29 May 2011

Say 'Tak Nak' to Smoking Campaign


Kempen 'Say Tak Nak to Smoking' telah diadakan di Sunway Hotel Resort n Spa. Dihadiri kebanyakannya kaum hawa...hmmmm,di mana perginya kaum adam???


Bagi Member Watson, penyertaan adalah PERCUMA, bagi bukan ahli hanya perlu membeli voucher RM10 di outlet Watson yang terpilih. Bayaran RM10 tu nampaknyer berbaloi-baloi dengan refreshment yang diberi, goodies bag, hand massage, health check dan sebagainya...dan yang penting sekali isi kandungannya yang berguna - yang disampaikan oleh Assoc Prof dari UIA, Kuantan.

Points to ponder:
  1. Perokok adalah seorang pesakit, sepertimana pesakit cancer, pesakit jantung dan pesakit-pesakit yang lain yang perlu diubati;
  2. Walaupun risiko kematian bagi perokok mungkin disebabkan oleh penyakit cancer, jantung, respiratori - punca asalnya adalah disebabkan tabiat merokok;
  3. Rokok perlu dijual di Pharmacy seperti mana ubat-ubat lain;
  4. Kesan buruk akibat merokok bukanlah dapat diketahui dengan semerta...perokok mungkin akan merasai kesannya setelah 20-30 tahun merokok- Kanser paru-paru, masalah respiratori, masalah jantung, stroke dan lain lain lagi;
  5. Kesan lebih buruk dirasai oleh yang menghidu asap rokok tersebut;
  6. Perokok paling muda = berumur 7 tahun, malah lebih muda lagi yang tidak kita ketahui;
  7. dan satu lagi...perokok nie biasanyer mulutnya dan badannya berbau nikotin...kita akan kenal orang itu perokok atau tidak menerusi bau badan dan bau mulut;
  8.  dan lain-lain lagi.....yang tu fikirkan lah sendiri

Kenapa kami sibuk-sibuk nak hadir event nie walaupun diri sendiri tak merokok? Hmmm…soalan yang mungkin bernas – kenal dengan perokok yang meninggal dunia akibat merokok barangkali, nak ajak perokok untuk hadir event macam nie rasanyer memang mustahil diorang nak datang, dan isteri-isteri yang suaminya merokok mungkin akan mendapat tips bagaimana untuk menasihati suami mereka agar mengurangkan aktiviti merokok atau tinggalkan langsung tanpa suami mereka beranggapan bahawa nasihat untuk meninggalkan merokok itu satu bebelan yang menyakitkan telinga…

    26 May 2011

    Kawin lagi...

    Dua hari lepas, dapat SMS dari seorang kawan memaklumkan bahawa kawan kami dah kawin sorang lagi. Alhamdulillah...semoga bahagia hingga syurga dan semoga yang pertama mendapat payung emas di syurga nanti.

    Mudah-mudahan jua, kawan saya mampu berlaku 'adil. Seorang isteri pun kadang-kadang lelaki tidak mampu untuk berlaku 'adil antara isteri, apatah lagi 2 atau 3 atau 4 orang isteri.

    "Kemudian jika kamu bimbang tidak dapat berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu), maka (kahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kaumiliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman." (Al-Qur'an, Surah an-Nisak ayat 3)

    Bersikap adil dalam hal-hal menzahirkan cinta dan kasih sayang terhadap isteri-isteri, adalah satu tanggungjawab yang sangat berat. Walau bagaimanapun, ia termasuk perkara yang berada dalam kemampuan manusia. Lain halnya dengan berlaku adil dalam soal kasih sayang, kecenderungan hati dan perkara-perkara yang manusia tidak berkesanggupan melakukannya, mengikut tabiat semulajadi manusia.


    Hal ini sesuai dengan apa yang telah difirmankan Allah dalam Surah an-Nisak ayat 129 yang berbunyi;
    "Dan kamu tidak sekali-kali akan sanggup berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya); oleh itu janganlah kamu cenderung dengan melampau-lampau (berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi) sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung (di awang-awang)."

    Selanjutnya Siti 'Aisyah (r.a.) menerangkan, maksudnya;
    Bahawa Rasulullah (s.a.w.) selalu berlaku adil dalam mengadakan pembahagian antara isteri-isterinya. Dan beliau berkata dalam doanya: "Ya Allah, inilah kemampuanku membahagi apa yang ada dalam milikku. Ya Allah, janganlah aku dimarahi dalam membahagi apa yang menjadi milikku dan apa yang bukan milikku."

    Wallahua'lamumaafiqalbi.

    21 May 2011

    Tragedi Tanah Runtuh-Felda Semungkis Bt 13 Hulu Langat

    Inna lillahi wa inna ilaihi raaji'uun
    Itu yang mampu diucapkan bilamana mendengar berita di dalam radio kereta tatkala balik dari pertapaan di perpustakaan negara siang tadi...cuaca yang gelap seakan-akan langit seperti hendak runtuh dan hujan lebat tanpa henti di bandaraya KL, seperti turut bersimpati dan sedih dengan tragedi tersebut.
    Dewan yang berada di lereng bukit, petang tadi ranap dan musnah semerta bersama dengan isi-isinya ditimbus dengan tanah runtuh dari lereng bukit tersebut.
    Takziah kepada keluarga mangsa...Itulah taqdir ALLAH swt, semoga yang masih hidup kekal bersabar dan mendoakan kesejahteraaan anak-anak yang telah meninggalkan dunia fana ini. Dan semoga ruh mereka berada di kalangan kekasih-kekasih ALLAH swt serta ditempatkan ditempat yang lebih baik di sisiNya...Aaamin.
    Marilah kita sama-sama memberi sumbangan sedikit sebanyak yang termampu kita untuk membantu mereka. InsyaALLAH, dengan usaha dan sumbangan yang termampu kita, mudah-mudahan diberikan ALLAH swt ganjaran yang besar di sana...Aaamin!

    18 May 2011

    Menggapai mentari di Bukit Broga

    Bukit Broga...kali ini misi menawan puncak 4. harap-harapnyer tercapai. Seawal jam 430am bangun dan menyediakan bekalan. Jam 515am mula bertolak ke semenyih. Bukannya kami sahaja yang telah bangun seawal-awal pagi. 
    Kelihatan beberapa kereta menuju ke tempat yang sama. 545am, singgah solat subuh di surau Uni Nottingham...selepas solat, kami mula bergerak ke tempat yang hendak dituju, tidak berapa jauh dari universiti tersebut...sampai di tempat parking, ramai rupernya yang datang lebih awal untuk mendaki bukit broga. Jalan masih agak gelap, dengan bercahayakan lampu di kepala, kami mula mengorakkan langkah. 
    Kali nie ada bantuan..tongkat ajaib :-) Jalan pelan-pelan, rilek-rilek...jam 645am, sampai di puncak pertama, lepak2 sekejap sambil menikmati keagungan Tuhan dan keindahan alam...udara amat segar dan pemandangan pun menjernihkan mata...
    Puncak ke-2, dinaiki lebih kurang 10minit, acara santai dan acara menembak pemandangan dimulakan...trek agak licin mungkin disebabkan hujan yang lebat semalam...
    Puncak ke-3 dan ke-4 akhirnya dapat ditawan...treking kali ini tidak seteruk yang pertama
    Yang kedua ini agak santai walaupun sesekali berhenti melepaskan lelah...training pun, pancit jugak. nampaknyer kene selalu training untuk stamina dan kesihatan :-)
    Pemandangan dari puncak...MasyaALLAH, amat indah. Tanda-tanda kebesaran ALLAH swt telah ditunjukkan secara terang-terangan kepada kita, sayang sekali jika kita masih lalai dan leka dengan kecintaan dunia.

    16 May 2011

    baju bayi...

    ~"petang nie nak beli baju bayi...seronoknya, dah lama tak membeli belah baju bayi :-)"
    "baju sape?"
    ~"baju anak buah baru...:-)"
    "oooo, haa...boleh-boleh, suci murni jer bila tengok baju si kecil yang chomel-chomel tu :-)"
    ~"boleh pegi kat kedai bayi baru buka dekat dengan rumah...excited terlebih pulak...hehehe"

    sampai di kedai bayi yang baru buka tu, adela jugak diskaun...tapi harga memang berpatutan, lebih chomel dan murah dari Jusco...berbaloi-baloi membelinya

    "hmmm, esok dah boleh pos nie....eh!lupa pulak, esok cuti umum. kene tunggu lusa la nampaknye"