30 June 2011

Jiwa yang rapuh

Hari ini si jiwa jiwa terasa amat rapuh sekali...bukan kerana diri sendiri, tapi bila mengenangkan kesulitan dan kepayahan yang sedang dialami oleh sahabat-sahabat yang dekat dengan saya sekarang ini. Hampir sahaja saya bertanya "kenapa manusia-manusia yang baik sentiasa sahaja mengalami kesulitan???" Namun, cepat-cepat saya Istighfar, kerana mustahil bagi ALLAH swt Yang Maha Adil berlaku zalim kepada hamba-hambaNya. Astaghfirullah, Astaghfirullah, Astaghfirullah.

Ujian musibah yang ditimpakan kepada setiap hambaNya merupakan kifarah di dunia dan mudah-mudahan di sana nanti akan dipermudahkan segala urusan. Maka, Wajiblah bagi seorang hamba yang mengaku berTuhankan ALLAH Yang Maha Esa untuk bersabar di atas segala musibah yang menimpa. 
Yang mampu saya lakukan, hanyalah berdo'a dan berdo'a semoga kesulitan tersebut digantikan dengan kesenangan dan ganjaran yang lebih baik lagi samada di dunia mahupun di akhirat. 

Yang mampu saya lakukan untuk mengurangkan kesulitan tersebut hanyalah amat sedikit berbanding kepayahan yang terpaksa sahabat-sahabat saya tempuhi. Ibarat kata pepatah "Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul..."

Hari ini juga si jiwa-jiwa ini dikerumuni oleh energi-energi dan perasaan-perasaan yang menyedihkan dan sedikit sebanyak meruntuhkan dinding yang tebal ini. Si jiwa-jiwa ini tidak tahu mengapa dan kerana apa. Yang diketahui oleh si jiwa-jiwa ini...hatinya amat sedih dan kecewa. Jika tidak kerana iman masih melekat di dada, mungkin si nafsu-nafsi akan membisikkan untuk melakukan perkara-perkara yang diluar batasan minda. Si jiwa-jiwa terasa ada ruang kosong walaupun tidak sepenuhnya.

Jiwa yang rapuh hari ini, perlukan pengisian hati dan kata-kata hikmah agar jiwa ini dapat memberikan semangat kepada yang patah semangat-semangatnya dan ubat yang paling mujarab pernah saya rasakan adalah dengan membaca Al-Quranul Karim dan mengingati Al-Khaliq, ALLAH swt Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada seluruh makhlukNya...SubhanALLAH!

"Usahlah berharap  dan mengadu pada sesama manusia, kerna manusia punya kecenderungan untuk mengecewakan hati yang berharap dan inginkan pengaduannya didengar dan dimengertikan. Berharaplah dan mengadulah kepada ALLAH swt yang Maha Esa, lagi Maha Mendengar keluhan hambaNya.."

Wallahua'lamumafilqalbi...

28 June 2011

Kisah Samun yang tak pernah selesai

Latihan bola tampar semalam berakhir waktu hampir maghrib. Masing-masing dgn bergegas meluncur laju balik ke rumah atau ke masjid mungkinnya. Hmmm, jauhnya nak balik nie...tapi kene la harungi jugak untuk minggu-minggu akhhir latihan nie. Sepanjang perjalanan, hari semakin menggelap menandakan kegelapan semakin berleluasa. Dalam perjalanan hampir sampai ke rumah, hp berdering...alamak! nak kene jawab pulak.

"Assalamu'alaikum..."
"Ya ALLAH bieeyah!!! kawan kita xxx masuk tv kenak samun depan rumah nya. Coba kitak diat dolok!"
"Ya ALLAH! aduuh ann, aku tengah on road tok, kelak kamek call nya"
"OK...OK, kelak padah kabar berita ah"
"InsyaALLAH"

MasyaALLAH, suspen dah nie, dah la tengah memandu...hati dah tak tenteram dah mengenangkan perkahabaran yang diterima.Banyak kali telefon, masuk voicemail...telefon suami dia pun masuk voicemail...hati dah tak tenteram, risau kalau apa-apa yang tidak baik berlaku. Telefon lagi dan lagi dan lagi, akhirnya dapat bercakap dengan dia. Dengar suara jer dah sedikit lega...terus tanya perkhabaran bagaimana.Alhamdulillah selamat cuma calar dan luka-luka sedikit, tapi saya pasti trauma itu tetap ada dan saya mula bayangkan sekiranya perkara tersebut terjadi kepada saya, seorang diri...kepada siapa saya hendak meminta pertolongan berhadapan dengan 4 orang penyamun seperti itu. Kerugian harta memang banyak, tapi yang lebih dikesali penyamun-penyamun tersebut merupakan anak bangsa yang menyamun bangsa sendiri. Manusia jenis apakah itu???
Guru nyaris maut dilibas parang - petikan berita Kosmo

