02 November 2010

Lasagna - Sesuka hati :-)

Minggu nie, saya mencuba pulak Lasagna...bersusah payah buat research mencari-cari resepi yang terbaik...akhirnya saya simpulkan...sukahati jer lah nak buat macamana asalkan bahan-bahan asasnya ade...hehehehe
berpandukan resepi di dalam internet dari luar negara dan dalam negara, saya modified sikit mengikut kesukaan saya :-)

Bahan-bahan untuk sos merah
  • 1 paket ayam kisar/daging kisar/seafood - diperap sekejap dengan herba-herba
  • 1 biji bawang besar dipotong dadu
  • 2 ulas bawang putih - tapi bagi yg alergi tak ada pun takpe
  • 1/2 tin cendawan butang dipotong dadu
  • 1 biji cili hijau/merah dipotong kasar
  • 1/2 tin tomato puree - du chef
  • Italian herbs/mixed herbs/rosemary herbs
  • Sos cili - bagi yang nak pedas boleh tambah cili padi...ermmm, ade ke orang buat lasagna pedas...hehehehe
  • Minyak utk memasak
  • Garam secukup rasa
Bahan-bahan untuk sos putih
  • Butter
  • Sesudu tepung gandum
  • 1/2 cawan Susu segar
  • Serbuk perisa secukup rasa
Bahan-bahan untuk lasagna:
  • Lasagna sheets (kepingan lasagna) – 4-5 keping
  • Keju - diparut halus (lebih kurang 1 mangkuk).Kalau tak nak guna keju parut, boleh juga guna kepingan cheddar cheese
  • Aluminium foil.
Cara-Cara Masak Sos Merah
  • Panaskan minyak.
  • Masukkan bawang besar, bawang putih yang telah dipotong dadu. Tumis sehingga naik baunya.
  • Masukkan ayam kisar yang telah diperap dengan herba-herba tadi.
  • Masukkan cendawan butang dan yang lainnya dan kacau sekata.
  • Biarkan dengan api sederhana sehingga masak. Kacau untuk mengelakkan hangit.
  • Masukkan air sedikit demi sedikit sekiranya inginkan lasagna berkuah dan moist.
  • Masukkan garam secukup rasa
  • Sebelum api ditutup, masukkan Italian Herbs sesudu kecil dan taburkan pada sos tersebut.
Cara-Cara Masak Sos Putih
  • Panaskan butter
  • Masukkan tepung dan kacau dan elakkan dari berketul
  • Masukkan susu segar secukup rasa (tak semestinya 1/2 cawan - agak-agak jer nak banyak mana dan tidak terlalu cair)
  • Masukkan garam secukup rasa
Cara-Cara Siapkan dan Bakar Lasagna
  • Lasagna perlu direndam dengan air panas terlebih dahulu untuk melembutkannya. Ada juga Kulit Lasagna yang tidak perlu direndam dengan air panas. Terpulang kepada individu untuk membeli kulit lasagna yang macamana. Saya menggunakan Kulit Lasagna San Remo - perlu direndam dahulu dengan air panas sehingga lembut
  • Lapiskan Lasagna tersebut di dalam bekas/loyang/casserol/pyrex yang telah disapukan dengan minyak zaitun terlebih dahulu.
  • Ikut selera masing-masing la kot, untuk meletakkan lapisan sos merah dan sos putih
  • Lasagna - sos merah - sos putih - Lasagna - sos merah - sos putih - cheddar cheese/keju parut (lapisan atas sekali)
  • Taburkan herba-herba di atas adunan tersebut (saya memang suka letak herbs :-))
  • Setelah disusun sehingga penuh satu acuan, bakar di dalam Oven dengan suhu 180'C selama 30 minit
  • Intai-intai sikit sekali sekala apa yang ada di dalam oven tersebut kot melimpah ruah kuahnyer ke :-D
***Tambahan: boleh selitkan kentang lenyek di antara lapisan-lapisan tersebut :-)
Akhirnya, berjaya jugak saya sharekan resepi Lasagna nie...Selamat Mencuba ye kawan-kawan dan keluarga :-D

No comments: