31 January 2012

(BENARKAH KITA BERMAZHAB SYAFIE ATAU BERMAZHAB ORANG TUA?)

MENURUT MAZHAB IMAM SYAFIE

(BENARKAH KITA BERMAZHAB SYAFIE ATAU BERMAZHAB ORANG TUA?)

BAB PERTAMA
MENGIRIM PAHALA BACAAN KEPADA MAYAT

BERTAHLIL merupakan satu perbuatan bacaan yang dilakukan untuk dikirimkan kepada seseorang yang meninggal dunia atau roh mayat. Ia merupakan satu tradisi tetap yang diamalkan di kalangan masyarakat kita pada hari ini.

Lazimnya, bacaan yang diucapkan semasa bertahlil ialah sedikit daripada ayat-ayat al-Qur'an yang tertentu, kalimah La Ilaha Illa Allah atau Subhanaallah atau lain-lain dengan niat bacaan-bacaan tersebut dapat dihadiahkan atau dikirimkan kepada orang yang meninggal dunia atau roh mayat di kalangan orang Islam. Terdapat seperkara yang belum diketahui oleh banyak di kalangan orang Islam sama ada yang benar-benar mengikut mazhab Imam Syafie atau mereka yang hanya mengikut-ikut sahaja, adalah amalan bertahlil dan doa selamat yang kononnya dikirimkan untuk seseorang yang mati sebenarnya bertentangan dengan banyak pendapat di kalangan ulama-ulama yang bermazhab imam Syafie. Ini termasuklah imam Syafie sendiri yang tidak sependapat atau tidak setuju dengan amalan bertahlil dan doa selamat.Terdapat juga ulama-ulama yang berpendapat amalan tersebut boleh dilakukan, namun pandangan tersebut adalah sangat lemah dan amat bertentangan dengan ajaran al-Qur'an (pada surah an-Najm ayat 39 dan sunnah nabi Muhammad serta para sahabatnya).

Di bawah ini penulis cuba membawakan sebahagian daripada pendapat ulama Safiyah berikutan masalah amalan tersebut. Pendapat-pendapat ini telah diambil dari kitab-kitab tafsir, kitab-kitab feqah dan kitab-kitab syarah hadith. Pendapat tersebut juga merupakan pegangan kuat bagi penulis:

Pendapat Imam Syafie rahimahullah & Ulamak-Ulamak Imam Syafie.

Imam Nawawi menyebutkan di dalam kitabnya, Syarah Muslim yaitu,"Adalah, bacaan al-Qur'an (yang pahalanya dikirimkan kepada mayat), maka pendapat yang masyhur dalam mazhab Syafie ialahamalan tersebut tidak akan sampai kepada mayat. Sebagai dalilnya, imam Syafie dan para pengikutnya mengambil daripada firman Allah SWT (yang bermaksud), "Dan seseorang itu tidak akan memperoleh melainkan pahala daripada daya usahanya sendiri".

Serta dalam sebuah sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud, "Apabila manusia telah meninggal dunia, maka terputuslah segala amal usahanya kecuali tiga daripada amalnya, sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak (lelaki atau perempuan) soleh yang berdoa untuk simati" (an-Nawawi, Syarah Muslim : juz 1 hal; 9)

Lagi daripada imam Nawawi di dalam kitab Taklimatul Majmu', Syarah Mazhab ada mengatakan,"Adalah, membaca al-Qur'an dan mengirimkannya sebagai pahala untuk seseorang yang mati dan menggantikan sembahyang untuk seseorang yang mati atau sebagainya adalah tidak sampai kepada mayat yang dikirimkan menurut Jumhur Ulama dan imam Syafie. Keterangan ini telah diulang beberapa kali oleh imam Nawawi di dalam kitabnya, Syarah Muslim" (as-Subuki, Taklimatul Majmu', Syarah Muhazab: juz 10, hal; 426)

Menggantikan sembahyang untuk si mati bermaksud menggantikan sembahyang yang telah ditinggalkan oleh si mati semasa hidupnya.

Al-Haitami di dalam kitabnya, al-Fatawa al-Kubra al-Fiqhiyyah, berkata sebagai,"Bagi seseorang mayat, tidak boleh dibacakan kepadanya apa-apa pun berdasarkan keterangan yang mutlak dari ulama Mutaqaddimin (terdahulu) yaitu baca-bacaan yang disedekahkan kepada si mati adalah tidak akan sampai kepadanya kerana pahala bacaan tersebut pembaca sahaja yang menerimanya. Pahala yang diperolehi hasil daripada sesuatu amalan yang telah dibuat oleh amil (orang yang beramal) tidak boleh dipindahkan kepada orang lain berdasarkan sebuah firman Allah yang berbunyi, "Dan manusia tidak memperolehi kecuali pahala dari hasil usahanya sendiri". (Al-Haitami, al-Fatawa al-Kubra al-Fiqhiyah : juz 2, hal; 9)

Imam Muzani, di dalam Hamisy al-Umm, juga berkata,"Rasulullah SAW telah memberitahu sebagaimana yang telah pun diberitakan dari Allah bahawa dosa seseorang akan menimpa dirinya sendiri seperti halnya sesuatu amal yang telah dikerjakan adalah hanya untuk dirinya sendiri bukan untuk orang lain dan ia tidak dapat dikirimkan kepada orang lain". (Tepi al-Umm as-Syafie : juz 7, hal ; 269)

Imam al-Khazin di dalam tafsirnya mengatakan,"Dan yang masyhur di dalam mazhab Syafie adalah, bahawa bacaan al-Qur'an (yang pahalanya dikirimkan kepada mayat) adalah tidak dapat sampai kepada mayat yang dikirimkan" (Al-Khazin, al-Jamal : Juz 4, hal ; 236)

Di dalam tafsir Jalalain telah disebutkan seperti berikut,
"Maka seseorang tidak akan memperolehi pahala sedikit pun dari hasil usaha orang lain".
(Tafsir Jalalain : juz 2, hal ; 197)

Ibnu Katsir di dalam tafsirnya, Tafsirul Qur'anil Azim telah menafsirkan surah an-Najm ayat 39 sebagai, " yaitu, sebagaimana dosa seseorang tidak boleh menimpa ke atas orang lain, begitu juga halnya seseorang manusia juga tidak boleh memperolehi sebarang pahala melainkan dari hasil usaha amalannya sendiri. Dan daripada surah an-najm ayat 39 ini, Imam Syafie r.a dan para ulama yang mengikutnya telah mengambil kesimpulan bahawa, sebarang pahala bacaan yang dikirimkan kepada mayat adalah tidak akan sampai kepadanya kerana amalan tersebut bukan daripada hasil usahanya sendiri. Oleh sebab itu, Rasulullah SAW tidak pernah menganjurkan umatnya agar mengamalkan (pengiriman tahlil atau doa selamat).

