30 November 2010

Teater Natrah 2...Cinta, Perjuangan dan Air Mata

26hb November 2010 - berkesempatan untuk menonton Natrah bersama kawan-kawan sepejabat...yang nie kali ke-2 saya tengok teater dan nampaknya saya semakin menyukai teater :-)
Kisahnya Natrah yang lahir di Jawa, diserahkan oleh ibunya kepada Cik Aminah yang khuatirkan mengenai keselamatannya ketika Jepun menyerang Indonesia yang ketika itu merupakan jajahan Belanda. Natrah diserahkan kepada Cik Aminah...dan kemudiannya di bawa ke Kemaman, Terengganu. Bermulalah kisah Bertha Hertogh kepada Natrah di Kemaman, Terengganu dan dibesarkan dengan ajaran Islam oleh ibu angkatnya Cik Aminah...untuk sinopsis cerita rasanyer ramai yang dah tahu, saya petik saja sinopsisnya dari - http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Natrah2selitelemenBollywood/Article/index_html
Teater ini berkisar kepada Maria Hertogh, gadis Belanda yang diserahkan ibunya, Adeline kepada ibu angkat, Che Aminah untuk dipelihara tanpa pengetahuan ayahnya, Sarjan Adrianus Petrus Hertogh kerana ditawan tentera Jepun. Maria Hertogh kemudian diberi nama Natrah dan menganut Islam. Apabila Sarjan Hertogh dibebaskan selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom Amerika Syarikat, lelaki itu balik ke Bandung, Jawa dan mencari anaknya. Natrah ditemui Arthur Locke, Penasihat British di Terengganu sewaktu pertunjukan senaman di padang Sekolah Perempuan Melayu Chukai. Che Aminah membawa Natrah ke Singapura atas perancangan dan muslihat Sarjan Hertogh. Seterusnya berlaku perebutan hak penjagaan antara Che Aminah dan ibu bapa kandung Natrah. Che Aminah diwakili peguam bela Ahmad Ibrahim, menang kes rayuannya itu. Bimbang Natrah diambil keluarganya, Natrah dikahwinkan dengan Cikgu Mansor Adabi secara nikah gantung di rumah bapa angkat Mansor Adabi, M.A. Majid di Seranggoon Road, Singapura. Ketika ini Natrah berusia 13 tahun dan Mansor Adabi pula 22 tahun. Dalam Undang-Undang Syariah Islam, perempuan umur 13 tahun dibenarkan kahwin tetapi mengikut undang-undang Belanda, anak berusia 16 tahun ke bawah, bapanya masih berhak menentukan kehidupannya. Konflik agama dan isu penjagaan akhirnya tercetus dan menjadi rusuhan di Singapura. 
Komen dan pandangan saya:
  1. Natrah kali ini diselitkan dengan elemen Bollywood, walaupun saya kira tidak begitu sesuai dengan keseluruhan jalan ceritanya...tapi, aksi Remy Ishak dan Maya Karin begitu menghiburkan, terbayang-bayang Shah Rukh Khan dan Kajol di atas pentas;
  2. Remy dan Maya penyeri teater Natrah 2, walaupun Remy sebagai Mansor Adabi muncul agak lewat..namun babak-babak bersama Maya amat menerujakan dan menghiburkan. Bagi seorang yang baru berjinak-jinak dengan lakonan teater, Remy berjaya memainkan watak sebagai Mansor Adabi;
  3. Umie Aida sebagai Cik Aminah memberikan kesan mendalam - watak ibu angkat kepada Natrah yang dibelanya dari kecil sehinggalah dipisahkan darinya saya kira amat mengesankan;
  4. Sofia Jane - sebagai Natrah ketika berumur 70tahun - lakonan yang mantap, monolog yang mengesankan. Monolog kalau tidak dilakukan dengan kreatif akan mendatangkan kebosanan kepada penonton, tetapi tidak pada Sofia Jane. Beliau mampu mendatangkan rasa kepada penonton...rasa marah, kecewa, dan pelbagai rasa;
  5. Susan Lancaster sebagai ibu Bertha Hertogh a.k.a Natrah - kemunculannya di dalam Natrah 2 menyokong dan menguatkan lagi teater Natrah 2;
  6. Ziela Jalil sebagai Mak Wok - walaupun bukanlah yang begitu utama, Ziela sebagai Mak Wok dan ibu kepada Mansor Adabi memberi satu keserasian apabila digandingkan dengan Umie Aida sebagai Cik Aminah;
  7. Aaron Aziz sebagai Burhanuddin Helmi, Fizz Fairuz, Lyana Jasmay, Nabila Huda, Sharifah Sofea antara watak-watak penyeri di dalam Natrah 2 dan ramai lagi;
  8. Monolog perebutan antara Natrah, Ibu Aminah dan Adelaine juga menarik - saya lebih bersimpati kepada Natrah...perjuangan kedua ibunya adalah untuk mempertahankan maruah bangsa dan agama...bagi Natrah, mereka seolah-olah tidak memperdulikan perasaannya sebagai manusia (yang nie malas nak komen panjang-panjang...)
  9. Satu lagi babak di mana Natrah tengah keliru dan struggle di dalam memilih di antara Islam dan Kristian, memang agak kontroversi babak ini dan juga babak di mana sister-sister mengerumuni Natrah berlatarbelakangkan Jesus Christ, dan penukaran baju kuruang kepada gown...realiti sememangnya kontroversi dan kita yang harus membuka mata dan hati dengan seluas-luasnya bahawa penjajah telah berjaya mempengaruhi kita untuk menjauhi agama syumul kita, Islam dari jiwa dan hati kita. Lihat sahaja kisah-kisah murtad yang lain yang berlaku di Malaysia dari dulu sehinggalah sekarang ini yang tidak diperbesarkan-besarkan kerana mengambil kira sensitiviti rakyat...apakah lebih penting lagi sensitiviti rakyat berbanding sensitiviti agama yang melibatkan aqidah? Saya kira, kita dan pihak-pihak yang terlibat dan bertanggungjawab kene ambil perhatian dan tindakan terhadap perkara ini;
  10. Keseluruhan - bagi pandangan saya...kalau diamati berkali-kali, unsur hiburan, cinta, perjuangan dan air mata menjadi jalan cerita...tapi, perjuangan terhadap agama adalah nadi utama di dalam penceritaan dan sindiran sinis terhadap ketidakupayaan kita mempertahankan agama, perundangan kita yang lebih kebaratan dan tidak menyokong perundangan Islam itu sendiri, dan perundangan Islam yang tidak dipraktikkan dan dilaksanakan dengan sebetulnya dan sebaiknya, cara Barat mempengaruhi kita hingga kita menjauhi agama kita sendiri dan menjadikan amalan agama kita satu keanehan dan tahap sensitiviti kita terhadap penghinaan kepada agama kita, Islam yang Agung itulah kunci yang dapat saya simpulkan...
Wallahua'lam

Rindu...

Rindu yang terpendam....
membuahkan mimpi
pada seseorang
namun,
mimpi hanya tinggal mimpi
yang terpendam dikamar hati
tidak mampu diluahi
kerana takut menghantui diri
serta,
malu membentengi diri....

29 November 2010

Rahsia surah-surah Al-Quran

Assalamualaikum wbwt
Buat sesiapa yang merasakan ada penyakit mazmumah dalam badan, bacalah:

(1) BISMILLAH (Dengan nama Allah)
Barangsiapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian mengejut. Dan barangsiapa membaca sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada pembaca.

(2) SURAH AL-FATIHAH (Pembukaan)
Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunat Subuh dan fardhunya, nescaya permintaannya di perkenankan, jika sakit lekas sembuh dan nescaya dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh musuh. Barangsiapa membaca 20 kali sesudah tiap-tiap sembahyang fardhu, nescaya rezekinya dilapangkan oleh Allah dan bertambah baik keadaannya, serta bercahaya rohaninya.

(3) AYAT AL-KURSI (Kekuasaan Allah)
Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya terpelihara dari tipu daya dan gangguan syaitan. Dengan membacanya seorang yang miskin akan menjadi kaya, dan jika dibaca ketika hendak tidur nescaya akan terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman. Barangsiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya. Barangsiapa berwudhuk lalu membaca sekali, nescaya Allah akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat.

Dan tersebut dalam hadith yang lain:
Barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, nescaya Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga kesubuh, dan mengurniakan kota nur menurut bilangan rambut dibadannya. Jika sipembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid.

Imam Jaafar Shadiq r.a. mengatakan:
"Barangsiapa membaca sekali, nescaya Allah akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah kemiskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka".

(4) SURAH AL-BAQARAH (Sapi Betina)
Barangsiapa membaca dua ayat terakhir dari surah ini (Amanar rasulu) sebelum tidur, ia akan terselamat dari segala bala bencana dan mara bahaya.

(5) SURAH ALI-IMRAN (Keluarga Imran)
Barangsiapa membaca tiga ayat yang pertama dari surah ini, nescaya ia akan mencapai kesihatan dari segala penyakit dan terselamat dari gangguan jin.

(6) SURAH AN-NISSA' (Perempuan)
Barangsiapa yang membaca ayat yang ke 75 dari surah ini, nescaya ia akan terselamat dari kejahatan para penjahat.

(7) SURAH AL-MAIDAH (Hidangan)
Barang siapa membaca ayat yang ke 7 dari surah ini, sebanyak yang mungkin selama 3 hari berturut -turut, insyaAllah akan terselamat dari was-was semasa wudhu dan sembahyang. Barang siapa membaca ayat 89 hingga ayat 101 dari surah ini, keatas air lalu diberi minum kepada orang yang bercakap dusta, nescaya dia tidak akan bercakap dusta lagi.

(8) SURAH AL-AN'AM (Binatang Ternak)
Barang siapa membacanya sebanyak 7 kali, nescaya akan terhindar dari segala bala bencana. Jika ayat 63 dan 64 dari surah ini,dibaca oleh penumpang kapal, ia akan terselamat dari karam dan tenggelam.

(9) SURAH AL-A'RAAF (Benteng Tinggi)
Barang kali membaca ayat 23 dari surah ini, selepas tiap-tiap sembahyang fardhu, lalu beristighfar kepada Allah, nescaya akan terampun segala dosanya. Barang siapa membaca ayat 47 dari surah ini, ia akan terpelihara dari kekacauan para penzalim serta ia akan mendapat rahmat Allah.

(10) SURAH AL- ANFAL (Rampasan)
Barang siapa membaca ayat 62 dan 63 dari surah ini, nescaya dia akan di cintai dan dihormati oleh sekalian manusia.

(11) SURAH AL-BARAAH (AT-TAUBAH) (Pemutus Perhubungan)
Barang siapa membacanya, nescaya akan terselamat dari kemunafiqan dan akan mencapai hakikat iman. Barang siapa membaca ayat 111 dari surah ini, dikedai atau ditempat-tempat perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu.

(12) SURAH YUNUS (Yunus)
Barangsiapa membaca ayat 31 dari surah ini, keatas perempuan yang hamil, nescaya ia akan melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat. Barang siapa membaca ayat 64 dari surah ini, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk dan mengigau.

(13) SURAH AL-HUD (Hud)
Barang siapa membaca, nescaya ia akan mendapat kekuatan dan kehebatan serta ketenangan dan ketenteraman jiwa. Barang siapa membaca ayat 56 dari surah ini, pada setiap masa, nescaya ia akan terselamat dari gangguan manusia yang jahat dan binatang yang liar. Barang siapa membaca ayat 112 dari surah ini, sebanyak 11 kali selepas tiap-tiap sembahyang, nescaya akan mencapai ketetapan hati.

(14) SURAH YUSUF (Yusuf)
Barang siapa membacanya, akan di murahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya. Barang siapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup. Barang siapa membaca ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesolehan kepada anak-anaknya.

(15) SURAH AR-RA'D (Petir)
Barang siapa membaca ayat 13 dari surah ini, ia akan terselamat dari petir. Dan barangsiapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya penyakit jantungnya akan sembuh.

(16) SURAH IBRAHIM (Ibrahim)
Barang siapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya anak-anaknya akan terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan bida'ah.

(17) SURAH AL-IIIJ'R (Batu Gunung)
Barang siapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini, ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat, dari gugurnya.

(18) SURAH BANI ISRAIL (anak-anak Israil)
Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang bercakap gagap insyaAllah akan hilang gagapnya itu. Barang siapa membaca ayat 80 dari surah ini, ketika ia pulang dari perjalanan, nescaya dia akan dimuliakan dan dihormati oleh orang-orang yang setempat dengannya.

(19) SURAH AL-KAHF (Gua)
Barang siapa membacanya, akan terhindar dari kemiskinan dan kepapaan. Barang siapa membacanya pada malam Jumaat, mescaya dia akan mendapat rezeki yang murah.

(20) SURAH MARYAM (Maryam)
Barang siapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan akhirat.

(21) SURAH THAAHAA (Hai Manusia)
Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan mengurniakan kepadanya ilmu pengetahuan dan akan tercapai segala maksudnya. Barang siapa membaca ayat-ayat 25 hingga 28 sebanyak 21 kali, tiap-tiap hari selepas sembahyang subuh nescaya otaknya akan cerdas dan akalnya akan sempurna.

(22) SURAH AL ANBIYA (Nabi-Nabi)
Barang siapa membaca ayat 83 dari surah ini, nescaya dia akan mendapat sebesar-besar pangkat di sisi Allah s.w.t .

(23) SURAH AL-HAJ (Haji)
Barang siapa membacanya, Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.

