23 November 2010

Review : 2 Alam...

Sinopsis 2 Alam...
Adam adalah anak kepada seorang  bekas pelakon bangsawan bernama Zainal. Dia bersahabat baik dengan dua orang temannya iaitu Ishak dan Hassan. Sewaktu kecil Adam adalah seorang kanak-kanak yang sangat petah dan pandai mengaji Al-Quran berbanding dua temannya.

Kerana kecemerlangannya di dalam pelajaran dia akhirnya dihantar untuk meneruskan pengajiannya di London. Manakala teman baiknya Ishak dihantar oleh bapanya di Al-Azhar, Mesir. Hassan di hantar oleh bapanya ke Amerika meneruskan pengajian dalam bidang perundangan. Sewaktu di London, Adam telah melakukan pembedahan menukar jantina selepas terpengaruh dengan budaya songsang barat. Dia mengambil keputusan untuk berkahwin dengan seorang jejaka Inggeris dan meneruskan kehidupan di London sebagai pelakon pentas bagi meneruskan legasi bapanya.
Apabila dia ditinggalkan oleh lelaki Inggeris tersebut Adam telah menukar namanya kepada Amy itu pun kembali ke tanahair untuk memulakan sebuah kehidupan baru. Sekelip mata sahaja Amy menjadi popular kerana Aura dari London yang dibawa bersamanya itu menjadi.
Dia terbabit  lagi dengan cinta seorang lelaki bernama Juan Agustin seorang bintang Pop Malaysia yang sangat popular di Taiwan. Saban hari kehidupannya semakin jauh dari Tuhannya sehingga pada suatu hari segala tembelangnya pecah kerana dia dirogol bergilir-gilir oleh 3 lelaki di dalam sebuah ladang getah.
Kini 7 dosa besar yang dilakukannya mula mengejarnya satu persatu akhirnya dia nekad dan menggantungkan diri. Perjalanan jenazah Adam ke kubur adalah satu kembara terakhir seorang manusia yang melakukan 7 dosa besar. Apakah perjalanannya ini hanya seperti membawa seorang bangkai untuk di timbuskan ke dalam perut bumi? Apakah kesukaran yang bakal diterima oleh jenazah yang cukup popular ini?
Bagaimanakan Hj Ishak seorang sahabat baik kepadanya menerima dan menguruskan sahabat  baiknya itu pada hari-hari terakhir jasad itu di atas muka bumi? Dimanakah sebenarnya tempat untuk manusia  yang tidak tahu membezakan antara sesuatu kekal dan batil akan ditempatkan pada simpanannya sebelum dibangkitkan semula?
Komen saya:
  1. Apa yang best sangat cerita nie??? Entahlah, saya pun tak pasti, sebab itulah saya terbeli tiket cerita ini walaupun saya bukanlah minat sangat filem melayu;
  2. Yang pastinya...yang boleh saya simpulkan, mesej yang nak disampaikan:
    • Bila ALLAH dah jadikan kita lelaki atau perempuan, jadilah seperti apa yang ALLAH telah tetapkan, bagi yang perempuan jangan dok sibuk nak jadi jantan dan bagi yang lelaki jangan dok gatal-gatal jadi betina atau jalang;
    • Pembentukan sahsiah seorang anak itu memang bermula dari rumah. Lihat sahaja di Adam, kecilnya menjadi contoh buat kawan2 nya di dalam bab2 mengaji Quran. Akan tetapi, apabila remaja dan dewasa, seseorang itu boleh berubah jika berada di dalam persekitaran yang men-songsangkan dan penuh dengan cabaran. Adam telah pun menjadi Amy ketika menyambung pelajarannya di London dan berkahwin secara sesat lagi menyesatkan dengan seorang lelaki orang puteh...takde akad nikah dan wali, yang ada cuma paderi dan kemudiannya balingan bunga kepada tetamu yang hadir di dalam majlis tersebut;