Baginda juga tidak pernah memberikan bimbingan sama ada dengan nas atau berupa isyarat di dalam hal tersebut. Terdapat juga di kalangan para sahabat ada yang melakukan amalan tersebut tetapi sekiranya amalan tersebut memang satu amalan yang digalakkan, tentunya mereka telah mengamalkannya lebih dari dulu lagi sedangkan amalan korban (mendekatkan diri kepada Allah) juga terdapat batasan-batasan nas yang terdapat di dalam di dalam al-Qur'an dan sunnah Rasul SAW dan tidak boleh dipalingkan dengan qias-qias atau pendapat-pendapat ulama".

Demikianlah beberapa pendapat ulama Safiyah yang menyentuh tentang amalan bertahlil dan pengiriman pahala bacaan kepada si mati. Namun begitu, ternyata pendapat-pendapat tersebut telah bersepakat dan mempunyai satu pandangan yang teguh yaitu mengirimkan pahala bacaan al-Qur'an kepada si mati adalah tidak akan sampai kepada si mati atau roh yang dikirimkan.

Kini, jelaslah bahawa pengiriman pahala melalui amalan tersebut tidak akan sampai kepada si mati. Jadi, segala amalan yang dilakukan seperti itu merupakan satu amalan yang sia-sia atau membazir sedangkan Islam amat melarang umatnya dari membazir. Dasar hukum yang telah para ulama tersebut ambil adalah dari firman Allah SWT di dalam surah an-Najm ayat 39 dan melalui hadith nabi Muhammad SAW yang menerangkan bahawa apabila seseorang manusia itu mati, segala amalannya di dunia telah terputus kecuali tiga keadaan yaitu, sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan doa anak-anak yang soleh untuk kedua ibu bapanya.

Apabila sudah jelas tentang hukum mengamalkan tahlil dan doa selamat, kini timbul pula masalah lainyaitu di dalam bacaan tahlil sendiri ada menyebut, "Allahumma ausil tsawaba ma wara'nahu ila ruhi fulan". Maksudnya, "Ya Allah, sampaikanlah pahala bacaan tahlil kami tadi kepada roh si Fulan".

Persoalan tersebut bolehlah dijawab, bahawa para ulama telah bersepakat, pengiriman pahala melalui bacaan tidak akan sampai kepada roh yang dikirimkan kerana ianya bertentangan dengan firman Allah di dalam surah an-Najm ayat 39.

Jika difikirkan secara dalam, amalan bertahlil ini amat canggung di sisi Islam. Mana tidaknya, bertahlil atau mengirimkan pahala melalui bacaan kepada seseorang mayat merupakan satuperbuatan yang melanggar syariat Allah, tetapi kemudian dimohon pula agar tahlil tersebut diberikan pahala dan pahalanya pula dimohon agar disampaikan kepada si mati atau roh si Fulan.Tidakkah ianya satu perbuatan yang janggal?


BAB KEDUA
DOA SELAMAT UNTUK KEMATIAN

DOA selamat boleh digambarkan dengan berkumpul bersama-sama (keluarga dan masyarakat sekampung atau lain-lain) dengan dihidangkan makanan oleh keluarga yang mengalami kematian. Ianya dilakukan di rumah keluarga yang mengalami kematian pada hari kematian atau hari kedua, ketiga, ketujuh, keempat puluh, keseratus atau sebagainya.Sebenarnya, apabila diperiksa, dirungkai dan diperhatikan satu persatu di dalam kitab-kitab Safiyah sama ada pada kitab Feqah, tafsir mahu pun syarah-syarah hadith, amalan doa selamat telah ditemui di situ bahawa ianya adalah amalan yang dilarang atau dengan kata lain ialah haram.

Hal ini sebenarnya belum diketahui oleh banyak pengikut mazhab Syafie di kalangan kita sendiri. Jika ada yang tahu, tentu jumlahnya hanya segelintir sahaja. Oleh itu, mari kita ikuti bersama bagaimana pandangan ulama-ulama mazhab Syafie di dalam hal ini;

Di dalam kitab Feqh I'anatut Talibin telah menyatakan,
"Ya, apa-apa yang dilakukan oleh orang yaitu berkumpul di rumah keluarga mayat dan dihidangkan makanan untuk perkumpulan itu, ia adalah termasuk bid'ah mungkarat (bid'ah yang diengkari agama). Bagi orang yang membanterasnya akan diberi pahala". (I'anatut Talibin, syarah Fathul Mu'in : juz 2, hal 145)

Imam Syafie sendiri tidak menyukai amalan berkumpul di rumah kematian sepertimana yang telah beliau kemukakan di dalam kitab al-Umm, "Aku tidak sukakan mat'am yaitu berkumpul (di rumah keluarga mayat) meskipun di situ tiada tangisan kerana hal tersebut malah akan menimbulkan kesedihan".
(As-Syafie al-Umm : juz 1; hal 248)

Selanjutnya di dalam kitab I'anatut Talibin juga ada menyebut lagi, "Dan perkara yang sudah menjadi kebiasaan yaitu keluarga mayat menghidangkan makanan untuk para jemputan yang berkumpul, adalah satu perkara bid'ah yang tidak disukai agama (Islam). Hal ini samalah seperti berkumpul di rumah keluarga kematian itu sendiri kerana terdapat hadith sahih yang telah diriwayatkan oleh Jarir r.a yang berkata, "Kami menganggap bahawa berkumpul di rumah keluarga kematian yang menghidangkan makanan untuk jamuan para jemputan adalah sama dengan hukum niyahah (meratapi mayat) yaitu haram". (I'anatut Talibin, juz 2, hal 146)

