31 March 2011

Betul dianggap Pelik...

Benarlah! kita sudah berada di akhir zaman, bila yang betul dianggap pelik, yang sempurna dianggap kolot...

Lewat tengahari ahad 27 Mac 2011, merupakan perjalanan balik ke KL…perjalanan yang dirasakan amat meletihkan selepas sebuah perjalanan yang panjang. Semasa hendak memasuki perut pesawat firefly…(syukur, penerbangan tidak lambat dari yang dijadualkan), kelihatan 2 akhawat berniqab di dalam barisan yang sama untuk memasuki perut pesawat. Kedua-duanya berpakaian serba hitam dan memakai niqab. Ramai yang melihat keduanya dengan pandangan yang pelik. Di sebelah yang lain pula, kelihatan kumpulan artis-artis Malaysia yang akan menaiki pesawat yang sama, dengan pakaian yang trendy dan up-to-date juga menjadi perhatian ramai, tetapi tidak dengan pandangan yang pelik walaupun pakaian artis wanitanya tidak sempurna.
Mungkin, inilah dikatakan-yang betul menjadi kepelikan dan keanehan dunia akhir zaman ini…yang sempurna menutup aurat dianggap pelik, yang menutup aurat tapi Nampak seperti telanjang dan yang tidak menutup aurat berpakaian tidak cukup kainnya dianggap trendy dan mengikuti zaman.

Mudah-mudahan kita tidak menjadi sebahagian besar hamba-hamba yang menyangka yang betul itu satu kepelikan dan keanehan kerana di zaman yang penuh dengan fitnah ini,kadang-kadang kita sering ditipu dengan oleh pandangan mata dan fikiran kita.

30 March 2011

Monolog Sebuah Perjalanan...

Gelojak jiwa mula terasa sebermula ditawarkan untuk pergi ke sana. Persoalan demi persoalan bermain-main di jiwa dan hati seorang ‘abid ini. Resah menerjah ruang hati dan gelisah bermain-main di kalbu. 
Perasaan gelisah, resah, khuatir, berdebar dan campuran-campuran rasa wasangka lebih besar dari perasaan untuk menerima cinta seorang ajnabi. Persoalan mampukah ‘abid ini untuk menjejak kaki di bumi Haram semakin menebal dan memenuhi ruangan angkasa minda. Jawapannya hanya ada satu sahaja – ‘abid ini perlu memohon dengan serendah dirinya kepada Yang Maha Pencipta agar ditenangkan hati dari wasangka syaitan yang sentiasa ingin merosakkan dan menjauhkan hamba dari Tuhannya, memohon pengampunan dosa-dosa dan taubat dengan sebenar-benar taubat agar diri ‘abid bersih dan terhindar dari kecelakaan dunia sehingga dapat menjejakkan kaki ke Tanah Haram dengan tenang, dapat mengerjakan ibadah dengan sempurna dan urusan di sana dapat dilakukan dengan sebaik-baiknya tanpa sebarang perasaan gundah gulana,resah,wasangka,teringat-ingatkan dunia yang fana’. Doa demi doa di dalam setiap solat dipohon oleh seorang ‘abid ini agar perjalanan ke sana dipermudahkan dan dibuka ruang yang luas untuk melakukan ‘ibadah sebanyak-banyaknya...

Monolog Sebuah Perjalanan...

Perjalanan ini mendebarkan, perjalanan ini dirasakan amat panjang untuk sampai ke destinasi impian, perjalanan ini banyak liku-likunya mencabar kesabaran seorang ‘abid yang ingin bertemu Tuhannya, perjalanan ini satu ujian pada seorang ‘abid yang banyak dosa, zalim pada dirinya dan zalim pada orang lain, perjalanan ini sungguh mengesankan dan menggetarkan jiwa bagi seorang ‘abid yang pertama kali menjejakkan kaki di Bumi Haram, perjalanan ini perjalanan pertama bagi seorang ‘abid yang mendapat jemputan istimewa dari yang menciptakannya-ALLAH Maha Kuasa. Syukur! ‘Abid ini merasakan tidak layak untuk mendapat jemputan istimewa tersebut, tetapi ‘abid ini mengharap-harapkan agar mendapat jemputan istimewa walaupun merasakan tidak layak untuk diberi jemputan tersebut kerana dirinya penuh dengan dosa.

28 March 2011

Mimpi didatangi segerombolan kawanan gajah

Semalam saya bermimpi, didatangi oleh sekawanan gajah. Tiba-tiba halaman rumah saya menjadi sebuah halaman rumah yang besar yang boleh memuatkan berpuluh-puluh gajah yang datang berkunjung. Saya pun memberi gajah-gajah tersebut makan dan selepas itu, mereka pergi...dan datang semula bersama-sama yang lain.

Terasa seperti benar-benar berlaku...aneh mimpi semalam itu.