Bila nak selesai kisah samun menyamun, rompak merompak, bunuh membunuh nie??? Saya berpandangan, ianya tidak pernah selesai selagi manusia tidak menanamkan di dalam diri mereka Iman dan Taqwa. Jalan lurus yang jelas dan terang telah tersedia ada sejak Nabi Adam a.s lagi dan seterusnya sehinggalah zaman Rasulullah saw dan sehingga sekarang ini.

"Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kalian agama kalian, dan Aku sempurnakan nikmat-Ku atas kalian dan Aku ridha Islam sebagai agama kalian" Tafsir Surah Al Maidah:3

Kasihanlah pada ibu-bapa si penyamun-penyamun dan perompak-perompak itu. Si ibu-ibu penat dan susah payah melahirkan dan berharap anak-anak menjadi seorang manusia-manusia yang berguna dan berjasa pada agama akhirnya menjadi penyamun-penyamun dan perompak-perompak yang menzalimi sesama manusia apatah lagi bangsa dan agama sendiri.

"Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul" Itulah perumpamaan yang dapat saya ungkapkan bila mana dapat bercakap dengan sahabat saya itu. Kalau saya merasa suspen dan cemas dengan berita tersebut, apatah lagi sahabat yang mengalami kejadian tersebut yang hampir sahaja kehilangan nyawanya itu. Saya berharap sahabat saya dan keluarganya akan tabah di atas musibah dan ujian yang telah menimpa mereka dan semoga kesusahan dan musibah tersebut dapat dihadapi dengan sabar. Dan sabar itu adalah sebaik-baiknya. Semoga sahabat saya dan keluarganya akan tetap kuat sepertimana selalunya dan semoga ALLAH swt memberikan ganjaran pahala dan kebaikan yang berlipat ganda di atas sifat sabar mereka terhadap segala musibah yang menimpa...Aaamin!

"Manusia lebih mengingati ALLAH swt di dalam setiap kesusahan yang dialaminya daripada saat di mana setiap limpahan kesenangan yang diperolehi dan diterimanya."-rk

Mudah-mudahan setiap diri kita sentiasa menjadi manusia yang sentiasa bersyukur kepada ALLAH swt tidak kira di masa susah, sulit ataupun di masa senang dan mewah...Aaamin.
Wallahua'lamumafilqalbi.

26 June 2011

Kisah Jualan Gudang di hujung minggu...

Sebut saja Warehouse Sale, pasti ramai yang teruja dan ramai juga yang mengintai-intai peluang untuk berkunjung ke Warehouse Sale, tidak kira apa sahaja samada barangan sukan, kosmetik, barangan bayi, perabot, pakaian dan sebagainya.

Baru-baru ini saya berpeluang untuk mengunjungi beberapa Warehouse Sale yang diadakan pada hujung minggu yang lepas.Sekadar ingin melihat-lihat dan mengintai-intai produk-produk yang ditawarkan dengan harga kilang. Ramai yang tidak mengetahui lokasi kilang-kilang tersebut menyebabkan tidak ramai yang mengunjungi Jualan Gudang tersebut.Sekiranya dibuat di pasaraya atau gedung-gedung perniagaan, saya pasti ramai yang berhimpit-himpit dan berebut-rebut untuk mendapatkan barangan yang jauh lebih murah dari hari-hari biasa.
Hujung minggu nie, saya berpeluang untuk mengunjungi 3 Jualan Gudang. Yang pertama di Atria - jualan gudang pakaian-pakaian berjenama seperti Adidas, Jeans dan sebagainya. Tidak ramai pengunjung dan mungkin juga lokasinya tidak begitu strategik serta bangunan kompleks yang agak usang menyebabkan tidak ramai pengunjung di sana. hmmmm...bukanlah dinamakan jualan gudang sekiranya pakaian2 berjenama tersebut tidak mempunyai diskaun. Ada yang ber-harga tetap dan ada juga yang diskaun nya lebih 50% dan ada juga pakaian-pakaian berjenama tersebut seperti stok-stok lama. Tidak banyak pilihan saiz yang ada. Mungkin juga ingin menghabiskan stok-stok lama yang ada.

Yang ke-2 nya, jualan gudang Crocodile di Petaling Jaya. Jalannya berlekuk-lekuk menyebabkan kesukaran mencari lokasi gudang tersebut. Sampai di lokasi, tidak ramai pengunjung dan kebanyakan kilang-kilang di kawasan tersebut tutup pada hari ahad. Bagi pengguna tegar Crocodile, peluang sebegini memang dinanti-nantikan. Diskaun pada semua barangan berjenama Crocodile dari baju, t-shirt, kasut, beg bagasi dan sebagainya. Tapi, bagi yang bukan penggemar barangan Crocodile mungkin tidak banyak benda yang menarik yang boleh dibeli di sana.

Yang ke-3, di Wisma EIG TTDI Jaya. Sebelumnya, saya menelefon dahulu pada nombor yang tertera bertanyakan jalan untuk ke sana. Di dalam minda memang telah terbayang bangunan tersebut kerana pernah terserempak beberapa kali ketika berada di kawasan TTDI dan sekitarnya terutamanya Shah Alam. Yang ini memang diadakan pada distribution office yang mengedarkan barang2 berjenama kepada kompleks-kompleks membeli belah, salun kecantikan dan sebagainya. Barangan seperti Clinelle, Bioxil, Adidas, Nike, Puma, Googles, BeeBees dari pakaian dewasa sehingga kanak-kanak dijual secara harga gudang disitu. Bagi yang ingin mendapatkan barangan anak-anak memang akan rambang mata. Bagi yang mencari pakaian sukan dan jeans juga akan rambang mata. Bagi pengguna yang memakai kosmetik Clinelle, Averine dan sebagainya juga akan rambang mata melihat harga yang ditawarkan. Saya juga rambang mata melihat tawaran-tawaran tersebut...:-) Tetapi, nasib baik juga akal masih menguasai nafsu. Bagi barangan kosmetik, saya perhatikan dulu tarikh luputnya dan seperti yang dijangka, tarikh luput adalah pada pertengahan tahun hadapan ataupun hujung tahun ini. Mungkin itu juga adalah sebabnya kenapa harga menjunam turun sehingga lebih 90%. Bayangkan produk berharga RM48.90 menjadi RM5 sahaja. Mungkin juga syarikat ingin menghabiskan stok-stok lama dan bagi mengelakkan kerugian yang lebih besar, dan kerana itulah diadakan jualan gudang.


Saya dimaklumkan bahawa syarikat yang sama akan mengadakan Jualan Gudang atau Clearance Sale di SSTwo Mall - kompleks membeli belah yang baru dibuka di SS2 Petaling Jaya bersempadan dengan Kelana Jaya pada minggu hadapan. Dan di kawasan tersebut terdapat gerai-gerai durian yang membenarkan pelanggannya makan durian sehingga kenyang yang teramat dan juga air kelapa dengan hanya RM10 seorang. Selepas nie, mungkin boleh ajak kawan-kawan ber-pesta durian di sana :-)
Bagi yang begitu ghairah untuk mengunjungi Jualan Gudang, saya mungkin boleh memberi tips agar melihat dulu tarikh luput produk berkenaan. Kita tidak mahu kerugian semata-mata ingin mendapatkan harga yang jauh lebih murah dan akhirnya produk tersebut tidak dapat digunakan kerana tarikh luput tamat produk berkenaan telah tiba...:-) dan periksa juga kondisi produk yang kita hendak beli itu terutamanya pakaian, alatan kosmetik dan makanan :-)

Wallahua'lam.

22 June 2011

I AM A SERVANT...


Aku seorang hamba...
layakkah aku bersikap angkuh dan sombong dengan kekayaan, kebijaksanaan yang dipinjamkan sedangkan aku hanya seorang hamba?
layakkah aku bersikap meninggi diri dan berasa lebih mulia serta lebih baik sedangkan aku hanya seorang hamba?
layakkah aku berasa marah keatas sesuatu yang bukan milikku, sedangkan aku hanya seorang hamba?

sedarlah wahai diri, kehidupan di dunia bukanlah untuk dibangga-banggakan
kerana diriku hanyalah seorang hamba
harta kekayaan, wang yang melimpah ruah, anak-anak yang ramai, rumah yang selesa, kereta yang mewah, pangkat yang besar, dan apa sahaja yang dirasakan hak kepunyaan aku
semuanya bukan hak milikku dan tidak layak pun untuk aku memilikinya
hatta diriku sendiri, bukanlah milik sesiapapun
dan juga, bukanlah milikku
kerana...
aku hanyalah seorang hamba
hamba kepada Al-Khaliq, Pencipta bagi alam semesta
Yang Maha Kaya lebih dari yang kaya raya di dunia
Yang Maha Kuat, lebih dari yang paling kuat di dunia
Yang Maha Berkuasa, lebih dari yang paling berkuasa di dunia
ALLAH swt

Astaghfirullah!
Istighfarlah wahai diri
Sedarlah wahai diri
Sedarkah wahai diri
Sedarlah wahai diri...

20 June 2011

Another story of a typical Malaysian services-An open letter to Tony Fernandes

Dear tony,

I just made a compliment of your web-check in services at my blog. However, after a few days and exactly 5 days, I have to take back the compliment because of your airasia terrible services in flight schedule and what you call re-timed of the flight.

My flight back from Kuching to KL on 18 June 2011 was scheduled at 1010pm and I estimated the plane to arrive just nice @ LCCT before 12 midnight as I have to get the bus to salak tinggi erl station and take the erl to putrajaya and then get my car at putrajaya car park to go back home. U see, there are so many routes I have to take in order to reach home.

However, when I was at the boarding gate, your staff didn't mention about the flight delay...and as I walk in to the boarding gate, I saw the time has changed to 1040pm. 
Surprisingly, there is no announcement made to the so called re-timed. At nearly 10pm, the announcement has been made and guess what! the flight has been re-timed again at 1120pm. I was just too dissapointed with the delayed announcement and with that announcement I know I have to stay back and sleep at the airport. The bus to KLIA ends at 1230pm.

Do you know that how many hours of a wasted time I have to bear because of your flight delayed and how many sleepless night I have to encounter because I can't get the bus to erl and erl to Putrajaya because of your flight delayed???
I have encountered more than 10 times of your flight delayed and few times I have to sleep at the airport and the next day I have to go to the office with headache because of the sleepless night. I don't think you will consider it as one of your problem, because you are not in my shoes and others' shoes.

I have been flying with airasia since you started the services, and now, i'm flying almost every month from KL to Kuching. despite the positive changes such as web-check in services introduce to the passengers, i also see many negative changes made that affected the passengers with charges to your passengers and it's getting higher and higher. Your luggage rules and regulations become more strict and annoying days by days, your steward and stewardess services to the customers are not as good as before and they become more arrogant day by day. And not to mention the food, the packaging has become more smaller compared to previous days.

I don't know, how on earth airasia received so many awards locally and internationally for the services as the flight always delayed, the human factors in airasia has slowly diminish nowadays.

And because of the delayed, I have to pay double for the bus services to KLIA as it is after 12mindnight and even higher if I take a cab. The bus ticket seller told me that it cost me RM160 just to send me to KLIA if I were to take the cab. The bus ticket seller then charge me RM5-RM8 just to send me to KLIA because there is no other bus that is willing to take only 1 or 2 passengers to KLIA. I once reach KLIA, I have to have a sleepless night there before taking my first ERL to Putrajaya early in  the morning, then I have to pay more than double for the car park charges. You see, everything is charging me more than double because of your flight delayed. That is the price I have to pay and I put the blame on you! 
And not to mention that, it is become more dangerous especially for ladies to go back home after 12midnight. Can you take the responsibility if tomorrows newspaper reports that airasia passengers has been murdered or kidnapped or anything bad happen while he/she was travelling back home late night because of the flight delayed?
How can you repay me for all the loses I have been encountered since the day I'm using your airasia service? The time that has been wasted because of the flight delayed, the price that I have to pay because of all the double or tripple charges, the dissapointment and frustration that have been  in the heart of every passengers...how can you repay that???

Your KPI should be focused more on punctuality. I don't think, punctuality is your main concern. It is always a cheap rate for passengers, although it is not so cheap nowadays. If this is the case, your motto should be changed to - "everyone can fly with cheap rate and delayed flight!"

I hope, you can find ways to solve the delayed problems...money is not everything when it comes to servicing the customers and customers always come first. With the arrival of Firefly now with affordable rates, even myself and my friends are eyeing the promo deals from Firefly. airasia is not my primary mode of transportation nowadays and I believe that others are finding the alternative ways to fly besides airasia.


~From a frustrated passenger~

16 June 2011

A story of a typical Malaysian services

A cuma nak singgah beli aiskrim kegemaran dia di salah sebuah restoran makanan segera di dalam sebuah gedung pasaraya.

Sambil menuju ke tempat aiskrim tersebut, dia mula terbayang-bayang aiskrim tersebut. Setiba di kaunter pesanan, tiada senyuman di muka 'the ice-cream girl', greeting pun seperti terpaksa, dan dia mula mengambil pesanan A

"ice cream cone twist please.." kata A
'the ice cream girl' mula membuat pesanan tersebut dan tanpa dia sedar, dia telah membuat aiskrim yang salah. 'the ice-cream girl' mula sedar itu aiskrim yang dipesan oleh A dan mula meletakkan semula  inti aiskrim tersebut di dalam mesin aiskrim. Dengan bekas yang sama, 'the ice cream girl' mula menekan butang aiskrim yang betul iaitu ice cream twist..