Pengarang kitab I'anah juga ada mengambil keterangan sahih di dalam kitab Bazzaziyah yaitu,"Dan ianya dibenci, menyelenggarakan makanan pada hari pertama (kematian), hari ketiga, sesudah seminggu dan juga memindahkan makanan ke tanah kubur secara bermusim-musim". (I'anatut Talibin, juz 2, hal 146)

Di dalam kitab Fiqh Mughnil Muhtaj ada menyebutkan, "Adalah, keluarga kematian yang menyediakan makanan dan orang ramai berkumpul di rumahnya untuk menjamu, merupakan bid'ah yang tidak disunatkan, dan di dalam hal ini Imam Ahmad telah meriwayatkan hadith yang sahih daripada Jarir bin Abdullah, berkata, "Kami menganggap bahawa berkumpul di rumah keluarga kematian dan keluarga tersebut menghidangkan makanan untuk menjamu para hadirin, adalah sama hukumnya seperti niyahah (meratapi mayat) yaitu haram". (Mughnil Muhtaj, juz1, hal 268)

Di dalam kitab Fiqh Hasyiyatul Qalyubi ada menyatakan,"Syeikh ar-Ramli ada berkata, "Di antarabid'ah yang mungkarat (yang tidak dibenarkan agama), yang dibenci apabila diamalkan sebagaimana yang telah diterangkan di dalam kitab ar-Raudhah, yaitu apa-apa yang telah dilakukan oleh orang yang dinamakan "kifarah" dan hidangan makanan yang disediakan oleh tuan rumah kematian untuk jamuan orang yang berkumpul di rumahnya sama ada sebelum atau sesudah kematian, serta penyembelihan di tanah kubur". (Hasyiyatul Qalyubi, juz 1, hal 353)

Di dalam kitab Fiqh karangan imam Nawawi yaitu kitab al-Majmu' syarah Muhazab, ada menyebutkan,"Penyedian makanan yang dilakukan oleh keluarga kematian dan berkumpulnya orang yang ramai di rumahnya, adalah tidak ada nasnya sama sekali, yang jelasnya semua itu adalah bid'ah yang tidak disunatkan". (an-Nawawi, al-Majmu' syarah Muhazab, juz 5, hal 286)

Pengarang kitab I'anatut Talibin juga turut mengambil keterangan di dalam kitab al-Jamal syarah al-Minhaj yang berbunyi seperti berikut,"Dan di antara bid'ah mungkarat yang tidak disukai ialah sesuatu perkara yang sangat biasa diamalkan oleh individu yaitu majlis menyampaikan rasa duka cita (kenduri arwah), berkumpul dan membuat jamuan majlis untuk kematian pada hari keempat puluh, bahkan semua itu adalah haram". (I'anatut Talibin, juz 2, hal 145-146)

Selanjutnya, pengarang kitab tersebut juga ada mengambil lagi keterangan daripada kitab Tuhfatul Muhtaj syarah al-Minhaj yang berbunyi,"Sesuatu yang sangat dibiasakan oleh seseorang dengan menghidangkan makanan untuk mengundang orang ramai ke rumah keluarga kematian merupakan bid'ah yang dibenci sebab ada hadith yang telah diriwayatkan oleh Jarir yang berkata, "Kami (para sahabat nabi Muhammad SAW) menganggap bahawa berkumpul di rumah keluarga kematian dan keluarga tersebut menghidangkan makanan untuk majlis itu adalah sama dengan hukum niyahah yaitu haram". (I'anatut Talibin, juz 2, hal 145-146)

Pengarang kitab tersebut mengambil lagi fatwa dari mufti mazhab Syafie, Ahmad Zaini bin Dahlan, "Dan tidak ada keraguan sedikit pun bahawa mencegah umat daripada perkara bid'ah mungkarat ini sama seperti halnya menghidupkan sunnah nabi Muhammad SAW. Mematikan bid'ah seolah-olah membuka pintu kebaikan seluas-luasnya dan menutup pintu keburukan serapat-rapatnya kerana orang lebih suka memaksa-maksa diri mereka berbuat hal-hal yang akan membawa kepada sesuatu yang haram". (I'anatut Talibin, juz 2, hal 145-146)

Dan di dalam kitab Fiqh Ala Mazahibil Arba'ah menyatakan, "Dan di antara bid'ah yang dibenci agama ialah sesuatu yang dibuat oleh individu yaitu menyembelih haiwan-haiwan di tanah kubur tempat mayat di tanam dan menyediakan hidangan makanan yang diperuntukkan bagi mereka yang datang bertakziah". (Abdurrahman al-Jaza'iri, al-Fiqhu Ala Mazahibil Arba'ah, juz 1, hal 539) Demikianlah di antara pendapat-pendapat para ulama Syafi'iyah berkenaan doa selamat atau kenduri arwah. Mereka telah bersepakat bahawa amalan tersebut adalah bid'ah mungkarat atau bid'ah yang dibenci. Dasar hukum yang mereka ambil (mengikut kata sepakat atau ijma' para sahabat nabi Muhammad SAW) ialah haram hukumnya mengamalkan amalan tersebut.

Bukankah lebih baik jika tuan rumah kematian menggantikan kenduri doa selamat untuk kematian atau lebih mudah disebut sebagai kenduri arwah kepada satu amalan bersedekahkepada ahli faqir dan miskin. Sebabnya ialah, jika kenduri tersebut diniatkan untuk bersedekah makanan kepada orang yang menjamu hidangannya, kebanyakan orang yang hadir di dalam jamuan tersebut tentunya di kalangan orang yang berkemampuan dan sudah tentu sedekah tersebut kurang bererti bagi mereka atau tidak bererti sama sekali.

Tambahan pula, jika amalan tersebut diniatkan sebagai amalan bersedekah, maka akan terjadilah satu amalan yang mencampuradukkan antara yang hak dan yang batil kerana amalan tersebut melibatkan dalam dua hal yaitu, ia diniatkan sebagai bersedekah yaitu amalan yang disukai agama dan dalam masa yang sama, berkumpul di dalam satu majlis jamuan yang telah diadakan di rumah kematian pula adalah satu perkara yang amat dilarang oleh agama atau disebut haram. 

