azimat, ilmu pukau, ilmu nujum.

Ilmu berkenaan dengan syari'at kesemuanya adalah terpuji. Ianya terbahagi kepada ilmu usul (asas), furu' (cabang), ilmu muqaddimat (ilmu alat) dan ilmu mutammimat (pelengkap).

ilmu usul = ilmu yang berkait dengan kitab Allah, sunnah Rasulullah s.a.w, ijmak ulamak dan athar para sahabat.

ilmu cabang pula = makna-makna atau pengertian-pengertian yg difahami daripada ilmu usultersebut sehingga dapat memahami perkara yg tersurat dan tersirat daripada sesuatu nas.

Contoh, sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:
"Janganlah seorang hakim menjatuhkan hukuman dalam keadaan dia marah"~ Riwayat al-Bukhari (13/120), Muslim (1717), at-Tarmizi (1334), Abu Daud (3589) dan an-Nasaie (8/237) daripada Abu Bakrah r.a

Usul = jgn menghukum dalam keadaan marah
furu'/cabang = boleh juga jgn menghukum dalam keadaan lapar, haus, mengantuk

bersambung nanti...InsyaALLAH
Allahu Ta'ala A'lam

 

Boleh baca link JAKIM:
1)  http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-orang-islam-menyambut-perayaan-valentines-day
2) http://www.islam.gov.my/sites/default/files/elak_sambut_valentine.pdf
3) http://www.islam.gov.my/awas-jerat-valentines-day