"hmmmm...patut ker dia buat macam tu???" A mula berkata-kata di dalam hati, tidak menyetujui perbuatan 'the ice cream girl' tersebut...
'the ice cream girl' meletakkan ice cream tersebut di dalam bekas aiskrim, dan mula menekan sesuatu pada mesin pengira...dan...menunggu untuk A membuat bayaran. Selalunya, penjual akan maklumkan kepada pembeli mengenai kadar bayaran tersebut, tapi rasanya 'the ice cream girl' menyangka A akan melihat mesin dan terus membuat pembayaran...sambil menunggu bayaran dari A.

Selepas A membuat pembayaran, dan mengambil aiskrim kegemarannya...A mula perasan tisu tidak diberikan dan 'the ice cream girl' sudah mula duduk di tepi mesin aiskrim.

"Dik, boleh minta tisu?" tanya A
'the ice cream girl' sambil duduk sambil mengeluarkan tisu dari dalam kabinet tanpa melihat pelanggan A tersebut dan meletakkan hampir 10 helai tisu di atas kaunter

A terkejut...dan 'the ice cream girl' pun terkejut
Cepat-cepat dia memohon maaf bila mengetahui kesilapannya.

"macam tak nak keje jer dik...buat keje ala-ala tak nak keje jer..."A menegur 'the ice cream girl' tersebut
"sorry sorry sorry..." kata 'the ice cream girl'

hmmm...kalau kat jepun, dah lama 'the ice cream girl' nie kene pecat, begitu juga sekiranya jika dia bekerja di negara yang mementingkan kepuasan hati pelanggan..."customers' come first"
"No one is too big to be courteous, but some are too little." - Author Unknown
"Treat everyone with politeness, even those who are rude to you - not because they are nice, but because you are." - Author Unknown

Peringatan juga untuk diri sendiri yang sentiasa lupa, lalai dan selalu dibisikkan dengan bisikan-bisikan halus syaitan durjana untuk melakukan kejahatan dan keburukan.Wallahua'lamuma fil qalbi

13 June 2011

New Improvement on AirAsia Web Check In

Monday - while checking my email, there is an email from AirAsia promoting adds-on for my flight to hometown on Friday night. Normally, i used to do my web check in 48 hours before the boarding. It's a try out for today and guess what...wallaaa
The web check in is available and it can be done more than 48hours before the boarding. I get the front middle seat compared to previous check in and the web check in for flying back to KL can also be done online. So, i don't have to waste my time waiting for more than 1 hour at the airport and check-in at the counter.
The next time i travel back home, i can check in earlier and get the middle seats and later, go straight to the boarding gate and wait for the flight to fly back home :-)

I guess, this is one of the most convenience services that AirAsia has offered to their customers and passengers...


kerrr??? saya yang baru sedar :-))

10 June 2011

Kisah MukaBuku-Ep.2

Hari ini genap setahun fida mencuba-cuba laman sosial MukaBuku dan telah ramai kawan-kawan yang fida ketemu. Ada yang beberapa tahun tidak berhubung, bertanya khabar berita dan ada juga yang telah berbelas tahun tidak berjumpa.Kalau dulunya ada yang berhubung menerusi emel bertanya khabar berita dan sebagainya. Tapi, sekarang nie dah jarak yang jauh terasa semakin dekat walaupun masing-masing di lokasi yang berbeza.

Masing-masing boleh mengemaskini status terkini di ruangan dinding dan rakan-rakan yang lain boleh mengetahui  keadaan semasa kawan-kawan yang lain. Fida boleh mengetahui kawan dia yang sedih, yang gembira, yang bahagia, yang stress, yang teruja, yang bercinta, yang berkahwin, yang ada krisis di pejabat, yang ada krisis keluarga, yang sedang melancong, yang sedang ponteng kerja, yang sedang berkursus, yang sedang buat promosi perniagaan dan macam-macam lagi dengan membaca dinding mereka. Semuanya sudah menjadi tidak rahsia lagi di antara mereka, dan fida juga melakukan perkara yang sama.