Mengirimkan pahala bacaan tahlil itu juga merupakan satu amalan yang sia-sia. Oleh itu,kedua-duanya sama sekali tidak boleh dilakukan kerana telah mencampuradukkan yang hak dan yang batil.


BAB KETIGA
MENGHORMATI KELUARGA KEMATIAN

MENURUT sunnah nabi Muhammad SAW, jiran tetangga hendaklah menghormati ahli keluarga yang sedang mengalami kematian dengan membantu seperti menghadiahkan kepada mereka makanan atau lain-lainnya agar keluarga tersebut merasa ia dihormati dan seolah-olah meringankan bebanan yang dialaminya. Hal ini benar-benar dianjurkan agama Islam lebih-lebih lagi keluarga tersebut lahir daripada orang-orang yang tidak berkemampuan.

Imam Syafie berkata di dalam kitabnya al-Umm yang berbunyi, "Dan aku sangat suka kepada para jiran tetangga dan kaum kerabat keluarga yang mengalami kematian menghadiahkan makanan yang mengenyangkan untuk keluarga kematian sama ada pada hari pertama kematian atau pada malamnya.Amalan demikianlah adalah sunnah".
(as-Syafie, al-Umm, juz1, hal 247)

Seterusnya, imam Syafie mengatakan bahawa hal tersebut ada disentuh di dalam satu riwayat daripada Abdullah bin Ja'far r.a, "Abdullah bin Ja'far berkata, "Apabila sampai sahaja berita Ja'far terbunuh, nabi Muhammad SAW bersabda, "Hendaklah kamu membuatkan makanan untuk keluarga Ja'far kerana mereka telah ditimpa kesusahan". (HR as-Syafie, al-Umm, juz1 hal 247)

Hadith ini menunjukkan bahawa mengikut sunnah nabi Muhammad SAW, kaum muslimin yaitu sama ada kaum kerabat daripada keluarga yang mengalami kematian atau jiran tetangga hendaklah berusaha menghiburkan keluarga kematian yang sedang mengalami kesedihan dengan cara memberikan bantuan yang berupa makanan atau selainnya lebih-lebih lagi jika keluarga tersebut adalah daripada golongan miskin atau tidak berkemampuan.

Oleh sebab itu, imam Syafie r.a juga menganjurkan kepada kaum muslimin agar mengamalkan ajaran yang mulia ini, kerana ianya sesuai dengan sunnah nabi Muhammad SAW.Namun begitu, tradisi masyarakat pada hari ini melakukan amalan yang sebaliknya bertentangan dengan anjuran yang telah disarankan oleh imam Syafie. Mereka juga masih lagi mengamalkan tradisi bertahlil, doa selamat, kenduri arwah hari pertama, ketiga, ketujuh, keempat puluh, keseratus dan lain-lainnya dengan di samping itu menyediakan hidangan makanan untuk tetamu yang membacakan tahlil dan doa. Sebenarnya amalan itu adalah salah dan amat tidak dibenarkan oleh para ulama Syafi'iyah yang berpedomankan kitab Allah dan sunnah Rasulullah SAW.

Sebagai kesimpulannya,
  1. Menurut pendapat para ulama dari kalangan mazhab Syafi'e (Syafi'iyah), bertahlil, doa selamat dan kenduri arwah yang dikirimkan kepada si mati adalah tidak sampai kepada roh si mati.
  2. Pendapat-pendapat tersebut berdasarkan firman Allah di dalam al-Qur'an surah an-Najm, ayat 39 yang memberi maksud, manusia tidak akan memperoleh pahala kecuali daripada hasil amalannya sendiri.
  3. Segala amalan bertahlil, doa selamat dan kenduri arwah yang dikirimkan kepada roh si mati tidak akan sampai kepadanya bahkan sia-sia sedangkan Islam amat melarang umatnya berbuatperkara yang sia-sia.
  4. Majlis bertahlil, doa selamat dan kenduri arwah atau berkumpul di rumah keluarga si mati dengan disediakan hidangan makanan untuk para tetamu adalah dilarang,mengikut para ulama yang bermazhab imam Syafie. Malah ada di antara mereka mengatakan bahawa ia adalah Bid'ah Mungkarat yaitu bid'ah yang tidak diakui Islam. Ada juga yang mengatakan bahawa ia adalah Bid'ah Ghairu Mustahab yaitu bid'ah yang tidak pernah disunatkan dan segelintir daripada ulama tersebut mengatakan amalan tersebut adalah Bid'ah Makruhah yaitu bid'ah yang dibenci.
  5. Segala amalan Bid'ah Mungkarat adalah haram.
  6. Bertahlil dan kenduri arwah di rumah keluarga si mati yang menyediakan makanan hukumnya haram berdasarkan sebuah hadith sahih yang diriwayatkan oleh seorang sahabat nabi Muhammad SAW, Jarir bin Abdullah yang berkata, "Kami (para sahabat nabi SAW) menganggap bahawa berkumpul di rumah keluarga si mati di samping dihidangkan makanan adalah sama hukumnya dengan niyahah yaitu haram".
  7. Hukum haram berkumpul di rumah keluarga si mati dengan dihidangi makanan telah pun disepakati oleh para ijma' ulama dan para sahabat nabi SAW kerana hadith daripada Jarir r.a yang berkata, "Kami (para sahabat nabi Muhammad SAW) menganggap bahawa berkumpul di rumah keluarga si mati di samping dihidangkan makanan adalah sama hukumnya dengan niyahah yaitu haram". Tidak ada seorang pun di antara mereka yang membantahnya.
  8. Menurut sunnah nabi Muhammad SAW, jika terdapat salah sebuah keluarga yang ditimpa kematian daripada anggota keluarganya, hendaklah kaum muslimin sama ada di kalangan kaum kerabat atau sebagai jiran mereka, memberikan kehormatan dengan menghadiahkan bahan makanan lebih-lebih lagi jika keluarga tersebut lahir daripada golongan yang tidak berkemampuan atau miskin
Dapat dikatakan di sini, bertahlil, doa selamat dan kenduri arwah yang sering diamalkan oleh masyarakat pada hari ini adalah satu amalan yang amat bertentangan dengan ajaran Islam yaitu melalui al-Qur'an dan sunnah nabi Muhammad SAW.

Walau bagaimanapun, kaum muslimin seharusnya menjalinkan ukhuwah Islamiyah dan memberikan sikap toleransi kepada sesama muslim yang lain meskipun mereka mengamalkan bermacam amalan tradisi. Kaum muslimin juga digalakkan supaya selalu membaca dan meneliti serta berusaha meningkatkanilmu pengetahuan agar dapat meluaskan pandangan dan pengetahuan supaya dapat memilih di mana yang hak dan yang batil serta tidak hanya mengikut-ikut di dalam bermazhab. Dengan demikian, tentunya tali ikatan ukhuwah Islamiyah dapat dijalinkan dengan lebih erat dan kukuh.

Read more: HUKUM TAHLILAN DAN DOA SELAMAT | BLOG KAMTO ROMANDHONI 
http://kamtoromandhoni.blogspot.com/2011/05/hukum-tahlilan-dan-doa-selamat.html#ixzz1l0ZnnJEe

"Perkara yang dah sebati dalam masyarakat kita dan perkara yang susah untuk kita hindarkan terutamanya di dalam keluarga apabila berlaku kematian dikalangan ahli-ahli keluarga. Mudah-mudahan kita diberikan kekuatan oleh ALLAH s.w.t untuk menegakkan sunnah Rasulullah s.a.w, dapat menghindarkan diri dari Bid'ah. Semoga ALLAH s.w.t mengampuni dosa-dosa yang telah kita lakukan di atas kelekaan kita mengabaikan sunnah dan mengamalkan serta menggalakkan bid'ah. Dan semoga ALLAH s.w.t memberi kekuatan iman kepada kita untuk menolak segala macam Bid'ah atas nama agama. Aaamin."

Wallahu Ta'ala A'lam.

28 January 2012

Soalan berat....

Semalam sebelum maghrib, ana didatangi soalan dari seorang sahabat yang bertanyakan pendapat mengenai satu perkara. Berat juga soalannya yang berbunyi begini:
"Assalam, just nak tanya, ada orang kata perempuan yang tak bertudung itu, solatnya tidak diterima oleh Allah. Ada terbaca yang orang forwardkan kat fb, antara sebab-sebab solat tidak diterima, tapi takde dalil. Betul ke?"
Hmmmm....berat soalan tu sebenarnya, dan ana yang sedang dalam perjalanan pulang dari tempat kerja berfikir-fikir bagaimana untuk memberikan jawapan yang boleh diterima oleh sahabat yang bertanyakan soalan tersebut tanpa menyinggung perasaan atau menurunkan motivasi beliau untuk meneruskan 'ibadah solat dan yang paling sukarnya adalah...ana bukanlah orang yang layak untuk memberi pandangan yang berdasarkan mana-mana dalil atau hadith. Berat-berat....soalan nampak seperti boleh dijawab dan ada jawapannya, tapi ana kurang pasti, takut-takut terbagi pandangan yang tidak betul dan jelas. Nyata sekali masih cetek ilmu pengetahuan ana...dan tidak lah layak untuk membangga diri di dalam kehidupan ini. Satu muhasabah juga untuk diri ana sendiri. Jawapan ana:
"sekejap ye, tgh drive. esok ana tanya ustaz. kene ada dalil yang sahih bagi kenyataan tersebut. tak boleh main cakap je. Secara hukumnya mendedahkan aurat itu berdosa tapi disebabkan mendedahkan aurat itu solat tidak diterima itu ana kurang pasti. nanti ana tanya ustaz dulu"
Tak sempat nak memikirkan dengan sedalam-dalamnya lagi. Ana perlu menjenguk sahabat ana yang baru sahaja kehilangan bondanya. Mudah-mudahan jiwa nya tenang dan redha dengan pemergian bonda tercinta.

Hari nie, selepas kuliyyah pagi lupa pulak ada ceramah khas. hmmm...nak tanya kat ustaz mana pulak nie. nasib baik jumpa ustaz yang memberi kuliyyah pada hari ahad. Terus sahaja bertanyakan kepada ustaz berkenaan soalan sahabat ana itu. Bila ustaz dengar, dia senyum...dan menyatakan tidak ada sahih yang mengatakan perkara sedemikian. Bagi orang kebanyakan seperti ana, Allahu Ta'ala A'lam. Sekiranya ustaz yang dipercayai dah mengatakan perkara sedemikian tidak ada hadith sahih..titik. Jawapan dia senang difahami oleh kebanyakan orang:
"Tidak ada sahih yang mengatakan bahawa solat seorang perempuan itu tidak akan diterima kerana dia tidak menutup aurat, kecuali dia melakukan syirik kepada Allah Ta'ala. Macamana kita tahu solat seseorang itu tidak diterima oleh Allah sedangkan solat kita sendiri belum tentu lagi diterima oleh Allah. Dalam bab tidak menutup aurat itu, memang confirm dia berdosa, solat kene tetap solat. Macam tu jugak dengan orang yang solat tetapi mengumpat dan mengadu domba. Solatnya diterima atau tidak itu Allahu Ta'ala A'lam, tetapi dia berdosa kerana perbuatan mengumpat dan mengadu domba itu."
Bagi ana, jawapan yang ustaz beri itu terang dan jelas. Solat itu tiang agama. Jika solat tidak dilaksanakan oleh seseorang yang mengaku dia Islam, dilahirkan di dalam Islam, hidup dalam keluarga Islam...maka runtuhlah tiang agamanya. Rapuhlah kehidupannya dan lebih mudahlah kerja syaitan untuk menyesatkan dan memasukkannya di dalam kesesatan/dholaalah.
"solat kita diterima ataupun tidak, itu haq Allah untuk tentukan. Manusia manapun tidak ada haq menyatakan solat seseorang itu tidak diterima Allah sedangkan diri sendiri tidak tahu apakah solat diri sendiri itu diterima Allah ataupun tidak. Cumanya terdapat kelebihan bagi Muslimah yang menutup aurat kerana terhindar dari dosa mendedahkan aurat. Manakala yang tidak menutup aurat selamanya selagi mana dia mendedahkan aurat selagi itulah dia menghimpunkan dosa tidak menutup aurat. Begitu juga dengan orang yang mengumpat, selagi mana dia mengumpat, selagi itulah dia berdosa walaupun solat dilakukan dengan sebaik-baiknya. walaubagaimanapun, kaifiyah dan adab serta tertib solat itu perlulah dijaga dengan sebaiknya untuk kita memastikan bahawa solat kita itu tidak batal dan sempurna sekaligus InsyaAllah diterima Allah. Kalau tak tahu kene berguru coz amal yang membuta tuli tanpa ilmu adalah sia-sia. Kalau kita masih rasa tak tenang selepas solat, yang tu kene muhasabah diri sendiri kenapa jadi macam tu. mesti ada something wrong...masa solat itulah masa kita nak ber-dating dengan Allah, masa solatlah kita nak melahirkan rasa syukur di atas segala nikmat yang Allah telah,sedang dan akan berikan pada kita, masa kita nak mengadu dengan Allah, mohon pertolongan dan petunjuk padaNya bila dah takde orang boleh tolong kita, bila kita tak jupe jalan keluar dari masalah dan sebagainya."
Ana baca forward berkenaan, hadith yang dipaparkan di dalam forward berkenaan adalah mengenai solat dan ana tidak 'arif adakah hadis berkenaan solat tersebut adalah hadith sahih, hasan, dhaif dan sebagainya. Ana kene berguru dulu baru boleh komen. kalau ada sesiapa yang 'arif mengenai ilmu hadith, bolehlah maklumkan. Ana bukan ustazah, apatah lagi alim ulama, Hadith 40 pun masih belum hafal, apatah lagi Al-Quran. Itulah pandangan dari ana yang cetek ilmu. 

