25 August 2011

Salam 'Eidulfitri

'Eidulfitri - bukti rahmat ALLAH kepada umat Islam, takbir dan tahmid berkumandang, hari persaudaraan dan kegembiraan di dalam mentauhidkan ALLAH SWT...raikanlah dalam kesederhanaan dan keharmonian. Mudah-mudahan latihan rohani di bulan Ramadhan Mubarak ini dapat diteruskan dan disambung di bulan-bulan seterusnya...InsyaALLAH. Mudah-mudahan jua kita sentiasa hidup dalam barakah, rahmah, mawaddah dan istiqamah ~ "fastaqim kama umirta". Salam 'Eidulfitri dan mohon maaf di atas segala salah dan khilaf :-)

03 August 2011

Spagetti Carbonara Goreng

Adakah anda peminat pasta? Mari cuba resepi di bawah ini samada untuk berbuka atau sahur atau bila-bila masa sahaja. Senang dan Sedap :-)

Spagetti Carbonara Goreng (untuk makan 4 orang) 
(gambar adalah hiasan semata-mata)
Bahan-Bahan : 
· 1 paket spaghetti 
· 2 ulas bawang putih (tumbuk), nak lebih pun boleh
· 1 ulas bawang merah (mayang) 
· 1/2 biji bawang besar (mayang) 
· 1 peket daging cincang/ ayam 
· 2 biji telur 
· Garam secukup rasa 
· lada sulah secukup rasa 
· lada hitam (jika hendak pedas) 
· Mixed herbs, oregano dan seumpamanya juga boleh ditambah 
· 2 sudu besar minyak/olive oil (untuk menumis) 
· 1 tin cendawan butang 
· keju parmesan (diparut) – sekiranya tidak ada,boleh gunakankan cheesedale atau yang seumpamanya 

Cara masakan : 
  1. Rebus spagetti dalam air yang mengandungi garam (dua sudu kecil) dan minyak masak (1 sudu besar). 
  2. Sediakan satu bekas besar, pukul telur dan campurkan lada sulah, cendawan butang dan garam. Masukkan lada hitam sekiranya inginkan rasa yang lebih pedas. Pukul sehingga sebati. 
  3. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih, merah dan daging/ayam. Masak dalam 15 minit atau daging/ayam betul-betul masak. 
  4. Apabila spagetti sudah masak, toskan dan terus masukkan ke dalam bekas telur yang telah dipukul tadi. Gaul sehingga sebati dan biarkan telur masak oleh panas spagetti. 
  5. Kemudian, masukkan spagetti bercampur telur tadi ke dalam daging yang telah digoreng. Goreng spaghetti bercampur telur tadi bersama daging yang telah digoreng sehingga sebati dan telur tersebut betul-betul masak. 
  6. Gaul dengan keju parut sebelum dihidangkan. 
Selamat Mencuba :-)

FOR SALE - Casio exilim EX-Z80 8.1MP

FOR SALE - Casio exilim EX-Z80 8.1MP
SALE Price RM250. Negotiable
Original Price RM
Interested? Email me @ bieeyah@gmaildotcom

FOR SALE



*2 units of Coach Eyeglasses 218/Jayla For SALE :: RM250 only * Negotiable
*Color Available: Olive (1) and Tan (1)
*Internet Price USD144.95 / RM434.85*
*eBay Price RM333.75
Interested: Email me @ bieeyah@gmail.com
Frame kecik sangat,tak muat muka. Sesuai untuk yang bermuka kecil :-)

02 August 2011

Spaghetti Udang Keju

Resepi ringkas untuk berbuka puasa dan mungkin juga untuk bersahur :-). Bagi yang buntu memikirkan apa juadah untuk dimasak hari ini, bolehlah mencuba resepi di bawah ini :-)
Gambar adalah hiasan semata-mata. Gambar sebenar akan dimuatnaik sedikit masa lagi. 
Bahan-bahan : 
· 1/2 pak spaghetti 
· 200 gram udang, dibuang kulitnya dan cuci bersih 
· 4 biji bawang putih, cincang halus 
· 1 bawang besar, cincang kasar 
· 2 buah tomato, cincang kasar 
· Pes tomato 
· Keju parut (sekiranya tidak ada boleh gunakan cheesedale dsb) 
· Sedikit gula, garam dan lada putih/hitam secukup rasa 
· Sedikit minyak untuk menumis 

Cara membuat : 
· Rebus spaghetti sehingga lembut, tambah sedikit minyak dan garam 
· Panaskan kuali, masukkan sedikit minyak untuk menumis, masukkan bawang putih dan bawang besar yang telah dicincang, tumis sehingga naik baunya 
· Masukkan udang, tomato dan pes tomato 
· Masukkan keju sehingga keju tersebut cair 
· Tambah gula, garam dan lada putih/hitam secukup rasa 
· Setelah sos masak, tuangkan di atas spaghetti yang telah diletakkan di atas pinggan 
· Taburkan keju parut di atas spaghetti tersebut 

Selamat Mencuba :-)