"Argghh, kenapa la hari ni aku stress" status fida di MukaBuku
"Kenapa fida???" tanya 'Ain
"Entahlah...macam ade yang tak kene jer" jawab fida di MukaBuku
"Masalah perempuan kot....opssss"
"Hmmm...ye kot" jawab fida

"Alamak! habis lah semua kawan-kawan aku tau aku tengah ada masalah perempuan. Dahlah ada kawan-kawan lelaki dalam MukaBuku nie. Ishkkk, bahaya jugak paparkan status macam tu. Lain kali kene berhati-hati" fida berkata-kata di dalam hati.

08 June 2011

Why should we trust NONE when it comes to Internet Security??

What do you think of your own security behavior? How do you behave when it comes to security measurement and assessments? How do you know that you are secured in real life or virtual life?

In real life for example, even sometimes our friends can betray us and what's more in virtual life? You have stalkers stalking your activities in FB, you even have stalkers or hackers monitoring your activities in front of the pc. How scary!

This is what you can do at least to make sure you are secured enough in general, even though you're not sure whether that is good enough:
  1. Never ever give your windows password or PC's password or any password to anybody. You'll never know when is your friends will betray you and i hope my friends will not betray me :-)
  2. When you visited a banking websites or any websites involve with your money, make sure the URL you are login is correct and it is from whom it claims to be. For example: you are visiting Citibank website. Make sure that the URL is from Citibank website and not from www.yougothack.com or something else;
  3. After browsing the websites, make sure you clear all the cache from your PCs or notebook and it is more dangerous if you are surfing from public PCs such as at cybercafes or internet cafes
  4. Control on what you type and sent out to the Internet. Never ever put your address in the Internet as well as your personal information. Unless you want to buy online and the website is secured enough for you to put in all your personal information.
They are many tips and tricks for securing your information, your money and others in the Internet. Just use uncle Google and search...it is all at your fingertips :-)

Just remember that, never ever trust someone you don't know from virtual life...nowadays, people are more likely to trust people they know only in the virtual life without knowing that the person is a stalker, hacker, phisher, spammer or liar and others.

Kisah MukaBuku-Ep.1

Seingat fida, kali pertama dia berkenalan dan berjinak-jinak dengan muka buku ini pada tahun 2008. Masa itu muka buku tidak begitu dikenali oleh ramai di negaranya. Fida memang suka mencuba sesuatu yang baru di Internet, apatah lagi laman sosial yang boleh mengembangkan jaringan sosial dan perniagaan kecil-kecilan secara atas talian.

Imbas Kembali - 2008:
"Hmmm, kat mana lagi laman web yang boleh digunakan untuk mengembangkan perniagaan nie yer" Fida bertanya-tanya sendiri.
"Cuba tanya uncle Google pulak" sambil fida menaip di ruangan Google Search - "social networking". Keluarlah senarai yang panjang mengenai "social networking" dan yang berkaitan - MySpace, Hi5, FriendFinder dan lain-lain lagi.
"Hmmm, MySpace, Hi5 dah ada...mungkin boleh cuba MukaBuku nie...muka depan pun simple, nak register pun senang, tak perlu isi panjang-panjang...cuba lah MukaBuku nie" fida berkata-kata sendiri
"Kalau OK bolehlah sebarkan pada kawan-kawan yang lain, mungkin juga akan bertemu kawan-kawan yang dah sekian lama tak jumpa dan ketemu..." Fida tersenyum sendiri sambil tangannya menaip laju di atas keyboard komputer mendaftarkan dirinya sebagai ahli MukaBuku.
"opsss, nak guna nama ape ye?" fida menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal
"hmmmmm...Firdausi Hakimi.Nanti letak nama glamer kawan-kawan tak kenal pulak"
"OK, dah selesai...tengok apa fungsi yang ada di dalam MukaBuku nie", sambil tangannya memegang tetikus dan menerokai dunia MukaBuku tersebut.


"Jannatul Firdausi Hakimi!!!" kedengaran seseorang menjerit-jerit memanggil namanya
"Alamak...ummi panggil pulak."
"Ya ummi, fida datang nie..." jawab fida sambil melompat dari katilnya dan berlari turun ke ruang tamu.
"Kenapa ummi panggil banyak kali tak menyahut?Dah lupa pesanan ummi ke?" tanya ummi fida dengan nada geram
"Maafkan fida ummi, fida tengah khusyuk tadi" jawab fida sambil menundukkan pandangannya
"Dah! cepat basuh tangan...Abi dah menunggu dah tu"
"Yess Boss!" jawab fida tersengih-sengih sambil memeluk umminya
"Hmmm, lepas nie boleh sambung penerokaan MukaBuku nie" fida berkata-kata di dalam hatinya sambil tersenyum-senyum.