Ana teringat Surah Al-Maa'un ayat 4-6 yang bermaksud: 

4. Neraka Wil untuk orang2 yang sembahyang
5. Iaitu orang-orang yang lalai dari solatnya
6. Dan juga mereka yang riyak dalam ibadat dan bawaannya

Mudah-mudahan kita semua dipelihara dari melakukan 'ibadah yang sia-sia. Ana mohon perlindungan dari Allah s.w.t agar sentiasa dikurniakan istiqamah dalam 'ibadah, dilindungi i'badah yang dilakukan dari perasaan riya', 'ujub dan takabbur dan ana berdo'a agar ibadah yang kita lakukan sentiasa diterima Allah s.w.t...Aaamin.

Sekiranya ada kesilapan atau salah faham, mohon diperbetulkan...InsyaALLAH.
Wallahu Ta'ala A'lam

Cara Bershalawat Kepada Nabi

Diriwayatkan dari Ka’b bin Ujrah: seseorang berkata, “Ya Rasulullah! kami telah mengetahui bagaimana memberi salam kepadamu, tetapi bagaimanakah cara memberi shalawat kepadamu?”.

Nabi Saw bersabda, “Katakan: Ya Allah berikanlah shalawat kepada Muhammad dan keluarganya sebagaimana Engkau memberikan shalawat kepada keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji, Maha Mulia. ya Allah berikanlah berkah kepada Muhammad dan keluarganya sebagaimana Engkau berikan berkah kepada keluarga Ibrahim. sesungguhnya Engkau Maha Terpuji, Maha Mulia”.

(Allahumma shalli ala muhammad wa ‘ala aali muhammad, kamaa shalaita ‘ala aali ibrahim, innaka hamiidum majiid. Allahumma baarik ‘ala muhammad wa ‘ala aali muhammad, kamaa baarakta ‘ala aali ibrahim, innaka hamiidum majiid.)
[HR Bukhari]

Wallahu Ta'ala A'lam

26 January 2012

Dirham

Baru-baru ini, ana telah didedahkan dengan lebih lanjut mengenai dinar dan dirham. Sebelum nie acuh tak acuh jer bila ada yang approach, berceriter tentang kepentingan dinar dan dirham di dalam ekonomi umat islam. Tetapi secara literalnya...yang ana faham pada masa itu, beli emas banyak-banyak tapi apa tujuannya??? lebih-lebih lagi barang kemas. kalau nak menunjuk-nunjuk kan dah jadi riya' dan boleh membahayakan di rampok oleh perompak. Kalau disimpan, cukup haul kene bayar zakat emas dan harta. Demikianlah pemahamannya dari ana yang cetek ilmu mengenai kepentingan emas dan perak ini.
Masa kini, semacam satu trend membeli dinar dan dirham. Bukan sahaja di kalangan orang Islam, tetapi juga orang bukan Islam. Di mana keuntungan itu boleh dicapai dan diperolehi mereka akan berpusu-pusu dan mengambil peluang untuk membeli dinar dan dirham.

Rasanya 2 minggu lepas ana didedahkan dengan satu seminar yang begitu menarik mengenai dinar dan dirham ini. Ya...di zaman Rasulullah s.a.w dahulu, penggunaan dinar dan dirham telah berlaku dan berkembang sehinggalah mata wang tersebut diambil alih oleh wang kertas pada masa sekarang. Cumanya fiat money ini nilainya semakin berkurangan dari semasa ke semasa. Dinar dan dirham pula nilainya semakin bertambah dari semasa ke semasa. Kalau antum semua tidak percaya, cuba bandingkan nilai emas dan perak 30 tahun yang lepas dengan nilai emas dan perak pada masa sekarang. Dan cuba juga bandingkan nilai wang kertas RM1 yang ada pada hari ini dengan 30 tahun yang lepas. Adakah nilainya semakin bertambah atau semakin mengecut??? Ana rasa jawapannya ada pada setiap kita semua dan kita menyedari bahawa nilai mata wang kertas kita sebenarnya semakin mengecil dan gaji yang kita terima bulan-bulan itu sebenarnya semakin mengecut dengan kenaikan harga barang, kos sara hidup yang semakin meningkat dan lain-lain lagi.

Dengan kesedaran itu, ana mulakan dulu dengan secara kecil...sangat kecil sebenarnya berbanding dengan yang telah lama menjadi jutawan senyap disebabkan kesedaran yang dipraktikkan untuk membeli dinar dan dirham ini.
  • Kalau belum bermula, tidak terlewat untuk bermula sekarang;
  • Sekiranya tidak punyai pengetahuan di dalam dinar dan dirham, cuba untuk mengisi masa ataupun memperuntukkan masa untuk mempelajari dan mengetahui serba sedikit mengenai mata wang dinar dan dirham ini;
  • Sekiranya tidak mempunyai sumber kewangan yang terbatas, cubalah untuk membeli 1 dinar atau 1 dirham atau membeli dengan kadar yang termampu oleh kita. Jangan disebabkan terlalu ghairah untuk menjadi jutawan dinar dan dirham, kita sanggup berhutang dan mengabaikan kepentingan-kepentingan kehidupan yang lain. Ana juga baru bermula dengan kecil-kecilan, dengan 2dirham :-) seterusnya, kumpullah sedikit demi sedikit;
  • Disamping itu juga, ilmu tentangnya perlu dipertingkatkan. Asalkan tidak membebankan kehidupan sedia ada dan berusahalah untuk mengurangkan hutang sedia ada dahulu sekiranya ada samada hutang jahat ataupun hutang yang baik, ianya tetap hutang.
Bagi ana, mengumpul kekayaan itu amat digalakkan untuk mempertingkatkan ekonomi kita sebagai orang Islam. Akan tetapi, kekayaan tersebut akan kita tinggalkan bila kita mati. Kita tidak akan dapat merasakan faedah dan nikmat kekayaan sekiranya kita gunakan untuk diri sendiri dan kita simpan di dalam peti besi, biarlah kekayaan tersebut dikongsi dengan umat Islam yang lain terutamanya ahli keluarga kita, sahabat-sahabat kita dan umat Islam secara keseluruhannya. Kekayaan dan harta kita haruslah yang memberi manfaat kepada kita semasa kita masih hidup dan lebih-lebih lagi sesudah kita mati.

Wallahua'lam

17 January 2012

Al-Baqarah



Al-Baqarah - antara surah terpanjang di dalam Al-Quranul Kareem. Abu Umamah al-Bahili meriwatkan bahwa. Rasulullah s.a.w bersabda,"Bacalah surah Al-Baqarah.Membacanya adalah keberkahan,meninggalkannya adalah kerugian, dan ia menjadi penangkis sihir."(HR. Muslim) ~Wallahu Ta'ala A'lam

Al-Fatihah



Al-Fatihah 

Aku mulai bacaanku dengan memohon pertolongan kpd nama dan dzat Allah,yg memiliki sifat Maha Penyayang dan Maha Baik.Dia memberikan kasih sayang dan kebaikan itu kpd org yg berhaq menerimanya. Pujian atas segala nikmat Allah,Dzat yg patut disembah,Pengatur alam semesta, baik manusia,jin,malaikat,maupun syaitan. Dialah yg berhaq mendapat seluruh pujian dgn hati dan ucapan. Ya Allah, hanya kepada-Mu kami menyembah dan memohon pertolongan. Kami tidak menyembah selain-Mu, dan kami tidak memohon pertolongan kecuali kepada-Mu. Tunjukilah kami jalan yg lurus, jalan mereka yg Engkau telah beri nikmat kpdnya; bukan jalan mrk yg dimurkai, dan bukan pula jalan mereka yg sesat. Aaameeen.

16 January 2012

RIFCON Seminar - Surviving 2012 Economic Meltdown


Attending this seminar last Saturday has opened my eyes and mind about something. 

The topics was interesting enough to know and that was the main points for me to attend the seminar – how to survive in this year 2012. 

Ok, first of all, this is my personal observations, opinions, notes taken from the seminar. I don't want to influence others nor to have a hugh extensive debate on this. You might agree and you might disagree on contents published here. Hopefully, this notes will bring much benefits to my friends and others.

Why 2012? And why not last years or the year after. Why the world economics are predicted to melt down this 2012 and not other years? Will we experience the economic recession and downturn again since 1997? Can we survive…and most precisely, can we…ordinary people with medium income range survive when the inflation rise and recessions are at their worst??? 

I have no answer on that and I’m not the expert to discuss or give solutions on that….but, there are few tips given by the speakers on how to handle and the most important is, to survive during the economic meltdown. 

I am not am economists nor a predictor to predict the economic conditions this year 2012. But, somehow…as an ordinary person, I can feel the economics stress in life. The price of basic needs are rising and government have to control tightly on certain basic goods to protect needy people and those who have low income. That is why…those middle income people did not feel the effect of price rise tremendously. The rich and richest will definitely doesn't feel the heat unless their price of luxury goods are rising too. I don’t know if they care so much on the price hikes of basic needs. That, u will need to ask them personally J 

Well, you may agree or you may disagree on the points and tips below given by the honorable speakers:

The 1st speaker was Prof. Dr. Ahmed Kameel Mydin Meera from UIA. I can’t remember his face and even I can’t remember whether he has taught me economics in my degree years there…hmmm, i think he has never been my lecturer those days :-) 

In his speech: 
  1. There is an imbalance in the monetary sector;
  2. Derivatives market absorb most of the money;
  3. Failure of Capitalism where the growth of money is more that the growth of real money where nowadays money = debt/loan. The more people require and ask for loans, the more money gain from commercial banks thus money eventually grows highly;
  4. Recessions is a destruction of money – any further explanations on this u can refer to Prof. :-)
There are several recommendations suggested by Prof. on what to do and what others including government, commercial and people can do?

What government can do?
  1. Food stamps – control the basic necessities; 
  2. Agriculture sector should be given the 1st priority; 
  3. Encourage complementary and community currencies; 
  4. Establish real money systems – GOLD as a measure of value; 
  5. Nationalized banks instead of commerciliazed banks; 
  6. Debt relief and eliminate RIBA. 
  7. In the long-term: 
    • Lowering the tax; 
    • Have a negative interest rate; 
    • Use GOLD based electronic credits. 
The 2nd speakers were Puan Hajjah Nik Mahani Mohamad (Director of Kelantan Golden Trade). The topic presented was about Dinar & Dirham. Why Dinar and Dirham and not fiat money??? Why RIBA is prohibited and why ALLAH s.w.t declares war on RIBA? 