    • Kehidupan di dunia bukanlah tempat untuk kita bersuka ria, bukan juga tempat untuk kita berbangga-bangga dengan kecantikan, kekayaan, kemasyhuran dan kenikmatan. Dunia hanyalah persinggahan yang ramai manusia lupa...bahawa di akhirat nanti pembalasan akan menanti bagi setiap perbuatan dan perkara yang kita lakukan di dunia...malah, ramai juga yang dah dapat 'cash' awal-awal lagi kat dunia...itupun manusia tidak mengambil iktibar ~(Surah Al-Zalzalah 99:7-8: "Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarrah pun, niscaya akan melihat (balasan) nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarrah pun, niscaya dia akan melihat (balasan) nya pula")~;
    • Bila Al-Quran dan Sunnah sudah tidak menjadi pegangan dan pedoman...berpesta lah syaitan-syaitan dengan gelagat manusia yang lupa diri, minum arak, seks bebas dan sebagainya untuk mencapai tujuan dan kesenangan hidup di dunia;
    • Seharusnya semakin tinggi ilmu seseorang, semakin dia mengenal Tuhannya dan Penciptanya...malangnya, ramai yang semakin tinggi ilmunya, semakin dia lupa Tuhan;
    • Dan banyak lagi yang boleh diambil pengajaran....
  3. Malangnya, adegan-adegan keduniaan amy/adam amat memualkan saya:
    • adegan ranjang yang saya kira terlampau-lampau;
    • adegan yang diulang-ulang, apa motif mengulang scene yang sama...seumpanya langsung tidak ada kreativiti di dalam membina adegan yang lebih menguatkan jalan cerita;
    • skrip yang langsung tidak membina minda seseorang untuk berfikir....seolah-olah seperti skrip tangkap muat atau skirp kelas bawahan yang memualkan;
    • pelakon-pelakon extra yang diambil entah dari kampung mana....macamlah kat kampung tu dah takda pemuda belia...yang ada hanya orang-orang tua sahaja
    • adegan perkahwinan amy dgn mat saleh yang beberapa kali diulang tayang tanpa motif yang kuat....(apa dasak nya ngulang adegan yang sama....BORING!);
    • adegan yang tidak relevan antaran amy dan bf nya berjalan berselisih di tepi kolam, then masuk dalam kolam....langsung tidak releven...PLEASE lah! kalau dikeluarkan dari scene tidak langsung mencacatkan cerita...macam lah takde adegan lain yang lebih relevan;
    • dan banyak lagi....
  4. Nasib baik....adegan dari membersihkan mayat arwah adam/amy tersebut sehinggalah ditanam mayatnya di luar tanah perkuburan membantu jalan cerita....kalau tak memang hancusssss!
  5. Aaron Aziz membawakan wataknya dengan agak baik...pelakon wanita yang melakonkan watak amy/adam itu saya pun tak tahu sape, ingatkan dia nie memang transvetite yang melakonkan watak tersebut, rupa-rupanya perempuan yang merelakan dirinya didedahkan untuk jadi tontonan...
  6. Movie nie, kalau letak dalam slot cerekarama sesuai la kot, itupun banyak adegan yang bakal dipotong nanti....
  7. Filem yang sepatutnya memberi keinsafan dan kesedaran...tetapi semasa menonton terdengar suara2 penonton yang gelak kelakar dan memberi komen yang agak kasar -"skrip bodoh macam nie pun boleh masuk filem...."...hmmmm, no komen!
  8. Takde bintang untuk cerita ini, melainkan bagi yang dapat mengambil pengajaran...ambillah pengajaran yang baik untuk dijadikan pedoman kita menjadi hamba ALLAH, supaya kita berjalan di atas jalan yang lurus sebelum kita ke negeri yang abadi...Dunia memang penuh dengan keindahan warna warni, tetapi jika dilihat dan diamati dengan teliti....dunia hanyalah khayalan indah manusia yang tidak kenal ALLAH swt - Tuhan yang menciptakan manusia dan seisi alamNya yang memberikan  bebanan dan tanggungjawab serta amanah yang amat beratkepada manusia untuk dipikul di dunia...bila manusia lupa tujuan kewujudannya di dunia, jadilah manusia itu manusia yang paling hina di sisi Tuhannya!
Wallahua'lam

No comments: