06 November 2010

347 hari mencari cinta

Ketika Cinta Bertasbih:
Cinta adalah kekuatan yg mampu
mengubah duri jadi mawar
mengubah cuka jadi anggur
mengubah sedih jadi riang
mengubah amarah jadi ramah
mengubah musibah jadi muhibah.

“Tali iman yang paling kuat adalah cinta karena Allah dan benci karena Allah.” (HR. At Tirmidzi)

Lama benar tidak menyambung edisi cerita mencari cinta ini...
Banyak cerita cinta yang berlaku, cuma masa tidak mengizinkan untuk bercerita dan mencorat-coretkan cerita-cerita cinta secara maya :-)

Entri kali ini mungkin agak menarik bagi sesetengah kita - risik, merisik, dirisik...menarikkan?
Di dalam budaya Melayu, merisik ini meninjau atau menengok. Dalam budaya Melayu, adat ini merupakan tahap awal menjodohkan teruna dan dara, yang melibatkan pertemuan antara wakil keluarga teruna dengan orang tua pihak dara. Pertemuan tersebut dianggap penting untuk menghormati keluarga pihak dara, sebagaimana ungkapan dalam adat Melayu kalau hendak meminang anaknya, pinanglah ibu bapaknya terlebih dahulu. Ungkapan tersebut menjelaskan bahwa pandangan dan restu orang tua perlu diperoleh terlebih dahulu dalam membuat keputusan yang besar seperti perkawinan. Tujuan adat ini dilakukan adalah untuk memastikan bahawa gadis yang dihajati oleh seorang lelaki itu masih belum berpunya. Ini penting, kerana dalam Islam seseorang itu dilarang meminang tunangan orang. Di samping itu, adat ini juga bertujuan untuk menyelidik latar belakang si gadis. Lazimnya adat ini akan dijalankan oleh saudara mara terdekat pihak lelaki seperti ibu atau bapa saudaranya. Prosesi merisik dilakukan dengan tertib dan sopan untuk menjaga dan memelihara nama baik kedua belah pihak. (Dipetik dari http://titassemtwo.blogspot.com/2009/03/adat-merisik.html)
Hadis Rasullullah berkenaan kebenaran untuk merisik (melihat tunang) dan meminang:
"Daripada Abu Hurairah RA berkata,sabda Rasullullah SAW kepada seorang lelaki yang hendak berkahwin dengan seorang perempuan: "Adakah kamu telah melihatnya? jawabnya tidak (kata lelaki itu kepada Rasullullah). Pergilah melihatnya supaya perkahwinan kamu terjamin berkekalan." (Hadis Riwayat Tarmizi dan Nasai)

Seorang kenalan saya pernah bertanya kepada saya yang kurang arif mengenai perkara-perkara cinta ini. Entah mengapa....
"kau percaya tak pada cinta selepas kahwin???"
"kenapa?"
"Ada kenalan yang dah lama tak berhubung bertanya soalan pada aku..."
"tanya ape?"
"tanya dah kawin ke belum...hmmm, katanyer kalau belum kawin, nak merisik..."
"okla tu..."
"hmmm, tapi takut jugak...kalau-kalau dia kenalkan dengan yang tak sesuai dgn aku"
"hmmm...ada tak dia tanya lelaki yang macamana pilihan engkau?"
"ada...aku bagitaula lelaki yang macamana...mana ada perempuan yang nak lelaki jahat..."
"hmmm...dah bagitau ciri-ciri lelaki pilihan tu, ok la tu...InsyaALLAH, kalau niat kawan engkau tu baik...dia dapat pahala yang besar, engkau dapat jodoh yang ditakdirkan untuk engkau di dunia dan juga sehingga ke syurga..InsyaALLAH!"
"aku pun tak tahu nak expect macamana...tengok jer la nanti, kalau itu memang jodoh yang ditakdirkan, aku terima dengan hati yang terbuka..."
"baru merisik jer kan...belum tentu jadi lagi...cuma kali nie, engkau diberi pilihan untuk memilih. Tapi kalau menjadi tu, memang besarla pahala kawan engkau tu, tolong mendirikan masjid dan merapatkan serta mengembangkan umat Muhammad saw.."
"hmmm...harap-harap begitula...aku pun bukannya muda lagi"
"heh..kita nie bukannya muda lagi...haaaa...cepat-cepatla sikit tu, boleh aku makan nasi minyak engkau pulak..."
"engkau tu pun sama jugak...bila lagi nak langsungnya.."
"InsyaALLAH! ada jodoh aku, tak ke mana...hehehehe" jawab aku dengan agak2 yakin...:-)

No comments: