09 August 2010

Ahlan Ya Ramadhan

Ramadhan yang dirindui bakal tiba sekali lagi...Alhamdulillah, InsyaAllah...moga-moga Ramadhan kali ini dapat dilalui dan dipenuhi sehingga akhirnya
“Wahai orang-orang yang beriman! kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.” (Al-Baqarah: 183)

Banyak perkara-perkara besar yang berlaku pada bulan Ramadhan...antaranya:

  1. Turunnya wahyu pertama di Bulan Ramadhan
  2. Perang Badar Al-Kubra pada 17 Ramadhan tahun 2H
  3. Persiapan Perang Khandaq pada tahun 5H
  4. Futuhul Makkah (Pembukaan Kota Mekah) dan Penghancuran Berhala pada 8H
  5. Perang Tabuk pada 9H
  6. Pembukaan Andalus 28 Ramadhan tahun 92H
  7. dan banyak lagi...
Jelas dan nyata sekali, puasa tidak menghalang sama sekali umat Islam pada masa itu untuk berjuang menegakkan Islam dan menyebarkan panji-panji Islam...
Puasa memiliki begitu banyak hikmah, kelebihan dan manfaat kepada tubuh manusia. Saat kita berpuasa,organ-organ tubuh dapat beristirehat dan membersihkan toksin dan zat-zat yang melekat pada dinding saluran pencernaan, ginjal, dan organ-organ lain akibat bahan pengawet, zat perwarna, pemanis buatan, asap rokok dan sebagainya.
Walaupun tubuh kita mempunyai mekanisma untuk mengubati diri sendiri, kapasiti tubuh badan itu sendiri juga ada batasnya.

Para penyelidik ilmu perubatan telah membuktikan bahawa puasa dapat membuang toksik / racun2 dari badan dan secara tidak langsung dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh dalam melawan penyakit. Menurut Dr. Mac Fadon, seorang doktor dari Amerika, “Puasa adalah seperti tongkat ajaib yang dapat menyembuhkan penyakit yang membabitkan perut.” 

Luqman Al-Hakim menasihati anaknya, “Wahai anakku, apabila perut dipenuhi makanan, maka gelaplah fikiran, bisulah lidah dari menuturkan hikmah (kebijaksanaan) dan malaslah segala anggota badan untuk beribadah.”

Secara biologinya, ketika perut dan usus melakukan proses pencernaan, otak tidak dapat berfungsi dengan baik kerana tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada kerja-kerja penghadaman makanan. Apabila kita makan terlalu kenyang, otak kita menjadi lemah untuk berfikir dan kita juga akan rasa mengantuk dan malas untuk membuat sesuatu kerja.

Ketika berpuasa, tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada otak. Ini menjadikan otak dapat bekerja dengan lancar dan memberi peluang kepada kita untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang menggunakan mental dan fizikal yang berkesan.
Amat sedih bila ada juga yang memberi pelbagai alasan untuk tidak berpuasa dan alasan yang paling biasa di dengar adalah gastrik. Ramai juga yang ditangkap kerana makan di khalayak ramai...dan malunya bagi muda mudi yang dengan tidak segan silu makan dan minum di tempat terbuka.

Bertertib lah kita semasa berpuasa nanti...dari segi sahurnya, puasanya, dan berbukanya...agar kita mendapat puasa yang benar-benar dapat membersihkan jasmani dan ruhani kita...InsyaAllah!

Ya Allah, pertemukanlah kami dengan Ramadhan, Ya Allah pertemukanlah kami dengan Ramadhan, Ya Allah pertemukanlah kami dengan Ramadhan, Ya Allah...peliharalah ibadah puasa kami kali ini agar dapat diterima olehMu, jadikanlah hati-hati kami lebih cenderung kepada akhiratMu, dekat dengan rahmahMu, penuh dengan limpahan kasih sayangMu dan jadikanlah kami hamba-hambaMu yang sentiasa bersyukur...Ampunilah kedua ibu bapa kami, keluarga kami, sahabat-sahabat kami, guru-guru kami, kaum muslimin dan muslimat dan jauhkanlah kami dari api neraka...Aaamin!
Mudah-mudahan, Ramadhan kali ini akan dapat dilalui dengan sempurna...Aaamin!
Wallahua'lamu maa fi qalbi...

1 comment:

Anonymous said...

Thank you, that was extremely valuable and interesting...I will be back again to read more on this topic.