Maka bermulalah episod fida bersama MukaBuku....:-)
~bersambung~

06 June 2011

Isteri kene layan suami macam pelacur??? Kenyataan yang tidak berakal lagi merendahkan martabat wanita!

Oh my Goodness, what happen to Malaysian Professional Muslimah nowadays…
'Layan macam pelacur'
2011/06/05
Dr Rohaya Mohamed
Isteri ‘dingin’ di ranjang punca lelaki cari kepuasan di luar
KUALA LUMPUR: Seorang isteri mesti patuh dan melayan suami seperti ‘pelacur kelas pertama’ bagi memastikan pasangan mereka tidak terjebak dalam pelbagai gejala tidak sihat, termasuk mencari hiburan di luar, keganasan rumah tangga dan pembuangan bayi.

Malah, kegagalan isteri melayan kehendak seks suami adalah antara punca utama kegagalan rumah tangga apabila pasangan mereka sebaliknya beralih kepada teman wanita, perempuan simpanan serta pelacur bagi mendapatkan kepuasan itu. Peringatan itu disuarakan Naib Presiden Kelab Isteri Taat yang baru ditubuhkan di negara ini, Dr Rohaya Mohamed.

“Tanggungjawab isteri bukan saja untuk memasak, mengemas rumah dan menjadi ibu malah turut membabitkan aspek seksual. Lelaki berkahwin dengan wanita yang menyamai atau jauh lebih bagus daripada pelacur (di ranjang), sudah pasti tidak akan curang.

“Nafsu lelaki jauh lebih besar daripada wanita dan tidak boleh diketepikan. Daripada membiarkan mereka bergelumang dengan dosa, seorang isteri itu harus melakukan apa saja bagi memenuhi keinginan nafsu suami.

“Justeru, tanggungjawab kami adalah untuk membantu isteri menjadi lebih taat kepada suami. Seorang isteri hanya perlu memenuhi empat syarat untuk masuk syurga – menunaikan solat wajib, berpuasa ketika Ramadan, melindungi maruah dirinya serta taatkan suami,” katanya selepas majlis pelancaran kelab berkenaan di Kelab Golf Perangsang Templer dekat sini, semalam.

Kelab Isteri Taat mempunyai 1,000 ahli di seluruh dunia termasuk 800 orang di negara ini. Ia ditubuhkan Global Ikhwan Sdn Bhd yang sebelum ini dikaitkan dengan kumpulan al-Arqam. Kelab pertama dilancarkan di Jordan pada 1 Mei lalu, cawangan Malaysia semalam dan diikuti kelab di Jakarta, Indonesia pada 19 Jun depan.

Organisasi syarikat itu juga merancang untuk menubuhkan cawangan kelab sama di Eropah termasuk London dan Rome pada masa depan.

Rohaya berkata, penubuhan kelab itu terbuka kepada semua golongan isteri tanpa mengira kaum dan agama serta menawarkan latihan dan khidmat nasihat termasuk pendidikan seks supaya golongan isteri dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada suami masing-masing. 
=================================================================
Bila Islam tidak dijadikan sumber utama, macam itula jadi nyer...Islam hanya pada ritual dan ibadah sahaja, sedangkan ajaran Islam merangkumi keseluruhan kehidupan manusia. kan dah diajar adab-adab berumahtangga, pergaulan antara suami dan isteri oleh Rasulullah saw, adab dengan anak2, dgn mentua dsb...kenapa nak samakan layanan seorang isteri dengan pelacur.Dia tau ker layanan pelacur macamana? Kalau nak suruh isteri layan seperti pelacur, rendahnya martabat sang isteri tersebut kerana disama ratakan dengan pelacur, sedangkan di dalam Al-Quran telah dinyatakan kemuliaan taraf seorang isteri:

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir. "(QS. 30:21)


Isteri-isteri bukannya pelacur kelas atasan. Sedihnya bila seorang wanita mengeluarkan statement ‘Layan macam pelacur’. Kalau begini rendahnya martabat seorang isteri di mata seorang wanita, apatah lagi seorang lelaki atau seorang suami.


Bagi lelaki atau seorang suami pula, jadilah kaum yang berfikir…dan bagi wanita pula, lebih-lebih lagi seorang isteri, jadilah wanita dan isteri solehah dan bukannya seorang pelacur!