(24) SURAH AL-MU'MINUN (Orang-orang Mukmin)
Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang selalu minum minuman keras,nescaya dia tidak akan meminumnya lagi. Barang siapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya perahunya akan terselamat daripada karam dan rumahnya akan terselamat dari kecurian dan serangan musuh.

(25) SURAH AN-NUUR (Cahaya)
Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk. Barang siapa membaca ayat 35 dari surah ini, pada hari Jumaat sebelum sembahyang Asar, nescaya dia akan disegani oleh orang ramai.

(26) SURAH AL-FURQAN (Pembaca)
Barang siapa membacanya sebanyak 3 kali ke atas air yang bersih, lalu air itu dipercikkan di dalam rumah,nescaya rumah itu akan terselamat dari gangguan binatang-binatang yang liar dan ular-ular yang bisa.

(27) SURAH ASY-SYU A'RA (Ahli-ahli Syair)
Barang siapa membaca ayat 130 dari surah ini, sebanyak 7 kali dengan senafas ke atas orang-orang yang digigit oleh binatang-binatang yang berbisa nescaya akan hilang bisa-bisa itu.

(28) SURAH AN-NAML (Semut)
Barang siapa membacanya nescaya nikmat-nikmat Allah akan kekal kepadanya.

(29) SURAH AL-QA-SHASH (Cerita)
Barang siapa membacanya ke atas pekerja-pekerjanya, nescaya mereka tidak akan mencuri dan mengkhianat. Barang siapa membaca ayat-ayat 51 hingga 55 dari surah ini, nescaya otaknya akan cergas, akalnya akan sempurna dan budi pekertinya
akan halus.

(30) SURAH AL-ANKABUT (Labah-labah)
Barang siapa membacanya, nescaya demamnya akan sembuh. Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari gelisah dan keluh kesah.

(31) SURAH AR-RUM (Rum)
Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan membinasakan orang yang hendak menzaliminya.

(32) SURAH LUQMAN (Luqman)
Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala-gala penyakit terutama dari penyakit-penyakit perut. Barang siapa membaca ayat 31 dari surah ini, nescaya akan terselamat dari bencana banjir.

(33) SURAH AS-SAJ DAH (Sujud)
Barang siapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini, ke atas kanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia akan terhindar dari segala-gala penyakit ruhani dan jasmani.

(34) SURAH AL-AHZAB (Golongan-golongan)
Barang siapa membaca ayat-ayat 45 hingga 48 dari surah ini, nescaya ia akan mendapat kemuliaan dan kehormatan sejati. Dan barang siapa membaca ayat-ayat 60 hingga 66 dari surah ini, nescaya Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.

(35) SURAH SABA' (Saba')
Dengan membacanya, terselamatlah ia dari segala-gala bala bencana, terutamanya dari rosaknya tanam-tanaman.

(36) SURAH FAATHIR (Pencipta)
Barang siapa membaca ayat-ayat 29 dan 30, nescaya Allah akan memberkati perniagaannya.

(37) SURAH YAASIIN (Hai Manusia)
Nabi kita Muhammad s.a.w bersabda : "Tiap-tiap sesuatu mempunyai hati dan hati Al-Quran ialah surah Yaasin."
Hadith yang lain mengatakan : "Barang siapa membaca surah Yaasiin kerana Allah, nescaya akan terampun segala dosanya kecuali dosa syirik.."

Dalam satu hadith yang lain Baginda s.a.w bersabda :"Hendaklah kamu membaca surah Yaasiin ke atas pesakit-pesakitmu yang menghadapi sakaratul-maut, nescaya Allah s.w.t akan meringankan kekerasan sakaratul-maut itu."

Dalam satu hadith yang lain pula Baginda s.a.w bersabda : "Aku ingin benar, agar surah Yaasiin ini dihafaz oleh tiap-tiap umatku."

Barang siapa membacanya sebanyak 41 kali, pasti akan tercapai segala hajat dan cita-citanya.

Barang siapa membacanya sebanyak 21 kali pada malam Jumaat, lalu berdoa istghfar untuk kedua ibu bapanya, nescaya dosa kedua ibu bapanya akan diampunkan oleh Tuhan.

Barang siapa membaca sekali ketika membuka kedai atau perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu.

Barang siapa membacanya sekali pada awal malam, andai kata ia mati pada malam itu, mesti ia mati syahid dan barang siapa membacanya sekali pada awal pagi, andaikata ia mati pada hari itu, mesti ia mati syahid.

Barang siapa membacanya sekali selepas tiap-tiap sembahyang Jumaat, nescaya ia akan diselamatkan dari siksa kubur.

Jika dibacanya oleh seorang askar, ketika ia hendak turun kemedan peperangan, Allah akan mengurniakan kepadanya keberanian dan kegagahan, serta naiklah ketakutan pada musuh-musuhnya.

Hikmat-hikmat dan khasiat-khasiat surah Yaasiin ini banyak benar didapati di dalam kitab-kitab hadith tetapi cukuplah setakat ini untuk di amal oleh anda sekalian.

(38) SURAH ASH-SHAAFFAAT (Yang Berbaris)
Barang siapa membacanya, insya Allah in akan terpelihara daripada gangguan jin.

(39) SURAH SHAAD (Shaad)
Dengan membaca ayat 42 dari surah ini, nescaya akan mendapat kebahagian sejati.

Wassalam. Wallahua'lam...
Oleh :Lyza

23 November 2010

Review : 2 Alam...

Sinopsis 2 Alam...
Adam adalah anak kepada seorang  bekas pelakon bangsawan bernama Zainal. Dia bersahabat baik dengan dua orang temannya iaitu Ishak dan Hassan. Sewaktu kecil Adam adalah seorang kanak-kanak yang sangat petah dan pandai mengaji Al-Quran berbanding dua temannya.

Kerana kecemerlangannya di dalam pelajaran dia akhirnya dihantar untuk meneruskan pengajiannya di London. Manakala teman baiknya Ishak dihantar oleh bapanya di Al-Azhar, Mesir. Hassan di hantar oleh bapanya ke Amerika meneruskan pengajian dalam bidang perundangan. Sewaktu di London, Adam telah melakukan pembedahan menukar jantina selepas terpengaruh dengan budaya songsang barat. Dia mengambil keputusan untuk berkahwin dengan seorang jejaka Inggeris dan meneruskan kehidupan di London sebagai pelakon pentas bagi meneruskan legasi bapanya.
Apabila dia ditinggalkan oleh lelaki Inggeris tersebut Adam telah menukar namanya kepada Amy itu pun kembali ke tanahair untuk memulakan sebuah kehidupan baru. Sekelip mata sahaja Amy menjadi popular kerana Aura dari London yang dibawa bersamanya itu menjadi.
Dia terbabit  lagi dengan cinta seorang lelaki bernama Juan Agustin seorang bintang Pop Malaysia yang sangat popular di Taiwan. Saban hari kehidupannya semakin jauh dari Tuhannya sehingga pada suatu hari segala tembelangnya pecah kerana dia dirogol bergilir-gilir oleh 3 lelaki di dalam sebuah ladang getah.
Kini 7 dosa besar yang dilakukannya mula mengejarnya satu persatu akhirnya dia nekad dan menggantungkan diri. Perjalanan jenazah Adam ke kubur adalah satu kembara terakhir seorang manusia yang melakukan 7 dosa besar. Apakah perjalanannya ini hanya seperti membawa seorang bangkai untuk di timbuskan ke dalam perut bumi? Apakah kesukaran yang bakal diterima oleh jenazah yang cukup popular ini?
Bagaimanakan Hj Ishak seorang sahabat baik kepadanya menerima dan menguruskan sahabat  baiknya itu pada hari-hari terakhir jasad itu di atas muka bumi? Dimanakah sebenarnya tempat untuk manusia  yang tidak tahu membezakan antara sesuatu kekal dan batil akan ditempatkan pada simpanannya sebelum dibangkitkan semula?
Komen saya:
  1. Apa yang best sangat cerita nie??? Entahlah, saya pun tak pasti, sebab itulah saya terbeli tiket cerita ini walaupun saya bukanlah minat sangat filem melayu;
  2. Yang pastinya...yang boleh saya simpulkan, mesej yang nak disampaikan:
    • Bila ALLAH dah jadikan kita lelaki atau perempuan, jadilah seperti apa yang ALLAH telah tetapkan, bagi yang perempuan jangan dok sibuk nak jadi jantan dan bagi yang lelaki jangan dok gatal-gatal jadi betina atau jalang;
    • Pembentukan sahsiah seorang anak itu memang bermula dari rumah. Lihat sahaja di Adam, kecilnya menjadi contoh buat kawan2 nya di dalam bab2 mengaji Quran. Akan tetapi, apabila remaja dan dewasa, seseorang itu boleh berubah jika berada di dalam persekitaran yang men-songsangkan dan penuh dengan cabaran. Adam telah pun menjadi Amy ketika menyambung pelajarannya di London dan berkahwin secara sesat lagi menyesatkan dengan seorang lelaki orang puteh...takde akad nikah dan wali, yang ada cuma paderi dan kemudiannya balingan bunga kepada tetamu yang hadir di dalam majlis tersebut;
    • Kehidupan di dunia bukanlah tempat untuk kita bersuka ria, bukan juga tempat untuk kita berbangga-bangga dengan kecantikan, kekayaan, kemasyhuran dan kenikmatan. Dunia hanyalah persinggahan yang ramai manusia lupa...bahawa di akhirat nanti pembalasan akan menanti bagi setiap perbuatan dan perkara yang kita lakukan di dunia...malah, ramai juga yang dah dapat 'cash' awal-awal lagi kat dunia...itupun manusia tidak mengambil iktibar ~(Surah Al-Zalzalah 99:7-8: "Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarrah pun, niscaya akan melihat (balasan) nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarrah pun, niscaya dia akan melihat (balasan) nya pula")~;
    • Bila Al-Quran dan Sunnah sudah tidak menjadi pegangan dan pedoman...berpesta lah syaitan-syaitan dengan gelagat manusia yang lupa diri, minum arak, seks bebas dan sebagainya untuk mencapai tujuan dan kesenangan hidup di dunia;
    • Seharusnya semakin tinggi ilmu seseorang, semakin dia mengenal Tuhannya dan Penciptanya...malangnya, ramai yang semakin tinggi ilmunya, semakin dia lupa Tuhan;
    • Dan banyak lagi yang boleh diambil pengajaran....
  3. Malangnya, adegan-adegan keduniaan amy/adam amat memualkan saya:
    • adegan ranjang yang saya kira terlampau-lampau;
    • adegan yang diulang-ulang, apa motif mengulang scene yang sama...seumpanya langsung tidak ada kreativiti di dalam membina adegan yang lebih menguatkan jalan cerita;
    • skrip yang langsung tidak membina minda seseorang untuk berfikir....seolah-olah seperti skrip tangkap muat atau skirp kelas bawahan yang memualkan;
    • pelakon-pelakon extra yang diambil entah dari kampung mana....macamlah kat kampung tu dah takda pemuda belia...yang ada hanya orang-orang tua sahaja
    • adegan perkahwinan amy dgn mat saleh yang beberapa kali diulang tayang tanpa motif yang kuat....(apa dasak nya ngulang adegan yang sama....BORING!);
    • adegan yang tidak relevan antaran amy dan bf nya berjalan berselisih di tepi kolam, then masuk dalam kolam....langsung tidak releven...PLEASE lah! kalau dikeluarkan dari scene tidak langsung mencacatkan cerita...macam lah takde adegan lain yang lebih relevan;
    • dan banyak lagi....
  4. Nasib baik....adegan dari membersihkan mayat arwah adam/amy tersebut sehinggalah ditanam mayatnya di luar tanah perkuburan membantu jalan cerita....kalau tak memang hancusssss!
  5. Aaron Aziz membawakan wataknya dengan agak baik...pelakon wanita yang melakonkan watak amy/adam itu saya pun tak tahu sape, ingatkan dia nie memang transvetite yang melakonkan watak tersebut, rupa-rupanya perempuan yang merelakan dirinya didedahkan untuk jadi tontonan...
  6. Movie nie, kalau letak dalam slot cerekarama sesuai la kot, itupun banyak adegan yang bakal dipotong nanti....
  7. Filem yang sepatutnya memberi keinsafan dan kesedaran...tetapi semasa menonton terdengar suara2 penonton yang gelak kelakar dan memberi komen yang agak kasar -"skrip bodoh macam nie pun boleh masuk filem...."...hmmmm, no komen!
  8. Takde bintang untuk cerita ini, melainkan bagi yang dapat mengambil pengajaran...ambillah pengajaran yang baik untuk dijadikan pedoman kita menjadi hamba ALLAH, supaya kita berjalan di atas jalan yang lurus sebelum kita ke negeri yang abadi...Dunia memang penuh dengan keindahan warna warni, tetapi jika dilihat dan diamati dengan teliti....dunia hanyalah khayalan indah manusia yang tidak kenal ALLAH swt - Tuhan yang menciptakan manusia dan seisi alamNya yang memberikan  bebanan dan tanggungjawab serta amanah yang amat beratkepada manusia untuk dipikul di dunia...bila manusia lupa tujuan kewujudannya di dunia, jadilah manusia itu manusia yang paling hina di sisi Tuhannya!
Wallahua'lam

19 November 2010

Kecewa...

Kecewa dan sedih dengan berita yang dikhabarkan pada hari raya EidulAdha. Hajat hati tak kesampaian untuk pergi ke sana. Kerajaan Arab Saudi telah membatalkan semua visa ziarah bagi bulan Disember.
Perasaan untuk menjadi tetamu istimewa hancur berderai buat seketika...hilang mood nak buat ape2 masa tu.
Tapi...bila difikir-fikirkan balik...muhasabah diri semula, pembatalan visa ziarah dari kerajaan Arab Saudi tu sebab dan musababnya. Mudah-mudahan ada hikmah yang lebih besar disebalik pembatalan tersebut, dan ALLAH lah yang lebih mengetahui di sebalik kejadian.
Mana tahu, mungkin aku tidak cukup bersedia lagi...persediaan ke sana masih belum dan tidak mencukupi lagi untuk aku layak ke sana...pernah juga berburuk sangka dengan ALLAH, apakah ALLAH tidak sudi menerima tetamu kerdil dan hina ini untuk berkunjung ke rumahNYA? Astaghfirullahal 'Adzim...buruk sangka pulak aku pada Sang Maha Pencipta...sekali sekala DIA menolak permintaan dan permohonan kita, terus buruk sangka, sedangkan selama hidup kita banyak sungguh permintaan dan hajat kita dipenuhi olehNYA.

Aku pujuk hati untuk menerima dengan redha...mungkin usahaku masih belum cukup dan masih belum layak lagi untuk aku mendapat tiket ke sana...mungkin juga ada yang lebih baik dan lebih bagus yang menanti.

Redhalah wahai hati...Bersabarlah dengan setiap dugaan, ALLAH tidak akan membebankan hambaNYA dengan apa yang tidak dapat ditanggung olehnya, muhasabahlah diri wahai hati, berlumba-lumbalah wahai hati untuk kebaikan...InsyaALLAH satu hari nanti ALLAH akan menghantar kad jemputan yang istimewa itu untuk tetamuNYA yang istimewa...Aaamin!

11 November 2010

344 hari mencari cinta...

‎"jangan ditangisi jika cinta dunia tidak memandang kepadamu..."itulah status terpampang dari seseorang yang amat saya kenal di FB...you know who you are...pinjam yer kata-kata itu :-)
cinta dunia berbunga-bunga jika terbalas
cinta dunia terhina terkeji jika disalah balas
cinta dunia jadi neraka jika terbabas
cinta dunia jadi syurga kiranya LILLAHI TA'ALA...
indahnya cinta dunia
perasaan diawang-awangan
harapan tinggi meng-awan
hati bagai dibuai-buai
pria atau dara pujaan sentiasa dalam ingatan
indahnya cinta dunia...
kiranya menangis kerana cinta dunia
kiranya kecewa dengan cinta dunia
bersabarlah...
bersyukurlah...
carilah cinta akhirat
kejarlah cinta yang kekal
yaqinlah...
kecewa berganti ceria
sedih bertukar gembira
hati layu berkembang mekar
berbunga-bunga di dalamnya
kerna...
bakal bertemu taman syurgawi
ditemani pria dan bidadari
kekal abadi...
InsyaALLAH!

10 November 2010

Semalam aku bermimpi...

Semalam aku bermimpi...
terbang ke jakarta bertemu kawan-kawan dan kenalan
menghadiri program ala-ala kursus lukisan alam...
kemudian terbang pula ke tokyo menghadiri program yang sama...
lukisan alam menjadi tema sepanjang jelajah tersebut....
indahnya menikmati dan menghayati alam...
tiba-tiba...aisehh, bunyi alarm mengejutkan aku dari mimpi
terasa penat sedikit dek kerana penjelajahan yang agak jauh
hmmm...masa utk sahur dan solat subuh pulak...
biarkan mimpi indah itu berlalu...semoga ada lagi mimpi-mimpi indah selepas ini :-)

08 November 2010

345 hari mencari cinta...

Cinta dunia...Cinta akhirat
kiranya kita merasakan dunia ini tidak mencukupi bagi kita, pilihlah Akhirat...InsyaALLAH, hati tenang, fikiran tidak kacau dan serabut, perasaan tidak resah gelisah memikirkan hidup kita sentiasa sibuk mengejar dunia dan memikirkan kerja di pejabat yang tak pernah selesai, sentiasa merasa cukup dan perasaan sentiasa rasa kurang (rumah dah ade, nak besarkan lagi dengan hutang, kereta tak habis lagi bayar, beli yang baru dengan menambah hutang, keinginan mengatasi keperluan) dengan segala yang kita ada ini terhapus, biarlah rezeki yang ada mencukupi buat kita hidup di dunia fana ini...
tetapi, jangan disalah ertikan pulak - tuntutan mencari rezeki itu wajib dan sentiasa merasa cukup itu bukanlah bermakna kita tidak perlu berusaha dan berlumba-lumba untuk menjadi kaya raya, kerana orang kaya yang beriman dan tawadhu' itu lebih baik dan tinggi nilainya...
wajib bagi kita memikirkan apakah bekalan untuk akhirat kita mencukupi?
cukupkah sekadar solat 5 waktu sehari semalam, puasa sebulan di bulan Ramadhan, zakat apabila cukup nisab, pergi Haji ke Mekah sekiranya berkemampuan...cukupkah semua ibadah yang kita telah lakukan itu menjadi bekalan dan menolong kita di sana kelak?...saya sendiri pun tidak tahu bagaimana nasib saya nanti...sama-sama kita berdoa, semoga ibadah kita yang tidak seberapa di dunia ini diterima dan dapat menolong kita di sana kelak...Aaamin!

Saya titipkan di sini dzikir - mudah-mudahan bermanfaat untuk semua:
Dzikir : Hasbiyallahu Laa ilaaha illaa hua , 'alayhi tawakkaltu wahua robbul-ul-'arsh-el-'azeem " Cukuplah Allah bagiku, Tiada Tuhan (yang berhak disembah) kecuali Dia, hanya kepada-Nya aku bertawakkal, dan Dia adalah Tuhan yang memiliki' Arsy Yang Agung." (7X) 
Keutamaannya : Barangsiapa yang membacanya di waktu pagi dan petang sebanyak tujuh kali, maka Allah mencukupkan baginya segala yang ia butuhkan dari urusan dunia dan akhirat.  (H.R. Ibnu Sunni,Abu Dawud) 

Pencarian mencari cinta bagi hari ke-15 berakhir di sini...InsyaALLAH, ada kudrat dan waktu yang terluang, pencarian cinta diteruskan :-)

6 Amalan Utama di Awal Dzulhijah by "KATA-KATA HIKMAH"

Sahabat Hikmah...
Dalam suasan yang penuh duka karena bencana... 
Alhamdulillah, bulan Dzulhijah telah menghampiri kita.
Kita bisa mendekatkan diri kepada Sang Penguasa Alam...
Beribadah, bertaubat dan berdoa semoga bencana-bencana segera berakhir.
Keutamaan Sepuluh Hari Pertama Dzulhijah

Adapun keutamaan beramal di sepuluh hari pertama Dzulhijah diterangkan dalam hadits Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma berikut,

« مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ مِنْ هَذِهِ الأَيَّامِ ». يَعْنِى أَيَّامَ الْعَشْرِ. قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَلاَ الْجِهَادُ فِى سَبِيلِ اللَّهِ قَالَ « وَلاَ الْجِهَادُ فِى سَبِيلِ اللَّهِ إِلاَّ رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَىْءٍ ».

"Tidak ada satu amal sholeh yang lebih dicintai oleh Allah melebihi amal sholeh yang dilakukan pada hari-hari ini (yaitu 10 hari pertama bulan Dzul Hijjah)." Para sahabat bertanya: "Tidak pula jihad di jalan Allah?" Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab, "Tidak pula jihad di jalan Allah, kecuali orang yang berangkat jihad dengan jiwa dan hartanya namun tidak ada yang kembali satupun."[1]

Dalil lain yang menunjukkan keutamaan 10 hari pertama Dzulhijah adalah firman Allah Ta’ala,

وَلَيَالٍ عَشْرٍ
“Dan demi malam yang sepuluh.” (QS. Al Fajr: 2). Di sini Allah menggunakan kalimat sumpah. Ini menunjukkan keutamaan sesuatu yang disebutkan dalam sumpah.[2] Makna ayat ini, ada empat tafsiran dari para ulama yaitu: sepuluh hari pertama bulan Dzulhijah, sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan, sepuluh hari pertama bulan Ramadhan dan sepuluh hari pertama bulan Muharram.[3] Malam (lail) kadang juga digunakan untuk menyebut hari (yaum), sehingga ayat tersebut bisa dimaknakan sepuluh hari Dzulhijah.[4] Ibnu Rajab Al Hambali mengatakan bahwa tafsiran yang menyebut sepuluh hari Dzulhijah, itulah yang lebih tepat. Pendapat ini dipilih oleh mayoritas pakar tafsir dari para salaf dan selain mereka, juga menjadi pendapat Ibnu ‘Abbas.[5]

Lantas manakah yang lebih utama, apakah 10 hari pertama Dzulhijah ataukah 10 malam terakhir bulan Ramadhan?

Ibnul Qayyim rahimahullah dalam Zaadul Ma’ad memberikan penjelasan yang bagus tentang masalah ini. Beliau rahimahullah berkata, “Sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan lebih utama dari sepuluh malam pertama dari bulan Dzulhijjah. Dan sepuluh hari pertama Dzulhijah lebih utama dari sepuluh hari terakhir Ramadhan. Dari penjelasan keutamaan seperti ini, hilanglah kerancuan yang ada. Jelaslah bahwa sepuluh hari terakhir Ramadhan lebih utama ditinjau dari malamnya. Sedangkan sepuluh hari pertama Dzulhijah lebih utama ditinjau dari hari (siangnya) karena di dalamnya terdapat hari nahr (qurban), hari ‘Arofah dan terdapat hari tarwiyah (8 Dzulhijjah).”[6]

Sebagian ulama mengatakan bahwa amalan pada setiap hari di awal Dzulhijah sama dengan amalan satu tahun. Bahkan ada yang mengatakan sama dengan 1000 hari, sedangkan hari Arofah sama dengan 10.000 hari. Keutamaan ini semua berlandaskan pada riwayat fadho’il yang lemah (dho’if). Namun hal ini tetap menunjukkan keutamaan beramal pada awal Dzulhijah berdasarkan hadits shohih seperti hadits Ibnu ‘Abbas yang disebutkan di atas.[7] Mujahid mengatakan, “Amalan di sepuluh hari pada awal bulan Dzulhijah akan dilipatgandakan.”[8]

6 Amalan Utama di Awal Dzulhijah

Pertama: Puasa
Disunnahkan untuk memperbanyak puasa dari tanggal 1 hingga 9 Dzulhijah karena Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam mendorong kita untuk beramal sholeh ketika itu dan puasa adalah sebaik-baiknya amalan sholeh.
Dari Hunaidah bin Kholid, dari istrinya, beberapa istri Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam mengatakan,

عَنْ بَعْضِ أَزْوَاجِ النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- قَالَتْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يَصُومُ تِسْعَ ذِى الْحِجَّةِ وَيَوْمَ عَاشُورَاءَ وَثَلاَثَةَ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ أَوَّلَ اثْنَيْنِ مِنَ الشَّهْرِ وَالْخَمِيسَ.
“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam biasa berpuasa pada sembilan hari awal Dzulhijah, pada hari ‘Asyura’ (10 Muharram), berpuasa tiga hari setiap bulannya[9], ...”[10]
Di antara sahabat yang mempraktekkan puasa selama sembilan hari awal Dzulhijah adalah Ibnu ‘Umar. Ulama lain seperti Al Hasan Al Bashri, Ibnu Sirin dan Qotadah juga menyebutkan keutamaan berpuasa pada hari-hari tersebut. Inilah yang menjadi pendapat mayoritas ulama. [11]

Kedua: Takbir dan Dzikir
Yang termasuk amalan sholeh juga adalah bertakbir, bertahlil, bertasbih, bertahmid, beristighfar, dan memperbanyak do’a. Disunnahkan untuk mengangkat (mengeraskan) suara ketika bertakbir di pasar, jalan-jalan, masjid dan tempat-tempat lainnya.
Imam Bukhari rahimahullah menyebutkan,

وَقَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ وَاذْكُرُوا اللَّهَ فِى أَيَّامٍ مَعْلُومَاتٍ أَيَّامُ الْعَشْرِ ، وَالأَيَّامُ الْمَعْدُودَاتُ أَيَّامُ التَّشْرِيقِ . وَكَانَ ابْنُ عُمَرَ وَأَبُو هُرَيْرَةَ يَخْرُجَانِ إِلَى السُّوقِ فِى أَيَّامِ الْعَشْرِ يُكَبِّرَانِ ، وَيُكَبِّرُ النَّاسُ بِتَكْبِيرِهِمَا . وَكَبَّرَ مُحَمَّدُ بْنُ عَلِىٍّ خَلْفَ النَّافِلَةِ .

Ibnu ‘Abbas berkata, “Berdzikirlah kalian pada Allah di hari-hari yang ditentukan yaitu 10 hari pertama Dzulhijah dan juga pada hari-hari tasyriq.” Ibnu ‘Umar dan Abu Hurairah pernah keluar ke pasar pada sepuluh hari pertama Dzulhijah, lalu mereka bertakbir, lantas manusia pun ikut bertakbir. Muhammad bin ‘Ali pun bertakbir setelah shalat sunnah.[12]

Catatan:
Perlu diketahui bahwa takbir itu ada dua macam, yaitu takbir muthlaq (tanpa dikaitkan dengan waktu tertentu) dan takbir muqoyyad (dikaitkan dengan waktu tertentu).
Takbir yang dimaksudkan dalam penjelasan di atas adalah sifatnya muthlaq, artinya tidak dikaitkan pada waktu dan tempat tertentu. Jadi boleh dilakukan di pasar, masjid, dan saat berjalan. Takbir tersebut dilakukan dengan mengeraskan suara khusus bagi laki-laki.
Sedangkan ada juga takbir yang sifatnya muqoyyad, artinya dikaitkan dengan waktu tertentu yaitu dilakukan setelah shalat wajib berjama’ah[13].
Takbir muqoyyad bagi orang yang tidak berhaji dilakukan mulai dari shalat Shubuh pada hari ‘Arofah (9 Dzulhijah) hingga waktu ‘Ashar pada hari tasyriq yang terakhir. Adapun bagi orang yang berhaji dimulai dari shalat Zhuhur hari Nahr (10 Dzulhijah) hingga hari tasyriq yang terakhir.
Cara bertakbir adalah dengan ucapan: Allahu Akbar, Allahu Akbar, Laa ilaha illallah, Wallahu Akbar, Allahu Akbar, Walillahil Hamd.

Ketiga: Menunaikan Haji dan Umroh
Yang paling afdhol ditunaikan di sepuluh hari pertama Dzulhijah adalah menunaikan haji ke Baitullah.
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, ia berkata,
سُئِلَ النَّبِىُّ - صلى الله عليه وسلم - أَىُّ الأَعْمَالِ أَفْضَلُ قَالَ « إِيمَانٌ بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ » . قِيلَ ثُمَّ مَاذَا قَالَ « جِهَادٌ فِى سَبِيلِ اللَّهِ » . قِيلَ ثُمَّ مَاذَا قَالَ « حَجٌّ مَبْرُورٌ »
“Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam ditanya, “Amalan apa yang paling afdhol?” Beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab, “Beriman kepada Allah dan Rasul-Nya.” Ada yang bertanya lagi, “Kemudian apa lagi?” Beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab, “Jihad di jalan Allah.” Ada yang bertanya kembali, “Kemudian apa lagi?” “Haji mabrur”, jawab Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam.” (HR. Bukhari no. 1519)

Dari ‘Aisyah—ummul Mukminin—radhiyallahu ‘anha, ia berkata,
يَا رَسُولَ اللَّهِ ، نَرَى الْجِهَادَ أَفْضَلَ الْعَمَلِ ، أَفَلاَ نُجَاهِدُ قَالَ « لاَ ، لَكِنَّ أَفْضَلَ الْجِهَادِ حَجٌّ مَبْرُورٌ »
Wahai Rasulullah, kami memandang bahwa jihad adalah amalan yang paling afdhol. Apakah berarti kami harus berjihad?” “Tidak. Jihad yang paling utama (afdhol) adalah haji mabrur”, jawab Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam.” (HR. Bukhari no. 1520)

Dari Abu Hurairah, ia berkata bahwa ia mendengar Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
مَنْ حَجَّ لِلَّهِ فَلَمْ يَرْفُثْ وَلَمْ يَفْسُقْ رَجَعَ كَيَوْمِ وَلَدَتْهُ أُمُّهُ
“Siapa yang berhaji ke Ka’bah lalu tidak berkata-kata seronok dan tidak berbuat kefasikan maka dia pulang ke negerinya sebagaimana ketika dilahirkan oleh ibunya.” (HR. Bukhari no. 1521).

Keempat: Memperbanyak Amalan Sholeh
Sebagaimana keutamaan hadits Ibnu ‘Abbas yang kami sebutkan di awal tulisan, dari situ menunjukkan dianjurkannya memperbanyak amalan sunnah seperti shalat, sedekah, membaca Al Qur’an, dan beramar ma’ruf nahi mungkar.

Kelima: Berqurban
Di hari Nahr (10 Dzulhijah) dan hari tasyriq disunnahkan untuk berqurban sebagaimana ini adalah ajaran Nabi Ibrahim ‘alaihis salam. 
Menyembelih qurban adalah suatu ibadah yang mulia dan bentuk pendekatan diri pada Allah, bahkan seringkali ibadah qurban digandengkan dengan ibadah shalat. Allah Ta’ala berfirman,
فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ
Maka dirikanlah shalat karena Tuhanmu; dan berqurbanlah.” (QS. Al Kautsar: 2)

قُلْ إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Katakanlah: sesungguhnya shalatku, nusuk-ku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Rabb semesta alam.” (QS. Al An’am: 162).

Di antara tafsiran an nusuk adalah sembelihan, sebagaimana pendapat Ibnu ‘Abbas, Sa’id bin Jubair, Mujahid dan Ibnu Qutaibah. Az Zajaj mengatakan bahwa bahwa makna an nusuk adalah segala sesuatu yang mendekatkan diri pada Allah ‘azza wa jalla, namun umumnya digunakan untuk sembelihan.

Ketahuilah, yang ingin dicapai dari ibadah qurban adalah keikhlasan dan ketakwaan, dan bukan hanya daging atau darahnya. Allah Ta’ala berfirman,
لَنْ يَنَالَ اللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَاؤُهَا وَلَكِنْ يَنَالُهُ التَّقْوَى مِنْكُمْ
Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keridhaan) Allah, tetapi ketakwaan dari kamulah yang dapat mencapainya.” (QS. Al Hajj: 37)

Ingatlah, bukanlah yang dimaksudkan hanyalah menyembelih saja dan yang Allah harap bukanlah daging dan darah qurban tersebut karena Allah tidaklah butuh pada segala sesuatu dan dialah yang pantas diagung-agungkan. Yang Allah harapkan dari qurban tersebut adalah keikhlasan, ihtisab (selalu mengharap-harap pahala dari-Nya) dan niat yang sholih. Oleh karena itu, Allah katakan (yang artinya), “ketakwaan dari kamulah yang dapat mencapai ridho-Nya”. Inilah yang seharusnya menjadi motivasi ketika seseorang berqurban yaitu ikhlas, bukan riya’ atau berbangga dengan harta yang dimiliki, dan bukan pula menjalankannya karena sudah jadi rutinitas tahunan

