07 September 2010

Ramadhan yang bakal dirindui...dan Salam 'Eidulfitri!

Ramadhan sudah hampir ke penghujungnya…hampir sebulan kita berpuasa, menahan lapar dan dahaga dan bukan itu sahaja…yang paling pentingnya menahan hawa nafsu dan mendidik nafsu kita supaya tunduk dan tidak menguasai empunya badan.
Puasa yang sebulan ini...diharapkan dapat mengajar diri erti sabar, tidak tergopoh gapah, dan cepat melatah...Ramadhan, merupakan bulan peningkatan tahap manusia kepada satu tingkatan yang lebih baik dari sebelum nya. Kalau sebelumnya cepat marah, cepat melatah, Ramadhan mengajar diri untuk bersabar dan sepanjang 30hari latihan kesabaran tersebut, diharapkan akan berterusan sehingga bertemu kembali Ramadhan yang akan datang dan sebagainya.

Ironinya, ramai yang berpuasa, tapi tidak mendapat apa-apa sepanjang bulan Ramadhan ini...kecuali lapar dan dahaga. Bila tiba waktu berbuka, bukan main meriah lagi juadahnya...seronok makan sampaikan terlajak solat maghrib dan tertinggal solat terawikh dek kerana kekenyangan...peringatan untuk diri jua...
Kemeriahan dan keseronokan Syawal semakin dirasai...pun begitu, keseronokan dan kemeriahan tersebut seharusnya dirasai lebih lagi pada awal Ramadhan...bulan Ramadhan lah peluang bagi kita untuk memperbaiki dan menambahkan amalan ibadah kita...
Bulan yang di mana syaitan dan iblis diikat dan dikurung...senangnya tugas kita untuk menjalani ibadah di bulan Ramadhan ini, ringan jer kaki kita untuk melangkah ke masjid dan surau serta solat berjemaah, tadarrus Al-Quran, terasa nak buat kebaikan itu tanpa pikir 2-3 kali...alangkah indahnya kiranya setiap bulan adalah bulan Ramadhan...:-)

Kini, Ramadhan bakal meninggalkan kita, dan mungkin juga ini Ramadhan yang terakhir kita...dan mungkin juga Syawal pun kita tak sempat nak lalui kiranya ajal maut sedang menunggu di penghujung Ramadhan...sudahkah kita bersedia???

Ramadhan yang semakin berakhir...tika muhasabah diri, pantasnya masa berlalu...tak sempat nak khatam Quran, tak sempat nak buat itu, tak sempat nak buat ini...dunia seolah-olah sengaja menyibukkan diri dengan agenda-agendanya yang tak pernah selesai...

Lailatul Qadr pula....
Lailatul Qadr...adakah diri telah berusaha mencari dan mengejar malam tersebut??? atau diri sibuk mengejar Lailatul Qadr di KLCC, StarHill, Mid Valley, Jalan TAR, Alamanda dan sebagainya...rugilah diri...dan rugilah diri...
Ramadhan...aku bakal merinduimu
Ramadhan...aku bakal merindui suasanamu
Ramadhan...aku bakal menangisi pemergianmu
Ramadhan...kuharapkan bertemu dengan Lailatul Qadrmu
Ramadhan...kuharapkan amalanku diterima
Ramadhan...kuharapkan kemanisanmu menjadi pengubat jiwaku
Ramadhan...kuharapkan kali ini penuh makna
Ramadhan...kuharapkan kita akan bertemu semula nanti...
Ramadhan oh Ramadhan...
Salam 'Eidulfitri buat kawan-kawan yang meraikannya
Maafkan di atas kekhilafan, kesilapan, kesalahan kata-kata dan perbuatan, samada secara sedar ataupun tidak, disengajakan atau secara spontan dan apa jua cara yang telah menyakitkan dan mengguriskan hati...Ampun Maaf dipinta.
Semoga Allah SWT menerima ibadah puasa kita dan menjadikan kita dikalangan orang-orang yang beroleh kemenangan dan ketenangan...Aaamin!

Akhiran....Selamat balik ke kampung bertemu dan merayakan bersama keluarga dan sanak saudara tercinta...
Selamat bercuti dan jangan lupa untuk kembali bekerja atau bersekolah semula :-)
Wallahua'lamuma fil qalbi

2 comments:

Bakiah said...

Very nice posting... Tidak tahu akan berjumpa dgn Ramadhan lagi tak pada tahun hadapan.

btw, i already answered your comment, thanks for visiting my blog!

http://savvyexchange.blogspot.com

Travellingbie said...

thanks bakiah
InsyaAllah, jika diperkenankan...kita jumpa lagi dengan Ramadhan :-)