In her speech:
  1. Predicted that gold and silver will rise in the economic meltdown
  2. Malaysian standard of gold has been set by Sulthan. However the best method to follow is the standard of Saiyidina Umar Al-Khattab r.a on setting the standard of dinar and dirham. The questions arised??? – will Sulthan stands up for this solutions??? – Personally, I don’t know, i preserve my opinion on this. You will have to ask the Sulthan on this issue.
  3. Quoting (Surah Al-Baqarah 2: 278-279) in her speech,
“O you who have believed, fear Allah and give up what remains [due to you] of interest, if you should be believers.” 
Malay 
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman. 
And if you do not, then be informed of a war [against you] from Allah and His Messenger. But if you repent, you may have your principal - [thus] you do no wrong, nor are you wronged.” 
Malay 
“Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.” 
The verses clearly stated that ALLAH and His Messenger will declare war on those believers who practicing Riba. But why we still practising the Riba in our daily live? We have loans with riba’, we have credit cards with riba’ inside if we don’t pay full amount of what we spend, we practising riba in our spending intentionally or unintentionally. 

Riba’ is the 2nd biggest sin after syirik, but why we extensively promoting riba in our life??? – this is the major points to ponder, it struck my heart and I’m wondering if I’m extensively practising riba in my whole life. May ALLAH s.w.t safe my soul and forgive me for all my mistakes and wrong doing! 

She explained further on how the exercise of riba’ will eventually collapsing the economy as a whole. – this one, I cannot be able to elaborate more. It’s in the recording or in her speech notes. This is for us to think further.

The 3rd speakers, are Tuan Haji Aman Tahir. Well, this one is interesting :-). He has given tips and tricks on how to survive during the economic meltdown. Some of you might agree and some might disagree on his recommendations: 
What you should keep in for your family???? 
  1. RICE (basic food) – keep a lot of rice. He told us that he has hundreds of bags of rice in his home….well, having said this, if you are a rice taker, then buy more rice NOW! And standby the stocks for a few years. (Beras ada tarikh luput ke? Saya rasa takde…betul tak?) 
  2. Buy more GOLD 
  3. But more SILVER. 
Whenever, money has no value in the future, gold and silver will be the most valuable things to trade for food or basic needs. Both of the commodities will eventually rise high and those who have no gold and silver, even though they have millions of money will be the poor. What more to those who have no money, no gold and no silver like us??? We will be the most poorest people in the whole world when money, I mean the fiat money is no longer valuable. Your 1 millions USD might turn to 1USD when money is no longer valuable. So, buy gold and silver nowww. 

Is it too late to plan and act during this brink of the world??? Nope! 
Then, starts planning now. He suggested us to re-concile, re-plan the income received monthly or yearly: 
  1. The income received should be greater than the liabilities; 
  2. Reduce your liabilities – pay your loans A.S.A.P and not to pay only the minimum outstanding on your credit cards, pay your utility billss; 
  3. Reduce your utility expenses – if you have internet, use internet to get in touch with your family and not with calling. U can use voice call, video calls etc, reduce your electric bills, less tv’s and more reading books; 
  4. Reduce your un-necessary expenses such as new shoes, new handbags, new tvs, new cars, new on everything that u doesn't need, entertainments-movies etc; 
  5. Spend only on basic needs such as food and beverages; 
  6. Eating in and not eating out. Cook your daily meal; 
  7. Increase your assets – at least assets vs liabilities will slightly balance out your lifestyle. Do not engage in more liabilities when your liabilities is greater than assets. 
It is not true that when you have more income, you will have more purchasing power, thus you will have more savings. In this case, you will tend to buy unnecessary things mostly to please others and not to fulfill your basic needs. You will tend to drive Mercedes instead of kelisa, you will tend to buy large tv’s at home while you are rarely at home. You will buy big house but you only have 2-3 people inside living in the house etc. 

Tuan Haji Aman Tahir quotes, “It is not how much money you earn, it is how you spend the money that makes you rich!” – so, have more assets and not liabilities.

Last but not least, an interesting lectures given by Sheikh Imran N. Hosein. This one is in the recording. I hope I have more time to extract the "intipati" from his lecture next time...InsyaALLAH.

And now! what is my actions towards this??? -  I might buy silver and gold after this or I might leave it to the government to settle this economic meltdown....i don't know. It might take me sometimes to digest this. Personally, I might want to settle loans with riba' first as it is the 2nd biggest sin after syirik. While collecting gold and silver as an assets, for me personally, it is useless if you have loans with riba'. You might want to settle all the loans with riba' first or shifting your riba' loan to Islamic loan before adding up your assets with gold and silver. Well, you might agree or disagree with me on this.

My friend advice me to buy gold and silver now as a preparations for our rainy days. Most of the speakers also advice the same thing. Currencies and stocks will no longer an investment in the future. It is the time for gold and silver. If you have money...i mean, extra money you might need to invest in gold and silver. Buy more gold and silver rather than buying stocks, put the money in ASB or other commercial banks that exercising and practicing Riba' extensively, or putting the fiat money in Islamic Banks that have very minimal profit sharing to the investors.

While collecting our gold and silver, do not forget to pay our zakat on gold and silver. 

Allah s.w.t says in Quran (Surah At-Taubah:34)
"Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya banyak di antara pendita-pendita dan ahli-ahli ugama (Yahudi dan Nasrani) memakan harta orang ramai dengan cara yang salah, dan mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah (ugama Islam). Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya."
 Wallahu Ta'ala A'lam.

13 January 2012

"Tidakkah engkau memerhatikan bahawasanya kapal-kapal belayar di laut dengan nikmat Kurnia Allah, untuk diperlihatkan kepada kamu sebahagian dari tanda-tanda kemurahanNya? Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan dan bukti (untuk berfikir) bagi tiap-tiap (mukmin) yang tetap teguh pendiriannya, lagi sentiasa bersyukur."(Luqman 31:31)

10 January 2012

Mari Bekerja - "Some people dream of success...while others wake up & work hard at it"~ua

02 January 2012

~“Barang siapa yang mencintai dunia, rasa takut kepada akhirat akan sirna dari hatinya. Barang siapa yang ilmunya bertambah kemudian kecintaannya kepada dunia juga bertambah, maka ia akan bertambah jauh dari Allah dan kemurkaan-Nya kepadanya akan bertambah”~
Imam Kazhim a.s

01 January 2012