09 August 2010

Ahlan Ya Ramadhan

Ramadhan yang dirindui bakal tiba sekali lagi...Alhamdulillah, InsyaAllah...moga-moga Ramadhan kali ini dapat dilalui dan dipenuhi sehingga akhirnya
“Wahai orang-orang yang beriman! kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.” (Al-Baqarah: 183)

Banyak perkara-perkara besar yang berlaku pada bulan Ramadhan...antaranya:

  1. Turunnya wahyu pertama di Bulan Ramadhan
  2. Perang Badar Al-Kubra pada 17 Ramadhan tahun 2H
  3. Persiapan Perang Khandaq pada tahun 5H
  4. Futuhul Makkah (Pembukaan Kota Mekah) dan Penghancuran Berhala pada 8H
  5. Perang Tabuk pada 9H
  6. Pembukaan Andalus 28 Ramadhan tahun 92H
  7. dan banyak lagi...
Jelas dan nyata sekali, puasa tidak menghalang sama sekali umat Islam pada masa itu untuk berjuang menegakkan Islam dan menyebarkan panji-panji Islam...
Puasa memiliki begitu banyak hikmah, kelebihan dan manfaat kepada tubuh manusia. Saat kita berpuasa,organ-organ tubuh dapat beristirehat dan membersihkan toksin dan zat-zat yang melekat pada dinding saluran pencernaan, ginjal, dan organ-organ lain akibat bahan pengawet, zat perwarna, pemanis buatan, asap rokok dan sebagainya.
Walaupun tubuh kita mempunyai mekanisma untuk mengubati diri sendiri, kapasiti tubuh badan itu sendiri juga ada batasnya.

Para penyelidik ilmu perubatan telah membuktikan bahawa puasa dapat membuang toksik / racun2 dari badan dan secara tidak langsung dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh dalam melawan penyakit. Menurut Dr. Mac Fadon, seorang doktor dari Amerika, “Puasa adalah seperti tongkat ajaib yang dapat menyembuhkan penyakit yang membabitkan perut.” 

Luqman Al-Hakim menasihati anaknya, “Wahai anakku, apabila perut dipenuhi makanan, maka gelaplah fikiran, bisulah lidah dari menuturkan hikmah (kebijaksanaan) dan malaslah segala anggota badan untuk beribadah.”

Secara biologinya, ketika perut dan usus melakukan proses pencernaan, otak tidak dapat berfungsi dengan baik kerana tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada kerja-kerja penghadaman makanan. Apabila kita makan terlalu kenyang, otak kita menjadi lemah untuk berfikir dan kita juga akan rasa mengantuk dan malas untuk membuat sesuatu kerja.

Ketika berpuasa, tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada otak. Ini menjadikan otak dapat bekerja dengan lancar dan memberi peluang kepada kita untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang menggunakan mental dan fizikal yang berkesan.
Amat sedih bila ada juga yang memberi pelbagai alasan untuk tidak berpuasa dan alasan yang paling biasa di dengar adalah gastrik. Ramai juga yang ditangkap kerana makan di khalayak ramai...dan malunya bagi muda mudi yang dengan tidak segan silu makan dan minum di tempat terbuka.

Bertertib lah kita semasa berpuasa nanti...dari segi sahurnya, puasanya, dan berbukanya...agar kita mendapat puasa yang benar-benar dapat membersihkan jasmani dan ruhani kita...InsyaAllah!

Ya Allah, pertemukanlah kami dengan Ramadhan, Ya Allah pertemukanlah kami dengan Ramadhan, Ya Allah pertemukanlah kami dengan Ramadhan, Ya Allah...peliharalah ibadah puasa kami kali ini agar dapat diterima olehMu, jadikanlah hati-hati kami lebih cenderung kepada akhiratMu, dekat dengan rahmahMu, penuh dengan limpahan kasih sayangMu dan jadikanlah kami hamba-hambaMu yang sentiasa bersyukur...Ampunilah kedua ibu bapa kami, keluarga kami, sahabat-sahabat kami, guru-guru kami, kaum muslimin dan muslimat dan jauhkanlah kami dari api neraka...Aaamin!
Mudah-mudahan, Ramadhan kali ini akan dapat dilalui dengan sempurna...Aaamin!
Wallahua'lamu maa fi qalbi...

08 August 2010

PC FAIR 2010

PIKOM PC FAIR 2010 - yang ke-2 pada tahun nie seperti juga yang pertama, memang amat meriah...

ada beberapa perubahan harga produk pada tahun ini...semakin kompetitif nampaknya harga-harga yang ditawarkan untuk memancing pengguna supaya membeli produk-produk mereka...begitu juga model-model produk yang membuat promosi semakin berani mengurangkan kepanjangan pakaian mereka....sampai mungkin ade yang terbeliak biji mata melihat mereka.

kali ini, saya hanya menemankan sahabat saya mencari gadjet baru beliau - DSRL
yang pastinya CANON dan NIKON menjadi pilihan utama...

pencarian berakhir dengan Canon EOS 500D. 
Yang menariknya bila membeli di PC FAIR ini, banyak free gift yang akan anda terima, berbanding dengan membeli di kedai foto yang biasa, pada hari biasa...di PC FAIR, harga jauh lebih ekonomikal, free gift memang banyak jugak...tripod, extra GB untuk memory card, extended warranty, beg kamera dsb...purchase with purchase - speedlite hanya RM99.00 sahaja

terasa seperti nak membeli EOS 7D je tadi...harga memang menarik! 

ataupun EOS 50D...
tapi, bila difikirkan....belum sampai masanya lagi untuk membeli gadjet baru, DSLR yang sedia ada belum lagi sampai setahun haulnya....dan itupun dah lebih berbelas ribu gambar diambil dengan kamera sedia ada :-) banyak dah jasa kamera sedia ada nie...cuma sekarang nie masih belum layak untuk menjadi ahli EOS Buddy Club lagi...
mungkin selepas nie, simpan sedikit untuk beli lense pulak...:-)
kesimpulannya, membeli jgn ikut nafsu, ikut keperluan....nasib baikla masih lagi sedar tentang bahayanya berbelanja mengikut nafsu :-)

05 August 2010

A lil bit about - Cuci The Musical 2

Assalamua'laikum dan selamat menjalani hari yang indah dalam hidup...

Semalam, saya berkesempatan untuk menyaksikan teater Cuci The Musical 2 di Istana Budaya. Itupun secara tidak sengaja, diajak oleh sahabat saya memandangkan ada 1 lagi tiket kosong...TRIMAS! Lepas nie, kalau ada tiket free jangan lupa ajak...okeh! hehehehe....
Sebenarnya, sahabat saya tu memang dah tahu saya tak pernah berminat nak tengok teater...tapi entah kenapa, petang semalam terasa digaru-garu untuk melihat sendiri kehebatan Cuci the Musical sehingga dimainkan sekali lagi di IB untuk kali kedua. Mulanya merancang ke tempat lain, akhirnya bersetuju jugak ke Istana Budaya melihat sendiri teater ini dan kehebatan penggerak-penggeraknya seperti yang digembar-gemburkan.

Setibanya di IB, nasib agak baik kerana mendapat tempat meletak kereta agak strategik...dan nasib juga agak baik terserempak dengan Tun Abdullah Badawi dan isterinya memasuki perkarangan Istana Budaya...:-)

Persembahan dimulakan agak lewat...mungkin disebabkan kedatangan VVIPs dan VIPs pada malam tersebut...

Persembahan dimulakan dengan flash-back zaman kanak-kanak ke-empat bersaudara tersebut...FAIRIL (Afdlin Shauki), KHAI (Hans Isaac), JOJO (Awie) dan C' Tan (Nabil), bertemu dan menjadi seperti adik beradik sehinggalah dewasa dan mengusahakan perniagaan perkhidmatan Cuci-cuci...
Watak keempat-empat penggerak utama teater tersebut, saya berpandangan berjaya dibawa oleh setiap daripada mereka. Fairil yang selamba dan bercita-cita tinggi untuk mencuci KLCC, Khai yang kacak tetapi terlalu jujur dan lurus dalam berkata-kata, Jojo yang lembut tetapi 'straight' dan C'Tan yang nakal dan kurang matang tetapi penyeri kepada keempat-empatnya dengan lawak selamba dan kelakarnya.
Salah satu adegan di dalam teater Cuci ini, secara halusnya menyindir masyarakat kita di dalam pengurusan masa -  "kalau mesyuarat kat Malaysia nie, biasala lambat..." lebih kurang begitulah maksudnya dan juga sifat berlumba-lumba untuk menguasai perniagaan secara  monopoly...dialog yang penuh kelakar tetapi penuh makna dan maksud yang halus...membicarakan mengenai orang kita - orang Malaysia yang tak kira apa bangsa dan agama sekali pun.

kalau diteliti secara halus...banyak yang boleh kita pelajari dari Cuci The Musical 2 ini...selain dari terhibur dan ketawa hampir tidak berhenti-henti melihat keletah dan telatah Afdlin, Han, Awie dan Nabil sepanjang teater tersebut...banyak mesej yang telah disampaikan dan banyak juga 'terms' yang kebanyakan kita sekarang menggunakan di dalam bahasa-bahasa seharian...
  • keterpaksaan dan "desperation" di dalam mencapai cita-cita yang tinggi menggunung kadang-kadang membuatkan seseorang sanggup mengenepikan nilai-nilai baik dan murni yang ada dalam diri, sehinggakan ada yang sanggup menggadaikan maruah diri untuk mencapai cita-cita tersebut - "fairil";
  • konsep "Brotherhood" yang ditonjolkan oleh keempat-empat bersaudara berlainan ibu dan ayah ini, seharusnyalah dipupuk dan ditanam sebati di dalam diri di dalam kehidupan bermasyarakat terutamanya masyarakat majmuk seperti di Malaysia ini - "fairil, khai, jojo, c'tan";
  • kadang-kadang kebenaran tidak dapat dilihat dengan mata kasar - pandangi dengan mata hati apabila keliru di dalam menentukan sesuatu yang memberi impak di dalam kehidupan - "cj";
  • kalau dah suka, luahkan sahaja....jangan simpan di dalam hati :-)) - "khai dan cj"
  • berkata jujur itu selalunya pahit, tetapi seharusnyalah kita perlu berlaku jujur terutamanya terhadap diri kita sendiri dan juga orang lain...dan kita haruslah menerima dengan hati yang terbuka sekiranya seseorang itu terlalu jujur dengan kita - "khai, cj dan tan sri"
  • kejayaan seseorang bermula dari beratus-ratus atau beribu-ribu siri kesusahan - "dato' seri"
  • when u find the right man or right gurlz, proceed with the next step, and never think too much on "what if i have another better choice to choose" - "jojo dan jessie" :-)
  • kejayaan harus dimiliki dengan bermaruah dan bukan mendapatkannya dengan menipu, memberi rasuah, mengampu dan menjatuhkan orang lain - "pertandingan WWO - antara wira maju dan cuci-cuci services"...
Apa yang boleh saya katakan adalah "TWO THUMBS UP" dan TAHNIAH!
Kadang-kadang gelak tu bukanlah disebabkan adegan yang kelakar, tetapi melihatkan mereka menahan gelak di atas pentas sudah bisa membuatkan penonton ketawa dan terhibur dengan keletah dan aksi mereka...
Afdlin yang selamba, hans yang kacak, awie yang menghiburkan dengan keletah lembutnya, nabil yang kelakar walaupun lawaknya agak kasar, vanida yang amat cantik dan manis, jac yang menghiburkan dan bersahaja dan juga watak-watak yang lain - "TWO THUMBS UP" untuk kamu semua :-)
Wassalam!