Keenam: Bertaubat
Termasuk yang ditekankan pula di awal Dzulhijah adalah bertaubat dari berbagai dosa dan maksiat serta meninggalkan tindak zholim terhadap sesama.
Setiap hamba pasti pernah terjerumus dalam dosa bahkan juga dosa besar. Mungkin saja seseorang sudah terjerumus dalam kelamnya zina, membunuh orang lain tanpa jalan yang benar, pernah menegak arak (khomr), atau seringnya meninggalkan shalat lima waktu padahal meninggalkan satu shalat saja termasuk dosa besar berdasarkan kesepakatan para ulama. Inilah dosa besar yang mungkin saja di antara kita pernah terjerumus di dalamnya. Lalu masihkah terbuka pintu taubat? Tentu saja pintu taubat masih terbuka, ampunan Allah begitu luas.
Sebuah hadits yang patut jadi renungan, Anas bin Malik menceritakan bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, Allah Ta'ala berfirman,
قَالَ اللَّهُ يَا ابْنَ آدَمَ إِنَّكَ مَا دَعَوْتَنِى وَرَجَوْتَنِى غَفَرْتُ لَكَ عَلَى مَا كَانَ فِيكَ وَلاَ أُبَالِى يَا ابْنَ آدَمَ لَوْ بَلَغَتْ ذُنُوبُكَ عَنَانَ السَّمَاءِ ثُمَّ اسْتَغْفَرْتَنِى غَفَرْتُ لَكَ وَلاَ أُبَالِى يَا ابْنَ آدَمَ إِنَّكَ لَوْ أَتَيْتَنِى بِقُرَابِ الأَرْضِ خَطَايَا ثُمَّ لَقِيتَنِى لاَ تُشْرِكُ بِى شَيْئًا لأَتَيْتُكَ بِقُرَابِهَا مَغْفِرَةً
”Wahai anak Adam, sesungguhnya jika engkau menyeru dan mengharap pada-Ku, maka pasti Aku ampuni dosa-dosamu tanpa Aku pedulikan. Wahai anak Adam, seandainya dosamu membumbung tinggi hingga ke langit, tentu akan Aku ampuni, tanpa Aku pedulikan. Wahai anak Adam, seandainya seandainya engkau mendatangi-Ku dengan dosa sepenuh bumi dalam keadaan tidak berbuat syirik sedikit pun pada-Ku, tentu Aku akan mendatangi-Mu dengan ampunan sepenuh bumi pula.” (HR. Tirmidzi no. 3540. Abu Isa mengatakan bahwa hadits ini ghorib. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih)

Jika Bertaubat, Setiap Dosa Akan Diampuni
Hadits di atas menunjukkan bahwa Allah benar-benar Maha Pengampun. Setiap dosa –baik dosa kecil, dosa besar, dosa syirik bahkan dosa kekufuran- bisa diampuni selama seseorang bertaubat sebelum datangnya kematian walaupun dosa itu sepenuh bumi. Hal ini dikuatkan pula pada ayat dalam Al Qur’an, AllahTa’ala berfirman,
قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. Az Zumar: 53).

Ibnu Katsir mengatakan, ”Ayat yang mulia ini berisi seruan kepada setiap orang yang berbuat maksiat baik kekafiran dan lainnya untuk segera bertaubat kepada Allah. Ayat ini mengabarkan bahwa Allah akan mengampuni seluruh dosa bagi siapa yang ingin bertaubat dari dosa-dosa tersebut, walaupun dosa tersebut amat banyak, bagai buih di lautan. ”[Tafsir Al Qur'an Al 'Azhim, Ibnu Katsir, 12/138-139, Muassasah Qurthubah]

Ayat ini menunjukkan bahwa Allah akan mengampuni setiap dosa walaupun itu dosa kekufuran, kesyirikan, dan dosa besar (seperti zina, membunuh dan minum minuman keras). Sebagaimana Ibnu Katsir mengatakan, ”Berbagai hadits menunjukkan bahwa Allah mengampuni setiap dosa (termasuk pula kesyirikan) jika seseorang bertaubat. Janganlah seseorang berputus asa dari rahmat Allah walaupun begitu banyak dosa yang ia lakukan karena pintu taubat dan rahmat Allah begitu luas.”[
[Tafsir Al Qur'an Al 'Azhim, 12/140]

****
Intinya, keutamaan sepuluh hari awal Dzulhijah berlaku untuk amalan apa saja, tidak terbatas pada amalan tertentu, sehingga amalan tersebut bisa shalat, sedekah, membaca Al Qur’an, dan amalan sholih lainnya.[14]

Sudah seharusnya setiap muslim menyibukkan diri di hari tersebut (sepuluh hari pertama Dzulhijah) dengan melakukan ketaatan pada Allah, dengan melakukan amalan wajib, dan menjauhi larangan Allah.[15]

Alhamdulillahilladzi bi ni’matihi tatimmush sholihaat. Segala puji bagi Allah yang dengan nikmat-Nya segala kebaikan menjadi sempurna.

Finished with aid of Allah, on 1st Dzulhijah 1431 H (07/11/2010), in KSU, Riyadh, KSA
Written by: Muhammad Abduh Tuasikal

[1] HR. Abu Daud no. 2438, At Tirmidzi no. 757, Ibnu Majah no. 1727, dan Ahmad no. 1968, dari Ibnu ‘Abbas. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahwa sanad hadits ini shahih sesuai syarat Bukhari-Muslim.
[2] Lihat Taisir Karimir Rahman, ‘Abdurrahman bin Nashir As Sa’di, Muassasah Ar Risalah, cetakan pertama, tahun 1420 H, hal. 923.
[3] Zaadul Masiir, Ibnul Jauziy, Al Maktab Al Islami, cetakan ketiga, 1404, 9/103-104.
[4] Lihat Tafsir Juz ‘Amma, Syaikh Muhammad bin Sholih Al ‘Utsaimin, Darul Kutub Al ‘Ilmiyyah, cetakan tahun 1424 H, hal. 159.
[5] Latho-if Al Ma’arif, Ibnu Rajab Al Hambali, Al Maktab Al Islamiy, cetakan pertama, tahun 1428 H, hal. 469.
[6] Zaadul Ma’ad, Ibnul Qayyim, Muassasah Ar Risalah, cetakan ke-14, 1407, 1/35.
[7] Lathoif Al Ma’arif, 469.
[8] Latho-if Al Ma’arif, hal. 458.
[9] Yang jadi patokan di sini adalah bulan Hijriyah, bukan bulan Masehi.
[10] HR. Abu Daud no. 2437. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih.
[11] Latho-if Al Ma’arif, hal. 459.
[12] Dikeluarkan oleh Bukhari tanpa sanad (mu’allaq), pada Bab “Keutamaan beramal di hari tasyriq”.
[13] Syaikh Hammad bin ‘Abdillah bin Muhammad Al Hammad, guru kami dalam Majelis di Masjid Kabir KSU, dalam Khutbah Jum’at (28/11/1431 H) mengatakan bahwa takbir muqoyyad setelah shalat diucapkan setelah membaca istighfar sebanyak tiga kali seusai shalat. Namun kami belum menemukan dasar (dalil) dari hal ini. Dengan catatan, takbir ini bukan dilakukan secara jama'i (berjama'ah) sebagaimana kelakukan sebagian orang. Wallahu a'lam.
[14] Lihat Tajridul Ittiba’, Syaikh Ibrahim bin ‘Amir Ar Ruhailiy, Dar Al Imam Ahmad, hal. 116, 119-121.
[15] Point-point yang ada kami kembangkan dari risalah mungil “Ashru Dzilhijjah” yang dikumpulkan oleh Abu ‘Abdil ‘Aziz Muhammad bin ‘Ibrahim Al Muqoyyad.