15 January 2011

Kejadiannya kilat...

Dari mana kejadiannya kilat?
Di dalam kelas hari ini, menceritakan mengenai Al-I'jaz Al-alami fi Ar-Riih - Mengenai angin
Di dalam Science mad simple, menyatakan kilat terjadi apabila perlanggaran cas-cas elektrik positif dan negatif disebabkan perlanggaran molekul-molekul udara panas dan sejuk(sejat) yang berlaku di dalam awan. http://www.sciencemadesimple.co.uk/page86g.html

What is Thunder?

Thunder is the sound that lightning makes. Sounds simple but why does lightning make a sound. Any sound you hear is made up of vibrations, the vibrations travel through the air as waves until they reach your ear.
This means lightning must cause some vibrations.
Lightning is a huge discharge of electricity. When lightning strikes huge amounts of electricity shoots through the air, this causes two things to happen.
  1. The electricity hits the air and starts it vibrating, anything vibrating causes a sound.
  2. 2.The lightning is also very hot and heats up the air around it. Hot air gets bigger: it expands. As lightning is very hot the air gets bigger very quickly and pushes against the air particles starting another vibration.
These vibrations are what you are hearing when you hear thunder, the rumbling of thunder is caused by the vibration or sound bouncing of the ground and the clouds.

Di dalam Al-Quran telah ada menyebutkan kejadian kilat dengan sejelas-jelasnya. Dan nyata kilat bukanlah merupakan panahan kepada iblis yang ingin merungkai atau mencuri maklumat mengenai alam di atas sana seperti sangkaan kebanyakan dari kita dan tiada dalil yang disebut di dalam Al-Quran mengenai panahan kilat tersebut ditujukan kepada iblis dan syaitan.

Cuba lihat dalil-dalil yang menceritakan mengenai kilat dan awan dan juga angin yang membawakan awan seperti di bawah ini:

"Tidakkah engkau melihat bahawasanya Allah mengarahkan awan bergerak perlahan-lahan, kemudian Dia mengumpulkan kelompok-kelompoknya, kemudian Dia menjadikannya tebal berlapis-lapis? - Selepas itu engkau melihat hujan turun dari celah celahnya. Dan Allah pula menurunkan hujan batu dari langit, dari gunung-ganang (awan) yang ada padanya; lalu Ia menimpakan hujan batu itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Sinaran kilat yang terpancar dari awan yang demikian keadaannya, hampir-hampir menyambar dan menghilangkan pandangan."
(Surah An-Nuur:43)

"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kebesaranNya dan kekuasaanNya, Ia memperlihatkan kilat kepada kamu, untuk menakutkan (dari panahan petir) dan memberi harapan (dengan turunnya hujan) dan Dia menurunkan hujan dari langit, lalu Dia hidupkan bumi sesudah matinya dengan hujan itu. Sesungguhnya yang demikian mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang menggunakan akal untuk memahamiNya"
(Surah Ar-Ruum:24)

"Dialah yang memperlihatkan kilat kepada kamu, untuk menakutkan (dari panahan petir) dan memberi harapan (dengan turunnya hujan) dan Dia yang menjadikan awan tebal yang berat (dengan air)Dan Dialah juga yang guruh dan malaikat bertasbih memujiNya, kerana takut kepadaNya. Dan Dialah juga yang menghantarkan petir, lalu Dia mengenakan dengan panahannya kepada sesiapa yang dikehendakinya Dan mereka yang ingkar itu membantah (serta mendustakan Rasul) mengenai perkara yang berhubung dengan Allah (dan kuat kuasaNya), padahal Dia amat keras azab seksaNya "
(Surah Ar-Ra'd:12-13)

Kalau nak tahu lebih lanjut, bolehlah datang ke kelas-kelas ilmu di Yayasan Ta'lim, TTDI :-)
Wallahua'lam.

06 January 2011

Kita sangka...Kita rasa...

Permulaan kalam dengan Bismillah, semoga bermanfa'at untuk semua...

Kita selalu sangka kita dah cukup baik dengan kawan-kawan, keluarga dan orang di sekeliling kita...tapi kita selalu lupa ALLAH swt terlebih baik layananNYA kepada kita sehinggakan mencurah-curah nikmat kehidupan diberikan kepada kita, itupun kita masih lagi tidak bersyukur...
Kita selalu sangka yang kita dah curahkan sepenuh kasih sayang kepada orang yang kita cinta, kepada keluarga kita, kepada anak-anak kita, kepada sahabat-sahabat kita dan bila mereka lukakan kita, kita rasa sedih yang amat dan bertanya kenapa mereka lukakan dan kecewakan hati kita...tapi kita selalu lupa ALLAH swt lebih luas kasih sayangNYA pada kita, sehinggakan ketika kita derhaka, kufur dan berpaling dariNYA, DIA masih lagi sayang pada kita dengan sifatNya yang Pengasih dan Penyayang (Ar-Rahman dan Ar-Rahiim)
Kita selalu sangka bila kita selalu memberi, makin berkuranganlah apa yang kita ada, cukup-cukuplah apa yang kita beri selama ini, sedekah, derma, ehsan dan sebagainya...tapi kita lupa bahawa ALLAH swt sentiasa memberi dan tidak berkurangan apa-apa pun bagiNYA
Kita selalu sangka, esok masih ada untuk kita...tapi kita lupa bahawa maut itu lebih dekat dari urat nadi kita dan Malaikat Maut sentiasa menunggu saat-saat detik dan masanya untuk mencabut nyawa kita tanpa cepat atau lambat hatta sesaatpun...
Perasaan kita ini jika tidak dijaga, akan sentiasa merasa-rasa dan menyangka-nyangka...akan sentiasa buruk sangka dengan ALLAH swt dan apatah lagi dengan manusia, akan sentiasa mengeluh kesah - komplen sana komplen sini, ada sahaja yang tak kene, disebabkan dalam hati menyangka-nyangka diri sendiri sahaja yang betul semuanya...


Sama-samalah kita menjaga hati dan perasaan kita agar sentiasa kekal dalam Islam dan Iman:
Allahumma inna nas’alukal huda wat tuqa wal ‘afaafa wal ghina.Ya Muqallibal qulub tsabbit qalbi ‘ala diinik, Ya Musharrifal qulub sharrif qalbi ila thaa’atik...Aaamin!
Wallahua'lam

05 January 2011

Dunia Akhir Zaman...Bencana Yang Menimpa Umat Manusia Di Akhir Zaman

Abdullah ibn Umar berkata, Rasulullah s.a.w. telah menghampiri kami lalu bersabda: “Wahai Muhajirin, kamu akan ditimpa 5 bencana; semoga Allah tidak mengizinkan kamu hidup untuk menyaksikannya: (1) Apabila zina berleluasa, ketahuilah bahawa ia tidak berlaku tanpa ditimpa penyakit-penyakit baru yang tidak pernah diketahui/dialami oleh manusia sebelumnya.
(2) Apabila manusia menipu dalam timbangan, ia tidak berlaku tanpa ditimpa kemarau dan kebuluran ke atas orang ramai serta ditindas oleh pemerintah mereka.
(3) Apabila manusia tidak memberi zakat, ketahuilah bahawa hujan akan tertahan ke atas mereka.
(4) Apabila manusia memutuskan perjanjian mereka dengan Allah dan RasulNya, ketahuilah bahawa Allah akan menghantar musuh kepada mereka untuk merampas kepunyaan mereka.
(5) Apabila pemerintah mereka tidak memerintah mengikut Kitabullah, ketahuilah bahawa Allah SWT akan pecah-belahkan mereka dan menjadikan mereka berbalahan sesama mereka.”
;- (Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 4019), 2/ 1332)

Daripada Abu Hurairah r.a. ia berkata; suatu ketika Rasulullah s.a.w. nampak di tengah-tengah orang ramai. Lalu baginda didatangi oleh seseorang yang menanyakan kepadanya: "Wahai Rasulullah s.a.w. bilakah terjadinya kiamat?" Nabi s.a.w. menjawab dengan bersabda: "Tidaklah orang yang ditanya mengenai masalah itu lebih mengetahui daripada yang bertanya. Akan tetapi aku akan memberitahukan kepadamu tentang tanda-tandanya. Iaitu, jika seorang ammah (hamba perempuan) melahirkan majikannya, itulah yang termasuk di antara tanda-tandanya. Juga apabila orang-orang yang tidak beralas kaki dan tidak berpakaian menjadi pemimpin masyarakat, maka itu juga di antara tanda-tandanya. Demikian pula apabila para pengembala domba berlumba-lumba meninggikan bangunan, maka itulah salah satu tandanya di antara tanda-tanda yang lima, yang mana tidak mengetahui yang sesungguhnya selain Allah SWT." Kemudian baginda membacakan ayat berikut ini: "Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sahajalah pengetahuan tentang hari kiamat, dan Dia-lah yang menurunkan hujan, serta mengetahui apa yang ada di dalam rahim";- (Riwayat Ibn Majah).

Anas ibn Malik berkata, “Nabi s.a.w. bersabda: “Zaman Dajjal adalah zaman kekeliruan. Manusia akan percaya pendusta dan tidak percaya orang yang berkata benar. Manusia tidak percaya orang yang amanah dan mempercayai orang yang khianat. Dan Ruwaibidhah akan diberi perhatian.” Sahabat bertanya “Siapakah Ruwaibidhah itu?” Sabda Baginda, “Orang-orang yang menentang Allah yang diberi penghargaan untuk berucap kepada masyarakat.”;- [Musnad Ahmad, 3/220].

Daripada Anas bin Malik r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidak akan tiba hari kiamat, sehingga manusia bermegah-megah dan berlebih-lebihan dalam urusan masjid";- (Riwayat Abu Dawud).

Daripada Anas r.a. ia berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Kelak, di akhir zaman, akan ada ahli ibadah yang bodoh dan para qari yang fasik";- (Riwayat Ibnu 'Adi).

Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Akan muncul di akhir zaman nanti, suatu kaum yang terdiri dari orang-orang muda yang masih mentah fikirannya (cetek faham agamanya). Mereka banyak mengucapkan perkataan Khairil Bariyah (firman Allah dan hadis Rasul), tetapi iman mereka masih lemah. Pada hakikatnya mereka telah keluar agama seperti anak panah yang lepas dari busurnya. Di mana sahaja kamu dapat menemuinya, maka hapuskanlah mereka itu, siapa yang dapat menghapus mereka, kelak akan mendapat pahala di hari kiamat.";-(Riwayat Bukhari dan Muslim).

Rasulullah s.a.w, bersabda: "Akan tampil di akhir zaman manusia-manusia yang melakukan tipu daya dengan memakai topeng agama. Mereka menyuruh manusia memakai pakaian yang dibuat dari bulu domba (bulu kambing) yang halus, lidah mereka lebih manis berbanding gula, sedang hati mereka laksana hati serigala.”;- (Riwayat Tirmidzi).

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah s.w.t. berfirman kepada mereka: "Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)";- (Riwayat Tirmidzi).

Banyak lagi hadith-hadith Sahih yang menggambarkan fitnah-fitnah dunia akhir zaman. Berdo'alah kita agar sentiasa terselamat dari bencana akhir zaman dan tidak tergolong di antara orang-orang yang menzalimi diri sendiri dan orang lain. Kesemuanya telah berlaku di zaman kita ini...Wallahua'lam

04 January 2011

Musim SKT dan LNPT

As-Salam,
Sedang ibu-ibu dan ayah-ayah tengah sibuk dengan anak-anak yang nak masuk ke sekolah, di pejabat pulak sibuk dengan aktiviti mengisi SKT dan LNPT
Dalam kesibukan itu jugaklah sistem dah mulai penin, sangkut-sangkut, timeout...nak simpan pun ambik masa yang lama...hmmm, kalau yang dah sabar tu, memang akan mulai memaki hamun sistem dan yang menjaga sistem, mungkin ada juga yang kembali menggunakan cara manual...

Kalau aku yang jadi sistem pun akan pening sebab nak kene layan satu malaysia nyer data skt dan lnpt...dan sekarang nie semua orang penin dan rasa geram...boring-boring layan skt dan lnpt yang pening, ramailah yang melayan fbing, tweeting, chatting, dan kerja-kerja tak rasmi yang lain...