Awas dengan e-mel berantai "HURU HARA 15 RAMADHAN, JUMAAT - 3 OGOS 2012"

Mohon perhatian semua terhadap mesej berantai yang berikut tentang tanda kiamat pada bulan Ramadhan yg tersebar ini kerana hadith yg digunakan dalam mesej tersebut adalah hadith maudu’, hadith palsu dan tidak boleh dipakai sama sekali. 
Baru-baru ini saya menerima email berantai dari seseorang, mengenai huru-hara pada 15 Ramadhan
Mesej berantai tersebut berbunyi:
03hb Ogos 2012 ( bersamaan 15 Ramadhan, Jumaat )
Cuba lihat kalendar untuk tahun 2012... 1 Ramadhan pada tahun 2012 jatuh pada 20 Julai iaitu hari Jumaat, jadi 3 Ogos 2012 bersamaan 15 Ramadan juga pada hari Jumaat. Sama dengan satu hadis Nabi SAW tentang huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam pertengahan Ramadhan iaitu hari Jumaat 15 Ramadhan di bumi ini. Huru hara yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur...Satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dari langit, bukan kiamat tetapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal hanya 1/3 shj. ( Menurut kajian NASA, pada 21-12-2012 satu planet yg yang dikenali planet X akan melintasi bumi ) Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 itu? Adakah peristiwa itu akn berlaku pada 2012?? Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui..

Yang penting kita perbanyakkan ibadat dan berdoa agar kita termasuk dlm golongan yg dilindungi Allah, jika mati biarlah kita mati dlm Islam dan beriman.. Apa pun, peristiwa itu pasti akan berlaku mengikut hadis Nabi SAW di bawah..

Dari Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan itul...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah? " Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: " Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus ", kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa". (Al Hadis)
dikongsi oleh Syed Ubed...

INI JAWAPAN DARI JAKIM YANG TELAH DIWAR-WARKAN PADA 2009 LAGI…
"Walaikum salam....
Hadith ini mengikut Dr Fahd Salman Audah adalah Do'if Jiddan atau Maudu'. Tidak boleh langsung berhujjah dengannya. Hadith ini memang sudah banyak tersebar secara meluas

Salah seorang perawi hadith ini ialah Nuaim bin Hammad. Ramai ahli ilmu yang menyatakan hadith yang diriwayatkan oleh Nuaim bin Hammad dalam Musonnifnya berkaitan cerita-cerita berkenaan kisah akhir zaman adalah adalah Munkar. Berkata Imam Az-Zahabi dalam kitab Siar A'lam Nubala' ; "Tidak boleh seseorangpn berhujjah dgn hadith Nuaim bin Hammad kerana dia telah mengarang kitab tentang fitnah akhir zaman dengan mendatangkan keajaiban2 dan banyak yang dibawanya adalah Munkar. Dia banyak mengambil hadith dari Kaab bin al-Ahbar yang dikenali kerana berpegang dengan kitab-kitab Israiliyyat. Dia juga banyak mengambil hadith dari org2 yang tidak dikenali dan diragui.

Begitu juga dgn Abdul Wahhab salah seorang perawi hadith ini mengikut Al-Hakim dalam Lisanul Mizan adalah orang yang tidak diketahui (majhul).

Wallahu a'lam...semoga kita berhati2 dgn hadith2 seumpama ini..dan menjaga nas syariah seperti yang sebenarnya...

Wassalam...
Bahagian Penyelidikan JAKIM
Cawangan Akidah,
P.P (T.T)
29 Julai 2009"Dipetik dari

Di zaman kita ini, perlulah kita berhati-hati terhadap apa jua serangan halus pihak musuh yang ingin memusnahkan Islam dengan cara menyesatkan secara halus dan perlahan melalui saluran agama – menakut-nakutkan umat Islam dengan menimbulkan panic dan ketakutan mengenai hari Kiamat dan sebagainya. Yang perlu kita yakin bahawa Kiamat itu tidak ada seoarang hamba pun yang tahu, bahkan Rasulullah saw sendiri pun tidak mengetahui bila datangnya hari Kiamat…apatah lagi guru-guru agama yang bukan maksum, atau peramal-peramal, atau bomoh-bomoh yang menggunakan agama sebagai permainan mereka untuk merosakkan umat Islam. Berhati-hati jugalah kita pada musuh-musuh yang bertopengkan Islam untuk memusnahkan dan menyesatkan umat Islam…Na’udzubillahi min dzaalik. Semoga kita semua dijauhkan dari fitnah agama yang semakin berleluasa sekarang ini.
Kita perlu sentiasa menginsafi diri kita dan berwaspada, memperbanyakkan amal ibadat kita, memperkukuhkan aqidah kita agar tidak terpesong dari ajaran Islam yang sebenar-benarnya – kematian kita sendiri pun kita tidak terjangka, apatah lagi hari Kiamat.
Wallahua’lamuma fil qalbi.