Ada yang demam masa raya, terkejut kot makan rendang, kari, ketupat, lemang dan sebagainya...makan tanpa henti pun ada, makan tak ingat dunia pun ada...minum lagi air ber-gas-mana tak demam
perut dah jadi konpius sebabnya dah biasa rutin sebulan, bersahur....tak makan , lepas tu barula makan sedikit masa maghribnya dan disambung selepas terawikhnya
tetiba bulan raya...pagi makan, tengahari makan, petang makan, malam pun makan...makan makan makan dan makan...dengan kunjungan ke rumah sanak saudara, kawan-kawan, jemputan open house dan sebagainya...terkejut perut, stress tubuh badan....
bulan puasa turun 2-3 kg, bulan raya naik 4-5kg...hmmmm
bila lepas raya, ramai pulak yang mengadu sakit-sakit...sakit sana sakit sini
kenapa yer kita macam tu...esp. soalan diajukan kepada diri sendiri..."kenapa ya aku jadi macam tu???"
di situlah kelebihannya berpuasa 6 di bulan Syawal. Dalil puasa Syawal ini, saya petik dari blog http://abinyaazka.blogspot.com/2010/08/hukum-dan-dalil-puasa-sunnah-syawal.html
Dari Abu Ayyub rodhiyallahu anhu: “Rasulullah shollallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: ‘Siapa yang berpuasa Ramadhan dan melanjutkannya dengan 6 hari pada Syawal, maka itulah puasa seumur hidup’.”[Riwayat Muslim 1984, Ahmad 5/417, Abu Dawud 2433, At-Tirmidzi 1164]
Berpuasa 6 di bulan Syawal secara signifikannya menunjukkan komitment kita untuk untuk menunaikan ibadah puasa dan bukannya ibadah mengikut musim. Begitu juga puasa sunat di hari Isnin dan Khamis. Puasa Syawal juga mungkin dapat menampung kekurangan yang telah 'rompong' atau tidak sempurna semasa di bulan Ramadhan...juga menunjukkan tanda kesyukuran kita kepada Al-Khaliq Allah 'Azza wajalla yang telah memberi kesempatan untuk kita menempuh Ramadhan dan Syawal dengan sebaik-baiknya.
Mudah-mudahan, saya dan juga sahabat2 semua dapat menunaikan puasa 6 di bulan Syawal dan diteruskan dengan puasa-puasa sunat yang lain. Semoga kita sentiasa diberikan kemudahan dan kesenangan untuk mengerjakan kebaikan...Aaamin!
No comments:
Post a Comment